Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP untuk jadi PM, kata Kit Siang
Jul 30, 2022 Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menter
Mat Sabu: Melayu lemah enggan hukum pemimpin rasuah, Malaysia bakal jadi...WALAUN DOK DIAM SAJA...
Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ketika membahas rang undang-undang anti lompat parti menekankan kepentingan masyarakat menghukum pemimpin rasuah dengan tidak mengundi mereka.
Mat Sabu turut menyelar pemimpin yang memanipulasi sentimen kaum dan agama "asalkan Melayu Islam" untuk terus mengamal rasuah dan kekal diundi.
'Agak lucu 'katak-katak' politik sokong RUU antilompat parti' - Anwar
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meluahkan perasan lucunya apabila beberapa ahli parlimen yang pernah bertukar parti sebelum ini turut menyokong RUU antilompat parti semalam.
Bagaimanapun dalam satu video yang dimuatnaik ke Facebooknya, Anwar tidak menamakan ahli-ahli parlimen tersebut.
Semalam, RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 209 ahli parlimen mengundi menyokong dan tiada menentang, manakala 11 orang tidak hadir.
KEMALUAN NEGARA
FAHMI REZA
Di Malaysia, semua wheatpaste poster muka badut banduan nombor
satu negara yang aku tampal dahulu dah lama dikoyakkan, kecuali satu.
Aku baru jumpa satu foto terbaru di Instagram minggu lepas.
Poster badut tu sekarang belakang plexiglass. Aku tak tahu siapa yang install,
kemungkinan besar oleh pemilik dinding bangunan. Mungkin sebab ada macai yang
dah cuba nak koyak poster tu tapi gagal. #KemaluanNegara
TOLONG PAKAT PAKAT CARI- DAPAT LUKU SOQANG SEKALI...
Polis buru lelaki pecah cermin, ugut pemandu wanita
Bernama
-
KOTA BHARU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata insiden itu berlaku pada 5.45 petang ketika mangsa berusia 35 tahun sedang memandu sebuah kereta Perodua Axia berseorangan.
“Mengikut keterangan mangsa semasa dia sedang memandu berseorangan, kenderaannya telah dihimpit sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu suspek.
“Suspek kemudian secara tiba-tiba telah menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan sebelum menghampiri kenderaan mangsa lalu memecahkan cermin kereta (bahagian pemandu) serta mengugut mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Ads by
Zaki berkata pihaknya telah mengenal pasti lelaki itu yang berusia 40an dan membuat serbuan ke sebuah rumah di Nilam Puri, dekat sini, namun dia telah menghilangkan diri.
Katanya anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah digerakkan bagi mengesan dan memburu suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan Seksyen 427 KK.
“Bagi Seksyen 506 KK, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali atas kesalahan mendatangkan ugutan jenayah,” katanya.
Terdahulu, dua rakaman video kejadian itu, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat, tular di media sosial sejak semalam.
PILIHAN ZAID IBRAHIM JADI PEGUAMBELA NAJIB HENDAKLAH DIHORMATI
Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa hairan berkenaan sikap Zaid Ibrahim yang sedia menjadi peguambela kepada Najib Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan.
Sebagaimana dimaklumkan kepada mahkamah, firma Zaid akan mengetuai pembelaan Najib bagi menggantikan Shafee Abdullah dalam rayuan bermula 15 hingga 26 Ogos depan.
Kata Lim, beliau tertanya-tanya bagaimana Zaid kini boleh berubah fikiran, terutama dalam kenyataan terbukanya yang yakin Najib tidak bersalah dalam skandal 1MDB.
Sebaliknya bagi Zaid, bekas Perdana Menteri itu sebenarnya telah ditipu.
“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.
“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya,” demikian Zaid dipetik sebagai berkata.
Selain Kit Siang, banyak pihak lagi turut mengecam Zaid atas keputusannya sedia menjadi peguambela kepada Najib, selain mereka menyiarkan semula berita dan video ucapan lamanya yang dipaparkan keras mengkritik bekas Perdana Menteri itu.
Salahkah sikap Zaid sekarang?
Harus kita fahami Zaid adalah seorang peguam dan atas profesionnya itu, beliau berhak memberi khidmatnya kepada sesiapa saja yang yakin serta percaya kepada kemampuannya.
Dalam hal ini, beliau memberi khidmatnya membela Najib adalah kerana bekas Perdana Menteri telah melantik dan mempercayainya.
