Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
RASIS KAH BANGSA MALAYSIA ?
Shamsudin Nawawi
Dalam satu laporan kajian yg dikeluarkan oleh Ideas, cara orang Malaysia mengundi masih lagi ikut Bangsa.
Bangsa Melayu akan sokong parti Melayu dan sangat minima bangsa bukan Melayu sokong parti Melayu.
Tapi bagi bangsa Cina, mereka padu menyokong DAP dan PH yg cuba menonjolkan sifat multiracial.
Jadinya kalau parti Melayu menang nanti, bangsa bukan Melayu tidak boleh komplen kenapa kerajaan ditadbir sepenuhnya oleh bangsa Melayu.
Begitu juga kalau parti multiracial yang menang, Melayu tidak boleh komplen kenapa bukan Melayu yang mentadbir kementerian tertentu yang terpaksa diserahkan kerana kemenangan PRU 15 ini adalah atas tiket multiracial.
Kemana-mana dalam dunia, Malaysia diiktiraf sebagai Negara Multiracial. A melting pot of all races.
Kalau kita sudah dapat terima keadaan multiracial itu, kenapa pula kalau orang Melayu bertanding atas tiket parti bukan Melayu, mereka dilabel sebagai tidak ada patriotisme Melayu?
Itu tidak cukup malang lagi.
Kalau kita menyokong parti Melayu selain dari parti Melayu terbesar pun, kita boleh dianggap pengkhianat.
Kalau dari parti kecil Melayu kita melangkah pula menyokong parti besar Melayu, kita juga boleh dianggap pengkhianat.
Adakah Melayu di Malaysia ini sinonim dengan khianat?
Kalau diamati betul², yang khianat itu yang rasuah, merompak, menyamun duit rakyat dan negara.
Beralih arah menyokong parti lain bukan khianat.
Boleh lah bahas sampai cerah. Esok cuti lagi.
Datuk Husam Musa bersama dua calon parlimen Pakatan Harapan Kelantan.
Datuk Husam Musa bersama dua calon parlimen Pakatan Harapan Kelantan.
InsyaAllah Datuk Husam akan bantu all out kempen calon-calon ini.
1- Dr Hafidzah Mustakim , Calon PH Parlimen Kota Bharu P.021
2- Prof Dr Wan Ahmad Kamil, Calon PH Parlimen Kubang Kerian P.024.
Alhamdulillah. Kedua-duanya mempunyai latar belakang yang baik.
Dr Hafidzah merupakan lepasan Monash University, Clayton , Victoria, Australia dalam bidang perubatan. Beliau sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak dahulu lagi.
Manakala Dr Wan Ahmad Kamil merupakan bekas Profesor dalam bidang Fizik Perubatan , lepasan Phd dari University Of London , UK. Seorang ahli akademik dan merupakan cicit kepada Tok Kenali.
Ayuh, kita sama-sama usaha menangkan calon PH.
Kita sumbang kemenangan parlimen dari Kelantan untuk kita angkat DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.
InsyaAllah biiznillah.
Kita Boleh!
#SaveKelantan
#UndiPakatanHarapan
#KitaBoleh
-Admin
LAGI CUBAAN NAK SAKAW WALAU NAK PILIHANRAYA...SILA BACA DAN FAHAM PROJEK MENYAKAW SEDANG BERJALAN.
Dua hari lepas, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) telahpun mengeluarkan Surat Hasrat (LOI) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina sebuah loji baru di Kapar, Selangor membabitkan pembangunan sebuah loji turbin gas kitaran gabungan (CCGT). (1)
Yang luar biasa adalah projek tersebut akan dilaksanakan melalui usaha sama antara TNB dengan Widad Business Group (WIDAD) dengan TNB memegang 60% kepentingan dan WIDAD memegang 40%. Loji tersebut dijangka siap dan mula beoperasi menjelang tahun 2031. Projek tersebut akan menelan kos sebanyak RM9.5 bilion.
TNB merupakan syarikat gergasi elektrik yang terbesar di Malaysia. Ianya mempunyai serta telah membina loji kuasa yang terbanyak, menguasai grid pengagihan kuasa, serta merupakan pembeli elektrik terbesar di negara ini. Persoalannya, mengapakah TNB tidak boleh membangunkan loji kuasa ini dengan keupayaan sendiri?
