FITNAH AUNCAI . KINI RAMAI YANG MASUK GUA



Ketika PH memerintah, selain isu cina komineh, isu menjaga dan memberi keutamaan barangan Melayu seringkedengaran. Namun pada masa itu menteri KPDNKK Saifuddin Nasution rajin membuat kerja dan masih ramai yang boleh melakukan tugas dan memahami tugas. Kecuali pada masa itu su kasut hitam, dan sekarang ramai dah tahu kenapa kasut bewarna hitam, malah tak ada perubahan pun

Bab Kasut Hitam..


Maslee malik antara yang teruk dibelasah. Bukan idea beliau itu ketinggalan malahan kerana kasut hitam ni tak nampak kotor terutamanya budak sekolah rendah ..Sekolah 3 hari kasut dah comot. Bukan sahaja di bandar, tetapi di kawasan kampung dan pedalaman. Kawasan kampung , kasut hitam ini mengelak dari nampak lebih comot berbanding  kasut putih..ianya dijadikan isu. Sekarang kenapa tak tukar kepada putih semula. ???

PARTI PALING TAK BERGUNA

Antara yang paling tak guna Pas..walaun memainkan peranan macam macam isu, isu kedai nombor ekor, isu judi, isu arak. Bila kerajaan mereka bersama dengan kerajaan pengkhianat,  haaa...arak jenama TIMAH pun tak selesai, Isu RUU 355 kelaut dah.kedai no ekor pun tak dilarang....sembang kuat. .sekarang harga barangan makin naik...apa pimpinan PAS buat..takat sembang dalam semua bab , akhir apa pun tak boleh buat..pembohong saja....banyak lagi isu kalau nak dijaja...tapi kita rasa rakyat sedar...yang tak sedar bila otak dipajak oleh orang lain.BMF..KELAUT DAH...MALAH ADA HYERMARKET YANG MENGGUNAKAN ISU BMF...TUTUP..


HARGA BARANG KEPERLUAN.

Mana dia pejuang melayu, poodah ..ayam pun tak boleh nak jaga..teloq ayam pun tak boleh kawal...menteri apa macam ni..koman lah..2 ekoq lagi ada pembantu tapi lihat lah video apa timbalan buat..rakyat tak kenal pun timbalan menteri. Tak  ada fungsi gamaknya sebagai tmbalan KPDNKK..rakyat merana...kah..kah...padan muka..

Kini keadaan kewangan kita jatuh, bagi yang bermain dollar untung, namun bagi yang memegang ringgit ianya amat rugi. Nasib rakyat masih lagi teruk, naun ada yang masih tak tahu , takut, hanya tahu menjaga kepetingan diri, rasuag, dan hutag makin bertambah. Bersediakah kita menghadapinya..pak cik sood di kawasan pedalama masih lai dibuai dengan duit undi 100 dan tepung serta barangan lain yang dihantar 5 bulan sekali...itu sahaja niilai melayu..amat malang.

 

INI KERJA TIMBALAN MENTERI KPDNKK DARI PAS- NAK PERCAYA LAGI YANG TAK RETI BUAT KERJA NI


WAHAI RAKYAT MALAYSIA. INILAH TIMBALAN MENTERI KPDNKK YANG TIDAK DIKENALI OLEH RAKYAT. JOM KITA LIHAT PERANGAI LEBAI NI . DIA TAU BUAT KERJA ATAU DIA TAU JAGA KAWASAN DIA SAJA. TIDAK ADA KENYATAAN UNTUK MENOLONG RAKYAT...INI LAH "CELAKA"NYA KALAU RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENTERI YANG TAK TAU JAGA RAKYAT.



 

BENARKAH ADA MENTERI YANG BODOH?



"Perlu saya katakan di sini bahawa sebenarnya dalam pembelaan kami, ia telah menjadi sukar bagi kami mengemukakan pembelaan yang terbaik. “Ia kerana pembelaan kami, yakni pembelaan yang menyatakan kebenarannya, bahawa Dato' Sri Najib sendiri adalah mangsa penipuan, dan beberapa representasi salah oleh orang seperti Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil dan beberapa penyangak dalam kalangan pegawai bank seperti Joanna Yu dan lain-lain pengurusan kanan SRC,” katanya dalam jawapan terhadap hujah yang dikemukakan pihak pendakwaan.



23.05.2022 - FOKUS 4.45 | PANAS! SETIAUSAHA ZAHID HAMIDI INGKAR ARAHAN B...


