DIA KONA...TAK PA..BAGI DIA CAKAP.

 




Untuk berlaku adil, aku siarkan kenyataan pemilik posting sembelih sebelum ini tentang maksudnya yang sebenar berkenaan perkataan sembelih itu.


Memang sebelum ini dia pernah buat posting yang 3 orang perlu dibunuh untuk hapuskan COVID dulu tapi kena beri dia ruang buat penjelasan supaya keadilan tertegak. Nak percaya atau tak, terpulang.


Cuma, walaupun yang dimaksudkan sembelih itu dengan mengenakan harga yang melampau, apa itu memang sebahagian daripada ajaran PAS? Kalau parti liberal lainlah tapi ini parti berlabel Islam!


Bukankah mengambil untung secara berlebihan itu diharamkan dalam Islam? Jika begini pandangan penyokong PAS, maka jelas PAS gagal mentarbiah ahli mereka agar berakhlak dengan akhlak Islam.


Sebab itu aku kata, PAS cuma parti politik. Bukan badan dakwah atau pejuang Islam pun. Matlamat mereka cuma kuasa. Dan atas sebab itu lahirlah pengikut berfahaman sebegini. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


HASIL FITNAH LUMAYAN BAGI MENDAPATKAN SOKONG ...NAMUN....DIA TAK RASA BERSALAH...

 



Sebenarnya saman fitnah tak selesaikan kes pun. Memang dia akan kalah dan kena bayar jumlah tu tapi hakikatnya fitnah tu dah berlegar ke seluruh negara dan tak sedikit orang bodoh yang percaya.


Tindakan saman je tak cukup memberi pengajaran. Takkan dia tak tahu akan disaman. Tapi dia berani sambil risiko sebab hasil dari fitnah itu lumayan. Bukan setakat menang tapi kukuhkan cengkaman.


Lebih tambah masalah, media kerajaan amat lemah dalam menangani isu fitnah. Jadi mereka berani gamble. Bila kena saman, minta maaf dan settle. Perlu ada mekanisme yang ampuh menangani kaki fitnah seperti ini. Saman bukan satu daripadanya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MACIAM KERANG BUSUK JA SENGEH BILA JUMPA PMX

 



Bertemu dengan ketua parti yang menentang perjuangan Islam, tangan berpaut rapat dengan sengih macam kerang busuk.

W.Faudzin

KESIAN PAS, MASIH TETAP KEMARUK NAK BERSAMA UMNO, DENGAN BERSATU SAJA TAK BOLEHKAH TUBUH KERAJAAN?


Kesian dengan Pas, mereka nampaknya tetap teringin, ghairah dan kemaruk mahu bekerjasama dengan UMNO semula, walaupun sebelum ini telah ditolak berkali-kali.


Kali ini, keyakinan bekerjasama itu diyakini dapat dilaksanakan setelah Ahmad Zahid Hamidi pada suatu ketika nanti tidak lagi menjadi Presiden UMNO.


Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed berkata, dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu setelah Zahid Hamidi tidak lagi memimpin UMNO nanti, mala akan dapat merealisasikan hasrat mereka untuk terus menguasai kepimpinan negara.


“Saya yakin dan percaya apabila Zahid tak jadi Presiden UMNO lagi nanti, saya yakin dan percaya tiga-tiga parti besar Melayu ini iaitu UMNO, Bersatu dan PAS akan bersatu.


“Maka insya-Allah kita akan kuat dan kukuh untuk terus dapat memimpin dan menguasai negara Malaysia tercinta ini,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok ambang Merdeka Perikatan Nasional di Kampung Jeram, Muar.


Ternampak jelas keinginan dan keghairahan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO semula hanyalah semata-mata untuk membolehkan parti itu menjadi sebahagian kerajaan semula.


Tanpa bekerjasama dengan UMNO, tak bolehkah Pas menjadi kerajaan melalui kerjasama dengan Bersatu dan Gerakan saja?


Hahaha….penting rupanya UMNO di sisi Pas.


Soalnya, bila ketikanya Zahid Hamidi tidak lagi menjadi Presiden UMNO seperti diharap-harapkan Pas itu?


Tiga tahun lagi? Enam tahun lagi?


Atau sepuluh tahun lagi?


Tunggulah ya….


