RAKAN NIAGA LATIFF AHMAD DINAMAKAN SEBAGAI PENERIMA BAYARAN PALSU DALAM PROJEK SGPV

 Dari Rafizi Ramli

1 November 2022


RAKAN NIAGA LATIFF AHMAD DINAMAKAN SEBAGAI PENERIMA BAYARAN PALSU DALAM PROJEK SGPV


Saya mengalu-alukan pengumuman Dato’ Seri Latiff Ahmad, pimpinan BERSATU/Perikatan Nasional yang terpalit dengan skandal LCS untuk tidak bertanding dalam PRU15. 


Saya juga masih menunggu surat saman sivil dari beliau selepas pendedahan-pendedahan saya menunjukkan penglibatan beliau dalam skandal LCS melalui sebuah syarikat palsu yang bernama Alizes Marine Ltd.


Saya ambil maklum kenyataan beliau minggu ini yang beliau mempunyai tempoh masa enam tahun untuk mengemukakan saman sivil terhadap saya. Saya berharap beliau tidak menggunakan taktik yang sama seperti Najib Razak, yang berjanji untuk menyaman Wall Street Journal tetapi sehingga ke penjara belum memfailkan saman tersebut.


Walaupun telah mengumumkan persaraan dari politik, itu tidak bermakna Latiff Ahmad boleh bebas dari tuduhan-tuduhan berkait skandal LCS. 


Saya harap rakyat Malaysia bersabar sementara saya terus meneliti kes ini sehinggalah tangan-tangan ghaib yang menggugat keselamatan negara (demi kekayaan dan kepentingan diri) di bawa ke muka pengadilan.


Pengalaman saya menunjukkan usaha untuk membongkar tangan-tangan ghaib di sebalik skandal-skandal besar negara selalunya memakan masa yang cukup lama.


Sebab itu, bermula hari ini, saya ingin kembali memberi perhatian kepada skandal-skandal pertahanan negara iaitu LCS dan pembelian meriam Howitzer (SPH) yang telah saya dedahkan sebelum ini.


Sehingga kini, Latiff Ahmad cuba mengelak mengenai pembabitan beliau dalam syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS dengan hanya memberikan penafian-penafian mudah.


Satu-satunya penafian setakat ini adalah “Zainab bukan isteri saya”, sedangkan carian syarikat menunjukkan Latiff Ahmad adalah rakan kongsi Zainab dalam syarikat Alizes Marine Ltd yang dinamakan sebagai syarikat palsu yang mendapat kontrak pembekalan projek LCS.


Keterlibatan Latiff Ahmad dalam perolehan projek LCS lebih sukar untuk dinafikan kerana ada lagi beberapa syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik yang ada kaitan dengannya.


Jika siasatan dalaman setakat ini hanya menamakan satu syarikat yang ada kaitan dengan Latiff Ahmad, dia boleh membuat tuduhan bahawa siasatan terkeliru (seolah-olah ada individu lain yang bernama Latiff Ahmad). Apabila siasatan menamakan juga syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengannya, atau individu-individu yang dikenal pasti sebagai rakan perniagaannya, sudah tentu bukti-bukti ini mengukuhkan lagi penemuan siasatan dalaman bahawa Latiff Ahmad mendapat laba (secara salah) dari perolehan projek LCS.


Satu lagi dari syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Forensik Audit yang mempunyai kaitan dengan Latiff Ahmad ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura bernama JSD Corporation Pte Ltd.


Muka surat 75 Laporan Audit Forensik memperincikan bahawa syarikat ini mendapat bayaran sebanyak RM1.36 juta sebagai bayaran bagi khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tidak ada bukti khidmat itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.1 menyatakan bahawa pembayaran bagi “khidmat teknikal” seperti ini, termasuk kepada JSD Corporation Pte. Ltd. hanyalah bersandarkan satu invois kepada BNS (anak syarikat LTAT yang mendapat kontrak bagi projek-projek TLDM) sedangkan tiada bukti pun khidmat teknikal itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.5 (muka surat 78) mendedahkan bahawa JSD Corporation Pte Ltd dibayar bagi khidmat teknikal pembinaan kapal perang, sedangkan syarikat itu adalah syarikat yang menyewakan kapal terbang. Ini menguatkan lagi penemuan bahawa bayaran-bayaran khidmat teknikal seperti ini adalah bayaran palsu untuk menipu projek-projek pertahanan laut yang dikendalikan TLDM.


