Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
Zahid Hamidi bela diri terhadap 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi esok
Bernama
April 12, 2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk beri keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjawab 47 pertuduhan yang dihadapi beliau membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi (YAB), esok.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, 69, semasa dihubungi berkata, anak guamnya akan menjadi saksi pembelaan pertama memberi keterangan esok.
Kes itu telah ditetapkan pada 9 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula pada 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept serta 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt dan 1-3 dan 7-10 Nov.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas
Pada 24 Jan, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Sequerah berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.
Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Ahmad Zahid juga berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
- BERNAMA
YAKINI RAKYAT (Rafizi Ramli)
12 April 2022
Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan kanan KEADILAN bagi sesi 2022 ke 2025.
Saya mengajak seberapa ramai anggota KEADILAN yang belum mendaftar sebagai Pengundi Atas Talian (PAT) untuk berbuat segera sebelum tarikh tutup pada 21 April 2022 ini. Muat turun aplikasi ADIL di Apple, Google dan Huawei secepat mungkin.
Penyertaan seberapa ramai anggota KEADILAN biasa sebagai PAT dalam pemilihan ini adalah sangat penting untuk mengurangkan pengaruh sekelompok tokoh tempatan (sering dirujuk sebagai “warlords”) yang banyak mempengaruhi pemilihan lepas. Sebelum ini, calon-calon di peringkat pusat terpaksa tawar-menawar dengan tokoh-tokoh tempatan ini supaya mereka menggerakkan pengikut mereka menyokong calon tertentu.
Adalah menjadi harapan saya, bermula dengan pemilihan kali ini, setiap anggota KEADILAN memilih pimpinan berdasarkan penilaian peribadi mengikut prestasi dan pendirian seseorang calon. Melalui sistem undian atas talian menggunakan aplikasi, kuasa untuk memilih pimpinan dikembalikan kepada setiap anggota biasa dan seterusnya mengurangkan pengaruh “warlords” di dalam parti.
Oleh itu, demi memudahkan setiap anggota KEADILAN membuat keputusan, saya menyeru semua calon-calon yang bertanding kali ini untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai dua perkara penting:
1. Hala tuju parti untuk tempoh setahun ke tiga tahun akan datang, terutamanya berhubung strategi masuk pilihanraya; dan
2. Bentuk dan sumbangan gerak kerja setiap calon yang boleh melonjakkan peluang KEADILAN menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan “wahyu”. Saya sedar ada calon-calon yang menyebarkan konon mereka menjadi pilihan Presiden parti dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada “institusi presiden”.
Kempen sebegini wajar dihentikan serta-merta. Hak untuk memilih pemimpin adalah hak individu setiap anggota. Pencapaian seorang calon seharusnya didasarkan semata-mata kepada rekod pendiriannya yang sehaluan dengan perjuangan parti, serta kemampuan calon itu menggerakkan kempen dan gerak kerja untuk melonjakkan kedudukan parti di mata rakyat.
Berikut adalah pendirian saya mengenai dua perkara utama yang saya fikir perlu dijadikan kayu ukur untuk anggota memilih:
(1) Hala tuju parti – Saya menggesa supaya KEADILAN kembali kepada strategi asal yang telah memenangkan kita sebelum ini, iaitu meyakini rakyat. Kita mesti yakin bahawa apabila kita mengangkat suara rakyat, rakyat akan menghormati kita. Oleh itu, saya menolak sebarang usaha untuk mencari jalan singkat (sama ada melalui kerjasama politik, rundingan atau jajaran baru, di bawah apa-apa nama seperti “khemah besar”) dengan mana-mana pihak yang boleh melunturkan idealisme KEADILAN. Saya yakin bahawa kuasa dan pengaruh kita datangnya dari rakyat, maka kita wajib akur dengan kehendak rakyat sepanjang masa.
(2) Strategi gerak kerja – Saya menggesa supaya KEADILAN kembali kepada gerak kerja sebelum ini yang berbentuk serampang dua mata. Pertama, kita perlu agresif dalam melawan rasuah dan kelemahan pentadbiran kerajaan. Kedua, kita perlu kreatif dalam mengupas masalah masyarakat dan membentangkan penyelesaian alternatif untuk meyakinkan rakyat bahawa kita boleh mentadbir dengan lebih cekap, jujur dan berkesan.