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mempersoalkan mengapa beliau yang dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, sedangkan perbuatan itu disebabkan kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan, dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik beliau.

Rafizi dan Saifuddin bukan soal kelayakan tetapi kesesuaian

 

PENDAPAT

 

ADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan. 

 

Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias. Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan hendaklah saya bercakap di sini. Harap kemaaf. 

 

Sebenarnya soal layak, berdasarkan latar belakang pendidik, track record perkhidmatan dalam parti, kedua-duanya layak. Baik Rafizi, baik Saifuddin kedua-duanya ada jasa masing-masing kepada parti. 

Kedua-duanya pernah dan masih berada dalam parlimen, kita dapat melihat nada dan minda politik mereka semasa berbahasa dan mengeluarkan idea. Tetapi bagi saya soal kelayakan buat masa ini tidak penting. Yang paling utama ialah kesesuaianmatch

 

Sesuai yang saya maksud itu ialah siapa yang "tanggung" berada di belakang Anwar Ibrahim sebagai presiden. Presiden kini adalah Anwar Ibrahim. Sebagai presiden tentu Anwar mahukan orang yang serasi dengan gerak kerjanya. Kalau pun orang itu penuh dengan idea, tetapi, ia tidak serasi ia menyukarkan keadaan. 

 

Di sini semua orang kenal watak, sifat, cara Anwar berpolitik yang penuh diplomasi dan berprinsip serta terbuka. Nah orang seperti itulah yang sesuai untuk berada di belakangnya. Memilih pemimpin berbeza daripada itu ia akan menyusahkan Anwar. Apakah ada yang mahu melihat Anwar susah dan sudah menutup pintu ke Puterjaya untuknya? 

 

Secara ikhlas saya katakan, kalau presiden bukan sosok bernama Anwar, Rafizi Ramli adalah tokoh terbaik buat Keadilan untuk menobatnya jadi timbalan presiden. Dengan gaya dan sterteginya, bijak marketing Rafizi boleh mengocakkan kolam politik dengan teori ekonomi dan politiknya.

 

Buat masa ini dia popular dalam medsos. Tetapi dalam politik, popular tidak cukup, ia perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri lain yang tidak kurang pentingya. Kita sudah dapat lihat, Anwar suatu masa lebih popular berbanding dengan sekalian tokoh yang ada, tetapi apa jadi dengannya. 

 

Populariti tidak menjadi pra syarat untuk naik ke atas. Masih ada kekuatan dan kehebatan lain. Saya tidak perlu ulas kenapa Rafizi dilihat tidak sesuai dengan Anwar. Anwar sendiri ada memberi bayangan secara simbolik tentang hal itu. Anwar sebut Rafizi sedikit keras. 

 

Perkara ini perlu difikir sebaik mungkin oleh ahli Keadilan semua. Usaha untuk meletakkan dua ekor harimau di atas sebuah bukit bakal menghuru harakan keadaan. Al hasilnya nanti bukan sahaja tidak membawa untung, tetapi membawa kerugian. 

 

Bukan sahaja semua tumbuh-tumbuhan dan kayukayan akan lunyai bila mereka bertarung, bukit pun boleh runtuh. Bolehkah dijamin Rafizi yang outspoken dan lancang itu tidak akan membantah Anwar? Beliau sendiri mengakui yang beliau tidak boleh kompromi dengan sesuatu yang dipeganginya sedangkan politik perlu seni diplomasi. 

 

Bagi saya, dengan populariti Rafizi yang ada kini beliau tidak sepatutnya bertanding sebagai timbalan presiden, tetapi beliau sepatutnya terus mencabar Anwar jadi jawatan presiden. Itu lebih relevan dan pantas. 

 

Sudah nampak cara Rafizi bergerak menunjukkan dia mahu berada di tempat itu suatu hari nanti, dan masa dicadangkan pada Piraum ke-16. Mungkin tempoh itu terbaik, tetapi lebih elok beliau cabar Anwar awal-awal lagi. 

 

Apabila beliau memilih untuk bertanding jawatazn timbalan presiden sekali lagi, beliau sudah tersalah memposisikan dirinya. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan dirinya tetapi boleh memberi kesan buruk kepada parti Keadilan. 

 

Saya tidak dapat hendak bayangkan macam mana kalau Rafizi tewas nanti, apakah tidak mungkin dia bersama gerombolannya yang saya lihat sudah terpesona amat dengannya, akan bergerak bercanggah dengan inspirasi parti atau ahli yang kini berketuakan Anwar? 