Di hari-hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan siapa di belakang JSD Corporation Pte Ltd, hubung kaitnya dengan tokoh-tokoh UMNO/BERSATU serta penglibatan mereka dalam pelbagai skandal selama ini. 


Saya menunggu maklum balas dari Latiff Ahmad untuk menafikan yang dia tiada kaitan dengan mana-mana individu di belakang JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan di dalam siasatan.


RAFIZI RAMLI



TUUU DIAAA AIHHHH- KITA ADA GULAI DALAM KAWAH...MAKAN BESAQ KITA....APA PUNYA BODO UMNO NI... BELAMBAK LAGI CALON DALAM UMNO HANGPA NAK JUGA PIMPINAN PAS....PAS DAH TAK MAU HANGPA KUTIP ?

 

4 pemimpin PAS didekati supaya bertanding atas tiket BN, kata sumber.



Keempat-empat pemimpin PAS itu dicadang bertanding atas tiket BN atas agi kekalkan semangat Muafakat Nasional

PETALING JAYA: Empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15, menurut sumber.

Mereka dicadang bertanding di empat kerusi Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa dan Tumpat di Kelantan, Shah Alam di Selangor, dan Indera Mahkota di Pahang.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, cadangan dibuat atas dasar mengekalkan ‘semangat Muafakat Nasional’.

“…kerusi itu juga dikira sebagai kerusi Muafakat Nasional,” katanya kepada FMT.

Perkembangan ini menyusuli khabar angin membabitkan beberapa pemimpin PAS yang dikatakan tidak akan bertanding pada PRU15.

FMT sedang mendapatkan komen empat pemimpin PAS itu.

KAU BERTANDING PUN KALAH..BERANI TANDING DI SHAH ALAM ? ..TAMBAH TAMBAH DI SHAH ALAM...KELANTAN TERENGGANU PUN BELUM TENTU...ORANG KALAU BUSUK PERUT MANA BOLEH MENANG

 

Ramuan orang lain, takkan saya nak masakkan, Zuhdi tolak tanding bawah BN.




Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marsuki dedah ada
 ditawarkan untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Shah Alam.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marsuki mendedahkan beliau ada ditawarkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan tawaran itu terpaksa ditolak kerana telah mengisytiharkan untuk “berehat” pada PRU kali ini.

“Tiada..tak betul, tak betul (bertanding bawah BN), tetapi ada orang calonkan saya (di Shah Alam) tetapi saya tolak kerana saya dah isytihar untuk tidak bertanding,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tidak timbul beliau bertukar “payung” kerana masih setia bersama parti dan terus istiqamah dengan perjuangan PAS, malah berikrar akan terus membantu memenangkan calon yang diangkat parti.

“Ramuan orang lain, takkan kita nak masakkan, kalau kita letak ramuan di situ nanti orang tak terima jadi kita bagilah orang lain masak,” katanya.

Terdahulu, tersebar senarai pemimpin PAS yang akan bertanding menggunakan tiket BN pada PRU15, menjelang beberapa jam sebelum pengumuman calon gabungan itu malam ini.

Zuhdi yang dikenali sebagai pemimpin pro Muafakat Nasional (MN) – gagasan penyatuan ummah antara PAS dan Umno – sebelum ini pernah mencadangkan agar 27 kerusi berisiko untuk jatuh ke tangan Pakatan Harapan dinamakan sebagai “kerusi MN”.

Katanya, ia bagi memastikan tiada pertembungan antara Umno dan PAS di kerusi berkenaan.

PU BAKAL SEDEKAH PADA HUSAM MUSA RM200K

 

Apa la salahnya PU sedekahkan je RM200,000 tu nanti ke Husam… Lawang di mahkamah macam dasuki petir tu….


Mahasiswa mengundi: Beri diskaun 50% harga tiket atau benarkan undi pos - Persatuan pelajar

 

Hak mengundi bagi mahasiswa perlu dijamin selepas Perlembagaan Persekutuan membenarkannya dan Undi 18 dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022.



Bagaimanapun, menurut Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan harga tiket yang mahal terutama bagi mahasiswa yang terpaksa pulang menaiki kapal terbang, maka hak mengundi tersebut seolah olah dinafikan.



