Wanita pakai baju-T dan kain batik tukar duit raya RM2 juta

 

Wanita pakai baju-T dan kain batik tukar duit raya RM2 juta


Aksi bersahaja seorang wanita menukar duit raya dipercayai RM2 juta dengan memakai baju-T dan kain batik mencuri perhatian netizen hingga tular dan menjadi perdebatan berhubung kekayaannya.

Tinjauan Kosmo! mendapati rakaman klip berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh Farhana Zahra di akaun TikTok miliknya mendapat lebih dari dua juta tontonan.

Video tular berdurasi 20 saat itu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen terhadap wanita terbabit.

“Orang yang betul-betul kaya tidak akan menunjukkan kekayaannya,” kata @Bidi.

“Lemah aku bila tengok keadaan begini. Ada yang berniaga dari pagi sampai ke petang hingga ke malam namun nak dapat RM50 pun susah,” kata @Ciksiti

“Risau nanti kena samun, kita hendaklah sentiasa beringat bahawa sentiasa ada yang memerhati tindak-tanduk kita di dunia ini,” komen @TpgMan


TUMPANG PH TERUS KHIANAT

 SKY REFORMIS


Bersatu dan Mahathir dulu dari kosong takde apa2 tumpang kekuatan PH langsung terus jadi kerajaan...

Mereka tak perlu besusah payah lawan umno sampai 20 tahun untuk jadi kerajaan...

Tapi bila Dah dapat kuasa.. Mereka khianat...

Perumpamaan PH terima kembali Bersatu ialah..

Seorang suami yg baru pulang kerja.. Haritu balik awal... Tengok isteri dia atas Katil dengan lelaki lain..

Akhirnya isteri dia mintak cerai dan halau suami tadi dari rumah yang suami kerja lebih 20 tahun untuk beli...

Sekarang Bila lelaki yang main dengan bini dia tu tinggalkan bekas isteri kau tadi..

Suami yg dayus tu sanggup kutip balik isteri yg dah curang dan rampas rumah suami tadi..

Kalau suami ni bukan dayus nak panggil apa?

menang PRU 14 dulu pun pinjam bendera PKR.. Dah menang dia khianat atas alasan Melayu Islam... Dan tak nampak pun syiar Islam semakin terbela bawah PN BN...

Sekarang Bila Mahathir dan Bersatu dah tahu mereka mungkin akan hilang semua kerusi Parlimen PRU 15 nanti...

Mereka sekali lagi hulur tangan untuk bergabung...

PH ni 100% bodoh dan dayus kalau terima pengkhianat yg tak sedar diri...

Percaya cakap aku.. Pengundi PH sendiri Takkan keluar ngundi PH kalau PH bergabung dengan pengkhianat.. Apatah lagi pengundi atas pagar...

Yang tinggal cuma pengundi BN..

Jadi dari elok2 kita boleh dapat lebih kurang 80 kerusi Parlimen kalau kita kerja keras dari sekarang dekati pengundi atas pagar Bak kata Rafizi...

Kita mungkin akan ulang pencapaian tahun 2004 iaitu PKR cuma dapat 1 kerusi iaitu Permatang Pauh...

Dan aku sendiri berjanji pada diri aku...

Kalau PH kutip pengkhianat... PRU 15 nanti aku malas turun mengundi... PH akan hilang 1 undi dari aku... Dan mungkin berjuta undi lagi dari Rakyat yg jijik pada pengkhianat.

- Netizen Facebook -

 

NETIZEN MUNGKIN BAKAL DISAMAN. NETIZEN PUN ADA PEGUAM!

