IYA KA MAIL.....NANTI BANYAK YANG MEMBURU KOT..UTANG BANYAK KA TIDAK....???? GPS AKAN TARIK SOKONGAN KEPADA PN. RAKYAT SARAWAK DAH WARNING ABANG JO...BERANI KE ABANG JO ?

 

Anak dedah Ismail Sabri enggan kerjasama dengan PH, rela dipecat.



Instagram Story anak Ismail Sabri mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin Umno

Kuala Lumpur: Anak perempuan Perdana Menteri, Nina Sabrina menerusi Instagram Story mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin Umno di dalam sebuah kumpulan WhatsApp yang menentang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui perbualan itu menjelaskan beliau tidak akan sesekali melakukan kerjasama dengan PH malah, lebih rela dipecat oleh partinya sendiri.

Terdahulu, selain Ismail Sabri, ramai lagi ahli Barisan Nasional (BN) yang lain tidak mahu melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan seperti Bendahari BN, Hishammuddin Hussein.

Beberapa pemimpin Umno dan ahli parti turut mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

APA YANG AKU FAHAM- UMNO AKAN DIKATAKAN KHIANAT MELAYU-UMNO AKAN DIKAFIRKAN-KAH..KAH...DAN APA YANG ADA DI PENANG SANA. MELAYU IDUP ELOK SAJA- KULIAH DI MASJID SEMALAM TAK KURANG 50 BUAH KULIAH DI MERATA MASJID. PAS PUN MENANG DI PENANG SANA...TAK HILANG PUN MELAYU

 

Tiada peranan untuk BN dalam kerajaan PN, jumpa pun tak mahu, dedah Saarani.




PETALING JAYA: Barisan Nasional Perak menyahut kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas mendapati BN tidak ada sebarang peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional, dedah Pengerusinya, Saarani Mohamad.

Saarani berkata BN Perak mengambil inisiatif selepas mendapati kedua-dua gabungan itu tidak boleh duduk semeja dan membentuk kerajaan, meskipun memperoleh jumlah kerusi lebih banyak berbanding BN.

Katanya, PH menemui beliau dan menawarkan peranan kepada BN dalam kerajaan baharu.

“Pertama, BN akan diberi jawatan menteri besar. Esok, ada tiga Exco daripada BN akan angkat sumpah, dan ditambah seorang lagi ialah speaker Dewan Undangan Negeri. Maknanya, kami diberi peranan dalam kerajaan perpaduan ini.

“Berbanding dengan PN, mereka tidak mahu datang berjumpa saya untuk berunding atau memberi apa-apa peranan,” katanya istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah petang tadi.

Katanya, bukan kehendak BN yang mahukan jawatan menteri besar, tetapi PH menawarkannya sebagai syarat untuk membentuk kerajaan campuran.

Hakikatnya, beliau berkata, BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana hanya memenangi sembilan kerusi DUN.

“Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh betul tak? Tapi peranan (menteri besar) yang ia bagi itu sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) adalah orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030, jadi saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima.”

Katanya, Umno Perak akan mengadakan mesyuarat khas malam ini bagi menjelaskan situasi dan keadaan sebenar.

“Insya Allah kita akan buat keputusan susulan untuk kita turun padang bagi memaklum dan menerangkan kepada semua ahli rasionalnya kita ambil tindakan sebegini (tubuh kerajaanperpaduan bersama PH).”

DENGAR NAMA MALAYA PUN RAKYAT SARAWAK DAH NAK RACIST- TAMBAH DENGAN PERCAKAPAN PIMPINAN PAS ZAMAN HADI AWANG- LAGI LA RAKYAT SARAWAK TAKUT-ABANG JO AKAN KALAH KALAU JOIN PN. TAK PERCAYA ABANG JO DAH TERIMA BANYAK AMARAN DARI RAKYAT SARAWAK.


‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN.




