AHLI POLITIK DINAMAKAN DALAM SKANDAL LCS

 AHLI POLITIK DINAMAKAN DALAM SKANDAL LCS


Insya Allah esok, 22 Ogos saya akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal LCS.


Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada.


Saya membuat keputusan untuk menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja dikambing hitamkan sedangkan jerung-jerung terlepas.

Rafizi Ramli.


Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat.



KARMA TU NAJIB...MASA KAU PEKENA ANWAR- KAU TAK INGAT...SEMAKIN DEKAT DENGAN SG BULOH KAU INGAT MACAM MACAM YA


Ketika kau menzalimi DS Anwar Ibrahim, apakah kau tak merasai pahitnya & gelapnya kehidupan. Bukan setakat menzalimi malah tiap hari kau menganjing Wan Azizah dan keluarga. Kini kau sendiri merasakan atas apa yang kau lakukan (rasuah) & perlakuan (kezaliman DSAI).

Cuba lihat.. aku tidak mendengar satu pun kata2 nista dan penghinaan dari DSAI atas kes yang kau hadapi sekarang.. Terserah pada mahkamah. Begitu Indah akhlak Anuar Ibrahim.

#MelayuBermaruah

TELEFON KARAT

BUBAR

 







LIYANA MARZUKI

BUBAR

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri Malaysia bukan Presiden Parti yang memerintah. Dia level2 geng no.3.

Semalam, Presiden dan PM berbalas pantun. Sorang kata PRU kena segera. Sorang lagi kata, jangan tergesa2.

Rakyat boleh lihat struggle nya UMNO nak bersatu. Bila orang nombor satu pun tak tahu lagi nasibnya.

Pandangan saya konsisten, buang Klepto dan buang warlords. Bagi ruang lebih ramai Hang Nadim ke depan. Nescaya orang bagi balik kepercayaan.

Ni bukan terpakai kepada UMNO sahaja. Pesanan kepada semua parti yang bercita2 nak jadi Kerajaan.

#justsaying #ohmalaysiaku

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/217415

https://www.bharian.com.my/.../segerakan-pilihan-raya...

 

PM JAWAB ZAHID HAMIDI – BANYAK PERKARA PERLU DISELESAI DAHULU SEBELUM BUBAR PARLIMEN, TERUTAMA ISU LCS

 

Pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ibarat perbuatan membunuh diri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum tentu boleh menang.

Menurutnya, pembubaran Parlimen akan dibuat jika terdapat bukti kukuh BN boleh menang dan kekal berkuasa selepas PRU15 nanti.

“Tarikh PRU15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita UMNO.

“Kalau nak sedap kita kena jadi Perdana Menteri, kalau saya jadi Ketua Pembangkang semula tidak sedap,” katanya ketika berucap di perasmian berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Bera 2022 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, PRU15 bukan boleh diadakan begitu sahaja kerana tanpa persiapan rapi, BN akan kalah teruk dan menjadi pembangkang semula.

“Kalau kita silap masuk dan tiada bukti boleh menang PRU15 dan akhirnya kita menjadi pembangkang adalah satu kerugian kepada BN. Sebab itulah saya katakan saya hanya akan bubarkan Parlimen jika ada bukti kukuh BN boleh menang PRU15.

“Saya pernah cakap semasa Konvensyen BN baru-baru ini bahawa saya sedia membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 jika kajian sikap dilakukan Wanita UMNO, MIC dan MCA menunjukkan kita akan menang PRU15 nanti. Tiada guna kita masuk PRU15 jika kita tidak boleh menang,” ujarnya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menambah, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.

“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” jelasnya.

Skandal besar sekarang kerana rakyat benarkan Umno BN menang PRU 2013

 



Kegagalan rakyat untuk menyekat pemerintahan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyebabkan rakyat membayar mahal hutang skandal 1MDB dan kapal LCS sekarang ini.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, hutang PTPTN sepatutnya boleh dibayar sekiranya Pakatan menang pada 2013 lalu tetapi tiada apa boleh dibuat apabila jumlahnya jauh lebih tinggi pada 2018 apabila Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya.


Hal itu katanya perlu diambil pengajaran menjelang satu lagi PRU dalam beberapa bulan akan datang.


"Sebab itu yang penting dalam 2 - 3 bulan dari sekarang kita perlu yakinkan rakyat kita boleh menjadi kerajaan lebih baik. Sebab yang berlaku hari ini bukan benda baharu.


"Orang kata kenapa kapal ini berlaku 2011 baru sekarang nak korek? Sebab itu kita kena tukar kerajaan, kerana rasuah itu kita hanya tahu lepas 10 tahun.


"Dulu orang tanya saya kenapa tak hapuskan PTPTN? Saya kira 2011, masa itu hutang PTPTN 20 bilion. Saya beritahu kalau RM20 bilion kita peruntukkan RM2 bilion setahun kita boleh hapuskan PTPTN.


"Kita boleh mula lancar pendidikan percuma. Tetapi sebab tak menang 2013, menjelang 2018 bila kita ambil alih kita tengok angka hutang RM40 bilion. Tak boleh dah


"Peluang kita untuk selesaikan masalah hutang anak anak terlepas begitu sahaja kerana 2013 masih banyak macai undi Umno.


