BAWA MELAWAT KAPAL TAK SIAP IBARAT BNS TERJERLUS KE LUBANG SENDIRI…


 Dua hari lalu, sekumpulan wartawan telah dibawa oleh BNS melawat tapak pembinaan kapal perang LCS di Lumut, Perak.

Lawatan itu adalah susulan kontroversi berterusan berkaitan pembinaan kapal perang LCS yang didakwa masih tidak siap, walaupun RM6 bilion sudah dibayar dan tempoh masa sepatutnya siap juga sudah lama berlalu.

Dalam lawatan itu, pihak media dibawa melihat kemudahan simpanan di tapak pembinaan sebagai langkah ketelusan berhubung pembinaan kapal-kapal tersebut.

Media turut dibenarkan naik dan melihat sendiri kapal pertama iaitu LCS1, yang setakat April lalu sudah siap 60 peratus.

Kemudian dimaklumkan kepada media bahawa lima kapal yang dibina serentak iaitu LCS2 sudah siap 48 peratus, LCS3 (43 peratus), LCS4 (36 peratus) dan LCS5 (22 peratus).

Pembinaan LCS6 iaitu kapal terakhir bagaimanapun diberitahu belum lagi dimulakan.

Pihak media diberitahu bahawa LCS1 yang sudah siap 60 peratus itu memerlukan kira-kira dua tahun lagi untuk siap sepenuhnya.

Kesimpulan mudah yang ditunjukkan kepada media dalam lawatan itu ialah ialah tiada satu pun lagi kapal LCS yang siap dibina, malah LCS1 yang paling tinggi proses kemajuannya iaitu 60 peratus, masih memerlukan tempoh dua tahun lagi untuk disiapkan.

Kapal-kapal lain dan kapal LCS6 yang belum dibina memerlukan berapa tahun lagi proses penyiapannya?

Walaupun ada pelbagai perkara lain yang disentuh dalam laporan PAC seperti peningkatan kos berbanding harga kontrak dan peralatan serta barangan yang disimpan dalam gudang BNS dikatakan hampir usang, perkara terpokok yang menimbulkan kegemparan umum sehingga menarik minat seluruh rakyat bercakap mengenainya ialah tiada satu pun kapal LSC dapat disiapkan di sebalik RM6 bilion sudah pun dibayar kerajaan.

Itulah isu yang terpenting sekali, manakala yang lain-lain hanyalah isu tambahan yang menyumbang kepada kegagalan kapal LCS disiapkan.

Lantaran itulah timbul sindiran mengatakan kapal LCS adalah projek halimunan.

Halimunan yang dimaksudkan di sini bukanlah ertinya tiada langsung kapal yang dibina, tetapi kerana tiada satu pun kapal yang dapat disiapkan sepenuhnya di sebalik RM6 bilion sudah diterima sebagai bayaran.

Kalau beli pisang goreng dengan harga RM6 pun dapat dilihat bungkusannya dan boleh dibawa balik ke rumah, maka halimunanlah sindiran paling tepat untuk menggambarkan kos RM6 bilion sudah dibayar, tetapi masih tiada kapal dapat dilihat belayar di lautan.

Dalam hal ini dan paling menjadi kerisauan rakyat, ke mana perginya RM6 bilion itu dan berapa lagi kos tambahan diperlukan untuk menyiapkan semua enam kapal itu?

Melalui tindakan BNS membawa media melawat limbungan tempat kapal LCS sedang dibina, tiada apa-apa yang berubah daripada segi tanggapan umum terhadap projek tersebut.

Ia sebaliknya hanya mengesahkan kepada dunia dan sebagamana dilaporkan PAC, memang tiada satu pun kapal perang LCS sudah siap dengan bayaran RM6 bilion sudah diterima oleh BNS.

Keadaan atau persepsi rakyat hanya boleh berubah jika yang ditunjukkan kepada media itu kapal yang sudah siap dan hanya menunggu masa saja untuk berada di dada lautan.

Ini masih perlu masa dua tahun lagi untuk sebuah kapal disiapkan, sedangkan projek sudah dimulakan sejak 2011 lagi.

Jadi, apa tujuan dibawa media melawat tapak limbungan, selain untuk mengesahkan bahawa memang benar tiada satu pun kapal LCS telah siap dibina?

Tidakkah sekarang ini BNS sebenarnya telah terjerlus ke lubang yang ada di depan matanya sendiri? – ShahbudinHusin 14/08/2022.


HELLO SHAHRIL HAMDAN. RAKYAT MAHU TAHU 6 BILLION TETAPI AUTA YANG RAKYAT DAPAT, INGAR RAKYAT BANGGANG MACAM KAMU KAH?







