SHAM GHAZ
WOW! MAHAL GANJARAN TAHUNAN BOD AIR KELANTAN RUPANYA.
SHAM GHAZ
WOW! MAHAL GANJARAN TAHUNAN BOD AIR KELANTAN RUPANYA.
SRI KANDI MALAYA
RINGGIT JATUH?
JOLOK MENTARI
PAKATAN Harapan alias PH kehilangan kerajaan sudah dua tahun.
Perdana Menteri kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad juga telah diganti dengan dua
perdana menteri, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Mahiaddin menjadi PM
hanya 17 bulan sahaja sebelum beliau diganti oleh Ismail Sabri Yaakob pada 21
Ogos 2021 menerusi suatu mini komplot.
Pengunduran Mahiaddin
sebagai PM, disambut penuh keseronokan oleh PH, kerana mereka mengharapkan
jawatan itu akan diisi oleh orang mereka, Anwar Ibrahim.
Pengunduran Mahiaddin itu juga dianggap sebagai hukum karma terhadap ahli
Parlimen Pagoh itu atas permainan politik khianat. Orang PH melepas geram
kepada Mahiaddin dengan menjuah "padan muka."
Malangnya, apa menimpa
Mahiaddin itu tidak memberi apa-apa kelabaan kepada PH. Harapan dan impian
mereka untuk kembali berkuasa gagal, apabila Ismail Sabri yang mengangkat
sumpah menjadi PM bukannya sosok dipuja dan didambakan Anwar. Anwar sekali lagi
tidak cukup angka untuk diberi perkenan oleh Yang diPertuan Agong untuk menjadi
PM?
Walaupun sudah dua tahun
kerajaan PH yang disinonimkan dengan kerajaan Pakatan Hancing, oleh
musuh-musuhnya; Umno, Pas dan sekutunya, namun senonimas itu masih belum habis
sampai kini. Bau hancing dan hapak masih terhidu. Kehancingan PH itu gagal
disamak dan ditahrahkan. Realiti ini mengesahkan kegagalan dan kelemahan PH
yang ditunding selama ini, benar, mereka gagal untuk membina kekuatan mereka
semula.
Sebelum itu elok kalau
kita semak kembali apa menyebabkan kerajaan PH jatuh "berleping" pada
Februari 2020 lalu dan kenapa ia digelar sebagai kerajaan hancing. Sejak PH
berjaya membentuk kerajaan Mei 2018, ia mula diserang bertubi-tubi oleh UBN
yang sangat desperate dan frust apabila
kerajaan mereka kalah. UBN, khasnya Umno menjadi seperti harimau yang cedera
bangkit dan mengamuk untuk membalas dendam atas apa yang berlaku.
Sebagai parti yang
mempunyai pengalaman luas yang terdedah dengan berbagai strategi dan taktik
babarian untuk melawan musuh, Umno berjaya melemah dan damage kerajaan
PH di mata rakyat. Setiap apa pembaharuan dilakukan kerajaan PH dinafikan
demikian rupa. Sebelum itu Umno bijak membina kekuatan dan kerjasama dengan
musuh PH, iaitu Pas.
Pertamanya mereka
mengambil pendekatan menjalani "tahalul syiasi" dengan Pas. Pas yang
menelan pahitnya dengan Umno selama ini bersedia untuk bergabung dengan Umno
atas matlamat sama. Pas kecewa dan cemburu dengan kejayaan PH yang mana
didalamnya ada rakan yang tidak istiqamah mendokong Tok Dor Hadi, Amanah.
Penggabungan itu
diasaskan atas landasan agama dan bangsa, dua
elemen yang sangat dekat dan berbekas dan sangat terpancing kepada orang-orang
Melayu, yaitu untuk kekuataan agama dan mendaulatkan bangsa. Umno sangat
memahami cita-cita Pas dalam hal ini sehingga bersedia untuk meluluskan RUU
untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.