"Kalau 2013 kita menang. Soal kapal LCS tak lah sampai RM6 bilion satu kapal pun tak siap. 1MDB tak ada sampai hutang RM50 bilion," katanya.


Justeru, Rafizi memberi amaran sekiranya Umno BN dimenangkan lagi dalam PRU 15 maka 5 tahun selepas itu rakyat akan mendapat skandal berpuluh puluh bilion lagi yang tidak akan mampu ditanggung oleh kewangan negara.


Oleh itu, Rafizi berkata, berbaloi untuk rakyat melakukan perubahan sekali lagi dalam PRU kali ini untuk mengelakkan Malaysia menghadapi masalah kewangan yang tiada harapan diatasi 5 tahun ke hadapan.


"Kalau kita bagi Umno BN menang lagi dalam keadaan rakyat tahu parti ini parti sakau. Kalau kita menang PRU 16, kita bukan jumpa masalah sakau, kita jumpa segala macam, kapal hilang, cerita kereta, entah apa apa.


"Kalau kita bising peruntukan RM6 bilion hilang maka kalau BN perintah lagi maka kita akan jumpa RM20 - RM30 bilion, apa lagi mereka nak buat.


"Sebab itu kita ada peluang (PRU 15) cuba sekali lagi. Ini usaha kita," katanya lagi.


'Ada pertembungan besar dalam Umno BN' - Rafizi


 Skandal pembinaan kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bukan sahaja menyebabkan rakyat kembali mengambil perhatian ke atas kebobrokan Kerajaan BN, tetapi juga telah menyebabkan pertembungan dalam puak puak pimpinan utama dalam Umno


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, pertembuangan tersebut boleh dilihat dalam laporan media arus perdana yang bukan sahaja tidak mempertahankan bekas Menteri yang terlibat skandal, tetapi juga membantu melaporkan serangan pemimpin pembangkang dalam isu skandal berkenaan.


"Saya dedah skandal dah 11 - 12 tahun. Saya perhatikan berbeza kali ini. Selalunya bila saya dedah skandal media cukup takut dedahkan, sebab mereka kena saman, pihak berkuasa datang tangkap.


"Kalau Berita Harian, Utusan memang tak tulis langsung. Tetapi saya perhati dalam sebulan ini.... agak agak media mana yang paling rancak laporan setiap satu perkataan yang saya sebut? Berita Harian, Utusan, NST, The Star.


"Kita bukan baru hidup 2 - 3 hari. Maksudnya itu petanda ada pertembungan besar dalam Umno BN, kerana akhbar dan media arus perdana ikut arahan dan isyarat Putrajaya. Kalau Putrajaya kata jangan pergi dekat, dia tak pergi dekat. Yang ini maknanya Putrajaya kata tolong laporkan setiap perkataan yang Rafizi sebut.


"Saya tengok media lain, media internet dia tak ambil semua. Tetapi saya ucap terima kasih kepada media arus perdana sebab laporan itu memang sebiji 'copy and paste', tak ada padam.


"Ada isyarat dari Putrajaya isu ini tolong lapor habis habisan kerana Menteri yang ada kuasa tahu isu ini balik kepada 2 - 3 orang itu juga.

"Berlegar sekitar Najib, Zahid, Hishamuddin pun kena bertepis juga," katanya dalam ceramah ulung trak Ayuh Malaysia, malam tadi.


Sebelum itu, Rafizi mengecam Najib dan Zahid yang cuba untuk cuci tangan daripada skandal berkenaan.


Katanya, kedua dua watak itu perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku kerana mereka adalah pemain utama peranan ketika skandal terjadi sebagai Menteri menandatangai kontrak dan arahan kerja.


"Menteri yang terlibat dalam soal kapal ini pertama sudah tentu PM Facebook kita, Najib Razak. Dia tak boleh lari atas dua kapasiti. Dia Menteri Kewangan, bila bersabit dengan perolehan kerajaan dia kena pergi ke Perbendaharaan. Dia tak boleh cuci tangan.


"Menteri Pertahanan pula masa projek diluluskan, surat lantikan dibuat dan ambil masa setahun kontrak dimuktamadkan.


"Yang bagi surat lantikan Zahid, surat keluar ada tandatangan dia. Zahid tak boleh lari dan yang tandatangan kontrak sudah tentu Hisahmuddin.


"Jadi kem Umno sekarang jem kerana benda ini tidak boleh dihentikan. Terus keluar. Mana mana pun akan melibatkan orang tanya, habis kamu Menteri kamu buat apa," katanya.


Oleh itu, Rafizi berkata, kem kem dalam Umno semakin berebut untuk menguasai tampuk kekuasaan parti. Malah katanya untuk menentukan calon PM yang benar benar akan menjadi PM selepas pilihan raya pun Umno tidak mampu. '


Ujar Rafizi, hanya penyokong Umno bawahan sahaja yang tidak malu terus membuat propaganda konon jika Umno BN menang negara akan stabil.