Semakan maklumat korporat mendapati bahawa WIDAD hanya sebuah syarikat yang bersaiz kecil/sederhana (RM1 bilion pada bulan September 2022) jika berbanding dengan TNB (RM48 bilion). Syarikat tersebut jelas tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan loji turbin gas kitaran gabungan bersaiz 2,100 MW.
Rakyat sudah tidak terasing dengan cerita-cerita sebegini. Kita tidak lupa kali terakhir projek yang mirip ini adalah pembinaan loji kuasa 2,000MW kepada sebuah syarikat yang “ternama” – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2014. Ekorannya, rakyat sekarang terpaksa menjelaskan hutang dengan pembayaran faedah sebanyak RM3.47 bilion sebulan ekoran daripada skandal besar 1MDB dan salah pengurusan/pentadbiran kerajaan terdahulu.
Saya mendesak Menteri peralihan KETSA daripada PAS/PN iaitu Datuk Seri Takiyuddin dan Pengerusi TNB Dato Sri Hasan Arifin daripada UMNO/BN tampil memberikan penjelasan kepada rakyat dalam kadar segera. Saya juga akan terus membongkar melalui Jelajah #AyuhMalaysia dan #Kitaboleh supaya rakyat sedar bahawa ‘muafakat’ antara UMNO/PAS boleh dijalin melalui cara sebegini.
Lee Chean Chung
Pengarah Komunikasi KEADILAN
#KitaBoleh #PakatanHarapan #Harapan
#Lee CheanChung
Anwar bertemu cedekiawan Islam, rakyat Malaysia ketika melawat Turkiye bulan lepas
Lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Amwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye telah mengunjungi beberapa tokoh pemikir Islam di sana.
Datuk Seri Anwar meluangkan masa menzirahi tokoh pemikir Institut
Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Dr Ahmad Totonji dan Dr Hisham Altalib
sekeluarga di Bakirköy.
"Kami juga sempat berbincang mengenai prestasi dan halatuju
IIIT.
"Kami turut mengenang persahabatan utuh lebih lima dekad yang
dilalui ketika saat sukar dan senang.
"Ini juga merupakan suatu keunikan IIIT kerana keluarga para
pengasasnya rapat antara satu sama lain. Semoga ukhuwah ini terus
berkekalan," katanya.
Bertemu dan berdialog
bersama rakyat Malaysia di Tukiye
Selain itu, Anwar dan Kak Wan juga bertemu santai bersama warga
Malaysia di Turkiye di Istanbul.
"Kami sempat adakan sesi dialog dan makan tengahari bersama
mereka yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan diaspora.
"Dialog kami memberi fokus kepada pelbagai perkara terkait
isu dalam negara dan perkembangan pendidikan dan kerjaya mereka di Türkiye.
"Saya turut memberi nasihat kepada mereka untuk sentiasa
optimis dan perkukuhkan tekad demi menjana perubahan yang baik untuk
semua," katanya lagi.
Anwar dan Dr Wan Azizah melakukan lawatan ke Turkiye di atas
jemputan Presiden negara itu Recep Tayyip Erdoğan.
Sebelum ini, Anwar dan isteri telah bertemu mantan Duta Besar
Türkiye ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakcı dan Pegawai Khas Presiden, Fatima
Abushanab.
KAH..KAH...MACAM GINI TOK MAT BERKEMPEN SOH TERBALIKKAN MEJA
Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menyeru Pemuda BN 'jangan bagi muka dengan pembangkang' di Majlis Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Rembau pada 18 Mac 2018.
Dulu saya hormat Tok Mat. Datang dari dunia korporat. Kita ingat
dia lain dari acuan UMNO. Bukan the typical Ketua Bahagian yang kosong.
Dia profesional dan teknokrat. Ada harapan dia boleh bawa sinar
baru untuk UMNO.
Namun, bila tengok pelbagai tindakan dan aksi beliau, saya tepuk
dahi. Bagaimana seorang profesional boleh berkelakuan begini.
Dia suruh nya pemuda UMNO rempuh gerai yang hentam Kerajaan.
Terbalikkan meja. Kalau polis tahan, dia jamin katanya Hanya
kerana fahaman politik berbeza, ramai perlu jadi mangsa.
Terus potong stim kita melihatnya. Ini bukanlah Hang Jebat yang
kita tunggu. Nak membawa UMNO ke paksi yang betul.
Dalam teori SAFT, Tabligh (deliver) juga elemen penting.