Sehubungan itu, PKPIM melahirkan kegusaran ramai mahasiswa yang berkemungkinan tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab mengundi kali ini.



"PKPIM menyuarakan kegusaran dan kekecewaan terkait harga tiket kapal terbang melambung tinggi kebelakangan ini dan tidak munasabah antara perjalanan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.



"Langkah proaktif perlu digerakkan, termasuklah sumbangan dari sektor koporat supaya dapat membantu meringankan anak muda pulang mengundi



"PKPIM menggesa diskaun 50% tiket kapal terbang diberikan kepada para pengundi muda berusia bawah 30 tahun bagi melaksanakan tanggungjawab kenegaraan mereka memilih pemimpin bagi lima tahun akan datang," kata kenyataan PKPIM.



Menurut mereka lagi, sekiranya kerajaan tidak mampu memberi diskaun tiket sehingga 50% maka PKPIM mengesyorkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan sama ada mahasiswa berkenaan boleh mengundi secara pos.



"PKPIM mengesyorkan kepada SPR bagi menimbangkan cadangan pelaksanaan undi pos untuk kemudahan mahasiswa.



"Mekanisma ini diharapkan dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi terutamanya bagi mahasiswa yang tidak punyai kemampuan balik mengundi," kata mereka.



Mengikut rekod di Sarawak sahaja seramai 129, 034 pengundi (18-20 tahun) dan 416, 645 pengundi (21-19 tahun). Manakala di Sabah mempunyai seramai 127, 582 penundi 18-20 tahun dan 405, 760 (21-29 tahun) di dalam daftar mengundi.



Oleh itu, kata mereka langkah proaktif perlu digerakkan termasuklah sumbangan dari sektor gergasi koporat bagi membantu meringankan anak muda mengundi.



Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Muhamad Nazmi Ab Rahim, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Izuddin Hasanuddin, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Sabah (PKPIM Sabah) dan Muhammad Luqmanul Hakim Mohamad Suffian, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).

FATWA KA AMANAT ????BEZA ANTARA DUA SOSOK .ADA KUASA KAU DIAM..MAKAN GAJI BUTA PUN BILA ORANG TUDUH KAU DIAM





Siapa PAS di sisi Allah? Mulia sangat sampai kalau khianat PAS akan dilaknat oleh Allah? Hadi ni siapa sebenarnya? Nabi ke dia?

Kalau khianat parti dilaknat oleh Allah, bagaimana pula dengan khianat terhadap rakyat? Merancang untuk jatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat? Tak dilaknat oleh Allah pula?

Bila bapak pengkhianat bercerita tentang akibat pengkhianatan. Munafik level berapa aku pun tak tahu. Menjengkelkan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

 

WOIIII- PEJA....CAKAP FIKIR DULU LAIN KALI

 


KHAIRUL AZWAN

Kalau betul la siapa Menteri ekonomi masa Tu? Anwar ke? Kenapa Menteri ekonomi masa Tu senyap je ya?

Huhuhuhu.....

 

DIBERI PELUANG, NAMUN MEREKA GAGAL....UNDILAH PH.

 

JAJARAN

Prinsip saya konsisten. Saya undi untuk negara bukan untuk parti. Saya undi bersama ramai pengundi atas pagar lain pada PRU14, kerana nak jatuhkan Kleptokrat. Bagi UMNO rehat sebentar cuci parti mereka. Belajar jadi pembangkang juga. Tapi ini tak berlaku.

Tak sampai 2 tahun, mereka naik jadi Kerajaan. Adakah tambah baik? 17 and 15 bulan tu bukan saja ekonomi makin teruk tapi isu kaum dan agama yang diratib dulu pun tak settle. Nampak sangat sandiwara mereka nak kuasa.

Kesimpulannya, UMNO tak cukup masa direhatkan. Ada kemungkinan lepas PRU15 nanti Klepto akan buat come back. Jadi elok, satu penggal lagi mereka perlu direhatkan. ABU lagi ini penggal.

Sekarang tengah kecoh, mengenai jajaran baru PH dan BN. Ada orang mintak saya komen.

Pandangan saya, it would be NAIVE for PH to believe that BN akan buat jajaran baru dengan mereka. Tengok apa yang terjadi masa TS Muhy jatuh. Mereka offer nak gabung, tapi kena backlash dari akar umbi. No way Zahid berani.

