KEK ADALAH BAHASA RAHSIA


 LIYANA MARZUKI


Semalam, ketika Debat Perdana, DSNR guna istilah “kek” untuk jelaskan cara dia menguruskan ekonomi negara. Mungkin ramai lupa, dalam penyiasatan DOJ Amerika, mereka ada dedahkan yang “KEK” ini merupakan bahasa kod untuk “rasuah”. Digunakan oleh kroni2 penyangak DSNR. Terutamanya untuk rasuah Madam Rosmah.

Punya lah tak malu ex-PM kita ni. Boleh guna terma jijik “kek” untuk gula2kan rakyat 🤣🤣🤣
Yelah, cara dia urus ekonomi memang guna konsep KEK.
Dia dan keluarga dapat cherry-on-top dan icing. Kroni2 dia dapat kek butter.
Jadi yang tinggal untuk rakyat hanya SERDAK saja.
Tupun pentaksub dia angkat jadi dewa.
Walhal, satu dunia kenal dia sebagai Kleptokrat terteruk yang pernah ada.
May be an image of 2 people and text that says "BH ONLINE ((၃)) LIVE NASIONAL 'Kek untuk Puan Boss' Kod rahsia bagi merasuah isteri M01 Mohd Azam Shah Yaacob November 2, 2018 @ 7:24pm mohdazam@nstp.com.my f Ûo AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low."

ULASAN | Kesan ngeri konsep negara berpendapatan tinggi Najib

 

ULASAN | Kesan ngeri konsep negara berpendapatan tinggi Najib

Dalam debat semalam, Najib Razak menyebut dengan tegas; jangan tinggalkan idea negara berpendapatan tinggi.

Mana-mana kerajaan dan perdana menteri ketika pentadbiran mereka akan selalu akan mengangkat satu tema untuk memandu hala tuju pembangunan negara. Untuk objektif yang sama iaitu demi rakyat.

Apakah negara berpendapatan tinggi adalah konsep jitu untuk memakmurkan negara? Dalam erti kata lain, apakah apabila negara punya pendapatan tinggi maka rakyat akan kaya, punya gaji lebih baik, punya kuasa beli yang lebih kuat dan makin kurang orang miskin? Jika ia tidak menjamin perkara itu, maka apa makna mendapat label negara berpendapatan tinggi?

Brunei misalnya adalah negara berpendapatan tinggi kerana hasil minyak, lebih tinggi dari Korea Selatan. Namun apakah rakyat Brunei secara relatifnya lebih berpendapatan tinggi dan punya gaji lebih baik? Apakah ia lebih maju dari Singapura? Ramaikah pelabur datang ke Brunei? Dan mengapa rakyat kita umumnya tidak berpusu-pusu ghairah untuk masuk bekerja di Brunei seperti ramainya rakyat kita mencari kerja di Singapura mahupun Korea Selatan? Bahkan tak kedengaran rakyat Malaysia ingin sambung pengajian tinggi di Brunei. Itu contoh negara berpendapatan tinggi.

ADS

Model ekonomi Najib Razak dalam menjayakan visi ini ialah berhutang, bukannya menarik pelaburan asing langsung (FDI). Hutang ialah hutang dan perlu dibayar. Maka dihutang dengan kerajaaan China untuk segala macam bentuk pembangunan yang ingin dibuat.

"Kamu mahu buat kereta api laju? Baik kami datang bina. Segala macam perkakasan, tenaga kerja, duit bank kami bawa sekaligus. Tak payah pakai pun pekerja tempatan. Kamu bagi konsesi dan tanah, maka kami buat. Sudah siap nanti bayar ansur-ansur. Kamu mahu bangunan tinggi? Kami buat semua. Kamu mahu menara telekomunikasi di seluruh negara? Kami pasang. Tapi kami mahu seluruh jajaran tanah air untuk kami pasang. Tak perlu vendor-vendor apa pun."

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah satu contoh hutang. Nilai hutang projek menjadi begitu luar biasa. Inilah yang dirundingkan kembali oleh kerajaan PH ketika naik memerintah. Perjanjian hutang sudah dibuat. Membatalkannya memberi implikasi yang lebih besar. Jadi dirundingkan supaya dapat diturunkan harga projek supaya beban hutang lebih lega.

Apa akan jadi jika semua hutang ini tidak boleh dibayar? Atau kemudiannya projek ini tidak memberi impak ekonomi yang diharapkan. Ini berlaku di Sri Lanka yang juga buat pembangunan dengan konsep yang sama iaitu hutang dengan China. Di Sri Lanka, ada lebuh raya yang tidak digunakan dengan sepenuhnya kerana rakyat yang miskin tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Ia lengang dan sunyi.

Begitu juga pelabuhan dan lapangan terbang di Sri Lanka. Ia amat sunyi bagaikan dalam filem zombie lakonan Will Smith. Limpahan kerja yang kononnya diharap itu tidak berlaku. Kos untuk mengguna pakai kemudahan tersebut oleh rakyat marhaen terlalu mahal. Tetapi infrastruktur ini negara sudah dapat melalui hutang. Hutang tetap kena bayar tapi tak mampu untuk dibayar.

Ketika inilah pemberi hutang (China) berikan komitmen Tiga Abdul - jangan marah nanti kena jual.

"Kami bina bandar ini, berikan syarat menetap tetap kepada rakyat kami. Produk makanan beli dari kami sepenuhnya. Kami bawa segala macam barang makan. Subsidi untuk rakyat? Tamatkan sebab subsidi akan kurangkan duit negara yang patutnya diguna untuk selenggara operasi kendali projek mega ini. Kadar tarif juga longgarkan. Kami akan putuskan kadar tarif yang sesuai untuk kamu.

"Tanah-tanah strategik negara berikan kepada kami untuk ditadbir dan buat pembangunan supaya dapat bayar hutang kami. Kadar faedah bank kami tentukan. Guna mata wang duit kami lebih baik sebab mata wang kamu rendah sangat dan tiada nilai sekarang. Harga jual segala macam barang keperluan kami putuskan kadar harganya supaya cepat dapat duit untuk bayar balik hutang-hutang ini."

Nah, kamu tak ambil duit rakyat satu sen pun kan.

Inilah bentuk penjajahan baru. Ia akibat ngeri konsep negara berpendapatan tinggi versi Najib Razak. Ia berlaku. Memang berlaku di tanah air ini. Disebabkan itu ada ramai yang mempertikai bagaimana ECRL nanti boleh beroperasi dengan baik. Apa harga tiket yang akan dikenakan pada rakyat? Jika ia tidak mencapai titik ekonomi yang baik, bagaimana untuk bayar hutang untuk membinanya?

Kita telah saksikan bagaimana hari ini rakyat Sri Lanka telah bangun protes bahkan hingga mencetuskan rusuhan. Kerana dengan segala kemudahan mewah yang diperolehi, kehidupan rakyat mereka telah dicatu. Barang makan dicatu. Susu anak dicatu. Pembelian minyak petrol dicatu hingga rakyat berbaris panjang di stesen minyak. Rakyat berhak protes kerana apa dosa mereka dihukum untuk kehidupan banduan seperti itu.

Kestabilan politik yang dicanang oleh Umno dan BN adalah ibarat jerat yang dipasang di pinggir aur. Mereka perlukan kuasa mutlak ini kembali untuk kaut dan kawal kerosakan yang sudah dilakukan mereka. Hari ini selepas Langkah Sheraton, satu persatu kedudukan strategik ekonomi negara rebah. Ia bermula dengan kejatuhan ringgit. Kemudian datang dengan kenaikan harga barang yang menggila. Bekalan makanan asas seperti ayam sering terputus. Lalu datang pula aset-aset perniagaan strategik negara di ambang muflis. Terbaru bank sudah naikkan kadar OPR pinjaman. Akan datang, inflasi yang luar biasa.

Ini semua demi sebuah negara kerajaan Melayu Islam dan berpendapatan tinggi.

~Zamir Ghazali

Ketua Pemuda PH Terengganu.

 

ZAMAN KAU PUN SAMA JA MAHATHIR...

 

NAJIB PERLU FORENSIK AUDIT

Dalam debat baru2 ini, Najib Razak masih membangkitkan isu forex kepada Anwar Ibrahim, walhal Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebenarnya telah pun memberi jawapan sebelum ini lagi.

Najib nampaknya terus bermasalah dan perlu kepada forensik audit.

Baca tulisan Tun M mengenai forex seperti di bawah ini:-

FOREX

1. Najib terus bercakap tentang 30 bilion Ringgit yang hilang oleh Bank Negara.

2. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti peranan yang didakwa saya mainkan dalam menutup kerugian.

3. Tuduhan adalah lisan semata-mata. Seorang pegawai bank menyatakan bahawa Bank Negara kehilangan 30 bilion Ringgit melalui perdagangan mata wang. Bank menyembunyikan kerugian dan kononnya saya juga menyembunyikan kerugian.

4. Saya tidak terlibat dalam operasi sebenar Bank. Jika benar wang itu hilang, siasatan hendaklah berkaitan dengan operasi Bank.

5. Malah, apabila kerugian diketahui umum, perkara itu dibawa ke Parlimen untuk dibincang dan dibahaskan.

6. Ini berbeza dengan reaksi Najib terhadap fitnah 1MDB apabila Parlimen diarahkan untuk tidak membenarkan isu itu dibentangkan apatah lagi dibincangkan.

7. Tambahan pula, pegawai tertinggi Bank Negara telah berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak melaporkan kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mengenai kerugian forex dan bersedia untuk bertanggungjawab.

8. Semua fakta ini boleh didapati dalam rekod awam.

9. Dalam analisis akhir, adakah bukti bahawa saya telah mendapat manfaat daripada kerugian tersebut.

10. Saya percaya prinsip cui bono, yang mendapat manfaat, terpakai. Adakah sebarang wang masuk ke dalam akaun saya? Jelas sekali, tiada.

11. Bagaimanapun, dalam kes 1MDB dan SRC, berjuta-juta masuk ke dalam akaun Najib dan dia dengan senang hati membelanjakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Ini adalah dapatan mahkamah dan dia telah didapati bersalah oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

16 Dis 2021

 

DIA NI NAK DEBAT JUGAK....? ALAHAI

 

SHAHBUDIN HUSIN


Orang berdebat, dia pun nak berdebat tapi agak2lah dan cerminlah diri sendiri dulu sebelum nak kemuka cabaran.Pernah menang bertanding apa dalam UMNO dan pernah pegang jawatan apa dalam kerajaan sehingga rasa layak sangat nak berlawan dengan Tun M?Lawan dengan budak2 muda pun belum tentu menang lagi…

May be an image of 2 people and text

LAPANGAN TERBANG DALAM BAYANGAN

 

MOHD SHAH RIM


Nilah Lapangan Terbang Antarabangsa Machang yang dibina PAS pada 2018..Lokasi sebenar hanya boleh dijawab Walaun PAS...

May be an image of 1 person and road

KONGSI ANAK BERANAK JA KOT..KAH..

 

mohd shah rim


Yang lain tengok jah dari jauh..

Dia kongsi anak beranak jah..
😁😁
May be an image of 6 people, people standing and indoor
e

MASA PH DULU BANTU TAK KATA APA PUN..TU PUN KENA KECAM...INI DAH JADI KERAJAAN KUTUK PULAK PETANI

 

Ubah mentaliti harapkan subsidi, petani, nelayan diberitahu


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Stephen Rundi Utom (tengah) menerima cenderamata selepas ucapannya pada majlis Aco Lepa Ajau Birami Gawai di Kuching, semalam. (Gambar Bernama)

KUCHING: Petani serta nelayan perlu mengubah mentaliti yang terlalu mengharapkan bantuan subsidi daripada kerajaan, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata sebaliknya mereka seharusnya perlu memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung.

Jelasnya, bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.

“Sampai bila mereka perlu diberikan subsidi, mereka akan selamanya bergantung kepada bantuan. Pada mulanya memang saya berpendapat kita perlu beri bantuan tetapi ia tidak boleh selamanya sama ada anda petani atau nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada acara rakaman pentas Aco Lepa Ajau Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, malam tadi.

Sementara itu, mengambil contoh nelayan, Rundi berkata beliau faham bahawa mereka tidak boleh turun ke laut dalam beberapa bulan setahun kerana musim tengkujuh namun mereka harus memikirkan pendapatan lain semasa waktu tersebut.

“(Sekiranya bantuan ingin diberikan), Kita perlu mencari kaedah bagaimana kita dapat lakukan bantuan ini secara efektif dan lebih lestari,” tambahnya.