Rafizi jangka PH sapu 11 kerusi di KL, 19 di Selangor, Negeri Sembilan
PASTIKAN PRU15 HUMBAN PENGKHIANAT DAN KLEPTOKRAT
KISAH PERDEBATAN WALAUN TENTANG TABUNG HAJI
Moving the goal post. Tadi confiden kata 302 juta subsidi haji.
Lepas tu boleh kata tersilap pula.
Tapi tapi tapi dalam statement tulis 437 juta untuk perbelanjaan
1st half 2022. Yang 302 juta tu 2021. So part mana 302 juta dalam tahun 2022?
"Jumlah keuntungan TH bagi 1H 2022 sebenarnya lebih sedikit
berbanding keuntungan 1H 2021"
thanks captain obvious, jadi mengaku pun yang dah silap.
Bukan awak ke yang dengan yakin kata 1st half 2022 lagi tinggi?
Mula2 dia yang cerita bab 1st half kewangan. bila nampak tak
boleh nak konar, dia pergi pula pada point kena tengok full financial year
pula. Petik accrued accounting pula.
Macam lawan bola mula2 setuju 45 min sahaja, bila nampak tak
boleh nak menang, pergi extend pula ke 90 minit.
Lepas tu main strawman fallacy, nak petik bab UJSB pula.
UJSB ini korang settlekan lah, kata hebat memerintah. Buat apa
nak salah yang 22 bulan, yang 31 bulan tu korang buat apa? Ke 22 lagi besar
dari 31?
Jem jem palo memikir
Kalau buat tubik RCI kan senang, tak payah nak berdebat di
facebook
KISAH SEORANG CALON YANG YANG DIKATAKAN PUNYA IJAZAH KEDOKTORAN
Ini Ijazah yang disebar luas. Dikatakan kepunyaan “doktor”
tersebut. Saya juga dengar Press Conference dia semalam. Didepan balai polis.
Bila ditanya reporter, boleh tunjuk sijil Ijazah beliau, beliau
kata, tak perlu. Ada pada lawyer.
Makanya kita tak tahu la betul ke Ijazah viral ni Ijazah dia.
Cytro UMNO dah buat kerja tempek2 merata.
Saya rasa lebih afdal dia tunjuk je lah Ijazah yang ada. Apa
yang nak malu?
Ini yang saya dapat sijil Ori Uni Gadjah Mada dan datanya dalam
KPT. Orang Indonesia. Jauh beza benar dari yang disebarkan. Mungkin dah berbeza
format?
Makanya, kalau kita ditayangkan dengan kelaku sebegini, kita nak
penjelasan saja. Senang cerita.
Apa yang susah sangat? Awak tu nak jadi Wakil Rakyat. Kalau
benda macam ni dok ugut rakyat, mendatang lagi teruk dikritik bertingkat2.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
“SAYA MASIH POSTER BOY, CALON PM” – ISMAIL SABRI
“SAYA masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung Umno 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada April lepas.
“Setakat ini tidak ada keputusan daripada MT Umno yang mengatakan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daraipada 190 Bahagian Umno membuat usul mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.
“Perkara (keputusan sebagai calon Perdana Menteri) itu tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas hadir di pusat penamaan calon bagi Parlimen Bera di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera hari ini.
Naib Presiden Umno itu turut menafikan wujud surat akuan bersumpah bagi memilih calon Perdana Menteri selain beliau selepas pilihan raya, yang didakwa perlu ditandatangani setiap calon daripada Umno, seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas.
Sebaliknya Ismail Sabri berkata surat yang ditandatangi calon yang terpilih untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini adalah untuk memastikan tiada yang bertindak melompat parti selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang berkuat kuasa 5 Okobert lepas.
“Kalau dulu, surat itu adalah seperti surat peletakan jawatan kita sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Adun kalau kita melompat parti lain. Itu dulu, tapi sekarang sejak ada akta anti lompat parti, kita punya SD (surat akuan bersumpah) adalah berdasarkan akta itu,” katanya.
