RAFIZI MENANG KES

 

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa saya menang dalam kes saman yang dibawa NFC terhadap saya yang dibawa oleh NFC (syarikat milik keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil, bekas Ketua Wanita Umno).

Saya mula mendedahkan skandal NFC dalam tahun 2011. Ada tiga kes yang dibawa terhadap saya - dua kes saman, masing-masing oleh Tan Sri Sharizat Jalil (ditarik balik) dan NFC (menang); dan satu kes jenayah (pertuduhan di bawah BAFIA) yang akhirnya saya menang juga.
Saya ucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya dan orang ramai yang bersama selama 11 tahun ini.
Saya akan menulis dengan lebih panjang dalam 1-2 hari ini (ha3 saya masih bekerja macam orang biasa di pejabat, jadi tak boleh tuang di pejabat!)
Cuma saya nak sahkan bahawa semua jumlah yang mahkamah putuskan perlu dibayar oleh NFC kepada saya (kerana kalah dalam saman ini) akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan bantuan perniagaan kecil.
May be an image of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan saya menang kes saman yg dibawa NFC terhadap saya. Siri kes NFC bermula tahun 2011 & berlarutan hingga 2022. Ada 3 kes terhadap saya, saya menang semuanya. Wang saman akan dipulangkan kpd org amai dlm bentuk biasiswa & bantuan kecil. Translate Tweet 12:28 PM Apr 21, 2022. Twitter Web App"

SAIFUDDIN DI SARAWAK

 

Seterusnya, tiba pula di Miri, Sarawak. YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail (Calon Timbalan Presiden) bertemu anggota-anggota parti dari Miri, Sibuti, Baram, Hulu Rajang, Lawas, Kapit, Limbang, Mukah dan Bintulu.

Teruskan usaha, jangan cepat putus asa dan kecewa. Pejuang harus berani hadapi kemenangan atau kekalahan. Waktu menang, jangan tinggalkan kubu kita. Waktu kalah, bantu jentera kita. Ini yang ingin diterjemahkan oleh Saifuddin Nasution.

PEGUAM, ANTARA NERAKA DAN SYURGA

 

1. Bulan pertama saya berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara, saya diarahkan untuk menghadiri kursus Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Bagi yang tak tahu, TPR ni peguam Kerajaan yang kendalikan kes jenayah. Peguam swasta tidak buat pendakwaan kes jenayah. Macam kes Bella tu, TPR la yang wakili Bella. Bukan peguam TMJ ya. Side note sikit.

2. Balik kepada cerita saya tadi. Dalam kursus ini, saya ingat lagi, seorang senior TPR bagi ceramah. Dah jadi YA Hakim Mahkamah Tinggi dah senior ni. Dia cakap kerja TPR adalah membantu mahkamah menegakkan keadilan. Bukan tugas TPR nak menang kes semata2. Contohnya, bila tengah bicara, ada bukti nyata OKT tak bersalah dan dianiaya, menjadi tanggungjawab TPR untuk tarik balik kes.

3. Sama juga ketika menilai kes untuk didakwa. Sekiranya ada yang menunjukkan saksi2 mengadakan cerita atau polis tanam bukti untuk kenakan OKT, kes itu tidak harus diteruskan.

4. Menegakkan keadilan tu bukan hanya untuk menang kes, kata dia. Tapi perlu dipastikan adil pada semua, bukan hanya kepada mangsa. Adil juga pada pihak yang kena tuduh. Itu prinsip pendakwaan yang diguna.

5. Melanggar etika sekiranya nak menang kes sampai kita mengajar saksi apa yang perlu dikata atau mengada2kan bukti. Itu semua a big no-no. Kami diajar maxim latin “Fiat justitia ruat caelum”. Maksudnya “Let the justice be done, though the heavens fall”.

6. Masa di Universiti, graduan undang2 didedahkan dengan kelas Ethics atau Etika Kepengguaman. Kita diajar, sekiranya anak guam mengaku salah atas suatu kesalahan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menasihatkan dia mengaku salah di Mahkamah.

7. Contoh, kalau datang seorang anak guam mengaku dia merogol dan meliwat kanak2, menjadi tanggungjawab Peguambela memastikan dia mengaku salah dan membantu beliau dalam prosiding untuk mendapat hukuman setimpal atau diringankan. Bayangkan kalau penjenayah ini terlepas masuk balik dalam masyarakat?

8. Masalahnya sekarang, ada peguam dapat anak guam sebegini dan sudah TAHU beliau memang bersalah, masih lagi nak dibela dan kacau ganggu kes pendakwaaan dengan isu2 teknikal. Supaya anak guam dilepaskan. Ini lah peguam jenis hauk dan tak boleh pakai.

9. Namun peguam jenis Ini lah kesukaan ramai penjenayah. Kehebatan peguam jenayah sekarang adalah berdasarkan keupayaannya melepaskan klien yang sememangnya bersalah. Alasan mereka, “my client is innocent unless the Court says otherwise”. Etika dalam buat kerja dah jadi kabur dengan prinsip sebegini.