 

Saya harap tidak. Tetapi sekali lagi saya nak kata, pengalaman mengajar kita dan sejarah selalu berulang walaupun dalam bentuk berbeza dan memberi natijah melukakan. Dan saya pernah menyifatkan Rafizi sebagai Hang Nadim, yang dibunuh kerana kebijakannya. Horas. Trims.

 

RAKYAT LEGA KONONNYA

 

mohd mukhlis mohd syarif


Lega tuan-tuan kata haramkahkahkah al-kazzab.Mungkin Un sarapannya burung Ostrich dan bedal ganja semasa menulis sebab itu sentiasa euphoria. Demikian penunggang agama.


May be an image of 4 people and text that says "FANTASI PENUNGGANG AGAMA REALITI RAKYAT MARHAEN Metro f Sinar Metro Krisis ayam: Peniaga Harga minyak MUTAKHIR kedai makan, restoran masak naik enam Harga sayur terpaksa naikkan kali meningkat 80 harga jualan 2021 peratus sejak dua [.EROTV] minggu lalu Harakah RAKYAT LEGA Setahun Kejatuhan PH: Pentadbiran baik Harakah RAKYAT SELESA 100 hari penta dbiran Perikatan Nasional PREMIUM Disiarkan Idris Ahmad harian Yang paling pada: Mei ialah Euty 2022 4:27pm Umno/BN"

ROSMAH HARUS SELALU ADA DI SISI NAJIB, BARULAH FITNAH DAN MAINAN PERSEPSI BOLEH DIELAKKAN

 

Malam semalam, setelah sekian lama, adalah julung kali Rosmah Mansor menampilkan dirinya secara terbuka dalam majlis awam bersama orangramai untuk mengiringi suaminya, Najib Razak.

Beliau membuat penampilan itu dalam majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Gombak yang turut dihadiri Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta ramai pimpinan parti yang lain.

Sebelum ini, sebaik kekalahan BN pada 2018 lalu, Rosmah boleh dikata tidak lagi membuat kemunculan terbuka mengiringi suaminya di program-program bersama orangramai sebagaimana yang biasa dilakukannya ketika Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Lantaran itu, sejak tidak bergelar Perdana Menteri, Najib selalu dilihat muncul bersendirian, tidak kira dalam apa majlis atau program terbuka apa pun yang dihadirinya.

Sebaliknya, Rosmah hanya sesekali kelihatan ada bersama Najib dalam majlis rasmi seperti berbuka puasa dan jamuan hari raya di Istana Negara saja misalnya.

Tidak dapat dipastikan mengapa Rosmah tiba-tiba memilih untuk hadir bersama Najib pada majlis rumah terbuka UMNO Gombak malam semalam, tetapi rata-rata ahli UMNO dilihat gembira dengan kehadiran beliau itu.

Terutama di tengah-tengah penyebaran sekeping gambar Najib baru-baru ini yang belum disahkan kesahihannya yang menperlihatkan seolah-olah beliau mempunyai keluarga baru, kehadiran Rosmah pada malam semalam dengan sendirinya telah berjaya menutup cerita tersebut daripada terus dibualkan.

Apalagi Najib dan Rosmah kelihatan sangat mesra dan dilihat selalu tersenyum bersama, suatu keadaan yang memperlihatkan hubungan mereka masih utuh serta bahagia.

Cerita mengenai Najib kononnya sudah berkahwin lain sebenarnya sudah lama kedengaran dan menjadi percakapan ramai, terutama di kalangan kelompok UMNO.

Antara sebabnya, memang begitulah lumrah dalam masyarakat Melayu, adalah kerana Najib sering muncul sendirian dan tiada lagi kelihatan Rosmah mendampingi beliau di sisinya.

Jika sejak dulu Rosmah sentiasa ada bersama Najib, percayalah, tidak mungkin ada yang berani menyebar berita atau membawa mulut mengatakan bekas Perdana Menteri itu ada isteri yang lain selain daripadanya.

Harus difahami, Najib bukan saja mempunyai musuh politik di luar UMNO, tetapi juga di dalam UMNO dan sudah tentu popularitinya merupakan ancaman buat mereka.

Di dalam UMNO, kecuali Ismail Sabri Yaakob yang sudah duduk sebagai Perdana Menteri yang mungkin tidak merasa terancam dengan populariti Najib, yang lain-lain yang sedang mengidam kedudukan di puncak kuasa tentu saja gelisah dengan popularitinya itu serta kemungkinan beliau mampu muncul semula menggenggam kuasa.

