CUBA DATUK SRI TANYA KENAI KA DAK BUDAK NAMA FAIZAL AZUMU- DIA PUN HERO JUGA PEE ISRAEL SANA. PERANG TAK TAU LA..TAPI MENGAKU PEE SAMPAI SANA
Menerima panggilan telefon daripada TYT Mahmoud Abbas, Presiden
Palestin bagi merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan saya sebagai Perdana
Menteri Malaysia ke-10.
Kami
mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan
Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama
rakyat serta pendidikan.
Saya juga
menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan
komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin
untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.
Di bawah pentadbiran saya,
Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan
berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan
kemerdekaan Palestin.
Bantuan tunai diterus, dikredit mulai Januari, kata PM
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada
Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan
tunai dilaksanakan kerajaan sebelum ini diteruskan dalam pentadbirannya, dengan
bantuan fasa 1 akan dikreditkan kepada penerima pada Januari ini.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Rang
Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul
anggaran perbelanjaan pembangunan sementara 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PH-Tambun) berkata, bantuan fasa 1 itu memanfaatkan
hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan RM300
bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada
Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini. Saya berharap, penyaluran awal ini
membantu meringankan beban ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.
Antara bantuan lain turut diumumkan bagi 2023 adalah:
·
Bantuan awal persekolah RM150 tanpa mengambil kira had
pendapatan isi rumah yang akan disalurkan pada Januari.
·
Tawaran 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak melalui program
MySTEP
·
Bantuan musim tengkujuh pada November dan Disember berjumlah
RM600 kepada pekebun kecil getah. Kerajaan juga bercadang salur bantuan
tambahan RM200 juta kepada pekebun kecil getah bagi Januari.
·
Kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 kepada
penjawat awam Gred 11 hingga 56.
·
Bantuan khas kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan
ke bawah sebanyak RM700 dan pesara RM350.
·
RM400 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)
sebagai kesiapsiagaan banjir.
Terdahulu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023
dan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang
dibentangkan menteri kewangan.
Bajet mini itu melibatkan tujuan perbelanjaan perkhidmatan,
membabitkan wang bernilai RM107.7 bilion.
SELEPAS DILANTIK KETUA PEMBANGKANG, HAMZAH AKAN LEBIH BERWIBAWA JIKA TURUT PEGANG PENGERUSI PN
Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin kini sah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat.
Melihat penampilan pertamanya berucap membahaskan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim petang semalam, beliau sekurang-kurangnya ternampak lebih baik jika dibandingkan dengan Mahiaddin Md Yasin atau Hadi Awang untuk memegang jawatan tersebut.
Walau penampilan pertamanya semalam dicacatkan dengan serangan peribadi yang terselit niat jahat terhadap Perdana Menteri, selain laman web yang dipetiknya bukanlah sumber berintergriti, Hamzah diharap menjadikannya sebagai pengajaran untuk menonjol lebih baik lagi di masa hadapan.
Memegang jawatan Ketua Pembangkang atau mengetuai blok pembangkang di Parlimen, tambahan lagi jawatan tersebut kini bertaraf menteri, beliau bagaimanapun tidak mengetuai blok pembangkang di luar Parlimen atau daripada segi kedudukan parti yang menaunginya iaitu PN.
PN sebagai blok pembangkang di luar Parlimen sebaliknya diketuai oleh Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi gabungan tersebut merangkap Presiden Bersatu.
Meskipun bukan sesuatu yang wajib seorang Ketua Pembangkang mesti merupakan ketua parti dalam blok pembangkang, tetapi adalah lebih baik jika pemimpin yang sama memegang kedua-dua jawatan itu.
Ia tentunya akan menjadikan peranan Ketua Pembangkang itu lebih berkesan kerana peranan mengetuai pembangkang dapat dijalankan serentak di dalam dan di luar Parlimen.
Jika kedua-dua jawatan itu dipegang oleh pemimpin yang berbeza, maka tidak semua suara ketua parti pembangkang dapat diangkat ke Parlimen, terutama jika ketua parti pembangkang itu sendiri bukan jenis yang rajin datang ke Parlimen.