Selain itu, untuk apa sebenarnya Pas beria-ia sangat mahu jadi kerajaan semula?


Supaya dapat makan gaji buta semula?


Selama berada dalam kerajaan sebelum ini – ketika era Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob – parti itu terbukti gagal memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan negara.


Presiden Pas, Hadi Awang sebagai duta bertaraf menteri ke Timur Tengah lebih dianggap hanya makan gaji buta kerana banyak berada di Marang daripada memainkan peranan dengan fungsi jawatan yang disandangnya.


Begitu juga dengan menteri dan timbalan menteri daripada Pas – ada macam tiada, nak kata tiada, tetapi ada pula dengan kereta rasmi ke sana sini penuh bergaya.


Negeri-negeri yang ditadbir Pas lagi terbukti gagal, khusus dalam menyelesaikan banyak masalah rakyat, misalnya masalah air di Kelantan yang sudah pun berlarutan puluhan tahun lamanya tanpa penyelesaian.


Negeri-negeri tadbiran Pas juga masih berharap bantuan kerajaan pusat untuk membiayai projek-projek pembangunan dan pengurusan negeri.


Sebegitu gagal sekali pun, masih ghairah lagi Pas nampaknya mahu menguasai kerajaan pusat.


Tak ada rasa malu ke dalam diri mereka? – ShahbudinHusin 31/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



HARAP KENA KURUNG DAH KOT....BIAQ PENUH PUSAT SERENTI

 




Cerita Abam ekstrimis dan fanatik yang nak pancung kepala Sultan semalam, dah disiasat polis. 


Believe me, kalau kita biarkan isu 3R digunakan untuk politik, yang fanatik akan bertukar jadi ekstrimis. Yang ekstrimis lama2 akan jadi terrorist. 


Politikus yang tunggang agama dan bangsa. Bukan kisah, mereka nak kuasa saja. Apa jadi pada rakyat bukan mereka kira! 


Kalau baca sejarah dunia, kita boleh nampak patern nya. Lebih kurang sama semua rider bangsa. 


Yang heran, tiada pun pejuang bangsa bersuara. Pertahankan Raja kita. Kalau Bukan Melayu yang buat lagu ni, baru bergetarlah badan mereka. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TUA NAK MAMPOIH PUN ADA HATI NAK BUNUH ORANG.




 Pakcik ni dia ngaku dia buat posting ni. Bukan fake account ya. 


Saya dah cakap. Kalau 3R dipolitikkan, yang fanatik akan bertukar jadi ekstrimis. Akhirnya yang ekstrimis akan jadi terrorist. Itu turutan nya. Boleh lihat terjadi dalam sejarah di kebanyakan negara. 


Kita pun dah pernah ada peristiwa Memali dan Al-Maunah. Fanatik parti yang jadi ekstrimis dan seterusnya jadi terrorist. Semua penyokong dari Parti Islam. 


Berpada2 la menyokong itu. 


Politics is not the centre of the world. Not the centre of our faith. Jangan sebab ia anda ke penjara. Percayalah, pemimpin yang dipuja takkan bantu punya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ISSHHH...USAHA NAK KUASA JUGA YA...PUNYA KEMARUK KUASA YA......BOLEH JAGA REGA AYAM MINYAK DAN TELOQ KA?

 


Sebab itulah Mahiaddin dan Hadi yakin akan dapat bentuk kerajaan selepas Ogos. Rupanya mereka harapkan agar UMNO diharam dan dibubarkan.


Malangnya mahkamah menolak permohonan itu. Maka Mahiaddin kekal sebagai PM tepi manakala Tok Adi pula akan terus meroyan selamanya.


Ini yang ahli UMNO perlu lihat. Betapa mereka itu kemaruk kuasa hingga sanggup usahakan supaya UMNO dibatalkan. Mereka yang hendakkan kuasa, UMNO pula perlu membayar harganya.


Ini yang mereka kata UMNO kalau nak selamat kena bekerjasama dengan PN? Jangan haraplah. UMNO bersama PN seperti gali kubur sendiri.


Mereka cuma nak selamatkan tengkuk sendiri dari bergelar banduan. UMNO hanya alat mereka untuk capai hasrat mereka. Usah terpedaya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

WALAUN BODO NI DAKWA ADA ORANG HACK FB DIA....NI KALAU HACKER...DIA TAK AKAN HACK FB BODO KO...TADAK APA PUN ...HACKER NI KALAU NAK HACK..KALAU AKAUN KO ADA BERKUTA LA LOL....

