Kreadibiliti Anwar boleh selesai konflik selatan Thai, kata penganalisis


Penganalisis politik Thailand berpendapat kepimpinan Anwar Ibrahim boleh membawa keamanan di wilayah selatan negara itu yang berdepan gerakan pemisah. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Perdana menteri yang baru dilantik, Anwar Ibrahim mesti bekerjasama dengan rakan sejawatannya di Thailand secepat mungkin untuk menyelesaikan konflik di selatan negara jiran itu, kata wartawan veteran Thailand yang mengulas mengenai hal ehwal serantau.

Kavi Chongkittavorn berkata, tidak banyak kemajuan dicapai untuk menamatkan penderitaan penduduk yang tinggal di wilayah di selatan Thailand yang bergolak sejak lebih 10 tahun lalu, lapor Bernama.


'PM Anwar angkat sumpah, telur ayam terus ada'




 

Tiga hari selepas Perdana Menteri (PM) ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan, keganjilan berlaku apabila telur ayam memenuhi pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.



Presiden Amanah, Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya mengungkapkan fenomena tersebut dalam majlis kenduri kesyukuran kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Kota Raja malam tadi.



"PM kita angkat sumpah, saya pun hairan. Lepas angkat sumpah telur ayam terus ada di mana mana. Kenapa sebelum ini tak ada telur? Saya pun tak tahu," katanya disambut gelak ketawa hadirin.



Namun, katanya, selain bekalan telur ayam yang telah pulih, kenikmatan segera yang dapat dirasai oleh rakyat adalah harga saham terus naik dan nilai matawang ringgit mengukuh.



"Saham naik mendadak, mata wang kita terus naik banding dengan dollar.



"Kalau Mahiaddin Yassin angkat sumpah PM, kita tak tahu berapa orang pemimpin luar ucap tahniah, kita tak dengar. Kali ini Anwar angkat sumpah, berasap telefon.



"Jokowi telefon, sekejap lagi Singapura, sekejap lagi Brunei, kemudian Turki, Iran, India. Bertalu talu mengucap tahniah kerana kita menang melalui pilihan raya, bukan kerajaan pintu belakang," katanya.



Oleh itu, kata Mat Sabu, rakyat perlu faham keperluan kerajaan hari ini mengambil pendekatan yang sesuai dengan disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu membentuk kerajaan perpaduan biar pun bersama Umno BN, GPS dan GRS.



"Kerana kita tak mahu golongan ekstremis mengambil alih pemerintahan Malaysia maka kita bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu kepada kita dan menerima Datuk Seri Anwar sebagai PM Malaysia.



"Kita lihat rakan kita kalah di Kuala Langat sebab berjaya dimainkan isu perkauman di situ. Begitulah juga kita berterima kasih di Sungai Buloh walau lawan bekas Menteri tetapi penduduk di situ tetap memilih calon PH walaupun dia India.



"Ini adalah satu suasana yang baik di Selangor," katanya lagi.

 

MENJUNJUNG KASIH DULI TUANKU SULTAN JOHOR- DSAI

 



Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas perkenan menerima patik mengadap hari ini.


Dalam sesi mengadap tersebut, saya telah memberi penjelasan berkait isu kos sara hidup rakyat yang amat memprihatinkan Duli Tuanku.


Dirgahayu Tuanku.

- Anwar Ibrahim



BN JANJI SOKONG USUL PERCAYA TERHADAP PM

 

BN mendukung Perlembagaan Negara dan Menjunjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

1. Alhamdulillah kemelut pelantikan Perdana Menteri telah diselesaikan secara arif lagi bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan telus dan berwibawa.

2 Pertimbangan ini berlunaskan perlembagaan negara berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.

“Pertama, seseorang itu hendaklah ahli Dewan Rakyat, maksudnya seseorang itu memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kedua, seseorang itu hendaklah pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Maka, baginda perlu berkeyakinan dalam keputusan bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

3. Terdapat pelbagai proses dilakukan secara ketat bagi memenuhi kriteria tersebut termasuk memanggil mengadap ketua-ketua blok parti.

4. BN mula-mula membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong untuk menentukannya. Begitu juga GPS dan GRS.

5. Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.

BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama.

6. Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

7. Apabila BN bersetuju menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, maka proses-proses berkaitan dilaksanakan oleh pihak Istana Negara.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 turut diadakan bagi memastikan ketelusan berlangsung sebelum memuktamadkan keputusan.

8. Apabila pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut.

9. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.

10. Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.

11. Kita perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.

12. Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, Insya Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.

13. Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baharu ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO/Pengerusi BN

27 November 2022.



Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan


Astro Awani
Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sah menyertai Kerajaan Perpaduan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen Kota Marudu serta Riduan Rubin (Parlimen Tenom).
Turut menyatakan sokongan ialah calon Bebas yang menang di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.
Penyerahan surat sokongan kepada Anwar itu disampaikan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Peter percaya pelantikan Anwar akan dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dan mengembalikan kestabilan politik negara.
"Pilihan raya sudah berlalu, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.
"Saya menyeru semua bersama-sama berganding bahu untuk membina Sabah dan Malaysia," katanya.
Dengan sokongan KDM, 24 daripada 25 Ahli Parlimen Sabah menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan.
Hanya satu Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee kekal bersama Perikatan Nasional.
Pada PRU15, Ronald bertanding atas tiket PN di Parlimen Beluran dengan majoriti 1,594 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Benedict Asmat Felix Joseph Saang (Pakatan Harapan), Rowiena Rasid (Parti Warisan) serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hausing Samsudin @Sudin.

Wan Rosdy akan terajui kerajaan BN-PH di Pahang

 

mk-logo
BERITA

Diterbitkan:  Nov 27, 2022 5:10 PM
.

Istana juga memberi perkenan Wan Rosdy Wan Ismail sebagai menteri besar negeri itu.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang Darul Makmur daripada parti BN dan PH.

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Pahang," kata kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Anwar menghadap Sultan Johor. Sebelum itu Baginda mengucapkan tahniah kepada Anwar ibrahim di dalam FB Baginda.




Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) ketika menghadap Sultan Johor
 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Kuala Lumpur hari ini. (Gambar
 Facebook Royal Press Office)

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini.

Pertemuan itu berlangsung di Kuala Lumpur sehari selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap perdana menteri.

Beberapa gambar pertemuan itu turut dikongsi Facebook rasmi Sultan Iskandar, Royal Press Office.

Khamis lalu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sebelum itu didalam FB sultan johor, Baginda mengucapkan selamat kepada PM10  ketika dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.