Pada saya, ia hanya diversion UMNO. Mereka tahu kalau one-to-one Pembangkang boleh dapat 2/3 majoriti. Kalau ada 2 cornered, mereka akan bungkus tepi. UMNO being UMNO takkan boleh terima.

Pada saya, kalau betul la UMNO reach out to PH untuk buat pact, hanya red herring untuk pecah undi. Tujuan nya untuk mereka boleh tubuh Kerajaan Simple Majority dengan GPS dan GRS. BN hanya perlu 70 seat saja. Borneo akan bantu mereka.

Jadi apa guna PH di situ? Pada saya lagi afdal, kalau tak cukup mereka mintak PAS bergabung. Tu lagi tak berisiko.

So kalau orang PH nak percaya la BN ni baik belaka, think twice. Macam mana Kluster Mahkamah jatuhkan 3 PM sekali. Mereka lah pengkhianat mandat rakyat. Dah kalah boleh jadi Kerajaan pula.

Semalam, RPK keluarkan tuduhan, ada pakatan PH-BN ini dan tuduh Zahid terima duit LCS RM66 juta. Tapi kita tak tahu betul ke tak. Pakcik ni memang terkenal sebagai Raja Fitnah.

Makanya, untuk selesaikan semua itu, saya cadangkan DS Anwar Ibrahim dan LGE keluarkan kenyataan. Tiada pakatan dengan Zahid selepas PRU.

Rafizi dulu champion kita untuk kes LCS. Makanya, kita tengok juga kalau Rafizi akan siasat dan hentam dakwaan rasuah Zahid tu.

Kalau mereka senyap saja, kita tahu la ada benda tak kena.

Saya tengok banyak juga penyokong PKR tak kisah gabung dengan BN Kluster Mahkamah ni. Dulu seingat saya, mereka kata kes LIWAT2 kes fitnah politik. Tapi yang PM masa tu ialah DS Najib. Adakah sekarang DS Najib dah suci belaka, kerana ada pact ini? Sanggup mereka bersekongkol pula?

Kita boleh sokong Anwar Ibrahim untuk tumbangkan musuh nombor satu negara. Kluster Mahkamah. Namun perkara ini perlu penjelasan segara.

Denounce it. Supaya pengundi tak tertipu lagi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

Saya individu pertama tentang pakatan Anwar-Zahid, kata Rafizi


Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi individu pertama menentang jika wujud pakatan atau rundingan antara Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, timbalan presiden PKR itu menegaskan beliau adalah individu yang akan terus menyerang Zahid dan Umno dalam kempen sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Nombor satu yang saya serang adalah Zahid dan Umno. Malam tadi pun saya seronok dapat perlekeh (serang) Zahid.

“Saya hendak beri jaminan kepada penyokong dan pengundi PH, kalau itu (pakatan Anwar-Zahid) terjadi saya akan menjadi orang pertama tentang kalau betul ada rundingan kerjasama dengan Umno,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar dan Zahid dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15.

Mengulas lanjut, calon PKR Parlimen Pandan itu tidak menolak gabungan PH mampu menawan 90 hingga 100 kerusi pada PRU15 berdasarkan momentum ketika ini dan mempunyai hak untuk membentuk kerajaan dengan parti dari Sabah dan Sarawak.

“Jika ikut momentum sekarang, PH akan menjadi blok terbesar dalam kerajaan…mungkin kuasai 90 hingga 100 kerusi.

“Saya tak minat GTA kah, BN kah, PN kah, pilihan nanti adalah dari Sabah dan Sarawak sama ada GRS atau GPS untuk pertimbang apa yang terbaik bagi membentuk kerajaan,” katanya.

AKHIR DIA YANG KENA




 Otai politik kata, politician dinosaur ni selalunya delusional. Dia rasa dia hebat belaka. Takde tandingannya. 


2 hari lepas, Shahidan Kassim belasah bakal calon PKR di Arau, “She’s nothing”, katanya. 


Rilex je, saudari Fathin ni jawab, dia respect Shahidan dan ini asam garam politik kena tahan. 


Tup Tup, semalam, Shahidan Kassim pula jadi “he’s nothing”. Habis pencalonan dia. Presiden sudah cantas. 