 



Ketaksuban melampau, isteri jadi mangsa. Posting 4 Feb 2023, tulis cerai bini talak 3 kalau Anwar & kerajaan buleh bertahan sampai bulan 8 2023. Tak beberapa jam lg lafas cerai.


Dari 4 Feb 2023, masih menulis dgn hasutan kelarah tak berpenghujung...tiba2 buat report pulis kata di edit ? Hack ?


Buatlah report pulis berapa banyak pun, lafas talak tu tetap berlaku. Takda sapa nak hack /edit, kalau lepas kena hack pun tiada penafian, berbulan selepasnya masih tetap juga menulis...itu tandanya...sendiri fikirlah.


Apakejadah mangkuk nih!



SELEPAS SELESAI PERARAKAN PMX BERTEMU RAKYAT










 Usai Sambutan Hari Kebangsaan, saya dan Jemaah Menteri bersama mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketemu rakyat pelbagai kaum yang bersama dalam acara ini sedari semalam. 


Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar. 


Semoga semangat merdeka rakyat ini terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari rakyat Malaysia. 


Merdeka!




#MalaysiaMADANI 

#Merdeka66



DAH BAGI PERUNTUKAN BAIKI TANDAS. SILA PANTAU KALAU ADA SAKAW.

 

Ibrahim Mat Isa.


Ini realiti tandas di sebuah sekolah tuan tuan. Bertahun-tahun terabai, datang PMX bagi order baiki semua pun kena maki dengan walaun..




NUR JAZLAN SEPATUTNYA BIMBANG KIAN TERHAKISNYA SOKONGAN MELAYU KEPADA UMNO, BUKAN SIBUK UNTUK MENAMBAH SOKONGAN MELAYU KEPADA DAP


 Walaupun Ahli MT UMNO merangkap Ketua Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed tidak bertanding dalam PRK kawasan tersebut yang kempennya sedang berjalan sekarang, beliau nampaknya begitu bimbang dengan sokongan pengundi Melayu kepada DAP.

Lantas itu, beliau menyarankan agar DAP berubah menjadi parti yang sederhana dengan menggugurkan dua slogannya iaitu negara sekular dan Malaysian Malaysia yang selama ini diperjuangkan parti itu.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Negara itu lagi, bagi sebahagian besar orang Melayu, cara politik DAP masih terikat sebagai parti totok orang Cina. 

“Sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan,” tambahnya..

Justeru, Nur Jazlan berkata, jika betul DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO, mereka perlu berani membuat dua perubahan tersebut bagi mencapai kejayaan besar pada pada PRU16 akan datang.

Sekali baca, nampak macam betul dan tepat saranan beliau ini, tetapi jika diteliti kembali, ada beberapa persoalan perlu dijawab terlebih dahulu oleh Nur Jazlan sebelum kita hendak bersetuju dengannya.

Pertama, siapa yang kehilangan sokongan atau perlu sokongan Melayu sekarang ini – DAP atau UMNO?

Kedua, siapa yang menang lebih banyak kerusi dan siapa pula yang hilang banyak kerusi?

Menjadi kemusykilan, kenapa beliau begitu risau tentang sokongan orang Melayu kepada DAP, walhal yang lebih kehilangan sokongan orang Melayu ialah UMNO itu sendiri.

DAP tidak bertanding di kawasan Melayu dan lawannya ialah sama ada MCA, Gerakan atau MIC di kerusi-kerusi bandar.

Di samping tidak perlu kepada sokongan Melayu, bahkan sama ada disokong atau tidak oleh orang Melayu, DAP tetap mendapat tempat dihati orang Cina dengan berjaya memenangi lebih 40 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.

Seterusnya, pada PRN baru-baru ini, DAP menang semua kerusi yang ditandinginya.

Tetapi, berapa kerusi UMNO menang pada PRU15 dan PRN baru-baru ini?

Jadi, apa isunya orang Melayu perlu menyokong DAP?