Pemimpin kena selalu sampaikan benda yang baik. Pimpin orang muda ke arah
kebaikan. Bukan jadi gengster jalanan.
Nampaknya Tok Mat gagal dalam aspek ni. Dia bukan pemimpin SAFT
yang saya cari.
Saya masih berdoa ada pemimpin UMNO yang kita boleh harapkan.
Merubah UMNO dari dalam. The Renaissance man. Saya harap tiba masa dia akan
muncul jua.
Cuma, nyata bukanlah Tok Mat orangnya. Habis dia terjebak sama.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PH hanya akan menang federal jika menang kerusi Tambun, Titiwangsa
PH hanya akan menang federal jika menang kerusi Tambun, Titiwangsa
By BORHAN AHMAD / October 24, 2022
Pakatan Harapan hanya akan menang di peringkat persekutuan jika Datuk Seri Anwar menang kerusi Tambun, kata Setiausaha Penerangan Media Sosial DAP, Syahredzan Johan menerusi Twitter beliau.
Katanya, orang bertanya kepada beliau, kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah tetapi Pakatan Harapan menang, siapa akan menjadi perdana menteri.
PH akan menang jika menang di Tambun, kata Syahredzan.
“Pertama saya yakin DSAI akan menang di Tambun.
“Kedua, kalau PH hendak menang federal, PH kena menang kerusi macam Tambun,” kata calon Pakatan Harapan yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Bangi itu.
Langkah Anwar mengumumkan akan bertanding di Tambun, Perak mengejutkan banyak pihak kerana mereka bimbang apakah Anwar boleh menang atau tidak di kerusi itu.
Selain Anwar, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad juga membuat keputusan yang sama iaitu meninggalkan kerusi yang dimenangi beliau selama tiga penggal, Shah Alam dan beralih ke Titiwangsa.
Menurut Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Datuk Asmuni Awi, banyak lagi percaturan berisiko tetapi berstrategi tinggi akan diambil oleh Harapan untuk memastikan pengundi seluruh negara turun mengundi pada 19 November dengan keyakinan dan doa untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan baharu.
Katanya, pengumuman Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun memang mencabar dan berisiko.
Tetapi pada masa yang sama, keputusan itu telah meletakkan Harapan untuk berjuang semaksimumnya untuk memastikan kemenangan rakyat diperoleh pada 19 November nanti, katanya.
Selain Anwar, keputusan AMANAH mencalonkan Khalid Abd Samad di Parlimen Titiwangsa juga merupakan pengorbanan yang luar biasa.
Katanya, meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen ini telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.
“Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah Harapan,” katanya.
TANDING DI BAGAN DATUK, SHAMSUL ISKANDAR MAMPU JADI ‘GIANT KILLER’ SEKALI LAGI
Jika tiada perubahan dan semuanya berjalan seperti yang dirancang, calon PH di kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam PRU15 pada 19 November depan ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau ketika ini adalah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka dan bekas Ketua Penerangan PKR.
Lawannya ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak empat penggal lalu.
Ketika dihubungi, Shamsul Iskandar mengesahkan medan pertarungannya pada PRU15 akan datang ialah di Bagan Datuk sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Bermakna, selain di Tambun di mana Presiden PKR dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahimtelah mengesahkan bertanding di situ untuk berlawan dengan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, satu lagi pertandingan menarik bakal berlaku di Perak.
Jika Anwar daripada Port Dickson datang ke Tambun, Shamsul Iskandar pula daripada Hang Tuah Jaya, Melaka ke Bagan Datuk.
Misinya tentulah tidak lain untuk mengalahkan Presiden UMNO itu yang hanya menang pada PRU14 lalu dengan majoriti 5,073 undi saja.
Sekaligus, dengan dua nama besar setakat ini diturunkan PKR untuk bertanding di Perak, ia membuktikan janji Anwar dan PH untuk meletakkan negeri itu sebagai barisan hadapan bagi dalam perjuangan memenangi PRU15 ini bukanlah main-main.
Perak sudah pasti menjadi tumpuan besar pada PRU15 akan datang nanti.
Ramai yang bertanya, mampukah Shamsul Iskandar yang datang daripada Melaka menewaskan Zahid Hamidi?
Untuk rekod, pada PRU13, Shamsul Iskandar telah berjaya menewaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil (kini Hang Tuah Jaya) dengan majoriti 5,447 undi.
Pada PRU14 lalu, beliau sekali lagi berjaya menewaskan Ali Rustam, kali dengan majoriti lebih tinggi iaitu 8,640 undi.
Kejayaannya menumbangkan Ali Rustam itu membuatkan beliau digelar sebagai “giant killer” dan selepas PRU14 lali diberikan jawatan Timbalan Menteri Industri Utama.
Rekod Zahid Hamidi pula, pada PRU14 lalu beliau hanya menang dengan majoriti 5,073 undi, meski ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Tetapi, pada PRU15 mendatang, Zahid Hamidi bukan saja tiada lagi apa-apa jawatan dalam kerajaan, malah sedang berdepan puluhan kes mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Maka dengan itu, tidak mustahil Shamsul Iskandar mampu membuat kejutan menewaskan Zahid Hamidi di Bagan Datuk pula yang bermakna sekali lagi akan menjadi “giant killer”.
Tambahan lagi, dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi sepatutnya berehat seketika dan tidak bertanding sehingga selesai kes mahkamahnya.
Dengan tidak bertanding lagi, nama UMNO dan BN dapat dihindarkan daripada terkait dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Untuk itu, jika berjaya mengalahkan Zahid Hamidi nanti, Shamsul Iskandar boleh dikira telah berjasa besar kerana turut sama berperanan membersihkan nama baik UMNO daripada terus dikaitkan dengan kekotoran yang disengajakan oleh presidennya sendiri.
Apakah pengundi Bagan Datuk tidak mahu turut menyumbang dalam membersih dan memulihkan nama baik UMNO untuk perjuangan masa depannya? – ShahbudinHusin 24/10/2022.
MASLEE MALIK HARUS DIUNDI UNTUK KEMBALIKAN BELIAU SEBAGAI MENTERI PENDIIDIKAN
Usaha untuk kuburkan karier politik Dr. Maszlee. Sanggup BN
pertaruhkan calon heavyweight di Simpang Renggam.
Kenapa? Sebab inilah orang yang berjaya buktikan betapa rakusnya
BN menjarah duit rakyat hingga sekolah pun menjadi mangsa.
Kejayaan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan memang tak
ternafikan. Bayangkan jika Dr. Maszlee menang dan sekali lagi jadi Menteri
Pendidikan. Apa lagi kejahatan BN yang bakal diselongkar.
Dr. Maszlee adalah orang paling layak memimpin Kementerian
Pendidikan. Pasti agenda reformasi akan terlaksana andainya beliau kembali ke
jawatan itu. Dan itulah yang BN takuti.
Pengundi Simpang Renggam dan seluruh rakyat Malaysia perlu
menangkan Dr. Maszlee dan PH bagi memastikan masa depan sistem pendidikan yang
lebih baik. Guane boh?
INDONESIA DAH ADA KERETAPI LAJU- MALAYSIA MASIH LAGI ISU PERKAUMAN
Pertama kali di rantau Asia tenggara kereta api laju Indonesia kelajuan sehingga
350km/h beroperasi
tahun depan.
kat sini masih main
isu bangsa & kaum untuk dapat undi.
korg tak rasa malu ke
dengan negara sebelah ?
KEADAAN NEGARA YANG TERUK MENYEBABKAN KEDUDUKAN UMNO TIDAK LAGI BOLEH KEKAL
Agree with LCT. Faktor Najib ke dalam, faktor Rafizi comeback,
faktor kapal LCS, ekonomi yang teruk, inflasi menggila, tukaran ringgit yang
lemah belum di ambil kira.
PRU14 dulu, bubar parlimen sahaja terus penuh bendera PAS, siap
ada yang sangkut atas bangunan pakai kren lagi. Bila PRU15, bubar bendera BN
pun masih boleh di bilang dengan jari.
Most likely potential candidate tak nak invest kalau belum
confirm mereka akan jadi calon. Apa-apapun kita tunggu hari penamaan calon.
Nanti kita akan lihat backstabing dari kem yang tak berjaya.
Umno terperangkap, gagal capai kemajuan, kata Chin Tong
PETALING JAYA: Pakar strategi DAP Liew Chin Tong percaya Umno terperangkap dan tidak mencapai kemajuan politik sejak Parlimen dibubarkan awal bulan ini, dengan pergolakan dalaman dan ketakutan pengundi terhadap Ahmad Zahid Hamidi antara yang menjadi punca.
Beliau berkata, pengundi mungkin kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen walaupun terdapat kemungkinan berlaku banjir.
Katanya, sebab lain kegagalan Umno untuk mencapai kemajuan ialah persepsi bahawa Umno sebagai punca ketidakstabilan dan kekurangan dana parti bagi kempen pilihan raya.
Liew berkata, pengundi tidak menghargai desakan Umno untuk mengadakan pilihan raya, atas kepentingan mereka sendiri, meskipun terdapat amaran kemungkinan berlaku banjir.
Beliau berkata, pengundi juga tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa Umno mampu membentuk kerajaan yang stabil kerana ia dilihat menjadi punca ketidakstabilan dengan membantu menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Liew juga mendakwa Umno menghadapi masalah kewangan. Pada pilihan raya umum sebelum ini, jentera parti telah dibiayai oleh dana 1MDB.
“Walaupun kumpulan Ismail Sabri Yaakob mungkin mempunyai sedikit dana, mereka tidak mungkin berbelanja banyak tanpa jaminan beliau akan menjadi perdana menteri sekali lagi,” tulis Liew di Facebook.
Katanya, Umno telah berpecah antara “kluster mahkamah” dan “kluster menteri” sejak bermulanya Langkah Sheraton pada 2020.
Kluster mahkamah merujuk kepada pemimpin Umno termasuk presiden parti Zahid yang sama ada dalam perbicaraan atau telah disabitkan dengan rasuah antara lain.
Kluster menteri merujuk kepada Ahli Parlimen Umno yang merupakan sebahagian daripada Kabinet Ismail.
Liew berkata, pengisytiharan Zahid bahawa Umno akan mencalonkan 70% muka baharu pada pilihan raya kali ini boleh mengakibatkan mereka ditentang “warlord” Umno yang akan mensabotaj atau memboikot kempen jika mereka tidak dicalonkan.
Terdapat juga kebimbangan Zahid akan dilantik menjadi perdana menteri akan datang, kerana popularitinya tidak dapat menandingi bekas presiden Umno Najib Razak, walaupun berdasarkan tinjauan, sokongan Najib berpecah dalam kalangan orang Melayu.
Liew berkata: “Saya masih belum bertemu dengan rakyat Malaysia yang berpendapat Zahid akan menjadi perdana menteri yang baik.”
Ramai rakyat Malaysia yang bimbang apabila Zahid diketengahkan sebagai muka Umno, katanya.
INNALILLAH IBU WAN AZIZAH MENINGGAL DUNIA
Assalamualaikum...
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, ʾ, Untuk makluman semua ibu kepada Datin Seri Wan Azizah baru sahaja meninggal dunia. Pohon sedekahkan Alfatihah buat arwah dan doakan agar semua urusannya dipermudahkan nanti
PENGAMPUNAN ANWAR TAK SAH: ISMAIL SILA SEMAK FAKTA
Pengampunan Anwar tak sah: Ismail sila semak fakta
on:
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertikaikan keabsahan pengampunan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 lalu adalah tidak berasas sama sekali.
Menurut Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Sivarasa Rasiah, kenyataan Ismail dalam satu perhimpunan penyokong Umno di Bagan Datuk pada 18 Oktober lalu amatlah dangkal dan tidak bertanggungjawab.
Kata Sivarasa, fakta yang diungkapkan oleh Ismail seperti pengampunan dibuat “sejurus Pakatan Harapan berkuasa”; Peguam Negara tiada di dalam Lembaga Pengampunan kerana Tan Sri Apandi Ali telah ‘dipecat’ sebagai Peguam Negara oleh Tun Dr Mahathir atau tiada Menteri Wilayah Persekutuan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan maka ianya tidak sah, adalah tidak wajar diulang kerana hal itu telah dibawa ke mahkamah.
“Perdana Menteri Sementara wajib menyemak dahulu fakta. Beliau sepatutnya memberitahu hadirin bahawa semua isu yang beliau sebut itu telah pun dibangkitkan dalam perbicaraan mahkamah di mana keabsahan pengampunan itu dipersoal.
“Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 21 September 2021 telah menolak kes yang mempertikai keabsahan pengampunan Datuk Seri Anwar dan memutuskan kesemua isu perundangan yang disebut Ismail itu tidak berasas langsung.
“Datuk Sri Ismail memang seorang peguam, tetapi dengan pengalaman amat minima berbanding Yang-Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan.
