Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PRU15: AMANAH Perak tampil 60 peratus muka baharu sebagai calon
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengumumkan 15 calon muka baharu di semua 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata seramai 12 calon baharu diletakkan di DUN manakala tiga calon baharu ditempatkan di Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit.
Menurutnya, semua muka baharu tersebut bertanding di kawasan yang sebelum ini ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.
Beberapa nama besar juga kekal bertanding mempertahankan kerusi masing-masing seperti Datuk Seri Mujahid Yusof di Parlimen Parit Buntar, dan Dr Mohd Hatta Ramli di Parlimen Lumut.
Bagi peringkat DUN, Datuk Asmuni Awi dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing akan mempertahankan DUN Manjoi dan DUN Sungai Rapat.
Penyandang DUN Behrang, Aminuddin Zulkipli pula sah digugurkan sebagai calon dan digantikan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim yang juga merupakan calon termuda berusia 30 tahun.“Jumlah tambahan kerusi, dulu pada PRU14 kami bertanding di 12 DUN, kali ini tambah lapan kerusi.
“Di Parlimen, kita juga ambil kerusi-kerusi dari zaman ketika PH dulu. Semua kerusi itu, kita ambil balik,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Perak di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, Amanah Perak mendapat tambahan lapan kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen berbanding PRU14.
Katanya lagi, parti itu juga menampilkan sembilan calon muda berusia bawah 40 tahun dalam pilihan raya kali ini.
“Kerusi-kerusi yang kami senaraikan berdasarkan pembahagian kerusi pada PRU14 yang lalu dan mengguna pakai formula kerusi-kerusi tradisi yang PAS bertanding sebelum-sebelum ini dan kami yakin dapat mencapai kemenangan nanti.
“Kami juga mengalu-alukan tokoh-tokoh besar daripada kompenan Pakatan Harapan yang sebelum ini telah mengumumkan beberapa tokoh besar yang akan bertanding di Perak amatlah dialu-alukan dan yakin impak besar akan memberikan kemenangan kepada kita,” ujarnya.
DIA DALAM TEKANAN SEBAB NAK KENA LAWAN ANAK MURID DIA DI GOMBAK-SELAIN AZWAN ALI YANG DIKATAKAN AKAN BERTANDING- PATUT BAWA JUGA UMMI HAFILDA TUKANG CANANG KE GOMBAK...
Azmin tandus modal, semua benda dia anggap serius, kata Amirudin
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengakui ada menghubungi Mohamed Azmin Ali untuk urusan pentadbiran dengan pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor (MTNg) itu serta berkait Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Amirudin turut mengakui perbualannya dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga bekas timbalan presiden PKR itu turut mengandungi perkara yang disifatkannya sekadar untuk berbasa-basi.
“Sebahagian urusan, kadang-kadang memerlukan saya berhubung dengan dia, seperti hal-hal pentadbiran sebab dia Pengerusi MTNg. Kadang-kadang nak buat mesyuarat, masa tidak sesuai, jadi saya hubungi dalam bentuk WhatsApp dan ‘call’ kalau perlu.
“Kita berurusan secara profesional dan sebelum itu ada berbasa-basi, tetapi dianggap serius, ia menunjukkan dia sudah ketandusan modal. Kalau dia nak anggap semua benda jadi serius, tak apalah, saya tahu dia agak ‘boring’ (bosanlah) tu,” katanya menurut Berita Harian.
Amirudin berkata demikian mengulas pendedahan Azmin bahawa beliau ada dihubungi menteri besar Selangor itu yang memaklumkan disuruh bertanding di kerusi Parlimen Gombak.
Baru-baru ini, tular rakaman ceramah Azmin yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak, mendakwa Amirudin menghubunginya dan memaklumkan disuruh bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Azmin juga mendakwa Amirudin menyatakan kebimbangan mengenai masa depan politiknya di Gombak susulan keputusan PKR mencalonkannya di kerusi Parlimen berkenaan.
Dalam isu berkaitan, Amirudin yang juga pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor merangkap ketua bahagian PKR Gombak, menegaskan parti itu akan menampilkan calon yang bukan saja mempunyai elemen tempatan, tetapi mampu memenangkan parti pada PRU15.
“Negeri ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja memberi khidmat bakti. Kita (Selangor) bukan seperti negeri yang mempunyai semangat kenegerian yang begitu tebal dan nilai ‘international’.