Salam saudara Shahril Hamdan,

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Dari segi kepimpinan politik, saya sangat meminati saudara. Been following you for a while now. And I’m impressed still. Harap-harap saudara Shahril menang PRU15 kali ni. Nak juga dengar suara saudara Shahril di Parlimen. Bukan hanya di socmed dan di dada akhbar.

Saudara,

Seminggu kebelakangan ini, rakyat dihidangkan dengan isu dan propaganda mengenai kapal perang LCS. Daripada banyak2 penerangan yang saya dengar, dalam dua2 kem, video saudara saya rasa yang paling best. Jelas, adil dan juga penuh fakta dan data.

Saudara nyatakan, kapal2nya ada cuma terlewat serahan kepada Kerajaan.

Cuma bila bab terlewat ni, penerangan dan alasan yang UMNO dan saudara berikan ialah kerana:

1. “Stop work order” atau arahan pemberhentian kerja oleh Pakatan Harapan pada tahun 2018. PH membalas dengan menyatakan perkara tersebut berlaku ketika BN masih lagi dalam Kerajaan.

2. Pada tahun 2019, Pakatan Harapan memberhentikan terus Projek ini. Itu punca sebenar kelewatan, kata UMNO lagi.

Saya telah membaca Laporan PAC dan Hansard2 mesyuarat yang ada. Masalahnya fakta dan data untuk back up 2 kenyataan itu saya tak jumpa cari. Dan saya dapati:

1. Tiada arahan daripada mana-mana Kerajaan untuk hentikan projek. “Stop work” itu sebenarnya tindakan subkontraktor OEM syarikat kerana mereka tidak berbayar berbulan2. Mereka mula berhenti kerja pada April 2018. UMNO masih lagi dalam Kerajaan.

Pohon rujuk Hansard PAC di link Parlimen di sini. Muka Surat 21. Ini dikatakan sendiri oleh KSU Kementerian Pertahanan kepada PAC.

https://www.parlimen.gov.my/.../Prosiding%20Bil.%201%20(b...

2. Saya juga tak jumpa cari dalam mana2 dokumen yang tunjuk Pakatan Harapan menghentikan projek secara total pada tahun 2019. Yang saya dapati projek terhenti terus pada Oktober 2020 selepas Sheraton move. UMNO dalam Kerajaan pada masa itu.

Pohon rujuk Hansard PAC di link Parlimen di sini. Ini dirumuskan dalam infografik yang PAC sediakan. Mengenai Progres Kemajuan Kerja. Muka surat 71.

https://www.parlimen.gov.my/.../Prosiding%20Bil.%201%20(b...

Saya amat berharap agar saudara Shahril, bakal YB kita, dapat tunjukkan pada rakyat, di mana dalam Laporan PAC dan Hansard mesyuarat, yang boleh mendokong kenyataan UMNO.

Iaitu Pakatan Harapan memberhentikan projek dan seterusnya melewatkan serahan kapal. Sebab dapatan saya projek ini telah tenat dan lambat sejak 2016 lagi. Pohon rujuk infografik yang sama di atas.

*****************************************

Kami hanya mahukan mana2 pegawai yang bertanggungjawab ke atas kelewatan dan ketirisan tidak masuk akal ini, dibawa ke muka pengadilan segera. Tambah RM6b sudah kita belanja, kapalnya tak muncul tiba. Satu pun tak diserahkan kepada Kerajaan lagi. Walaupun dah 11 tahun.

Sekiranya ada pendakwaan dan sabitan, MENHAN dan PM yang terbabit perlu ambil tanggungjawab juga. Kerana kejadian berlaku di bawah pemerintahan mereka.

Saya harapkan saudara dapat membantu kami dengan menjelaskan perkara di atas. Bukan lagi yang dispin2.

Terima kasih dan semoga saudara sentiasa di bawah barakah Allah jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

Geng Atas Pagar dan tidak berparti

#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah

cc Shahril Sufian Hamdan

 

 

TAK SIAL NAMANYA INI ?

 



Projek sudah pasti untung atas angin jutaan ringgit. Syarikat di tubuhkan tak sampai 3 tahun pun. Tiba2 dalam usia bawah 40 tahun sudah kaya raya.

2. Begitulah jika ada payung dan wahyu dan terpenting ada talian darah dengan orang dalam. Mereka orang kayangan yang akan dapat gula. Rakyat dapat garam.

Kamu yang berniaga tanpa lesen dan tapak haram akan di luluskan 'penguatkuasa ambil tindakan' Tak sial namanya. - Zmy

 

NASIB BAIK ISU INI DIKETENGAHKAN RAFIZI- KALU TIDAK SENYAP...KAMI BUKAN PERSOALKAN WUJUD TIDAK , CUMA 6 BILLION DAH LESAP..DAPAT RANGKA KAPAL...BONGOKS

 



#Artikel - 'Ini bukan replika, ini kapal sebenar'

Lumut: "Bukan kapal halimunan (tetapi) kapal (dibina menggunakan) metal (logam) sebenar bukan daripada kayu. Ini bukan replika ini, ini kapal sebenar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ir Azhar Jumaat.

Azhar memberi penjelasan itu berhubung pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) disifatkan sebagai 'halimun' oleh netizen berhubung skandal perolehan kapal berkenaan.

Azhar berkata, pihaknya tidak akan mengelirukan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sekali gus menyifatkan dakwaan yang dilontorkan berhubung pembinaan kapal itu tidak benar.

Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di Lumut Shipyard dalam pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini.

"Ramai buat dakwaan (kapal LCS adalah) halimun, kapal dibuat daripada kayu malah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

"Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami. Anda boleh lihat lima kapal LCS ini sedang dibangunkan dan ini adalah apa yang dilakukan dengan lebih RM6 bilion yang kami terima," katanya pada sesi taklimat dan lawatan media ke limbungan berkenaan di pangkalan TLDM, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan lima kapal LCS berkenaan juga mencapai proses memberangsangkan.

Bagaimanapun katanya, untuk jangkaan masa semua kapal berkenaan dapat disiapkan beliau tidak dapat mengulas lanjut dan akan dimaklumkan oleh kerajaan.

"Setakat ini lima kapal LCS dalam pembinaan iaitu 60 peratus untuk kapal pertama diikuti 48 peratus (kapal kedua), 43 peratus (kapal ketiga), 36 peratus (kapal keempat) dan 22 peratus bagi kapal kelima," katanya.

Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima, setakat ini.

Sebelum ini juga, Harian Metro melaporkan, pembayaran RM6 bilion daripada nilai keseluruhan kontrak kapal LCS dibuat bagi menampung perbelanjaan pembelian hampir semua peralatan diperlukan bagi pembinaan enam kapal itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dilaporkan berkata, nilai keseluruhan kontrak projek LCS adalah RM9 bilion dengan kemajuan pembinaan lima kapal ketika ini adalah 55 peratus.

Sumber : Harian Metro

 

JAWATANKUASA KHAS PALIMEN SYOR DAKWA PIHAK TERBABIT LCS


PEJA JANGAN KETAQ LUTUT: LETAK ANWAR DI TAMBUNG URUSAN PKR, PEJA JANGAN CAMPUR


KEGAGALAN LCS ADALAH SUATU KISAH NGERI – PENGERUSI PAC




Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibentangkan, seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya, bertanya “Apakah perasaan anda?”

Saya jawab: “𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧”.

Kami telah mengadakan 10 prosiding, dengan satu lawatan tapak ke limbungan kapal BNS di Lumut, dan memanggil 21 orang saksi. Akhirnya, sebuah Laporan dengan 247 muka surat, berserta dengan dengan penyata hansard sebanyak 489 muka surat, dan 192 muka slaid telah dibentangkan sebagai laporan penuh.

PAC memutuskan untuk melawat limbungan kapal BNS selepas menerima keterangan dari KSU MINDEF, saksi dari BNS, dan bekas Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 @ 𝟏𝟏/𝟏𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟏

Kami tiba di limbungan kapal pada jam 9 pagi, 11 Disember 2021. Prosiding bermula pada jam 9.05 pagi dengan kehadiran saksi dari MINDEF, Tentera Laut, BHIC, dan BNS. Untuk dinamakan, tiga orang saksi penting turut hadir bersama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin Md Zaini, Pengarah Projek LCS BNS Kepten (B) Ir Azhar Jumaat, dan bekas Ketua Pasukan Projek Tentera Laut, Lak. Muda Datuk Ir. Mohd Saiful.

Prosiding berlangsung selama 3 jam, berakhir pada 12.01 tengahari dan semua orang beredar untuk ke lawatan tapak.

𝐆𝐮𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧

PAC dibawa untuk melawat gudang simpanan. Terdapat sejumlah 13 gudang simpanan yang menyimpan perkakasan yang berkaitan dengan projek LCS ini, 5 secara khusus untuk perkakasan LCS dan 8 lagi digunakan sebagai Gudang Simpanan Am BNS yang mengandungi campuran perkakasan untuk LCS dan barang-barang lain.

Kami melawat beberapa gudang simpanan. Terdapat perkakasan persenjataan, bahagian-bahagian untukr tujuan pembinaan kapal, dan barang-barang lain. Apa yang menonjol adalah beberapa bungkusan TV Pintar, untuk tujuan kegunaan LCS, disimpan di stor ini. Kita semua tahu yang TV Pintar ini tidak lagi pintar selepas beberapa tahun.

Saya tidak pasti mengenai yang lain, terutama mengenai bahagian dan perkakasan yang melibatkan teknologi kapal tempur. Kami menyemak dan mendapati banyak perkakasan dan barangan ini dibeli pada tahun 2013, 2014, dan 2015. Persoalan timbul sama ada barang-barang ini masih cukup “pintar” untuk kegunaan masa sekarang apabila mengambil kira kemajuan teknologi terkini.

Kami dimaklumkan nilai barangan dalam simpanan ini adalah RM1,757,791,266.02. Saya bertanya kepada BNS, berapa banyak daripada barangan ini boleh dikira usang dan jawapan dianggarkan pada kira-kira 15%. Bermakna kerugian sebanyak kira-kira RM263,668,689.90.

Adakah semua perkakasan ini telah dibayar oleh BNS? Tidak, bukan semuanya telah dibayar. Kerana ini kita boleh baca mengenai hutang besar BNS kepada pengeluar asal (OEM) yang telah menyebabkan arahan henti kerja dan henti bekalan.

𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧

Kami kemudiannya dibawa untuk melawat LCS1 di tapak pembinaanya. Melihat kapal ini, seseorang mungkin tidak pasti sama ada ia adalah kapal yang sama yang “dilancarkan” pada tahun 2017, tetapi kami tahu ia adalah kapal yang sama. Sudah tentu sekali, tiang utama kapal yang dipertikaikan itu sudah tidak ada.

Kami naik ke blok utama, untuk melihat tahap kemajuan proses pembinaan. MINDEF memaklumkan PAC yang kadar kemajuan proses pembinaan LCS1 pada tahap 44%.

Kami meluangkan masa kira-kira satu jam dalam LCS1 dan kemudiannya pulang ke bas. Bas ini membawa kami ke seluruh tapak pembinaan untuk LCS1 hingga ke LCS5. Sudah tidak ada pekerja di tapak pembinaan ini, baik tempatan atau pekerja asing, dan sudah tidak ada kerja yang berjalan. Kosong, segalanya terhenti. Perkara ini amat menyedihkan memandangkan kita semua tahu yang RM6 billion telah pun dibelanjakan.

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐠

Dalam mesyuarat sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa kedudukan kewangan BNS berada dalam keadaan yang buruk kerana salah tadbir urus dalam Syarikat ini.

Ahli PAC, YB Wong Shu Qi bertanya sama ada semua RM6 billion telah dibelanjakan oleh BNS. Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin mengakui “memang duit kita sudah habis… company memang tidak ada duit dan memang akan lingkup pun besok silap-silap.” Gaji pekerja dipotong sejak Oktober 2020, caruman KWSP tidak dibayar sejak Mei 2021. BNS memang bergantung kepada kerja kecil-kecilan seperti kerja pembaikan untuk TLDM untuk terus bertahan. (Hal 49 Hansard)

Sharifuddin mengatakan lagi kepada PAC, sekiranya BNS tidak ada lagi, Boustead Holdings dan LTAT akan terkesan teruk. Sektor Perladangan, Pharmaniaga, Boustead Properties dan Boustead Hotels semua akan terkesan. Perkara ini berkemungkinan menyebabkan LTAT untuk kehilangan sehingga 46% saiz dananya. (Hal 52 Hansard)

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧

Perkara ini amatlah menyedihkan dan mengecewakan. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah, bagaimana sebuah syarikat yang mendapat kontrak yang bernilai RM9 billion dari Kerajaan jadi sampai tahap sebegini? Perkara ini pastinya melibatkan lebih dari salah urus. Pastinya ada perkara lain selain dari pengurusan yang lemah. Ada perkara yang amat tidak kena dengan mereka yang memegang kuasa dan mereka yang mendapat Kontrak ini.

Saya harap Laporan PAC mengenai LCS ini dapat membantu negara, dengan menjadi rujukan tentang cara bagaimana proses perolehan pertahanan negara TIDAK sepatutnya dilakukan, dan bagaimana kuasa dan proses TIDAK patut disalahguna. Kisah ngeri dalam keseluruhan Projek LCS ini patut menjadi pengajaran kepada semua yang memegang kuasa, baik pada masa sekarang, mahupun pada masa hadapan.

WONG KAH WOH

Pengerusi PAC

12.08.2022.