Atas dua pendekatan inilah, saya dan sahabat-sahabat yang sependapat bersetuju supaya:
i. Saudari Nurul Izzah Anwar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kempen Ayuh Malaysia untuk memenangi pengundi atas pagar di luar parti, sementara kami membawa perubahan pendekatan di dalam parti. Saya bertanggungjawab memastikan kempen kami di dalam parti ada keserasian dengan kempen Ayuh Malaysia dengan pengundi.
ii. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Haron bertanding jawatan Naib Presiden bersama-sama kami atas kebolehan beliau mendekati pengundi atas pagar dan prestasinya sebagai satu-satunya Menteri Besar Pakatan Harapan (yang menang selepas 2018) yang mampu mempertahankan negeri dari dikhianati.
iii. Tokoh-tokoh muda yang progresif iaitu Saudara Nik Nazmi, Saudara Chang Lih Kang dan Saudara Manivannan Govin bertanding sebagai calon Naib Presiden untuk menampilkan pimpinan yang agresif dan kreatif dalam melonjakkan parti.
iv. Gandingan Saudari Rodziah Ismail dan Saudara Fahmi Zainol digandingkan masing-masing sebagai calon Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda atas rekod mereka yang panjang sehingga mahir dan sebati dengan organisasi Wanita dan Angkatan Muda.
Kami merupakan barisan pimpinan KEADILAN yang meyakini rakyat. Kami tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup di kalangan bangsawan-bangsawan politik. Kami yakin dengan kebijaksanaan rakyat yang akan memberi kemenangan kepada KEADILAN jika kita benar-benar berjuang untuk mereka.
Sudah sampai masanya untuk calon-calon lain, iaitu saingan saya Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon-calon jawatan tertinggi yang lain memberi penjelasan mengenai pendirian mereka berkenaan dua perkara yang saya sebut sebelum ini.
Pemilihan kali ini akan menjadi pungutan suara (“referendum”) di kalangan anggota biasa KEADILAN untuk memutuskan sama ada beberapa kelompok yang terus mahu merundingkan pelbagai kerjasama dengan parti-parti lawan ini benar-benar ada mandat dari anggota parti.
RAFIZI RAMLI
Nurul Izzah tak tanding pemilihan PKR, mahu fokus tarik pengundi atas pagar
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak akan bertanding bagi merebut enam jawatan tertinggi dalam pemilihan PKR
kali ini.
Bekas naib presiden PKR yang melepas jawatannya pada 17 Dis 2018 memaklumkan walaupun tidak bertanding merebut sebarang jawatan dalam pemilihan parti kali ini, beliau sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti menarik pengundi atas pagar.
“Seiring dengan komitmen penuh saya kepada usaha melindungi masa depan parti serta perjuangan yang kita kasihi – saya akan menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada kempen memenangi hati pengundi atas pagar menerusi wadah Ayuh Malaysia.
“Meski, saya tidak terlihat di dalam pesta demokrasi parti, saya tetap mendokong rakan-rakan yang bertanding dengan penuh semangat setiakawan. Moga-moga PKR mampu membidani satu lapisan kepimpinan yang gah dan komited.
“Berikan saya ruang untuk memacu gerakan Ayuh Malaysia sepenuhnya. Titik pertemuannya adalah kejayaan kita meraih semula keyakinan rakyat yang telah banyak berkorban lalu menongkah badai sosioekonomi yang perit, lebih-lebih lagi selepas dilanda pandemik tetapi kecewa dengan kemelut politik negara,” katanya di Facebook.
Beliau turut mengulangi keputusan beliau meletak jawatan pada 2018 antara lain kecewa dengan pengkhianatan dalaman yang berlaku dalam PKR.
“Suara hati saya tuntas melahirkan penolakan kepada bahang khianat yang jelas dirasakan sebelum penggulingan kerajaan yang dipilih rakyat berlaku,” katanya merujuk kepada tumbangnya kerajaan PH selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya susulan beberapa wakil rakyat termasuk PKR menarik sokongan dan keluar parti.
“Peletakan jawatan tersebut bukanlah titik noktah akhir perjuangan di dalam parti. Sebaliknya ianya merupakan langkah introspeksi mengingatkan semua, termasuk diri saya sendiri tentang kepentingan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kita, serta kepimpinan parti kepada perjuangan asal reformasi,” katanya.
Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.
RUU LOMPAT PARTI: KERAJAAN – PH SETUJU 4 PERKARA
RUU lompat parti: Kerajaan – PH setuju 4 perkara
on:
Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri serta Menteri Undang undang dalam perbincangan pagi tadi telah menyetujui 4 perkara berhubung tindakan seterusnya ke atas Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti.
Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, perbincangan tersebut yang telah diadakan di Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat bermula pagi ini membuahkan hasil amat positif.
“(Persetujuan dicapai bahawa) pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak berpersatuan perlu diperhalusi supaya ianya dihadkan kepada Rang Undang-Undang berhubung larangan melompat parti sahaja
“Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berhubung seseorang wakil rakyat yang melepaskan jawatan wakil rakyat hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun akan diteliti dan diusahakan penyelesaian, supaya selaras dengan semangat RUU Anti Lompat Parti
“Pindaan Perlembagaan yang dibentang hari ini akan dirujuk ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan, melibatkan semua parti, dan ditugaskan meneliti, memperhalusi dan mencadangkan deraf Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ke Jemaah Menteri dalam masa satu bulan,” kata Majlis Presiden semalam.
Manakala Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen yang akan diadakan sebelum penghujung bulan Mei 2022
“Majlis Presiden mengulangi pendirian bahawa RUU Anti Lompat Parti merupakan salah satu syarat utama Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU).
“PH komited kepada proses untuk memastikan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ini berjaya dibentang dan diluluskan di Parlimen, demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan seterusnya menjamin masa depan demokrasi di Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
TAKRIF LOMPAT PARTI AKAN DIBINCANG DALAM PAC
Takrif lompat parti akan dibincang dalam PAC
Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti yang menjadi tanda tanya sejak sebulan lalu hari ini telah menemui kepastian akan diluluskan sebulan daripada sekarang.
Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baru) berkata, ucapan penghargaan wajar ditujukan kepada Perdana Menteri kerana telah memenuhi janji sebagaimana persetujui dalam Memorandum Kerjasama (MoU) Pakatan Harapan – Kerajaan Persekutuan berhubung masalah lompat parti.
Katanya, hanya takrif lompat sahaja selepas ini yang akan diperbincangkan sebelum RUU berkenaan dibentang dan diluluskan.
“Sebagai orang yang terlibat secara langsung mewakili PH, bermula kepada MoU sehingga terbentuknya Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal, saya dapati bahawa sesi libat urus itu amat menyeluruh.
“Hampir kesemua yang terlibat itu setuju peri pentingnya akta ini diadakan dan memahami sentimen rakyat yang mengkehendaki itu berlaku.
“Yang berbeza adalah definisi lompat itu. Hal itu mengikat perbincangan, ada beberapa kategori yang kita bincang,” katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat hari ini.
Namun, menurut beliau yang menjadi wakil utama perbincangan antara PH dan Kerajaan Persekutuan itu, ada beberapa perkara telah dipersetujui secara umum.
“Pertama, kita bersetuju seorang Ahli Parlimen yang tinggalkan parti masuk parti lain. Yang itu semua setuju adalah lompat parti. Kedua Ahli Parlimen dipecat, secara prinsip dia dipecat, atau pun seorang dipecat kerana mengundi dalam Parlimen bertentangan whip partinya. Contoh seperti di New Zealand, Britain India dan sebagainya boleh diperbincangkan.
“Dan ketiga, Ahli Parlimen menang dengan sesuatu parti kemudian pilih Bebas atau seorang individu Bebas kemudian menyertai parti politik. Ini antara syor yang kita mulakan.
“Juga jika sebuah parti terbubar apakah Ahli Parlimen kekal atau dianggap lompat. Itu kita anggap tak masuk kategori lompat,” katanya.
Bagaimanapun, beberapa tafisiran lain dalam kedudukan yang tertentu masih diperbincangkan terutama jika parti politik tinggalkan satu badan gabungan, misalnya Pas yang bersama PN namun beralih pilih masuk BN. Situasi seperti itu juga perlu diperbincangkan.
Saifuddin percaya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen selepas ini akan lebih mudah untuk memfokuskan perbincangan setelah mempunyai asas yang jelas dan mungkin boleh menyelesaikannya dengan cepat.
“Apabila kita bersetuju tubuh PAC, saya percaya prosesnya ringan dan tidak terbeban kerana kita dengan kosng bukan mula dengan vakum.
“Apabaila komitmen diberikan kerajaan untuk mengadakan sidang khas Parlimen akhir Mei, saya anggap ia satu tempoh yang agak munasabah untuk kita lakukan bersama.
“Kalau nanti diluluskan di Parlimen, berlaku pindaan Perlembagaan dan RUU anti lompat pendirian kita tidak berubah. Kita kekal menyokong usaha mewujudkan RUU ini,” katanya.
Selepas itu menurut Saifuddin, PH akan cuba mengusahakan negeri negeri di bawah PH segera meluluskan enakmen di peringkat negeri.
Sementara itu, Ahli Parlimen William Leong Jee Keen (PH-Selayang) pula berkata Akta Anti Lompat Parti bukanlah hal asing di mana mana negara di dunia.