Ditanya mengenai spekulasi wujud kerjasama atau pakatan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim PRU15 untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, Ismail Sabri secara ringkas berkata:
“Saya tak pasti… kita tak dengarlah perkara itu… spekulasi (timbul) macam-macam,” katanya. – Bernama, 5 November, 2022.
BIJAK SANGAT KAH DIA NI
Ada member mintak saya check mengenai calon fofular Isham Jalil.
Room mate saya suka dengar apa dia cakap. Made sense and smart. Except bila dia
taksub pada Merpati. And hentam mahkamah bagai. Yang tu kami angkat kening.
Dengar pun pening.
Ada yang DM mintak saya semakkan, macam mana dia buat MBA satu
tahun dengan 2 Ivy Leagues. Macam tipu je.
Saya teringat dulu masa belajar, saya ada kenal seorang
Fulbright scholar. Memang ada course dual MBA Harvard-Wharton. Dia pun ambil
sama. So saya semak la and google. Memang ada.
Jadi, we have to call spade a spade. Setakat ni dia clear. We
can give him a benefit of the doubt. Makanya, selamat maju jaya.
Saya ABU ini penggal. Kalau PRU16 UMNO dah bersih dari Kluster
Mahkamah dan mereka kembali pulih, kita boleh consider semula.
Loyalty to our country always!
Loyalty to political parties or leaders, only when they deserve
it!
~LM~
PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR
PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR
KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ
1. Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu?
Tahun 2013:
▪️Kempen PRU13: PAS kempen TGNA akan tetap jadi MB Kelantan, kami dari ROYALTI kempen all out bantu.
▪️5 Mei 2013 Pas menang Kelantan, malam itu saya berada di Pjbt Pas Kelantan, lihat berberapa kelompok individu (masih ingat lagi siapa) naik tergesa gesa kerana katanya ada mtg Khas (Nak tukar TGNA supaya tidak jadi MB).
▪️ 6 Mei 2013 Hadi keluar watikah lantik Ahmad Yaakob jadi MB dan angkat sumpah tergesa gesa di Istana.
Hari yang sama saya bersama arwah TGNA di Hospital USM Kubang Kerian di wad lihat beliau kesedihan.
Haritu juga saya kata Pas (Hadi) tak boleh pakai. Khianat (TG Nik Aziz) semata mata nak UG dengan UMNO. Arwah TGNA lah batu penghalang utama usaha mereka.
Pagi itu arwah TGNA tengah siap-siap pakai baju untuk angkat sumpah MB, dengan anggapan beliau masih lagi MB.
Bila dapat tahu Ahmad Yaakob jadi MB. terus beliau ke USM di bawa oleh? Teka.
Nik Abduh ‘diperkudakan’ oleh Team Hadi, untuk menjatuhkan Ayahnya sendiri bagi menghalalkan Agenda UG PAS – UMNO.
Yang akhirnya jadi Muafakat Nasional. PAS beri talian hayat kepada UMNO (yang arwah TGNA tentang sejak lama).
Bila UMNO berkuasa, kini menjadi PM. PAS ditendang balik. Terpinggir tiada teman, Pas Hadi pergi peluk Mahiaddin.
Habis madu sepah dibuang.
Beza benar cara kerja PAS HADI dan PAS NIK AZIZ.
Pas Nik Aziz disukai semua kaum dan semua kelompok Masyarakat samada lawan dan kawan.
Pas Hadi sebaliknya.
Orang Pas banyak tak tahu peristiwa ini, banyak jadi Pak Turut sahaja.
Jika mereka tahu hal sebenarnya, PAS akan pecah hancur.
Kita nanti tengok adakah Nik Abduh akan kena tulah dari kata kata arwah Ayahandanya?
Jika beliau Insaf, elok Nik Abduh mengaku kesalahannya dan dedahkan apa perkara yang berlaku sebenarnya.
Dedahkan Watikah dari Hadi lantik Ahmad Yaakob sabotaj arwah Tok Guru Nik Aziz.
