ZAHID HAMIDI DAN TOK MAT YANG TAK BERSIH WAJAR UNDUR DIRI, ISMAIL SABRI LEBIH BERWIBAWA KEPALAI KEMPEN BN


 Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu, bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih, tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Katanya, Mohamad atau Tok Mat adalah termasuk dalam senarai menunggu untuk didakwa.

Dirinya yang sedang dalam perbicaraan mungkin mudah difahami apa yang tidak bersihnya itu, tapi barangkali Zahid Hamidi juga tahu apa yang tak bersihnya timbalannya itu.

Kalau tidak, takkan beliau berani menyebutnya secara terbuka dan di depan kamera.

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14 lalu, bukan saja saya akan kena dakwa, tetapi juga Tok Mat yang namanya turut dalam senarai untuk didakwa sama.

“Bagi mengelakkan semua itu, BN mesti menang dengan dominan dalam PRU15 akan datang,” ujar beliau yang videonya itu sekarang ini tular bertebaran hingga ke ceruk pedalaman kampung di seluruh negara.

Dengan apa yang diucapkannya itu yang semua orang faham bahawa beliau dan Tok Mat adalah tidak bersih, kedua-dua mereka sebenarnya tidak patut lagi mengepalai kempen BN dalam PRU15 ini.

Zahid Hamidi ialah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, manakala Tok Mat adalah Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Pengerusi BN dan Pengarah Pilihan Raya BN.

Keberadaan kedua-duanya yang diakui sendiri tidak bersih oleh Zahid Hamidi itu pasti menjadi persoalan di mata pengundi, lebih-lebih lagi jika mereka turut bertanding sebagai calon.

Mereka bukan saja meletakkan BN dalam keadaan yang diragui, bahkan dengan bertanding pula, ia menjadikan seolah-olah mereka ada kepentingan dalam kemenangan yang ingin dicapai BN iaitu untuk melepaskan diri daripada pendakwaan.

Oleh kerana video ucapan Zahid Hamidi itu sudah tersebar luas ke seluruh negara , selain rakyat di bandar dan separa bandar lebih dulu menontonnya, malah pengundi di luar negara juga dapat menontonnya, ini dengan sendirinya meletakkan peluang kemenangan BN tidaklah lagi secerah seperti sebelum ini.

Tidak ada pengundi mahu memberi undi kepada BN lantaran mereka sedar kemenangan yang dicapai hanya akan digunakan bagi mengelakkan diri kedua-dua pemimpin itu khususnya daripada sebarang pendakwaan.

Bagi mengelakkan nasib buruk menimpa BN, Zahid Hamidi dan Tok Mat bukan saja tidak wajar bertanding lagi, malah wajib menyerahkan tugas mengepalai kempen BN bagi PRU15 ini kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob

Sebagai Perdana Menteri dan “poster boy”, Ismail Sabri mampu membawa lebih keyakinan kepada BN jika beliau diamanahkan memikul tanggungjawab tersebut berbanding Zahid Hamidi dan Tok Mat yang tidak bersih itu.

Lebih berwibawa lagi, tidak seperti Zahid Hamidi yang masih ada kes mahkamah dan dirinya diakui sendiri tidak bersih bersama dengan Tok Mat, Ismail Sabri sebaliknya tiada apa-apa kes yang mencalarkan imejnya. – ShahbudinHusin 15/10/2022.



WAN AZIZAH KEMUNGKINAN BESAR MENJADI CALON

 

PKR timbang permintaan untuk Wan Azizah tanding PRU15





Dr Wan Azizah Wan Ismail menewaskan empat pencabar lain di
 Parlimen Pandan pada PRU14 dengan majoriti 52,543 undi, selain
 pernah menyandang kerusi Permatang Pauh pada 1999 hingga 2008
 dan 2015 hingga 2018.

PETALING JAYA: PKR sedang mempertimbangkan permintaan supaya penasihat parti itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata permintaan itu dibuat Wanita Pakatan Harapan.

“Kita akan bagi pertimbangan. Belum ada keputusan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera Pilihan Raya PRU15 Wanita PH.

Wan Azizah menewaskan empat pencabar lain di Parlimen Pandan pada PRU14, dengan majoriti 52,543 undi. Bekas timbalan perdana menteri itu juga pernah menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 hingga 2008 dan 2015 hingga 2018.

Anwar berkata, keputusan dirinya bertanding di kawasan mana juga belum ditentukan.