Premier Sarawak Abang Johari Openg bertemu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan pada Ahad. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan berbalah mengenai rancangan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan, menurut sumber dalam gabungan itu.

Seorang wakil rakyat GPS mendedahkan kepada FMT bahawa ada “ketakutan” dalam kalangan mereka tentang bekerjasama dengan parti komponen PN iaitu PAS.

“Oleh itu, kita patut bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan komen-komen Presiden PAS Hadi Awang, yang dikatakan menyinggung rakyat Sarawak.

Semalam, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, berkata ia akan bergabung dengan PN, Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Johari berkata, GPS mahu bekerjasama dengan tiga gabungan itu untuk memastikan kerajaan yang stabil terbentuk segera.

BN bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah – pada ketika itu – berunding dengan GPS dan PN berhubung perkara itu.

Seorang Ahli Parlimen GPS memberitahu FMT bahawa wakil-wakil rakyat seangkatan tidak gembira tentang bekerjasama dengan PN.

“Sepatutnya rujuk kami dahulu sebelum Abang Johari buat keputusan.”

Sumber juga memberitahu FMT bahawa keputusan GPS berkerjasama dengan PN dibuat kerana berpendapat BN akan turut serta dalam gabungan itu.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen PH percaya Abang Johari telah bertindak sebelum masanya.

“Selepas Abang Johari menghadapi tekanan, ada tanda-tanda beliau mahu bekerjasama dengan kami,” katanya.

Ditanya mengenai kebarangkalian GPS bekerjasama dengan PH, sumber itu berkata “barangkali”.

Terdahulu, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim optimis gabungan itu akan dapat bentuk kerajaan bersama BN.

Anwar pada sidang media mengesahkan wakil kedua-dua gabungan itu telah bertemu pagi tadi.

MAHIADDIN PATUT MALU MENONJOLKAN DIRI MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI




Walaupun PN hanya menang 73 kerusi Parlimen berbanding PH yang mendapat 82 kerusi, tetapi nampaknya yang paling awal menonjolkan diri untuk menjadi Perdana Menteri ialah Mahiaddin Md Yasin.

Realitinya bukan saja PN sekadar mendapat tempat kedua daripada segi bilangan Ahli Parlimen, malah dalam PN juga, jumlah kerusi Parlimen Bersatu yang menang juga berada di kedudukan kedua berbanding Pas yang memperolehi jumlah lebih tinggi.

Makna kata, selain PN berada di tempat kedua di belakang PH dalam persaingan liga PRU15, di peringkat dalaman PN pun Bersatu berada di tempat kedua juga di belakang Pas.

Kalau pun Mahiaddin tak rasa malu kepada Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH yang berada di tempat pertama lantaran lebih dulu menonjol-nonjolkan untuk jadi Perdana Menteri, beliau patut ada sedikit malu kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang partinya menang paling banyak kerusi itu.

Manalah tahu, entah-entah Hadi pun teringin juga nak menginap di Seri Perdana.

Sikap gelojoh dan kalut Mahiaddin untuk jadi Perdana Menteri, di samping mengalahkan Anwar yang nampak tenang dan relaks, malah macam gelojoh orang bujang yang tak sabar berbini.

Keghairahan dan kegelojohan Mahiaddin menonjol-nonjolkan dirinya mahu menjadi Perdana Menteri ini sebenarnya amat menjengkelkan rakyat Malaysia.

Beliau tidak sepatutnya bersikap terlalu gelojoh dan kalut untuk jadi Perdana Menteri kerana ada orang lain yang lebih berhak daripadanya.

Lebih menjengkelkan, di sebalik kegelojohan itu, rekod buruk beliau sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan sebelum ini masih menjadi igauan ngeri bagi rakyat negara ini.

Dalam hal ini, semacam Mahiaddin masih tidak sedar diri dan kegagalannya itu langsung tidak menginsafkan dirinya.