Penggabungan Umno dengan
Pas ini satu bahana buat PH dan merupakan ancaman pertama, yang akhirnya
memimpin kejatuhan kerajaan PH tanggal 26 Februari 2020. Kerana
terlalu seronok dengan kemenangan, PH lupa kepada sumbangan yang boleh
diberikan Pas kepada Umno itu. Baik Dr Mahathir maupun Anwar dan lain-lain
pemimpin PH tidak pernah cuba untuk membawa Pas bersama mereka membangun
kerajaan sekaligus sebagai memperkuatkan kerajaan dan mengurangkan musuh. Mereka
jadi tidak kabar. Terutamanya yang berada dalam Amanah, usahkan hendak
mempelawa, sebaliknya terus menyindir dan menghina Pas dengan penuh
egois.
Apakah ketika itu
Mahathir atau Anwar dan Lim Guan Eng masih percaya kepada Amanah yang
ditubuhkan untuk menjadi alternatif kepada Pas berjaya mengatasi pengaruh Pas
dan mengurus kemaraanya dengan menguasai orang Melayu yang konvensional?
Kealpaan ini satu kesilapan PH. Saya yakin kalau Pas diundang dengan penuh
diplomasi rahmatan lil alamin, mereka sedia untuk mendokong
kerajaan PH.
Serangan bertubi-tubi
dilakukan oleh Umno dan Pas yang sesudah kedua parti terbesar orang Melayu itu
membentuk Muafakat Nasional (MN). Apa dinamakan piagam MN ditanda tangani
dengan mengambil semangat piagam Madinah di zaman Rasulullah. Mengalir air mata
buaya si pendeklamator piagam itu.
Bertolak dari situ mereka
bukan sahaja mengadakan himpunan untuk mengajak rakyat Melayu bersama mereka,
tetapi mengaktifkan serangan dalam media massa. Medsos menjadi medium utama
untuk mereka mempersenda, merendah dan memperleceh kerajaan PH serta memberi
gambaran buruk dan bahaya kerajaan PH kepada rakyat. Untuk ini berbagai
grup cyber trooper diwujudkan. Slogan atau gelaran Pakatan
Harapan sebagai Pakatan Hancing dilemparkan. Dengan gelaran itu maka wujud dan
bertebaranlah logo dan banner kerajaan PH sebagai Kerajaan
Hancing dalam medsos
Usaha untuk mengekang
sang singa yang luka sangat minimum. Dr Mahathir lebih mengambil pendekatan
menggunakan kuasa untuk memastikan Umno tidak bangkit dengan memberi kesusahan
kepada mereka. Tindakan terhadap Umno bukan melembutkan parti itu untuk memberi
peluang satu penggal kepada PH, sebaliknya diterjemahkan umum cuba berlaku
kasar.
Siasatan, tangkapan dan
dakwaan terhadap beberapa pemimpin Umno dilaksanakan. Daripada ketua cawangan,
ketua bahagian hingga kepada presiden Umno dihadap ke mahkamah. Bahkan
terdengar ura-ura Dr Mahathir bersetuju kalau Umno dihapuskan (haram). Ini
tidak pelik kerana beliau telah melakukan pada tahun 1987, mengharamkan Umno
selepas kedudukannya tercabar ketika berhadapan dengan Tengku Razaleigh
Hamzah.
Mula PH berasakan
strategi dan taktik menggunakan kuasa oleh Dr Mahathir itu dapat mengukuhkan
kerajaan PH. Mereka menyangka Umno akan lemau dan ghuyup. Namun itu
hanya sangkaan sahaja. Kekuatan semangat dan tindakan melawan oleh UBN tidak
menjadikan komponen itu lemah. Dengan pengalaman, sisa kewangan yang banyak,
Umno terus menyerang kerajaan PH. Dr Mahathir dan PH terlupa yang Umno ada
sembilan nyawa.