“Saya juga belum tahu bertanding ke tak atau di mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak menyalahkan Amanah yang berhasrat bertanding di kerusi pernah diperuntukkan kepada Bersatu pada PRU15.

Bagaimanapun katanya, keputusan akan dibuat di peringkat negeri sebelum dibawa ke pucuk pimpinan.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata, dasar PH amat jelas bahawa semua parti komponen boleh menuntut bertanding di kerusi yang diberikan kepada Bersatu pada PRU14.

JANGAN PUTAR BELIT

 

Hahaha... Walaupun ada rakaman video, tetap dia nak putar belit. Ini bukan fitnah. Dalam video tu jelas Zahid sebut. Putar belit apanya. Yang belit tu Zahid. Dah cakap tapi tak nak mengaku pulak.

Macam ayat BN sanggup redah banjir dulu. Bila kena kritik, dia kata kenyataan diputar belit. Tapi lepas tu dia desak juga nak PRU masa musim banjir. Dia punya belit, ular sawa pun surrender.

Zahid ni jenis mulut lagi laju dari otak. Masa cakap tak fikir. Lepas cakap baru tergeliat lidah nak cover. Kalau dia jadi PM, mau Malaysia kena serang sebab cakap tanpa fikir dia tu. Guane boh?

Raja Gelap




CALON

 

CALON

1. Sekarang difahamkan, semua parti menggagau cari calon. Perkara normal nak PRU. Cuma PRU15 ni sampai 4-5 penjuru, makin meriahlah pemilihan calon pilihanraya. Bagi setiap parti yang ada.

2. Ramai orang nak jadi calon. Kalah pun takpe. Itu nama perjuangan. Kalah pun boleh masuk dalam resume. Bekas calon pilihanraya. Orang boleh respect jua. Mereka la kata. Bukan saya.

3. Ada juga yang ajar, kalau nak masuk bertanding, wajar terus menang. Kalau tak sia2 la. Once you take the leap of faith, atau buat terjunan dalam dunia politik, there’s no turning back. Makanya, kalau boleh masuk tu, cari platform yang baik, untung sabut timbul. Terus menang.

4. Itu lah jadi pada kebanyakan YB yang baru2 masa PRU14. Banyak menang kerana tsunami.

5. Kalau nak menang pilihanraya, must be at the right time, at the right place. Kata mereka. Parti itu paling utama. Kena cari parti yang kuat. Dan seat pun kena selamat.

6. Tu sebab kita tengok Tengku Zhafrul walau level2 T20 dan urbanite, nak juga bertanding kat kampung2. Bukan Kolumpo. Gerenti menang la, kata mereka2. Orang Melayu suka bangsawan. Feudalism itu masih kuat.

7. Otai cakap dengan saya, kalau nak jadi calon yang gerenti menang, kena masuk parti yang kuat. Sama ada UMNO, DAP, PKR dan PAS. Kerana ini parti lama. Sudah ada base mereka. Letak sipolan mana pun, pengundi pangkah pakai logo. Kadang nama calon pun tak tahu.

8. Selain nak menang senang, Otai cakap kena tengok juga perjuangan kita. Apa peranan kita dalam parti politik?

9. Kalau masuk UMNO, pastikan nak bantu bersihkan

parti dari korupsi. Kalau masuk DAP, kena bawak suara moderate Melayu, jangan pula jadi chauvinistik. Kalau masuk PKR, cuba damaikan puak2. Minta buang budaya basuh pakaian dalam di tempat terbuka. Kalau masuk PAS, eh Liyana tak lepas Description: 😂

10. Calon juga kena sedia mental dan fizikal. Habis segala cerita sama ada betul dan fitnah akan dijaja. Bukan saja diri sendiri malah keluarga.

11. Duit usah cerita la, macam air akan keluar. Kalau takde setengah sejuta dalam poket, jangan harap la nak menang. Itu kata otai2 lama.

12. Makanya saya rumuskan, kalau nak jadi calon, kena menang. Baru boleh buat perubahan. Nak menang kena masuk parti yang kuat. Letak tepi suka tak suka. Itu belakang kira. Duit jugak kena ada. Muka kena tebal jua.

13. Memang kerja politikus ni matlamat menghalalkan cara. Cara untuk berkuasa. Tapi soalan yang perlu kita tanya, bila dapat kuasa, adakah kita mampu dan upaya, agar amanah yang diberi terjaga? Adakah kita kuat nak tolak segala jenis dugaan, semata2 kerana nak kekalkan kuasa kita?