Kita semua tahu Nik Abduh team up dengan Khairuddin Takiri, Nik Zawawi, Tontowi dan berberapa lagi.
Al Fatihah untuk arwah TG Nik Aziz.
UNDILAH PH DEMI KESTABILAN
Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :
Untuk yang terfikir nak mengundi PN
Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi
dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat
majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario
kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.
Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya
Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan
politik' tidak dipenuhi.
Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu
sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.
Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan
kerajaan pusat tak dapat dibentuk:
1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah
dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.
2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali
berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.
Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa
parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang
tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi),
PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi,
dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.
Maksudnya, trend 3 penjuru tak akan lari jauh dan tidak ada satu
parti yang boleh dapat majoriti mudah (kecuali ada 'tipping point' pada saat
akhir).
Kenapa mustahil untuk BN dan PN bergabung dengan PH?
1. Umno tengah bergelumang dengan kes-kes rasuah dan jenayah.
Dulu 15 MP Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin sebab kes Najib, kali ini Umno
desak bubar Parlimen sebab kes Zahid. Buktinya sudah terzahir bila Zahid cantas
semua orang kuat Ismail Sabri dalam senarai calon dan akujanji calon Umno
tersebar (dinafikan oleh Umno): Kena beri mandat kepada Zahid untuk jadi PM. PH
tak mungkin pukul biawak hidup.
2. Pergolakan dua kem dalam Umno antara Presiden Zahid dan PM
Ismail Sabri. Yang paling parah nanti ialah semasa pemilihan Umno lepas PRU
sebab semua orang Umno tengah panas dengan Zahid. Parti tak stabil akan beri
kesan kepada kestabilan kerajaan. PH tak mungkin pikul biawak hidup.
3. PN pula adalah tong separuh masak tempat pengkhianat PH
mencari pelampung. Muhyiddin kemungkinan besar akan kalah di kerusi Pagoh (dan
akan bersara lepas PRU), Peja pun tenggelam di Tambun, Azmin dan pengkhianat
PKR/PH cuma mengharapkan ihsan penyokong Pas. Mati hidup balik PH tak akan bagi
muka kepada PN.
4. Pas sudah bakar jambatan dengan PH.
Selain itu, pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) iaitu
undang-undang larangan MP lompat parti sudah digazet. Status MP akan gugur
kalau keluar parti dan jadi bebas, atau MP Bebas join mana-mana parti. Kerajaan
hanya boleh dibentuk secara gabungan blok. Walaupun ada kebarangkalian untuk
blok-blok parti re-shuffle (macam Bersatu keluar PH), tapi sekurang-kurangnya
katak-katak politik ini tak boleh dibeli sekor-sekor, kena beli satu reban
terus. Undang-undang baru ini menguatkan lagi hujah yang PH tidak mungkin
bergabung dengan BN/Umno atau PN/Pas.
Kemungkinan paling besar untuk terjadi jika merujuk kepada pasca
Langkah Sheraton, adalah Bersatu, Pas, dan Umno terpaksa telan balik ludah
masing-masing dan bergabung untuk bentuk kerajaan. Kita akan kembali kepada
status quo Langkah Sheraton dan BN-PN akan berpegang kepada core interest yang
sama iaitu takut PH berkuasa, Anwar jadi PM, dan kes sumbang, rasuah, dan
jenayah dalam poket masing-masing terburai.
Belum sempat PRU lagi semua ini telah terbukti. Sehari sebelum
penamaan calon, BN PN dan Pas saling kutip-mengutip calon-calon yang dibuang
parti sendiri. Ini adalah hakikat bahawa BN PN Umno Bersatu dan Pas ini
semuanya duduk dalam tong yang sama.
Jika ini berlaku, negara sekali lagi akan buang masa selama 5
tahun untuk melayan karenah BN PN ini, seperti yang terjadi lepas Langkah
Sheraton sampai tukar 2 orang PM dalam masa 30 bulan.
