ANDA PENTABSUB ANWAR ? TIDAK..TAPI MELIHAT BELIAU BEKERJA MEMANG BELIA IKLAS.

 






Ini merupakan rangkuman intipati tinjauan banjir di Kelantan oleh PM Anwar Ibrahim.


Yang membuat aku rasa sangat terharu, beliau bertanya secara khusus tentang Projek Lembangan Sg Golok (digelar benteng banjir oleh penduduk tempatan). 


Kepada sanak saudara dan kawan-kawan di Rantau Panjang, insya Allah kali ni usaha untuk menangani masalah banjir yang saban tahun berlaku akan diberi perhatian secara teliti oleh Perdana Menteri. 


Beliau juga telah meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu khas untuk rakyat yang terkesan dengan banjir. 


Sumber twitter @amerhadiazmi



TUGAS SAYA UNTUK MENTADBIR DENGAN BAIK. SAMA ADA MENYOKONG ATAU TIDAK ITU SAYA TIDAK PEDULI KERANA AKHIRNYA RAKYAT YANG AKAN MEMILIH.

 



IBRAHIM MAT ISA.


Ungkapan DSAI di dalam setiap ceramahnya selalu sebut: Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban, Kadazan-Dusun Dayak anak saya! Semua bermaksud, apabila beliau menjadi pemimpin tertinggi negara, semua rakyat  dilayan sebaik mungkin tak kira penyokong atau pembenci.


Justeru mangsa banjir di negeri yang mempertikaikan apa sahaja mengenai DSAI tetap dibantu atas keperihatinan kerajaan perpaduan. 


Gagalnya pembenci DSAI ialah untuk memahami konsep kepimpinan cara Anwar Ibrahim. Mereka tidak mengenali beliau secara tuntas sejak penglibatan beliau sebagai aktivis rakyat miskin sehingga memasuki politik dan merasai sepak terajang yang meletihkan. 


Walaupun kini DSAI sudah jadi pemimpin nombor satu, mereka tidak akan pernah iktiraf kalau yang memimpin bukan dari kalangan mereka. Waima pemimpin zalim atau tunggul mati pun mereka terus agung-agungkan.


Tapi aku tetap percaya bahawa suatu hari nanti, rakyat yang termakan dengan fitnah dari pemimpin mereka kononnya DSAI jahat, promoter LGBT, agen Israel, makan duit, barua DAP dan berpuluh fitnah yang tak masuk akal akan kembali menyesal dan taubat.


Kita harapkan gitu!



MENGADAP DYMM AGONG PETANG TADI

 


Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan menerima patik menghadap petang tadi bagi urusan mesyuarat Pra-Kabinet.


Dalam sesi menghadap tersebut saya dapat berbincang serta bertukar pandangan bersama Baginda terkait urusan dan hal ehwal kerajaan.


Daulat Tuanku!


Berita ni buatkan aku sedikit gumam. Kenapa?


Sebab dia ni musuh dalam selimut dulu. Dia antara agen perpecahan PH yang disuntik oleh Mahathir untuk rosakkan PH dari dalam.


Aku bimbang tindakan dia ini hanya camouflage. Lepas ni dia mohon join PH. Dan kemudian porak perandakan PH sekali lagi.


Yang merisaukan aku, pemimpin Amanah sukakan dia ni! Jadi tak mustahil kalau lepas ni dia mohon untuk jadi ahli Amanah pula.


Sebab bagi aku untuk dia bubarkan MPN Pejuang WP sebab hilang keyakinan terhadap Mukhriz tu macam sebab yang tak logik.


Sebab dia ni punya setia kepada Mahathir, takkan dia berani nak kata tak yakin pada Mukhriz sebab itu akan sakitkan hati Mahathir juga.


Kalau dia bersara terus dari politik, Alhamdulillah. Tapi kalau dia mengendeng PH, aku rasa PH kena berhati-hati. Aku langsung tak percaya muka ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

AMBIK HABUAN..DALAM DEWAN BISU...

