CADANGAN ZAID IBRAHIM UNTUK MANIFESTO PH/BN KELANTAN
BN / PH manifesto for Kelantan should be more vigorous and gives hope to the voters.
1) Water woes will be settled in 12 months . Give details
2) Shorts will be permitted to Muslims and non Muslims ( hot weather and climate change )
3) Movies will be allowed ( spare the young from taking the girlfriends to Trengganu)
4) concerts ; musical traditional dances will be allowed
5) Ketum will be permitted for personal consumption
6) Oil money will be paid on regular basis and in transparent manner
7) Kota Bharu -Kuala Krai Highway will be completed in 12 months
This manifesto may not be enough to win but at least it offers some excitement and Ray of hope
Sumber – https://twitter.com/zaidibrahim/status/1674569814063591426?s=12
TEDIA LEBAI HADI....AWAT HANG NYANYUK TERUK NI
Aku tau ramai yang meluat kalau aku post gambar tok ni. Tapi tajuk tu buat aku tak boleh tahan nak share.
Hanya parti yang bersama PAS nak tegakkan Islam, kata tok ni. Tapi bagaimana dengan parti bernama Gerakan tu?
Itu parti yang bawa Hudud ke mahkamah. Parti itu juga yang aktif menentang perlaksanaan jawi di sekolah.
RUU355 pun mereka lawan. Takkanlah parti yang sebegitu teruk menentang segala yang PAS bawa sekarang nak dianggap mahu mengelakkan Islam pulak kan?
Tapi nak heran apa. Kalau berbohong jadi halal dan rasuah boleh jadi sedekah, yang anti pun dia boleh kata mesra. Guane boh?
Raja Gelap
.
Menjawab propaganda PN.
1. Ringgit merudum -
Sebenarnya tak betul paling rendah dalam sejarah.
Benda ni insya Allah sementara saja dan banyak dipengaruhi faktor luaran, antaranya faktor pertumbuhan perlahan China yang tidak seperti dijangka.
Yang penting ada pertumbuhan ekonomi dan inflasi terkawal. Kadar inflasi sekarang 2.8% terendah dalam tempoh setahun ni.
Kalau ringgit jatuh dengan tiada pertumbuhan ekonomi dan inflasi melambung, itu yang patut dirisaukan.
2. Pelabur jual saham-
Pelabur saham ni dinamik dan selalu berpindah randah. Depa akan cari market yang dapat bagi pulangan tertinggi. Depa akan kembali ke market bila sampai di harga yang paling ideal untuk dibeli.
Bila ringgit kembali mengukuh, akan mempengaruhi mereka untuk kembali nanti.
3. Harga beras naik -
Ni cuma untuk beras import bukan beras tempatan. Harga beras import bukan barang kawalan. Aku makan beras tempatan ja.
4. Harga makanan di restoran naik 1 Julai -
Errr mai kot mana ni? Apa alasannya? Kedai makan marhaen jual nasi guna beras tempatan ja.
5. Harga susu formula naik senyap-senyap -
Dari zaman Perikatan Nasional lagi isu susu formula mahal ni seperti laporan berikut.
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/bantut-fahami-situasi-kaji-punca-harga-tinggi-susu-formula-369393%3famp=1
Tapi ya aku setuju, kerajaan perlu amik langkah untuk cuba kawal harga susu formula.
6. Harga lampin pakai buang naik -
Again, same with formula milk. Bukan eksklusif terjadi zaman sekarang.
Aku buat camna? Tukar kepada brand pasaraya yang kualiti lebih kurang sama, macam lampin brand Pasaraya Hero.
7. Menu rahmah RM5 berkubur -
Tak pasti kesahihannya, yang pasti setidaknya ia telah membantu ratusan ribu rakyat Malaysia selama berbulan-bulan. Zaman 33 bulan ada?
8. Bil elektrik melambung -
Sebab cuaca panas melampau. Aircond dan peti sejuk perlu kerja lebih keras untuk dapat suhu yang kita mahu.
Aku buat camna? Tak guna langsung aircond.
Tarif baru elektrik pun tak kacau 99% rakyat Malaysia yang bil elektrik RM708 ke bawah.
Nak kena ingat apa YB Takiyudin cakap semasa dia Menteri Tenaga - "Kerajaan takkan selamanya beri subsidi" 😊
9. Tiada lagi subsidi untuk golongan kaya -
Tidak dinyatakan secara tepat.
Untuk pengetahuan, di masa akan datang tiada lagi pengkelasan ikut B40, M40, T20.
