JERAT DIPASANG HUSAM SUDAH KENA



Pendedahan bersiri dibuat oleh Pengerusi SaveKelantan Husam Musa terhadap penyelewengan agensi dan jabatan kerajaan Kelantan khasnya mengenai pembalakan, akhirnya dibawa ke mahkamah apabila syarikat yang dikaitkan dengan "pencurian" balak dan pemiliknya Mohd Hafiz Mohd Rasdin menayaman beliau. 


Bagaimana pun Husam menolak saman itu dengan memberi alasan kerana ia menyalahgunakan mahkamah dan cuba menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak di kompartmen 25 Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri.


Walaupun Husam minta mahkamah menolak saman itu, tetapi hakikatnya saman berkenaan seperti dinanti-nanti oleh pengerusi SaveKelantan itu. Bagi mereka yang arif dengan cara dan politik Husam, tahu sangat taktik dan strateginya untuk membawa sesuatu isu ke dalam mahkamah. Dalam kes ini beliau sudah berjaya.


Dengan saman berkenaan Husam berpeluang untuk mendedahkan apa-apa maklumat dan bukti yang didapati dan sudah berada dalam tangannya yang tidak boleh didedah di luar mahkamah kerana ia bersifat rahsia dan bertentangan dengan undang-undang. 


Namun apabila ia disaman, beliau bebas untuk mendedahkan bukti didalam mahkamah nanti. Ini yang ditunggu Husam. Kita berharap akan berlaku perbicaraan penuh berhubung saman berkenaan kerana kita ingin tahu apakah rahsia atau pun doukumen yang ada kepadanya. Kita mahu tengok dengan jelas muka-muka atau tangan ghaib yang berada di sebalik penyelewengan dan rasuah yang berlaku di Kelantan itu. 


Selalunya Husam tidak bercakap dengan tangan kosong, melainkan beliau sudah bersedia dengan segala bukti dan fakta yang lengkap. 

Tindakan syarikat dan pemiliknya menyaman bekas Exco kanan Kelantan itu seperti sengaja  mahu menelanjangkan diri sendiri dan secara tidak langsung akan mengheret sama pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan termasuk MB Ahmad Yakob.


Husam sendiri menyifatkan saman itu sebagai perbuatan menggantung diri.


Apakah saman itu ada motif untuk memburukkan pimpinan tertinggi Kelantan khasnya Ahmad Yaakob kerana ada pihak yang ingin menandah tuak nipah disebalik pemotongan tandannya? Trims.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SKjizrAnqgTniU3nZNWXCerVZnfqPkzgBGFKC5QRmkr4uCj8reP32g8iQi7QaxPVl&id=100004822655567&sfnsn=mo



NAK PELAWA MASUK PAS KENAPA? PAS PUN MAKIN DITOLAK RAKYAT. KALAU HARI HARI RAKYAT JADI AHLI PAS, TAPI PAS TAK BERANI BERJUANG SENDIRIAN BUAT APA ?

 


Takiyuddin pelawa Tajuddin masuk PAS


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan secara terbuka mempelawa
 bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman,
 menyertai parti berkenaan.

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, dipelawa menyertai PAS sebagai meneruskan kelangsungan karier politiknya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Katanya, sesiapa sahaja boleh menyertai PAS dan parti itu akan menerimanya.

“Siapa nak sertai PAS pun boleh kita terima dan untuk makluman pada kelmarin, kita telah mengadakan kempen keahlian baharu PAS di Kedah (dan) pada hari Sabtu baru-baru ini kita menerima ahli baharu, dalam tempoh seminggu lebih sikit 12,000 orang.

“(Kesemua) 12,000 orang ahli baharu itu telah kita terima. Jadi siapa pun boleh menyertai PAS. Itu kita anggap satu penerimaan masyarakat termasuklah pengundi-pengundi baharu,” katanya menurut laporan Awani.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada Sabtu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mempelawa Tajuddin yang digugurkan sebagai ahli MKT Umno bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili parti itu sekiranya tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pasir Salak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Razman berkata, pelawaan tersebut dibuat bukan bermaksud mahu mencampuri urusan parti lain, sebaliknya mengambil kira situasi semasa yang mahu agar PRU15 diadakan segera.

Hari ini, Tajuddin ketika mengulas ‘jemputan’ PAS bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15, Tajuddin berseloroh berkata “ia boleh dipertimbangkan”.

Bagaimanapun Tajuddin berkata, beliau tidak akan menyertai PAS untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak.

“Saya boleh tanding (sebagai calon) Bebas sokong Umno,” katanya.

Pada Khamis, Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT Umno berkuat kuasa 21 Jun, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ahmad bagaimanapun enggan mengulas punca pengguguran berkenaan dan hanya menzahirkan penghargaan atas komitmen Ahli Parlimen Pasir Salak itu selama ini.

Bagaimanapun, pada Jumaat, presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, memberi gambaran tindakan yang dikenakan terhadap Tajuddin itu disebabkan kesalahan dilakukannya.

PULAK DAH...INI KES DIKELANTAN PULAK...

 Kerajaan negeri zalim, padahal Felcra menyerah urusan tanah itu kpd kerajaan negeri bukan utk memindah milik tanah tersebut menjadi milikan tetap kerajaan negeri.

Namun utk kerajan negeri kawal selia urusan sebagai pentadbir, sehinggalah para peserta habis bayar hutang dan tanah itu perlu dipulangkan semula kpd peserta secara milik penuh.
0:00 / 3:14
'Kerajaan Kelantan tak berhati perut, tebang pokok getah kami'
348 peserta Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang hilang punca pendapatan susulan kerajaan Kelantan menebang pokok getah seluas 689 hektar ditebang, lapor wartawan Hazelen Liana Kamarudin.

Protes aman: Bukanlah rusuhan namun sebahagian dari asam garam demokrasi-ALIRAN




Perhimpunan aman menyediakan ruang kepada rakyat di sebuah negara demokrasi untuk menyatakan pandangan dan rungutan mereka secara kolektif.

Hak untuk berhimpun, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, memastikan hak rakyat untuk berhimpun dan protes secara aman.

Sepanjang sejarah negara, beberapa perhimpunan awam membantu dalam memajukan negara, serta dari pelbagai sudut, membantu kerajaan untuk bertanggungjawab.

Sepertimana Bersih dengan penuh takzim menjelaskan kepada Sultan Johor berkenaan pandangan mereka tentang protes jalanan, negara kita juga dilahirkan dari gerakan protes dalam menuntut kemerdekaan dari British.

Kita mengingati bagaimana Putera-AMCJA (Putera-Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya) menganjurkan hartal aman pada 1947 bagi  melobi “Cadangan Perlembagaan Rakyat” mereka.

Ramai di antara kita juga menyaksikan demonstrasi yang kebanyakannya aman seperti Reformasi, yang menyeru agar dijalankan reformasi politik secara meluas, serta perhimpunan Bersih, yang mendesak agar reformasi pengundian dan penghapusan rasuah dapat dijalankan.

Ramai juga di antara kita merupakan sebagian dari perhimpunan aman mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan serta protes bagi menyeru gaji minima. Dan jangan kita lupa juga pada “hartal doktor kontrak” serta protes “tangkap Azam Baki”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Protes rakyat sudah pun menjadi sebahagian dari budaya Malaysia untuk sekian lamanya.

Misalnya, perhimpunan aman, bersama dengan advokasi berterusan tentang sesuatu isu, berhasil dalam memastikan reformasi dapat dilakukan. Dalam banyak hal, perjuangan untuk perubahan tetap akan berlangsung.

Perhimpunan aman, dalam bentuk apa sekalipun, menyediakan ruang kepada rakyat untuk menyatakan rungutan mereka. Perhimpunan aman sepatutnya tidak ditakuti atau ditanggapi sebagai ‘rusuhan’.

Sebaliknya, kerajaan sepatutnya menerima dan memudahkan protes aman bagi memastikan suara rakyat dapat didengari.

Melihat kepada keperluan protes aman, Aliran sekali gus terkejut apabila mendapat tahu bahawa polis menghalang percubaan Majlis Peguam baru-baru ini untuk berjalan secara aman ke Parlimen bagi mendukung kebebasan kehakiman. Ini bertentangan dengan beberapa protes dan aksi berjalan sebelumnya yang dilakukan oleh Majlis Peguam secara aman bagi melobi sistem kehakiman yang bebas, mendukung hak asasi manusia dan menentang undang-undang menindas.

Aliran menyeru agar semua pihak untuk mendukung hak untuk protes secara aman, sepertimana hak untuk berhimpun sudah dimaktubkan di bawah Artikel 20 di dalam Deklarasi Hak Asasi Sejagat serta Artikel 21 di dalam Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Politik dan Sivil.

Tiada apa yang patut ditakuti dalam membenarkan protes aman untuk diadakan, tidak kiralah dalam bentuk perarakan atau demonstrasi. Kerajaan yang matang dengan pemimpin yang bijak akan memahami perkara ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 Jun 2022

NAK JUGAK SELIT ....

 

NOJJAH


Nak wi napok islamik, letak ayat Usrah ...guna perkataan Dakwah Persilatan bla bla bla .. padahal tengok wayang je pun.. habis nyo kaup bubuh nama Yadiem sekali..Description: 🤣Description: 🤣Description: 🤣..alooo.. tak bbagi lasong nge ore lain..Nyo borong habis so kandang ko dia..kahkahkah.

takde la ore kisah sgt mung nak tengok wayang sari tutuk pun . Mung nak beli  banyak - banyak 2  keping tiket, pah mu nak tengok sapa tak kelik seminggu pong , tak kecing tak berak pun , takde org kisah eh..

Yg org benci, selama ni puak demo yg geger kata tengok wayang ni dosa besar dan menggalakkan maksiat..Padahal ore lain gi, meme nak tengok crito jah...

Awo jadi kerajaan loni, lain pulak nadanya... Kah!

Nyo tunggeng sakak2 nok nnate beruk ni! Description: 🙄

Tra tanya ..masa tengok Blue di luar negara dulu , usrah dengan sapo? Dakwah ko sapa? Ko DAP ko?

Baso kero tak basuh berak!

 



DARI FORMULALAH DATANG PENYELESAIAN – RAFIZI SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI

 

Pimpinan UMNO kelam-kabut mahu menutup kemaluan apabila idea paling hebat yang datang dari mereka hanyalah untuk menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis bekalan makanan yang menyebabkan harga barang naik melambung.

Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan UMNO ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula.

Mereka memberi contoh bagaimana kononnya formula-formula ini tidak dapat dilaksanakan semasa PH memerintah selama 22 bulan.

Inilah satu-satunya sudut jawapan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi semalam dalam menjawab kritikan saya terhadap cadangan Lembaga Unggas (Ayam) Negara yang dibawa UMNO.

Alasan pimpinan UMNO ini ada beberapa kelompangan.

Apabila mereka cukup takut dengan “formula-formula” saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui (dalam diam) bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara.

Mereka bimbang sekiranya politik Malaysia berkisar mengenai idea (bukannya sentimen kaum, agama atau siapa yang berkuasa), mereka akan ditolak rakyat seperti yang berlaku dalam PRU14.

Hakikatnya, UMNO kalah dalam PRU14 atas dua sebab utama:

(i) Skandal rasuah terbesar dunia 1MDB yang melibatkan Presiden UMNO, Najib Razak, dan

(ii) Segala dasar UMNO yang menyusahkan rakyat seperti pemotongan subsidi, pengenalan cukai-cukai baru seperti GST, rasuah dan sebagainya, yang tidak dapat dipertahankan apabila berdepan dengan pelbagai lontaran idea dari kami ketika itu.

Sebab itu, pimpinan UMNO akan cuba memperlekehkan sebarang idea penyelesaian dari pihak lawan kerana mereka tahu mereka sebenarnya tidak ada idea. Lebih banyak mereka cuba memperlekehkan idea saya, lebih jelas ketakutan mereka.

Pimpinan UMNO juga lupa bahawa sedang mereka cuba memperlekehkan idea saya, rakyat sebenarnya tahu bahawa formula penetapan harga petrol dan diesel yang digunakan oleh tiga kerajaan berturut-turut (dari PH, PN dan sekarang Kerajaan Keluarga 69) diperjuangkan oleh saya sejak 2013 semasa Najib Razak gigih mahu menghapuskan subsidi.

Dalam mereka mengatakan formula saya tidak dapat dilaksanakan, formula itu juga yang dipakai oleh Perdana Menteri dari UMNO sendiri. Kalau ada satu formula penyelesaian yang berjaya melindungi rakyat dari harga petrol yang naik mendadak (seperti di zaman Najib), formula itu dibawa oleh saya. Manfaatnya, rakyat menikmati harga petrol dan diesel pada kadar yang stabil sejak Mei 2018 hingga sekarang.

Saya yakin rakyat menghargai pimpinan politik yang mengutarakan formula. Formula bermula dari idea dan formula yang dilaksanakan dengan baik akan menghasilkan penyelesaian. Tanpa idea dan formula, tidak akan ada penyelesaian.

Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat.

Kenyataan itu juga bercanggah dengan kenyataan ahli MKT UMNO yang baru dilantik, Isham Jalil yang mengatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO sekarang sudah pun melaksanakan dasar stok penimbal dengan mengimport ayam sejak beberapa minggu lepas.

Presiden UMNO mengatakan idea saya (agar kerajaan membina stok penimbal) hanyalah formula yang tidak boleh dilaksanakan, tetapi orang kanannya yang baru dilantik menjadi ahli MKT (yang konon terpaling pandai di dalam UMNO) pula menyebut idea itu telah pun dipakai oleh UMNO.

Jadi yang mana satu: idea saya untuk membina stok penimbal tidak boleh dilaksanakan, atau UMNO lebih dahulu memikirkan idea stok penimbal ini (sebelum mengumumkan ingin menubuhkan Lembaga Ayam Negara)?

Formula untuk membina stok penimbal bagi bahan-bahan keperluan asas negara (petrol, diesel, minyak masak, beras, tepung dan sumber protein) adalah penyelesaian jangka panjang yang memberi keupayaan kepada kerajaan untuk mengimbangi gangguan bekalan yang menyebabkan harga naik mendadak.

Ia satu mekanisme yang berpeluang lebih berkesan berbanding dengan bergantung kepada pendekatan kawalan harga barang melalui harga siling semata-mata. Sementara ada keperluan dalam industri dan kes tertentu untuk diperkenalkan harga siling (terutamanya untuk mengelakkan kegiatan pencatutan dan mengambil keuntungan yang berlebihan), kaedah harga siling semata-mata tidak berjaya menyelesaikan masalah dalam keadaan gangguan bekalan yang mendadak.

Melalui mekanisme stok penimbal, kerajaan berupaya meredakan gangguan bekalan dengan melepaskan stok penimbal untuk memenuhi permintaan, sementara usaha menyelesaikan gangguan bekalan dijalankan. Ia sama seperti mempunyai set penjana elektrik (“generator set”) untuk membekalkan elektrik ketika berlaku gangguan elektrik sementara menunggu bekalan dipulihkan.

Saya akan terus mengutarakan formula-formula untuk dipertimbangkan rakyat setiap dua ke tiga hari untuk membawa kembali persaingan politik Malaysia kepada persaingan idea.

Saya nasihatkan Zahid Hamidi dan UMNO mencari jawapan lain untuk berdepan dengan saya kerana jawapan “UMNO ada penyelesaian bukan formula” ini telah ditolak rakyat dalam PRU14 yang lepas.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden PKR

27 Jun 2022.




TERKINI !!!!!! KES AISHAH SELESAI.BELIAU TELAH DIBEBASKAN

 





NORMAN RADZUAN

Alhamdulillah Siti Aishah Shaik Ismail telah pun selesai urusan dgn pihak PDRM sebentar tadi. Menurut ceritanya pihak polis telah hadir ke rumah utk meminta Siti Aishah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil lebih kurang jam 1 tgh.

Ini adalah kerana ada laporan terhadap video Tik Tok Siti Aishah yg viral (khabar jutaan view) mengenai isu harga barang sebelum ini. Syukur apabila berita ini viral di media sosial, Peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin telah segera ke Jabatan Siasatan Jenayah di Sg Senam utk membantu memberi khidmatnya kpd Siti Aishah.

Menurut Peguam Amirul ia sekadar merekodkan kenyataan Siti Aishah. Jam 3.30 semuanya selesai. Saya baru sebentar tadi menghubungi peguam muda ini dan dia melahirkan rasa kesyukuran ia selesai dgn mudah. Dia akn memantau kes ini jika ia dilanjutkan namun berharap ia selesai di situ sahaja.