Lebih daripada itu, ia seolah-olah menjadikan ada dua watak ketua pembangkang dalam negara.
Untuk itu, sesuai dengan Hamzah kini menjadi Ketua Pembangkang, adalah wajar sebenarnya untuk beliau diberi peranan mengetuai gabungan PN mengambil alih tempat Mahiaddin.
Lagi pun, era Mahiaddin boleh dikira sudah berlalu dan kerajaan gagal yang dipimpinnya selama 17 bulan sebelum ini banyak menyukarkan peluangnya untuk kembali semula sebagai Perdana Menteri.
Ditambah dengan undi percaya yang dimenangi dengan cemerlang oleh Anwar petang semalam, sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang, kerajaan perpaduan ini tidak lagi mudah untuk digugat dan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang perlu berperanan dengan lebih berkesan lagi.
Maka, Mahiaddin harus berjiwa besar dan sedia melepaskan jawatan Pengerusi PN itu kepada Hamzah.
Tiada lagi peluang untuk menukar kerajaan di tengah jalan dan cubaan seterusnya untuk PN menjadi kerajaan hanyalah dalam PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Pada ketika itu, Mahiaddin barangkali sudah tidak sesuai lagi untuk terus bercita-cita mengejar jawatan Perdana Menteri, sebaliknya harus berfikir untuk menghabiskan sisa usianya yang tersisa bersama keluarga dan anak cucunya saja.
Namun, terus bersaing pada PRU16 adalah masih relevan bagi Hamzah kerana ketika ini usianya baru mencecah 65 tahun dan lima tahun akan datang masih dalam lingkungan 70 tahun.
Selain itu, trend kebelakangan ini memperlihatkan kerusi Ketua Pembangkang adalah batu loncatan yang terbaik untuk seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin pertama yang pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang, kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
Anwar pula merupakan pemimpin pertama daripada jawatan Ketua Pembangkang yang berjaya mencipta sejarah melompat terus ke kerusi Perdana Menteri.
Maknanya, kerusi Ketua Pembangkang di era moden ini adalah persinggahan mustajab dalam pengejaran cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Mana tahu, dengan memegang jawatan Ketua Pembangkang, sama seperti Ismail Sabri dan Anwar sebelum ini, kerusi Perdana Menteri dapat menjadi rezeki Hamzah selepas PRU16 nanti.
Laluan itu, bagaimanapun tentulah lebih terbuka jika jawatan Pengerusi PN juga dalam genggamannya.
Satu soalan kepada Hamzah – ada cita-cita atau tidak untuk jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 20/12/2022.
Pernah tengok mangkuk yang pandai berkata-kata?
Pernah tengok mangkuk yang pandai berkata-kata?
Peraturan parlimen hanya memerlukan undi suara untuk usul seperti ini diluluskan. Melainkan jika ada pihak (biasanya pembangkang) seramai 15 orang yang meminta dibuat undi belah bahagi.
Tapi semalam, itu tidak berlaku. Pembangkang buat keputusan untuk berkecuali, tidak mahu meminta diadakan undi belah bahagi. Jadi Tuan Speaker pun teruskan dengan undian suara.
Lepas persidangan, Taki nak pertikai lagi sokongan buat PM. Katanya jumlah sebenar tak diketahui. Dah kenapa? Kalau nak sangat tahu berapa jumlah yang sokong PM, mintalah undi belah bahagi
Tapi tak. Kalau buat semalam, rakyat akan nampak 148 orang ahli parlimen menyokong DS Anwar. PN tak mampu melihat itu kerana mereka sebenarnya mahu cipta persepsi yang PM tak dapat sokongan.
Kerana mereka mahu bermain dengan sentimen rakyat. Kenapa? Mungkin, aku kata mungkin, masih ada niat mereka untuk mencuri kerajaan melalui SD.
Sentimen yang PM tak dapat sokongan majoriti MP penting supaya nanti jika mereka lakukan rampasan kuasa nanti, rakyat akan sokong tindakan mereka dan mereka tak dipersalahkan.
