MAHIADDIN - SPRM DAN JAWI

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Isnin - 20/06/2022

( 1 -  16 )

 

 

1.   Apakah Mahiaddin yang selama ini menipu nama sendiri kini bersedia menyaman saya kerana menuduh beliau mengadakan hubungan seks dengan Nika Gee Siew Yee , ketika itu , isteri Datuk Stanley Clement Augustin

 

2.  Ini adalah cabaran terbuka  saya ke4 terhadap beliau dalam kes tersebut

 

3.  Umum begitu hairan mengapa kes hubongan seks ni tidak diambil sebarang tindakan undang - undang mengikut Hukum Syarak oleh JAWI walaupun telah dibuat pengaduan resmi

 

4.  Jika enggan heret saya ke Mahkamah , saya cabar beliau bersumpah dimana - mana Masjid dengan menjunjung Quran MENAFIKAN tuduhan tersebut

 

5.  Semua bloggers dijemput  menyaksikan Sumpah tersebut

 

6.  Apakah SPRM  telah diupah bagi menutup kes Bistarinet yang menelan belanja RM4.5 Billiion yang diberikan beliau kepada YTL ; dimakumkan YTL  kemudian nya memberi kerja - kerja kontrak  kepada menantu beliau

 

7.   Ketika berkuasa selama 7 bulan sebagai Perdana Menteri beliau , Saifuddin Abdulah , kini Menteri Luar dan Tengku Zafrul terlibat dengan skandal bersekala besar ; ia melibatkan wang negara sebanyak RM5 Billion berhubung projek  5G ; sekali lagi nama menantu beliau disebut sebagai 'broker'  atau  'orang tengah"

 

8.  Yang terbaru ia melibatkan syarikat UKSB yang telah memberitahu Mahkamah telah menyogok beliau sebanyak RM1.3  juta

 

9.   Berdasarkan kes diatas saya menyeru siasatan terpinci dan tiindakan undang - undang diambil oleh SPRM  dan JAWI terhadap beliau

 

10.  Tidak cukup dengan hanya membuat penafian oleh kerana penyakit barah yang diidami

 

11.  Mahiaddin TIDAK  lagi boleh berderama seolah - olah beliau bersih seperti  kain puteh 

 

12.  Hanya tindakan undang - undang sahaja yang setimpal  dengan kekotoran yang dilakukan selama ini

 

13.   SPRM  dan JAWI   jangan cuba menutup bangkai gajah  yang dah lama berbau

 

14.  Rakyat sedang menunggu dan memerahati apakah tindakan undang - undang  yang akan diambil

 

15.  Kepada pengikut BERSATU  dan pengampu beliau , fikir lah dengan waras dan tanpa emosi apakah orang sebegini boleh dijadikan Ketua 

 

16.  Sehingga berjumpa lagi dilain waktu

 

 

Wassalam

 

CADANGAN UNTUK PM, APA KATA GAJI MENTERI2 DIPOTONG 50 PERATUS KETIKA RAKYAT SUSAH SEKARANG INI


 Di mana-mana ketika ini kedengaran rakyat sedang merungut dan marah berikutan beban kenaikan kos sara hidup yang diakibatkan oleh meningkatkan harga barang-barang keperluan seharian.

Ditambah dengan pemansuhan subsidi minyak sawit berbotol dan tiada lagi kawalan harga syiling bagi ayam dan telur bermula 1 Julai depan, adalah dijangka harganya akan turut meningkat naik.

Tidak itu saja, harga makanan lain yang menggunakan minyak masak, ayam dan telur juga pasti akan meningkat sama.

Di waktu yang sama, tersebar pula berita bahawa gergasi pengeluar minyak sawit negara, FGV Holding yang sahamnya dikuasai 80 peratus oleh Felda, akan bermesyuarat hari ini yang antara agendanya ialah menaikkan elaun tahunan pengerusinya daripada RM300 ribu kepada RM480 ribu.

Selain itu, sebelumnya juga kedengaran ura-ura TNB bakal menaikkan tarif letrik pengguna kononnya kerana peningkatan kos operasi.