Untuk itu, selain mesti membela dan memberi khidmat yang terbaik kepada Najib, semestinya Zaid juga harus melindunginya kliennya itu.
Keyakinannya bahawa Najib tidak bersalah adalah pandangan daripada sudut profesionnya sebagai peguam semata-mata berdasarkan dapatan yang ditelitinya setakat ini.
Ia umpama peguam yang membela seseorang yang dituduh membunuh, merogol atau mengedar dadah misalnya, khidmat pembelaan yang diberikan tidaklah bererti mereka bersetuju dengan perlakuannjenayah yang dipertuduhkan itu.
Pembelaan hanyalah untuk memberi keadilan dan akhirnya berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah, hakimlah akhirnya yang akan membuat keputusan bersalah atau tidak.
Begitu juga Zaid dalam kes Najib ini, beliau adalah seorang peguam dan bukan hakim yang kata-katanya adalah mutlak atau berupa suatu keputusan.
Oleh itu, semua orang, terutamanya Kit Siang yang juga berlatarbelakang seorang peguam, seharusnya bersikap terbuka dan tenang-tenang saja dalam hal ini.
Keputusan Zaid sedia menjadi peguambela Najib turut tidak harus dinilai oleh Kit Siang daripada sudut politik, tambahan lagi beliau kini adalah insan bebas yang tidak menganggotai mana-mana parti.
Nilailah beliau daripada sudut profesionalismenya sebagai seorang peguam. – ShahbudinHusin 30/07/2022.
HANTU POLITIK TIDAK LAGI BOLEH MELOMPAT
Hantu politik tidak lagi boleh melompat
Lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti semalam merupakan mercu tanda bersejarah yang mengakhiri pertukaran kerajaan secara lompat parti sejak 60 tahun lalu.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, dengan lulusnya RUU berkenaan maka hantu politik yang bergentayangan dan melompat sesuka hati akan menukar tabiat politik
Detik kelulusan RUU itu juga, ujar beliau, bertepatan bermulanya bulan 7 dalam kalendar Cina yang mana sepanjang bulan ini masyarakat Cina akan menyambut perayaan ‘Hantu Lapar’ yang dipercayai mudah tercetus malapetaka.
“Kebetulan, RUU anti lompat parti telah diluluskan sehari sebelum itu dengan persetujuan lebih daripada 2/3 undi di Dewan Rakyat.
“Dengan pindaan tersebut, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka bertindak keluar parti atau tidak lagi menjadi ahlinya. Namun, Ahli Parlimen yang dibuang parti tidak akan hilang kerusi.
“Ahli Parlimen juga tidak akan hilang kerusi jika parti mereka dibubarkan atau bergabung dengan parti lain, atau jika mereka keluar parti untuk menjadi speaker Dewan Rakyat. Bagi Ahli Parlimen yang menang dengan tiket Bebas pula, mereka yang kemudiannya menyertai sesebuah parti atau menjadi anggota gabungan akan kehilangan kerusi,” katanya.
RUU berkenaan tidak akan tercetus, menurut Andre, sekiranya 39 Ahli Parlimen tidak bertukar parti semenjak 2018 dan kemuncaknya Langkah Sheraton pada tahun 2020, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Kata beliau, biarpun RUU baharu ini tidak diketahui keberkesanannya namun kelulusannya adalah permulaan yang baik dalam usaha menstabilkan suasana politik negara.
Katanya, sebelum Langkah Sheraton Malaysia pernah mengalami insiden yang sedemikian rupa seperti kejatuhan kerajaan PBS di Sabah pada 1986 akibat pembelotan wakil rakyat
Selain itu, tambah Andre lagi, RUU itu juga bakal memulihkan keyakinan rakyat kepada politik dan akan mengeluarkan mereka yang sinis mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15.
Apa pun, katanya, hantu politik akan tersekat langkah mereka selepas ini.
“Tahun lepas, artikel saya berkiaskan Hantu Politik Lapar merayap di Putrajaya.
“Bermula tahun ini, hantu politik tidak lagi boleh melompat,” kata Andre lagi
PERLU 680 TAHUN SELESAI KEWARGANEGARAAN KANAK KANAK?
Perlu 680 tahun selesai kewarganegaraan kanak kanak?
Sikap Kementerian Dalam Negeri yang amat perlahan dalam meluluskan kewarganegaraan bagi kanak kanak dianggap sesuatu yang tidak wajar dan menyukarkan nasib kanak kanak tanpa kewarganegaraan.
Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina berkata, berdasarkan jawapan Menteri Dalam Negeri ke atas soalan secara bertulis berkenaan bilangan permohonan kewarganegaraan yang diterima, diluluskan dan ditolak melalui Perkara 15(2) untuk tempoh 5 tahun lalu, amat mengejutkan.
Katanya, sukar diterima akal berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 3,407 permohonan kewarganegaraan diterima dari tahun 2018 hingga Jun 2022 namun hanya 19 permohonan yang telah diluluskan manakala 7 lagi ditolak.
“Dengan kadar hanya sekitar 0.6% ini bermakna Kementerian memerlukan 681 tahun meluluskan keseluruhan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di Malaysia.
“Ini adalah suatu yang mengejutkan dan sangat mengaibkan buat kanak-kanak dan para ibu di Malaysia kerana telah meletakkan mereka dalam situasi yang tidak menentu dalam impak kehidupan,” katanya.
Bagi beliau, kelemahan itu tidak boleh didiamkan sahaja dan KDN perlulah memberi penjelasan mengenai terlalu sedikitnya permohonan yang diluluskan.
“Saya pohon agar Kementerian tampil memberikan penjelasan lanjut Prosidur Operasi Standard (SOP) sebenar dan punca kelewatan proses kelulusan permohonan kewarganegaraan ini.
“Kementerian mesti mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan hak kanak-kanak dilindungi, dijaga dan menjamin kesaksamaan undang-undang dan pentadbiran tanpa diskriminasi,” katanya.
Di samping itu, menurut Nurin Aina lagi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu campurtangan dalam hal berkenaan serta mengusahakan agar dilakukan pindaan Perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjangan tersebut.
“Saya merayu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar berusaha melakukan pindaan terhadap Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, berhubung Perkara 14 perlu dilakukan, agar hak kerakyatan bagi anak wanita atau lelaki warganegara Malaysia adalah saksama dan selari dengan prinsip kesaksamaan gender dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
HADI SOKONG SOSMA WALAU TIDAK HADIR ???
*- Kalau bab ganjaran, PAS bawah kepimpinan Hadi memang laju saja. Dulu bila timbul khabar angin *PAS dapat wang ehsan RM90 juta dari Bossku, Hadi bukan main seronok tapi cuba sorok-sorok.* Sampai PAS dapat hidup masa PRU14 pun dengan wang ehsan dari Najib itu.
- Sampailah bila Sarawak Report dedahkan pasal pemberian wang ehsan itu, Hadi terus mengamuk. Cuba nak nafikan dengan hantar surat saman Sarawak Report.
- Tapi bila Hadi tahu dia akan kalah dan banyak akan kantoi lagi kalau kes saman itu masuk mahkamah, dia terus tarik hand brake, tak jadi saman. Dia selesaikan kes luar mahkamah dan dia sanggup bayar RM700,000 kepada Sarawak Report. Jadi apa maknanya tu?
DATUK NUR JAZLAN MOHAMED
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI
RAZMAN SI KAKI FITNAH CUBA NAK TIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP ANWAR- WOII LEBAI KAKI FITNAH...HANG PEE LA BUAT REPORT-KITA BAGI DIA MAKAN SAMAN PULAK KOT
JADI, SIAPA SEBENARNYA YANG KAKI FITNAH...?
1. Papagomo (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM951,260.30
2. Ismail Sabri (UMNO) vs Nurul Izzah RM450,000
3. Hj Razman vs Nizar Jamaluddin RM200,000
4. Wan Zawawi Ismail (PAS) vs Husam Musa RM50,000
5. Nasrudin Tantawi (PAS) vs LGE RM10,000
6. Nasir Desa (UMPAS) vs Khalid Samad RM100,000
7. Hamidah Osman ( Putra UMNO) vs Khalid Samad RM200,000
8. Hassan Ali (PAS) vs Khalid Samad RM200,000
9. Utusan Malaysia (UMNO) vs Nizar Jamaluddin RM280,000
10. Khalid Abu Bakar (IGP-Umno) vs Nurul Izzah RM400,000
11. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Guan Eng RM400,000
12. Utusan Malaysia (UMNO) vs Karpal Singh RM50,000
13. Utusan Malaysia (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM45,000
14. NST (UMNO) vs LGE RM130,000
15. TV3 (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM1,100,000
16. NST (UMNO) vs Husam Musa RM350,000
17. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Kit Siang RM250,000
18. Azwandin (UMNO) vs Liew Chin Tong RM40,000
19. Azwandin (UMNO) vs Teresa Kok RM30 juta
20. Jamal Tongkol (UMNO) vs Yeo Bee Yin RM5 juta
21. Raja Petra Kamaruddin (PAS) vs LGE RM600,000
STARKAN ,SIMPAN BUKTI INI. NANTI BILA PERLU SENANG NAK RUJUK
KISAH KAYANGAN FILEM
Setelah kutipan Mat Kilau cecah RM90 juta, akhirnya Puteri Sarah dedah cerita sebenar
July 29, 2022
Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Puteri Sarah Liyana melayangkan ucapan tahniah kepada suami tercinta, Syamsul Yusof, apabila jualan tiket filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.