Mental note pada setiap calon, hati2 jangan mulut puaka. The karma atau Kifarah Allah is real. 


~LM~

STABIL

 STABIL?


Latest gossip politik, Presiden UMNO cantas 10 heavyweights geng Ismail Sabri. 


Little bird bagtau saya, satu kerusi akan beri laluan untuk Ketua Puteri mereka. Sama ada Ketereh atau Padang Besar. 


Pada saya, ini tindakan smart Zahid. Dia cantas pesaing terdekat. Pada saya, dia nak cantas warlords tak berguna macam Shahidan Kassim, Bung Mokhtar, Azeez Rahman, Noh Omar. Saya sokong. Takde value add pada parti dan negara. Boleh ganti orang baru pula. 


Zahid ni crude politician juga. 


Cuma, satu la yang peningnya. Bagi parti yang nak cepat sangat PRU, tapi sampai la ni tak settle line up calon. Parti lain siap dah announce. 


Obvious sangat, dalam UMNO sekarang bergaduh Kluster Mahkamah vs Kluster Menteri. 


Bagi parti yang motonya nak kan stabiliti negara, tapi dalam parti sendiri pun, lagi 4 hari nak namakan calon masih bergaduh, ater, STABILTI celah mana? 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


PH tawarkan kenaikan gaji dengan campurtangan kerajaan jika menang PRU 15


Kenaikan gaji menjadi isu yang utama dalam kalangan pekerja di negara ini.



Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kenaikan gaji yang seolah olah 'tepu' sejak dua dekad lalu di Malaysia menyebabkan sektor pekerjaan profesional tidak menarik bagi generasi muda, menyebabkan mereka beralih ke pekerjaan gig yang tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi.



"Kita berdepan dengan generasi datang yang semakin tidak yakin dengan pendidikan.



"Sebab itu krisis gaji rendah ini memerlukan penyelesaian di luar kotak. Negara tidak lagi boleh membiarkan majikan dan pekerja semata-mata merundingkan dan menetapkan gaji mengikut kehendak pasaran, kerana sampai bila-bila ia tidak akan naik dengan kadar yang cepat," katanya dalam satu kenyataan.



Mantan Ahli Parlimen Pandan itu menyarankan agar kerajaan mengambil tanggungjawab menyediakan sistem gaji dan pekerjaan yang lebih bersesuaian. Di mana, katanya, kadar skil pekerja akan ditambah dan secara relatifnya gaji juga akan meningkat.



"Soal gaji berkait rapat dengan struktur ekonomi negara, iaitu tahap nilai tambah yang dihasilkan ekonomi.



"Lebih tinggi nilai tambah, kepakaran yang diperlukan juga lebih tinggi, maka pekerja juga mendapat gaji yang lebih tinggi bersesuaian dengan kepakaran.



"Tanggungjawab menganjakkan struktur ekonomi negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kita bayar menteri-menteri untuk melaksanakan ini tetapi mereka telah gagal," katanya.



Oleh itu kerajaan Pakatan Harapan kelak, kata Rafizi, akan membawa anjakan paradigma dalam dasar gaji dengan campurtangan kerajaan yang agresif bagi menaiktaraf ekonomi Malaysia ke arah berpendapatan tinggi.



"Kerajaan akan menetapkan sasaran gaji purata yang perlu dijadikan dasar utama ekonomi negara



"Kerajaan dalam hal ini perlu menyuntik dana untuk memastikan pertumbuhan gaji tahunan mengikut sasaran 10 tahun yang ditetapkan," katanya.



Kerajaan juga, kata Rafizi akan memberi insentif kewangan dan percukaian kepada majikan distrukturkan supaya berkait dengan sasaran gaji purata nasional



"Kenaikan gaji tahunan juga akan berpandu kepada nilai tambah ekonomi untuk mengukuhkan pendapatan majikan, kemudiannya diagihkan kepada pekerja secara lebih adil



"Saya mungkin golongan ahli politik yang minoriti yang bercakap mengenai hal gaji, tapi saya tahu majoriti rakyat di luar sana setuju dengan saya," katanya.



Justeru Rafizi menasihatkan rakyat agar memilih parti yang mengutamakan penstrukturan skim gaji dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini.

