LETAK NAMA PROFESIONAL- DIA NAK TABUR FITNAH -MACAM PALATAU



MMMS

Just because pakai nama profesional, tak semestinya akan act professional.

Kalau tanya dia mana mai 7 juta, alih-alih dia akan main strawman falasi.

Teringat melawan Un baca profit / loss tabung haji, dia punya yakin boleh buat

 dunning-kruger duo rasa overwhelm dengan cognitive bias effect compared dengan

 yakinnya seorang Un dengan "random internet trust me bro data".

 









 

KABINET KERAJAAN PM 10

 

Kabinet Kerajaan Anwar

28 Menteri + 27 Timbalan

Jumlah = 55

Berbanding Kabinet Kerajaan Muhyiddin yang ada 70 + 3 duta khas bertaraf Menteri




ANWAR SAMAN PEMFITNAH TINDAKAN PALING TEPAT, MALAH MAHKAMAH PATUT NAIKKAN LAGI HUKUMAN

 

Sehingga ini tiga pemimpin PN telah diambil tindakan undang-undang oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana memfitnah dan membuat tuduhan palsu.

Mereka ialah Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi PN; Razman Zakaria, Ketua Pas Perak dan Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu.

Mahiaddin dan Ahmad Amzad disaman kerana membuat tuduhan palsu bahawa Anwar ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor telah membuat tuntutan sebanyak RM15 juta.

Pejabat Menteri Besar Selangor telah menafikan dakwaan berkaitan tunturan RM15 juta itu dan menegaskan bayaran simbolik yang diterima Anwar hanyalah sebanyak RM1.

Selain itu, Ahmad Ahmad juga disaman kerana mempertikaikan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar pada 2018 atas tiga sabitan salah guna kuasa dan liwat.

Razman pula disaman berhubung ucapannya yang mengaitkan Anwar dengan dakwaan membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.

Semua saman terhadap mereka itu dikemukakan Anwar atas kapasiti peribadinya.

Tindakan Anwar mengemukakan semua saman itu tidak bermaksud untuk menghalang kebebasan bersuara atau kepimpinannya tidak sedia dikritik, tetapi semua tuduhan yang dibuat itu adalah fitnah dan palsu.

Mengkritik dan menegur, terutama dalam konteks politik adalah jauh berbeza dengan membuat tuduhan palsu serta memfitnah.

Sebagamana Islam mengharamkan melakukan fitnah dan ia merupakan suatu dosa yang besar, apa yang dilakukan Anwar sebenarnya sangat tepat lagi wajar.

Mendepani fitnah, tak kira siapa pun yang dituduh demikian, membuat penafian atau penjelasan semata-mata sebenarnya tidak lagi memadai.

Pembuat fitnah akan terus melakukan kerja jahat dan terkutuk itu jika sekadar dilawan dengan penafian atau penjelasan saja.

Ini kerana ia tidak memberi ketakutan kepada mereka untuk meneruskan fitnah yang sama atau fitnah yang lain di waktu yang berlainan, terutama melalui luasnya medium media sosial sekarang ini.

Hanya dengan disaman atau diambil tindakan undang-undang saja boleh memberi ketakutan atau pengajaran kepada mereka terbabit.

Begitu pun, untuk lebih berkesan menangani fitnah yang kesannya membunuh jiwa manusia, hakim-hakim seharusnya turut sama memainkan peranan membendung amalan fitnah dengan mengenakan hukuman setinggi mungkin jika terbukti kesalahannya.

Misalnya jika pembuat fitnah disaman RM5 juta atau RM10 juta, hakim atau mahkamah harus mempertimbangkan untuk mengekalkan amaun denda yang dituntut itu atau menaikkan lagi jumlahnya mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Jangan lagi hukuman denda memfitnah sekadar serendah RM5 ribu, RM10 ribu atau seumpamanya.

Jumlah sekecil itu tidak mendatangkan sebarang pengajaran kepada pembuat fitnah, malah tidak memberi ketakutan untuk mereka mengulanginya lagi.

Dalam hal ini, melalui saman yang diambilnya, Anwar telah memberi mesej yang jelas iaitu beliau dan kerajaan pimpinanya ini tidak akan sama sekali berkompromi dengan segala bentuk fitnah, meski yang melakukannya memakai kopiah.

Di banyak negara lain, pemimpin atau ketua negara mereka juga kerap mengambil tindakan undang-undang jika difitnah dengan tuduhan palsu.

Pemimpin dalam negara kita juga tidak kurang yang berbuat demikian sebelum ini.

Pokoknya, kalau pun pembuat fitnah tidak takut dengan dosa dan pembalasan Tuhan atas kejahatan mereka, sekurang-kurangnya mereka ada sedikit gentar bila terpaksa membayar denda dengan jumlah yang besar. – ShahbudinHusin 09/12/2022.