Pergi ke set penggambaran
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah menyatakan dia menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik mega itu.
Kata aktres berumur 36 tahun, biarpun ketika itu sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah, dia gagah diri turun ke set penggambaran untuk memberi sokongan.
Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.
Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui mereka ketika penggambaran.
Ada msalah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.
Kongsi keuntungan?
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menghargai usaha keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama.
Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling penat sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.
Kepada producer Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!
Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menjawab, “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat.
Ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.
‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus
Menerusi Instagram Stories, Emi mengingatkan warganet agar berhati-hati dalam berbicara bagi mengelakkan timbul fitnah.
Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap.
Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran.
Rajin cari duit
Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan yang mendakwa pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan bercerai disebabkan kekayaan suaminya.
Tegas Emi, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu seorang yang gigih mencari rezeki atas usaha sendiri.
Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.
Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
SEEKOR GAGALIST JIKA DILETAK DI MANA SEKALIPUN DI AKAN GAGAL
Gangguan bekalan elektrik, pengguna terjejas diberi rebat, kata menteri
PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat, khususnya kepada peniaga yang terjejas susulan gangguan bekalan elektrik yang dialami di beberapa negeri, Rabu lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, seramai satu juta akaun mengalami gangguan bekalan elektrik selama dua jam 21 minit pada hari berkenaan.
“Ia melibatkan akaun domestik, industri dan komersial. TNB akan menyediakan rebat kepada mereka yang terkesan.
“Justeru, pengguna akaun yang terkesan untuk tempoh tertentu seperti peniaga besar contohnya KLCC, boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Parlimen Kota Bharu, menurut Berita Harian.
Ads by
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata maklumat terperinci berhubung perkara itu akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos nanti.
Rabu lalu, TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri yang berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.
Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.
JANGAN LAGI PILIH PM BODO DAN SENANG KENA TIPU
Kita faham pendirian Zaid jadi camni. Mentang-mentang la
syarikat guam dia dah dapat job besar....ha3
Tapi, ahli-ahli umno patut rasa terhina dan malu dengan
kenyataan Zaid Ibrahim ini. Betulkah bekas Presiden Umno dan penasihat Umno
sekarang yang dipuja sebagai 'bosku' itu sebodoh itu hingga mudah ditipu oleh
ramai orang? Maksudnya, Najib tak layak lagi untuk jadi PM kerana kita tak mahu
PM bodoh dan mudah ditipu. Betul?
PH MAHU 3 LAGI PERKARA KERJASAMA PH – KERAJAAN DISEGERAKAN
PH mahu 3 lagi perkara kerjasama PH – Kerajaan disegerakan
Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti semalam mencatat satu sejarah besar apabila 95% anggota Dewan Rakyat memilih untuk meluluskan usul.
Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) RUU berkenaan mendapat sokongan 100% anggota yang hadir dan merupakan sesuatu yang amat bersejarah dalam sistem Parlimen Malaysia sejak merdeka.
Pindaan RUU itu juga, kata mereka, suatu kejayaan besar Memorandum Kerjasama (MoU) antara PH dan Kerajaan Persekutuan yang belum pernah terjadi dalam sejarah sebelum ini.
“Majlis Presiden PH amat gembira dan berbangga Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah diluluskan dengan sokongan 209 Ahli Dewan Rakyat semalam. Jumlah ini bersamaan dengan sokongan sebanyak 95 peratus, berbanding 5 peratus atau 11 Ahli Dewan Rakyat yang tidak hadir.
“Pindaan Perlembagaan yang sangat bersejarah ini adalah satu kemenangan besar untuk rakyat Malaysia. Ia merupakan salah satu tiang seri kepada MoU di antara Kerajaan dan PH.
