Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
MEREKA GAGAL-MEREKA TIDAK PANDAI BUAT KERJA CUMA PANDAI BERKATA KATA.
MOHD AFFENDI ABAS
PH yang berjaya memulihkan Tabung Haji sampai PAS kalah saman
fitnah terhadap Dr. Mujahid Yusof Rawa tetiba PAS claim dia yg berjaya!
Berjaya apa sampai kos Haji pun naik! Nak menipu pun agak-agak lah!
Takkanlah lebai PAS nak menipu? Yang kuat menipu ni PASik! Bukannya Islam?
'Saya tidak umum bertanding di Ampang'
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu.
Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas-desus beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berhubung kerusi mana yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sewajarnya ditimbulkan.
Beliau berkata demikiann ketika menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini.
Anwar menegaskan beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.
TEKA TEKI SI PENGHIMPIT
Najib jadi PM… Dia himpit Najib….
Mahathir jadi PM… Dia himpit Mahathir….
Muhyiddin jadi PM… Dia himpit Muhyiddin…
Ismail Sabri jadi PM… Dia himpit Ismail Sabri…
Zahid bakal jadi PM… Dia himpit awal-awal…
Siapakah dia?
UCAPAN HJ HADI PECAH BELAH, KENAPA PM TAK BERTINDAK?
Ucapan Hj Hadi pecah belah, kenapa PM tak bertindak?
on:
Kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang bahawa bukan Islam dan bukan Bumiputera di negara ini merupakan golongan perosak politik dan ekonomi negara seharusnya diambil tindakan oleh ketua Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam, sikap berdiam diri PM Ismail Sabri dalam isu berkenaan amat mengguris perasaan bukan Bumiputera dan bukan Islam di negeri ini.
Katanya, tuduhan bukan Islam dan bukan Bumiputera mengawal ekonomi negara dan menggunakan wang mereka untuk mencemarkan politik, pentadbiran dan kehakiman merupakan penghinaan dan anasir memecahbelahkan perpaduan dalam negara.
“Ini seolah-olah mendakwa badan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh bukan Islam.
“Sudah lebih sebulan kenyataan Presiden Pas ini diperdebatkan namun PM masih membisu dan langsung tidak menyentuh tentang dakwaan Presiden Pas yang jelas melanggar semangat “Keluarga Malaysia” yang dilaungkan oleh Ismail Sabri.
“Tindakan Perdana Menteri terus membisukan ini menimbulkan persoalan apakah beliau bersetuju dengan dakwaan Hj Hadi yang jelas menghina bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai golongan perasuah.
“Tindakan Ismail ini membuktikan laungan “Keluarga Malaysia” adalah retorik politik belaka,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Thiban lagi, sikap berdiam diri BN dan sekutunya juga dilihat aneh kerana parti parti perkauman yang membentuk kerajaan BN – PN sering mempersoalkan apa sahaja yang dilakukan pembangkang, tetapi apabila rakan kongsi mereka menghina kaum masing masing mereka tidak pula bersuara.
Jelas beliau, rasuah adalah masalah semua kaum dan semua rakyat Malaysia seharusnya melawan gejala buruk itu, bukannya menyalahkan sesuatu kaum sebagai pengamal budaya berkenaan.
“Di waktu kita meraikan Hari Kebangsaan, dakwaan Abdul Hadi Awang langsung tidak mencerminkan semangat sebagai rakyat Malaysia. Rasuah tidak mengenal kaum mahupun agama.
“Rasuah adalah musuh negara yang perlu diperangi dan sesiapa sahaja tidak kira agama atau kaum boleh melakukan perkara keji dan terkutuk itu.
“Namun, apakah Presiden Pas sedar tindakan beliau dan partinya untuk terus menyokong dan bersekongkol bersama pemimpin yang dibuktikan makan rasuah dan kini di penjara Kajang itu adalah perkara yang keji dan terkutuk juga.
“Mungkin Presiden Pas dan sekutunya perlu mengimbas kembali peristiwa Pas menyokong dan mengesahkan Najib menerima derma dari Arab yang kini disahkan (tidak berlaku oleh) pemimpin politik yang paling korup dalam sejarah Malaysia (berdasarkan keputusan mahkamah). Apakah Pas benar-benar melawan rasuah?” tanyanya.
Justeru, Thiban mahu Presiden Pas berhenti daripada politik munafik dan memperalatkan sentimen agama serta kaum bagi kelangsungan politik
Manakala, PM Ismail katanya, harus tampil dan menjelaskan pendirian beliau tentang dakwaan Hj Hadi Awang yang menghina bukan Islam dan bukan Bumiputera.
JOM KITA BERI MUSUH CEMBURU- KITA G KONSERT
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
"Konsert di KL
boleh mencemburukan musuh Isley - hahahaharamkah"
Nasib baik lebai dah kasik dalil, yang pasti kena pisahkan lelaki dan wanita, terkinja-
kinja pun tak apa. Mereka semakin berani.
KALAU NAK KENA KENCING HANCING DENGAN PARTI INI, CUBALAH : PAS TIADA KESETIAAN, PERLUKAH PARTI BURUK PERANGAI INI TERUS DILAYAN?
Pada awal September lalu, Mahiaddin Md Yasin dan PN dilapor menuntut penjelasan daripada Pas tentang hubungan sebenar parti itu dengan UMNO.
Ia berikutan kenyataan Setiausaha Agung PAS,Takiyuddin Hassan ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah yang mendakwa wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin tertentu UMNO bagi membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU15.
Pelbagai pihak ketika berucap di muktamar yang sama juga memperlihatkan kecenderungan untuk menjadikan UMNO sebagai rakan kerjasama politik bagi Pas.
Dalam penjelasan yang diperolehi daripada Pas kemudiannya iaitu pada 8 September iaitu ketika mesyuarat PN ialah tiada rundingan rasmi berlaku antara Pas dengan UMNO serta pertemuan yang berlaku juga melibatkan pucuk pimpinan utama parti itu.
“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan itu selepas UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas dalam PRU15.
“Padjuga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam PN,” kata Mahidddin selaku Pengerusi PN dalam satu kenyataan medianya.
Bagaimanapun semalam, Mahiaddin sekali lagi mengeluarkan kenyataan mahu mendapatkan penjelasan daripada Pas dan Hadi Awang berhubung dakwaan wujudnya usaha terbaru mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional atau MN.
Malah, dalam usaha terbaru itu, Hadi dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga didakwa telah mengadakan pertemuan sulit pada Selasa lalu.
“Saya akan mendapatkan penjelasan apabila saya bertemu Hadi pada Isnin atau Selasa ini, saya akan tetapkan tarikhnya,” kata Mahidddin ringkas.
Katanya, beliau berminat untuk mengetahui sama ada perbincangan itu benar-benar berlaku, apakah keputusannya dan sama ada UMNO bersetuju mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan Pas, sebuah parti dalam gabungan PN.
Dalam hal ini, sepatutnya setelah Pas memberi penjelasan kepada mesyuarat PN bahawa tiada sebarang rundingan, tiada kemajuan dan tiada pimpinan utamanya terlibat bertemu dengan pemimpin UMNO serta memberi komitmen untuk mengukuhkab kerjasama melalui PN, soal bekerjasama dengan parti lain tidak harus berbangkit lagi.
Sebagai anggota gabungan PN dan tarikh PRU15 pun semakin dekat, ditambah dengan UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo atas tiket BN, Pas tidak harus lagi rambang mata cuba mendekati UMNO.
Pas harus setia kepada Bersatu dan PN yang berjasa membawa parti itu ke dalam kerajaan sebaik Mahiaddin memegang jawatan Perdana Menteri.
Ini tidak, bukan saja selepas itu Takiyuddin sendiri menyatakan musuh Pas bukan BN, sebaliknya musuh mereka secara bersama ialah PH, malah dilaporkan berlaku pula pertemuan sulit antara Hadi dengan Zahid Hamidi.
Apa ni? Inikah perangai sebuah parti Islam?
Nampak sangat dalam hal ini Pas adalah adalah parti yang langsung tiada kesetiaan kepada gabungan yang mereka menjadi anggotanya.
Kenapa Pas tidak boleh setia kepada Mahiaddin, Bersatu dan PN?
Kenapa masih mahu berusaha memikat UMNO dan walaupun UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo?
Dalam kenyataan Mahiaddin semalam, selain beliau akan mendapatkan penjelasan Hadi berhubung pertemuan sulitnya dengan Zahid Hamidi dan usaha menghidupkan MN, beliau juga menegaskan musuh utama PN dalam PRU15 akan datang adalah BN.
Ini ternyata berbeza dengan kenyataan Takiyuddin sebelum ini bahaww musuh bersama UMNO dan Pas ialah PH.
Cuma sekarang, bersama kenyataan Mahiaddin itu, sediakah Pas selepas ini meletakkan BN juga sebagai musuh utama mereka?
Kepada UMNO atau PN – sentiasalah berhati-hati dengan ketidaksetiaan dan rambang mata Pas ini.
Pas pernah tidak setia kepada MN dengan meninggalkan gabungan itu secara senyap untuk menyertai PN dan kini mula tidak setia pula kepada PN kerana ingin kembali kepada MN, patutkah parti buruk perangai seperti ini terus dilayan? – ShahbudinHusin 25/09/2022.
AYOYOO....INI KALU SUDAH LAMA LA MACHA....KITA TAHU LAH SIAPA MAU PERINTAH NEGARA DAN SAYANGNYA MIC SUDAH HILANG DARI RADAR. RAMAI DARI KAUM INDIA TELAH MENYERTAI PKR,DAP UNTUK SAMA SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA.PARTI RASIS KALU .....TAK ADA TEMPAT
DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15, kata Saravanan
PETALING JAYA: DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Presiden MIC M Saravanan.
Beliau yang juga menteri sumber manusia berkata, sebagai parti yang dominan dalam PH, sudah tentu DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah hari ini, Saravanan berkata rakyat perlu menyedari bahawa sekiranya PH menang, DAP akan mendapat kerusi yang banyak.
“Kalau pun BN bertanding, kita cukup pasti perdana menteri menentukan segala-galanya, tetapi kalau PH menang, di antara PKR, Amanah, DAP, Muda, siapakah akan dapat kerusi lebih banyak?
Ads by
“Maka, mereka (DAP) yang jadi penentu bagaimana hendak memerintah negara ini. Kita tahu apa akan berlaku kalau DAP jadi penentu,” katanya lapor Berita Harian.
Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, DAP sepatutnya tidak lagi diberi peluang selepas PH gagal memerintah negara selama 22 bulan.
“Rakyat dah lihat 22 bulan macam mana kita menderita, kita perlu sedar.
“Cukuplah…Saya percaya orang Melayu sendiri tidak akan beri undi kepada PH selagi ada DAP,” katanya.
MULANYA MACAM NAK DILANTIK PENGGANTI..KERANA ITU ADALAH PERJANJIAN..LEPAS LETAK JAWATAN NAK JADI KEMBALI...TAPI NAMPAKNYA HILANG TERUS...JADI TAKAPA AH KITA LAWAN LAGI YA
Mukhriz bidas Anwar susulan dakwaan Mahathir gagal laksana reformasi
KUALA LUMPUR: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataan bahawa Dr Mahathir Mohamad gagal melaksanakan reformasi ketika berada dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), sambil menyatakan ia tidak adil dan tidak berasas.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, berkata semua keputusan dibuat dalam kerajaan dilakukan secara kolektif.
“Jadi, kita pun kena menanggung tanggungjawab itu bersama dan tak boleh menyalahkan hanya seorang perdana menteri.
“Perdana menteri mengepalai Jemaah Menteri di mana semua keputusan berat dibentangkan dalam mesyuarat dan diputuskan secara bersama,” katanya pada sidang media.
Ads by
Anwar dan Pengerusi Pejuang, Mahathir, yang dulunya berada dalam satu gabungan, sering kali melemparkan tuduhan sesama mereka kerana gagal membuat reformasi politik.
Pada Khamis, Anwar berkata, kerajaan pimpinan PH tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya kerana ia dipimpin oleh seorang pemimpin “bukan reformis” (merujuk kepada Mahathir yang ketika itu menjadi pengerusi PH).
Mahathir, dalam maklum balas, berkata penggalnya ketika memegang kuasa terlalu singkat, selain gabungan itu berada di tampuk kuasa hanya dengan majoriti mudah, justeru kekurangan kekuatan untuk melakukan pindaan Perlembagaan.
Mukhriz ketika mengulas lanjut, berkata Mahathir merupakan seorang reformis dan ia dapat dilihat sepanjang dua kali menjadi perdana menteri.
Katanya, ketika pentadbirannya, banyak perkara dipertingkat dan diubah oleh Mahathir.
“Contoh Wawasan 2020 semata-mata memberi tumpuan kepada matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju.
“Malah, semua keputusan kerajaan baik di peringkat kementerian dan sebagainya adalah menjurus ke arah menjayakan aspirasi itu. Ini menunjukkan bahawa Mahathir adalah seorang reformis,” katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi penaja Gerakan Tanah Air (GTA), berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Muda sekiranya parti itu gagal menyertai PH.
Mukhriz berkata, berhasrat bertanding hanya di 120 daripada 222 kerusi, pada pilihan raya umum dan mempelawa Muda bertanding di baki 102 kerusi lagi jika berminat.
Bagaimanapun, katanya, Muda tidak akan menjadi sebahagian daripada GTA, sebaliknya sekutu bagi gabungan itu.
POTRAIT MONA LISA.
Jamzuri Ardani.
Kenapa potrait Mona Lisa karya Leonardo Da Vinci begitu istimewa dan terkenal? Saya bukan peminat potrait dan pada mulanya saya sendiri tidak nampak dimana istimewanya potrait ini sehingga dikagumi oleh para peminat seni di seluruh dunia.
Potrait Mona Lisa dihasilkan pada tahun 1506. Makanya, potrait ini perlu dinilai relatif dengan waktu ianya dihasilkan. Barulah dapat difahami nilai potrait ini dari perspektif seni lukisan waktu itu.
Selain seorang pelukis, Da Vinci adalah juga seorang saintis, ahli matematik, dan jurutera pada zaman 'Renaissance'. Beliau banyak mengkaji tentang mata, penglihatan, warna, dan cahaya.
Karya seni pada zaman itu sudah agak maju dari sudut 'realistik view'. Objek pandangan jauh dan dekat mempunyai nisbah yg 'realistik', warna-warna objek juga menghampiri warna dan pandangan sebenar. Tetapi Da Vinci memperkenalkan satu konsep baru lukisan dalam Mona Lisa. Beliau sedar bahawa tidak semua objek adalah jelas pada penglihatan mata manusia, tetapi dalam banyak hal pandangan manusia yang ada unsur kesamaran.
Da Vinci mula mengaplikasikan konsep 'pandangan samar' ini dalam karya Mona Lisa. Beliau memanggilnya 'Sfumato'. Potrait Mona Lisa tidak mempunyai sempadan objek yang jelas yang memisahkan satu objek dengan objek yang lain. Ini berbeza dengan lukisan-lukisan lain terhasil pada zaman itu dimana satu objek dengan objek yang lain jelas dipisahkan samada oleh sempadan warna yang kontra atau garis pemisah yang jelas kelihatan. Ini tidak ada pada potrait Mona Lisa.
Wajah wanita bangsawan bernama Lisa Gherardini yang terdapat dalam potrait Mona Lisa dilukis dengan konsep 'kesamaran' dan 'refleksi cahaya' sehingga ia kelihatan 'hidup', terutama di bahagian matanya. Para peminat lukisan waktu itu memberi komen, "apabila lukisan ini digantung di dalam bilik, anda seolah-olah dapat merasakan matanya sentiasa mengekori pergerakan anda".
Selain itu potrait ini juga seolah-olah berjaya 'membawa keluar' ekspresi yang terpancar dari wajah potrait ini. Setiap kali orang melihatnya, ia seolah-seolah memberi ekspresi yang berbeza.
Itulah yang membezakan potrait Mona Lisa dengan lukisan-lukisan lain pada zamannya. Ternyata pemerhatian seorang saintis dan teknokrat terhadap realiti penglihatan dan pencahayaan, serta aplikasinya ke atas seni lukisan telah berjaya membawa bidang seni lukis ke aras yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan bidang-bidang yang lain. Ia perlu adunan dan gabungan pelbagai ilmu dan pengalaman yang berbeza untuk diangkat ke paras yang lebih tinggi.
PONDAN HANYA TUMBUK ANGIN
Depa ni cam boxing tumbuk angin dlm filem Labu Labi bukan? Ponen betoi la koman sepanar. Dok ugut tekan butang pun tak tekan2. Punat apa depa ada? Meluat betoi la.
PNyamun ni cabar Penyamun tu, cabar mencabar pi mai pi mai dok tang tu jugak? Bubarnya tidak?
Klau tak berani pecat Maeil, tarak teloq nak umum tarik sokong, masa Budget 2023 nanti MP UMNO BN JANGAN SOKONG. Ada bran ka?
Klau tak bran, cabut teloq tu punggai bagi anjin makan. Bosan.
- Zus Din
24092022
******************
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/24/kalau-berani-minta-pm-bubar-parlimen-wan-saiful-beritahu-asyraf/
Kalau berani minta PM bubar Parlimen, Wan Saiful beritahu Asyraf
Mohamad Fadli -September 24, 2022 5:45 PM
Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Asyraf Wajdi Dusuki supaya tidak memaksa Bersatu menekan butang untuk PRU15.
PUTRAJAYA: Seorang pemimpin Bersatu membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang mencabar presidennya, Muhyiddin Yassin menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata Asyraf boleh meminta Ismail untuk membubarkan Parlimen dan tidak perlu menuding kepada partinya.
“Saya kadang-kadang malas nak layan pandangan ‘mangkuk’ ini.
“Sebab kalau dia nak ‘tekan butang’, dia sendiri minta perdana menteri bubar. Apa nak suruh orang lain tekan butang,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun Bersatu ke-6.
Tambahnya, jika Asyraf tidak berani berbuat demikian, beliau tidak perlu menyuruh Bersatu untuk menarik sokongan terhadap Ismail.
“Kalau tak berani, tidak perlu suruh orang. Kalau berani buat sendiri,” katanya.
Pada 20 Sept lalu, Asyraf dalam kenyataan di Facebook berkata, jika Muhyiddin merasakan kerajaan hari ini tidak berjaya menguruskan ekonomi dan wujud keperluan bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), maka bekas perdana menteri itu boleh mengarahkan anggota Kabinet Bersatu menarik sokongan terhadap kerajaan.
BAYAR SENDIRI KAH ATAU PAKAI DUIT RAKYAT- KALAU PAKAI DUIT RAKYAT ...RAKYAT BOLEH TUNTUT SEMULA SUPAYA BAYAR SENDIRI....LANGAU BANYAK PUN KADANG TAK BERGUNA...KENA GUNA BYGON UNTUK HALAU LANGAU
Bilangan delegasi PM ke New York ‘luar biasa’, Amanah tuntut penjelasan
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub meminta penjelasan berhubung bilangan pegawai dan ahli politik yang luar biasa mengiringi perdana menteri ke New York.
Salahuddin dalam Twitter berkata, rombongan perdana menteri dikatakan berjumlah hampir 30 orang termasuk pemimpin Umno.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Pejabat perdana menteri mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini,” kata Salahuddin.
Ads by
Malaysiakini melaporkan, rombongan itu termasuk lapan ahli politik Umno namun Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan antara mereka “tidak dapat menyertai rombongan itu”.
Mereka yang lain turut serta dalam rombongan itu ialah Ketua Umno Pahang dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, Exco Melaka Ab Rauf Yusoh, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan, bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said, Ketua Umno Tanjung Piai Jefridin Atan, Ahli Parlimen Rompin Hasan Arifin, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dan Timbalan Ketua Umno Kedah Othman Aziz.
Malaysiakini juga melaporkan, sumber daripada kerajaan telah mengesahkan kehadiran pemimpin Umno dalam lawatan ke New York tetapi mereka berkata, “tetamu” perdana menteri membayar untuk perjalanan mereka sendiri.
Ab Rauf, Jefridin, dan Shahril adalah antara mereka yang menulis di Facebook mengenai perjalanan mereka di New York.
Shahril berkata, beliau telah tiba sehari lebih awal, pada Khamis, dan telah bertemu dengan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat Ramin Toloui.
“Kami membincangkan beberapa topik utama termasuk Akta CHIPS yang diluluskan baru-baru ini di Amerika Syarikat berhubung impaknya terhadap industri semikonduktor di Malaysia,” katanya.
Isu lain termasuk masalah buruh paksa dan pemerdagangan manusia serta trend ekonomi dunia ketika ini termasuk inflasi, polisi kewangan.
ORANG INDIA JANGAN TERPESONA ‘BERITA BAIK’ MENJELANG PRU
Orang India jangan terpesona ‘berita baik’ menjelang PRU
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 hampir pasti Kerajaan BN akan mengumumkan banyak ‘berita baik’ buat masyarakat India.
Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, hal itu boleh diperiksa berdasarkan pengumuman penting kepada masyarakat India sejak beberapa PRU lalu.
Oleh itu katanya, masyarakat India, khususnya di Cabang Wangsa Maju tidak perlu terpedaya dengan propaganda BN sekali lagi
“Selak balik berita pada saat-saat sebelum pembubaran parlimen (PRU 2018, 2013, 2008), pasti terdapat berita ‘gembira’ kepada masyarakat India.
“Janji yang dikitar semula bukan baru, namun tidak ditunaikan,” katanya usai lawatan ke upacara sembahyang di Kuil Om Sri Veera Muniswarar Raja Kaliamman Alayam, Kuala Lumpur.
Andre merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini yang mana kerajaan meluluskan pelbagai inisiatif untuk membasmi kemiskinan, pembangunan sosial dan kesejahteraan kaum India.
Antaranya program peningkatan kemahiran kepada usahawan kecil India melalui Kementerian Sumber Manusia. Begitu juga MITRA yang terpalit dalam kontroversi telah dijanjikan nafas baru dan juga program berskala kecil seperti penambahan peruntukan SJKT dan AIMST (Program Mobiliti Antarabangsa Asia untuk pelajar) dalam membantu pelajar-pelajar India.
Namun kata Andre, seharusnya peringatan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan titik perubahan, iaitu masyarakat India perlukan pendekatan baharu termasuk memperbaiki kualiti pendidikan.
Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju berkata, pengundi Wangsa Maju dan rakyat Malaysia amnya harus menolak BN atau PN yang bukan sahaja bercakap kosong malah mengitar semula janji-janji mereka tanpa rasa bersalah terhadap janji yang tidak ditunaikan.
“Saya berharap penduduk Wangsa Maju dan rakyat Malaysia akan menolak parti yang hanya ‘sembang kencang’ setiap kali menjelang pilihan raya dan ‘kitar semula’ janji mereka.
“Mereka ini seolah oleh tidak rasa kesal terhadap kegagalan menunaikan janji yang dilafazkan dalam pilihan raya sebelumnya,” sinis Andre.