Bermula sekarang dan masa-masa mendatang, di sebalik mungkin ada lagi cerita-cerita tidak enak lain disebarkan selepas ini, jalan terbaik jalah Rosmah harus sentiasa ada di sisi Najib.

Dengan beliau sentiasa ada bersama Najib, bukan saja fitnah dapat dikekang, malah mainan persepsi yang bertujuan mengganggu populariti Najib juga boleh dielakkan.

Sama juga macam kita lelaki biasa, kalau asyik jalan berseorangan saja ke mana-mana, biasanya akan muncullah juga macam-macam cerita.

Untuk itu, sesekali haruslah juga ditunjukkan keluarga dan wajah isteri secara terbuka.

Kepada Rosmah, untuk keselamatan dan kejayaan masa depan suaminya, jangan lagi dibiarkan Najib muncul secara terbuka seorang diri selepas ini.

Sentiasalah ada di sisi Najib ke mana saja dan di sepanjang masa. – ShahbudinHusin 23/05/2022



.

BN Perlis sedia bergerak solo tanpa PAS


Azlan Man berkata, tiada kerjasama politik antara BN dan PAS ketika ini. (Gambar Bernama)

KANGAR: Umno dan Barisan Nasional (BN) Perlis sedia bergerak solo tanpa melibatkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi BN Perlis, Azlan Man berkata, Umno negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan PAS dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat secara bersendirian.

“Tidak ada pun kerjasama politik antara BN dan PAS pada masa ini,” katanya yang juga ketua Umno negeri kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isyarat ditunjukkan oleh pemimpin PAS yang dilihat tidak konsisten, sama ada mahu meneruskan atau menamatkan kerjasama MN dengan meletakkan kesalahan kepada Umno menerusi kenyataan negatif sebelum ini.

“Kenyataan sebegini tidak memberikan semangat untuk kita menghidupkan kembali MN. Namun ia tertakluk kepada keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi Umno nanti,” katanya selain menambah bahawa bagi meneruskan MN, terpulang kepada PAS untuk membuat pilihan dan Umno juga mempunyai pilihan sendiri.


KAH..KAH...SEKARANG PENYOKONG PAS DAN UMNO YANG BODO LAH BERSALAH

 

MOHD AFFNDI ABAS


Menteri PAS jugak yang gagal sekarang ni.. So walaun PAS Ler yang salah! Bukannya Menteri PAS! Betul tak?

YA KENAPA BOOSSKU, TAKUT SANGAT SRI RAM JADI PENDAKWARAYA ? KAH..KAH-ZAMAN ANWAR DULU OK JA WALAU BANTAHAN..AKHIRNYA SYAFIE TU PUN ADA KES. DUIT 9.5 JOTA...YANG NI SUSAH SIKIT LA....

 


Najib, peguam gagal halang Sri Ram jadi pendakwa dalam kes 1MDB






Sebelum ini cabaran undang-undang Najib Razak dan Shafee Abdullah
 ditolak oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan peguamnya Shafee Abdullah untuk menghalang Gopal Sri Ram daripada menjadi pendakwa dalam kes berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, cabaran undang-undang Najib dan Shafee, yang mendakwa pelantikan Sri Ram membabitkan konflik kepentingan, ditolak oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kedua-dua mahkamah itu kemudian memutuskan bahawa Sri Ram “lebih daripada layak” untuk mengendalikan pendakwaan dalam kes berkaitan 1MDB.

Hari ini, hakim Mahkamah Persekutuan Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata, permohonan kebenaran bagi Najib dan Shafee untuk merayu keputusan mahkamah rendah tidak memenuhi keperluan undang-undang bawah Akta Mahkamah Kehakiman.

“Soalan kebenaran yang dikemukakan oleh kedua-dua pemohon telah diputuskan sebelum ini dalam kes Anwar Ibrahim,” katanya, merujuk kepada tindakan mahkamah oleh Anwar untuk memecat Shafee dalam rayuan kes Liwat 2.

“Memandangkan undang-undang telah diselesaikan, maka tiada sebab untuk mengabaikannya.”

Mahkamah tidak mengeluarkan perintah mengenai kos.

Hakim Mahkamah Persekutuan lain yang bersidang bersama Zawawi adalah Vernon Ong dan Nallini Pathmanathan.