“PH percaya dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini maka keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi itu sendiri akan mulai pulih,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, menurut Majlis Presiden, terdapat 3 daripada 18 perkara dalam MoU yang masih belum dilaksanakan.
Perkara itu adalah mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun; Membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen; dan Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dengan lebih teratur dan lancar.
Pada masa sama, tambah mereka, Perkara 4, iaitu kebebasan institusi Kehakiman perlulah dilaksanakan sepanjang masa.
“Majlis Presiden dengan ini mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri dua hari lalu bahawa satu MoU baharu tidak akan ditandatangani. Ini bermakna MoU yang dimeterai pada 13 September 2021 akan terus berkuatkuasa selagi mana Parlimen ke-14 belum dibubarkan, sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 2.1 MoU.
“Oleh itu, Majlis Presiden mengarahkan wakil-wakil PH di dalam Jawatankuasa Pemandu MoU agar mengadakan mesyuarat pada kadar segera bersama wakil-wakil Kerajaan bagi membincangkan beberapa Perkara di dalam MoU yang masih berbaki, di samping meneliti perkara-perkara yang dinyatakan Perdana Menteri termasuk berkait pendanaan politik,” kata mereka lagi.
Kenyataan berama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
SELEPAS ROS LULUSKAN PINDAAN, APAKAH UMNO YANG DIPIMPIN PRESIDEN BERMASALAH MAMPU MENCIPTA KEMENANGAN DALAM PRU15?
Apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS akhirnya meluluskan cadangan pindaan perlembagaan UMNO petang semalam, petunjuk yang nyata kini ialah ia bermakna Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini.
Oleh kerana pemilihan UMNO sudah dibenar diadakan selepas PRU15 dilangsungkan dan tempoh penggal Parlimen sekarang berakhir ialah Julai 2023, kebarangkalian Parlimen akan dibubarkan adalah dalam tempoh dua atau tiga bulan daripada sekarang.
Rata-rata meramalkan Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebaik saja Belanjawan 2023 dibentangkan pada awal Oktober depan.
Oleh kerana beliau sudah dinamakan sebagai “poster boy” BN, Ismail Sabri tentu saja ingin memanfaatkan Belanjawan 2023 dengan beberapa pendekatan yang memperlihatkan kerajaan pimpinannya lebih hampir serta mesra dengan kesusahan rakyat.
Hal ini adalah sesuatu yang lumrah dan biasa, malah siapa pun jadi Perdana Menteri pasti akan melakukan hal yang sama.
Cuma, dengan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ini bermakna Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan kekal memainkan peranan penting dalam banyak perkara, khususnya dalam soal pemilihan calon untuk bertanding.
Ada dua isu besar berbangkit dalam hal ini:-
Pertama, apakah nasib penentang-penentangnya dalam UMNO seperti Annuar Musa, Shahidan Kasim, Tajuddin Abdul Rahman dan lain-lainnya pada PRU15 nanti?
Adakah mereka kekal dicalonkan atau akan digugurkan?
Jika digugurkan, mungkinkah mereka dengan senang hati memilih bersara atau akan beralih untuk bertanding mewakili parti lain?
Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada BN dalam mencari kemenangan?
Kedua, ini juga bermakna dalam PRU15 akan datang, buat pertama kali dalam sejarah di mana UMNO dan BN akan menyertai pilihan raya dalam keadaan parti dipimpin oleh Presiden yang masih berdepan kes mahkamah?
Tidak pernah dalam mana-mana PRU sebelum ini Presiden UMNO terkait dengan kes mahkamah, apatah lagi dengan jumlah kes yang banyak iaitu 87 pertuduhan.
Mahukah rakyat memberi sokongan dan undi sedangkan Presiden UMNO dan Pengerusi BN dilihat bermasalah dan tidak bersih, terutama jika Zahid Hamidi sendiri masih bertanding lagi di Parlimen Bagan Datuk?
Bagaimana UMNO mahu menepis kecurigaan dan kebimbangan rakyat bahawa jiwa UMNO dan BN diberi kemenangan, ia lebih mungkin digunakan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapi itu?
Mahu tidak mahu sebenarnya, dalam keadaan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dan Presiden UMNO pula sedang bermasalah dan dilihat tidak bersih, bagi menjamin rakyat tiada kecurigaan untuk memberi undi kepada BN, pilihan yang terbaik ialah Zahid Hamidi mesti berjiwa besar dengan memilih untuk tidak bertanding sama sekali.