14. Apa yang saya belajar, dalam 2 minggu ni. Banyak orang boleh jadi calon dan politikus. Tapi tak ramai boleh jadi pemimpin dan negarawan ulung. Yang pengikut betul2 boleh sanjung.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

PH TAK PERNAH PUN BERSUARA MAHU KERJASAMA DENGAN PAS...TAPI PAS MENYONDOL UMNO NAK BEKERJASAMA...PH TAK PERNAH BERSUARA..TAPI PAS BERSUARA DI PAHANG....BURUK AKHLAK LA HADI WOIIII


KAMU LAH YANG MENYERTAI PENGKHIANAT MENJATUHKAN PH...KAMU JUGALAH YANG MENDAPAT HABUAN BERSAMA KERAJAAN MELAYU ISLE YANG GAGAL. BAHKAN KAMU DIKATAKAN DUTA MAKAN GAJI BUTA

KAMU JUGA LAH YANG MEMBAWA PARTI KAMU MENYEMBAH UMNO... SEJAK 2 PRESIDEN LALU...PAS TIDAK PERNAK BEKERJASAMA DENGAN UMNO HANYA KAMU YANG MENJATUHKAN MARUAH PAS

APABILA KAMU GAL BERSAMA UMNO , ...KAMU BAWA PAS MENYEMBAH UMNO SEHINGGA AHLI UMNO DAN PIMPINANNNYA MENGHINA PARTI KAMU, KAMU MASIH LAGI TERHEGEH HEGEH SEHINGGALAH PARTI KAMU DIHINA SEBEGITU RUPA ,,,KAMU NAK SALAHKAN PH...PH TAK PERNAH NAK BEKERJASAMA DENGAN PARTI .KAMU PH JUGA TIDAK PERNAH BERTEMU DAN BERBINCANG DENGAN PARTI KAMU.....


Hadi beri alasan sebab PAS tolak PH

PAS menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) kerana fahaman politik dan moral liberal yang dicita-citakan parti komponen dalam gabungan politik pembangkang itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata terdapat pihak dalam PH yang menolak Islam serta peranan institusi Raja-Raja Melayu.

Hadi turut berkata terdapat juga pihak yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam pakatan itu.

“Mengapa PAS tolak PH… mengapa PAS tolak Barisan Nasional (BN)… Mengapa PAS bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

“Mengapa, dalamnya (PH) ada DAP… ada parti orang Melayu… puak tolak Islam… puak LGBT… puak khianat (pengkhianat)… puak pemberi rasuah dan penerima rasuah… yang tolak Raja pun ada.

“(LGBT) membenarkan lelaki bernikah dengan lelaki… boleh menikah sesama orang perempuan… yang sama jantina, terlibat dalam tindakan ‘lawan pedang’… ini tidak boleh dibenarkan, ini bukan (identiti) masyarakat kita.

“Justeru, PAS menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama dengan PH,” kata Hadi ketika menyampaikan “Kuliah Dhuha” dari Pantai Kelulut, Marang di Terengganu semalam (Jumaat).

Sesi itu disiarkan secara langsung di akaun Facebooknya.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak berbelah-bahagi apabila membidas PH kerana ‘berat nanang’, slanga Terengganu kerana sukar untuk bekerjasama atau menakutkan.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak dalam PH yang bukan sahaja meminta rasuah tetapi turut menawarkan rasuah.

“Mereka bersuara tentang antirasuah tetapi mereka menerima sumbangan daripada orang yang menawarkan rasuah. Mereka memperjuangkan menghapuskan rasuah, menuduh UMNO rasuah tetapi mereka tidak melawan bentuk lain ‘kemungkaran’ (kekejaman).

“Sebab itu PAS tidak boleh bersama dengan PH, kerana ada pihak yang menyokong LGBT dan pihak yang menolak golongan Diraja,” katanya.

Dalam kuliah sama, bekas Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS memilih untuk memutuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ekoran pemimpinnya terlibat dengan perbuatan rasuah.

Beliau berkata meskipun laluan kerjasama dengan PN lebih sukar namun pihaknya memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN),” katanya.

Hari ini, Presiden Bersatu – parti gabungan bersama PAS, Gerakan, SAPP dan STAR dalam PN – mengumumkan parti itu telah membuat ketetapan muktamad tidak akan mengadakan kerjasama dengan PH menghadapi PRU-15 akan datang.


NAK MAIN DUA KOLAM TAK JADI...KAPIRKAN UMNO ??

.



 Gambar pertemuan ini di ambil ketika Lebai PAS Adi Awe dan Tuang Breheng berjumpa pimpinan tertinggi umno sehari sebelum Lebai PAS umumkan akan bersama ppbm dlm pru15..


Kesian Lebai PAS...niat nak main 2 kolam terkubur begitu saja slps di beri kata dua oleh pimpinan umno 🤣🤣🤣


Pimpinan umno sgt berprinsip bkn mcm Lebai PAS yg asyik putar belit demi nak dpt untung dlm politik 😂😂😂


kahkahkah


cc : makcik Cahaya Bulan makcik Pelangi Jingga makcik Baiduri Seroja



KITA KENA YAKIN KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN

 


Analogi kerjasama PH

Prof Agus, A. Kadir Jasin & Liyana

KITA KENA YAKIN KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN

Sehari dua ini saya membaca ramai yg berang apabila tokoh2 atau influencer membicara isu 1 lawan 1. Ramai antaranya adalah Prof Agus, Datuk A Kadir Jasin dan Liyana Marzuki.

Saya memetik nama2 ini kerana mereka ini rata2 bukan ahli mana2 parti tetapi berfikir atau berpihak kpd PH. Mereka sedar bahayanya jika BN memerintah.

Saya hanya org kecil juga dikritik walau sekadar mengulas mengenai kehadiran MUDA. Malah bila Majlis Presiden membuat keputusan yg sama, DS Anwar lah yg paling teruk dicemuh oleh ahli partinya sendiri dgn mengatakan beliau Presiden yg lembik, takut Amanah dan DAP, Kak Wan lebih dan sebagainya.

Saya berharap artikel ini dibaca dgn tenang agar kita dapat berbicara dlm konteks yg lebih luas secara intelektual. Saya kali ini akn byk menggunakan analogi sebagai sandaran hujah saya yg mungkin betul dan mungkin sebaliknya.

——————————————————————————-

Prof Agus beritahu BN akn menang walaupun byk isu jika pembangkang tidak bersatu. Beliau mengajak pembangkang berjiwa besar sekurang kurangnya ada electoral politic. Liyana juga hujah yg sama dgn Prof Agus, katanya sekurangnya kita perlu political pact.

A Kadir Jasin juga mahukan pembangkang bersatu jika tidak sejarah Melaka akn berulang. Katanya ramai rakyat menentang Umno dan mahukan perubahan tetapi mereka berpecah belah undi sepertimana berlaku PRN Melaka.

(Gambar) adalah maksud kata2 Datuk A Kadir Jasin. Analoginya yg sokong UMNO hanya 7 dan menolak ada 13 tetapi kerana berpecah kita kongsi sedikit seorang akhirnya UMNO yg dpt majoriti.

———————————————————————————

Saya mungkin berbeza sedikit dgn mereka bertiga kerana saya sama sekali tidak bersetuju dgn kehadiran Pejuang. Saya org berniaga jika saya mahu jalinkan kerjasama mestilah ia menguntungkan saya. Ini saya kaitkan dlm kitab Art Of War.

Pejuang tidak silap mereka tewas semua kawasan dan hilang byk wang deposit di Johor. Maksudnya ia tidak memberi impak utk kerjasama dgn PH. Jika dlm pro & kon Pejuang lebih memberikan kon kpd pembangkang atau PH itu sendiri.

———————————————————————————-

Saya terima MUDA kerana saya melihat mereka ada potensi. Isu yg lalu saya mengambil keputusan mereka di Johor di mana mereka ada pengikut mereka sendiri.

Saya selitkan beberapa hujah saya dgn beberapa rakan FB yg mereka boleh mengiyakannya.

Kenapa MUDA sdgkan PKR, Amanah dan DAP ada angkatan mudanya sendiri?

Jawapan saya:

a)Pertama kita tidak mahu pertembungan yg byk kerana ia hanya memecahkan undi.

b ) Kedua dari kajian saya sendiri terhadap lebih 110 pelajar IPTA/IPT yg pernah dan masih berkhidmat dgn saya 80% memilih MUDA. 90% pula hanya ikuti politik di Tik Tok.

c) Mereka memilih muda kerana melihat Ketua Muda Syed Saddiq itu masih muda. Mereka melihat PKR ketuanya Anwar, Amanah ketuanya Mat Sabu dan DAP ketuanya Lim Guang Eng (walaupun ketuanya kini Anthony). Yg lucu dari kajian itu ada yg memilih kerana ketampanan Syed Saddiq. Ini fitrah anak2 muda.

Analoginya tanya anak muda mereka nak tonton konsert band Wings atau band Sekumpulan Orang Gila. Mereka pilih Sekumpulan Orang Gila sb mereka rasanya ia muzik yg sesuai utk mereka, band anak muda berbanding dgn Wings, Awie sebaya bapa mereka.

e) UMNO, Bersatu dan PAS faktanya menguasai 70% org Melayu 40 tahun ke atas. PH mesti menguasai 70% anak muda yg mempunyai lebih 7 juta pengundi utk mengimbangi kekuatan lawan.

Ia penting utk meningkatkan imej PH adalah pilihan org muda. Biar mindset anak muda utk mengundi dan masa depan org muda kena pilih PH.

Analoginya begini. Waktu kami mengeluarkan akhbar Sinar Harian dari Lembaga Pengarah dan Editorial mengambil pengajaran apa yg berlaku kpd Watan yg hanya bertahan beberapa tahun sahaja.

Ini kerana Watan hadir dgn wajah yg serupa dgn akhbar2 yg sudah lama bertapak seperti Berita Harian dan Utusan. Jadi tiada sebab utk masyarakat membeli Watan kerana cerita yg sama cuma size berbeza.

Sinar Harian muncul dgn akhbar berkonsepkan komuniti. Cerita2 daerah yg pada awalnya dahulu diketawakan oleh rakan2 media yg lain. Sebab itu kami mulakan di Kelantan sb kita tahu semangat kenegerian org Kelantan. Akhirnya akhbar ini berjaya dlm masa yg sgt pantas di Kelantan.

Jadi org Kelantan nak tahu berita Kelantan mereka kena beli Sinar Harian. Jadi biar anak muda nak berpolitik atau mengundi mereka pilih PH.

f) Ada soalan begini…Jika PH & PKR tak boleh menang, korang ingat parasit politik dan MUDA nak bersama PH..?? Jawapan saya jika MUDA tak memberi impak ingat PH boleh terima mereka? Sebenarnya kita saling memerlukan atau mempergunakan.

—————————————————————————-

Antara dialog saya dgn rakan… Kata saya kita tidak mampu menang tanpa strategi yg ampuh.

Ramai antara mereka menjawab… ‘kita tidak boleh terima pengkhianat, tidak mahu dikhianati sekali lagi dan yg paling saya tidak boleh terima ialah biar kalah bermaruah.’

Seperti Liyana telah acapkali saya katakan dlm politik tiada istilah biar kalah asal bermaruah. Kalau kalah bermakna kalah. Hilang kuasa dan hilang pelbagai lagi dan akhirnya parti semakin lemah.

Bab biar kalah bermaruah ini saya rasa kurang senang, sepatutnya jika tidak mahu kerjasama mesti berikan solusi bukan hanya menyerah kalah.

Mcm kita ada modal 1 juta nak berniaga Pizza. Kawan kata buka di kampung dia walaupun kita katakan org kampung tak gemar makan Pizza. Katanya tak apa asal buka dan org lihat gah. Biar nampak gah walaupun bakal bankrap.

Adakah kita seronok atau satu kepuasan buka sahaja mata setiap pagi mula menulis memaki hamun UMNO. Adakah kita masih rela ramai yg akn ditangkap kerana berdemo dan sebagainya.

Adakah kita memang seronok melihat kartel2 mahkamah dibebaskan dan akhirnya kita membebel di medsos setiap hari atas nama biar kalah asal bermaruah?

Jika ada yg suka begitu tidak mengapa tetapi pendapat saya secara peribadi implikasinya jika kalah kpd rakyat sgt teruk. Saya pasti GST akan dikenakan. Harga minyak melonjak dan aktiviti rasuah akn terus menggila.

———————————————————————————

Dalam berpolitik kita kena ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Dlm politik sekejap kawan sekejap bermusuh. Tiada kawan yg kekal dan tiada musuh yg kekal. Itulah politik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Kdg2 ada yg berhujah dgn saya terlalu emosi berkata biar PKR solo. Kita jangan jadi barua Amanah dan DAP. Bagi saya itu berpolitik mengikut emosi dan bukan akal yg rasional. Kita jangan biar emosi memandu akal.

Amanah ada ratusan ribu ahli dan DAP ada jutaan pengundi Cina. Sdgkan satu undi pun penting apatah lagi jutaan undi. Tanpa DAP, PKR tidak boleh menjadi kerajaan di Selangor.

PH dulu berjaya 15% turut disumbangkan oleh pengaruh Bersatu ketika itu. Itu kita jgn nafikan. Ini kerana org Melayu yg benci UMNO bila mereka melihat ada parti yg dilihat kuat ideologi politik Melayunya seperti Bersatu, lalu mereka terpaksa mengundi PH kerana Bersatu menggunakan logo PKR.

———————————————————————————

Tahukah anda ramai penganalisis politik meramalkan tiada mana2 parti akn mampu membentuk kerajaan sendirian. Samada PH, BN atau PN.

Jadi mahu tidak mahu andai PH mampu menang 70-80 Parlimen… kita masih memerlukan kerjasama parti lain utk membentuk kerajaan. Begitu juga dgn BN. Adakah kita terpaksa menolak kerajaan campuran semata mata biar kalah bermaruah?

Atau selepas PRU nanti baru boleh kita kerjasama dgn pengkhianat atau Muda?

———————————————————————————-

Kita anggaplah PKR, Amanah, MUDA, DAP dan UPKO ada kekuatan dan kelemahan. Utk berjaya kita kena bekerja dlm satu pasukan. Masing2 menampung kelemahan parti lain.

Contoh PKR lemah utk menarik pengundi Cina, DAP menampungnya. Amanah dan DAP lemah menarik pengundi Melayu bandar PKR menampungnya. Amanah lemah di Sabah UPKO membantunya.

Analoginya M Verstappen tidak akan menjuarai F1 kali kedua tanpa kerjasama berpasukan dari Team Red Bull. Jika mekanik tidak baik, Verstappen tidak akn menang, jika mekanik ok pakar strategi tak mantap Verstappen tak akn menang. Jika pakar strategi mantap tetapi driver tidak hebat… Vesrtappen dan Red Bull tak akan menjadi juara.

Ia mesti kerjasama berpasukan yg erat. Bila Majlis Presiden membuat keputusan bermakna mereka telah perhalusi segala galanya.

—————————————————————————-

Kita tidak boleh berpecah terlalu byk. Semua parti ada peminat/penyokong/pentaksub sendiri. Itu fitrah manusia.

Analoginya ada kedai makan. Kita walaupun masakan sedap… ada yg tak suka. Kawan2 saya org KL tak suka makan Nasi Ganja sdgkan kami org Perak ketagih. Minat masing2… begitulah dgn parti kita jgn anggap semua org suka dgn parti kita.

Ada org makan di restoran Nasi Ganja sb kawan belanja bukan sb dia suka makan di situ. Begitulah juga anak2 muda yg mungkin tak suka PH tapi bila lihat MUDA bersama PH mereka akn undi PH.

 

TAK BODO BUKAN DIA


 Bangang cakap tak pakai otak..

 

Yang Berkempen betul YB2 orang Politik

 

Pasukan Bomba , Polis, KKM, Nadma tu semua bukan pengundi..?

 

Yang nak keluar mengundi tu rakyat..orang ramai..

 

Dia tak fikir ke kalau banjir orang ramai nak pergi mengundi ke nak jaga rumah..?

 

Atau YB YB pakat undi sesama sendiri..?

BIARKAN TIGA ATAU EMPAT PENJURU, PRU15 BUKAN SAJA UNTUK HALANG KLEPTOKRAT, TAPI JUGA UNTUK BENAM KATAK DAN PENGKHIANAT


 Di sebalik keinginan Tun Mahathir Mohamad agar parti-parti pembangkang saling bekerjasama bagi menumbangkan BN mendapat sambutan agak dingin dan meskipun Anwar Ibrahim juga memutuskan tidak akan menjalin sebarang hubungan, baik dengan PN mahu pun GTA, riuh rendah suara penganalisis dan ahli akademik yang mahukan penyatuan blok pembangkang masih lagi kuat kedengaran.

Mereka secara umumnya memberi ingatan, tanpa saling bekerjasama, blok pembangkang tidak akan berjaya merebut kuasa dan hanya memberi laluan lebig selesa untuk BN berkuasa semula.

Disarankan juga, meskipun berbeza pendapat dan pendirian, semua parti pembangkang mesti berlapang dada dan bersatu hati untuk satu perkara – menghalang BN jadi kerajaan semula.

Benarkah hanya dengan penyatuan pembangkang saja BN boleh dikalahkan?

Apakah menumbangkan BN satu-satunya matlamat tunggal yang maha penting yang wajib dicapai bagi blok pembangkang, khususnya PH dan ia mengatasi semua keutamaan yang lain?

Memang benar bahawa menjadi kerajaan, menumbangkan BN dan mengelakkan kleptokrat berkuasa semula adalah misi penting bagi blok pembangkang, tetapi PH jangan lupa kepada persoalan lain iaitu keserabutan politik yang berlaku hari ini adalah disebabkan pengkhianatan dan kerana ada ahli politik yang tidak malu menjadi katak.

Semua itu berlaku disebabkan tamak kuasa, dengki, iri hati, dendam tak berkesudahan dan pelbagai elemen busuk hati lain yang bersarang dalam jiwa mereka yang berkenaan.

Mereka lupa atas tiket apa mereka dipilih rakyat serta kerana apa rakyat mengundi mereka.

Disebabkan semua perangai jahat itu, maka kerajaan PH yang dipilih melalui undi rakyat lebih rela dijatuhkan sehingga membuka laluan kepada parti yang kalah menjadi kerajaan.

Jika PH setuju menjalin kerjasama, baik dengan PN atau GTA untuk menghadapi PRU15 akan datang, bermakna mereka rela memberi nyawa kepada pengkhianat dan katak untuk bernyawa semula.

Sementara UMNO dilihat begitu tegas menolak untuk bekerjasama dengan Pas semata-mata kerana tidak mahu menyelamatkan katak-katak yang telah melompat ke kolam Bersatu, di manakah maruah PH jika masih berlapang dada sedia menerima pengkhianat untuk tidur sebantal dengan mereka dalam satu kelambu?

Lebih buruk sebenarnya, setelah diselamatkan nanti dan katalah BN berjaya ditumbangkan, apa jadi kepada blok pembangkang akhirnya?

Tidakkah sesama mereka akan bergaduh semula dan sudah tentu, tajuk paling mudah untuk dijadikan bahan pergaduhan ialah Anwar Ibrahim mesti memberi laluan kepada orang lain yang tak pernah puas berkuasa untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi?

Dalam erti kata lain, perbalahan dan dunia politik negara akan menjadi kotor semula hanya kerana blok pembangkang setuju untuk saling bekerjasama bagi menjatuhkan BN itu.

Atas sebab itu, PH mesti tegas menolak sebarang bentuk kerjasama atau cadangan berbaik semula dengan golongan pengkhianat dan mereka yang pernah menjadi katak sebelum ini.

PRU15 bukan saja medan untuk mencari kuasa bagi memulihkan negara dan melaksanakan reformasi serta menghalang kleptokrat kembali memegang kuasa, malah juga bagi membersihkan politik negara ini daripada kekotoran yang disebabkan oleh pengkhianatan dan kegemaran melompat parti.

Golongan tersebut lebih mungkin dapat disingkirkan dan dibenam kariernya jika PH tidak menerima mereka sebagai rakan kerjasama.

Hanya dengan menyingkirkan mereka daripada memenangi sebarang kerusi saja dapat menjadikan politiik negara selepas ini berada di tangan mereka yang suci hati, murni perjuangannya serta setia kepada parti.

Jangan bimbang jika PRU15 nanti berlangsung sama ada tiga atau empat penjuru, bahkan jangan lupa PH menang pada PRU14 dulu pun melalui pertandingan tiga penjuru.

Mereka yang takut pertandingan banyak penjuru kononnya akan memberi kelebihan kepada BN sebenarnya lebih takut mereka tiada peluang langsung dalam mengutip kemenangan.

Percayalah, pengundi lebih memilih parti yang ada prinsip perjuangan dan tidak bersekongkol dengan pengkhianatan serta pelompat-pelompat katak berbanding parti yang sanggup mengorbankan nilai-nilai murni sendiri demi mengejar kilauan fatamorgana kuasa semata-mata.

Malah dengan kekal berpegang kepada prinsip itu, bukan saja penyokong sedia ada tidak lari, pengundi atas pagar juga mungkin lebih teruja dan terghairah untuk turut sama memastikan lakaran kejayaan yang diburu PH menjadi kenyataan.