 


Annuar sahkan tak dijemput ke majlis pengumuman calon BN malam ini







Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung malam ini di WTC, Kuala Lumpur.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu berkata tiada surat dihantar kepadanya untuk hadir majlis malam ini dan akan meneruskan program di kawasan Parlimennya seperti biasa, ia walaupun spekulasi kuat mengatakan Annuar antara yang disisihkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini tidak ada jemputan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Annuar mengesahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad ada memaklumkannya berhubung surat jemputan yang diterima berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Berhubung spekulasi namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Annuar berkata sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat parti dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dulu baru kita fikir… kalau fikir rancang awal-awal itu orang kata nak nak mendahului qada dan qadar itu tak payahlah.

“Cuma pesan saya begini jangan-jangan panik-panik jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanyalah dalam hidup,” katanya lagi.

Namun, Annuar tidak menyifatkan sekiranya tidak tercalon pada PRU-15 kali ini, ia bukan pengakhiran kepadanya selepas ini.

“Kalau parti tidak pilih kita, itu bukanlah segala bukan the end of the thing (bukan pengakhiran).

“Tapi itu juga tidak menyekat kita kalau kita nak juga bertanding. Kita boleh juga bertanding, kita beli borang, bayar deposit, semua orang pun boleh bertanding. Orang tak ada parti pun boleh bertanding,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau semalam mendakwa, bakal calon Barisan Nasional sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu sekali gus menimbulkan pelbagai khabar angin.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut membayangkan beliau tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.

“Nampaknya, walau perlembagaan (UMNO) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

“Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan). Proses sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan itu.

TOLONG BAYARKAN...



 


MMMS

Tengok beza kenyataan dalam mahkamah dan luar mahkamah, fuh angkuh betul jawapan ketua pemuda BN. Harap nanti sukuk 1MDB yang matang USD 3 billion Mac 2023, ahli UMNO pakat tolong bayarkan lah.



Mata Najwa - BJ Habibie di Mata Datuk Anwar Ibrahim


Bukan DS Anwar yang perlukan jawatan PM tu tapi kita rakyat Malaysia yang perlukan DS Anwar untuk jawatan PM. Dunia mengiktiraf ketokohan beliau.

Martabat negara yang teruk tercalar kesan rasuah dan kerajaan lembab boleh pulih jika DS Anwar memimpin negara. Jangan lepaskan peluang untuk selamatkan negara ini.

Undilah PH untuk angkat DS Anwar sebagai PM. Bersama kita boleh jana perubahan. Ayuh Malaysia. Guane boh?

Raja Gelap

 


KESIAN NOH OMAR- AKHIRNYA KERJAYA BELIAU TURUT KELAUT





NORMAN RADZUAN


Ismail sudah kena ‘game’ dgn Zahid Hamidi?

SIAPA PERCAYA MAIL JADI PM DIA BODOH

Walaupun berita ini belum 100% betul… seperti dijangkakan dlm artikel2 saya terdahulu… siapa percaya Zahid dia bodoh.

Zahid pernah scam Mahathir, pernah scam Muhyiddin, pernah scam Anwar dan terbaru dia scam Ismail. Kononnya dia akn lantik semula Mail jadi PM… ia sgt lucu sdgkan Mail adalah PM kenapa perlu paksa utk dibubarkan Parlimen sekadar utk melantik PM yg sama.

Zahid sgt licik permainannya. Silap2 jika dia jadi PM… Najib pun boleh kena scam. Jika PM dan beberapa pimpinannya pun kena scam tak fahamlah masih ada rakyat yg percaya parti tersebut.

Jelas jika benar 10 senarai ini digugurkan bermakna Zahid menggugurkan pemimpin UMNO yg pro Mail.

Di Perlis buat pertama kalinya bilik gerakan BN ditutup.

Pernah dgr lagu ini tak masa kecil2 dulu

Sepuluh budak hitam

Main di tepi jalan

Satu lari pulang

Yang tinggal sembilan…

Jadi kpd rakyat di luar sana… jika anda pangkah BN bermakna anda melantik Zahid menjadi PM.

Persoalannya sekarang bolehkah Zahid bertanding? Sedangkan Rafizi dan Tian Chua ketika kes mahkamah mereka berjalan tidak dibenarkan bertanding. Jika boleh faham2 la kenapa ia perbolehkan.