 

Ibrahim Mat Isa


Pecacai Atuk Saka hilang deposit cakap inilah kejayaan DSAI selama 30 hari jadi Perdana Menteri. Pendapat sahabat bagaimana?


DSAI guna peguam, beliau tak perlu pun pergi mahkamah atau jadi raider untuk hantar writ ke tangan Muhyiddin. Semua diuruskan peguam. So apa kejayaannya? DSAI tetap bertugas sebagai PM, pergi parlimen, mesyuarat, jumpa rakyat. Kalau menang kes itu barulah dikira berjaya.



KEH..KEH..BAIK P MELAWAT MANGSA BANJIR BAGI KULIAH DARI MEROYAN TAK LEH MOVE ON

 

Ibrahim Mat Isa


Biasalah, orang tua yang tak boleh move on akan meroyan dan terus meroyan. Dulu dia pernah kata boleh bohong demi maslahat. Kona haji, selagi boleh kona sampai tercabut tayar pun tak apa 😂😂




ADA CITA CITA LAGI KA NAK BUAT LANGKAH SYAITON ?

 


Owh... Mungkin ini yang mereka katakan strategi. Enggan mengundi jadi hanya undi suara dijalankan. Dengan itu, jumlah sebenar yang menyokong DS Anwar tetap tak diketahui.


Tapi untuk apa? Masih ada cita-cita nak tebuk atap sekali lagi ke?


Sebenarnya tak ada beza pun. Walaupun sokongan terhadap DS Anwar bukan dalam bentuk nombor waktu undi percaya, tapi telah dapat kita lihat waktu undian speaker dan timbalan.


Itu pun sudah cukup gambarkan jumlah sokongan terhadap kerajaan perpaduan ini berbanding calon speaker PN yang hanya mendapat 74 undi.


Hari pertama sidang menyaksikan beberapa ahli dewan yang bangga mempamerkan sikap huduh mereka. Harapnya hari ini sajalah yang begitu. Hari mendatang akan lebih beradab.


Kerajaan atau pembangkang, rakyat dah pilih kamu sebagai wakil. Dan kamu dipilih bukan untuk tunjuk sifat bodoh ketika berbahas. Kamu dipilih kerana pengundi percaya kebolehan kamu.


Jadi, buatlah kerja! Simpan perangai buruk tu!


Apa pun, tahniah buat PM, YAB DS Anwar Ibrahim kerana berjaya membuktikan tanpa SD dan tanpa scheme of things, masih tetap mampu membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.


Sesungguhnya inilah kerajaan paling saksama yang kita pernah saksikan. Ada PH yang mewakili rakyat berbilang kaum, ada UMNO wakil Melayu, ada GPS mewakili Sarawak dan GRS serta Warisan mewakili Sabah. Cukup semua komposisi.


Diharap kerajaan yang terbentuk ini dapat jalankan amanah dengan penuh integriti dan diharap juga anasir-anasir jahat yang cuba rosakkan perpaduan ini dapat disingkirkan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

PEMIKIRAN ‘BAHAYA’ PRESIDEN PAS KEPADA UMAT ISLAM

 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan “berjuang” serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

“Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

“Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW,” katanya hari ini.

Ahli parlimen Marang itu juga memetik pandangan ulama India, Maulana Abu al-Hasan Ali al-Nadawi yang menyatakan umat Islam menghadapi suasana kemurtadan ekoran “serangan pemikiran zaman penjajah yang menjatuhkan kerajaan Islam yang berdaulat melindungi agama Islam, dakwah dan umatnya.”

Justeru, kata Abdul Hadi, perjuangan “mengembalikan semula kuasa Islam” mesti diletakkan sebagai keutamaan.

Menjelaskan pandangannya lebih lanjut, bekas duta khas bertaraf menteri itu memetik pula surat ulama hadis, Abdullah al-Mubarak kepada sahabatnya, Fudhail ‘Iyadh yang ketika itu berada di Mekah.

Abdul Hadi antara lain memetik kandungan surat Abdullah itu dengan kata-kata: “Wahai orang yang sedang beribadat di dua Tanah Haram (Mekah dan Madinah), ketahuilah engkau hanya bermain-main dalam ibadat itu” dan “Orang yang pipinya berlumuran air mata khusyuk beribadat. Ketahuilah bahawa leher kami berlumuran darah berjuang.”