Tanpa sebarang rekod kejayaan, negara menjadi suram dan Parlimen didaruratkan, kecuali berjaya mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak mengadakan perutusan khas melalui televisyen, perkara itu sepatutnya membuatkan Mahiaddin malu untuk menawarkan diri jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri juga Mahiaddin langsung tidak mesra media dan takut berdepan soal jawab wartawan di sebalik kekerapannya muncul melalui perutusan khas itu.

Hanya setelah dijatuhkan dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, barulah beliau berubah sikit jadi mesra media dan selalu pula mengadakan sidang akhbar terbuka.

Ehhh…semua itu sudah terlewatlah!!

Berdasarkan hakikat itu, jika kembali jadi Perdana Menteri, ada kemungkinan Mahiaddin jadi tertutup semula selepas ini, terutama kepada pihak media.

Yang nyata, dengan rekod kegagalannya itu, tiada jaminan beliau mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan membawa Malaysia keluar daripada pelbagai kemelut yang melanda ketika ini.

Bahkan, Malaysia mungkin berdepan mala petaka lebih buruk yang tak terjangka. – ShahbudinHusin 21/11/2022.



Ismail Sabri selesai menghadap Agong

 

Ismail Sabri selesai menghadap Agong

Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Sinar Harian/ Rolsi Talib
Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Sinar Harian/ Rolsi Talib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri sementara yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira lebih sejam pada Isnin.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Bera itu dilihat keluar meninggalkan Istana Negara melalui pintu satu pada jam 4.15 petang.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini berhubung sesi menghadap tersebut, namun ia dipercayai melibatkan proses pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri sebelum itu dilihat hadir sama dalam perjumpaan bersama 26 Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di ibu negara di sini, pagi Isnin.

Keputusan rasmi PRU15 pada Sabtu lalu menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan politik yang memenangi majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Setakat ini, terdapat dua pihak mendakwa mempunyai majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

Pada Isnin, Perikatan Nasional (PN) mendakwa telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan jumlah surat akuan berkenaan mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pada Isnin berkata, beliau optimis pakatannya dan BN dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ia selepas beliau berpuas hati dengan perkembangan perbincangan bersama wakil BN di sebuah hotel di ibu negara.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk melanjutkan proses mengemukakan gabungan pasca PRU15 bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan jam 2 petang Selasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan daripada ketua dan gabungan parti politik dan gabungan politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.


Kenyataan berbaur hasutan, tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif oleh bekas PM

 

Kenyataan berbaur hasutan, tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif oleh bekas PM

Sungguh memalukan bagaimana beliau menggunakan kad kaum dan agama bagi meraih undi

Mahiaddin Yasin

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran terkejut dengan kenyataan dikeluarkan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yasin, yang mendakwa penganut Kristian di Malaysia bertindak bersama kumpulan orang Yahudi untuk mempromosi dan mengkristiankan Malaysia.

Sebagai seorang ahli politik kanan, beliau sepatutnya lebih cermat untuk tidak menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan penduduk Melayu-Islam. Kenyataan beliau yang menggesa hadirin supaya tidak mengundi parti politik tertentu bertujuan untuk menambah kecurigaan dan ketidakpercayaan yang mungkin ada di kalangan umat Islam terhadap orang Kristian dan Yahudi.

Ini sungguh tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali. Kesan daripada kenyataan yang tidak berasas dan cuai itu menyebabkan perpecahan dan menjejaskan hubungan aman harmoni yang dinikmati oleh kebanyakan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Adalah memalukan bahawa beliau perlu menggunakan kad kaum dan agama bagi meraih undi untuk partinya.

Jelas, beliau telah melanggar Seksyen 4A (Kesalahan mempromosi perasaan jahat atau permusuhan) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan, seperti polis, untuk menyiasat sepenuhnya sumber dan asas kenyataannya. Sekiranya tidak ada asas yang kukuh untuk kenyataan yang memecahbelahkan itu, maka tindakan sewajarnya harus diambil terhadapnya, termasuk kehilangan kelayakannya.