Pengkalan Data Utama PADU akan dilancarkan hujung tahun ni, menyelaraskan data setiap agensi dan kementerian.
Lepas ni rakyat akan dikategorikan mengikut pendapatan boleh guna.
Maksudnya orang yang bergaji RM10,000 tapi ada 5 anak silap-silap dapat subsidi berbanding orang yang bergaji RM8,000 tapi belum kahwin.
10. Graduan muda mengeluh -
Again, bukan eksklusif cuma terjadi sekarang. Zaman PN lagi teruk. Sekarang indeks pengangguran dah berkurang, lebih ramai yang ada pekerjaan.
Pekerjaan setimpal kelulusan itu perlu diselesaikan dengan polisi jelas ke mana halatuju negara untuk 10-20 tahun mendatang, dan akan ambil sedikit masa.
Tapi kena ada political will yang kuat, bijak merancang dan melaksana, bukan golongan ruwaibidhoh, dan tidak sakau.
Sebab itu polisi sekarang menumpukan ke creative economy, digital, dan juga renewable energy.
Dengan penumpuan 3 industri ini, banyak pekerjaan baru bernilai tinggi akan terwujud nanti.
Bab renewable energy, Malaysia sedang bersedia untuk lead South East Asia RE exchange market.
Cuba ingat zaman PN, apa polisi mereka untuk menganjak Malaysia dari middle income trap ke arah high income nation?
Untuk jangka pendek dan sederhana nak bantu golongan miskin tegar serta berpendapatan rendah, Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR dilancarkan.
Dalam tempoh 6-7 bulan, kerajaan berjaya selesaikan low hanging fruit seperti isu bekalan ayam, telur, minyak masak kena sakau, dan sebagainya.
Hasilnya bekalan ayam, telur, minyak masak, beras stabil dan harga terkawal sekarang.
Untuk perkara yang sistemik dan lebih kompleks, tentunya akan mengambil sedikit masa.
Yang penting ada halatuju yang jelas. Selepas 5 tahun, nilai kembali pada PRU16.
Najib Bakar
REFORMASI- SUATU EKSPATASI
Tahun 1998, saya Tingkatan 5. Bila nak dekat temasya Sukan Commonwealth, Malaysia jadi Tuan Rumah, terjadi suatu perkara yang menggemparkan negara.
Timbalan Perdana Menteri dipecat dan ditangkap. The rest is history. Tak perlu la kita ulangi. Sampai la tahun 2022, beliau diangkat jadi Perdana Menteri.
25 tahun beliau melaungkan reformasi. Tapi dah nak masuk 8 bulan kita masih sangsi, boleh ke dia buat ni?
To be fair, let us list down, what our expectations are.
Yang saya faham, reformasi DSAI ada dua:
1. Structural/ institutional reform atau perombakan struktur dan institusi.
2. Economic reform atau perubahan sistem ekonomi.
*********************
Untuk Structural reform, pada saya yang paling utama, bersihkan dunia politik negara. Itu yang kita nak lihat dulu. Ini yang ramai mahu:
1. Akta Dana Politik
- untuk bersihkan dunia politik dari rasuah dan wang haram.
- untuk buat orang politik lebih displin. Bukan hanya masuk politik untuk buat duit.
2. Reform SPRM diletakkan bawah Parlimen bukan PM, supaya SPRM boleh buat kerja setelusnya. Bukan jadi alat politikus kenakan lawan mereka.
3. Perdana Menteri hanya 2 penggal. Nak elak PM yang terlampau berkuasa sampai jadi diktator pula. 10 tahun cukup untuk seorang PM buat kerja. Dah dilakukan di banyak negara.
4. Rombak balik pencen dan gaji Ahli Parlimen dan Menteri. Sebelum nak usik pencen penjawat awam, lebih afdal buat pada diri sendiri. You walk the talk dan ketika negara tengah susah, politikus yang pertama berkorban untuk negara. It is a sign of true leadership.
*******************
Yang kedua ialah economic reform.
Kita mahu lihat dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan adil. Tolong Melayu yang betul2 susah, bukan hanya kroni politik.
DEB 2.0 with need based and merit. Tanpa meminggirkan kaum majoriti dan rentan. Fokus juga mereka2 yang tak boleh lagi mandiri tanpa bantuan kerajaan.
No more please, elitist Melayu berkroni, parti politik especially, merembat hasil bumi dan hampir semua kontrak Kerajaan. Kekayaan negara hanya berlegar sesama mereka. Bagi juga Melayu marhein lain peluang sama rata.
