KISAH LAMA, TAPI APA YANG NAK DIKATAKAN IALAH....
MOHD AFFENDI ABAS
Wow ... PAS dah jadi sahabat sejati sekarang! Kalau aq jadi PAS
.. x hinging AQ nak pi melawat si PNyamun BossCow yang dah terbukti bersalah di
mahkamah!
Sebabnya.. tindakan ini bukannya sahaja boleh menjejaskan maruah
parti Islam tetapi boleh menjatuhkan martabat agama Islam kerana dilihat
bersetongkol dgn PNyamun BossCow!
Agaknya dah terdesak untuk cari sokongan @ wang pertaruhan untuk
PRU15 kot? Dulu boleh dapat RM 90 juta? Mana tau kali ini boleh dapat lebih
lagi?
APA AKAN BERLAKU JIKA RUSSIA MENUTUP PAIP GAS EROPAH-SOLAR ALTERNATIF TERBAIK
Russia akan tutup paip gas nort stream 1 seluruh
Eropah.. Jika Russia stop gas, Eropah hanya boleh bertahan 2 Bulan sahaja ..
Pusat industri banyak telah ditutup kerana kekurangan energy ..
Pusat janakuasa letrik di seluruh dunia kebanyakan mengunakan
gas dan arang batu termasuklah Malaysia .. Tapi di Eropah stesyen arang Batu
sudah diberhentikan perkhidmatan.
Apabila meletus perang besar, Bumi akan bergelap kerana tiada
lagi elektrik. Kapal-kapal dagang tak boleh lagi merentas laut kerana risiko
ditembak misile submarine.
Majoriti orang kita sangka letrik kita hanya gunakan Hidro
Sahaja..
Hidro megawatt nya rendah .. Di Pahang je banyak guna hidro
itupun lingkungan 100megwatt ke bawah aje..
Aku hairanlah..kenapa gov kita tak nak kembangkan sistem solar
untuk perubahan rakyat? sedangkan kita pengeluar panel solar yang terbesar..
pelik ye!
Boleh sesiapa explain kat saya kenapa gov kita tak nak kembangkn
sistem solar? Bukannya tak ada barang .. Ada je.
Pak menteri boleh tolong explain tak kenapa tak nak besarkan
sistem solar kat Malaysia ni.. Rakyat kita ramai yang pakar dalam Bab solar
ni..
Mintak golongan yang berpengaruh bangkitkn ISU ni.. Penting
solar ni jika meletus perang dunia tak de Ler negara kita bergelap.. Gas dan
arang Batu banyak import.. Dah perang submarine conqer lautlah, mana berani
kapal dagang nak Lintas laut..Kita import arang Batu Dari Indonesia ..
Sistem solar ni boleh berguna waktu emergency jika berlaku
darurat perang..tengok eropah sekarang dah teruk sebab Russia stop gas mati
beku lah Eropah tak ada letrik
Hutan habis terbakar belah sana mana ada kayu lagi dah.. Kayu
pula jadi mahal dari gas.
Sediakan payung sebelum hujan Pak menteri oiii..
Kilang buat panel solar punya besar kat janda baik Tu..
Aku bagi cadangan aje sebab aku dah nampak perang dunia dah
bermula cuma belum ada pihak yang declare je lagi..masing masing tengah cari
jalan untuk dapatkan pengaruh kongress aje supaya mudah untuk dapatkn sign
declaration perang...
Keimanan punya solar 18500 megawatt tinggi Tu..
Kredit: Wanz Wanz
https://www.facebook.com/10000380.../posts/2639858589484191/
Terkini! Tambang feri ke Pulau Pangkor naik sehingga 40 peratus
Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40%.
Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau Pangkor baik dari Jeti Lumut atau Jeti Marina bermula 1 Julai baru-baru ini.
Berdasarkan pengumuman rasmi daripada pengusaha feri, mereka mengumumkan bahawa harga tiket feri ke Pulau Pangkor dinaikkan ke RM10 (satu hala) untuk dewasa.
Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, secara matematik kadar tambang pergi balik dinaikkan kepada RM20 (dewasa) berbanding harga asal RM14 telah menunjukkan kenaikan melebihi 40 peratus.
“Tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, pengusaha feri menaikkan kadar tambang ini dengan alasan mereka sudah lama beroperasi dalam kerugian (running in lost).
“Pemuda AMANAH Negeri Perak sangat khuatir, dengan kenaikan harga tambang feri ini, ia bakal merencatkan kedatangan pelancong ke Pangkor,” katanya, lapor Malaysia Dateline.
Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak campur tangan kerajaan agar harga tambang ini dapat dikaji dalam mengurangkan beban rakyat seraya merangsang kedatangan pelancong yang lebih ramai ke Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai yang paling dekat dari Kuala Lumpur.