Di Aliran, kami menggalakkan keamanan, kebebasan dan perpaduan. Kenyataan Mahiaddin yang tidak wajar ini adalah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 November 2022

Patuhi aturan kebiasaan: Beri peluang Anwar dan PH membentuk kerajaan

 

Patuhi aturan kebiasaan: Beri peluang Anwar dan PH membentuk kerajaan

Aturan dan amalan demokrasi mesti dihormati dan diikuti demi kepentingan demokrasi berparlimen

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran mengambil perhatian dengan peristiwa yang berlaku sejak pengumuman keputusan rasmi pilihan raya umum.

Gabungan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, jumlah kerusi terbanyak (walaupun kurang daripada majoriti mudah iaitu 112 kerusi), diikuti Perikatan Nasional dengan 73 kerusi, dengan semua yang lain ketinggalan jauh di belakang.

Walau bagaimanapun, kini terdapat perbincangan di kalangan gabungan dan parti politik yang berbeza untuk segera menggabungkan kerjasama baru bagi membentuk kerajaan seterusnya yang dipimpin oleh perdana menteri baharu.

Di bawah Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kewajipan bagi melantik perdana menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat (Dewan Rakyat) yang, pada pertimbangannya, berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli dewan rakyat.

Walaupun Agong boleh menggunakan budi bicaranya dalam menjalankan tugas ini, budi bicara itu tidak mutlak – sebagai raja berperlembagaan, baginda masih terikat dengan aturan perlembagaan dalam sistem kerajaan parlimen.

Mengikut aturan dan amalan demokrasi, Pakatan Harapan, sebagai gabungan yang memenangi bilangan kerusi tertinggi, harus menjadi yang pertama diberikan pertimbangan oleh Agong untuk pemimpinnya, Anwar Ibrahim, dilantik sebagai perdana menteri.

Aturan dan amalan demokrasi ini mesti dihormati dan diikuti demi kepentingan demokrasi berparlimen.

Kemudian terpulanglah kepada perdana menteri yang baru dilantik untuk membuktikan keupayaannya bagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, sebaik-baiknya melalui undi percaya di Parlimen, atau seperti yang kini nampaknya menjadi amalan, melalui proses politik rundingan antara pemimpin parti politik yang berbeza, di mana sokongan ditunjukkan melalui akuan berkanun.

Aliran amat berharap agar proses politik ini dijalankan secara beretika dan matang oleh semua pihak yang terlibat.

Kami berharap Agong akan mematuhi aturan dan memberikan Anwar ‘langkah pertama’ untuk cuba membentuk kerajaan seterusnya.

Hanya jika Anwar tidak dapat memperoleh sokongan majoriti di kalangan parti selepas masa yang munasabah untuk rundingan dengan bakal rakan kongsi, gabungan tertinggi seterusnya, Perikatan Nasional, harus diberi peluang untuk membentuk kerajaan.

Kita yakin Agong akan kekal di atas politik dan menggunakan pertimbangannya dengan bijak demi kepentingan rakyat dan negara.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
21 November 2022

KITA JUGA TIDAK SUKA..BIAR JADI PEMBANGKANG.NAMUN MAMPUKAH MAHIADDIN HADI AWANG MENGENDALIKAN EKONOMI NEGARA ?

 

Pada ketika ini & saat ini, apa yg berlaku kami pun tak suka. Paling bagus & terbaik, PH tidak masuk dlm mana2 gabungan walaupun bersama umno Bn. Sekali lg, kami tak suka keadaan ini. 


Mungkin YDPA perlukan masa utk menimbal semua perkara. PH 82 : PN 73 : BN 30. 


Tapi arahan utk 112 kerusi, semua parti tergantung tak dapat cukupkan. PH harapkan dr Gabungan Parti Sarawak, dan parti yg lain tetapi Premier Sarawak terlebih dahulu nyatakan hanya utk bersama parti Muhyiddin saja. Dalam masa sama Muhyiddin juga mengharapkan agar Umno Bn buleh bersama mereka membentuk kerajaan. 


