Kemiskinan tegar di Malaysia yang kian meruncing sampaikan
bendera parti pun dijadikan baju kerana tak mampu nak beli kain. Petanda jelas
kegagalan kerajaan BN/PN yang diterajui oleh UMNO ini. Guane boh?
Kemiskinan tegar di Malaysia yang kian meruncing sampaikan
bendera parti pun dijadikan baju kerana tak mampu nak beli kain. Petanda jelas
kegagalan kerajaan BN/PN yang diterajui oleh UMNO ini. Guane boh?
MUSANG
Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Walau pun
mempunyai sumber asli paling banyak, simpanan gas tertinggi di Malaysia,
pembangunan negeri ini terencat.
5/10 daerah termiskin di Malaysia, datangnya dari Sabah.
Apabila NGO Ikatan Penampang mendekati saya untuk menjadi
penasihat/ associate member, saya langsung tak keberatan.
Bukan apa, pada saya Sabah has a lot of potential. And her
people are the warmest and the friendliest. Not to mention intelligent and
capable.
Di mana silapnya?
Tidak boleh dinafikan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia
1963 diketepikan sekian lama. Janji tidak ditepati. Rakyat yang rugi. Pemimpin
Malaya tidak boleh buat “dunno” lagi.
One more, which I have to put on the table. Cara orang Sabah
memilih pemimpin. Jangan la diberi kepada set2 musang berjanggut. Musang2
berbulu ayam diamanahkan menjaga reban. Pastinya yang mereka pikirkan hanya
habuan.
Kalau begitu, letaklah beratus bilion budget pun takkan cukup.
Dan rakyat Sabah akan berterusan begitu.
Makanya saya cadangkan, Dewan Undangan Negeri Sabah perlu
bersidang dulu. Sebelum Budget 2023 di Peringkat Persekutuan.
Setiap ADUN bentangkan cadangan. Apa yang perlu untuk
pembangunan negeri dan kepentingan rakyat? Sekolah, jalan raya, jambatan?
Berapa jumlah budget pembangunan untuk setiap kawasan?
Maka dengan itu, ada perspektif yang jelas, adakah mencukupi
Belanjawan Tahunan yang diberi oleh Persekutuan.
Terima kasih The Star dan Borneo Post cover pandangan saya.
More to come, In Sya Allah! Untuk rakyat negeri Sabah atau mana2
negeri yang perlukan sokongan.
At the end, konsepnya: mana baik kita sokong, mana salah kita
bantah.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
https://www.thestar.com.my/.../ngo-urges-special-sabah...
https://www.theborneopost.com/.../special-assembly.../
16 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)
*2.30 petang*
- Pemeriksaan Kesihatan
- Pameran Agensi
- Pertandingan Mewarna
- Demonstrasi Memanah
- Pertandingan Busana Melayu
- Demonstrasi Tanjak &
Ikatan Sampin
*5.30 Petang*
- Himpunan Pendekar &
Demonstrasi
*7:45 Petang*
Zumba & Larian Malam
PD
*8:00 Malam*
- Persembahan Lagu Patriotik
& Teater
- Doa Untuk Malaysia
- Ucapan Harapan Malaysia
- Bacaan Puisi
- Persembahan Artis Popular
*Sepanjang Hari: Jualan
Dari Peniaga Tempatan & Food Truck*
PUTRAJAYA: Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2020 masih dalam pembinaan, demikian menurut Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan berkata, kapal OPV itu sedang dibina syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.
“Pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada Maritim Malaysia,” katanya mengenai status semasa pembinaan OPV itu.
Beliau berkata, kapal OPV 1 yang dijadual dilancarkan ke air hari ini (13 Sept) tidak dapat dilakukan kerana kapal itu tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.
Katanya, syarikat itu akan mengubah cara pelancaran daripada “Launching Cradle” kepada sistem pelancaran “Air Balloon” yang dijangka dilakukan 10 Okt nanti.
“Sekiranya semua berjalan lancar dan jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia pada awal 2023,” katanya.
Beliau berkata, kapal OPV 2 dan OPV 3 pula akan diserahkan secara berperingkat.
“Besar harapan agensi ini agar ketiga-tiga kapal dapat disiapkan dan diserahkan kepada Maritim Malaysia dengan kadar segera, walaupun dua tahun melewati tarikh asal penyerahan.
“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan Maritim Malaysia kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya.
Projek pembangunan di Bukit Cherakah diluluskan ketika kali
terakhir Barisan Nasional (BN) menerajui Selangor di bawah kepimpinan MB ke-14
Dr Khir Toyo. - Gambar FB
Berdepan kemarahan
orang ramai berhubung kehilangan kawasan hijau yang semakin meningkat, Menteri
Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini (13 September) berkata
kerajaan negeri mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM1 bilion jika projek
pembangunan di Bukit Cherakah dibatalkan secara mengejut.
Menurutnya projek
pembangunan berkenaan diluluskan ketika kali terakhir Barisan Nasional (BN)
menerajui Selangor di bawah kepimpinan MB ke-14 Dr Khir Toyo.
“Dia (Khir Toyo) tidak
boleh lepaskan… dia perlu bertanggungjawab,” kata Amirudin kepada pemberita
selepas melancarkan Buku Meja Kopi Air Selangor di Pusat Beli-Belah 1Utama di
Petaling Jaya.
Beliau menjawab
kenyataan Dr Khir, semalam melahirkan kekecewaan dan mengatakan Amirudin cuba
mengalihkan kesalahan kerana menyahwartakan sebahagian daripada hutan simpan
Bukit Cherakah.
Amirudin berkata, banyak
keputusan kerajaan negeri berhubung tanah yang dibuat ketika Dr Khir menjadi
MB, sekali gus mendedahkannya kepada tindakan undang-undang.
Dr
Khir adalah MB Selangor dari 2000 hingga 2008.
Minggu
lalu, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan menyelesaikan proses untuk
menyahwartakan sebahagian Bukit Cherakah bagi mengelak kemungkinan tindakan
undang-undang oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di sana.
Beliau
menambah bahawa membatalkan keputusan tahun 2000 akan memberi lebih banyak
manfaat kepada pemaju kerana mereka akan diberi pampasan yang besar atas
kehilangan perniagaan mereka.
“Jika
kerajaan tidak meneruskannya, ia akan berdepan dengan saman kerana syarikat
tersebut akan kehilangan peluang perniagaan mereka yang diluluskan oleh bekas
Exco kerajaan negeri,” katanya.
Dua
kumpulan alam sekitar sebelum ini telah mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah
bagi menghalangnya daripada membatalkan status sebahagian Bukit Cherakah untuk
tujuan pembangunan.
Hamdan Taha.
Ucapan Presiden umno di perasmian parti india nama saya tak ingat sangat sebab india ni banyak sangat parti
Dr zahid hamidi kata bn akan buang dan bunuh musang berbulu ayam kerana dia ada dalam reban ayam,dia menyamar jadi ayam kemudian dia makan ayam itu selagi boleh,ini bukan sebarang musang ni,ini musang bijak mengunakan agama dan bangsa dan bermuka muka
Musang ini sangat bijak kerana dia tahu ayam semuanya bodoh bodoh belaka mereka tak dapat bezakan musang dengan ayam bila musang dah menyamar dalam reban mereka,ayam ni bangsanya banyak juga,ayam kampung ada ayam daging ada ayam hutan pun ada yang mudah kena tipu ni ayam kampung ler
Saya setuju musang wajib di buang atau di tembak atau apa saja tindakan untuk keluarkan mereka dari reban
Maknanya presiden kata bn kena tidak mencalunkan semula mereka yang belot kepada pejuangan BN
Cuma saya nak tanya juga pada zahid hamidi ni musang berbulu ayam yang masuk dalam reban sebagai menteri,timbalan perdana menteri,perdana menteri yang terlibat rasuah dan menjadi kaya raya seluruh keturunan musang itu bagai mana pulak ? Tak kan nak biarkan mereka kekal jadi calun BN walaupun satu dunia dah tahu mereka tu musang berbulu ayam kepada jawatan yang di amanahkan
Aduh Malaysia
La la la la la la la
la
Hoi hoi ya hoi siapa
sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama
mengelamun
Duit kau aku, semua
dia sapu
La la la la la la la
la
Inspektor sahab saya
nak buat laporan,
Negeri saya ada 2 3
tokan
Sini banyak ikan
diorang monopoli joran
Rakyat ta kdapat
memancing kami lapar & bosan
Orang dia buncit
makan duit tepi
Orang kita tak mampu
orang luar beli
Bila tengok berita
kita semua rasa geli
Bila pusing nusantara
kawan kawan kami perli
La la la la la la la
la
Hoi hoi ya hoi siapa
sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama
mengelamun
Duit kau aku, semua
dia sapu
La la la la la la la
la
Inspektor Sahab ini
abad ke 21
Jadi kenapa masih ada
kapal kita separa kayu?
Rakyat sama sultan
dia cuba tipu
Cuba bagitahu aku
kenapa macam gitu?
Ada kapal selam yang
tak reti berenang
Acaner kalau sisir
pantai kena serang?
Terus terang tidur
aku tak tenang
Fikir nasib anak bini
kalau kita kena serang perang
La la la la la la la
la
Hoi hoi ya hoi siapa
sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama
mengelamun
Duit kau aku, semua
dia sapu
La la la la la la la
la
Duit aku makin kecik
buncit dia makin besar
Makin ramai miskin
bandar ramai miskin tegar
Adayang bersuara
masih rasa gentar
Ada mulut buka besar,
tersedak penuh dedak
Mungkin cara mereka
dilentur
Dulu dulu mula takde
siapa yang tegur
Makin lama maruah
kita semakin lebur
Jadi biar aku buka
mulut semua kena sembur
La la la la la la la
la
Hoi hoi ya hoi siapa
sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama
mengelamun
Duit kau aku, semua
dia sapu
La la la la la la la
la