Najib Razak sebagai bekas
perdana menteri dan presiden Umno membuat silap mata dengan melepaskan jawatan
kepada Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanggungjawab atas kekalaan BN. Dan Umno juga
diswastakan seketika kepada pemimpin yang dilihat bersih. Namun realitinya
dalam masa sama baik Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak pernah diam mendalangi
aktiviti dan perancangan untuk menyerang kerajaan PH dan bergerak mencari jalan
melawan kerajaan PH hingga tumbang.
Tindakan dan taktik Umno
itu mula membuahkan hasil apabila parti itu berjaya memenangi tujuh daripada
sembilan pilihan raya kecil.
Dalam usaha ini Najib
berjaya. Palitan noda sebagai penjenayah skandal 1MDB, skandal kewangan
terbesar di dunia, tidak begitu diterima rakyat. Beliau bijak untuk mengabui
mata dan mendapat empati rakyat dengan menggunakan latar belakangnya sebagai
bangsawan dan anak kepada bekas perdana menteri kedua Abdul Razak
Hussein.
Menerusi taktik itu
beliau berjaya, sehingga isu skandal 1MDB dihadapinya tidak dihiraukan oleh
rakyat, rakyat tidak melihat dosa seburuk fitnah liwat ke atas Anwar, bahkah
rakyat melihat tindakan drastik menyiasat dan mengheretnya ke mahkamah sebagai
dendam dan satu kezaliman. Rakyat jadi simpati kepadanya sampai memanggilnya
sebagai "bossku."
Dalam hal ini Najib bijak
kerana memahami kelemahan dan cara orang Melayu berfikir dan sikap inferioriy (rendah
diri) yang ada kepada orang Melayu yang tunduk dan sujud sawi kepada bangsawan.
Sifat kehambaan yang dimiliki oleh orang Melayu ini diambil kesempatan
sebaik-baiknya. Kerana itu ke mana beliau pergi dikerumuni bagaikan gula
dihurung semut.
Fenonema dibentuk Najib
ini tidak dipedulikan oleh kerajaan PH. Para pemimpinnya tidak pernah membuat
analisa dan prediction sesuatu yang buruk sedang berlaku
kerana asyik mahsyuk dengan kuasa dan jawatan-jawatan yang dipegang. Mereka
yang pertama kali jadi menteri, jawatan dalam GLC atau sekadar jadi ahli
pertubuhan peladang tidak menghidu dan menyedari bahawa ada orang mengintip dan
memanjat rumah untuk mencuri dari atap lantaran "kebabokan" kuasa dan
syok pekena baju korporat yang ada lambang GLC atau agensi kerajaan.
Kerana kelalaian itu
akhirnya kerajaan hilang, dicuri disiang bolong. Apa yang sudah berlaku itu
takdir yang tidak perlu ditangisi. Asal kapas menjadi benang, dari
benang dibuat baju. PH sepatutnya bingkas untuk membaiki kelemahan dan
menjanakan kembali kekuatan seperti sebelum tahun 2018. Tetapi sayang ia tidak
berlaku begitu, sebaliknya PH jadi berantakan sesama sendiri. Kekalahan dan
kehilangan kerajaan menjadi mereka bingung, hilang maruah diri, terketar-ketar,
melungu dan tidak tahu meneladani apa yang dilalui Umno dengan Pas yang bersatu
selepas tewas.
Bersatu yang menjadi
komponen intim, keluar daripada PH. Bukan itu sahaja, sisa Bersatu pula
menubuhkan parti baharu Pejuang dan Muda. Rakan strategik dari Sabah pula
(Warisan) mula menjadi besar kepala dan pemimpinnya ikut berasa dia layak
menjadi perdana menteri sama.
Apabila disenaraikan
perkara atau pun isu yang dijaja oleh Umno dan Pas sehingga hancurnya kerajaan
PH, ia menumpukan kepada serangan memburukkan kerajaan PH. Pertamanya mereka
menggelarkan kerajaan PH sebagai kerajaan hancing. Mereka persenda
dan meremehkan kerajaan PH sebagai kerajaan yang bernajis.