“Itulah yang menjadikan Selangor sebuah negeri maju sekarang,” katanya ketika ditanya adakah calon PKR Selangor untuk PRU15 pada 19 Nov terdiri anak tempatan.
TOKOH KORPORAT, TAK PATUT BERSAMA PEMIMPIN UMNO
Tokoh korporat, tak patut bersama pemimpin Umno
on:
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang menjadi poster boy Umno BN di Selangor dipersoalkan kebijaksanaannya apabila menganggotai Umno dan memejamkan mata melihat pelbagai skandal bejat pemimpin politik parti itu.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, tidak sesuai Tengku Zafrul seorang tokoh korporat mempunyai peranan seolah olah mencuci hutang piutang yang ditinggalkan BN
“Kita kena tanya seorang terpelajar, tokoh korporat sanggup berdiri di atas platform BN di mana dia terpaksa mencari (menyediakan) duit untuk bayar hutang 1MDB.
“Maksudnya (di sini) Tengku Zafrul datang ke Kuala Selangor untuk mempertahankan kebobrokan BN,” katanya yang berceramah dalam siri Jelajah Mega Harapan Selangor di Kuala Selangor, malam tadi.
Fahmi membandingkan Tengku Zafrul dan calon yang Pakatan Harapan (PH) yang mempertahankan kerusi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, katanya biar pun hanya 22 bulan menjadi Menteri Kesihatan tetapi tokoh Amanah itu meninggalkan jasa kepada rakyat.
“Dr Dzulkefly Ahmad dalam masa singkat telah membuat beberapa program yang diiktiraf membantu rakyat ketika ini, termasuklah Peka B40 hingga Khairy (bekas Menteri Kesihatan) pun akui ini program yang sangat baik dan diteruskan.
“Dalam masa 23 hari ini, kita doakan jika PH berjaya maka Dr Dzul akan diangkat sekali lagi menjadi Menteri Kesihatan. Supaya beliau dapat meneruskan usaha kita yang telah digagalkan pengkhianat,” katanya.
Kepada penyokong Pas Selangor pula, penyandang parlimen Lembah Pantai itu mengingatkan bahawa pemimpin utama parti itu masih tidak memohon maaf kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengutus surat mendakwa Anwar anggota Freemason kepada ulama di peringkat antarabansa.
Katanya, biar pun terbukti kemudian bukan sosok tubuh Anwar ahli Freemason berkenaan tetapi nama Anwar dibayangkan telah menganggotai pertubuhan tersebut.
“Kita baca kenyataan dari Pejabat Presiden Pas menyatakan Presiden Pas tidak pernah menuduh Anwar seorang Freemason. Dia sebut sekarang, biar pun surat itu dihantar kepada ketua pemimpin persatuan ulama dunia sekitar Mac 2020. Dah dua tahun yang lalu. Baru sekarang Pejabat Presiden Pas beri penjelasan.
“Kita cuma tahu tuduhan liar dari Presiden Pas ini daripada surat yang dihantar kepada Anwar oleh Dr Yusof Qardhawi. Bila kita baca, tuduhan terkandung di dalamnya sangat jijik. Menuduh Anwar Freemason, bersekongkol Zionis
“Kita ingat dia ulama, dia siasat dahulu. Sebelum sampaikan maklumat siasatlah dahulu,” katanya.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PH itu juga mahu setiap penyokong PH menyampaikan maklumat kepada anak muda bahawa mereka secara automatik telah dibenarkan mengundi kali ini dan kepada yang patah hati kerana berlaku pengkhianatan pada 2020 lalu sampaikan bahawa anta anti lompat parti telah dikuatkuasakan.
“Sampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Bagi anak anak berumur 18 tahun ke atas, mereka perlu keluar mengundi dan mereka tak ada pilihan, mesti undi PH.
“Kepada yang dulu undi PH tetapi patah semangat kerana pengkhianatan, khabarkan kepada mereka di Parlimen, 95% ahli parlimen telah luluskan pindaan Perlembagaan yang melarang ahli parlimen lompat parti. Tiada lagi katak dalam politik Malaysia,” katanya.
LAGI TEORI MARHAEN TENTANG KENAPA ATOK LETAK JAWATAN.- ADA LOGIK JUGA
Tadi kawan aku kata, kalau Mahathir serah kuasa pada DS Anwar
dulu, dia sekarang dah dikenang sebagai hero. Namanya kekal harum sampai ke
akhir hayat. Tapi disebabkan perasaan tamak, dia racun pohon yang dia sendiri
semai.