Beliau hanya perlu, atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, memastikan kemenangan parti dengan segala kemampuannya tanpa memikirkan kepentingan untuk peribadinya.
Percayalah, jika ini dapat dilakukan, pengorbanan Zahid Hamidi pasti dibalas dengan sokongan yang melimpah ruah oleh rakyat. – ShahbudinHusin 30/07/2022.
LAGI-LAGI PEMBALAKAN TEBANG HABIS-HUSAM MUSA
Lagi-Lagi Pembalakan Tebang Habis
1. Tulisan ini didedikasikan kepada :
a. Masyarakat Orang Asli Ulu Kelantan yg menderita. Tiada Pemimpin
Negeri dan Negara yg peduli - ketika persekitaran kehidupan mereka dirosakkan
terus menerus untuk selama-lamanya. Sebenarnya, ia juga merosakkan kekayaan,
kehidupan dan khazanah keseluruhan Rakyat Kelantan juga akhirnya.
(Penduduk Orang Asli bekalkan foto supaya saya dapat suarakan
bagi pihak mereka melalui posting-posting saya)
b. Generasi masa depan Rakyat Kelantan.
Supaya jadi ingatan mereka. Saya sebagai Rakyat Kelantan
generasi pendahulu mereka telah pun menegur kerosakan dan kehalobaan yang
berlaku - di tahun 2022 dan sebelumnya. Apa kan daya, belum ramai yang
mengerti.
2. Tebang Habis Untuk Perladangan Di HSK Gunung Stong Selatan
Kita tinjau kelulusan TEBANG HABIS UNTUK PERLADANGAN DAN
PEMILIKAN TANAH MELALUI PAJAKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL KELANTAN.
Kali ini di HSK Gunong Stong Selatan.
a. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd.
- Lesen no : DB 01(P)-11-2021
- Kompartmen : 116,118,119 dan 120 Hsk Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 390 ha/ 963 ekar.
- Tarikh lesen : 4 November 2021 - 24 Februari 2022
- Sambung lesen : 15 Ogos 2022 - 24 Ogos 2022
b. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd
- Lesen no : DB 01 (P)18-2021 TLC
- Kompartmen : 121 dan 122 Hsk Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 129 ha/ 319 ekar
- Tarikh lesen : 16 Mei 2022 - 15 Jun 2022
Akar Prestij Sdn Bhd sekurang-kurangnya mendapat dua kelulusan
perladangan dalam Hutan Simpan Kekal Gunong Stong Selatan.
Jumlah keluasan kelulusan dimiliki Akar Prestij Sdn Bhd di sini
ialah : 1,282 ekar.
c. Oriental Purity Sdn Bhd
- Lesen no : DB 01-07-2022
- Kompartmen : 60 dan 61 HSK Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 95 ha / 235 ekar
- Tarikh lesen : 27 Mac 2022 - 26 September 2022
3. Pemilik Akar Prestij, ikut carian SSM ialah :
i. Tan Heng Ta
ii. Tan Heng Kong
Kedua-duanya bukan Anak Kelantan.
4. Pemilik Oriental Purity Sdn Bhd ialah :
i. Mary Fong Lee Kian
ii. Rosnani Abdul Hamid
iii. Per Hok Lai
Kecuali Rosnani Abdul Hamid, dua lagi pemilik Oriental Purity
adalah bukan Anak Kelantan.
5. Milik Tanah Dalam Hutan Simpan - Fenomena Baru
Perladangan dalam Hutan Simpan Kekal biasanya diberi pajakan 66
tahun dan sambungan 33 tahun lagi, menjadi 99 tahun.
Pemilikan dalam Hutan Simpan Kekal di Kelantan adalah fenomena
baru yang datang bersama Ladang Dalam Hutan Simpan.
Siapa pemilik bertuah itu?
6. Dulu Hanya Membalak -
Sekarang Boleh Milik Tanah Hutan Simpan dan Boleh Tebang Habis
Saya ulangi.
Dulu pembalak tak boleh milik tanah dalam Hutan Simpan dan tak
boleh tebang semua kayu.
Sekarang, boleh tebang habis dan boleh memiliki tanah dalam
Hutan Simpan.
Fikir-fikirlah akibat dari dua dasar ini.
7. Laungan Hutan Simpan Kelantan Terluas Hanya Pembohongan
Status Hutan Simpan atas kertas. Di atas Bumi, semua telah
diratah.
Husam Musa
27 Julai 2022
27 Dzulhijjah 1443H