MAHMUD JUMAAT

Selepas Kak Mona Din membuat terbitan bahawa terdapat pihak melalui telegram mereka meminta orang ramai untuk mengumpul bukti mana-mana terbitan melibatkan kenyataan fitnah terhadap Siti Bainon, ramai pihak yang dm saya untuk meminta nasihat apakah posibiliti tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas posting netizen.
Berdasarkan dapatan saya, terdapat dua tindakan undang-undang yang berkemungkinan akan diambil bergantung kepada terbitan tersebut:
1. Saman Fitnah; atau
2. Tindakan Komital di Mahkamah.
Perkongsian yang mantop secara terperinci telah dikongsikan oleh Megat Syazlee B Mokhtarom dan Haziq DSubhi melalui instagram dan Facebook mereka untuk tatapan orang ramai.
Saya akan cuba buat perkongsian ringkas untuk memudahkan orang ramai untuk faham dan bersiap sedia segala kemungkinan.
Sekiranya ada soalan, adalah lebih baik tanya diruang komen untuk kami jawab.
Dont worry, kami bersama anda. Sila hubungi barisan peguam kami sekiranya anda adalah insan terpilih untuk hadapi cabaran ini.
May be an image of text that says "Mona Din 19h Tengok la, DEPA TENGAH DESPERATE KE, Desperate ke nak cari benda untuk saman Kesian kan, penuh pengharap... See more Bella Story mualo ikum semua pembaca, Today para admin akan membuka chat ap. ik dlm group ele tu. Berat Imin. Asyik delete komen ata dia neutral tak perlu ien mohon ker jasama para pembaca ada ternampak mana posting fat fitnah terhadap Cik Siti Bainun Tuan/Puar sertakan link atau shot di bahagian komen. spicious lagi. 10:45PM dia delete 10:45PM peguan akan meniliti semua posting gi tindakan seterusnya. na kasih Assaamuaakum ampa Leave comment 3.9k 401 comments. 120 shares"

PH TAK PERNAH AJAK PAS PUN..PAS JA SUKA UMNO...UMNO TEDANG PAS..PH PUN LIHAT PADA PARTI YANG MENYOKONG ANWAR SEBAGAI PM

 

PAS tolak ‘khemah besar’, strategi bersama PKR tak akan berulang, kata Sanusi.PH tidak pernah pun mengajak pas..begitulah sebaliknya.ph tidak menyondol untuk bersama membentuk kerajaan melalui langkah khianat dan bersetuju dengan para koruptor kecuali Pas.Dimana kekuatan Pas sebelum ini sehingga terpaksa menyertai gabungan yang mereka maki hamun dahulunya.Menyertai pengkhianat bukan cara PH dan PKR.





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

PAS tidak akan menyertai ‘khemah besar’ walaupun mengaku ada
 perbincangan berhubung kerjasama politik antara Pakatan Harapan dan
 Perikatan Nasional, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor.
 (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: PAS tidak akan menyertai “khemah besar” yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) mengambil kira pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, perbincangan berhubung kerjasama politik itu membabitkan PH dan Perikatan Nasional (PN), dengan PAS hanya komponen dalam PN.

“Yang berbincang adalah PN dan PH. PAS buat keputusan menolak dan tidak akan menyertainya. PN ini jika PAS tidak turut serta, maka ia tidak akan cukup kerusi.

“PAS tolak sebarang pakatan untuk bentuk kerjasama baharu membabitkan PKR. Kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat dan semua strategi itu tidak akan berulang lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rancangan mewujudkan “khemah besar” dalam kalangan blok parti pembangkang kini hangat diperkatakan, terutama PH yang bermatlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Biarpun belum diperincikan, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan utama PH berhubung konsep gabungan itu apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, konsep yang dipersetujui dalam resolusi Port Dickson adalah kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan PN yang diterajui Bersatu.

Pendirian Anthony itu senada dengan pendapat Presiden Amanah Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Bagaimanapun, nada Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sedikit berbeza, yang melihat keperluan membuka ruang perbincangan dengan PN, khususnya


APA CRITA PULAK NUSI- TUDUH UMNO PULAK BUAT TAIK....ADOIIII....DULU UMNO PUJAAN HATUKU..SEKARANG KATA JEBON LA BAGAI..DOSA TAU....

 

‘Jebon tulis minit mesyuarat’, Sanusi dakwa ‘PAS leak’ kerja BN



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan
 Barisan Nasional terlibat dalam penularan dokumen ‘PAS leak’ yang
 didakwa cuba menjatuhkan kepimpinan Umno.


PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan dokumen “PAS leak” yang tular sebelum ini dilakukan sendiri oleh Barisan Nasional (BN) menerusi pasukan laskar sibernya.

Menteri besar Kedah itu berkata demikian sebagai mengulas pihak mana yang dipercayainya mampu menghasilkan dokumen sedemikian.

Katanya, ada pihak tertentu akan mendapat manfaat apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan Umno disebarkan secara terbuka.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS supaya bersumpah laknat susulan penularan dokumen “PAS leak”.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen berkenaan yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan Umno sebagai perkara tidak benar.

Beliau berkata, kandungan dokumen dikatakan minit mesyuarat kepimpinan PAS sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaan format parti itu.

“Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan Umno), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca. Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu,” katanya.

Katanya, beliau lama berada dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat sekali gus menegaskan bahawa ia bukan format minit mesyuarat parti itu.

“Bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada, jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada. Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format minit yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu.

“Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin ‘jebon’ yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya merujuk haiwan jenis musang dipanggil cerpelai atau “mongoose” yang digambarkan sangat lincah dan licik.