Malaysia sdg pergi ke "kerajaan campuran". YDPA panjangkan masa lg sehari agar parti politik berunding sesama mereka. 


Kegelojohan Bersatu & Pas dlm PN makan diri sendiri. Berkemungkinan YDPA serik di tipu lg di mana sdra Muhyiddin pernah hantar SD palsu kpd YDPA semasa sesi langkah Sheraton memasukkan nama Syed Saddiq & yg lain...akhirnya Muhyiddin jadi PM.


Ada apa sehingga Muhyiddin Yassin berada dlm keadaan cemas sehingga berani bertindak seolah dirinya di tabalkan sbg PM. Takkan kali ini YDPA nak kena sekali lg? Dah tentu tidak. 


Bukan saja pusat, kerajaan tempatan Perak & Pahang juga tergantung. 


Perkiraan yg ada di depan mata YDPA, bagaimana Malaysia nak hadap situasi ekonomi yg perit bermula tahun 2023 & siapa yg mampu lakukan perubahan. 


Jadi nak cakap panjang pun tak buleh, biar YDPA uruskan mengikut budi bicaranya. Dan terima kasih juga kpd Sultan Perak yg membantu situasi krisis politik sehari dua ni.


Hari ini, kami terlalu sibuk dgn pihak pelabur. Kami nyatakan, usah buat rumusan terburu-buru, banyak yg perlu di buat selepas pengumuman siapa PM nanti. Ada yg berkata, pertimbangan menarik pabila sdra Anwar yg menerajui. 


Kami, berlepas tangan dr dunia politik sebagaimana di arahkan sebelum langkah Sheraton. Apa yg terjadi, YDPA yg uruskan. Mungkin Anwar itu jadi PM @ mungkin tidak. Hanya terserah kpd budibicara Agong. 


Sekiranya Anwar di lantik oleh YDPA sbg PM, kami berikan apa yg termampu agar Malaysia buleh harungi detik ekonomi tahun hadapan. Dengan hutang RM1.2 trilion & RM600bilion yg di habiskan dlm masa 5-6 bulan semasa lockdown, silap pencaturan...Malaysia bakal jadi muflis. 


Terpaksa telan pahit, tp negara perlu di dahulukan. Kalau semasa Muhyiddin Yassin jadi PM, tidak bobrok & yg jaga Miti pun buleh kawal lahapan & keluar dr status hutang, mungkin PH nak pintas pun tetap kami biarkan kpd Muhyiddin. Tp, bila dh dapat kuasa...laparnya juga mengalahkan umno.


DAP ada dlm PH, Amanah juga ada. Sudah tentu mereka punyai perkiraan. 


Tp bagi kami, kami tidak berapa suka dgn keadaan ini. Lebih suka biarkan saja Muhyiddin & Hadi Awang mengemudi, tetapi apabila terfikirkan mereka tidak mampu nak lakukan sebagaimana mereka (Bersatu, Pas & Umno) memerintah selepas langkah Sheraton...maka baiklah ianya di beri ke tangan sdra Anwar. Setidaknya DAP menjadi imbang & sukat kpd gabungan. 


Selepas YDPA beri pengumuman esok, GM kan menulis lg. Sementara ini kami biarkan masalah politik ini ke tangan YDPA. Ada perkiraan di pemikiran YDPA yg kami tidak buleh umumkan. Biar kalian lihat sendiri esok.


Fb Gino Marvela.


Anwar sahkan calon Perdana Menteri


MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID & NORAFIZA JAAFAR
21 NOV 2022

TERBAIK..KITA SAMBUNG JUGA KES LCS DAN BEBERAPA LAGI.TAK ADA PUN ELOK.

 

Hishamuddin rela dipecat daripada sokong Anwar, PH

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
21 NOV 2022