SELAMAT BERHIJRAH

 

Mukhlis Eddy


Broker² yang kena tendang dari UMNO & bakal menyertai PAS...


1. Ketereh - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

2. Arau - Datuk Seri Shamsiah Yasin

3. Maran - Datin Seri Fatimah Kassim

SENGAJA AKU ULANGI KENYATAAN INI UNTUK MEMBUATKAN ANDA TERMUNTAH BILA MEMBACANYA

 

Ana Tanya Adakah enta puas hati??

Jawab jer puas atau tidak..!!

Ana soal budak Sekolah Rendah lagi berbaloi... Belum cukup 355x Zikir

DAP Agaknya....

 



TENANG -TENANG JANGAN GOPOH- NANTI NAIK MAHKAMAH JAWAB DENGAN HAKIM DAN KEMENTERIAN KEWANGAN PUNYA BUKTI...KEH..KEH...

 

Apa bukti projek runding terus teratur, Tuan Ibrahim disoal.




G25 berkata projek diluluskan tanpa proses tender kemungkinan besar diselewengkan kontraktor atau pegawai kerajaan yang tidak amanah.

PETALING JAYA: Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) mempersoalkan bekas menteri alam sekitar dan air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempertahankan semua projek rundingan terus adalah teratur sebagaimana menerusi proses tender.

Jurucakapnya Noor Farida Ariffin berkata, alasan bahawa “projek kecemasan” yang diluluskan secara rundingan terus bukan satu kesalahan perolehan, adalah tidak munasabah kerana ia sememangnya melanggar Arahan Perbendaharaan.

“Apa bukti yang dikemuka Tuan Ibrahim bahawa semua projek melalui rundingan terus adalah teratur?

“Projek yang telah diluluskan tanpa proses tender kemungkinan besar diselewengkan pihak kontraktor mahupun pegawai kerajaan yang tidak amanah,” katanya kepada FMT.

Mengenai pelanggaran Arahan Perbendaharaan, Penasihat G25 Mohd Sheriff Mohd Kassim yang juga bekas ketua setiausaha Perbendaharaan berkata, kementerian wajar mengemukakan kes kepada Perbendaharaan bagi memohon pengecualian daripada proses bidaan kompetitif.

“Misalnya, Perbendaharaan akan memberikan pengecualian sekiranya permintaan itu berasas. Ini bermaksud rundingan terus hanya boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelulusan daripada Perbendaharaan untuk mengecualikan tender kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan, berkata rundingan terus hanya dibenarkan dalam situasi darurat bencana seperti banjir atau gempa bumi, yang memerlukan bantuan segera disalurkan kepada mangsa.

Sebaliknya projek lain bagi penyelesaian jangka panjang ke arah mengurangkan kesan bencana wajar melalui proses tender, katanya.

“Kita kena meneliti apa itu projek kecemasan sehingga peruntukannya mencecah sekitar RM7 bilion.

”Nilai tinggi seperti ini perlu dikaji semula sedangkan projek tebatan banjir merupakan satu penyelesaian mitigasi bencana, dan agak tidak munasabah jika dilaksanakan tanpa melalui proses tender secara teratur,” katanya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menganggap semua projek melalui rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak mencari kesempatan.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Anwar seharusnya maklum bahawa “projek kecemasan” perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.

Katanya, rundingan terus bagi projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukan satu kesalahan perolehan.

BANTUAN PESAWAH: SYED MOKHTAR SETUJU, PEMBANGKANG PERSOAL, PETANI MERASA LEGA DAPAT PERHATIAN PM


KERAJAAN PERPADUAN DIBENTUK BAIKI HUBUNGAN KAUM


PM ANWAR IBRAHIM BAKAL MENJADI JUTAWAN KERANA MENANG SAMAN FITNAH



 

Ini baru kaedah yang bethol sobat-sobat semua.

Kalau rasa kena fitnah pi saman, bukan pi wat ripot polis macam walauncai.

Berapa ripot polis PASPBBM buat konon kena fitnah?

Polis nak siasat pun pening, nak siasat kena fitnah tu macamana ke nak siasat PAS ditaja Syarikat judi pru15?

Pergi saman fitnah bukan p ripot polis la walauncai oi...

 

GEMPAK! SAMAN 5 JUTA TERHADAP LEBAI KAKI FITNAH!


Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memulakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan dia mempunyai agenda LGBT. Anwar memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, menerusi firma guaman SN Nair di Mahkamah Tinggi Taiping menerusi sistem e-filing, malam tadi. Pada 9 November lalu, Anwar dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Razman, yang antara lain menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf terbuka kerana mendakwanya memiliki agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Tuntutan Maaf | Dakwaan terima RM15 juta, Anwar hantar notis kepada Muhy...


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon maaf tanpa syarat berhubung video berbaur fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Sekiranya tiada apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis ini, pihaknya akan memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Tan Sri Muhyiddin.