Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PM RAKYAT! SENTIASA MERENDAHKAN DIRI.
Singgah makan tengahari di Medan Selera Permaisuri sebelum menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak.
MUHYIDDIN BAKAL TURUN NAIK MAHKAMAH- KETUA PEMBANGKANG PUN ADA BANYAK KES.
tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat dengan salah guna kuasa. muhyiddin bakal menjadi pemimpin pertama turun naik mahkamah. bantuan awal persekolahan kepada semua pelajar. pembatalan perayaan tahun baru. isu penamatan kontrak penjawat awam. keabsahan perdana menteri masih dipertikai. tingkah laku ahli parlimen ketika bersidang di parlimen.
PENARAFAN DIBERIKAN OLEH WALAUN...NASIB PEGANG KUNCI SYURGA DAN NERAKA- KALAU ORANG LAIN SAHIH MACAM MACAM MB T'ganu mohon maaf mangsa banjir, Agus tolak tawaran PM, Umno jangan s...
1) MB T'ganu mohon maaf, akui berada di luar negara
2) Agus tolak tawaran jawatan dari Anwar
3) Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman MP Kuala T'ganu
4) Henti anjur majlis besar-besaran, pembaziran - PM
5) 'Umno tak boleh salah langkah lagi'- Hishammuddin
6) 'Khairuddin ada kelebihan luar biasa, tahu agenda peribadi saya'
[AD] Kongsi rezeki dengan hanya 2.5%. Jom kita mentaksir dan tunai zakat harta yang kita miliki sekarang sebelum tahun 2022 berakhir. Layari https://jom.zakatselangor.com.my untuk maklumat lanjut.
Harga Barangan | Pengguna perlu sedar, jauhi penjual harga mahal
Pengguna disarankan menjauhi para peniaga yang dirasakan mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga-peniaga lain.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kesedaran tersebut dipercayai akan menekan peniaga terbabit untuk menurunkan harga.
Antara yang diumumkan PM DS Anwar 28 hari menjawat jawatan Perdana Menteri ,
๐ฃ๐ฃ๐ฃfr Mustapha Mansor
1. Batal sambutan Tahun Baru 2023 secara besar-besaran
2. RM50 juta Peruntukan Banjir Kelantan
3. RM50 juta Peruntukan Banjir Terengganu
4. RM10,000.00 kehilangan jiwa Banjir
5. RM1,000.00 untuk Ketua Keluarga terjejas Banjir
6. RM10,000.00 kehilangan jiwa Tanah Runtuh Batang Kali
7. RM1,000 mangsa yang selamat Tanah Runtuh Batang Kali
8. Tarif Elektrik tak dinaikkan dan dikekalkan
9. Bernas bantu pesawah padi miskin RM60 juta
10. Bantuan persekolahan RM150.00 setiap murid tanpa mengira pendapatan penjaga.
11. Bantuan Keluarga RM300.00 (Januari)
12. Bantuan Bujang RM100.00 (Januari)
13. Skim bayaran Telco serendah RM5 utk para belia, veteran dan warga emas
14. Menghentikan tender secara rundingan terus yang nanti dapat menjimatkan kewangan negera berbilion RM1 bilion hingga RM2 bilion
15. Menamatkan lantikan politik dalam GLC
16. Menamatkan Majlis Perundingan Ekonomi yang dipengerusikan oleh TSMY kerana telah ada menteri kabinet yang dilantik
17. Semak semula kos pembinaan ECRL yang dapat menjimatkan kos sehingga lebih RM11 bilion duit negara (kos yg paling besar dapat dijimatkan setakat ini)
18. Kawal selia gas utk Sabah terus diserahkan kpd kerajaan negeri Sabah salah satu kejayaan besar berhubung perjanjian MA63
Pointa 19 hingga 50, _*Tunggulah kejutan2 sbg buah tangan utk rakyat Malaysia*_
Laporan ini akan mencemaskan dan amat2 menyedihkan kumpulan minoriti di parlimen serta penyokong mrk yg telah tercedera jiwa dan minda.
Disediakan oleh,
*Cgu K*
.... mcm mana nak menahan... #*StressSebabImpressed*๐
AMK MOBILISASI MISI BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR

AMK mobilisasi misi bantuan banjir Pantai Timur
on:
Banjir di Pantai Timur yang semakin buruk mendapat perhatian Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.
Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim berkata pihak AMK sedang mengusahakan bantuan segera kepada mangsa banjir di samping anggota AMK Kelantan dan Terengganu yang giat berusaha membantu mangsa banjir.
โAMK Malaysia menyatakan simpati dan kegusaran terhadap lebih 44,000 mangsa terkesan banjir besar di Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu.
โTindakan awal telah diambil oleh AMK Kelantan dan AMK Terengganu termasuk kerja-kerja perhubungan untuk mangsa terjejas, persediaan logistik bagi saluran bantuan, dan mobilisasi sukarelawan.
โPada peringkat sekarang, AMK akan mengumpul sumbangan yang berkeperluan lebih mendesak terutama bekalan air minuman, makanan kering dan siap makan, ubatan asas, tuala wanita, lampin bayi serta susu formula antara lainnya,โ kata Adam dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengarahkan AMK seluruh negara memobilisasi anggota-anggotanya dari seluruh negeri selain mengaktifkan Skuad KEADILAN bersama-sama KHIDMAT untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
โAMK juga menggerakkan Galang Dana Misi Banjir AMK bagi maksud urusan membantu mangsa banjir di sana, justeru sumbangan semua adalah dirayu
โAMK bersedia untuk melebarkan jaringan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha bersama berhadapan musibah ini,โ katanya lagi.
Orang ramai boleh menyumbang ke akaun bank 21243960010033 (RHB Bank Parti Keadilan Rakyat) dengan rujukan Misi Banjir AMK bagi membeli keperluan segera mangsa banjir di Pantai Timur.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi: Muhammad Syaril Showkat Ali, Pengarah Komunikasi AMK Malaysia.
โIDENTITI MALAYSIA PERLU DITENTUKANโ

โIdentiti Malaysia perlu ditentukanโ
Cabaran terbesar untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke 15 ialah beliau perlu menentukan identiti Malaysia yang diperlukan oleh rakyat, kata James Chin, pengarah Institut Kajian Asia, Universiti Tasmania di Australia.
โAdakah identiti Malaysia itu sebagaimana yang diimpikan oleh penduduk bandar yang menyokong Pakatan Harapan, Malaysia ala PAS atau Malaysia yang didambakan oleh penduduk Sabah dan Sarawak?
โBagaimanakah beliau boleh menyatukan identiti yang berlainan ini?โ kata penyelidik yang berasal dari negeri Sarawak itu.
Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk Perjalanan Anwar ke tampuk kuasa: Apa seterusnya yang dianjurkan oleh Universiti Melbourne dan Asialink Group.
Dua daripada tiga identiti di atas sukar menjadi kenyataan, tambahnya sambil menyatakan Malaysia yang didambakan oleh rakyat Sabah dan Sabah mudah untuk menjadi realiti kerana rakyat di Malaysia Timur hanya memerlukan tiga perkara โ autonomi, kedudukan khas untuk Sabah dan Sarawak dan perjanjian MA63 dikotakan.
โAnwar telah mengkaji perkara ini melalui bukunya dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Asian Renaissance,โ katanya merujuk buku yang diterbitkan dalam tahun 1996.
Chin turut menambah tiada usaha yang bersungguh diambil oleh kepimpinan terdahulu.
โPaling awal, kita boleh lihat perkara ini dalam Rukunegara. (Mantan perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad pernah mengusulkan idea Bangsa Malaysia tetapi ia tidak diikuti dengan dasar dan tindakan sewajarnya,โ katanya.
Untuk mengatasi masalah identiti, beliau mencadangkan agar pentadbiran Anwar mengadakan sesi kongres rakyat agar kepimpinannya mendapat pandangan segenap lapisan masyarakat dan bukannya kumpulan tertentu seperti gelembung Bangsar (Bangsar bubble).
Cabaran seterusnya untuk pentadbiran Anwar dalam tahun 2023 ialah Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri โ Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
โSelain daripada krisis ekonomi yang akan melanda negara, Anwar perlu memastikan bahawa pakatan politiknya menang empat daripada enam negeri,โ kata beliau.
โKita dalam peringkat pembangunan di mana kita boleh mengadakan dialog. Benarkan semua bersuara demi identiti Malaysia,โ kata James Chin.
Penganalisis politik itu turut menambah bahawa cabaran ini bukan unik kepada Malaysia dan telahpun diatasi oleh negara lain yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama seperti Singapura sejurus selepas ia mencapai kemerdekaannya.
โIdentiti rakyat Singapura lebih kukuh. Masalah asas mereka sama dengan Malaysia walaupun saya akui masyarakat majoriti di sana dari kaum Cina,โ katanya lagi.
Sesi ini turut disertai oleh ahli parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dan Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri, pensyarah sains politik dari Universiti Islam Antarabangsa.
AFDLIN GESA LAKSANA REFORMASI MENYELURUH INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR

Afdlin gesa laksana reformasi menyeluruh industri hiburan tanah air
Industri hiburan negara masih banyak yang perlu diperbaiki terutama membabitkan kebajikan golongan seniman atau artis yang terlibat dan perlu ditangani secara lebih menyeluruh.
Hal itu dibangkitkan oleh pengarah dan pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki dalam program Kerusi Hangat anjuran Jom Channel, malam tadi.
Beliau berkata, suatu anjakan perlu dilakukan di dalam industri hiburan dengan diterajui oleh kepimpinan yang lebih cenderung dalam bidang hiburan negara, sekaligus memastikan kelancaran pentadbiran agensi yang menyokong industri hiburan tanah air.
โSesuatu perlu dilakukan untuk membantu industri seni menjadi lebih kuat dan ada โprotectionโ (perlindungan) oleh orang yang faham tentang industri hiburan.
โKalau ada orang memahami industri duduk di tempat (sepatutnya) itu lebih cepat dan lebih banyak kerja yang akan dilakukan untuk membuat reformasi untuk industri,โ katanya.
Bagi Afdlin, penglibatan dirinya dalam industri hiburan selama 30 tahun tidak menyaksikan banyak perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu untuk memperkasakan industri berkenaan.
Ditanya soalan berkenaan politik oleh warganet berkenaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap dunia seni, Afdlin yakin dari pendapat peribadinya bahawa Presiden KEADILAN itu mempunyai ciri-ciri pemimpin yang menghargai seni.
Beliau juga yakin Anwar mampu memulihkan negara dan mengembalikan Malaysia sebagaimana era kegemilangannya pada 1990an lalu.
โSaya rasa rakyat boleh lihat siapa Anwar apabila beliau menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dan tengoklah bagaimana tegas dan sabarnya beliau.
โSeseorang yang berkarisma yang saya rasa boleh membawa negara kita ke suatu arah kebaikan kerana idea-ideanya serta hubungannya dengan negara luar dapat dipergunakan untuk memperbaiki negara kita,โ katanya.
MENTERI JAGA PROJEK TEBATAN BANJIR WAJIB SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN
Sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim beberapa kali, perkara paling penting yang menjadi keutamaannya sebaik mengambil alih kuasa ialah memastikan tidak berlaku ketirisan wang kerajaan.
Untuk itu, menyemak semula perlaksanaan projek tebatan banjir yang sebahagiannya sudah diluluskan adalah langkah awalnya ke arah itu.
Projek tersebut yang sebelum ini diberikan secara rundingan terus oleh kerajaan terdahulu diputuskan untuk disemak semula bagi ia dilaksanakan secara tender terpilih.
Ketika melawat mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini, Anwar turut menyebut projek itu akan tetap disegerakan, walau semakan semula dilakukan terhadapnya.
Semalam ketika berucap di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK 2022) di Putrajaya, beliau sekali lagi mengulangi perkara yang sama.
Katanya, melalui proses tender terpilih untuk cadangan projek rancangan tebatan banjir (RTB) itu akan membolehkan penjimatan RM1.8 bilion kepada kerajaan.
Menurut Anwar, peruntukan RM15 bilion untuk RTB menerusi rundingan terus tanpa tender menyebabkan kos projek itu melambung tinggi.
Justeru, tambahnya, Kementerian Kewangan (MOF) diarah berunding semula dengan syarikat berkaitan untuk perlaksanaan proses tender terpilih.
โBayangkan RM1.8 bilion boleh diselamatkan dari projek bernilai RM15 bilion.
โIni isu tata kelola yang baik, pimpinan harus pastikan jangan ada ketirisan, ini bukan soal politik tetapi soal rakyat.
โRM1.8 bilion kalau dipulangkan kepada penjaja, bayangkanโฆ,โujarnya lagi.
Sebagai makluman, projek tebatan banjir yang dilaksanakan secara runding terus itu adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Menterinya ketika itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
Nama kementerian itu bagaimana ditukar kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selepas Anwar menjadi Perdana Menteri.
Menterinya kini ialah Nik Nazmi Nik Ahmad.
Berkaitan projek tersebut dan berikutan Anwar telah menyebutnya beberapa kali, banyak isu kini timbil dan menjadi pertanyaan rakyat untuk mengetahui kebenarannya.
Antaranya:-
1. Apa nama syarikat atau syarikat-syarikat yang dipilih secara runding terus dalam projek bernilai RM15 bilion itu?
2. Kenapa dilaksanakan secara runding terus?
3. Bagaimana kos projek itu boleh jadi sehingga RM15 bilion?
4. Bagaimana setelah kerajaan baru mengambil alih, kosnya dapat dijimatkan sehingga RM1.8 bilion?
5. Kos apa RM1.8 bilion tersebut?
Melainkan jika Tuan Ibrahim, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air sedang bercuti dan tidak berada di dalam negara ketika ini, adalah penting untuk beliau segera tampil memberi penjelasan dan menjawab semua persoalan berbangkit itu.
Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya dan meneka-neka, terutama bagaimana wang kerajaan RM1.8 bilion dapat dijimatkan itu.- ShahbudinHusin 23/12/2022.
RAMAI GURU SEKOLAH DI TERENGGANU BERKEMPEN UTK PAS DLM PRU15
Saya telah mendapat maklum dari beberapa orang ibubapa bahawa terdapat beberapa orang guru telah berkempen untuk PAS antaranya berkempen seperti berikut:-
1) Memberitahu murid-murid supaya ibubapa undi PAS dengan alasan antaranya:
a. Jika Pakatan Harapan (PH) perintah Malaysia murid dipaksa pakai skrit
b. Azan tidak dibenarkan
c. Anwar pro cina, boneka Dap
d. Anwar agen yahudi dan kristian
e. Gaji kakitangan kerajaan akan dipotong
f. Kristian dijadikan agama rasmi
g. Majlis Perbandaran/Majlis Daerah akan diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan atas desakan Dap
h. Bantuan sekolah akan dihapuskan
i. Anwar Ibrahim perangai kurang baik
j. Anwar akan menyekat akitiviti dakwah
k. Anwar tidak akan menolong orang-orang melayu
Oleh itu saya menyeru dan merayu kepada Menteri Pendidikan yang baru dibawah Kerajaan Perpaduan sila buat siasatan dan pemantuan.Ambil tindakan segera dan kenalpasti guru-guru yang menjadi talibarut kepada Pas dikenalpasti mulai sekarang.
Jangan gunakan jawatan sebagai guru cuba mempengaruhi murid-murid supaya benci PH dan Anwar Ibrahim. Saya berharap Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pengetua/Guru Besar sila nasihat dan pantau kegiatan guru-guru tertentu supaya jangan berkempen untuk Pas.Kalau hendak sokong Pas pun jangan menghasut murid-murid.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akhirnya bocor juga. Kerajaan Perpaduan nasihatkan guru berkenaan dan bertindak mulai sekarang.
Kita bukan mengugut dan berdendam tetapi sikap guru yang tidak mengamalkan demokrasi secara sihat perlu dihentikan secepat mungkin. Saya boleh senarai nama guru dan di sekolah mana mereka mengajar dan berkempen untuk Pas.
Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) pada tahun 2023 akan diadakan
Sudah pasti guru-guru Penyokong kuat Pas di Terengganu sekali lagi akan berperanan dan berkempen supaya ibubapa murid-murid pengundi Pas.
Jika perlu guru-guru berkenaan perlu diambil tindakan segera termasuk menukarkan mereka ke sekolah-sekolah di luar Terengganu.
Fikir-fikirlah wahai Menteri Pendidikan supaya guru tidak terjebak dalam politik yang kurang sihat.
Tk
Oleh: Ibubapa Murid pro PH di Terengganu
.
SALAM BERSAUDARA DAN TERTIBNYA
IBRAHIM MAT ISA
Rasulullah SAW kalau berjumpa sesama Islam, baginda yang dahulu
memberi salam, bersalam dan berlaga pipi serta suka meletakkan tangan baginda
sama ada di peha atau bahu sahabatnya.
Sementara ketika bersalam, baginda bersalam dengan kedua tangan
dengan kemas. Akhlak Nabi ini menjadi contoh bagi orang Islam yang mahu ittiba'
Rasul. Jika tak mahu ikut pun tak ada masalah, tidak jadi dosa.
PERLU GUNA SIKIT OTAK
NORMAN RADZUAN
Alasan ini hanya boleh diterima oleh pentaksub yg hanya
mendengar dan patuh tanpa menggunakan akal. Manusia yg bijak akn ketawa dgn
alasan ini. Adik Amruโฆ jika anak dia belajar ke Australia kenapa dia pergi
sampai ke New Zealand? Jaraknya bukan mcm Batang Berjuntai ke Batang Kali. Maaf
kata dumb people don't know they're dumb.
Agak2 lahโฆ sebab budaya kalian hanya tahu pertikaikan semua yg
dilakukan lawan dan pertahan semua yg dilakukan pimpinan kalian. Tak berani nak
menegur dan sombong tidak mahu menerima kesilapan. Sorry I'm allergic to
stupidity.
INILAH SULTAN NAZRIN MARAH
malaysiagazette.com
IBRAHIM MAT ISA
Semakin gelonggg! Ini yang baginda Sultan Perak murka sangat
seperti titah di pembukaan sidang DUN Perak beberapa hari lepas.
Apa masalah dia ni? Boleh pulak menuduh orang Melayu yang tidak
bermaruah agama memberikan sokongan kepada DAP! Termasuk UMNO pun diheretnya
juga.
Tak tahu nak cakap apa dah. Berpolitik cara begini merosakkan
seluruh sistem kemasyarakatan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum. Islam tidak
pernah pandu cara begini. Bagaimana kita boleh sampaikan dakwah dengan mulut
jahat seperti ini?
Aku yakin orang bukan Islam sangat mengerti bahawa cara PAS
bukan cara Islam kerana mereka membawa budaya extreme ke dalam masyarakat
Malaysia..
Terbaik- Bertambah lagi kekayaan Anwar jika menang . Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala
Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan
berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi
Penasihat Ekonomi Selangor.
Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman
itu pada Khamis menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.
Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi
berkata saman itu difailkan pada jam 3.59 petang Khamis.
Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu
mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan
kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.
Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi
TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat
tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang "likeโ, 18 butang
"favouriteโ dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, kenyataan fitnah itu
telah dipetik dan diterbitkan oleh Malaysiakini, keesokannya (8 Disember)
menerusi artikel bertajuk "S'gor economic adviser job: Anwar seeks public
apology from MP".
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Anwar)
tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit
daripada kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi, menipu orang ramai dengan
menyatakan menerima gaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi serta melakukan
kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.
Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya
yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat negara dan antarabangsa
kerana beliau menentang rasuah.
Beliau mengecam semua dakwaan terhadapnya mengenai penerimaan gaji RM15 juta
dan tuduhan jenayah lampau yang dibuat itu adalah bermotifkan politik.
"Dakwaan-dakwaan defendan dalam kenyataan fitnah itu tidak berasas dengan
menggambarkan saya bekas banduan, walaupun Pengampunan Diraja telah
diberikan," dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.
Menurut Anwar, dalam mengucapkan kata-kata fitnah itu, defendan dengan jelas
sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan
Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar
sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.
Plaintif berkata pada 8 Disember lepas, peguam daripada firma guamnya telah
mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf,
mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi
kepada plaintif, namun defendan tidak membalas tuntutan itu.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk
dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada
terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. - Bernama
SEMALAM JUGA DSAI JUMPA PENIAGA PENIAGA KECIL. KINI JUMPA DBKL. KENA BAMBOO LA KALAU DOK KACAU YANG TAK SEPATUTNYA PENIAGA PM lawat DBKL, jumpa Ahli Parlimen Kuala Lumpur
Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pertemuan terbabit berlangsung di Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur dan menjadi lawatan kerja pertama Anwar ke ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan maklumat awal, Perdana Menteri hadir bagi mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL, yang diadakan secara tertutup.
Selepas mesyuarat itu, Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur di lokasi sama, juga secara tertutup.
Antara Ahli Parlimen yang dilihat tiba di Menara 1 DBKL adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak), Tan Kok Wai (Cheras) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Menara 1 DBKL pada jam 9 pagi dan disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Kehadiran beliau turut disambut kira-kira 100 warga DBKL.
HUSNUZON- MUNGKIN SIAM PUNYA. PASAI DEKAT DENGAN DANOK.TAPI WAN AZIZAH PROMOSI BAG TEMPATAN.
Ibrahim Mat Isa
Motifnya apa? Untuk mempromosi produk tenunan tempatan itu lebih baik dari yang berjenama mewah!
KERAJAAN PERPADUAN TAKKAN BIAR RAKYAT KELANTAN TANPA PEMBELAAN
Beliau juga mendakwa seorang ahli perniagaan yang dipercayai dekat dengan pemimpin PH pernah menggesa kerajaan PH mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.
Menurut laporan, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, peluang yang ada hanya sekali, perlu diambil rakyat untuk menyelamatkan negara supaya sejarah ngeri itu tidak berulang.
Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa
๏ผช๏ผก๏ผจ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผญ ๏ผข๏ผฉ๏ผฌ๏ผก ๏ผฐ๏ผต๏ผก๏ผซ ๏ผฉ๏ผฎ๏ผฉ ๏ผข๏ผต๏ผซ๏ผก ๏ผณฮฃ๏ผซโข๏ผฌ๏ผก๏ผจ ๏ผฐโข๏ผฌ๏ผฉ๏ผด๏ผฉ๏ผซ
bob kelanang
Adoilah... jahanam negara ni bila puak ini buka sekolah
politik... mana taknya... sebelum ni pun mereka dah racun macam-macam kepada
bebudak Undi18... sampai semua benda bodoh keluar dalam sosmed... isu-isu
rasis... hasutan dan macam-macam lagi dah puak ni buat...
Ni nak bagi buka sekolah politik la pulak...
Memang tunggu masa jer la kalau Kerajaan yang memerintah xpantau
puak-puak ni... duit datang dari mana... semak dan pantau... agenda depa ni
memang rasa boleh baca la...
Huhuhu... tapi kalau Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim
masih leka... tetap berlakon gentleman...
Hahaha... nak kata macam mana kan...
Huhuhu... bersedialah untuk kena humban...
Hahaha...
๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐๐๐ (๐ด๐ต) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐ต๐ฎ๐ถ) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐.
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ป๐๐ ๐บ๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๏ฟฝ๏ฟฝ๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐
๐๐
๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐.
โ๐ซ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐.
โ๐ฐ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐,โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ 30 ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ ๐ด๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๏ฟฝ๏ฟฝ.