HUSAM MUSA
Masih dari info sumber terbuka. Laporan media.
Masih dalam tajuk luasnya Hutan Simpan Kekal Negeri kita di
'anu' kan.
Kali ini laporan media mengenai tindakan mahkamah oleh tiga
pemuda Orang Asli dari Kg Kelaik yg disiarkan media 11 Mac 2021.
Dari 14 senarai defendan termasuk Kerajaan Negeri Kelantan,
turut dinamakan oleh plaintif adalah 10 syarikat :
1. Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd
2. Redstar Capital Sdn Bhd;
3. Aqua Orion Sdn Bhd
4. Damai Corporate Services Sdn Bhd
5. Sindiyan Sdn Bhd
6. Sindiyan Agro Park Sdn Bhd
7. Ladang Kelantan Sdn Bhd
8. Ikrar Bumi Sdn Bhd
9. Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd
10. Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd.
Kegiatan mereka meliputi perlombongan dan perladangan.
Kali ini, sebahagian darinya melibatkan Hutan Simpan Kekal Sg
Brok.
Atas kertas dan diwayangkan : Hutan Simpan Kekal!
Atas bumi : lombong dan kebun. Isi hutan : licin.
Siapa sapu? Jangan tanya.
Tanya pun tak kan ada orang jawab.
Sesiapa yg rajin dan berminat, boleh menyemak siapakah
pemilik-pemilik syarikat-syarikat ini. Anak Bumi Kelantan atau siapa?
Tentulah kita tidak akan tahu berapa kekayaan hasil balak disapu
sebelum mereka mengerjakan lombong atau ladang.
Adakah hasil-hasil balak itu dilelong atau diberikan kepada
syarikat berkenaan?
Semua itu 'rahsia tau...'. Rahsia yg tidak akan dikongsikan.
Walaupun sebenarnya Rakyat adalah Tuan.
Semua itu tinggal misteri sehinggalah Kerajaan bertukar tangan.
Kalau nak. Jika tidak, kekal misteri.
Ikut rekod yg difailkan, keluasan Hutan Simpan Kekal yang
menjadi pertaruhan di sini ialah 8,932 hektar. Bersamaan 22,000 ekar!
Pelikkan. Lagi banyak tebang hutan, kata mereka, Hutan Simpan
Kelantan makin luas!
Nikmat 'menganukan' hutan dan kemudian memiliki bumi yg luas
serta nikmat mengagihkan khazanah milik seluruh Rakyat Kelantan sementara masih
berkuasa - berdasarkan saman tiga Pemuda Orang Asli Temiar Kg Kelaik - adalah
atas derita mereka.
Nikmat atas derita dan kemusnahan.
'Peduli apa. Mereka hanya Orang Asli!'
Mungkinkah itu sikap anda? Malang.
Dan itukah Islam?
====
Ceroboh tanah pusaka, Orang Asli saman Kerajaan Kelantan
• Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
• 11 Mac 2021, 8:33 pm
KUALA LUMPUR – Tiga pemuda yang mewakili penduduk di
perkampungan Orang Asli Kg. Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14
entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan berhubung pencerobohan tanah pusaka
milik mereka.
Saman itu difailkan oleh Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan
Anjang Uda, 30, selaku plaintif, melalui Tetuan Raj & Sach menerusi
e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Pihak media memperoleh dokumen itu daripada peguam Sachpreetraj
Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif di Kompleks Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur di sini.
Dalam saman itu, plaintif-plaintif menamakan Syarikat
Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd;
Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn
Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.
Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang
Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat
Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan,
Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan
sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.
https://r.search.yahoo.com/.../RS...
++++++++++++++++++++
Baca Penulisan Sebelum ini :
1.Tanah Kelantan -
Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872
2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076
3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640
4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241
5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main
Silap Mata
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045
6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791
7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974
8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :
https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010
#Anak Kelantan
bangkit
#Demi
Kelantan!
#SaveKelantan