Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang. Menurut syarikat teknologi Meta dalam Quarterly Adversarial Threat Report, hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram serta kumpulan dan halaman Facebook telah dialih keluar kerana melanggar polisi platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB), lapor The Vibes.

Meta mendefinasikan ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu. Di Malaysia, laporan itu berkata 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram telah dialih keluar kerana melanggar polisi serta menyasarkan penduduk domestik negara ini.

Laporan itu menambah bahawa rangkaian itu aktif merentasi Internet, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong kerajaan dan memuat naik dakwaan rasuah dalam kalangan pengkritiknya. Laporan itu juga mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram.

“Di Facebook, rangkaian ini menguruskan halaman, termasuk yang menyamar sebagai entiti berita bebas, dan mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang. Biasanya, aktiviti mereka banyak pada hari bekerja, masa berehat untuk makan tengah hari. Akaun palsu mereka agak kurang dibangunkan dan sebahagian daripada mereka menggunakan gambar profil yang dicuri. Sebahagian daripadanya dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik kami,” tambah syarikat itu seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Blossom Wong, bekas perisik PDRM yang gayakan ceongsom sewaktu bertugas. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.









OLEH

Khairul Anwar

Tepat pada 25 Mac 2021, genap 214 tahun usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan. Berikutan memperingati jasa PDRM, di sini kami ingin kongsikan satu kisah inspirasi mengenai Blossom Wong (kini berusia 83 tahun), bekas perisik wanita PDRM yang sentiasa berpakaian cheongsam dalam setiap misi undercover.

Digelar Blossom kerana meminati bunga

Blossom Wong atau nama sebenarnya Wong Kooi Fong dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Nama Blossom merupakan nama timangan beliau yang digelarkan oleh seorang ‘minah salleh’ juga merupakan isteri kepada Pegawai Daerah Sungai Besi yang pernah tinggal berdekatan dengan kawasan rumahnya.

“Sejak kecil lagi saya sememangnya suka berkebun dan menanam bunga. Disebabkan itu, isteri kepada Pegawai Daerah itu memanggil saya dengan nama Blossom kerana saya seorang peminat bunga.

Menyertai pasukan polis selepas tamat pengajian

Sumber: World of Buzz

Pada sekitar 1950-an, selepas berjaya menamatkan pendidikan di peringkat sijil peperiksaan Senior Cambridge (hari ini dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia), Blossom pad ketika itu langsung tidak terlintas untuk menyertai polis. Tambah pula, ibu bapanya lebih sokong beliau bekerja sebagai setiausaha syarikat atau guru.

“Bagi saya, mengajar itu membosankan dan menjadi setiausaha pula kena melayani boss sedangkan saya ini orang yang tidak suka dikongkong,” ujar beliau ketika ditemu ramah oleh wartawan News Straits Time.

Akan tetapi, beberapa bulan sebelum negara kita merdeka, Blossom menyertai pasukan polis. Minat Blossom terhadap pasukan polis muncul selepas beliau melihat anggota polis wanita yang membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur sambil tampil bergaya dengan seragam polis.

“Saya kemudiannya memohon untuk sertai pasukan polis secara senyap tanpa pengetahuan ibu dan ayah saya yang sekeras-kerasnya menyuruh saya menjadi guru,” ujarnya lagi.

Kerja polis undercover dikatakan kurang seronok

Setelah enam bulan menjalani latihan, pada 1 Ogos 1957, Blossom secara rasminya menjadi anggota polis dengan nama jawatan Supritenden (B) Blossom Wong Kooi Fong dan ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) yang bertapak di Pulau Pinang. Beliau diberikan tugas sebagai perisik undervover menggunakan nama Blossom untuk mencari maklumat rahsia pergerakan komunis.

“Kerja sebagai ejen undercover nampak sahaja cool. Namun, bagi saya kerja ini tidak menyeronokkan dan telah menjejaskan masa sosial saya dengan rakan-rakan polis serta keluarga kerana sekiranya saya bergaul dengan mereka, dikhuatiri identiti saya yang sebenar akan terbongkar.

Berdasarkan kenyataan itu, Blossom juga dikatakan kecewa kerana tidak dapat memakai seragam polis sebaliknya ceongsam yang disuruh pakai sepanjang undercover. Walau bagaimanapun, beliau masih anggap tugas polis ini sebagai satu yang menyeronokkan.

Menariknya, penyamaran Blossom yang berbaju cheongsam dikatakan berjaya sehingga pihak komunis pada ketika itu langsung tidak menyedari kehadiran beliau termasuk anggota polis sendiri.

Berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran secara undercover





Blossom pernah menjadi pengiring VVIP termasuk adik kepada Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy. Sumber: World of Buzz

Dipendekkan cerita, empat tahun selepas itu, Blossom diarahkan bertugas di Perak untuk menjaga lima buah balai polis. Pada tahun 1962, beliau berkahwin dan naik pangkat sebagai pegawai penyiasat kongsi gelap di Cawangan Kongsi Gelap, Pejudian dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1966, kegiatan undercover Blossom kelihatan semakin ‘mengganas’ selepas beliau berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan haram melibatkan jenayah seks dan pelacuran terutama di kelab malam dan pusat pelacuran.

“Saya masih ingat operasi pada malam itu dalam serbuan beberapa bilik di sebuah kedai Chinese Kopitiam di Jalan Ampang, kelihatan beberapa orang gadis duduk di atas katil dalam bilik di premis itu.

“Saya melawat tempat itu sebagai undercover untuk menumpaskan kegiatan haram itu. Operasi tersebut berjaya dan kami menangkap beberapa orang gadis tempatan di bawah umur dan seorang daripada mereka mengandung ketika itu,” ceritanya lagi.

Berikutan prestasi yang terbaik, Inspektor Jeneral Tun Haniff Omar mengarahkan Blossom untuk mengetuai Cawangan Siasatan Bahagian Keganasan Seksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman. Blossom serta pasukannya dikatakan anggota polis pertama yang menggunakan kaedah siasatan jenayah melalui ujian DNA dan mendapat latihan daripada Royal Canadian Mounted Police sebelum bersara pada 1993.


PM....JADILAH CERDIK SIKIT..KES ZAMAN NAJIB DULU..KENAPA PH DISALAHKAN



 Mail Sabri salahkan PH kegagalan LCS tapi laporan Audit jelas menyatakan projek ni bermasalah semasa BN jadi kerajaan









LIHAT VIDEO DSAI MENJELASKAN PERKARA SEBENAR DAN JUGA RAFIZI ALI MENERANGKAN SEBABNYA.


DIBELENGGU KESUNTUKAN MASA, MAMPUKAH PASUKAN ZAID IBRAHIM TAMPIL CEMERLANG MEMBELA NAJIB?


 Apa yang dicari semua orang dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah keadilan.

Mahkamah itu sendiri diwujudkan untuk memberi keadilan dan orang yang pergi mahkamah, tidak lain yang dicarinya melainkan keadilan.

Untuk mencari keadilan itu pula, prosesnya mestilah juga adil supaya keadilan yang berjaya ditegakkan adalah keadilan yang sejati.

Meski sesuatu keputusan mahkamah terlihat adil, ia tetap akan menjadi persoalan jika proses menuntut keadilan itu terdapat elemen-elemen yang tidak adil.

Seseorang yang dihukum bersalah dan dihantar ke penjara, bukan saja keputusan yang dibuat itu mesti mencerminkan keadilan, tidak terkecuali ialah prosesnya juga mesti adil.

Keputusan yang adil, tetapi diputuskan melalui proses yang tidak adil hampir tidak berbeza dengan keputusan yang tidak adil yang dibuat dalam proses yang adil.

Inilah yang menimbulkan pertikaian, malah kebingungan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak permohonan pasukan peguam bela Najib Razak yang baharu untuk memohon lebih masa bagi membuat persiapan terhadap kes rayuan itu.

Selain keadaan itu mencetuskan pertikaian dan kebingungan beberapa pihak, ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mahkamah bertindak terlalu tegas dalam menolak permohonan tersebut.

Pada 26 Julai lalu, firma guaman, Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka dilantik Najib untuk mengendalikan rayuan kes SRC International bagi menggantikan Shafee & Co.

Sementara firma guaman diketuai Zaid Ibrahim diberi lantikan, tetapi peguam veteran, Hisyam Teh Poh Teik dinamakan sebagai peguam bela utama yang mengetuai penghujahan di mahkamah untuk menggantikan Shafee Abdullah.

Najib terpaksa melantik pasukan peguam bela baharu untuk mengendalikan kes rayuannya berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lima hari sebelum itu menolak permohonan untuk melantik peguam diraja UK, (Queen Counsel) Jonathan Laidlaw, seorang pakar perundangan jenayah kolar putih untuk menjadi peguam bela utamanya dalam rayuan muktamad kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Sejurus selepas dilantik, firma guaman yang diketuai Zaid itu segera menulis kepada mahkamah memohon penangguhan tarikh rayuan yang sebelum itu telah ditetapkan pada 15 Ogos hingga 30 Ogos.

Antara alasan yang diberikan dalam permohonan itu ialah firma berkenaan memerlukan masa untuk membuat persiapan komprehensif dalam membentangkan rayuan terakhir mereka, termasuk berpuluh ribu helai dokumen.

Berikutan permohonan penangguhan itu ditolak, firma guaman Zaid hanya mempunyai masa sekitar tiga minggu untuk membuat persiapan sebelum tarikh perbicaraan rayuan bermula pada 15 Ogos ini.

Mampukah Zaid dan pasukan peguamnya membuat persiapan komprehensif dan membentangkan hujah konkrit bagi mencari keadilan dalam tempoh yang relatifnya sangat terbatas itu?

“Mahkamah Persekutuan nampaknya menguruskan penjadualan kes rayuan Najib ini dengan amat ketat,” kata seorang peguam kanan sebagaimana dipetik daripada portal FMT.

“Keadaan ini memberikan gambaran salah, seolah-olah mahkamah mahu menyelesaikan kes rayuan ini secara tergesa-gesa.

“Ini sesuatu yang merunsingkan,” kata peguam itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam kes Najib, meskipun mungkin ramai yang mahu melihat beliau segera dihantar ke penjara, tetapi sebagaimana dalam semua kes mahkamah yang lain, bukan saja keputusan yang dibuat itu mesti adil, proses dalam mencari keadilan itu juga hendaklah adil.

Adakah Zaid dan pasukan peguamnya sekarang ini dan sehingga 15 Ogos apabila kes rayuan itu bermula, sedang bekerja 26 jam sehari? – ShahbudinHusin 04/08/2022.



Laporan: PN timbang tarik balik sokongan lepas PM tak tunai janji. Kesian Pas takleh main 2 kolam


Perikatan Nasional sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. The Star melaporkan, ini kerana Ismail tidak menunaikan perjanjian untuk melantik ahli parlimen Bersatu sebagai timbalan perdana menteri.



Pemimpin KEADILAN berjaya selamatkan 2 mangsa pemerdagangan manusia

 



Pemimpin KEADILAN Pahang yang juga ADUN Teruntum, Sim Chon Siang berjaya menyelamatkan dua mangsa pemerdagangan manusia dan membawa mereka pulang dari Thailand beberapa hari lalu.


Dalam sidang media di Ibu Pajabat KEADILAN pagi ini, Sim menceritakan kisah penuh dua anak muda berketurunan Cina mangsa pemerdagangan manusia berkenaan yang ditipu oleh syarikat pencari pekerja, berkelana ke Kemboja dan dijadikan buruh paksa untuk skim penipuan kewangan (scammers) atas talian.


Katanya, dua anak muda yang diselamatkan beliau telah dijual beberapa kali oleh pihak sindiket apabila mereka tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan dalam melakukan scam.


"Mangsa (malangnya) tak pandai guna laptop. Macam mana nak hubungi pelanggan, nak pengaruhi pelanggan. Dia tak tahu komputer maka dia dijual 5 kali. Dari harga AS$10,000, dijual AS$11,000 dan AS$12,000


"Kumpulan (sindiket) akan tengok macam mana pendapatan dia (aktiviti scammers), kalau tak ada, dijual lagi. Tetapi dia mesti mengaku orang China, bukan orang Malaysia. Kalau Malaysia dijual murah. matlaat untuk pengaruhi orang China. Dia kena mengaku dari Kwangtung," katanya dalam sidang media, pagi tadi.


Manakala mangsa kedua yang mahu dikenali sebagai Ma pula telah 7 bulan ditahan dan pernah dibebaskan ketika Sim membuat laporan di Kedutaan Malaysia di Kemboja.


Mangsa dipukul kerana enggan melakukan kerja scammers

"Ma bila dia nampak kerja itu sebagai scammers dia tidak mahu buat. Lepas itu dia dikurung dalam bilik gelap. Tidak diberi makan dan tidak dibenar tidur. Lepas itu dijual kepada kumpulan lain AS$17,000


"Dipaksa ikut arahan kumpulan itu. Tak ikut kena belasah. Dijual pula ke kumpulan kedua AS$25,000. Kemudian diselamatkan oleh polis di Sihanuouk.