Mereka bukan sahaja
setakat menjenamakan kerajaan PH sebagai kerajaan hancing, tetapi disertakan
jenis-jenis najis itu serta bau dan sifat-sifatnya sekali, antaranya;
1. Kerajaan PH adalah
kerajaan dikuasai DAP. DAP telah menjadikan Keadilan dan Amanah sebagai alat
untuk berkerajaan. Bahkan penubuhan Parti Amanah Negara itu dibidani oleh DAP.
Keadilan dan Amanah dianggap kaldai DAP.
2. Kerajaan PH tidak
bernuansakan Melayu, buktinya lebih separuh anggota kabinet dalam kerajaan itu
dimonopoli oleh bukan Melayu. Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan,
kementerian yang menjadi nadi satu lagi bukti DAP menguasai kerajaan itu dan ia
dimakan.
3. Apabila kerajaan itu
dimonopoli bukan Melayu, menyebabkan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam
terjejas. Kononnya banyak kepentingan Melayu terhapus dan kaum lain mendapat
manfaat besar. Salah satu bukti diberikan, ialah aset Tabung Haji dijual
sedangkan ini adalah fitnah. Apa sebenar berlaku PH berjaya memulihkan prestasi
TH.
Setengah daripada apa
yang diratib dan dijadikan modal hanya suatu persepsi dan fitnah yang mentah.
Tetapi kerana ia dimainkan dengan begitu rapi dan bersistematik, dimake-up dan
diwangikan dengan ayat Quran dan Hadith konsisten menyebabkan rakyat terkeliru
dan mempercayainya.
Kehancingan dalam PH,
bukan terhenti dan disamakkan selepas itu, sebaliknya ia masih berlaku sehingga
hari ini, walaupun kerajaan itu sudah hilang. Yang jelas, PH berpecah belah,
tidak solid seperti menghadapi Piraum ke-14 lalu. Dr Mahathir
yang memimpin Bersatu komponen keempat dalam PH, telah menubuh parti baru,
Pejuang setelah parti asal Bersatu dibawa lari oleh Mahiaddin yang tergila
untuk jadi perdana menteri. Ini memberi dampak yang buruk.
Tidak cukup dengan
kerenah Dr Mahathir, "buah cempedak di luar pagar" Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman yang baru mencebur diri dalam politik juga menubuh parti sendiri.
Tindakan ini menjadikan yang kecil bertambah kecil. Sementara tiga parti
komponen asal, Keadilan, DAP dan Amanah pula bertelagah sesama sendiri dalam
hal-hal tertentu dan saling tuding menunding atas apa yang berlaku.
Pertelagahan mereka itu ada kalanya dikesani akan keretakan pakatan itu.
Situasi ini semua menyebabkan "kehancingan" PH yang digelar oleh Umno
dan Pas dulu masih kekal dan berbau sampai kini.
Dalam menanti Piraum
ke-15 tugas utama dan berat PH ialah cuba membersihkan najis hancing tadi.
Mereka kena jawab dengan fakta dan konsisten terhadap beberapa tuduhan atau
persepi yang dilempar itu. Antaranya kena sangkal tentang dakwaan kerajaan PH
dahulu diperalat oleh DAP, kerajaan yang dimonopoli bangsa bukan Melayu,
kerajaan yang gagal dan sebagainya.
Dan juga tentang beberapa
kerugian dan penghapusan hak Melayu di sepanjang 22 bulan itu. Walaupun itu
hanya tuduhan dan persepsi tetapi ia menjadi stigma kepada orang Melayu
menyebabkan mereka sangsi untuk memilih PH. Perkara ini tidak boleh dijawab
secara simplistik tetapi biarlah menyakinkan. Kegagalan membersih najis ini
bakal memberi kesan buruk kepada PH dalam piraum ke-15 nanti.