Rakyat Malaysia wajib ambil pengajaran:
1. Sampai mampos kerajaan tak akan stabil sebab masing-masing
ada tuntutan politik. Nak buang kes, nak jawatan menteri, nak sakau projek, nak
berebut jawatan PM. Akan ada ugutan nak tarik sokongan PM kalau tak penuhi
tuntutan masing-masing.
2. Semasa nak membentuk kerajaan, semua parti akan jadi pak
sanggup asalkan dapat kuasa dahulu, kemudian tuntutan parti masing-masing akan
menjahanamkan negara untuk jangka masa panjang.
3. PM dan menteri-menteri akan buat kepala sendiri, duduk dalam
satu kabinet tapi hala tuju nak bangunkan negara tak sama sebab takut parti
lain dapat markah lebih. Tak akan ada tanggungjawab bersama (collective
responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.
4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP
dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.
5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3
jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan
gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet
Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.
6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak
akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis
yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.
7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana.
Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi,
konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno
masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid.
Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.
8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus
masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia
sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti
PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben,
rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.
Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya
sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan
generasi anak-anak jadi lebih baik.
Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda
PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).
Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu
tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik
kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah
generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.
Survey IDE 2423 Responden sahaja?
Survey IDE 2423 Responden sahaja?
Masalah dengan sesetengah orang, mereka malas membaca lepas tu
buat kesimpulan sendiri. Lagi best dengan yakin masuk wall orang terus terjah
dan condemn kerja orang lain. Ini yang di panggil dunning Kruger effect.
Sampling IDE 2423 responden lagi besar dari Ilham Centre 1,622
responden dan O2 Research Malaysia 1,105 responden. Dia ingat kalau ada 21 juta
pengundi baru, kena buat kena buat 210,000 responden kut. USA yang ada 168 juta
pengundi untuk pilihanraya Presiden 2022, survey mereka pun dalam 1,540
responden sahaja. Benda ini normal, yang penting segmen dan demographi pengundi
itu kena ikut pecahan kaum, umur, jantina dan pekerjaan.
Invoke tak tepat? Ini mesti jenis tak tahu atau berlakon serba
tahu. 2018 Invoke kata PH akan dapat dalam lingkungan 111 kerusi dan ini tepat.
Sudah tentu setiap survey ada margin of error dia, tak semua survey tepat, ini
yang di panggil error rate.
Nak kata IDE bias pun tak juga. Semua survey boleh jadi bias,
depend on how the survey being conducted. Kadang-kadang sampling pun boleh
bias. Sebab tu banyak faktor kena check macam error rate, accuracy, precision,
f1 score, recall di bandingkan dengan survey-survey sendiri yang lepas.
Survey ini macam reconnaissance dalam perang, nak tengok
kekuatan dan kelemahan di mana, bukan bermakan kalau dah survey 100% akan
berlaku jadi tak payah mengundi.
MMMS
Certified Data Scientist / MSc Data Science.
KENAIKAN KADAR FAEDAH US
Rizab Persekutuan Amerika menaikkan kadar faedah di sana
sebanyak 0.75% lagi. Di dalam soal jawab selepas membuat kenyataanya, Pengerusi
Rizab Amerika, Jerome Powell menjelaskan ada 3 perkara penting yang diambilkira
di dalam menaikkan kadar faedah bagi menurunkan inflasi kepada 2% seperti yang
disasarkan:
1. Berapa cepat kenaikan faedah perlu dibuat bagi menurunkan
inflasi?;
2. Berapa tinggi kadar faedah yang diperlukan? Dia ada memberi
gambaran bahawa kadar 4.5% seperti yang dijangka pada bulan September lalu
mungkin tidak cukup tinggi;
3. Berapa lama kadar faedah perlu berada di tahap yang tinggi?
Kenaikan kadar faedah ini akan menjadikan nilai Dollar Amerika
semakin teguh dan akan memberi kesan ke atas kadar tukaran asing dengan negara
lain. Ini adalah kerana dengan kenaikan faedah, pelabur di seluruh dunia akan
membeli Dollar untuk melabur di dalam pasaran kewangan di sana.