Ketegasan PH menolak untuk bekerjasama dengan pengkhianat dan katak juga selari dengan usaha mereka mengadakan MOU dengan kerajaan sehingga terlaksananya akta lompat parti.

Sudah tentu akta lompat parti akan menjadi sampah di mata rakyat jika PH akhirnya memutuskan bekerjasama dengan kelompok yang dibadannya ada cop sebagai pengkhianat dan pernah menjadi katak.

Untuk menggapai kemenangan, yang jauh lebih penting ialah terus bekerja kuat dan pastikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus, selain kekal dengan prinsip, bukan dengan memeluk semula pengkhianat dan katak yang pernah menikam belakang sebelum ini. – ShahbudinHusin 15/10/2022.



Pilih calon berintegriti, kata pemimpin Rasuah Busters .Kalau diKedah jangan sokong Nusi sebab ada pengkhianat sokong beliau dan bentuk kerajaan.









 

Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Kedah, Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.

Pengundi perlu memilih calon dan pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya benar-benar ingin membuktikan mereka menentang dan mahu menghapuskan budaya rasuah.

Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Kedah, Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan pemimpin berintegrasi akan menjadi teras kekuatan negara, sekali gus berupaya memperkukuhkan sistem tadbir urus, elemen semak dan imbang, serta sistem pentadbiran negara yang responsif.

Beliau melihat PRU-15 yang bakal berlangsung tidak lama lagi sebagai medan menguji keyakinan dan kesungguhan masyarakat untuk mendepani isu rasuah.

“Pengundi harus bijak memilih pemimpin dan jangan memilih secara semberono, sebaliknya mengundi calon yang mempunyai prestasi bagus, latar belakang baik serta paling penting memilih pemimpin berintegriti.

“Bukan sahaja golongan pemimpin atau calon bertanding yang bakal diuji untuk tidak melakukan perbuatan berunsur rasuah tetapi kumpulan pengundi juga bakal berhadapan ujian menolak imbuhan sebagai gula-gula pilihan raya,” katanya menurut laporan Sinar.

Dr Ummu Atiyah yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata situasi tersebut bakal menguji sejauh mana kekuatan individu melawan amalan rasuah, termasuk sekecil-kecil pemberian sumbangan menjelang PRU-15.

Katanya, amalan pemberian barangan dan sumbangan wang tunai daripada calon bertanding sepanjang tempoh berkempen dilihat sebagai satu kebiasaan yang telah berlaku sekian lama, sedangkan perkara tersebut adalah satu bentuk rasuah atau umpan undi secara tersirat.

“Jika kita betul-betul hendak membanteras rasuah, kita perlu membuktikannya. Kesungguhan kita memerangi budaya rasuah boleh diterjemahkan pada PRU-15 ini.

“Semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Bulatkan tekad dengan menyatakan kita benci rasuah dan mereka yang menawarkan apa juga bentuk rasuah.

“Buktikan kita adalah masyarakat Malaysia yang benci budaya rasuah dan kita mahu memutuskan rantaian rasuah di negara ini,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Ummu Atiyah berkata jika dalam kempen PRU-15 nanti ada calon bertanding memberi sumbangan berbentuk barangan atau wang kepada pengundi, jika menerima pemberian tersebut ia adalah satu kesalahan.

Menurutnya, jika merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), kesalahan rasuah adalah meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan penjawat awam.

Oleh sebab itu katanya, walaupun pemberian tersirat sepanjang pilihan raya mungkin melibatkan satu jumlah kecil, tetapi masyarakat membenarkan ia subur menjadi budaya hidup, maka sebenarnya ia telah menghancurkan negara dan membunuh generasi masa depan.

“Apabila kita membiarkan perbuatan rasuah berlaku biar sekecil mana sekalipun, sebenarnya kita telah membenarkan negara kita dihancurkan dan ia hampir sukar untuk dihentikan.

“Cuba fikirkan kesan seterusnya, jika calon tersebut menang dan menjadi orang yang akan membuat keputusan dan polisi negara, maka adakah terjamin akan kejayaan polisi tersebut?

“Akhirnya rakyat juga yang rugi. Rakyat akan rugi kerana berlaku ketirisan belanjawan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat. Malah tidak dinafikan ia juga boleh beri kesan kepada keselamatan negara,” katanya.