Kenapa parti yang menang cemerlang dan tidak memerlukan sokongan Melayu yang disuruh berubah, sedangkan UMNO yang kalah teruk, sehingga sekarang masih belum ternampak ada difikirkan formula untuk memulihkan sokongan orang Melayu kepadanya?

Dalam hal ini, jika Nur Jazlan menyebut DAP perlu menggugurkan dua slogan untuk membolehkan DAP mendapat sokongan orang Melayu, apa pula syaratnya untuk UMNO kembali mendapat sokongan Melayu?

Bolehkah beliau menyebutnya dalam tulisannya yang akan datang?

Selain itu, tidak perlu untuk Nur Jazlan terlalu risau jika Melayu tidak menyokong DAP kerana sebagai parti yang statusnya mirip seperti MCA, Gerakan atau MIC, yang penting ialah asalkan parti itu sedia menerima kedudukan orang Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, akur kepada Perlembagaan Negara dan seterusnya sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu demi kepentingan negara.

Adakah selama ini DAP menentang semua itu atau degil enggan bekerjasama dengan sesiapa?

Lebih daripada itu, DAP sebagai parti bukan Melayu hanya bertanding tidak lebih 60 daripada 222 kerusi Parlimen yang ada di negara ini, manakala selebihnya adalah kerusi untuk ditandingi oleh parti Melayu dan Bumiputera.

Pendeknya, jumlah kerusi DAP, kalau pun mereka menang semua kerusi yang ditandingi, kedudukannya hanya minoriti saja.

Tidakkah dalam hal ini Nur Jazlan sewajarnya lebih bimbang tentang sokongan kaum majoriti negara ini iaitu Melayu kepada parti-parti Melayu, khususnya UMNO dan bagaimana untuk menguasai kerusi-kerusi Melayu yang jumlahnya juga adalah majoriti?

Nampak tak kena sangat dengan saranannya agar DAP berubah demi untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Tambahan lagi, UMNO bukan bekerjasama dengan DAP secara langsung, tetapi cuma dengan PH yang ada DAP di dalamnya.

Rumah sendiri kurang beras, kenapa nak sibuk untuk menambah beras di rumah jiran sebelah yang makanan utamanya bukan pun nasi? – ShahbudinHusin 30/08/2023.




MASA HANGPA JADI WARTAWAN ....APA MAHAZALIM BUAT DAN MEMBODEK JA KERJANYA.

 

SKMM 'Big Brother': Tindakan elak ketegangan kaum, bukan semberono



Kritikan 8 wartawan veteran yang membantah tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap beberapa portal berita yang menyiarkan kandungan kurang wajar dibuat dengan tidak mendahulukan kepentingan negara.


Menurut wartawan veteran media arus perdana, Noraini Nordin, yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang penulisan, teguran 8 'tokoh' media terbabit amat tidak tepat kerana berdasarkan perkembangan terkini, media yang dipanggil menghadap SKMM itu kelihatannya tidak menyunting dengan baik artikel diterbitkan sehingga berita yang tersiar boleh menimbulkan keresahan hubungan antara kaum atau agama.


"Apa jua tindakan yang diambil SKMM (sebenarnya) bukan secara sembrono atau diputuskan atas lagak sebagai 'abang besar' tanpa pertimbangan atau kajian.


"SKMM bersifat budiman dan membuat pertimbangan yang matang demi menjamin keharmonian negara.


"Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara umumnya sangat terbuka dan sedia menerima kritikan, bahkan kerapkali dihentam atau dibalun dengan keras oleh pelbagai pihak melalui pelbagai platform media.


"Namun, demi kepentingan negara dan menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum untuk jangka panjang, kandungan yang mengelirukan, tidak tepat serta boleh membawa kesan buruk sudah semestinya dipantau dan disekat.


"Jika tidak diawasi maka 'bom jangka' 'pergaduhan dan 'rusuhan' tentu boleh meletus pada bila-bila masa saja," kata Noraini dalam kenyataannya hari ini.


                                                    Noraini Nordin


Beliau yang juga Penerima Anugerah Kajai dan Penerima Anugerah Belia Negara (kategori wartawan) itu turut mengingatkan bahawa agensi media tidak boleh diberi kebebasan mutlak dalam menentukan agenda mereka.


Malah katanya, di rumah, sekolah, tempat kerja atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan, individu tertakluk kepada peraturan yang mengawal. Inikan pula media yang mempunyai pengaruh kepada 30 juta pembaca di Malaysia.


"8 tokoh terbabit yang dikenali sebagai bekas wartawan ternama lagi dihormati dan 'tauke' media dan memberi teguran terhadap SKMM itu, tentu masih ingat bahawa ketika mereka menjadi ketua sebelum ini atau masih lagi mengetuai media sehingga sekarang, tulisan wartawan bawahan perlu ditapis dan disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan.


"Kadang-kadang ada juga tulisan wartawan yang diputus untuk tidak disiarkan.


"Proses yang sama juga dilakukan SKMM dalam 'dunia langit terbuka' sekarang berikutan kebanjiran portal bebas atas talian," ujarnya.


Noraini yang juga Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat itu menegaskan bahawa tanpa sebarang pengawasan atau sekatan, media bebas melapor dan menulis apa sahaja maka bukan lebih banyak tamadun akan terbina, sebaliknya hanya kemusnahan yang akan menjelma.


"Dalam hal ini, tiada sikap 'abang besar' dalam tindakan SKMM itu. Ia adalah untuk memastikan agar negara ini terus selamat untuk diwarisi kepada anak cucu kita semua," katanya lagi.


Kritikan 8 tokoh media arus perdana terhadap SKMM hari ini mendapat liputan meluas media massa.


Bagaimanapun bagi tokoh wartawan media alternatif yang merasai penindasan kebebasan media oleh kerajaan pada era kegemilangan tokoh terbabit, mempertikaikan kenyataan mereka sebagai sebagai tidak tepat dan condong kepada musuh politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malaysia tidak iktiraf tuntutan, Peta Standard China Edisi 2023



Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan kedaulatan mahu pun “Peta Standard China Edisi 2023” (2023 edition of the standard map of China) yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli Republik Rakyat China pada 28 Ogos lalu.


Menurut Kementerian Luar Negeri, peta tersebut yang antara lain menunjukkan tuntutan maritim sepihak (unilateral act) China melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979, adalah melanggar sempadan wilayah Malaysia.


"Seperti yang ditegaskan Kerajaan Malaysia berhubung isu Laut China Selatan sebelum ini termasuk isu persempadanan maritim, Malaysia secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara kita berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.


"Dalam konteks ini, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam “Peta Standard China Edisi 2023” yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Peta tersebut sama sekali tidak mengikat Malaysia," kata kenyataan dikeluarkan Wisma Putra petang ini.


Kenyataan itu juga menegaskan isu Laut China Selatan dan sebarang tuntutan kedaulatan bertindih hendaklah diselesaikan secara diplomasi dan berasaskan peraturan sempadan laut antarabangasa yang diiktiaf Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu.


"Malaysia berpandangan isu Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Isu ini perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).


"Malaysia komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan semua pihak melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea - DOC) secara menyeluruh dan efektif," kata kenyataan itu lagi.


Selain itu, Wisma Putra juga menjelaskan Malaysia komited terhadap proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea – COC) yang efektif dan substantif, serta terhadap sasaran untuk memuktamadkan COC seawal yang mungkin.


Hishammuddin Hussein Onn is the real traitor unknown to many!*



1) When Dr Mahathir became the prime minister for the second time under PH, Hishammuddin was the first Malay MP to have visited him and discussed Malay Unity and did all the groundwork for UMNO and PAS to join forces together with Bersatu. 


2) He met up with another well known traitor named Azmin Ali in Morocco to plan all the moves and devious actions. Both Azmin and Hishammuddin’s family were holidaying in Morocco to plan out all the evil actions! They fooled the Malaysian public and mentioned that they just happened to meet up in Morocco by chance.


3) Hishammuddin is doing it all over again! UMNO sources said that he’s arranging for some BN MPs to sign the SDs in favour of Muhyiddin becoming the prime minister. It’s not surprising that several UMNO members including MIC and MCA leaders are calling for Zahid’s resignation. Please note the first of such call originated from Johor MB the cousin brother of Hishamudin. Another evil plan by Hishammuddin to facilitate the signing of the SDs.


It’s a well known fact that Hishammuddin is closely related to the present king of Malaysia. He is married to the king’s niece, Marsilla Tengku Abdullah.