Taki kata pembangkang memilih untuk berkecuali kerana mereka berpendapat tidak perlu untuk PM buktikan sokongan setelah YDP Agong perkenan melantik DS Anwar sebagai PM.
Tapi yang beriya suruh DS Anwar buktikan bahawa beliau dapat sokongan adalah ketua Taki sendiri iaitu Mahiaddin. Lupa? Mahiaddin cabar DS Anwar mungkin sebab Mahiaddin sangka semua orang pengecut seperti dia. Isytihar darurat untuk elakkan berdepan undi tak percaya.
Bila DS Anwar sambut cabaran Mahiddin, mereka pula jadi tak keruan. Sebab mereka tahun yang DS Anwar mampu dapatkan sokongan, bukan setakat simple majority, bahkan ⅔ dewan.
Sebab itu mereka marah sangat dengan MoU yang ditandatangani antara gabungan-gabungan parti dalam kerajaan perpaduan ini. Sebab PN dah kena check mate dengan MoU itu. Tak boleh nak tawar scheme of things dah untuk runtuhkan kerajaan.
Rakyat sepatutnya boleh lihat sekarang bagaimana jahatnya PN bermain dengan sentimen, dan cubaan mereka untuk perbodohkan rakyat. Mujurlah MP kerajaan ada ramai yang cerdik.
Kerajaan pimpinan DS Anwar ini sudah mulakan tugas untuk baik pulih negara selepas rosak teruk akibat kegagalan Mahiaddin. Tapi PN masih lagi sibuk main politik penting diri.
Di saat pemimpin PH seperti Rafizi, Fahmi Fadzil, Hannah, Abg. Mad serta DS Anwar sendiri sudah mula bercakap soal kepentingan rakyat, pemimpin PN masih lagi pertikaikan istilah.
Zahid pun dah mula cakap soal banjir, dah cerita rancangan kerajaan untuk hadapi banjir. Tapi yang pemimpin PN sibukkan masa ini masih lagi soal kuasa. Nampaknya jauh lebih bagus Zahid daripada pemimpin PN. Nampak tak siapa yang gila kuasa?
Politik sentimen, politik fitnah, politik penting diri seperti yang diamalkan oleh PN ini amat merugikan rakyat. Oleh itu rakyat mesti tolak PN secara total. Jangan layan cakap mereka walau satu huruf. Baru Malaysia boleh aman dan terus maju. Guane boh?
Raja Gelap
.
ANWAR MENANG 3 - 0
ANWAR MENANG 3 - 0
Mandat rakyat, PRU15, Anwar menang kerana gabungan PH dpt kerusi
paling banyak.
Proses di Istana, Agong dan Majlis Raja2 setuju Anwar. Anwar
menang lagi.
Di Parlimen, Anwar dapat sokongan 2/3 MP untuk jadi PM.
Anwar menang 3-0.
Kalau tanya lebai, kompom tak puas hati. Tentu Hadi akan terus
meratib sehingga mengigau " Sudah cukup..lebih dari cukup jumlohhhh' dan
Hadi akan mohon undian dibuat di Padang Mahsyar nanti.
Tahniah Azalina, menteri undang2 yang telah menyekolahkan
Takiyuddin tadi.
WFAUZDIN NS
Hentikan kemelut politik negara, tumpu perkembangan ekonomi
Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa)
berkata, kemelut politik negara tidak sewajarnya dibiar berterusan untuk
penggal ini, memandangkan kesan langsungnya adalah kepada pertumbuhan ekonomi
negara serta kesejahteraan rakyat. "Jika undi percaya ini dapat sokongan,
peristiwa menukar Perdana Menteri tiga, empat kali sepenggal tidak akan berlaku
lagi. "Kalau kita berterusan bergaduh soal Perdana Menteri dan bergaduh
soal isu yang tidak melihat isu rakyat, maka akhirnya empat setengah tahun
sebelum ini (akan berulang dengan) kita membazir masa melihat negara jiran
membangun dengan begitu pesat, tapi Malaysia tinggal kebelakang dan terus
kebelakang," katanya ketika membahaskan usul undi percaya kepada Perdana
Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sejak 2018 hingga 2021,
Malaysia mempunyai keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita yang tidak
berkembang dalam tempoh empat tahun. "Pertumbuhan kita -0.1 peratus jika
dibandingkan Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Saya ambil contoh
Indonesia, pada 2018 hingga 2021, KDNK perkapita mereka berkembang 11.8
peratus, Vietnam berkembang 24.2 peratus, Thailand, 9.7 peratus dan Filipina,
19.3 peratus, semua positif tapi Malaysia 0.1 peratus," katanya.
