*SOAL SIASAT TURUN*
*SOAL SIASAT TURUN*
*SOAL SIASAT TURUN*
MENTERI KALAU BODOW ..JAWAPAN PUN MACAM BODOW JUGAK...KEH..KEH....MALU KE ORANG LA WEIIII
Rakyat perlu bersyukur, harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean, kata Annuar
PETALING JAYA: Harga barang terutama produk makanan di Malaysia antara terendah dalam kalangan negara Asean, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa.
Bagi menyokong kenyataannya, menteri komunikasi dan multimedia itu merujuk kepada laporan Bank Dunia berhubung program bakul makanan, iaitu diet makanan sihat.
Annuar berkata, laporan itu menunjukkan perbandingan antara semua negara Asean untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria diet sihat mengikut negara.
“Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean. Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Annuar berkata, banyak pihak cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi, sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan.
GANG KERAJAAN KATA HIMPUNAN SIKIT SANGAT...
MOHD SHAH RIM
Geng Kerajaan cakap perhimpunan gagal tak ramai turun..Yelah ni bukan mcm perhimpunan padang merbuk, angkut peserta beratus biji bas, Kelantan sampai umun cuti..wait n see.. ni baru permulaan.
BAYARAN BANTUAN KEPADA MANGSA COVID LAMBAT SANGAT
Negara telah pun memasuki fasa endemik Covid 19 namun pembayaran bantuan takziah kepada waris waris mangsa yang meninggal dunia akibat pandemik masih amat perlahan, malah ramai yang belum menerimanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata, kebelakangan ini beliau menerima banyak aduan daripada rakyat mengenai kelewatan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 tersebut.
Oleh itu, Simon mahu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) segera menangani masalah berkenaan agar tidak berlarutan.
“Sejak tahun lepas, NADMA telah membuka permohonan untuk bayaran saguhati kematian RM5,000 bagi ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19.
“Antara syarat permohonan adalah selagi ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 maka mereka layak mendapat bantuan kematian ini.
“Walau bagaimanapun, ramai yang mengadu mereka tidak menerima bayaran takziah itu,” katanya.
Manakala status permohonan pula, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, tidak dijawab dengan jelas sama ada pemohon tidak memenuhi kelayakan atau dokumen tidak lengkap dan sebagainya.
“Ramai yang mengadu berhubung masalah ini dan pusat khidmat saya juga telah menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan tetapi semuanya berakhir tanpa jawapan.
“Panggilan telefon hotline tidak ada orang jawab dan semakan status di portal juga tiada maklumat,” katanya.
Justeru, Simon menyarankan Jabatan Perdana Menteri dan NADMA mempercepatkan proses semakan dan pengagihan.
Katanya, pemohon perlu diberi jawapan dan bukan hanya menunggu setiap hari, melakukan semakan sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.
TAHUN 2020...MASA ORANG TEGUR ..NAK TANAM KAT JERAT CINA..BILA SOH LAKSANA...MENGILAS...APA LAAA..
ANA TAHU
Tukang jawab pun dari parti ana dah tu. Dulu bila orang tegur
perlu kajian menyeluruh, nak tanam
orang kat jirat… Takdir !!!
PKR TEMERLOH BERSAMA AJK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
Pasangan melayu dgn 3 anak ( 1 org oku .. hyperactive ) atas kesempitan hidup terpaksa menumpang hidup di rumah flat pknp seorang India (yg mengangap mereka sebagai keluarga ) didalam rumah penuh dgn gambaran penganut hindu dan patung-patung.
Pej agama Islam Temerloh atau pihak masjid Abu Bakar Mentakab harus memberikan perhatian kpd masalah mereka...kekuatiran akidah mereka terutama anak2 akan boleh bercelaru.
KEMPEN MEYAKINKAN ANAK MUDA MELALUI TIK TOK -RAFIZI RAMLI
Saya akan bawa kempen #AyuhMalaysia
ke TikTok untuk
menyakinkan anak-anak muda untuk keluar mengundi dan memilih KEADILAN/PH dalam
PRU akan datang.
Ha3 video pertama nampak sangat amatur. Macam-macam komen orang
bagi termasuk pasal lubang hidung saya
Insya Allah saya akan terus belajar (semua kandungan saya di media sosial saya buat dan sunting sendiri) supaya gan TikTok saya lebih baik.
Saya mohon bantu saya menang pertempuran maklumat di TikTok
juga.
Mohon follow akaun TikTok saya di rafiziramli