Sri Ram, seorang bekas hakim, mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1MDB yang menyaksikan Najib dibicarakan atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan dana RM2.28 bilion.

Beliau juga menerajui pendakwaan dalam kes laporan audit 1MDB, yang menyaksikan Najib dituduh menyalahgunakan kuasanya dalam meminda versi akhir laporan itu sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy didakwa bersubahat dengan Najib.

Sementara itu, Shafee dibicarakan atas empat tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib pada 2013 dan 2014.

KEH..KEH...PADAN MUKE REGA BARANG NAIK- TANYALAH KERAJAAN MELAYU ISLE ATAU MENTERI KPDNKK SEDANG LENA



BARANG NAIK

1. Kalau diperhatikan di media sosial, ramai yang mengeluh harga barang naik. Ayam tiada dalam pasaran dek kerana penguasaha ayam seolah-olah mogok dengan Kerajaan. Ikan dan daging pulak nauzubillah, harga dah sampai level kayangan.

2. Seperti biasa, pentaksub parti politik, kalau rakyat marhein mengeluh, mana yang pro Kerajaan akan defend Kerajaan habis-habisan. Tambahan pula peranan cybertroopers, seboleh2 akan tenggelamkan isu dan maki siapa pun yang berani bersuara lain daripada mereka.

3. Cytro2 politik jenuh berperang di media sosial. Yang blok Kerajaan bangkitkan “masa kerajaan Pakatan Harapan pun harga mahal”. Yang blok Pembangkang pula akan kecam berjemaah, “Kerajaan sekarang tak boleh pakai”.

4. Sebagai pengundi yang TIDAK hyperpartisan atau taksub parti, kita pun pening melihatnya. Tak tahu mana satu nak percaya.

5. Pesan saya kepada pengundi atas pagar. Data tak pernah menipu. Kalau nak tahu mengenai harga barang, kita hanya perlu tengok data mengenai inflasi negara. Data Inflasi ini menilai kuasa beli pengguna. Kalau tinggi nilai inflasi maknanya, harga barang menaik. Kalau rendah maknanya harga barang menurun. Simple kan?

6. Makanya, saya rujuk data daripada website Bank Dunia/ World Bank. Bank data paling berkaliber yang kita boleh rujuk. Ia juga jadi rujukan kebanyakan ahli ekonomi. Marilah kita bandingkan prestasi PH dengan BN dulu dan sekarang.

https://data.worldbank.org/indicator/FP.CPI.TOTL.ZG...

https://www.worlddata.info/asia/malaysia/inflation-rates.php

7. PH memerintah dari tahun 2018-2020. Ini merupakan kadar inflasi negara ketika itu:

2018: 0.88% (berbanding purata inflasi dunia 2.44%)

2019: 0.66% ( Dunia: 1.81%)

2020: -1.14% (Dunia: 1.23%)

Ini menunjukkan kadar inflasi masa zaman PH memerintah Malaysia lebih rendah daripada purata inflasi kebanyakan negara di dunia. Secara langsung menunjukkan, harga barang rendah ketika PH memerintah Malaysia.

8. Mari kita lihat pula data sebelum itu, ketika zaman Kleptokrat memerintah Malaysia

2014: 3.14% (Dunia 2.35%)

2015: 2.10% (Dunia 1.43%)

2016: 2.09% (Dunia 1.55%)

2017: 3.87% (Dunia 2.19%)

Ini menujukkan apa tuan puan? Gebang harga barang murah ketika Penyamun memerintah Malaysia hanya sembang kencang. Data menunjukkan kadar inflasi Malaysia lagi teruk daripada kebanyakan negara di dunia.

9. Tahun 2021, ketika kerajaan BN memerintah negara semula, kadar inflasi dari sekitar bawah 1% (hanya 0.66 tahun 2019) sudah naik ke 2%. Tahun 2022 dan 2023 dijangka naik ke 2.2%-3.2% pula.

10. Makanya, dari segi prestasi mengatasi kenaikan harga, data menunjukkan prestasi PH lagi baik. Ketika tahun 2018-2019 pun kita dapat merasa sendiri, harga barang ketika musim perayaan yang terkawal. Menampakkan Menteri buat kerja.

11. Ya, pentaksub dan cytro politik akan buat pelbagai propaganda. Masa zaman lawan dia memerintah, meroyan sakan kalau harga naik sekupang. Tapi bila geng dia memerintah, dia suruh pulak rakyat bersyukur apa ada. Kalau ayam mahal, makanlah ikan kata mereka pula...

12. Kita sebagai pengundi kena selalu beringat. Jangan termakan propaganda. Saya selalu katakan, sebagai pengundi, peranan kita adalah sebagai HAKIM bukan penyokong zombie.

13. Kerja kita, pilih yang mana baik untuk NEGARA. Bukan hanya untuk satu bangsa dan agama. Bila memilih, kita tengok semua data yang ada. Bandingkan dengan bijaksana. Tengok merit dan demerit mereka.

14. Bila tiba pilihanraya, barulah kita tunjukkan kuasa kita.

Walluhu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

PERATUS KELUAR MENGUNDI TERLALU RENDAH, MASIHKAH PKR ADA MASA DEPAN?

 

Dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sudah di penghujung sekarang, satu perkara yang ketara dan perlu diberi perhatian ialah berkenaan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah.

Secara purata dilaporkan peratusan keluar mengundi di kebanyakan cabang adalah sekitar lapan peratus dan ada pula di beberapa cabang yang hanya empat peratus saja yang keluar mengundi.

Hanya di Selangor ada peningkatan dalam peratusan yang keluar mengundi di mana terdapat cabang yang mencecah antara 20 hingga 25 peratus.

Setakat ini, masih ada lapan cabang belum selesai mengadakan pemilihan berikutan diarah mengadakannya semula atas pelbagai sebab teknikal.

Setelah lapan cabang itu selesai mengadakan pemilihan semula, barulah keputusan rasmi mengenai pemenang semua jawatan akan diumumkan oleh JPP atau Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Kenapa peratusan keluar mengundi terlalu rendah?

Apakah ahli-ahli PKR yang mencecah lebih sejuta orang semuanya tidak teruja dalam proses pemilihan kali ini?

Kalau ahli-ahli PKR ternampak sudah tidak teruja dan malas keluar mengundi dalam pemilihan parti sendiri, apakah mereka turut lesu dan tidak mengundi juga dalam PRU15 akan datang nanti?

Jika begitu, bagaimana PKR dan PH mahu menang PRU15 nanti dan membolehkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?

Di sebalik kembalinya semula Rafizi Ramli ke kancah politik sehingga menyebabkan riuh rendah di media sosial antara penyokong dan penentangnya, peratusan keluar mengundi yang rendah ini tentu saja menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya.

Apakah peratusan keluar mengundi yang rendah itu kerana ramai ahli-ahli PKR jadi bosan dengan pertelingkahan dalaman dan kecam-mengecam sesama sendiri yang ternampak begitu berlebih-lebihan?

Selepas keputusan nanti, sama ada Rafizi atau Saifuddin Nasution Ismail yang memenangi pertandingan, siapakah yang lebih mampu menarik perhatian dan membuatkan ahli-ahli PKR sendiri keluar mengundi dalam PRU15 kelak?

Kalau ahli PKR sendiri tidak berjaya ditarik untuk keluar mengundi, bagaimana pimpinan mahu meyakinkan rakyat untuk keluar mengundi dan menyokong mereka?

Apa pun persoalannya, yang nyata, cabaran bagi pimpinan baru, termasuk Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, adalah sangat besar selepas pemilihan ini dan menuju PRU15 yang dijangka tidak berapa lama lagi.

Sesuatu harus dilakukan dengan pantas dan meyakinkan jika PKR masih ada impian untuk menjadi kerajaan dan menguasai Putrajaya.

Pimpinan baru nanti tidak boleh berlengah lagi dalam memulakan gerak kerja, sekaligus merawat segala luka dalam pemilihan yang telah berlalu.

Gagal menarik ahli-ahli PKR sendiri keluar mengundi dan tidak berjaya membuatkan mereka teruja untuk memenangi PRU15 bermakna tipislah juga peluang untuk melihat rakyat dan pengundi atas pagar mengundi PH.

Gagal semua itu, maka lupakanlah impian dan harapan untuk menerjah bintang dalam PRU15 akan datang.

Meskipun dijangka tiada parti yang mampu menang majoriti kerusi secara sendirian dalam PRU15 akan datang dan rundingan masih diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, tetapi memenangi jumlah kerusi yang banyak dan munasabah adalah asas untuk memulakan apa jua perbincangan.

Dengan tiada kerusi munasabah mampu dimenangi, jangankan mahu menjadi kerajaan, untuk diajak berunding oleh pihak lain pun tentu saja tidak lagi dalam keutamaan.– ShahbudinHusin 23/05/202/.