JALAN TERUS SAJA...PEDULIKAN BERAPA - MEREKA TAKUT UNTUK MENGUNDI ATAS ALASA TAKUT DI COP DERHAKA. UNDI SUARA BILA DITANYA DIAM. BERMAKNA ANWAR PUNYA 2/3 MAJORITI UNTUK DILULUAKAN
FAHMI FADZIL
Semalam mula lah siri serangan mereka yang sering pertikai usaha
Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas
Ermieyati.
Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap
Memorandum Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan
Perpaduan Malaysia.
Tapi pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.
Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila Pakatan Harapan
menandatangani MOU dengan Kerajaan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a
MOU berkata Pakatan Harapan mesti sokong Bajet 2022 - bermaksud Ahli-Ahli
Parlimen Pakatan Harapan tiada pilihan dalam bab ini. Itu tak diktator?
Kami dalam Pakatan Harapan memahami keperluan kestabilan
Kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MOU
itu.
Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu
pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?
Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.
Sebenarnya MOU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani
pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak yang menunjukkan
pimpinan faham apa yang mesti diusahakan untuk mewujudkan kestabilan.
Oleh itu, berbeza kali ini, Pakatan Harapan,
Barisan Nasional,
Gabungan Parti Sarawak,
Gabungan Rakyat Sabah -
GRS, Parti Warisan Sabah,
dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu
perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi
kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat.
Inilah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan Kerajaan pasca
Parlimen tergantung, supaya kita boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama
isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.
Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau.
Kita move on, ketepikan politik, fokus khidmat bakti dalam apa
jua jawatan yang dipegang, demi masa depan Malaysia.
MASA BINCANG HANG LA KEPALA NAK KATA NANTI TAKUT DIKATAKAN DERHAKA. AKHIRNYA KENA KAW KAW DENGAN AZALINA.TAK BAWA HANGPA KATA KERAJAAN INI TAK SAH. SEBENARNYA HANGPA PENAKUT DULUNYA NAK BUAT SAMPAI ISTIHAR DARURAT
MEDIA KERAJAAN BERTAGGUNGJAWAB KEKANG FAHAM EKSTREMIS AGAMA
Media kerajaan bertaggungjawab kekang faham ekstremis agama
Kerajaan Persekutuan dan media arus perdana terutamanya yang dikawal kerajaan perlu mengekang politik ekstrem agama yang kini dimainkan oleh pembangkang.
Menurut mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, dakyah yang ditanam ke dalam pemikiran orang Melayu di negeri negeri Utara dan Pantai Timur berpotensi mengkucar kacirkan negara sekiranya tidak dikawal dan diberi penerangan yang betul oleh pemerintah.
“Media masa, Kementerian perlu segera menyedari perkara ini. Tindakan perlu dibuat untuk menyelamatkan Islam. Umat perlu dipandu dalam keadaan yang betul. Bukan seperti sekarang, menyeleweng terlalu jauh
“Kementerian Multimedia mesti bertindak secara khusus kerana penyelewengan agama ini keterlaluan dan akan bertambah ekstrem apabila mereka (pembangkang) mempersiapkan pilihan raya peringkat negeri,” katanya.
Mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu itu khuatir sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam 4 – 5 bulan akan datang mungkin menjadi tapak subur propaganda ekstrem PN, khususnya Pas.
“Sesuatu wajib dibuat menyelamatkan umat Islam terutama di Pantai Timur dan juga perkembangan umah di negara ini supaya tidak jauh terpesong dan dikotorkan dengan kepentingan politik PRN yang sedang mereka rangka.