“(Hakikatnya) Yang di-Pertuan Agong berhak mengurniakan pengampunan kepada Datuk Sri Anwar pada ketika itu kerana beliau telahpun menjalani lebih 90 peratus hukuman penjara 5 tahun (60 bulan), atau dengan kata lain, 48 bulan bersekali dengan peringanan hukuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, kata Sivarasa yang pernah menjadi peguam Anwar dalam kes Fitnah II, Peguam Negara adalah tidak dipecat sebagaimana didakwa Ismail tetapi telah diminta Perdana Menteri untuk bercuti pada 14 Mei 2018.
Di mahkamah, surat bertarikh 14 Mei 2018 telah ditunjukkan di mana Tan Sri Apandi telah mewakilkan fungsinya di dalam Lembaga Pengampunan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Zauyah Loth Khan.
“Saya sendiri ingat perbincangan dengan Peguam Cara Negara berkenaan tarikh pendengaran permohonan pengampunan pada waktu itu. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan tindakan mewakilkan itu adalah sah di sisi undang-undang.
“Isu ketidakhadiran Menteri Wilayah Persekutuan pula telah ditolak oleh kedua-dua mahkamah, yang memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir seperti yang diperinci di dalam warta berkenaan turut memegang kuasa menteri-menteri semua Kementerian sehingga keanggotaan penuh Jemaah Menteri dilantik.
“Maka Datuk Seri Ismail wajib semak dahulu fakta dan keputusan penghakiman dalam isu-isu yang beliau bangkitkan secara terbuka ini.
“Jika tidak, amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri Sementara untuk membangkitkan isu ini secara dusta dan salah, seolah-olah mahkamah tidak pernah memutuskan isu tersebut sebelum ini,” katanya lagi.
Justeru itu, Sivarasa mendesak PM Ismail Sabri menarik balik kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab yang dikeluarkannya beberapa hari lalu itu.
Cadangan 3 TPM kekal jika PH terajui kerajaan, kata Anwar
Bernama
-
SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Pengerusinya Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.
Pada 4 Sept tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.
“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.
Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.
Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.
MB NS YAKIN ANWAR MENANG DI TAMBUN, KUASAI PERAK
MB NS yakin Anwar menang di Tambun, kuasai Perak
Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu, parlimen Tambun, Perak.
Hal itu diungkapkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun dalam ceramah Jelajah Harapan Negeri Sembilan, malam tadi.
Menurut MB, kesan besar yang beliau lihat selama 4 tahun Anwar menjadi Ahli Parlimen Port Dickson ialah pembangunan rakyat semakin baik di kawasan tersebut dan rakyat terpingir benar benar terbela.
“Jeti nelayan sebekum ini tak ada LPS, nak repair tak boleh. Datuk Seri panggil saya minta bagi LPS kepada jeti nelayan. Hari ini nelayan mudah dapat peruntukan Kerajaan Persekutuan.
“Kita jaga nelayan, kita tahun ini pertama kali kita lancarkan injen khusus untuk nelayan Port Dickson.
“Ini permintaan dari Anwar. Tadi saya di Chuah menyelesaikan tuntutan tanah puluhan tahun tak selesai. Ada orang dah dapat geran, ada sebahagian tak dapat, mereka mengadu kepada Anwar, saya. Jadi 8 orang susah hari ini mereka dapat geran tanah.
“Anwar pernah hubungi saya, pelajar Negeri Sembilan masuk universiti tak cukup makan. Makan mee segera malam baru boleh makan nasi. Bagaimana mereka nak maju belajar. Anwar telefon lakukan sesuatu untuk anak Negeri Sembilan. Ketika itu yayasan baru kita ambil alih, duit tak ada.
“Saya luluskan RM100 sebulan, dan sekarang RM150 selama 12 bulan. Hari ini Yayasan Negeri Sembilan bukan sahaja ada duit tetapi sekarang ada tunai RM12 juta.
“Inilah pemimpin yang sentiasa fikirkan masalah rakyat,” katanya.
Amirudin berkata, hal itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin BN yang bukan sahaja kurang menjaga kebajikan rakyat, malah wang negara berbilion ringgit diambil jadi milik peribadi.
“Anwar tak pernah minta seinci tanah pun kepada Kerajaan Negeri. Kalau minta tak kan saya tak beri. Tetapi kalau tengok pimpinan lain ratus juta, bilion mereka ambil.
“Datuk Seri di mana sahaja beliau bertanding kita doakan menang besar dan kali ini dapat dinobatkan sebagai Perdana Menteri kita.