10. Jadi tuan puan nampak tak? Jadi peguam ni banyak jenisnya. Bukan semuanya sama.

11. Makanya, saya tak berapa setuju kalau dikatakan semua peguam itu satu kaki dah masuk neraka. Ada jenis peguam yang mendakwa orang jahat dan lindungi masyarakat dari jenayah.

11. Ada jenis peguam yang membela mereka yang teraniya dan perlukan pembelaan. Namun seperti banyak profesion lain, ada segelintir yang haprak juga. Tidak adil dirangkum semuanya sama.

12. Kerja Ustaz sekalipun, kalau jenis makan duit anak yatim dan sejenis haruan makan anak, ke neraka nirrajim jugak tempatnya.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

Jadual waktu pembayaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 setiap bank

 Jadual waktu pembayaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 setiap bank


Tarikh rasmi untuk pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ke akaun bank ahli bermula pada 18 April 2022. Berikut adalah jadual jangkaan masuk duti pengeluaran khas KWSP RM10k.

Semakan kwsp 10K kini boleh dibuat melalui laman web rasmi pengeluaran khas.

Jadual Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Memandangkan tarikh pembayaran pengeluaran khas telah diumumkan, kami akan kongsikan jangkaan masa pembayaran KWSP yang akan dikreditkan ke akaun bank anda selaras dengan waktu bekerja di Malaysia.

Jika merujuk kepada pembayaran i-Sinar sebelum ini, kebanyakan bank di setiap negeri akan memproses pengkreditan pembayaran pada masa yang lebih kurang sama iaitu :

  • 8 PAGI – 12 MALAM
  • 2 PETANG – 5 PETANG

WAKTU OPERASI MAYBANK

Jika anda ingin berurusan dengan Maybank, berikut adalah waktu operasi Maybank:

Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

  • Isnin – Khamis: 9:30 PG – 2:00 PTG
  • Jumaat: 9:30 PG – 2:00 PTG
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 9:30 PG- 2:00 PTG
  • Khamis: 9:30 PG – 2:00 PTG
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi Maybank, klik di SINI.

Pastikan anda membuat temu janji sebelum datang ke cawangan Maybank.

WAKTU OPERASI BANK CIMB

Jika anda ingin berurusan dengan CIMB Bank, berikut adalah waktu operasi CIMB Bank:

Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

  • Isnin – Khamis: 9:15 AM – 2:00 PM
  • Jumaat: 9:15 PG – 2:00 PTG
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 9:15 AM- 2:00 PM
  • Khamis: 9:15 PG – 2:00 PTG
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi Bank CIMB boleh klik di SINI.

WAKTU OPERASI BSN

Jika anda ingin berurusan dengan BSN, berikut adalah waktu operasi BSN:

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 10:00 AM – 3:00 PM
  • Jumaat: 10:00 PG – 3:00 PTG
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 10:00 PG- 3:00 PTG
  • Khamis: 10:00 PG – 3:00 PTG
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi Bank CIMB, klik di SINI.

WAKTU OPERASI BANK ISLAM

Jika anda ingin berurusan dengan Bank Islam, berikut adalah waktu operasi Bank Islam:

Semua Negeri di Semenanjung kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 9:00 AM – 1:00 PM
  • Jumaat: 9:00 PG – 1:00 PTG
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 9:00 AM- 1:00 PM
  • Khamis: 9:00 PG – 1:00 PTG
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Sabah, Sarawak & WP Labuan

  • Isnin – Khamis: 9:00 AM – 1:00 PM
  • Jumaat: 8:00 AM – 12:00 PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi Bank CIMB boleh klik di SINI.

WAKTU OPERASI RHB BANK

Jika anda ingin berurusan dengan RHB Bank, berikut adalah waktu operasi RHB Bank:

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor

  • Isnin – Khamis: 9:15 AM – 2:00 PM
  • Jumaat: 9:15 PG – 2:00 PTG
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad- Rabu: 9:15 AM- 2:00 PM
  • Khamis: 9:15 PG – 2:00 PTGJumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi Bank CIMB boleh klik di SINI.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semak Status Permohonan’
  4. Isikan No MyKad/ MyPR atau; Nombor pasport/ MyKAS
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan

Info Tambahan

Maklumat dan info lanjut, sila hubungi KWSP di talian tersebut :

  • Telefon : 03 – 8922 6000
  • Faks : 03 – 8922 6222
Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Jadual Jangkaan Masuk Duit Pengeluaran Khas KWSP RM10K” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.


Rani Kulup bagi amaran desak duit KWSP RM10,000 masuk cepat, sekali Tengku Zafrul masuk komen, memang padu

 Rani Kulup bagi amaran desak duit KWSP RM10,000 masuk cepat, sekali Tengku Zafrul masuk komen, memang padu

Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan luahan pencarum yang rata-ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP RM 10,000 akan dikreditkan bermula hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai esok, diawalkan dua hari berbanding 20 April yang diumumkan sebelum ini.

Berita gembira itu diumumkan M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi akaun media sosial miliknya malam tadi.

“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berharap pengeluaran khas itu akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia.

KWSP dalam kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak 5.3 j.uta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima KWSP sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM 40.1 bi.lion.

Menurut KWSP, jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 j.uta ahli yang layak membuat pengeluaran.

Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur.

Mohon Awal, Dapat Awal

Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut meninggalkan komen seolah-olah memberi a.maran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada tarikh 20 April ini, dia akan membuat ti.ndakan lanjut.

“KWSP ayah 20 April ini tak masuk, siap ayah kerjakan kau,” katanya.

Lebih menarik, komen tersebut mendapat perhatian Tengku Zafrul dan beliau bertindak membalas komen berkenaan dengan memberitahu sekiranya pemohon membuat permohonan awal sejak 1 April lalu, mereka akan mula mendapatkan wang dalam peringkat paling awal.

“G.arangnya ayah Rani, kalau 1 April dah mohon, insya-Allah boleh dapat cepat, tapi kalau 15 April baru mohon harap nak dapat 20 April, yang itu dapat dalam mimpi sahaja lah,” balasnya.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan wang pengeluaran khas KWSP pada peringkat awal ini akan diutamakan kepada pencarum yang membuat permohonan paling awal dan ia akan terus disalurkan kepada penerima lain secara berperingkat.


PRESIDEN AMANAH TOLAK BERSATU DAN PAS, TIMBALAN PRESIDEN PULA MAHU DUA PARTI ITU DITERIMA

 

Pemimpin pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan ‘Khemah Besar’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Sehubungan itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan PH membuka pintu rundingan dan perbincangan termasuk kepada BERSATU dan PAS bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata kesepakatan barisan pembangkang amat penting bagi menghadapi PRU-15, sekali gus memberi keyakinan kepada pengundi.

Katanya, pembangkang harus duduk semeja selain berani buat satu keputusan besar dalam menghadapi BN.

“Kalau kita berjaya satukan pembangkang dengan satu persefahaman, ini akan menyebabkan kita akan mampu menang pada PRU-15 nanti.

“Kalau kita tak capai kesepakatan kita akan hancur berkecai. Jadi saya harap kita dapat buat sesuatu dan AMANAH sendiri sentiasa akan ambil sikap proaktif dan progresif untuk melakar satu politik baharu yang kita akan lakukan secepat mungkin sebelum PRU-15.

“Kalau kita dapat adakan satu persefahaman untuk memaafkan dan melupakan, tidak lagi mengungkit masa lalu untuk kita melakari masa depan. Ini yang penting ketika ini untuk kita jadikan realiti.

“Jadi kita perlu duduk semeja fikirkan mengenai kesepakatan satu lawan satu daripada berpecah-belah,” katanya selepas majlis Iftar bersama pengamal media Johor, di sini, malam tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, perbincangan antara PH, BERSATU dan PAS perlu dilakukan lebih awal untuk menghadapi musuh.

“Kita boleh berbincang sekarang, untuk bertemu kita buka pintu kita seluas-luasnya dan keputusan tidak perlu dibuat ketika ini.

“Kita berjumpa berbincang dulu. Tak bolehlah dulu kita tak berkawan, sekarang pun nak teruskan permusuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, PH juga ketika ini sedang dalam usaha mengumpulkan semua pembangkang bagi merealisasikan agenda khemah besar.

“Kita sebenarnya sedang mengumpulkan semua pembangkang dan AMANAH mainkan peranan untuk semua berjumpa bersama.

“Namun saya harus memberitahu sebarang keputusan akan diputuskan Majlis Presiden PH.

“Pembangkang perlu ada kesabaran dan semangat, sebab masih ada lagi masa untuk realisasikan khemah besar walaupun sebelum ini ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, kita tidak boleh capai 100 peratus agenda itu, tetapi itu tidak bermakna kita tidak mampu laksanakannya.

“Perlu diingat, semua parti setuju dengan deklarasi konsep khemah besar yang mana ia satu resolusi Port Dickson membabitkan PKR, AMANAH, DAP dan UPKO pada April tahun lalu.

Oleh itu, jangan sesekali pembangkang putus asa dan berhenti di tengah jalan tanpa mencuba bersungguh-sungguh merealisasikannya,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/947987/pemimpin-ph-perlu-berjiwa-besar-lupakan-hal-lalu#.YmDPeK8cw0o.whatsapp

Nota – ini pula ialah kenyataan Mohamad Sabu, Presiden Amanah yang menyebut khemah besar tidak melibatkan Bersatu dan Pas – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/18/khemah-besar-ph-tak-termasuk-bersatu-pas-kata-mat-sabu/



BILA TOK MOPTI BERSUARA- HABIS DALAM ISLAM SAKSI UNTUK DIADILI SIAPA AGAKNYA

 

ZAMZURI ARDANI


Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini. Peguam yang menjadi peguambela kepada mana-mana tertuduh bukan membela perlakuan salah, tetapi mahu memastikan anak guamnya mendapat hak dan keadilan yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada mereka.

Seseorang peguam itu membela tertuduh sebelum tertuduh dijatuhkan hukum. Selagi proses perbicaraan belum berakhir, maka tertuduh adalah dianggap tidak bersalah. Jadi di mana berdosanya?
May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text