PKR MEMULAKAN LANGKAH TERBAIK PERKENALKAN CALON DAN LATARBELAKANG

 

CALON PRU15 PARTI PKR

1. Semalam saya tonton secara live, pengumuman calon PRU15 bagi parti PKR. Massive turnout dalam gambar. Impressive. Parti perlu harapkan turnout yang ramai tu ialah di kalangan pengundi atas pagar yang dah mula condong ke PH. Bukan hanya penyokong parti.

2. Satu perkara utama yang saya boleh komen. RAFIZI is the Renaissance Man in PKR. He revives PKR dari parti yang lesu, kalah berturut2 dalam PRN dengan telur ayam, kepada parti yang punya prospek besar masa PRU. Kita sangka akan ada Renasissance Man dalam Parti Keramat Melayu, tapi PKR yang buat dulu.

3. Bukan saja ada orang segar dan baru, PKR juga tampilkan pembaharuan lain dari yang lain. Calon mereka kena isytihar harta dan buat akujanji potong gaji/ elaun nanti kalau menang. Serahkan amaun tu pada rakyat. Selain itu, biodata dan CV calon juga akan dimuatnaikkan dalam website. Untuk orang rujuk dan nilai calon SAFT. Ini pada saya, inovatif sekali. Menggalakkan pengundi bijak memilih.

4. Line up mereka rata2 mengekalkan incumbent atau MP sedia ada di tempat safe seat, kecuali Tuan Presiden. Dia akan bertanding di kerusi berisiko. The greater the risk, the greater the reward. Mungkin itu strategi PKR kali ini untuk Presiden mereka. Mereka kena harap Langkah Tambun ini tidak ada orang kona baring. Mungkin next PM kita dari sana.

5. Heavyweights PKR dan calon popular diletakkan di Perak. Seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan Ustaz Nik Omar. Melawan warlords dari UMNO. Presiden juga bertanding di Ipoh. Pada saya, menunjukkan kesungguhan PH nak tawan Perak kembali. Fokus utama PKR di sana nanti.

6. Ramai line up di kalangan anak muda berpendidikan dan wanita. Mereka angkat Pensyarah OKU juga. Melawan di Putrajaya. Diversiti dan Inklusiviti. Ini ramai akan suka. Parti yang buat langkah begini akan sentiasa stay relevant. Kalau yang dok isi warlords tu, parti yang makin menua dan boleh lah ditolak tepi.

7. Apa yang saya dapat rumuskan, PKR buat langkah tepat umumkan calon sebelum Parti lain. Dengan pelbagai inovasi baru. Ini antidot atau pengubat politik lesu. Sama ada ia dapat diterjemahkan di kotak undi, kita lihat masa PRU.

8. Apapun, bravo PKR! Nice move. Saya tak sabar nak tengok line up parti lain pula. Mari kita angkat MP berkualiti. Bukan lagi pangkah ikut parti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

SENARAI PENUH CALON2 PKR DI SEMENANJUNG


Berikut adalah senarai calon-calon PKR untuk kerusi Parlimen di Semenanjung sebagaimana diumumkan malam tadi.

1. Johor P140 Segamat – Yuneswaran Ramaraj

2. Johor P141 Sekijang – Dr Zaliha Mustapha

3. Johor P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman

4. Johor P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh

5. Johor P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar

6. Johor P151 Simpang Renggam – Maszlee Malek

7. Johor P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain

8. Johor P158 Tebrau – Jimmy Puah

9. Johor P159 Pasir Gudang – Hassan Karim

10. Johor P160 Johor Bahru – Akmal Nasrullah Mohd Nasir

11. Johor P164 Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim

12. Melaka P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai

13. Melaka P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd Halim

14. Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Ustaz Noor Azman

15. Negeri Sembilan P131 Rembau – Jufitri Joha

16. Negeri Sembilan P132 Port Dickson – Aminuddin Harun

17. Selangor P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop

18. Selangor P094 Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan

19. Selangor P097 Selayang – William Leong

20. Selangor P098 Gombak – Amirudin Shari

21. Selangor P099 Ampang – Rodziah Ismail

22. Selangor P100 Pandan – Rafizi Ramli

23. Selangor P104 Subang – Wong Chen

24. Selangor P105 Petaling Jaya – Lee Chean Chung

25. Selangor P107 Sungai Buloh – Ramanan Ramakrishnan

26. Selangor P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul Hamid

27. Selangor P112 Kuala Langat – G Manivannan

28. Wilayah Persekutuan P115 Batu – P Prabakaran

29. Wilayah Persekutuan P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan

30. Wilayah Persekutuan P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad

31. Wilayah Persekutuan P121 Lembah Pantai – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

32. Wilayah Persekutuan P124 Bandar Tun Razak – Dr Wan Azizah Wan Ismail

33. Wilayah Persekutuan P125 Putrajaya – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz

34. Perak P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd Rosli

35. Perak P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail

36. Perak P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim

37. Perak P063 Tambun – Anwar Ibrahim

38. Perak P071 Gopeng – Tan Kar Hing

39. Perak P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz

40. Perak P075 Bagan Datuk – Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin

41. Perak P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang

42. Pulau Pinang P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar

43. Pulau Pinang P047 Nibong Tebal – Fadhlina Sidek

44. Pulau Pinang P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin

45. Pulau Pinang P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik

46. Kedah P005 Jerlun – Mohamed Fadzil  Mohd Ali

47. Kedah P006 Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin

48. Kedah P009 Alor Setar – Simon Ooi

49. Kedah P010 Kuala Kedah – Azman Ismail

50. Kedah P011 Pendang – Zulkifly  Mohamad

51. Kedah P014 Merbok – Nor Azrina Surip

52. Kedah P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari

53. Kedah P017 Padang Serai – M Karupaiya

54. Kedah P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail

55. Perlis P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie

56. Perlis P002 Kangar – Noor Amin Ahmad

57. Kelantan P022 Pasir Mas – Husam Musa

58. Kelantan P025 Bachok – Nor Azmiza  Mamat

59. Kelantan P026 Ketereh – Rahimi L Muhamud

60. Kelantan P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor

61. Kelantan P029 Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir

62. Kelantan P032 Gua Musang – Asharun Uji

63. Terengganu P034 Setiu – Mohamad Ngah

64. Terengganu P038 Hulu Terengganu – Alias Ismail

65. Terengganu P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad

66. Terengganu P040 Kemaman – Hasuni Sudin

67. Pahang P081 Jerantut – Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

68. Pahang P082 Indera Mahkota – Zuraidi Ismail

69. Pahang P083 Kuantan – Fuziah Salleh

70. Pahang P085 Pekan – Mohd Naim Zainal Abidin

71. Pahang P090 Bera – Abas Awang

72. Pahang P091 Rompin – Erman Shah Jaios

Bagi calon PKR di Sabah dan Sarawak, ia dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari lagi dalam suatu majlis lain yang bakal diadakan di Kota Kinabalu dan Miri. – ShahbudinHusin 29/10/2022.




ORANG JAHAT BIASA BUSUK PERUT HATI- SEBAB TU TUHAN BAGI SAKIT

 

Nampak tak, betapa busuknya hati lebai PAS terhadap DSAI..dalam dia dok kuktuk UMNO perasauh penyamun durian mentah pun dia sanggup tebal muka ajak UMNO tewaskan DSAI.

W.Faudzin.





JENIS MUKA TAK TAU MALU NI DIA SUKA SONDOL...MENATANG SONDOL NI JENIS MACAM BABI...CONTOHNYA...KALAU BINA AYAT DALAM BAHASA  BUNYINYA BEGINI.


"PERANGAI DIA MACAM BABI YANG SUKA MENYONDOL UNTUK MENCARI MAKANAN. "

DEMIKIANLAH GURU TOK SELALU PESAN DALAM SETIAP KULIAHNYA.




Rangkuman Jelajah Di Tambun [27.10.2022]


Video rangkuman jelajah saya di Tambun beberapa hari yang lalu. Hasrat dan cita murni warga Tambun mesti kita paculkan dalam bentuk Malaysia yang lebih baik!

LAIN JADI TALI BARUT, LAIN YANG DICACI





"Orang kena faham, orang tak tahu. Yang orang tahu ICERD ini agenda antarabangsa tolak Melayu, tolak Islam, liberal LGBT. Itu sahaja dia faham. "Yang buat ini siapa? Saifuddin Abdullah sekutu PAS dan BERSATU. Mengapa tak salahkan dia? Pergi pula kempen untuk dia. Tak bohong ke macam ini? Memperbodohkan rakyat," tegas Anwar.



BYE-BYE ZURAIDA- Beralih ke Tambun kerana mahu tawan kawasan baharu, kata Anwar





Anwar Ibrahim berkata, Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson yang dimenanginya dahulu sudah kukuh untuk meneruskan rentak kemenangan.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen baharu berikutan keyakinan dua kerusi yang pernah disandangnya dapat meneruskan rentak kemenangan.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson itu berkata, pemindahannya ke Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diputuskan selepas kajian dilakukan di kawasan tersebut.

“Saya telah meninggalkan suatu gelanggang yang sudah kukuh. (Parlimen) Permatang Pauh bagi saya sudah kukuh dan (Parlimen) Port Dickson dalam beberapa tahun ini, saya telah berikan perhatian sangat banyak.

“(Jadi) saya hendak kukuhkan dan harus tawan kawasan baharu untuk memenangi dan menawan negara,” katanya dalam rakaman audio dikongsikan kepada media menerusi kumpulan WhatsApp.

Anwar yang juga calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) dijangka bertembung penyandang kerusi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.

PKR meletakkan 72 calon untuk bertanding di kerusi Parlimen seluruh negara pada PRU15.

Malah, dalam majlis pengumuman calon PKR semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar sedang mendahului di Parlimen Tambun, berdasarkan tinjauan dan semakan terperinci yang dilaksanakan parti itu.







BAPA PENGKHIANAT- INGAT PARTI KALAU BANYAK MAKAN BUDI HILANG INTERGRITI

Dia tambah lagi. Hari tu kata nak tanding 100 kerusi ni dah jadi 120. Tunggu dua tiga hari lagi akan naik jadi 222 la kot pulak agaknya.

Tapi tak ada hal. Dia nak tanding 500 kerusi pun tak apa. Negara demokrasi kan. Tanding boleh banyak tapi menang memang tak la.

Cuma satu je yang aku terfikir. Besar belanja nak tanding kerusi sebanyak tu. Parti dia baru setahun jagung. Ahli pun berapa kerat.

Banyak duit Mahathir kan? Atau duit sponsor ke? Aku tanya je. Bukan apa. Kalau duit Mahathir, mana dapat? Kalau duit sponsor, siapa bagi? Parti kalau banyak makan budi ni, kalau memerintah memang tergadai integriti.

Anyway,, yang perlu bekerjasama untuk kalahkan UMNO cuma GTA dan PN je. Sebab tak ada jentera dan akar umbi. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

 

GAMBARAN DIAMPANG DAN NASIB SI PENGKHIANAT DENGAN PARTI BARUNYA






 

W.FAUDZIN

Malam tadi aku kat Ampang. Hujan awal tapi kehadiran membanggakan. Di Pahang, tak salah aku ada dua tokoh baru masuk iaitu di Parlimen Pekan dan Jerantut. InsyaAllah, aku bersedia bantu mana2 tempat yg memerlukan. Kali ini kita benam Umno/Bn dan Pn dlm banjir di pantai timur.

TEAM KARTEL YANG KECEWA

 

Kecewa? Taklah. Yang kecewanya pertama, musuh sebab nampak keseriusan Keadilan pelbagaikan calon. Satu lagi yang kecewa adalah team kartel. Sebab nampak macam lobang suda picia. Team kartel dah dipinggirkan... Guane boh?

Raja Gelap




 

Di Sabah dan Sarawak akan diumumkan kemudian.




KEADILAN mengumumkan calon calon yang akan bertanding di kerusi parlimen seluruh Semenanjung pada malam tadi.



Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli, semua calon tersebut telah dipilih dengan teliti dan memenuhi kriteria yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan pengundi.



Bagi kerusi Petaling Jaya, katanya, pemilihan Lee Chean Chung mungkin agak mengejutkan tetapi Rafizi menegaskan penyandang DUN Semambu itu amat layak untuk kerusi berkenaan.



"Petaling Jaya ni dia agak unik sebab pertama kita perlukan calon Cina yang berpendidikan tinggi kerana di sini golongan kelas atasan jadi kamu perlu berada pada tahap itu.



"Tetapi dalam masa sama mereka juga mahu seseorang yang amat aktif serta calon yang bertenaga untuk pergi ke seluruh kawasan. Ketiga, golongan intelek ini seronok dengan (mengambil peranan dalam) masyarakat sivil dan dalam kalangan kita, Chean Chung merupakan wakil dari Semambu, Kuantan untuk selama 2 penggal, dia bina pengaruh dari bawah.



"Tetapi yang penting sekali kita melihat masa hadapan pemimpin yang telah kita lahirkan. Jadi dia layak untuk kriteria yang sukar yang kita perlukan untuk Petaling Jaya," katanya kepada wartawan usai majlis pengumuman calon di Padang MPAJ, di Taman Kosas, Ampang, semalam.



Manakala 3 kerusi yang tidak diumumkan, kata Rafizi, masih dirundingi sama ada bersama MUDA atau PSM.



"Kerusi Sungai Siput, Tapah (Perak) dan Sembrong (Johor) masih dirundingkan dan diberikan kepada KEADILAN. Tetapi dituntut juga sama ada oleh MUDA atau PSM, dan kita masih berunding. Ia akan diputuskan dalam sehari dua. Kita tak boleh umumkan dahulu," katanya.



Untuk kerusi di Sabah dan Sarawak pula pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi.



"Sabah akan diumumkan pada 31 Oktober dan Sarawak pada 1 November. Datuk Seri Anwar akan pergi ke sana," katanya.



Mengulas mengenai tokoh veteran yang telah bergiat sejak era Reformasi tetapi digugurkan kali ini seperti Sivarasa Rasiah, Rafizi berkata proses pemilihan dalam jawatankuasa telah dilakukan sebaik mungkin dan keputusannya meletakkan calon baharu.



"Pemilihan dibuat di peringat jawatankuasa dan kita senarai pendek 3 nama, dan keputusan akhir dengan Datuk Seri Anwar. Kita lalui semua proses dan ini adalah keputusan parti," katanya lagi.

 

'Kalau menang tak ambil gaji PM, gaji Menteri turun banyak' - Anwar



Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan polisi berjimat cermat yang ekstrem sekiranya terpilih sebagai kerajaan selepas 19 November ini.



Hal itu diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di majlis pengumuman calon di Taman Kosas, Ampang, malam tadi.



Katanya, sekiranya beliau diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ke 10 maka beliau tidak akan mengambil gaji sebagai PM.



"Saya umumkan, InshaAllah (jika) saya jadi PM saya mula dengan tak usah ambil gaji PM. Elaun parlimen cukup, tak payah ambil gaji PM.



"Menteri jumlahnya akan jauh lebih kecil dan jumlahnya turun banyak.



"Memang betul itu (penjimatan) tidak besar tetapi pemimpin kena jadi contoh. Kalau pemimpin (seperti amalan waktu ini), bila saya jadi Menteri, menantu punya syarikat naik. Jadi kita kena beri contoh itu, ada kemungkinan kita buat perubahan.



"Bukan baju batik atau baju Melayu atau songkok tinggi, serban (yang tentukan kewibawaan), tetapi elaun besar sapu juga. Menteri paling banyak di dunia. Duta khas lagi, penasihat ekonomi lagi.



"Kot nak rasa malu, aku ni bercakap soal berjuang, Allahuakbar, Ketuanan Melayu. Kot la nak rasa malu aku ambil gaji buta. Jawabnya tak ada.



"Jadi jawabnya buang saja," katanya.



Bagi yang dipilih sebagai calon, Anwar berkata, tanggungjawab yang digalas mereka berat dan perlu bekerja kuat untuk menang dan membela rakyat keluar daripada penindasan kezaliman BN - PN.



"Ada yang anggap bila jadi calon semua disediakan, wang ringgit disediakan, ini bukan Umno atau Bersatu. Jadi parti rakyat dari jalanan. Yang tak dapat apa apa.



"Tetapi semangat dan daya juang kita boleh merobah peta politik negara ini.



"Tanggungjawab ini bukan keistimewaan. Tabik hormat kepada pimpinan Cabang dan Ranting yang telah bekerja selama puluhan tahun. Kalau mereka tersinggung mohon maaf kepada mereka. Tarik perhatian mereka. Guna jentera yang ada, kalau tambah boleh tetapi jangan guna jentera luar, nanti tersinggung mereka," katanya.



Anwar juga mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) yang bertungkus lumus dalam proses pemilihan calon.



Beliau berharap usaha keras JPRP akan membuahkan hasil dengan kemenangan gilang gemilang KEADILAN pada 19 November ini.



"Saya ucap terima kasih kepada pasukan JPRP. Kita lalui banyak pilihan raya, saya nak bagi tahu, persiapan JPRP untuk pilihan raya 2022 adalah terbaik dalam sejarah KEADILAN.



"Sekarang ini nak terjemah kemenangan. Semua trend ke arah itu. Kita boleh. Saya yakin kalau rakyat sedar dan punyai tekad, inshaAllah pada 20 November kita tubuh kerajaan yang menempah satu sejarah baru di Malaysia," katanya lagi.

 



 

TPM 2 MEMPERCEPAT PEMBANGUNAN MALAYSIA TIMUR