“Cara Pas bawa politik hingga mengkafirkan orang amat ekstrem. Di sokong dengan gabungan Muhyididn Yassin bawa naratif sama.
“Walaupun dikatakan sebab akan ada PRN tidak lama lagi, tetapi kalau dibiarkan, (cara kempen) ekstrem akan lebih buruk daripada sekarang,” katanya.
Sehubungan itu Azan memberi peringatan, jika kerajaan gagal bertindak segera maka generasi masa hadapan akan mewarisi pemikiran sempit dengan momokan agama dan Malaysia tidak mungkin menjadi negara maju andainya pemikiran seumpama itu menguasai majoriti orang Melayu.
“Kita tidak boleh biarkan generasi muda berkembang dengan cara memegang kepercayaan ekstrem.
“Malaysia ini pelbagai kaum, dan tiada negara yang memegang (ideologi) ekstremis agama boleh membangun dengan baik
“Kita tengok pengalaman di Timur Tengah, kalau esktremis agama ia akan menyebakan perang, huru hara, negara tak stabil, dan ekonomi jatuh,” katanya lagi.
Untuk rekod, PN berjaya memenangi 73 kerusi parlimen pada PRU ke 15 lalu dengan memainkan propaganda kononnya orang Melayu-Islam terancam seiranya DAP berkuasa di peringkat Persekutuan.
DIKTATOR: ZAMAN MUHYIDDIN ISYTIHAR DARURAT, TUTUP PARLIMEN
Diktator: Zaman Muhyiddin isytihar darurat, tutup parlimen
Kritikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang meletakkan syarat Ahli Parlimen wajib menyokong usul penting kerajaan sebagai tidak demokratik amat bertentangan dengan praktik beliau ketika menjadi Perdana Menteri dua tahun lalu.
Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, Muhyiddin sewaktu bergelar PM bukan sahaja tidak melakukan Undi Percaya bagi menunjukkan keabsahannya tetapi mengisytiharkan Darurat dan menggantung parlimen apabila kedudukan politik beliau mula goyah pada awal 2021 lalu.
“PN pertikai ini (perjanjian) satu bentuk diktator. Sebenarnya Ahli Parlimen 148 yang membentuk Kerajaan Perpaduan ini bebas untuk mengundi ikut kepakaran masing masing, kecuali dalam perkara yang bersabit keabsahan kerajaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dalam akta akti lompat parti. Itu memang ada dalam undang undang (tidak boleh mengundi bertentangan keputusan parti).
“Sebenarnya ada dua bentuk (undian) bersabit keabsahan kerajaan. Pertama, jika ada usul Undi Tidak Percaya kepada PM, kedua dalam bentuk undian kepada bajet tahunan. Selain dua bentuk undi ini, Ahli Parlimen bebas mengundi mengikut pandangan masing masing. Itu tidak tertakluk kepada Fasal 4 perjanjian.
“Ini jauh lebih demokratik daripada keadaan berlaku sebelum ini semasa Muhyididn dan PN berkuasa.
“Muhyiddin apabila dia nampak sudah akan hilang kuasa, dia guna kuasa Darurat. Memerintah tanpa cuba untuk mengesahkan sokongan majoriti di parlimen pun,” katanya dalam satu siaran media malam tadi.
Tambah Rafizi, tuduhan pemimpin PN bahawa PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap diktator lewat perjanjian persefahaman tersebut sebenarnya kembali kepada mereka.
Tanpa perjanjian pun, katanya, pemerintahan PN jauh lebih diktator apabila parlimen tidak berfungsi dan segala perbelanjaan kerajaan tidak didedahkan kepada umum.
“Sebab itu saya rasa lawak apabila satu satunya reaksi dari pertikaian PN kononnya langkah berbahaya diktator (kediktatoran) di bawah PM ke 10
“Sedangkan satu satuanya PM yang ada rekod menggunakan kuasa darurat untuk memerintah dan kekal berkuasa di zaman aman hanyalah Muhyiddin,” katanya.