PH kalau ingin kuat seperti dulu dan menghilangkan bau hacing,
hendaklah berpatah balik kepada matlamat dan tujuan asal. Tujuaan PH ialah
untuk membela rakyat daripada terus ditakluki oleh kuasa kleptokrasi. Utamakan
matlamat dan aspiras itu bukannya berebut untuk jadi perdana menteri. Jawatan
perdana menteri terluang apabila parti menang besar. Tanpa kemenangan perebutan
itu berlalu diangin lalu sahaja.
Antara apa yang perlu
dimuhasabah oleh parti komponen ialah kemantapan parti masing-masing. Ini
termasuklah wibawa pemimpin yang ada. Kalau pemimipin tidak ada wibawa,
keahlian parti pun lebih kurang dua pasukan bola sepak sahaja, jangan mimpilah.
Jika parti perlu mendapat tarikan baru dengan menukar pemimpin, tukarlah tidak
perlu rasa sayang dan hormati kawan.
Manakala yang ghairah
merebut jawatan dalam parti pula, jadi perebutan itu untuk menambahkan kekuatan
parti jangan jadikan pertarungan itu usaha untuk membelah duakan parti. Semua
yang bertanding hendaklah bertanggungjawab jangan pula bila tewas dalam
perlawanan ambil keputusan bercuti untuk berniaga. Bila sebuah pembinaan rumah
itu siap janganlah pahat dan gergaji terus berbunyi.
Dan bagi yang sudah
selesai membuat pemilihan dan menukar kepimpinan, pemimpin baharu hendaklah
menawarkan gagasan dan wawasan tersendiri jangan terus diselubungi kepimpinan
lama yang berhenti keana dipaksa peraturan. Jika tidak berubah rakyat akan tahu
kalau ia hanya sebuah sandiwara. Idea untuk mewujudkan khemah besar
berhentilah kerana definasinya gagal difahami oleh umum. [wm.kl.1:06 pm
21/04/2022]
FAHMI REZA
Terima kasih semua!
PETALING JAYA: Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad tiada peluang berjaya di Sabah jika bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata dua penganalisis politik.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, parti berasaskan kaum tiada daya tarikan di Sabah kerana kebanyakan rakyatnya mempunyai keluarga dengan pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan agama.
“Namun jika parti sedemikian berada dalam kedudukan untuk ‘mengagihkan sumber’, maka itu mengatasi penolakan parti berasaskan kaum,” katanya kepada FMT.
Katanya, ramai rakyat Sabah masih menyalahkan Mahathir berhubung Projek IC, istilah yang digunakan bagi dakwaan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang dengan memberi mereka kad pengenalan sekitar 1990-an.
“Mereka menyalahkan Mahathir kerana mencetuskan Projek IC, yang mereka fikir membawa masuk pendatang yang kadang-kadang mempunyai dokumen. Saya sebaliknya berpendapat, ini diamalkan bertahun-tahun sebelum Projek IC lagi.
Pada Selasa, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, parti itu berhasrat bertanding di Sabah pada PRU15, namun ia masih belum memutuskan bilangan kerusi akan ditandingi.
Cawangan negeri parti itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei, namun pemimpin BN Sabah Bung Moktar Radin memperkecilkan peluang Pejuang di negeri itu.
Penganalisis Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung, berkata beliau tidak melihat sebarang ruang untuk Pejuang di Sabah, menyifatkan arena politik negeri itu “sudah sesak” dengan pelbagai parti seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang diterajui bekas naib presiden Warisan Peter Anthony.
“Saya tak nampak ruang untuk Pejuang di Sabah. Kita lihat seramai 447 calon bertanding untuk 73 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020, dengan majoriti daripadanya kehilangan wang deposit,” katanya kepada FMT.
Lee berkata, kewujudan Projek IC boleh dipertikaikan, tetapi tiada siapa boleh menafikan peningkatan mendadak populasi Sabah pada 1990-an.
Katanya, sukar bagi Pejuang membuang persepsi bahawa mereka terikat dengan Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu tidak bertanding pada PRU15 mahupun menjauhi parti.
KEGAGALAN AKSB: TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN