Norman Radzuan
Saya melihat video dengan sayu Ustazah Asma
mengingatkan kita semua jangan menghina Najib. Benar Ustazah kita jangan
menghina tetapi kita juga jangan membela orang yang melakukan jenayah mencuri
harta rakyat.
Sayangnya beberapa tahun dahulu ketika MRT
baru siap barangkali Ustazah masih Darjah 1 atau tiada Facebook melarang jangan
menghina Kak Wan atas apa yang berlaku kepada suaminya. Sebab itu Ustazah tak
komen pun atas hinaan dilakukan.
Beginilah Ustazah, kita nak bicara sesuatu
hal kena adil sebab itu diajar oleh agama. Jangan pada kayangan Ustazah
bersuara tapi pada marhaen diam seribu bahasa. Agama bukan begitu
caranya. Nabi bela Bilal hamba berkulit hitam dari dijadikan bahan gurauan
berbau hinaan.
Untuk pengetahuan Ustazah rakyat marah sb
nilai yg Najib lakukan itu adalah sejarah kletopkrasi terburuk sejarah dunia
sehingga membuat negara kita ekonomi menjadi teruk. Apatah lagi itu wang
rakyat.
Saya syorkan bila bicara Ustazah utamakan
yang lebih penting iaitu bab hukum. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
melalui kenyataan pada 23 Disember 2019 menegaskan bahawa sumpah laknat tidak
ada dalam perundangan Islam.
Jadi adalah lebih baik Ustazah beritahu orang
ramai jangan jadikan amalan sumpah laknat ini dalam kehidupan kerana ia tidak
ada diajarkan oleh agama. Bimbang nanti jadi amalan orang Melayu jika nak
bersihkan nama kerana buat salah pergi bersumpah di masjid.
Ustazah tak ingat ke amalan orang Melayu
waktu di sekolah dahulu…” Sumpah (tak cukup) Demi Allah (tak cukup) dan
diakhiri dgn Alif Lam Lam Ha’ sambil jari tunjuk ke langit hanya utk elak orang
tahu dia kentuk busuk.
Kadang-kadang tak faham dengan Ustaz dan
Ustazah selebriti akhir zaman sekarang ini.