4) It’s becoming  obvious that the new information chief of UMNO, Isham Jalil, called for UMNO to remain in opposition. He is helping/incohort with Hishammuddin’s attempt in carrying out his evil act plan, by brainwashing all Umno Parlimen members to go against the MKT Umno Leaders. He is also a Trojan horse for the Perikatan National Leaders of Muhiddin , Azmin n Hadi.


Pls viral to everyone... so that they know who is Hishammudin ..he is the real Setan/Devil.


Bahaya kesombongan


Nik Hasyudeen.



Kita semua sudah maklum dengan hadis Rasulullah SAW berkenaan sifat sombong yang menyebabkan kita tidak boleh masuk syurga (link ada di bahagian komen).


Baginda juga menjelaskan kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah ke atas manusia. Ianya masalah jantunghati yang mempengaruhi keputusan dan tindakan kita. 


Di era yang mana ada pelbagai pandangan, dakwaan, saranan, desakan yang sampai kepada kita melalui pelbagai platfom sosial, kita menghadapi risiko memberi respon spontan berdasarkan maklumat terhad berkenaan. Ada orang siap buat video untuk memberi respon.


Walau bagaimana pun, mungkin sehari dua selepas itu, timbulkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang sahih yang menjelaskan perkara yang sebenar. Apakah sikap dan tindakan kita di kala itu?


Sekiranya kita tidak memperdulikan fakta-fakta baharu dan masih mempertahankan respon kita, adakah kita sudah melepasi batas kesombongan? Tanyalah kepada agamawan yang berilmu, jujur dan amanah. Tentunya kita nak masuk syurga dan tidak mahu terlibat dengan kesombongan. Di dalam hadis yang saya rujuk di atas, sedikit kesombongan pun akan membawa implikasi yang besar di akhirat.


Jika kita ada kedudukan dan pengikut yang ramai, mudahkah kita mahu mengaku di hadapan mereka bahawa komen atau dakwaan kita sebelum ini tidak benar kerana kita membuatnya berdasarkan maklumat yang tidak benar juga? Ini adalah cabaran kepada orang-orang yang popular dan dikenali ramai. 


Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sifat yang merbahaya ini. Status dan kumpulan yang kita sertai tidak akan menjadi pelindung jika jantunghati kita terjangkit dengan sifat sombong.



SUPPORT GANG KITA





Hisyam


 Beliau antara yg terkesan diboikot oleh walaun setelah menjadi influencer pro-Perpaduan tambahan pula beliau dari Kedah, byk followernya Kedahan Al-Walaun so kesian sgt dari ratusan ribu live view tinggal berapa kerat ja la ni smpai terpaksa buat akaun baru.


Jom follow support tiktok baru beliau kerana kalau kita tk support influencer kita sapa lgi nk diharapkan?



LEBAI SAYOQ PUNYA KELENTONG

 

Si Dusuki ni saman Mujahid.  Seperti biasa, dia kalah lagi pastu kena bayar.  Dia fail untuk merayu, kemudian tak jadi, tarik balik. 





 Nak cover "kemaluan" dia, dia pun buat kenyataan dia tak kalah dalam pilihanraya seperti Mujahid. 

 Laaa...apa kaitan fitnah dgn pilihanraya? Hang fitnah dan kalah fitnah kemudian tidak mahu merayu, maksudnya memang hang melakukan fitnah.  

Kalah di dunia dan tetap berdosa di akhirat kerana menfitnah.  Mujahid kalah pilihanraya tapi tidak berdosa.  Cukup2 la Dusuki...byk sgt kalah fitnah ni, buang  duit banyak dah...elok guna duit tu sedekah kat anak2 yatim.


W. Faudzin.



PENYUBUR BUDAYA FITNAH

 



Nazri Iznil


Walaun punya standard skrip, "Mahkamah Dunia boleh la menang, tunggu di Mahkamah Akhirat".


Kena dekat batang hidung sendiri baru tahu ingat tuhan. Bila buat fitnah, salah satu dari sifat terkeji dan amat dilarang, boleh pula lupa kepada Allah SWT.



LEBAI SAYOQ


Ibrahim Mat Isa.


 Aku dah kena block sebab usik² manja di komen posting beliau pagi tadi. Hanya gambar jadi kenangan mengusik jiwa. Mung memang ULAMM.. Lebai sayoq!