TANAH KG SUNGAI BARU SEPARUH DARI HARGA PH JANJI?

 

TEAM SCAM VICTIM

 




Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) telah mengesahkan bahawa lebih RM5.2 bilion dilesapkan dalam 2.5 tahun. (1) Ini bersamaan dengan RM5.7 juta sehari ataupun RM240,000 sejam! Satu tren yang amat membimbangkan.

Sehingga minggu ini #ScamVictimSupport telah mengumpul lebih 30 mangsa. Jumlah kerugian lebih RM4 juta. Turut bersyukur beberapa kes telah dihubungi oleh bank untuk penyelesaian.

Maka sekali lagi saya menyeru kepada semua mangsa-mangsa scam supaya bersama dengan kita. Bersatu kita teguh dan mereka terpaksa untuk mendengar.

Dari situlah kita mula membawa perubahan untuk membantu anda dan mereka yang berisiko menjadi mangsa penipuan.

Jumpa 12.30pm Selasa ini. Sebarkan! Description: ☎️017-2956988

1. https://www.theedgemarkets.com/.../pdrm-over-rm52-billion...

 

BANYAK YA DERMA 10 JUTA...BAGI KAMI SIKIT PUN TAK PA....HUHU..ZUHUD BETOI PENDERMA TU YA...BAGI DERMA LEPAS TU HILANG....TEDIAAA AIHHH

 


Derma RM10 juta ahli perniagaan bukan daripada aktiviti haram, kata Zahid





Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, dan didakwa menerima rasuah bagi pelbagai projek. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin derma RM10 juta kepada Yayasan Akalbudi miliknya daripada ahli perniagaan Sarawak pada 2016 bukan datang daripada aktiviti haram.

“Sebagai seorang Islam, saya pasti akan menolak sumbangan itu sekiranya daripada sumber haram,” kata bekas timbalan perdana menteri yang juga bekas menteri dalam negeri itu dalam pemeriksaan balas oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh.

Pihak pendakwaan tidak memanggil Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain, atau lebih dikenali sebagai Paul Yong, untuk memberi keterangan susulan tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, Wong ada memberi pernyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada 2019 dan ia telah dikemukakan mengikut Seksyen 32(1) Akta Keterangan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Peguam Zahid juga tidak membantah pernyataan yang dikemukakan sebagai keterangan.

Dalam pernyataan itu, Wong berkata, dia membuat sumbangan itu kepada yayasan terbabit atas “permintaan” Zahid di majlis makan malam, pada 2015.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, dan didakwa menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, manakala lapan berkaitan rasuah.

Wang RM10 juta merupakan tiga daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah keseluruhan RM65 juta, yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Cek dihantar kepada firma guaman, Tetuan Lewis & Co, yang seterusnya didepositkan ke dalam akaun pelanggannya.

Sejumlah besar daripada wang berkenaan kemudian disalurkan ke dalam deposit tetap di bawah nama firma terbabit.

Pendengaran di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

JIKA KETUA HAKIM IKUT CAKAP PM...MACAM LEPAS LEPAS KALAU BERLAKU...JAHANAM NEGARA

 

HAMDAN TAHA


Jika AG dan Ketua Hakim dan Hakim Hakim di lantik untuk dengar cakap Pm dan Menteri Jahanam lah negara dengan Rasuah dan salah laku

Jadi lah macam filem Tamil, Korea dan Hisdustan buat apa pun tak apa tentu selamat dari hukuman

Itu lah juga yang di buat oleh Dr M masa memerintah dan masa Najib juga

Tapi akhirnya ke penjara juga walaupun dari 2015 ke 2018 berjaya tukar AG dengan orang yang ikut perintah

Tapi Allah swt itu ada dan benar benar ujud sehebat mana pun mereka hukuman tetap akan ada tidak di dunia di akhirat pula

Saya takut hukuman akhirat biar lah hukuman di dunia kerana di dunia boleh lagi mohon ampun dan bertaubat

Jika di akhirat tak ada dah pengampuan Kecuali di hukum walaupun semuanya akan kembali kepada keputusan Allah jua

Minta ampun di dunia lebih baik dari minta ampun di akhirat

Bila Lokman Adam kata umno kena bagi Zahid Hamidi jadi PM itu sebab PRU kena buat segera supaya Zahid boleh jadi PM....bila Zahid jadi PM sudah tentu Najib akan di bebaskan....Lokman ni ingat malaysia ni filem ke semudah itu nak lepaskan Najib dan semudah itu nak bagi Zahid jadi PM

Sekuat apa pun Umno dan BN bagi saya jika ada pru masih boleh menang sekitar 60 ke 70 kerusi sahaja BN....mana cukup nak bentuk kerajaan jika itu saja jumlahnya....