Abdul Hadi juga memetik beberapa nama ulama Nusantara untuk menguatkan hujahnya. Antara nama yang dipetik ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan Syeikh Daud al-Fatani.

Tambah Abdul Hadi, negara umat Islam dimerdekakan oleh penjajah dengan fahaman politik dipisahkan daripada agama dan ideologi sekularisme itu disuburkan dalam pemikiran Muslim yang “jahil agama” walaupun kuat beribadat.

“Pada masa yang sama, mereka merosakkan agama dan menyerah diri kepada musuh Islam,” katanya.

Tambah bekas menteri besar Terengganu itu lagi, Islam mendahulukan pendekatan damai, justeru melalui amalan demokrasi diterima oleh ulama dan pemimpin Islam walaupun ia terpaksa dihadapi dengan “banyak halangan dan tipu daya”.

Menurut Abdul Hadi, pendekatan damai melalui konsep demokrasi wajib diambil peluang oleh setiap oran Islam secara fardu ain kerana pilihan raya dan mengundi merupakan jalan mendapatkan kuasa pemerintahan Islam.

“Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus. (Ini) menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya.

“Keadaan ini (dibimbangi) mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah,” katanya sambil memetik ayat 15 dan 16 surah al-Anfal.

Ayat itu bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat dalam) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.

Kata Abdul Hadi, jika tugas “memenangkan dan mempertahankan Islam” secara jalan damai melalui mengundi pun tidak ditunaikan oleh jemaah umrah dan bakal haji, maka kesan akibat tindakan mereka itu pasti akan lebih parah.

Malaysia mengadakan PRU ke-15 pada 19 Nov lalu. Bagaimanapun tidak seperti selalu, bukan semua negeri membubarkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing.

Selain pemilihan di peringkat kawasan parlimen di seluruh negara, hanya Perlis, Pahang dan Perak membubarkan DUN mereka.

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dijangka membubarkan DUN masing-masing pada suku pertama tahun depan. Ia memungkinkan PRN dijalankan semasa musim haji 2023.

Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sudah mengadakan PRN sebelum ini, masing-masing pada 26 Sept 2020, 20 Nov 2021, 20 Dis 2021 dan 12 Mac 2022.

Umat Islam yang terpilih mengerjakan haji pada musim akan datang dijangka mula berangkat ke Tanah Suci pada hujung Mei tahun depan.




MB SELANGOR PRIHATIN KEPADA RAKYAT- MB TERENGGANU HILANG MAKAN ANGIN ?

 

Sedangkan MB selangor berprihatin pada rakyat , Dan MB terengganu hilang dari radar.. Inikah yg rakyat terengganu inginkan. Keputusan pangkah yg kamu idamkan amat berbaloi ye..!




 

KERAJAAN PEDULI RAKYAT- TERIMA KASIH YB SIM MEMBAWA PULANG 6 ORANG MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DARI MALAYSIA


AHMAD SHAHRIL


Tahniah,terima kasih yb sim chon siang..

21 Disember 2022










Saya telah selamat sampai ke Malaysia jam 11 pagi tadi. Saya disambut oleh PDRM, Imigresen, Ahli Parlimen Seri Gading, Setiausaha Sulit Menteri Luar Negeri serta beberapa pegawai dari pelbagai agensi. Kali ini saya berjaya membawa pulang 6 orang mangsa pemerdagangan manusia dan 'job scam'.

Kegembiraan terpancar di wajah ibu bapa Farhan dan Arif dapat bertemu dengan anak mereka setelah sekian lama berpisah. Saya berdoa agar lebih ramai yang berjaya diselamatkan dan tiada lagi rakyat Malaysia yang pergi kesana.

#simchonsiang

#dunteruntum

#kuantan

#kitaboleh

#PakatanHarapan

UNDI PERCAYA PENTING KEMBALIKAN KEYAKINAN PELABUR


MALAYSIA KEKAL SOKONG PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN