Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
DS ANWAR IBRAHIM!SIAPA CAKAP PKR TIDAK RELEVAN LAGI!
ADAKAH UMNO, MCA DAN MIC MASIH RELEVEN? SIAPA CAKAP PKR TIDAK RELEVEN SOAL DS ANWAR IBRAHIM, TAPI MASIH ADA RAKYAT PERCAYA DENGAN DENGAN PEROMPAK NEGARA!!
Sumber Video
FB DS Anwar Ibrahim
RENTASAN 1123 | GEMPAR!! INI AMARAN KERAS JAIP TERHADAP PEMIMPIN RASUAH?
MENARIK DALAM RENTASAN 1123
1. SIFAT MALU LAMBANG TAKWA DAN INTEGRITI
2. SAMPAI BILA UMNO DAN PAS TERUS KUCHALANA?
3. TAK PERLU LABEL MAKANAN SUNNAH, YANG PENTING HALAL
4. MEREKA TAK KATA HAKIM MAHKAMAH KEBAL
RAKYAT TOLAK CAMPURTANGAN POLITIK DI KEHAKIMAN
Rakyat tolak campurtangan politik di kehakiman
on:
Percubaan untuk mempengaruhi atau menekan badan kehakiman hanya akan menyebabkan rakyat bangkit menolak penguasa yang zalim.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran supaya kerajaan mempertahankan integriti badan kehakiman dan tidak membenarkan usaha usaha untuk menekan hakim.
“Badan kehakiman kita ini tercemar sejak sekian lama. Banyak kupasan dibuat termasuk ke atas (kes) Tun Salleh Abbas dan banyak perbicaraan kes berprofail tinggi (yang kontroversi) dan malah sampai kepada pelapor Bangsa bangsa Bersatu, menunjukkan sistem kehakiman negara tempang.
“Maka beberapa tahun yang lalu, Ketua Hakim yang baru, ada percubaan untuk meletakkannya pada batas hukum, negara mesti tegak dengan tunggak hukum. Ini dikatakan negara hukum. Bukan hakim mengikut telunjuk penguasa politik seperti yang pernah berlaku sebelumnya.
“Jangan dianggap ini perkara janggal. Kepada badan kehakiman saya tegaskan bahawa persepsi buruk ini sudah begitu lama dan sekarang ada percobaan untuk melakukan reform dalam badan kehakiman.
“Ada sosok yang berkepentingan mempertahankan rasuah, mempertahankan pemimpin yang bergelumang dengan rasuah skala besar, mahu pun merosakan proses kebebasan kehakiman. Maka sebab itu saya percaya rakyat akan bangkit mempertahankan badan kehakiman yang bebas, dan segala percubaan dari orang yang nampak telibat dalam rasuah besar. Sama ada namanya 1MDB atau yang lain, itu kita harus berani mempertahankan kebebasan kehakiman,” kata Anwar dalam sidang media usai merasmikan Kongres Generasi Keadilan, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, penguasa tidak seharusnya terbiasa dengan sistem lama yang menyapu semua masalah di bawah karpet.
Akibatnya, penyelewengan dan kebejatan hanya dibongkar oleh pihak berkuasa di luar negara.
Hal itu akan menyebabkan Malaysia menjadi ‘negara ditinggalkan’ dan tidak lagi diyakini oleh orang asing.
“Orang terbiasa dengan sistem lama. Yang terbongkar (kes rasuah) di luar, yang terbongkar baru baru ini di Singapura, yang terlibat tokoh korporat Malaysia. Terbongkar di New York melihatkan (penglibatan) tokoh politik Malaysia. Terbongkar di Paris. Sebab itu kita mahu, sama ada badan kehakiman, lembaga hasil, Bank Negara Malaysia, SPRM dan siasatan jenayah komersial polis haruslah tegas mengembalikan kebebasan.
“Saya juga ingin tegaskan, bagi pihak KEADILAN, PH, pejuang jalanan (reformis), mereka tidak akan bertolak ansur dengan kerosakan ini,” katanya di hadapan barisan otai reformasi yang berjuang sejak 1998.
ARAHAN NAJIB SUATU BENTUK UGUTAN – SAKSI 1MDB
Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi 2013 dalam tempoh dua minggu, sebagai satu bentuk ugutan.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini.
Saksi pendakwaan ke-14 itu ditanya mengenai mesyuarat pada malam 15 Dis 2013 di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, di sini.
Sri Ram: Anda diminta mengesahkan bahawa minit mesyuarat tidak menunjukkan terdapat sebarang tekanan yang dikenakan oleh tertuduh, Najib, terhadap anda pada mesyuarat ini. Anda berada di sana, ada tekanan?
Johan: Saya katakan (sebagai) ugutan… Ugutan kepada kami untuk membuat kesimpulan dan menandatangani penyata audit 31 Mac 2013.
Sri Ram: Daripada siapa? Johan menjawab, Najib.
Pada peringkat ini, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed membantah jawapan saksi itu kerana perkataan ‘ugutan’ tidak pernah ditimbulkan oleh saksi dalam mana-mana jawapannya.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah meminta pembelaan mengemukakan hujahan.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa KPMG masih belum menandatangani audit untuk penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, kerana 1MDB masih belum memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.
Berdasarkan minit mesyuarat yang Johan sendiri menaipnya, beliau menyatakan bahawa Najib telah meminta KPMG menandatangani audit itu selewat-lewatnya pada 31 Dis 2013.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung. – Bernama
YEA..YEA....DAA DEBAT.......
ANWAR IBRAHIM
Khamis ini saya akan berdebat bersama Dato' Sri Najib Razak terkait Sapura Energy dan juga Masa Depan Malaysia.
Netizen kecam lelaki ini gara-gara sindir orang tak malu beraya pakai duit KWSP
May 10, 2022
Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 18 April lalu sedikit-sebanyak menjadikan sambutan Syawal pencarum kali ini lebih bermakna.
Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir pihak memperlekehkan pencarum KWSP dan melabelkan mereka sebagai ‘tidak tahu malu’ kerana meraikan Aidilfitri menggunakan wang berkenaan.
Di Facebook, posting berunsur penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki amat tidak disenangi netizen.
“Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP,” tulis lelaki itu menerusi group Facebook Riak Apa Hari Ini.
Di ruangan komen, netizen mengecam kebiadaban lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan nasib pencarum yang kurang berkemampuan.
Malah menurut beberapa pencarum, mereka tidak sepatutnya malu kerana wang berkenaan merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.
“Duit kita, bukan kita curi pun. Hasil titik peluh kita. Kalau berhutang, duit ada tapi tak reti bayar tu baru boleh kata malu.
“Itu hasil titik peluh aku selama ni. Kau tak malu ke bertanya? Tak ada duit KWSP kan?
“Yang malu bila acah-acah ewah tapi hutang sana sini. KWSP tu pun duit hasil titik peluh sendiri. Jadi syukur selalu.
“Nak malu buat apa. Bukannya kami beraya dengan duit bapa kau,” demikian menurut beberapa komen netizen.
Untuk rekod, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 dibuat bermula 18 April lalu.
Semakan mStar pada profil Facebook lelaki itu mendapati dia sering memuat naik soalan dan kenyataan berunsur provokatif yang menyentuh isu-isu sensitif.
“Kenapa bini orang lagi cantik dari bini aku ek? Pelik betul la.
“Patut ke saya bagi sampul kosong dekat budak-budak? Supaya mereka tahu hidup ni banyak kekecewaan dan tak semua dapat macam yang kita nak!
“Kalau kantoi bini dua, benda apa first kau akan cakap kat bini nombor satu?
“Menantu yang kerja kerajaan, makan atas meja. Yang kerja swasta, makan atas tikar,” tulis lelaki itu menerusi beberapa posting.
Rafizi dakwa 54,000 daftar pemilih ragu menjelang pemilihan PKR
PETALING JAYA: Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pihaknya mengenal pasti terdapat 54,000 daftar pemilih meragukan di seluruh negara menjelang pemilihan parti itu.
Katanya, surat aduan rasmi telah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada 12 April lalu agar memastikan anggota parti yang tersenarai dalam kelompok berkenaan tidak dibenarkan mengundi secara terbuka.
Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti pihaknya menerusi penemuan senarai data melibatkan 1,500 nama daftar pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.
“Apabila pasukan kami menelefon sebahagian anggota PKR didaftarkan menerusi satu nombor telefon berkenaan, mereka sendiri tidak menyedari sudah didaftarkan sebagai ahli parti.
“Selain itu, terdapat juga pendaftaran keahlian parti yang tidak bersertakan nombor kad pengenalan yang betul dan isu keahlian ragu disebabkan anggota parti lain yang dibawa masuk menjadi ahli PKR,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Katanya, ia kerana proses pendaftaran keahlian parti memerlukan nama dan kad pengenalan diri.
Rafizi bagaimanapun mengakui pihaknya berpuas hati dengan kesungguhan JPP PKR diketuai pengerusinya, Zaliha Mustafa untuk menangani isu dibangkitkan beliau dan mendakwa kekalahannya sebelum ini disebabkan sejumlah 20,000 undi yang “tersangkut” dan tidak dikira JPP.
JPP terima aduan
Sementara itu, Zaliha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima surat aduan dikemukakan Rafizi dengan perkara itu sudah dibentangkan dalam Majlis Perwakilan Pusat (MPP).
Jelas beliau, pihaknya juga sudah mengambil langkah sewajarnya untuk berdepan dengan undi daftar pemilih ragu.
“Setakat mana jumlah daftar pemilih yang disahkan benar-benar meragukan, itu saya kena rujuk semula kepada data yang kita simpan dan kenal pasti.
“Apa yang pasti, kita akan memastikan tahap kawalan keselamatan sewaktu pemilihan PKR diperketatkan bagi mengelakkan mana-mana ahli yang diragui keahlian hadir mengundi,” katanya.