AWAT PULAK TAKIYUDDIN TAK MAU SURUHANJAYA SIASATAN AWAM PUNCA BANJIR- KOT JUMPA TAKUNGAN BUNIAN ATAIH BUKIT KOT-KA TAKUT PECAH LOBANG SEJARAH MB LAMA PUNYA KERJA .???
Banjir Baling: Tak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal mampu siasat punca, kata Takiyuddin
BALING: Tiada keperluan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air di beberapa kampung di daerah ini petang Isnin lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat “kesimpulan” serta menentukan punca tragedi itu.
“Saya percaya jabatan yang berkaitan sedang mengadakan siasatan di kawasan berkenaan. Sekiranya (punca) berkaitan dengan penanaman semula, ia di bawah Jabatan Perhutanan. Ini kita serah kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan siasatan.
“Jadi tidak perlulah suruhanjaya siasatan dan sebagainya, jabatan kita pun mempunyai kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya dalam sidang media selepas mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara dan melawat ke kawasan terjejas bencana banjir di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar Kerajaan Kedah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling pada Isnin lepas dan kejadian di Gunung Jerai, Yan tahun lepas.
Takiyuddin berkata pihaknya menjangka siasatan berhubung kejadian di Baling ini akan diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan yang luas.
Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan membuat tinjauan di kawasan Gunung Inas, di sini bagi melakukan siasatan dan mencadangkan tindakan yang sewajarnya.
“Sepertimana yang kita buat di Gunung Jerai (sebelum ini), JMG banyak melakukan siasatan berkaitan pengukuhan kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya, banyak cadangan teknikal akan diberikan oleh JMG kepada jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” katanya.
Takiyuddin turut menolak andaian bahawa jabatan-jabatan berkaitan lambat mengenal pasti kawasan yang berisiko berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggalah kejadian itu berlaku.
Katanya kerajaan dan jabatan yang berkaitan memberi keutamaan dan mengambil tindakan di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku bencana.
TAKZIAH BALING - SITI AISHAH 'SRIKANDI'
SYARIKAT SAWIT PERLU DIHADKAN UNTUK JUAL PASARAN TEMPATAN
Syarikat sawit perlu dihadkan untuk jual pasaran tempatan
Syarikat peladangan sawit disaran agar dihadkan 15% daripada pengeluarannya untuk pasaran tempatan agar harga minyak masak dapat diturunkan.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut telah ditimbulkan beliau di Parlimen sedikit masa lalu namun tidak mendapat sambutan dari pihak Kerajaan BN – PN.
“Saya menegaskan termasuk di Parlimen tahun lalu. Apa salahnya kita tetapkan syarikat yang untungnya besar menghadkan eksport dan memperuntukkan 10 atau 20% pengeluran untuk keperluan tempatan dan dengan kos harga lebih rendah dan catatan untung yang lebih kecil.
“Indonesia pernah mengambil tindakan drastik menyekat eksport untuk mempastikan keperluan dalam negeri diperolehi. Saya tidak mengusulkan begitu. Saya usulkan sekurang kurangnya 15% pengeluaran
“Tidak munasabah hasil pengeluaran dalam negara banyak tetapi kos (harga minyak masak) meningkat kerana ikut pasaran dunia,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoalkan keuntungan yang diperolehi syarikat sawit gergasi Malaysia yang menikmati tambahan keuntungan selepas pandemik Covid 19.
Katanya, tidak ada masalah syarikat besar berkenaan berkorban sedikit untuk merendahkan harga minyak masak dalam negara.
“Berapa untung Sime Darby? Untung RM2.26 bilion bagi 2021, apakah tidak mungkn 10% pengeluaran diturunkan supaya keuntungan masih dicatat tetapi untungnya lebih rendah
“Apakah berani kepimpinan negara berdepan syarikat gergasi? Sebab di Parlimen saya bertanya PM dan menteri mewakili siapa? Rakyat bawahan atau saudagar korporat besar,” katanya.
Anwar juga membandingkan keuntungan sebuah lagi syarikat sawit gergasi, IOI Bhd yang pada 2022 pendapatannya meningkat sehingga RM11 bilion.
Kata Anwar, minyak sawit bukanlah barang import yang kerajaan perlu berikan subsidi tetapi memerlukan sedikit keberanian Perdana Menteri dan Menteri menghadapi konglomerat perladangan demi mempertahankan kehidupan rakyat.
“Saya tak minta dari pekebun kecil, tetapi syarikat untung RM1 bilion setahun maka kenakan syarat ini. Mengapa pimpinan negara tak sanggup bantu rakyat dengan pastikan syarikat pengeluar sawit itu menghadkan?
“Kalau keperluan negara 10 – 15% maka sekurang kurangnya keperluan (asas) rakyat miskin dapat ditangani,” katanya lagi.
Mulai 1 Julai lalu subsidi untuk minyak masak botol telah ditarik balik dan menyaksikan peningkatan harga yang drastik. Malah terdapat jenama minyak masak botol yang peningkatan harganya melebihi 50%.
Rakyat B40 disarankan kerajaan membeli minyak masak paket namun kekurangan bekalan menyebabkan rakyat terpaksa membeli minyak botol yang mahal harganya.
BILA AYAM DINAIKKAN RM9.40, BEKALAN STABIL PULA
Bila ayam dinaikkan RM9.40, bekalan stabil pula
Kenaikan harga ayam bulat di pasaran berlaku akibat kelemahan kerajaan BN – PN menguatkuasakan kawalan harga dan bekalan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ayam bulat boleh dikawal harganya ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dan tentunya kekal boleh dikawal pada harga yang mampu ditanggung rakyat pada waktu ini.
Beliau juga tidak berpuas hati apabila sebaik sahaja kerajaan bersetuju menaikkan harga ayam maka bekalan segera pulih dan tidak lagi terganggu seperti sebelumnya.
“Harga ayam pernah kita catat rendah semasa kerajaan PH. Harga diumum oleh Menteri Saifuddin Nasution ketika itu RM5.99 tetapi sekarang melambung lagi.
“Bekalan juga sukar diperolehi. Ada tempat tak ada (ayam) kerana membiarkan sekelompok peniaga, pengeluar mengaut keuntungan terlalu besar.
“Anehnya bila harga siling naik RM9.40 sekilo tidak pula timbul lagi masalah bekalan ayam di pasaran?
“Sebab itu kerajaan perlu dipimpin oleh orang yang ada pendirian. Tidak tunduk kepada pedagang dan penghisap darah,” katanya dalam satu siaran media malam tadi.
Anwar tidak menolak selain berlakunya peningkatan kos menternak ayam wujud juga tindakan menyorok bekalan menyebabkan harga naik sebelum ini.
Katanya, jika kerajaan BN – PN mengambil langkah pergi ke pengeluar ayam atau melakukan operasi anti-sorok bekalan maka keadaan akan lebih terkawal.
Beliau juga membawakan pengalamannya ketika menjawat Menteri Kewangan dalam menangani kenaikan harga yang sebenarnya boleh ditangani secara berkesan.
“Bila kita adakan jawatankuasa sebelum hari perayaan, itu di antara tugas pegawai kementerian adalah menyemak pengeluarannya. Bukan ditekan peraih dan peniaga kecil. Ini tidak dilakukan (sekarang).
“Sebab itu kita jangan memilih pimpinan politik yang bercakap berdegar degar tetapi tidak berani menghadapi masalah bila menyentuh pedagang kaya,” katanya lagi.
PAS GONDOLKAN GUNUNG INAS BALING ATAS NAMA LADANG SEJAHTERA ???
Bermula pada 2008 -2013 ketika itu Pas memerintah Kedah dibawah pentadbiran Ust Azizan Razak, Sanusi MB Kedah sekarang adalah sebagai Setiausaha Politik, pembalakan di Gunung Inas di lakukan, kemuncak dalam tahun 2011-2012. Ini bertujuan untuk menanam getah klon balak untuk projek Ladang Sejahtera.
Seterusnya Mukhriz Tun Mahathir 2013 - 2016, tidak melakukan apa - apa, tiada aktiviti yang dikesan.
Kemudian kerajaan BN Ahmad Bashah 2016 - 2018 membatalkan projek Ladang Sejahetra dan membuat perjanjian baru bersama ECK untuk projek Ladang Musang King secara besar - besaran.
Ketika PH, Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB Kedah 2018 - 2020, perjanjian antara ECK tidak boleh dibatalkan atas faktor perundangan sebelum itu, namun projek itu dikurangkan hanya kepada 20% saja dan kawasan yg telah digondol sebelum itu WAJIB membuat tanaman semula.
Mai zaman Kerajaan Pas Mohd Sanusi 2020 - Sekarang, projek itu berjalan balik dengan bukti viralnya beberapa video, walaupun arahan katanya disuruh berhenti tapi mereka berjalan macam biasa 😂.. Nak salahkan siapa?
Tanya MB Kedah lani serius atau tidak...
HELLO NAJIB, TAKKAN SENYAP SAJA TENTANG WAWANCARA TOK MAT?
Sudah dua hari berlalu sejak Asia Times menyiarkan wawancaranya dengan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang antaranya menyentuh tentang Najib Razak, skandal 1MDB dan hukuman yang diterimanya, sehingga ini bekas Perdana Menteri itu belum lagi memberi apa-apa reaksi berkenaan dengannya.
Kenapa Najib begitu lambat dan lembab?
Bila lagi beliau mahu mengulasnya?
Kalau hal lain, kadang-kadang isu berkenaan kecil saja, malah tidak begitu penting pun, tetapi Najib begitu pantas mengulas melalui melalui kerja sepenuh masa pasukan media sosialnya.
Mengapa dalam isu berkenaan wawancara Tok Mat dengan Asia Times ini, Najib begitu perlahan?
Tidakkah apa yang disebut oleh Tok Mat dalam wawancara itu adalah secara langsung tentang dirinya?
Sepatutnya Najib lagi pantas mengulas atau menjawab apa yang Tok Mat sebut dalam wawancara itu kerana ia berkaitan dirinya sendiri.
Malulah kalau hanya sibuk atau cepat menjawab dan mengulas dalam hal-hal lain, tetapi jadi kaku berkenaan apa yang disebut oleh Timbalan Presiden UMNO sendiri berkenaan dirinya.
Takkan memadai dengan Dr Puad Zarkashi dan Lokman Adam saja menjawab bagi pihaknya.
Apa kelas gitu?
Cepatlah bersuara Najib, janganlah diam saja?
Kalau diam saja, nanti rakyat ingat macam setuju pula dengan apa yang disebut oleh Tok Mat itu, terutama tentang beban kepada UMNO akibat skandal 1MDB. – ShahbudinHusin 07/07/2022.
HAK RAKYAT BUAT FLASHMOB HARGA BARANG NAIK
Hak rakyat buat flashmob harga barang naik
Kerajaan BN – PN tidak seharusnya menekan penganjuran flashmob kerana aksi menaikkan sepanduk di tepi jalan itu merupakan hak rakyat dalam menzahirkan ketidakpuasan hati menghadapi siri kenaikan harga barnag.
Aktivis KEADILAN Temerloh, Ahmad Nizam Hamid berkata demikian selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pagi tadi susulan flashmob yang mereka sertai pada 2 Julai lalu.
“Saya bersama YB Woo Chee Wan dan Rosli Ismail telah hadir ke IPD Temerloh bagi memberikan keterangan berkaitan program flashmob protes harga barang yang telah diadakan di Bandar Mentakab pada hari Sabtu, 2 Julai lalu
“Kami menegaskan menjadi hak dan kewajiban rakyat untuk menzahirkan ketidakpuasan hati di atas kegagalan kerajaan hari ini mengawal kenaikkan harga barang
“Di atas premis ini kami tidak akan sesekali berhenti dari memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak,” katanya .
Menurut Nizam lagi, anggota KEADILAN dan rakyat terbanyak akan terus menganjurkan flashmob kerana aksi itu adalah yang paling ringan dalam menyatakan rasa tidak senang terhadap sikap lepas tangan pemerintah.
“Kami mengingatkan bahawa flashmob adalah kaedah unjukrasa yang paling lunak dan lembut.
“Sekiranya unjukrasa seperti ini dihalang maka kami tidak dapat menolak kemungkinan demontrasi secara menyeluruh akan diadakan di seluruh negara untuk rakyat menzahirkan suara hati mereka,” kata Nizam.
Peguam senior itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai polis IPD Temerloh yang telah melayani mereka dengan baik dan menjalankan tugas secara profesional.
NAH AIHHH..ORANG BONIAN BUAT KOLAM MANDI GAKNYA YA....HANG CAKAP DENGAN GEOLOGIST KOT DEPA GELAK TERBAHAK BAHAK
Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir, kata MB Kedah
BALING: Sumber air terkumpul banyak di Gunung Inas yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air, Isnin lepas.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesimpulan itu berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan bersama polis semalam di kawasan gunung itu yang turut mendapati tiada pecahan takungan air seperti yang didakwa.
“Saya berpeluang menaiki helikopter polis untuk meninjau kawasan bencana dan dapat melihat secara menyeluruh laluan aliran air yang berpunca dari Gunung Inas sehingga kawasan bencana dan Pekan Kupang.
Sanusi berkata pada tinjauan itu, beliau mendapati takungan yang dibina di kawasan tanaman Musang King masih ada dan takungan tempat pengumpulan air untuk dipam masuk ke kolam berkenaan juga tidak pecah.
Katanya, pokok-pokok besar di sepanjang aliran air di gunung itu juga masih ada dan tidak ditebang sewaktu ladang hutan tanaman durian Musang King dibangunkan.
Justeru beliau berkata kesimpulan pada masa ini sebelum mendapat laporan daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) adalah aliran air bergerak begitu laju di cerun yang curam daripada sumber air yang terlalu banyak dan bercantum menjadi satu di aliran Lata Celak yang mengalir ke Sungai Kupang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.