“Menjelang PRU makin hampir, kita kena pastikan Port Dickson dan seluruh parlimen di Negeri Sembilan ini menyumbang (kerusi). Saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri di Port Dickson,” katanya.
Beliau berharap pengundi Port Dickson faham keperluan Anwar beralih ke Tambun bagi mendapatkan kekuatan politik yang lebih baik buat Pakatan Harapan.
“Kita kena faham kenapa Datuk Seri ke Tambun dan kita yakin bukan sahaja menang di peringkat parlimen tetapi kali ini kita menang di DUN di perak, InshaAllah.
“Saya yakin Datuk Seri selesa di PD tetapi kerana perjuangan Datuk Seri terpaksa korbankan. Kita yakin PH akan dapat sebuah negeri lagi (Perak),” katanya.
IKUT HATI NAK LAWAN PENGKHIANAT DI GOMBAK, AMPANG
Ikut hati nak lawan pengkhianat di Gombak, Ampang
Pemilihan kerusi parlimen Tambun untuk ditandingi oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bukan dibuat secara semberono tetapi setelah memikirkan strategi bagi menambah sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika ikut suara hati, beliau lebih suka bertanding di kerusi Gombak atau Ampang yang jelas Ahli Parlimennya telah mengkhianati mandat rakyat.
Hal itu disampaikan beliau dalam ceramah penghargaan di Port Dickson, malam tadi.
“Hari ini saya datang sampaikan sendiri ucapan penghargaan, terima kasih, terhutang budi dengan rakan di Port Dickson.
“Kalau dah sayang tinggal buat apa? Tinggal kerana kawasan ini kawasan kuat, tugas kita nak tawan negara. Nurul Izzah kata baliklah Permatang Pauh. Saya kata Permatang Pauh ok. Atau kawasan pengkhianat Gombak , Ampang, tetapi itu kawasan kubu kita.
“Saya kalau ikut geram nak pergi kawasan khianat bagi terajang. Rakyat yang undi susah payah, kamu bila naik kira nak mentekedarah nak jawatan, menteri.
“Tetapi tempat ini dah kubu kuat. Jadi fikir Perak, kita bukan kuat mana, Tambun pula, Peja. Dia kata Anwar nak datang Perak dia tak tau beza ‘ayaq’ dengan ‘ayor’.
“Ini level politik Menteri. Beritahu dia, saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar 7 tahun, di Perak la. Kome tak tahu ke?
“Lepas itu masuk pula Kamunting (tahanan ISA) 2 tahun. 9 tahun di Perak, kome tak bace ke?
“Tetapi saya nak masuk sana bukan nak berhujah dengan dia. Saya nak bezakan Anwar yang diamanahkan nak jaga negara,” katanya.
Presiden KEADILAN itu mengingatkan rakyat agar memilih wakil rakyat yang berani bersuara mempertahankan hak mereka sebagaimana yang dilakukannya di Port Dickson apabila pihak hotel ingin menambah bangunan menyebabkan perkampungan nelayan terjejas.
Katanya, beliau berusaha bagi mendapatkan pampasan berupa bangtuan dari pihak syarikat kepada penduduk.
“Itu menunjukkan kita ada ketegasan. Kita guna pegaruh untuk beritahu pada dia, aku nak guna kuasa jaga orang susah, nelayan tak ada suara. Saya bergaduh dengan kerajaan hal itu. Kekuatan dari mana, kekuatan dari rakyat.
“Pindah mengapa? Kerana kita nak tawan kawasan lain. Dulu Tambun bukan PH, tak dimenangi oleh kita. Dikuasai oleh Bersatu. Kalau kita tawan, itu ada nilai tambah. Bila cukup kerusi, bawa kepada Agong, tolong selesaikan (bentuk kerajaan). Itu tujuannya,” kata Anwar.
Bagaimanapun beliau tidak menganggap mudah cabaran di Tambun dengan pengundi Melayu 60% dan kawasan yang luas.
Untuk itu, Anwar menyeru agar rakyat pada PRU 15 berubah dan mengundi wakil rakyat yang boleh bersuara untuk mereka.
BOLEH MASUK NURAKA....
Apakah hukum menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat?
Dalam Islam Rasulullah SAW melarang menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Haram hukumnya apabila kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat secara adil dan kerajaan yang berusaha menegakkan peraturan Islam lalu dijatuhkan secara paksa (rampasan kuasa).