Saya menjangkakan bank-bank pusat lain di seluruh dunia akan
menaikkan kadar pinjaman di negara masing-masing bagi mengurangkan jurang kadar
faedah dengan Dollar. Ini akan membantu menstabilkan kadar tukaran asing mereka
dan membendung inflasi dari diimpot ke negara masing-masing disebabkan kadar
tukaran asing yang rendah.
Satu perkara penting yang akan memberikan kesan ke atas kita
ialah sejauh mana kita sanggup menaikkan kadar faedah di sini? Jerome Powell
dengan tegas menyatakan mereka akan jalan terus sehingga sasaran mereka
tercapai bagi menurunkan kadar inflasi di Amerika. Mereka tidak akan
memperdulikan kesan ke atas negara lain. Jadi, ini akan menjadi delima kepada
bank pusat seperti di Malaysia.
Minggu hadapan rakyat Amerika akan mengundi di dalam pilihanraya
separuh penggal. Ini tidak memberi kesan kepada Rizab Persekutuan Amerika di
dalam membuat keputusan. Inilah pentingnya satu institusi yang bebas, buat
keputusan di atas data dan fakta, walaupun tidak mempopularkan kerajaan.
Inilah sebabkan integriti dan kebebasan institusi rakyat seperti
ini penting. Mereka buat apa yang mereka kena buat, bukan mendengar kehendak
orang-orang politik yang suka menolak masalah untuk diselesaikan oleh anak cucu
kita di masa hadapan, bukannya mengambil tanggungjawab di ketika ini dan hari
ini. Inilah juga sebabnya saya tidak boleh menjadi ahli politik kerana saya
yakin keputusan yang tepat tidak semestinya popular. Saya tidak peduli samada
saya popular atau tidak. Saya lebih takut hari hisab di hadapan Allah kelak.
GAMBAR GAMBAR MAJLIS MAKAN MALAM DI CEMOR SEMALAM
Majlis Makan Malam DAP Chemor, Tambun
Menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Chemor tadi.
Saya kagum dengan semangat teman-teman kita dalam merealisasikan
impian sebuah Malaysia yang aman dan berukun. Negara ini mesti terus maju dan
progresif membina persefahaman yang mempererat perpaduan.
Negara ini tidak boleh diganggugugat oleh naratif perkauman
sempit tetapi kita mesti melihat antara satu dengan yang lain dengan sifat
rahmah dan terbuka.
Itu erti sebenar sebuah Malaysia yang lebih baik!
#Harapan #MalaysiaBangkit
#KitaBoleh
TELAH LAMA DIKETEPIKAN , NAMUN PENANG BERTAHAN DENGAN KEMAJUAN EKONOMI YANG ADA
P Pinang akan terus diketepi, jika BN atau PN memerintah, kata pemimpin DAP
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan terus diketepikan kerajaan persekutuan, jika Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari.
Beliau berkata, ini jelas selepas PN mengambil alih Putrajaya pada 2020, diikuti BN setahun kemudian, kerana dana persekutuan hanya disalurkan ke negeri itu apabila mereka berkuasa.
Sejak 2020, katanya, hanya ada sebuah projek tebatan banjir yang diluluskan di Pulau Pinang, dan itu juga untuk kawasan PN.
Kemudian, didedahkan kawasan itu ialah Seberang Jaya, yang kini disandang Dr Afif Bahardin, yang melompat daripada PKR ke Bersatu pada 2020.
Zairil berkata, semasa PH memerintah, projek utama tebatan banjir dan projek lain bernilai lebih RM240 juta diluluskan. Projek itu tidak diumumkan sebelum PH mengambil alih.
Beliau berkata, ini dilakukan semasa Lim Guan Eng menjadi menteri kewangan, tetapi usahanya untuk memperluaskan lapangan terbang Pulau Pinang dan membina sistem kereta kabel ke Bukit Bendera dibatalkan Putrajaya.
“Kita memerlukan kerajaan persekutuan yang akan membantu dalam pembangunan Pulau Pinang, bukan menyusahkan kita.”
Katanya, kerajaan persekutuan PN-BN juga menggagalkan cubaan negeri membina sistem LRT sendiri, dengan menolak jaminan bon sukuk dan pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia.
Beliau berkata, Pulau Pinang hanya menerima sekurang-kurangnya 1.7% pembiayaan per kapita dalam Rancangan Malaysia Ke-12, walaupun merupakan antara penyumbang cukai utama.
TIADA SISTEM 2 PARTI
Selesai sudah penamaan calon hari ini. Tak tercapai cita-cita DS
Anwar untuk melihat sistem dua parti kerana adanya pihak tak sedar diri seperti
PN, GTA dan Warisan yang hanya kacau daun.
Selain dari entiti tamak haloba yang disebutkan, ada juga
beberapa individu yang masuk sebagai calon bebas. Persoalannya, sejauh manakah
calon bebas menguntungkan pengundi.
Ada antara calon bebas itu adalah tokoh yang telah dikenali umum
dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Adakah itu boleh menjadi
penanda aras untuk memilih mereka?
Untuk Parlimen, rakyat perlukan lebih daripada itu. Setakat
banyak membantu rakyat, tanpa sikit pun menafikan kebaikan mereka, itu belum
melayakkan mereka untuk menjadi suara rakyat di parlimen.
Ahli parlimen lebih daripada cerita tampal lubang di jalan. Atau
bantu gelandangan. Parlimen adalah tempat di mana dasar dan polisi negara digubal.
Ia berkenaan undang-undang dan perlembagaan.
Kita perlukan ahli parlimen yang berpendidikan dan
berpengetahuan. Yang faham akan isu global dan lokal. Dan yang paling penting,
ahli parlimen tak boleh bergerak sendiri. Ahli parlimen perlu berparti.
Mengundi calon bebas tak menguntungkan rakyat. Setakat mana
calon bebas mampu melahirkan dasar dan polisi untuk rakyat? Setakat boleh undi
untuk sokong atau tolak sesuatu usul sajalah.
Kalau untuk DUN, aku rasa okay. Memang tugas Adun lebih banyak
membantu rakyat secara terus. Tapi untuk parlimen, ceritanya tidak sebegitu.
Oleh itu rakyat harus faham, memenangkan calon bebas tidak sesihat yang
dijangkakan.
Bukan menafikan kebaikan yang pernah mereka ini taburkan. Tapi
untuk parlimen, kita perlukan calon berparti supaya aspirasi rakyat dapat
diterjemah dalam bentuk dasar dan polisi. Guane boh?
HATI HATI DENGAN COVID
“Pakailah mask, elak
berkumpul ramai-ramai… Covid varian baru Omicron XBB sedang melanda”, umum
Khairy dengan wajah penuh kerisauan…..
MASA NAK SURUH BUBAR TAK MENYEMPAT. BILA DAH BUBAR......
Masa desak PRU hari tu yakin sangat boleh menang besar. Sampai
tak endah amaran MyMet banjir akan berlaku. Siap kata pembangkang macam bomoh
boleh ramal banjir. Punyalah bongkak.
Sekarang nada dah berubah. Sedia kerjasama pulak dah. Kalau dah
sedia nak kerjasama, buat apa yang kelam kabut sangat nak buat PRU sampai
pertaruh nyawa rakyat? Pemimpin apa begini tak pandai fikir.
Tapi kalau betul UMNO/BN akan bentuk kerjasama, aku yakin yang
bakal mereka pilih adalah PN dan GTA. Tak mungkin PH. Sebab Zahid tahu PH
takkan berkompromi dengan para perasuah.
Tapi yang lebih logik nanti, UMNO akan tarik PAS keluar daripada
PN. Mungkin masa tu Muafakat Nasional akan bernyawa semula. PAS ni mudah.
Tawarkan jawatan je, setujulah dia.
Sebab itu rakyat cuma ada PH sebagai pilihan. Sokonglah PN ke,
atau GTA, waima Warisan sekali pun, BN akan kembali berkuasa. Mahukan total
reform, berikan PH kemenangan besar. Guane boh?