Tuntut semula negara: 53 NGO mendukung Agenda Rakyat bagi pilihan raya umum


Rakyat dahulu, demokrasi sekarang

 
Agenda Rakyat dilancarkan pagi tadi

Menuju pilihan raya akan datang, enam organisasi masyarakat sivil bersama membuat seruan kepada seluruh rakyat Malaysia serta kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin negara.

Sehingga kini, 53 buah organisasi masyarakat sivil dan kumpulan berkepentingan awam, termasuk enam organisasi tersebut, sudah mendukung Agenda Rakyat ini.

Maklum akan suasana penuh kemarahan, kekecewaan, kelelahan serta putus asa melihat keadaan semasa negara, enam pendukung bersama – melibatkan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Pacos Trust dari Sabah, Pergerakan Tenaga Akademi Malaysia (Gerak), Save Rivers dari Sarawak, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta Undi18 – menyeru agar rakyat tidak berputus asa sebaliknya terus melawan menerusi kotak undi.

Organisasi kami sudah mengenalpasti lima perkara kepada calon dan pengundi untuk diperhatikan sebagai sebahagian daripada Agenda Rakyat menuju ke pilihan raya akan datang.

  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme

Pengundi disarankan untuk keluar mengundi, walaupun kecewa dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini, dan mengundi calon dan parti yang menunjukkan komitmen terhadap lima perkara ini.

Parti politik dan calonnya perlu bekerjasama melibatkan lima perkara ini ketika pilihan raya akan datang dan mengelakkan pertembungan banyak penjuru bagi menyelamatkan negara ini.

Sewaktu sidang media, presiden Aliran, Anil Netto, memperkenalkan Agenda Rakyat, kandungannya dan hujah di sebalik pelancarannya serta usahanya mendapatkan sokongan.

Sehingga kini Agenda Rakyat menerima dukungan dari 53 buah organisasi masyarakat sivil dan kumpulan berkepentingan awam.

Wakil dari setiap lima NGO yang mendukung juga bergilir untuk bercakap melibatkan lima perkara terdapat di dalam Agenda Rakyat.

Anne Lasimbang, pengarah eksekutif Pacos Trust, sebuah organisasi berasaskan masyarakat di Sabah, menyatakan peri-penting untuk mengangkat maruah serta kualiti kehidupan rakyat.

Peter Kallang, pengerusi dan pengasas Save Rivers, sebuah organisasi dari Sarawak memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat pedalaman bagi melindungi tanah dan sungai, berkongsi mengapa kita perlu menggalakkan pembangunan mapan serta menyelesaikan isu krisis alam sekitar.

Ngo Sheau Shi, seorang anggota jawatankuasa eksekutif bagi sebuah gerakan kebebasan akademik, Gerak, menyoroti kepentingan untuk meraikan kerencaman bagi meraikan sebuah masyarakat yang terangkum.

Pengarah eksekutif organisasi hak asasi Suaram, Sevan Doraisamy, pula menyentuh mengapa ia penting untuk mengangkat demokrasi, hak asasi serta keluhuran undang-undang.

Akhir sekali, pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai, menekankan keperluan untuk mengutamakan usaha dalam melawan rasuah dan kronisme.

Sesi ini akan dimudahcara oleh pengerusi Gerak Prof Zaharom Nain.

Anil kemudiannya menyentuh bagaimana kita akan menggerakkan Agenda Rakyat.

  • Agenda Rakyat masih terbuka untuk menerima dukungan dari kumpulan masyarakat sivil lain sehingga pilihan raya nanti agar ia berjaya mencapai kepada semua secara meluas
  • Agenda Rakyat akan dihantar kepada semua parti politik pada akhir April nanti dan sekali lagi ketika pilihan raya umum kemudiannya diumumkan
  • Di antara Mei dan Julai, enam organisasi ini juga akan menganjurkan secara bersama beberapa siri webinar umum melibatkan lima perkara di dalam Agenda Rakyat. Wakil parti politik akan dijemput untuk menyampaikan pandangan mereka serta komitmen parti politik mereka terhadap perkara ini. Dengan ini, masyarakat umum akan dapat menilai mutu serta komitmen parti politik serta memastikan mereka dapat menepati janjinya.

Agenda penuh senarai serta senarai pendukung boleh didapati di sini.

Tuntut semula negara: Rakyat dahulu, demokrasi sekarang!

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust (Sabah)
Pergerakan Tenaga Akademi Malaysia (Gerak)
Save Rivers (Sarawak)
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.