Di mata pengguna, di kala waktu ini hanya hujan yang kerap turun, malah menyebabkan kesesakan dan banjir kilat, apakah semua benda pula mahu naik belaka?

Walaupun semalam Perdana Menteri mengumumkan tambahan RM100 bagi Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM untuk golongan B40 serta pengekalan subsidi bagi minyak masak berpaket, ramai yang merasakan ia tidak memadai dalam keadaan semua harga menaik ketika ini.

Terdengar perbualan di kedai kopi, kenapa tak ditambah kenaikan kepada RM500?

RM100 mana cukup, tambah mereka lagi.

Bagi majoriti rakyat, dalam keadaan seperti sekarang, siapalah lagi yang mereka harapkan melainkan hanyalah kerajaan yang sedang menguruskan negara.

Mereka bukan saja mahu lebih banyak tindakan atau kaedah penyelesaian bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup itu dilakukan oleh kerajaan, malah juga inginkan para para menteri menunjukkan simpati yang sewajarnya.

Dalam keadaan ini, sementara kita sedar Perdana Menteri dan pasukan kabinetnya tentu saja sedang berusaha melalui pelbagai cara untuk mengurangkan beban hidup rakyat, tetapi kadangkala cara yang diambil itu tentunya akan memakan masa.

Di waktu yang sama, rakyat yang kena pergi ke kedai setiap hari untuk berbelanja pasti saja semakin koyak poket mereka.

Sebagai tanda simpati, adalah dicadangkan agar Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri mengambil inisiatif mengarahkan semua menterinya melakukan potongan gaji sebanyak 50 peratus dengan serta merta.

Bukan saja Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri harus berkorban melakukan potongan gaji, lagi baik jika duta-duta bertaraf menteri dan lain-lain lantikan politik juga dipotong sama gaji mereka.

Walaupun mungkin ada yang menganggap potongan 50 peratus gaji itu terlalu tinggi, tetapi harus disedari semua mereka itu mempunyai pelbagai elaun lain yang jumlahnya lebih daripada cukup bukan saja untuk memewahkan kehidupan, malah cukup untuk menyara lebih daripada satu keluarga.

Lagi pula, bukan semua menteri rajin bekerja dan ada memberi idea yang berguna untuk rakyat dan negara, sesetengahnya macam makan gaji buta saja nampaknya.

Jadi, potongan gaji 50 peratus itu cukup munasabah dan janganlah asyik dengan potongan 10 peratus saja.

Potongan 10 peratus itu sudah ketinggalan zaman dan telah diamalkan sejak zaman tok kaduk dulu lagi.

Takkanlah zaman tik-tok ini masih nak potong 10 peratus lagi?

Jika potongan 50 peratus ini dapat dilakukan – katalah tempohnya sehingga Parlimen dibubarkan – ini sedikit akan dapat menyejukkan hati rakyat sementara langkah-langkah penyelesaian mesti juga diusahakan dengan seberapa segera.

Semalam PH telah memberi tempoh 24 jam kepada kerajaan untuk mengumumkan langkah-langkah penyelesaian berkaitan subsidi dan untuk mengatasi kos sara hidup ini, manakala seorang pemimpin DAP pula menyarankan agar inilah masanya untuk mengumpulkan sejuta rakyat turun ke jalanraya bagi menunjukkan bantahan.

Mahu tidak mahu, Ismail Sabri harus pantas dan memberi respon segera atas semua perkembangan yang berlaku ini, jika tidak, walaupun hari-hari hujan turun, tetapi kemarahan rakyat akan terus meningkat tanpa had. – ShahbudinHusin 23/06/2022.




KEH..KEH NILAI MELAYU 100 JE KE...?????

 


Bantuan tunai tambahan RM100 tak cukup, kata ahli ekonomi




Ahli ekonomi menyokong keputusan pemansuhan subsidi minyak masak
 berbotol yang disifatkan langkah baik kerana ia tidak disasarkan
 kepada golongan B40 pada mulanya.

GEORGE TOWN: Seorang ahli ekonomi mengkritik langkah kerajaan menaikkan sebanyak RM100 bayaran tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk membantu golongan B40 menangani kenaikan kos sara hidup.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, jumlah RM100 itu tidak mencukupi untuk isi rumah B40 menyara diri selama berbulan-bulan, terutamanya dengan harga ayam, telur dan minyak masak yang dijangka meningkat selepas 1 Julai.

Beliau juga menyifatkan pemansuhan subsidi minyak masak tulen berbotol langkah baik kerana ia tidak disasarkan kepada golongan B40 pada mulanya.

Namun beliau menjangkakan permintaan untuk minyak masak peket 1kg akan meningkat selepas 1 Julai ini kerana “pengguna berpendapatan tinggi pun akan membuat pilihan paling murah”.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Geoffrey Williams.

“Ini hanya akan menyebabkan kekurangan (minyak masak) peket kerana pengeluar juga akan menuangkan minyak dari botol ke dalam peket. Ia tidak akan mengurangkan pembelian minyak bersubsidi atau menghentikan penyalahgunaan oleh penjual komersial dan penyeludup,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai BKM ditambah RM100 untuk setiap isi rumah yang akan memanfaatkan kira-kira 8.6 juta orang dan 4 juta isi rumah.

Katanya, kerajaan akan memansuhkan subsidi minyak masak tulen berbotol kerana subsidi itu disalahgunakan oleh sektor komersial dan penyeludup.

Katanya, harga siling ayam dan telur juga akan dimansuhkan selepas 30 Jun ini.

Dalam pada itu, bekas timbalan menteri, Teo Nie Ching, berkata pengumuman kenaikan BKM itu akan meminggirkan golongan B40 “baharu”.

Katanya, selepas pandemik Covid-19 melanda, kira-kira 20% golongan M20 terjejas pendapatan mereka dan jatuh dalam kumpulan B40.

“Golongan B40 sepatutnya kini dipanggil B60 kerana pandemik Covid-19 telah mengakibatkan golongan pertengahan atau M20 hilang pendapat dan hampir separuh menjadi kategori B40. Jadi kumpulan ini (golongan M20 yang menjadi B40) telah dipinggirkan kerajaan untuk turut mendapat BKM ini,” katanya Ahli Parlimen Kulai itu.

KALI NI RAKYAT DI BELAKANG CHE PUAN KHALEEDA-

 


Che' Puan Khaleeda mahu kes baby Syifaa disiasat semula



Siti Nur Aqilla Omar
Che' Puan Khaleeda mahu kes baby Syifaa disiasat semula
Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak pada Februari lalu, disiasat semula. - Gambar Instagram YAM CHE' PUAN BESAR KHALEEDA
JOHOR BAHRU: Isteri Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, Februari lalu, disiasat semula.
Gesaan itu disuarakan menerusi hantarannya di Instagram, semalam.
Dalam hantaran pertama petang semalam, Che' Puan Besar Khaleeda berkongsi hantaran bapa bayi malang itu, Yuseri Yusoff, yang memuat naik gambar kecederaan Nour Rania Asyifaa atau baby Syifaa.
Che' Puan Besar Khaleeda turut meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa serta menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun #rinaharunofficial.
Pada hantaran kedua pula, Che' Puan Besar Khaleeda menyuarakan pandangannya yang melihat kecederaan bayi itu seperti tidak masuk akal.
"Bagi saya tidak masuk akal 'Baby' (bayi) Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret," tulisnya.
Che' Puan Besar Khaleeda kemudian berkongsi lagi hantaran Yuseri yang dibuat pada 24 Mac lalu dengan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.
"How can someone do this to a helpless child (Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak berdaya?).
"You need to reinvestigate this case! (Kamu perlu siasat semula kes ini!)," tulisnya dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Rina.
Dalam hantaran berikutnya, ibu kepada empat cahaya mata itu turut mempersoalkan kesan yang jelas kelihatan pada anak kecil itu.
"Dan lagi satu yang kawan saya 'pointed out' (tunjukkan), kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, 'will it not show a thicker mark?' (bukankah ia akan menunjukkan kesan yang lebih tebal?) Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis," soalnya.
Media sebelum ini melaporkan, bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 4.30 petang selepas pengasuh wanita membawa mangsa ke klinik untuk rawatan.
Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kematian bayi tersebut.
Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di hadapan hakim Mahkamah Koroner Seremban.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana tidak sihat.


23.06.2022 - FOKUS 4.45 | SUBSIDI MINYAK MASAK DIHAPUSKAN, PENGERUSI FGV...


Cadangan jumlah gaji baharu yang diluluskan itu menyaksikan pengerusi FGV menikmati kenaikan gaji sebanyak 60 peratus ketika harga minyak masak yang dijual dalam negara melambung tinggi.

Bantuan tunai tak guna jika tarif elektrik naik, pemimpin PH beritahu Pu...


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) membidas bantuan tunai tambahan kerajaan tidak akan memanfaatkan rakyat, khasnya menjelang kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan.


DAH TAHU PENYAMUN DAN PENYANGAK YANG ENGKAU PERGI SOKONG TU BUAT APE....

 

Perbalahan dalam Umno dijangka berterusan selepas PRU15




Dalam jangka sederhana, tidak kira puak Umno mana yang bakal
 membentuk kerajaan, Fitch Solutions menjangkakan momentum
 reformasi akan kekal perlahan.\

PETALING JAYA: Risiko pertikaian puak dalam Umno mungkin meningkat walaupun Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata agensi penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) Fitch Solutions.

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno kelihatan berada dalam “kedudukan dominan” menjelang PRU15, agensi itu menekankan isu perpecahan antara dua puak utama dalam parti, iaitu mereka yang menyokong kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan mereka yang menyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan sekutunya, termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Fitch Solutions berkata, walaupun perbalahan politik kurang berkemungkinan berlaku sebelum PRU15 memandangkan Umno mungkin merapatkan barisan dan memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya, namun risiko berlakunya pertikaian antara puak itu akan meningkat apabila kemenangan dicapai.

“Ini boleh menyebabkan Malaysia mengalami keupayaan membuat dasar dan pelaksanaan yang kurang berkesan walaupun BN menang pada pilihan raya,” katanya dalam laporan penyelidikan risiko dan industri negara terbitannya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Dalam jangka sederhana, tidak kira puak Umno mana yang bakal membentuk kerajaan, kami menjangkakan momentum reformasi akan kekal perlahan.

“Pertikaian antara puak mungkin berterusan di belakang ketika landskap pilihan raya Malaysia kini jauh lebih kompetitif berbanding ketika BN kekal dominan dalam tempoh 61 tahun pertama kemerdekaan dan reformasi Malaysia.”

Fitch Solutions berkata, ia terus menjangkakan pilihan raya diadakan pada separuh kedua tahun ini, iaitu jauh lebih awal dari tarikh akhir September 2023.

Sebahagian besarnya ini disebabkan “kemenangan muktamad” gabungan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Mac, tambahnya.

Katanya lagi, pembaharuan yang boleh mengembangkan asas cukai dan meningkatkan daya saing tidak mungkin dilaksanakan kerana ia tidak popular.

'Naijb ada kuasa buat keputusan 1MDB, minta saya tak campur tangan'



Bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Najib Razak mempunyai "kuasa membuat keputusan" dalam 1MDB. Dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri itu, Husni berkata Najib memberitahunya supaya tidak "campur tangan lagi dalam 1MDB" pada sekitar 2010, apabila membangkitkan isu pembayaran AS$700 juta kepada Good Star Limited, sebuah firma yang tidak mempunyai kaitan perniagaan dengan 1MDB.



HILANGNYA PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA DISALAHKAN KEPADA PH?



Umno tidak perlu memperbodohkan rakyat. Isu Pulau Batu Puteh ini isu di zaman kerajaan mereka. Kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibawa ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda pada tahun 2007.
Tahun 2007 itu kerajaan siapa yang memerintah? Kemudian, keputusan kes tersebut diputuskan pada tahun 2008. Kita kalah perbicaraan hanya kerana kita tiada bukti atau dokumen hitam putih yang membuktikan Pulau Batu Putih itu milik kita. Dikhabarkan dokumen itu 'hilang'. Kes tersebut dimenangi oleh Singapura kerana negara tersebut berjaya membuktikan selama ini negara tersebut telah menjaga dan memelihara pulau tersebut.
Sewaktu keputusan kes tersebut diputuskan pada tahun 2008, kerajaan waktu itu siapa? Kerajaan PH kah? Apa kata menteri undang2 waktu itu, Rais Yatim? Dia kata keputusan itu merupakan keputusan 'menang2' buat Malaysia. Rais Yatim waktu itu menteri kerajaan PH kah? Dokumen penting yang dikatakan 'hilang' itu di bawah tanggungjawab siapa ? Kerajaan PH kah?
Di antara tahun 2007 dan 2008, dan sepanjang tahun sehingga Mei 2018, kerajaan siapa yang memerintah? Kerajaan PH mulai memerintah pada Mei 2018. Hampir 10 tahun selepas keputusan kes dibuat, siapa kerajaan ketika itu? Mengapa sepanjang tempuh tersebut kamu tidak bercakap tentang Pulau Batu Putih?
Kerajaan PH ambil alih negara pada mei 2018, dan memerintah 22 bulan sebelum dikhianati. Kalau selama 10 tahun kamu gagal berbuat apa2 terhadap Pulau Batu Putih, kamu mahu salahkan kerajaan PH yang memerintah hanya 22 bulan?
Hakikatnya, Umno ingin perbodohkan rakyat dengan memainkan isu ini untuk menunjukkan kononnya Umno lah pejuang Pulau Batu Putih. Mereka telah kehabisan idea untuk memburukkan imej PH. Mereka mahu sembunyikan banyak kegagalan Umno sewaktu menjadi kerajaan. Itu saja.
WFAUZDIN N




PADANG MERBUK PUN MALU TENGOK MUKA HANGPA



Bulan depan harga barang bakal naik menggila..rakyat bakal terbeban..padang merbok dh lama menyepi...xkan dup diam je kott..ayuhhhh kita Bulan depan harga barang bakal naik menggila..rakyat bakal terbeban..padang merbok dh lama menyepi...xkan dup diam je kott..ayuhhhh kita Bulan depan harga barang bakal naik menggila..rakyat bakal terbeban..padang merbok dh lama menyepi...xkan dup diam je kott..ayuhhhh kita,



\





\


ASAL USUL TANAH





Ahmad Saifuddin Yusof asal tanah rizab, tp mrka duduk Sblm bentuk kerajaan Malaysia lagi. Zaman British.

Mrka mohon geran dr kerajaan, kerajaan tak bagi.

Tp bila PKINK minta, kerajaan bagi.

Tu yg org kg marah.

Bila jadi gitu, TGNA dan Taki pd tahun 2013 mari Janji nak buat Apartmen 15 tingkat, 420 unit rumah.

Nak bagi kpd 54 keluarga rumah, bayar 50,000 shja, drpd harga asal 160k. Duduk di situ.

Last2 rumah tak dpt, tanah habis, boleh pampasan cuma rm1k

 

KAPITALIS KOPIAH PUTIH

 


SHAM GHAZ




Lot PT79, Keluasan 4.49 ekar jadi rebutan Kapitalis Kopiah Putih!

PKINK cuma bayar pampasan RM1,000/rumah untuk roboh 54 buah rumah, padahal tanah bernilai berjuta juta seekar?

Janji nak bagi rumah bernilai RM160,000 cuma bayar RM50,000 di atas tapak sama apabila Apartmen didirikan sejak 2013 hanya tinggal janji.

Rumah kena roboh; menyewa sekarang dan yang 36 dapat rumah PPR kena beli dan bayar bulanan mcm biasa.

Sangat strategik.

• Belakang Masjid Muhammad

• Sebelah Tambatan Diraja

• Sebelah Hotel Ridel

• Sebelah Padang Merdeka

ELOK ARRRR.....BAGI SEJUTA PUN ELOK JUGA- SELAIN MENYAMUN..MENYEKSA RAKYAT PUN OK JA.

 

SHAHUDIN HUSIN


Oleh kerana harga barang naik dan subsidi tertentu bakal dihapuskan, harap dapat dibuat pindaan dengan kenaikan elaun yang mahu dicadangkan itu ditingkatkan lagi.

Naik jadi 800 ribu atau sejuta ke barulah meriah….







 

TAK PERNAH BERUBAH, MASIH ADA PEMIMPIN UMNO TABUR WANG BELI SOKONGAN

 

Perkara yang paling merosakkan perjuangan UMNO selama ini ialah amalan politik wang.

Politik wang atau menggunakan wang untuk membeli sokongan bukan perkara baru, tetapi makin hari ianya makin membarah dalam UMNO.

UMNO diharamkan pada 1987 dan BN kalah pilihan raya pada 2018, mahu tidak mahu, harus diakui mempunyai kaitan yang ketara dengan amalan politik wang.

Politik wang atau dijenamakan dengan “cash is king” malah terbukti tidak mampu menongkat BN daripada dijatuhkan pada 2018.

Dengan itu, sepatutnya apabila hilang kuasa dan kemudian berpeluang menggenggam semula kuasa, pemimpin UMNO sepatutnya sedar masalah yang menjadi punca kerosakan parti itu.

Malangnya, semua itu tidak berlaku, bahkan ada pemimpin UMNO sekarang ini yang tanpa segan silu dilaporkan terus menjadikan amalan membeli sokongan menggunakan wang sebagai kegemaran yang berterusan.

Seorang pemimpin yang diketahui bercita-cita ingin naik lebih tinggi dalam kerjaya politiknya difahamkan sanggup membeli sokongan daripada Ketua-Ketua UMNO bahagian dengan memberikan sejumlah wang yang besar kepada mereka.

Dikatakan setiap seorang Ketua UMNO bahagian itu telah diberikan sejumlah puluhan ribu ringgit untuk memastikan sokongan mereka kepada pemimpin berkenaan kekal tidak berubah.

Tujuannya tidak lain ialah agar beliau terus disokong dan disambut secara besar-besaran sepanjang masa di mana saja program turun padangnya diadakannya.

Matlamatnya hanya untuk memperlihatkan sokongan ramai yang dimilikinya, kemudian dibesar-besarlah melalui media sosial dengan harapan akan memudahkan laluan ke puncak lebih tinggi.

Difahamkan pemimpin berkenaan juga menabur banyak wang untuk gerombolan media sosial bagi membentuk pemikiran orangramai seolah-olah rakyat sentiasa bersamanya.

Soalnya, kenapa pemimpin berkenaan beria-ia mahu naik lebih tinggi hingga sanggup menggunakan wang?

Bukankah UMNO sekarang ini sudah ada Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan beliau seharusnya lebih disokong untuk memastikan parti beroleh kemenangan dalam PRU15 akan datang?

Tetapi dengan perlakuan membeli sokongan itu, untuk apa pemimpin berkenaan sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan sokongan yang jelas bagi dirinya semata-mata?

Kenapa wang itu tidak diberikan terus kepada semua UMNO bahagian sebagai bantuan bagi persiapan menghadapi PRU15?

Beliau mahu UMNO menang atau sekali lagi ingin melihat BN kalah? – ShahbudinHusin 23/6/2022.




TAHAP PEMIKIRAN MAKLUK ASING

Tahap pemikiran seorang walaun tegar.

Tidak kisah pun harga asas barang makanan naik mendadak, yang penting tulisan jawi dipelihara. Nampak tak betapa mereka ini sebenarnya kecewa dengan kerajaan yang ada tetapi nak buat macam mana kan?






GANTI TIANG LAMPU DBKL TAK PERLU ORANG TENGAH