"Kemudian dia dikeluarkan (dari sel) dan dijual kali keempat di balai polis itu. Bila balik dipukul teruk kerana keluarga dia melapor kesnya di Malaysia. Lepas 2 hari dijual kepada kumpulan kelima


"Kumpulan keenam memaksa dia guna telefon buat scammer. Tak dapat buat akan dipukul. Kumpulan keenam pula buat keputusan jual dia ke Myanmar," katanya.


Menurut Sim, mereka berdua menghubungi keluarga di Malaysia tetapi tidak mampu membayar wang tebus kontrak yang besar jumlahnya.


Namun Sim memberitahu mereka, sekiranya mereka akan dijual ke Myanmar maka peluang untuk melarikan diri terbuka luas apabila melepasi sempadan Kemboja.


"Pada 28 Mei mereka dibawa dari Sihanuouk ke sempadan dan mereka akan dibawa melalui Thailand ke Myanmar.


"Sebelum itu adak Ma pernah hubungi saya dan maklumat Ma saya telah hantar ke kedutaan di Phnom Penh tetapi tiada tindakan.


"Pada 26 Julai, adiknya beritahu saya dia akan dijual ke Myanmar, saya beritahu ini adalah peluang untuk larikan diri.


"Bila masuk Thailnad, lepasi sempadan Kemboja-Thailand akan berjalan kaki. Kalau kamu ada peluang lari, maka saya akan sampai," katanya.


Tambah Sim, apabila melepasi sempadan kedua mereka dan bersama beberapa mangsa dari China telah diturunkan di pejabat imigresen untuk diambil maklumat. Namun apabila diarah masuk semula ke dalam van, mereka mengambil kesempatan untuk lari dan masuk ke sebuah pasar raya berhampir.


Dia situ mereka membeli sim card untuk menghubungi Sim di Malaysia.


"Masa itu mereka ada AS$20. Pukul 6 lebih saya di Kuantan, saya dapat panggilan minta tolong. Kata mereka telah larikan diri dan ada dalam pasar raya. Masa itu apa yang saya fikir kalau lari dari pasar raya bahaya, saya kata cepat naik teksi keluar dari sana.


"Mereka ada 700 baht . Saya minta mereka naik teksi satu hotel di Bangkok dan mereka kena bayar 200 baht.


"Tinggal 200 baht macam mana nak tinggal di hotel. Saya buat tempahan bilik online untuk mereka tinggal di hotel hingga saya sampai. 31 Julai saya sampai ke Bangkok dan saya bawa mereka makan," katanya.


Dalam sidang media itu juga Sim mempersoalkan kecuaian dan kelalaian kerajaan Malaysia dan Kemboja.


"Kenapa Ma ini pada April dia telah diselamatkan oleh polis, soalan kepada kerajaan Kemboja, kenapa adik ini boleh dijual dalam balai polis.


"Kenapa telah diselamatkan tetapi dibawa keluar oleh kumpulan sindikit. Bila saya hantar maklumat kepada Kedutaan Malaysia, dikata telah diselamatkan tetapi dia sudi kerja balik di sana.


"Ini macam polis ada subahat dengan kumpulan ini. Saya akan tulis surat kepada Kemboja apa yang berlaku," katanya.


Beliau juga mengkritik kerajaan Malaysia yang gagal menangani aduannya mengenai pemerdagangan manusia. Sedangkan katanya kerajaan Thailand dan Vietnam lebih cepat bertindak menyelamatkan rakyat mereka


"Saya mahu bertanya kepada kerajaan Malaysia selepas aduan saya pada akhir Jun, kenapa tiada tindakan terhadap budak budak ini. Saya ada 11 kes dan beri maklumat penuh kepada kedutaan dan kenapa tiada tindakan.


"Saya difahamkan kalau Vietnam buat aduan, dua tiga hari telah diambil tindakan. Thailand buat aduan dibawa pulang dalam seminggu," katanya.

David Chong

Dalam pada itu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat David Chong yang turut serta dalam sidang media itu juga meminta kerajaan Malaysia agar lebih menumpukan isu rakyat berbanding sibuk bermain politik.


"Saya menyeru kerjaaan Malaysia ambil tindakan lebih berkesan. Perkara sebegini telah berlaku beberapa tahun. Sampai hari ini masih ada kes berlaku. Ini satu penghinaan besar kepada kerajaan kita. Ini jual beli manusia yang amat memalukan.


"Jangan tumpu siapa TPM, bubar Patlimen. Tumpu masalah ini. Sekarang penipuan ini guna sosial media, kementerian komunikasi kena peka dan bijak selesaikan masalah ini," katanya.