Tak lupa juga rakyat berbilang kaum dan agama. Yang tersusah dan ditindas dibantu.
Keadilan dan ekuiti itu perlu diletak nombor satu.
**********************
Yup, it’s easily said than done.
Tapi 25 tahun lamanya ramai menunggu. Kalau beliau dapat buat ini semua, pada pandangan saya, beliau boleh diangkat sebagai Bapa Reformasi Negara.
Kalau tidak berjaya, ramai akan hampa. Akan buat orang percaya cakap lawannya. Kita taknak orang bilang beliau Bapa Retorik Negara pula.
We must put trust in him to break the cycle. Kerana reformasi ini dia sudah bercakap lama. Political will pun sudah ada, tambah beliau punya majoriti 2/3. Tiada alasan jua.
Doakan PMX kuat memegang janjinya dan dalam 4.5 tahun ini reformasinya berjaya.
Setia kita kepada negara. Bukan parti politik dan pemimpin semata2.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
DAP KUASAI KERAJAAN ? JOM BACA. JANGAN JADI WALAUN MALAS MEMBACA
DAP KUASAI KERAJAAN
Let’s get the facts right.
PRU14.
- DAP dapat 42 kerusi Dewan Rakyat
- Sampai 6 orang Menteri dalam Kabinet
- Menteri DAP dapat MOF. Kementerian paling berkuasa.
PRU15
- DAP dapat 40 kerusi Dewan Rakyat
- Hanya 4 Menteri dalam Kabinet
- Menteri DAP paling tinggi pun setakat Menteri Pengangkutan.
Kalau bandingkan fakta yang ada, DAP paling kuat zaman bila?
*******************
PH1.0 memerintah, tahun 2019, DAP paling lantang. Tuntut
pilihanraya PBT dan ratifikasi ICERD. Dengan PM7 pun mereka gaduh sakan. AG dan
MOF sampai nak dipecat.
Kita tak dengar pula sekarang. Apa polisi besar yang DAP bawa?
Jadi kita nak tahu, DAP kontrol Kerajaan tang mana ya?
Saya tengok Anthony Loke, Hannah Yoke dan Nga Kor Ming ok je.
Buat kerja mereka, takde nak buat huru hara.
Lain PH 1.0 dulu, jenuh Kerajaan nak bersilat isu kaum dan
agama. Rakyat terjebak sama.
*********************
Fakta keluar mengundi yang diberi pun salah. Dikatakan, DAP
berkuasa kerana orang Melayu paling kurang mengundi.
Walhal, data yang ada menunjukkan Melayu keluar mengundi paling
banyak iaitu 79%, India 78%, Cina 69% dan lain2 59%.
**********************
Tu sebab sudah2 lah kita pajak otak kepada pemimpin. Semak apa
cakap mereka. Dengan data yang ada.
Ini bukan zaman dulu kala. Boleh senang2 brainwash kita. Rakyat
sekarang bijak belaka. Tu sebab mereka hilang kuasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Alergik dengan Muda? Gila!
Kalau kita jumpa bangkai, kita muntah sebab jijik dan baunya
busuk, adalah itu dikatakan alergik? Tentulah tidak, bukan?
AMK bukan alergik dengan Muda. Tapi menyampah sangat-sangat.
Sebab parti itu terlalu poyo dan fake padahal sampah je.
Kalau budak sekolah, jenis yang pakai baju kolarnya terangkat,
jalan berhenjut ala pailang tapi bila kena gerak sikit terus lari balik mengadu
dekat emaknya.
Tiada siapa alergik dengan Muda. Tiada sebab pun nak alergik.
Tapi kita semua jijik dengan parti yang acah sempurna ni.
Lagipun, risikonya sangat besar untuk percayakan Muda.
Percayakan Muda sama macam suruh toyol jagakan tabung kita.
Biarlah Muda nak bertanding solo. Jangan dipujuk. Biar dia jadi
macam idola dia. Yakin sangat bentuk kerajaan akhirnya hilang deposit terus.
Guane boh?
KEMPEN LEMAH WALAUN TANPA FAKTA. JOM BACA JAWAB SATU SATU
Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu, kalau perhatikan,
point ketiga, keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif. Belum belum terjadi
pun. Ini menjurus kepada fitnah.
Ok, ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh. PM dah jawab,
Rafizi pun dah jawab. Aku tak mahu sentuh aspek teknikal. Aku cuma nak tanya,
kesan apa yang kita rasa?
Kita risau bila ringgit jatuh akan buat ekonomi juga jadi
merudum. Barangan yang diimport akan jadi mahal. Itu adalah kesan langsung
kepada marhaen.
Tapi itu tidak berlaku. Ekonomi terus berkembang. Malah
tertinggi di rantau ini. Begitu juga inflasi kian turun. Jadi terendah
berbanding semenjak PN curi mandat rakyat.
Nak ringgit naik, kerajaan naikkan kadar faedah. Tapi nanti
banyak syarikat akan terkesan, jadi untuk cover kerugian, mereka naikkan harga
barang. Nak begitu ke?
Soal jual saham pun sama. Aku nak tanya, apakah kesannya kepada
kita marhaen? Dah ada yang kena buang kerja ke? Walaun tak usah acah-acah main
saham la. Fokus kepada diri sendiri.
Point ketiga dan keempat, macam aku kata tadi, ia berbentuk
spekulatif. Tapi kerajaan dah tegaskan yang harga beras tempatan adakah kekal.
Ia harga kawalan. Tak boleh baik sesuka hati.
Yang naik beras import. Kalau walaun jenis miskin dan tak mampu
makan beras mahal, belilah beras tempatan. Nak meroyan beras import naik harga
tu kenapa? Lupa diri?
Harga makanan di restoran naik, janganlah makan di restoran.
Masak sendiri. Bawa bekal. Sekarang harga ayam, telur, minyak masak semua dah
murah berbanding zaman PN.
Jadi kalau masak sendiri, tak adalah terkesan mana pun. Yang
walaun tak sedar diri, dah tak mampu tapi nak hidup cara orang kaya tu kenapa?
Gila?
Harga susu formula dan lampin pakai buang naik diam-diam. Aku
nak tanya, dua benda ni barang kawalan ke? Kalau tidak, so janganlah salahkan
kerajaan. Tapi salahkan diri sendiri yang support.
Ini basic ekonomi. Supply and demand. Kalau susu dan lampin tu
mahal, beli yang murah. Bila tak laku, dia akan turunkan harga. Nak lebih
murah, susu ibu. Pakai lampin kain.
Itu masalah pengilang dan pengedar. Yang walaun nak salahkan
kerajaan kenapa? Walaun ingat ini negara komunis ke? Negara komunis pun tak
kawal harga semua barangan.
Ketujuh, Menu Rahmah bakal berkubur. Tapi sudah berkubur atau
belum? Balun, kan? Lagipun, menu ini inisiatif Kerajaan Perpaduan. Bukan dah
ada sejak dari merdeka lagi pun.
Menu Rahmah ni antara matlamatnya, untuk gesa harga makanan lain
diturunkan. Ingat tak, lepas menu ini diperkenalkan, banyak kedai yang turunkan
harga makanan mereka.
Bila harga makanan lain dah turun, jadi menu ini pun makin lama
makin kurang sambutan. Jadi ia capai matlamatnya. Apa masalahnya di situ?
Bil elektrik melambung ni aku dah ulas sebelum ni. Aku dah
buktikan tiada kenaikan tarif. Boleh periksa bil sendiri. Jadi kalau bil
melambung, itu maknanya sendiri pakai banyak.
Kalau kata TNB menipu, itu salah TNB. Boleh report polis atau
saman TNB. Tapi sebelum ini, bil elektrik naik salahkan TNB. Tiba sekarang ni
pulak salahkan kerajaan. Niat jahat ke?
Tarif kekal, jadi kerajaan dah jalankan tugas. Tapi jangan lupa,
Taki pernah cadangkan kaji semula tarif elektrik. Nasib baik tukar kerajaan.
Kalau tak, lagi tinggi bil sekarang ni.
Akhir sekali, subsidi. Ini menyentuh golongan maha kaya. In
fact, yang sekarang tergolong dalam T20 pun bakal terkeluar dari senarai maha
kaya tersebut
Yang walaun nak marah kenapa? Berapa ramai walaun termasuk
golongan maha kaya? Masa PN nak hapuskan subsidi untuk T20 dulu, walaun juga
yang sokong. Walaupun ramai T20 tak mampu. Walaun siap hina T20 yang pakai
RON95.
Tiba sekarang ni, potong untuk golongan maha kaya, yang gajinya
banyak lebih, walaun melenting pulak? Nampak sangat yang walaun ni tak ada arah
dalam perjuangan.
9 isu yang dibangkitkan ni, tak ada satu pun yang kukuh. Malah
majoriti tak valid. Tapi begitulah PN. Tak kisah soal fakta. Yang penting cipta
persepsi. Siapa bodoh, dia akan percaya. Guane boh?
.
FITNAH KONONNYA HARGA BARANG TINGGI
AHMAD SHAHRIL
Ada yg bgtau mana nk dpt dah beras 5kg harga RM13 skrg ni,semua
brg dah naik harga termasuk lah gula dan minyak masak malah pembelian pun
terhad hanya blh beberapa paket,malas nk ckp byk ini harga brg2 yg skrg hangat
di perkatakan ketika beli barang utk di agihkan utk asnaf petang ni...utk beras
blh rujuk gambar no 1 di situ blh nmpk perbezaan harga beras super tempatan dgn
beras import spt yg pernah abam bgtau dlm posting yg lps..Harga gula dan minyak
masak paket pun msih harga lama dan tiada had pembelian.
28.6.2023
Lokasi di Nirwana hypermarket batu 3,kuantan.
Sikap dan perspektif orang Kelantan dalam berpolitik.
Kelantan yang menyokong PAS hari ini bila ditanya kenapa tak mahu undi selain PAS, akan sebut beberapa sebab.
1. Korupsi Zahid
2. Pengaruh DAP
3. Meneruskan legasi
Tiga ini yang utama. Pergilah mana-mana page, inilah yang akan mereka tulis bila kita sarankan mereka tukar kerajaan negeri.
Sini adik kakok biar ambo tulis kok Kelate.
Loni kita tengah nak mengundi untuk pilih kerajaan negeri. Sapo pun kita undi, sapo pun kita pakoh, hanya akan bagi kesan di peringkat negeri kita.
Kalu PAS menang lagi, Anwar masih PM dan Zahid masih TPM. DAP masih sebahagian dari kerajaan pusat.
Kalu UMNO menang, gitu jugok. Anwar masih PM dan Zahid masih TPM. DAP masih sebahagian dari kerajaan pusat.
Takdok efek gapo. Tak degih. Sebab tu kita kena pilih ore yang buleh buat benda biar efek negeri kita.
Takut ko DAP? DAP tu loni kerajaan jugok. Tapi gapo DAP buat setakat hari ni? Islam terancam ko hari ni? Tokleh nak jemaah di masjid dah ko? Tokleh nak azan dah ko? Takdok sapo-sapo dalam DAP sedang cuba ubah perlembagaan negara hari ni walaupun dah ada kuasa.
Pahtu DAP tak bertanding pun di Kelate. Duk takut bakpo? UMNO pun dah bagi jaminan benda-benda molek yang PAS buat akan diteruskan juga kalu dapat perintah. Contohnya tak jual arak dan kedai nombor. Hok tu meme akan diteruskan.
Hok jawab nak teruskan legasi Islam ni pun satu hal. Demo kena tengok molek. Legasi gapo kalu anak beranak saja kijo dalam kerajaan negeri. Tu bukan legasi Islam. Tu legasi anak beranak. Demo takdok butir mata ko?
Politik ni bukan tradisi. Tak perlu diteruskan apa yang tuk nenek dan mak ayah kita buat mula.
“Ambo pakoh PAH sebab tuk ambo mula pakoh PAH. Ayah ambo pun pakoh PAH jugok. Takkan la ambo nak pakoh hok lain.”
Ni la masalah dia. Duk anggap politik tu tradisi. Buat sebab keluarga buat. Kita hidup biar ada pendirian.
Loni gapo masalah di Kelate? Anak mudo takdok kijo. Bila takdok kijo, make dadah. Pitih ada tapi gi kok lain. Bukan kata nak buat hok wojib dulu iaitu perkara-perkara asas seperti air bersih dan peluang kijo.
Kita kena fokus tempat kita dulu. Ni duk fokus hok luar. Duk cara ko carik kain ore. Kita sediri ni telanje bogel tak napok.
Ok cukup. Bor lah.
Kerdit FB Mohd zailee
MERAPU LA.,...
Macam mana la bekas timbalan Ketua Ulamak PAS boleh buat kenyataan macam tu.
Orang Islam tak percaya inkarnasi ( pindah roh ) ni.. jelas itulah yang diajar oleh Islam
Zainul Asri kata kenyataan yang dikeluarkan mengenai perpindahan roh dari jasad ke jasad itu mendakwa dimaklumkan oleh gurunya yang sudah pun meninggal dunia.
Itulah sebab aku tak sebarang ambil dari mulut ' tuan-tuan guru' ni.. manusia tak maksum kan....
Bab lain aku memain bole .boleh gurau senda..
Tapi hal akidah .aku yang jahil ni serah bulat2 pada Allah..
Bukan tok-tok guru.. bukan parti politik.. takut nampak suci pada pandangan manusi.. tapi sebenarnya hina
KINI PH/BN BERSAMA...PN TERGUGAT
Kerjasama antara PH dan BN memang betul-betul menggugat PN. Dalam PRU15, PN jadikan UMNO sebagai pengacau untuk kalahkan PH. Tapi kini, PH dan BN masuk PRN bersama. Jika undi PH pergi BN dan undi BN pergi ke PH, maka PN akan lebur.
PN tahu ini mesti dihentikan. Jadi, mereka mulakan dengan menghasut agar BN tinggalkan PH. Sebab itu ada pemimpin, baik dari BN mahupun dari PH, yang giat keluarkan kenyataan yang mengguriskan hati parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.
Tapi nampaknya usaha ini gagal. Tidak mendapat sambutan pun sama ada daripada pucuk pimpinan mahupun dari kalangan ahli akar umbi sendiri. Jadi ada pula pemimpin yang cuba memujuk UMNO agar bersama PN. Namun ini pun tak berjaya juga.
Akhir sekali, mereka terpaksa pecahkan undi PH. Alihkan undi PH/BN ke parti lain. Tapi parti yang mana? Tak ada pilihan. Zahid dan UMNO tak mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Begitu juga GPS. Yang tinggal kini hanyalah parti Muda.
Muda parti yang lemah. Jadi kena ada strategi agar Muda mampu curi undi PH/BN. Caranya? Bermula dengan Syed Saddiq serang kerajaan melalui isu LCS. Walaupun isu itu dijawab dengan tenang dan lengkap, tapi Syed Saddiq tolak kebenaran. Kenapa?
Kerana dia nak wujudkan persepsi yang kononnya PH lari dari perjuangan. Kemudian dia akan buat seolah macam memberontak dan bergerak solo. Tujuannya cuma satu. Dia nak tunjuk konon hanya Muda yang masih ada integriti. Jadi bolehlah dia alih sokongan rakyat daripada PH kepada partinya.
Jelaslah ini usaha terdesak sebab Muda bukanlah parti yang ada akar umbi. Matlamat pun tak jelas, macamana nak pecahkan undi PH? MP dan ADUN Muda pun tak perform. Syed Saddiq pun tahu hal ini tapi apa lagi usaha yang boleh dia dan PN lakukan?
Mahu tak mahu, suka tak suka, PH mesti dikalahkan dan ini saja cara yang mereka boleh fikirkan. Kalau tak banyak, dapat curi undi sedikit pun jadilah. Dengan harapan isu 3R yang terus dimainkan PN dapat menambah sokongan rakyat kepada mereka.
Begitulah. Nampaknya semua dah dirancang teliti. Memang mereka nak jadikan PRN 6 negeri sebagai pukulan TKO terhadap PH. Kalau PH kalah di enam negeri ini, mungkin akan ada MP yang tarik balik sokongan biarpun bakal kehilangan kerusi.
Apa salahnya hilang kerusi kalau habuannya besar? Kan? Pemberi habuan juga sanggup bayar asalkan tak perlu masuk penjara. PRN 6 negeri ini akan jadi jalan terakhir untuk mereka buktikan kepada MP UMNO yang pro-PN berbaloi untuk melawan Zahid.
Tapi aku rasanya usaha ini takkan berjaya. Gaya DS Anwar yang tenang buat aku percaya ada sesuatu yang DS Anwar rancang untuk berhadapan dengan strategi gila mereka ini. Kita tunggu sajalah waktu kempen nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkan observasi sendiri. Guane boh?
Raja Gelap
.
PM bertakbir raya Aidiladha bersama kariah di Sg Long
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama kariah di Masjid Taman Rakan Sungai Long, Kajang berdekatan kediaman keluarga beliau.
Takbir hari raya itu dirakamkan oleh RTM 1 dan turut disiarkan di media sosial.
"Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut esok.
"Bacaan takbir raya dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Tuan Haji Mohd Zamzuri Abu Othman dan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat," katanya.
PM mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam Malaysia yang akan menjalani ibadah korban mulai hari ini sehingga Ahad nanti.
"Moga kehadiran Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua," katanya lagi.