Katanya, dalam negara Komanwel pun 50% daripada anggotanya mempunyai akta yang sedemikian.
“Pindaan Fasal 3a tidak akan menjejaskan kerangka asal Perlembagaan. Pindaan ini untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam kehakiman Mahkamah Persekutuan berkenaan Dewan Undangan Negeri Kelantan, kes Nordin Salleh.
SIASAT DULU SEBELUM TUDUH
JAMZURI ARDANI
Sebelum kita nak hentam sesiapa, elok juga kalau kita dapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang projek ini. Lokasi dan kos logistiknya, jenis kayu yang digunakan, spesifikasi teknikalnya, harga bahan mentah di tempat tersebut, dan seumpamanya.
SELEPAS ROGER NG DIDAPATI BERSALAH, KITA MAHU KEADILAN JUGA UNTUK RAKYAT MALAYSIA – ANWAR
Sesi perbicaraan di New York telah tamat dalam tempoh yang singkat. Pihak defendan tidak dibenarkan atau tidak dikurniakan layanan VIP dari pihak mahkamah untuk mengurus hal peribadi, mahupun diberikan akses kepada pasport untuk ke mana-mana tempat yang bukan mustahak. Selalunya untuk bermain golf.
Di Malaysia, seorang tokoh VIP yang juga seorang defendan mendapat layanan yang cukup istimewa dari mahkamah.
Maknanya, ada dua jenis peraturan di Malaysia – untuk yang kaya begini, dan orang lain begini.
Pengakuan bersumpah oleh saksi-saksi dengan secara menyeluruh menghapus dakwaan oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku di Terengganu Investment Authority, dan kemudian 1MDB.
Malah, gejala rasuah telah mula mengakar sejak hari pertama, dan berlanjutan terus kerana sistem yang ada ini terlalu rosak dan bobrok. Setiap sosok yang cuba untuk menghentikan kegilaan ini dari berlaku hampir pasti menemui kegagalan.
Sebagai mantan Menteri Kewangan, saya yakin jumlah dana yang sebegitu besar dengan potensi risiko yang begitu besar terhadap kewangan negara tidak akan boleh melepasi pengawasan dan penelitian negara tanpa tangan dan peranan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Rakyat Malaysia berhak marah dan sangat kesal dengan watak-watak yang punya kuasa yang mampu untuk menghentikan rompakan ini dari berlaku. Namun, ternyata mereka bungkam dan benarkan ia berlaku.
Terdapat banyak jaminan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa bahawa Jho Low dan gerombolannya akan diberkas. Namun, sehingga kini ia belum terhasil.
Watak-watak ini bergerak bebas di Malaysia bertahun-tahun sehinggalah beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lepas. Berapa banyak peluang telah terlepas untuk mengheret para konspirator ‘scam’ ini ke muka pengadilan?
Saya tidak akan berdiam diri selagimana mereka ini tidak muncul di mahkamah di Malaysia.
Seorang pegawai dari Goldman Sachs telah disabitkan dengan jenayah dalam skandal 1MDB. Untuk menyebut bahawa keadilan telah ditegakkan sangat tidak jujur.
Kenyataan para saksi sepanjang perbicaraan ini hanya mengungkapkan kesalahan dan peranan banyak orang. Pegawai-pegawai kanan Goldman Sachs yang terlibat dengan skandal 1MDB tidak boleh melepaskan diri dari kelalaian mereka serta kerosakan dan kerugian yang diakibatkan kepada Malaysia.
Atas keterlibatan yang jelas Goldman Sachs dalam ‘scam’ ini, saya ulang pendirian saya bahawa penyelesaian yang dicapai antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs pada tahun 2020 adalah pramatang dan gagal untuk mengambilkira tahap kerugian yang sedang dan akan terus ditanggung rakyat Malaysia.
Sekalung penghargaan kepada pihak pendakwaan di Eastern District New York atas usaha dan upaya mereka dalam mengheret salah seorang dalang skandal 1MDB.
Sekarang kita mahukan keadilan untuk rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang.
ALAHAI...NAK CERDIK SETAKAT MANA...
Macai-macai Najib perlekehkan Rafizi. Katanya, ada hati nak
sembang pasal Sapura, walhal startup sendiri pun rugi.
Saya pun hairan.
Seorang ex-PM, sembang kuat hal ekonomi dan tadbir urus negara,
tetapi beliau juga-
- dah disabitkan jenayah rasuah dengan hukuman 12 tahun penjara
- satu keluarga tak bayar cukai kepada Kerajaan
- kes2 beliau masih banyak lagi beratur di mahkamah tunggu
bicara
- pernah dinobatkan Menteri Kewangan terteruk di Asia
- terkenal sebagai Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia, buat
malu Malaysia.
Yang mangkuk2 ni masih lagi gelar dia Bossku dan angkat dia
macam dewa
The power of propaganda…
Jangan la kita tertipu pula…
Anwar kekal Presiden PKR tanpa dicabar
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim sekali lagi kekal sebagai Presiden PKR selepas tiada pencabar apabila proses penyerahan borang pencalonan pemilihan parti bagi penggal 2022/2025 ditutup jam 11.59 malam tadi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ia mengulangi sejarah pemilihan PKR pada 2018 apabila Ketua Pembangkang itu menang tanpa bertanding.
“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan.
“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.
Saifuddin pula berentap dengan Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Zaliha Mustafa ketika dihubungi memaklumkan Shamsul Iskandar Md Akin menjadi calon terakhir menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan Naib Presiden.
“Ya, beliau menjadi calon terakhir menghantar borang pencalonan secara atas talian beberapa minit sebelum pencalonan ditutup,” katanya kepada FMT.
Ketua Penerangan PKR itu menghantar borang pencalonan pada jam 11.46 malam, kira-kira 13 minit sebelum proses pencalonan tamat pada 11.59 malam.
Jawatan yang menjadi tumpuan muka baru dan lama itu menyaksikan pertembungan 18 penjuru.
Antara individu yang mengesahkan penyertaan mereka merebut empat jawatan naib presiden adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; bekas ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh; bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Calon lain adalah Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chah Lih Kang; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai; ADUN Hutan Melintang, G Manivannan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; bekas timbalan pengerusi PKR Perak, M A Tinagaran, ADUN Sentosa, G Gunarajah; bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; bekas naib presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub; bekas naib ketua Pemuda PKR, S Thiban; ADUN Chuah, Yek Diew Ching dan ADUN Bukit Selambau, R Summugam.
Pemilihan PKR bagi penggal 2022/2025 ditetapkan bermula 13 hingga 18 Mei ini.
MASA PH DULU KEMAIN KUTUK MUJAHID. KENAPA SAMPAI HARI INI TAK JELASKAN KOS TERPERINCI SEBENAR TABUNG HAJI ?
MOHD AFFENDI ABAS
Hingga kini, kenapa pihak TH & kerajaan tak pernah berani
nak dedahkan kos terperinci sebenar bagi setiap kos pengangkutan, penginapan,
makanan dll bagi seorang jemaah haji sehingga boleh cecah melebihi RM25k tu
terhadap rakyat?
Adakah sesuatu yang hendak disembunyikan?
Jika libatkan duit rakyat mesti Malaysia handal, kenapa ?
DUTA ke UAE JADI MANGSA PM YANG MAHU DIAMPU dan SUSK yang rakus!
Zunar Cartoonist Fan Club
Dunia dikejutkan dengan berita Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral dipanggil pulang! Apakah kesalahan mereka terlalu besar?
Seorang diplomat memberitahu cerita sebenar. Sebelum itu, mari kita kenal dua watak utama ini.
WATAK PERTAMA: Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dikenali sebagai seorang yang mahu dirinya diagung2, diangkat dan diampu. Ceritanya dia sangat marah jika dia tidak mendapat layanan seperti itu.
WATAK KEDUA: Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Dato’ Nor Nazimah Hashim. Dia adalah seorang yang sangat berkuasa sekarang ini. Dia dulunya adalah pemangku Presiden Dafi Fan Club. (Dafi ialah anak PM). Menurut sumber, dia ini sangat dibenci di Wisma Putra kerana kerakusan kuasanya.
Berita melaporkan: Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral, Mohd Hasril Abdul Hamid dipanggil balik kerana mereka dikatakan gagal menjadikan PM sebagai "Guest Status,"
Cerita yang disampaikan oleh sumber seperti ini: Nor Nazimah pada mulanya memaklumkan bahawa PM tidak hadir. "Kehadiran PM cuma diputuskan di saat2 akhir. Jadi wajarlah berlaku kelam kabutan di pihak kedutaan Malaysia di UAE. Jadi insiden PM tidak mendapat layanan kelas satu serta pergerakan motoked dari kerajaan UAE bukan sepenuhnya kesalahan mereka," kata sumber itu. Jadi wajarkan mereka dipanggil pulang dan diletakkan di "Pool JPA?" Pool JPA adalah satu tempat dimana hukuman dan cold storage. Apakah ini bukan peranan Nor Nazimah? tanya sumber itu.. Khabarnya Defence Attache juga bakal dipanggil pulang!