Tapi difikirkan, kalau Mahathir tamak pun, boleh saja kalau dia
serahkan kuasa kepada DS Anwar dan kemudian jatuhkan DS Anwar macam yang dia
buat kepada Pak Lah dan Najib. Sepatutnya tak jadi masalah bagi dia nak buat
begitu.
Rasanya kenapa Mahathir tak merancang sebegitu? Sebab dia tahu,
kalau DS Anwar jadi PM, ekonomi Malaysia akan subur. Manakala DS Anwar pula tak
akan ada sebarang kes seperti Najib. Jadi untuk jatuhkan DS Anwar memang susah.
Maka atas sebab itulah, Mahathir pilih cara khianat dengan
meletak jawatan dan cuba tubuh kerajaan perpaduan. Dia fikir dengan berbekalkan
semangat Melayu dan Islam rakyat akan sokong. Tapi dia lupa yang dia juga yang
ajar UMNO jadi jahat.
Itulah hakikatnya. Mahathir tak mahu melihat DS Anwar jadi PM
kerana dia tahu jika DS Anwar duduk di atas sana, memang negara akan makmur dan
bersih dari kebobrokan. Kroni Mahathir akan mati kelaparan, masa depan karier
politik anaknya gelap dan dia ketandusan isu untuk jatuhkan DS Anwar. Guane
boh?
DAP KOMENEH- INI KATA DAN FAKTA OLEH DATO ABDUL MALEK HANAFIAH
Fitnah Si PASik
Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja. Saya adalah Panel Sejarah
Kem.Pendidikan M'sia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi. Saya nak
betulkan fakta sejarah Malaysia.
DAP tak condong pada PKM atau PKC. Sebab tu sejak DAP ditubuhkan
dalam tahun 1966 hingga sekarang DAP tidak pernah pun jemput wakil PKC hadir
Persidangan Agong DAP.
Yang jemput wakil PKC sebagai pemerhati ialah UMNO dan MCA.
Kalau DAP condong pada PKC sudah tentu PKC selalu jemput pemimpin² DAP hadir
dalam Kongress PKC.
Pemimpin DAP seperti Dr.Chan Man Hin, LKS, LGE dan ramai lagi
memohon visa untuk melawat China pun tak diberi. LGE 10 tahun jadi KM Penang
dan 2 tahun jadi Menteri Kewangan M'sia pun tak dapat visa nak lawat China.
Sebenarnya sebelum tubuh DAP parti asal yang mereka tubuh ialah
PAP of Malaysia. Mereka anak didik Lee Kuan Yew. China anti LKY atas sebab
S'pore antara negeri yang simpan wang USD, Pound dan Emas yang dibawa lari oleh
Koumintang tahun 1949.
PKC sejak zaman Mao Zedong, Hua Guofeng Deng Xiaoping meminta
berkali² suruh S'pore pulangkan wang dan emas yang dibawa lari oleh Komintang
dan simpan di S'pore tetapi S'pore enggan.
Tahun lepas apabila berlaku rusuhan di Hong Kong, mastermindnya
ialah CIA yang berpejabat di Kedutaan US S'pore. Wang di salurkan ke akuan NGO
melalui HSBC dan OCBC Bank.
Oleh kerana DAP adalah kembar PAP maka k'jaan Komunis China
cukup benci pada DAP.
Dulu yang lulus projek Forest City, Kulim City sehingga beratus
ribu China Komunis dapat PR Malaysia siapa yang bagi?!!
Yang kata DAP tu Komunis jahil Sejarah.
Maaf saya bukan sokong DAP tetapi saya sokong kebenaran fakta
Sejarah.
Dato' Abd.Malek Hanafiah
AHLI PKR SERU SOKONG CALON BN. ADA KA PATIT..ATAU MEMANG KENA AJAR BAGI PATUT SEBAB KIBLAT KE ATOK SANGAT SANGAT.
Bukan ke mamat ni ada
pegang jawatan dalam Keadilan? Seru sokong calon Bn? Siapa bangsat yang cadang
dia pegang jawatan ni? Berkempen agar pengundi sokong calon Bn dalam suasana
perang PRU15 sekarang ini bukan satu kesalahan kecil. Beliau wajib dipecat !!
w.faudzin
Calon PH pun gatai juga dok nak gayut pada atok lagi.
PILIHANRAYA DAH NAK DEKAT- PARTI PENGKHIANAT NI MASIH LAGI HARU BIRU...DALAM DIA PUN ADA PENGKHIANAT..HARAM PPATAH SEMULA KE PKR.....JAGA JAGA MAK....- ANAK ANWAR NAK DATANG AMPANG...BYE BYE MAKLAM.......
Hanya Zuraida boleh gantung saya, kata setiausaha agung PBM
AMPANG: Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) Nor Hizwan Ahmad menafikan beliau dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid telah digantung daripada parti.
Nor Hizwan memberitahu sidang akhbar di sini bahawa mereka masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai penggantungan mereka, sambil menambah bahawa mereka hanya mempunyai tangkap layar daripada Facebook Sng mengenai perkara itu.
Hizwan turut menolak tindakan Sng dan menyifatkan ia sebagai publisiti yang tidak perlu dan usaha untuk mensabotaj parti.
Katanya, beliau dan Zakaria akan “mengikut proses yang sewajarnya, bukan posting di Facebook”, sambil menambah hanya Zuraida Kamaruddin boleh menggantung mereka kerana beliau adalah presiden PBM yang sah.
Semalam, Sng menegaskan beliau masih presiden PBM dan mengumumkan penggantungan Nor Hizwan dan Zakaria.
Beliau berkata penggantungan kedua-dua mereka adalah berkaitan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi PBM pada 7 Okt yang beliau tidak panggil, walaupun beliau adalah presiden parti.
Mesyuarat itu akhirnya menyaksikan majlis bersetuju agar Zuraida menggantikan Sng sebagai presiden parti.
FMT sedang menghubungi Sng untuk mendapatkan maklum balas.
DULU DIA ADA KUTUK ANWAR- SEKARANG WARGANET HENTAM DIA- LARI KE ATOK .....
Undur sebagai presiden Muda, jangan tanding PRU15, Syed Saddiq diberitahu.
PETALING JAYA: Warganet menuntut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berundur sebagai presiden Muda dan melupakan hasrat bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ia susulan penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, yang mengarahkannya membela diri atas empat tuduhan jenayah, tidak akan melemahkan semangatnya.
Malah, bekas menteri belia dan sukan itu memberi bayangan dia mungkin mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU15 19 Nov ini dengan berkata, akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya.
Pengguna Twitter @aminothman memberitahu Syed Saddiq agar menunaikan apa yang diperkatakannya sebelum ini, dan berundur “secara terhormat” daripada menjadi calon PRU15.
“Jangan amalkan ‘double standard’. Orang Umno dituduh mahkamah dikatanya perompak, tapi bila kamu dituduh di mahkamah, dikatanya (pendakwaan) terpilih.
“Biar mahkamah bersihkan tuduhan terhadap kamu dahulu,” katanya dalam balasan kepada ciapan Syed Saddiq.
Pengguna Twitter @acappress berkata, jika Syed Saddiq mahu menetapkan “tanda aras politik matang”, dia harus meletak jawatan sebagai presiden Muda dan tidak bertanding pada PRU15.
“Fokus pada kes mahkamah. Lima tahun tak lama untuk tunggu PRU seterusnya,” katanya.
Sementara itu, @mal_ae menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak mencalonkan diri dan memberi peluang kepada orang lain bertanding di kerusi Parlimen Muar.
“Harap dapat ikut contoh Rafizi (Ramli). Dia tahu yang memang dia tidak salah dan dia menang (bertanding),” katanya.
Walaupun segelintir pengguna Twitter mengucapkan selamat kepada Syed Saddiq untuk kesnya, yang lain secara berseloroh mengalu-alukannya sebagai ahli “kluster mahkamah”.
“Kluster mahkamah” merujuk kepada pemimpin Umno terkemuka, termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang sama ada dibicarakan atau telah disabitkan dengan tuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
“Tuan sudah menjadi salah seorang dari golongan kluster mahkamah sekarang. Dengan hormatnya kami minta anda menarik diri dari pencalonan dalam PRU15,” kata @ABarkoba dalam ciapan di Twitter.
Terdahulu, Hakim Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq, 29, membela diri atas tuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan aset dan pengubahan wang haram.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali dalam pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta pada 6 Mac 2020.
Sebagai ketua Pemuda Bersatu ketika itu, Syed Saddiq telah diamanahkan dengan dana itu.
Dia juga didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri.
Mahkamah menetapkan 22 hingga 24 Feb, 13 dan 14 Mac serta 10 hingga 14 April untuk pihak pembelaan menjalankan kesnya.
ADEH... EMPAT [4] TAHUN BERLALU, BAYANG BAS ELEKTRIK PUN TAK NAMPAK...PEMBOHONGAN DIKESAN LAGI ADEYYYYY
ADEH... EMPAT [4] TAHUN BERLALU, BAYANG BAS ELEKTRIK PUN TAK
NAMPAK...
KOH KOH KOH... JILAKER!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _
KELANTAN bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menyediakan
bas elektrik 40 tempat duduk sebagai pengangkutan awam di bandar Kota Bharu,
mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,
Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata,
penggunaan bas elektrik dianggap sesuai dan ia seiring hasrat kerajaan negeri
yang menghidupkan pengamalan hijau dalam kalangan penduduk.
Menurutnya, buat masa ini, sebuah bas jenis itu yang bernilai
RM1.2 juta diimport dari China untuk dijadikan kajian untuk menentukan laluan
sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan.
"Penggunaan bas elektrik mampu mengurangkan kos bahan bakar
sekali gus menghapuskan asap karbon yang semakin banyak terutama dengan jumlah
peningkatan kenderaan di jalan raya.
"Jadi kita harap, penggunaan kenderaan mesra alam ini dapat
dilakukan secepat mungkin, berkemungkinan tahun depan," katanya ketika
ditemui selepas Sesi Percubaan Menaiki Bas Elektrik di tapak Hari Peladang,
Penternakan, dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau Kelantan di stadium Sultan
Muhammad ke-IV, Kota Bharu, hari ini.
Sepanjang ekspo itu yang berakhir Ahad, bas elektrik berkenaan
akan ditempatkan di lokasi untuk penduduk merasai keseronokan menaiki bas
elektrik.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, kelajuan maksimum bas itu
adalah 80 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh 50 kilometer sekiranya dicas
untuk tempoh 15 minit.
"Ia dibawa masuk menerusi anak syarikat kerajaan negeri
iaitu Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM) dengan kerjasama Go Automobile
Manufacturing Sdn Bhd.
"Hari ini kita cuba rasai sendiri bas elektrik terbabit dan
ternyata ia bertepatan dengan kehendak kerajaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, pihaknya
meletakkan sasaran baharu iaitu 150,000 pengunjung hadir ke Hari Peladang,
Penternakan, dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau yang berakhir Ahad ini.
Katanya, sejak tiga hari berlangsung, pihaknya sudah mencatatkan
lebih 50,000 pengunjung dan ia dijangka meningkat sekali ganda pada hujung
minggu.
Sasaran awal yang ditetapkan adalah 100,000 orang.
Disiarkan pada: November 1, 2017 @ 8:47pm
TPM 2 dari Borneo dialu alukan, atasi masalah kurang pembangunan - AMANAH Sabah
Tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Timbalan Perdana
Menteri Kedua (TPM 2) dari Malaysia Timur disambut baik oleh AMANAH Sabah.
Menurut Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu, TPM dari Borneo
itu bakal memudahkan perancangan dan pengagihan peruntukan pembangunan yang
menjadi masalah besar sejak Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia
pada 1963.
"AMANAH Sabah menyambut baik pengumuman Pengerusi PH untuk
melantik TPM 2 dari Borneo atau Sabah dan Sarawak.
"Kenyataan ini memberikan harapan kepada kami Sabah dan
Sarawak akan mendapat perhatian besar daripada Kerajaan Persekutuan apabila PH
membentuk kerajaan selepas PRU-15 ini.
"Dengan jawatan sebagai TPM itu, kami yakin sesiapa yang
dipilih akan mempunyai kuasa lebih besar berbanding setakat Menteri Kanan
sebagaimana yang diamalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan dicadangkan
oleh Barisan Nasional," katanya.
Pada masa sama, kata Lahirul, AMANAH Sabah turut menolak tohmahan
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya jawatan TPM 2
adalah suatu pembaziran.
"Berkenaan tuduhan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan
Man yang menyifatkan jawatan itu sebagai 'menambah kos bagi kerajaan' adalah
tidak tepat sama sekali. Ini kerana jawatan ini bersekali dengan pengurangan
bilangan menteri dan TPM akan memegang salah satu portfolio yang ada dalam
kabinet dan bukan menambahkan bilangan menteri.
"Malah Tuan Ibrahim seharusnya sedar tawaran TPM itu pernah
disokong pimpinan PAS ketika mereka bersama Pakatan Rakyat.
"Sekiranya pimpinan PAS menentang pembaziran maka timbul satu
pertanyaan, mengapakah mereka bersetuju dengan saiz kabinet Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap paling besar dalam sejarah pada 2020, juga
saiz sama apabila PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih kerajaan?
"Pemimpin PAS seharusnya menunjuk teladan yang baik dengan
menolak lantikan ke jawatan kabinet yang mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri
sehingga 70 orang sekiranya hal itu membazir serta bertentangan dengan tadbir
urus yang baik," katanya lagi.
Tawaran TPM 2 dibangkitkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam siri ceramah beliau di Sabah baru baru ini.
Katanya, PH akan meneruskan polisi Pakatan Rakyat terdahulu yang
menjanjikan TPM 2 bagi Borneo.
Waythamoorthy sokong BN, serlah politik pentingkan diri sendiri - Dr Gunaraj George
Sokongan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) P Waytha Moorthy
ke atas BN menyerlahkan wajah sebenar beliau yang sering berpindah randah
sokongan menjelang pilihan raya.
Bagi Pengerusi Biro Pekerja Ladang KEADILAN, Dr Gunaraj George,
sokongan Waytha terhadap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkannya baru
baru ini tidak jauh berbeza dengan sokongan kepada BN menjelang Pilihan Raya
Umum (PRU) ke 13.
Cuma, Dr Gunaraj tidak puas hati terhadap dakwaan Pengerusi MAP
itu kononnya cubaan beliau untuk menjalin kerjasama dengan PH gagal kerana
tidak dilayan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Persoalanya adakah Waythamoorthy telah menghantar permohonan
rasmi kepada Majlis Presiden PH? Setiap permohonan atau kerjasama bersama PH
akan melalui proses yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.
"Tuduhan yang dilemparkan oleh Waythamoorthy hanya sandiwara
politik untuk memberi persepsi yang tidak baik kepada Datuk Seri Anwar sebagai
Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
"Sandiwara ini bagi mensucikan tindakan beliau untuk bersama
BN yang merupakan sebuah parti penuh perasuah yang dipimpin oleh Datuk Seri
Zahid yang masih berdepan pertuduhan di mahkamah," kata Gunaraj dalam satu
kenyataan.
Menurut penyandang DUN Sentosa itu, Waythamoorthy sepatutnya tidak
membabitkan Pengerusi PH dalam keputusan masa hadapan politik beliau.
Malah katanya, pemimpin Hindraf itu tidak begitu diperlukan dalam
PH kerana sepanjang 22 buah bulan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad
beliau yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Perpaduan tidak langsung
berkesan dalam menjalankan tugas.
"Beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawab sebagai
Menteri menjaga perpaduan rakyat Malaysia dan kepentingan masyarakat India.
"Beliau yang dilantik sebagai Menteri oleh PH telah bertindak
secara bersendirian apabila tidak melakukan perbincangan dengan kepimpinan
parti komponen dalam menyelami dan menyelesaikan isu masyakat India khususnya.
Perkara ini menyebabkan beberapa keputusannya sebagai Menteri Perpaduan menjadi
alat serangan pihak pembangkang terutamanya Umno dan Barisan Nasional.
"Selama 22 bulan sebagai Menteri Perpaduan, beliau juga tidak
mempunyai kesungguhan politik untuk memperjuangkan setiap isu berbangkit
daripada masyarakat India.
"Hari ini jelas terselah wajah sebenar beliau yang sanggup
bersama dengan individu yang terpalit dengan kes mahkamah hanya kerana
mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan masyarakat India yang
sebelum ini menjadi asas perjuangannya.
"Adakah masyarakat India Malaysia masih boleh menerima
pemimpin sebegini?" tanyanya.
Justeru Dr Gunaraj menyeru masyarakat India agar membuka fikiran,
selepas 3 kali Waythamoorthy mengubah sokongan maka kali ini pemimpin Hindraf
itu harus ditolak sepenuhnya daripada mewakili mereka.
"Tiada apa yang perlu dikejutkan dengan sokongan P
Waythamoorthy kepada BN ini.
"Dulu Waythamoorthy telah pun bersama dengan BN dan menyokong
Datuk Seri Najib sejak tahun 2013. Tindakan beliau yang sering bertukar angin
menjelang pilihan raya menonjolkan sikapnya yang tidak mempunyai prinsip yang
jelas demi kelangsungan politik peribadi beliau
"Beliau hanya memperalatkan isu masyarakat India sebagai
sumber sokongan," katanya lagi.