Nak tanya juga Lokman ni Zahid akan bertanding ke pada pru kali ni....boleh ke dia menang ?

PENDAKWAAN POLITIK ? INI KAN ZAMAN BN PERINTAH...KALAU SALAH HAKIM KAN ADA...BAGAIMANA SAKSI ?..SAKSI KAN ADA....BIOR BETOI WAK...

 





Alahai Zahid... Dia kata pendakwaan politik pulak...

Berita selanjutnya di sini: https://bit.ly/3Rksfr4

Pendakwaan politik tu, kalau nak kata macam kes DS Anwar dulu bolehlah. Macam masa kes Liwat I dulu. Tempat yang dikatakan DS Anwar meliwat pun pun dibina lagi. Eh dia pinda tarikh pulak.

Atau dalam kes Liwat II. Doktor pakar pun dah kata tak ada kesan penetrasi pun. Saiful pun mengaku simpan air mani DS Anwar 3 hari dalam duburnya. Boleh percaya? Langsung tak masuk akal!

Kalau begitu bolehlah nak kata pendakwaan politik. Tapi ini lengkap dengan bukti, money trail, semua cukup. Kalau nak kata Mahathir nak balas dendam pun, masalahnya jenayah itu betul wujud.

Sekarang dia nak tuduh Mahathir ugut dia. Bagus. Apa kata bawa Mahathir ke mahkamah sebagai saksi. Aku pun suka nak tengok orang tua tu berdiri di kandang saksi. Tengok siapa yang menipu.

Jangan buat macam Najib dalam kes SRC. Sibuk dakwa Zeti dan suaminya terima rasuah. Tapi tak pula bawa Zeti dan suami masuk mahkamah. Habis macam tu saja cerita tu. Apa kes?

Sekarang ni nafikan segala pertuduhan yang ada tu dengan fakta. Kalau Zahid boleh buktikan yang tak ada duit masuk ke akaunnya, itu baru boleh kata ini cerita palsu. Kalau tak, maka benarlah memang penyelewengan itu berlaku. Guane boh?

Raja Gelap

 

PRU 15: Pilih calon jujur, amanah, cerdik, berjiwa rakyat sebagai wakil rakyat




 Banyak parti yang bertanding atau bersaing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 tidak menjamin rakyat akan mendapat kerajaan terbaik.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, rakyat mempunyai tugas berat kali ini kerana mereka perlu memilih calon yang benar benar sesuai.


"Kita nak mengundi, parti banyak, apa pertimbangan? Saya nak nasihatkan kalau kita sedar kita ada tanggungjawab fardu kifayah jika mengundi dengan baik.


"Pertama, kita perlu memilih parti membariskan calon calon yang jujur dan amanah. Kalau KEADILAN letak calon bukan jujur dan amanah, jangan undi.


"Kedua kita juga telah dengar 2018 kita tukar kerajaan. Dari pengalaman 22 bulan iu saya belajar satu perkara, dan itu tanggungjawab kita bila pilih calon pimpinan dan juga kerajaan. Tidak cukup jujur, amanah, dengan masalah ditinggalkan oleh Umno BN, kita perlukan pimpinan yang ada ilmu serta cekap menjalankan tugas


"Kita sakit kaki dah kena jangkitan, pergi jumpa ustaz, dia memang orang jujur amanah tetapi tidak tahu tentang perubahan, potong kaki kita.


"Terbaik ialah pergi jumpa doktor yang jujur amanah, hafal quran tetapi dia juga doktor yang paling baik supaya dengan ilmu dan kecekapan itu dia boleh sembuhkan kaki," katanya dalam ceramah siri jelajah Ayuh Malaysia di Seremban, malam tadi.


Menteri yang cerdik, kata Rafizi boleh menyelesaikan masalah gaji tidak naik, pelajar universiti tidak ada kerja dan pelbagai lagi.


Namun cerdik sahaja tidak cukup kerana orang cerdik juga banyak dalam kabinet yang lepas namun masalah tidak juga selesai.


Oleh itu, Rafizi menekankan perlunya dipilih seorang yang berjiwa rakyat.


"Kita ada Menteri Kewangan yang cerdik tetapi dia anak bangsawan. Dari sekolah bangsawan, tak pernah susah. Umur muda terus jadi CEO, dia tak pernah rasa apa yang kita cakap.


"Beritahu kat dia harga barang naik dia akan kata inflasi kita antara yang rendah di dunia. Dia tak merasa.


"Jadi jiwa dia kena betul betul dengan rakyat. Bila jadi Menteri Kewangan dia tak baik dengan tauke. Malaysia maju konon tetapi yang kaya tauke, gaji pekerja tak naik. Buat undang undang naik gaji pekerja, tauke telefon kata tak boleh," katanya lagi.


Justeru Rafizi mahu calon calon yang ditawarkan oleh Pakatan harapan diundi dalam PRU 15 agar rakyat mendapat ketiga tiga kriteria calon yang mantap untuk mentadbir negara.


'Konvensyen KEADILAN dedah derita rakyat, himpunan Umno ratib nasib Najib dalam penjara'






 Rakyat Malaysia boleh menilai kepimpinan mana yang boleh membela nasib mereka melalui dua himpunan yang dilakukan pada waktu yang hampir sama, Sabtu lalu.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, ketika rakyat dijemput ke pentas Konvensyen Pilihanraya KEADILAN menceritakan derita hidup mereka di hadapan pemimpin parti, di PWTC Taklimat Khas Umno meratib nasib Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak yang sedang dalam penjara.


"Di konvensyen KEADILAN, selain saya dan Datuk Seri Anwar, yang lain semua rakyat biasa. Kami bawa ibu tunggal yang tanam tebu hidup susah, supaya pimpinan yang nak jadi wakil rakyat dengar sendiri. Ini masalah yang kamu kena selesai.


"Orang kurang upaya dia cerita kesusahannya. Kita bawa anak muda keluar univiversiti ekonomi keluarga derita, bapa kena strok, tak dapat kerja jadi rider.


"Umno macam mana? Umno menangis rindu kepada Najib. Orang nak masuk pilihan raya masalah banyak, (Umno) rindu ke Najib.


"Umno panggil (taklimat), ratib, serang, kecam (pembangkang), bubar buat PRU untuk diri dia saja. Dia tak fikir rakyat.


"Alah kesian Najib baru tiga hari dalam penjara, tak boleh dia main FB. Zahid dia menangis, tak tahu menangis sebab Najib ke sebab kes dia. Rosmah menangis tak tahu pasal Najib kah, tetapi kes dia keputusan minggu depan.


"Saya pelik geng Umno. Rakyat marah, orang susah, kamu fikir pasal diri kamu dan perut kamu sahaja. Tak cukup kamu Najib dari umur 26 tahun makan gaji dengan rakyat hingga jadi PM? Zahid dari muda lagi jadi PM. Tak cukup lagi kah," katanya dalam ceramah jelajah Ayuh Malaysia di Seremban, malam tadi.


Tambah Rafizi, drama air mata Umno tidak seharusnya menarik simpati rakyat yang berfikiran waras.


Pemimpin Umno ketakutan masuk penjara, katanya, sebab mereka berada di pihak yang salah dan imej hitam itu akan menjadi fakta sejarah.


Tidak sama dengan pimpinan KEADILAN yang dihantar ke penjara, tidak ada seorang pun yang menangis.


"Saya dulu nak masuk PRU lepas. Saya dah jatuh hukum 2 kes. Satu 15 bulan dan satu 3 tahun. Patut saya duduk dalam penjara 5 tahun kalau tak menang dalam kes mahkamah sebelumnya.


"Ada saya menangis tak? Tak sedih langsung pun, tak takut. Sebab kita buat benda betul, kita yakin tak makan wang rakyat tak ambil hak orang.


"Sebab itu saya tengok Umno sekarang ini lawak betul. Dulu kamu tekan orang, dakwa orang, ugut, fitnah. Sekarang bila kamu kena tangkap, makan duit, kamu menangis?" tanyanya.


Oleh itu, kata Rafizi, pemimpin Umno bila senang atau susah mereka hanya memikirkan untung nasib mereka dan tidak pernah memikirkan hal rakyat.


"Sebab perbincangan dia, nak pecat ke tidak PM? Kita nak bubar (Parlimen) ke tidak? Nak tukar Peguam Negara ke tidak? Ada kena mengena dengan rakyat ke?" tanya Rafizi lagi.