Penulis Zaidi Ahmad @ Aki Rock cuba untuk menggambarkan
seolah-olah penyokong keahlian ini tiada kerja lain selain dari menghina dan
membunuh karektor Rafizi Ramli. Sedangkan semua tahu, siapa yang banyak
merendah-rendah imej DS Anwar Ibrahim selama ini?
Kita tahu, setiap kali Keadilan tewas dalam pilihanraya selepas
langkah Sheraton, akan ada yang menyindir Presiden. Kononnya Presiden tidak
dengar kata, tidak tahu strategi dan macam-macam lagi. Bahkan, secara terbuka
didedahkan bagaimana seorang pimpinan muda menghina Presiden agar balik ke
Turki kerana gagal dapatkan akuan bersumpah untuk menjadi PM. Waktu itu, siapa
yang membela Presiden?
Siapa yang mendakwa Anwar Ibrahim ini lemah, tidak mendengar
kata, dan terlalu ikut cakap penasihat? Tidakkah ini merupakan kata-kata yang
merendahkan Presiden atau fitnah yang ingin menjatuhkan karektor Anwar Ibrahim?
Itu belum didedahkan banyak komen atau tulisan yang banyak menyindir dan
memperlekehkan Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, izinkan saya menjawab sedikit tulisan Sdr Zaidi
Ahmad agar kita semua tidak dikelirukan.
Tulisan Zaidi Ahmad dipetik;
ZAIDI AHMAD
Pekan
15 Mac 2022
HENTIKAN MENGHINA DAN PEMBUNUHAN KAREKTOR KE ATAS RAFIZI RAMLI
1. Ramai yang marah Rafizi mengapa tidak membantu pertahan parti
semasa "langkah Sheraton" dilaksanakan oleh Azmin, Kartel dan
Bersatu.
Ramai juga yang mencemuh Rafizi mengapa ambil tindakan
"berehat" tatkala parti dalam kesusahan.
Malah ramai yang menghina Rafizi kerana tidak membantu parti
menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah,, Melaka, Sarawak dan yang terbaru, Johor.
Jawapan saya kepada 3 persoalan di atas adalah seperti berikut:
Langkah Sheraton & Rampasan Kuasa:
Tidak ramai yang mengetahui apabila berlaku Langkah Sheraton,
Rafizi tampil untuk membantu menyelamatkan Kerajaan PH, namun beliau kemudian
berundur kerana tidak bersetuju apabila ada pihak berstatus pimpinan di dalam
parti yang masih berunding dengan pimpinan Umno waktu itu.
JAWAPAN:
FAKTA SEBENAR LANGKAH SHERATON BERLAKU FEBRUARI 2020. RAFIZI
“BERCUTI” OKTOBER 2019. HUJAH RAFIZI MEMBANTU SELAMATKAN KERAJAAN PH SELEPAS
SHERATON TIDAK BETUL LANGSUNG SEBAB RAFIZI SEBENARNYA BERUNDUR LEBIH AWAL
SEBELUM SHERATON DENGAN TIDAK LAGI HADIR SEMUA MESYUARAT KEADILAN.
2. Tindakan berunding dengan Umno adalah langkah paling
terkebelakang buruk dan bahaya dalam usaha menyelamatkan Kerajaan PH. Sangat
menghairankan kerana mereka yang berkedudukan sebagai pimpinan parti masih
percaya kepada janji-janji Umno. Lebih 20 tahun usaha menjatuhkan Umno menjadi
sia-sia apabila perundingan dengan mereka menjadi naratif utama mempertahan
kuasa.
Ingatlah, Umno tidak boleh dipercayai selamanya.
JAWAPAN:
KERAJAAN PH JATUH ANGKARA LANGKAH SHERATON. RAKYAT TERKEJUT.
PENYOKONG JUGA MARAH KECEWA. KETIKA INI PIMPINAN PH DIDESAK BERBUAT SESUATU.
DIAM DAN BERPELUK TUBUH BUKAN OPTION. ATUR LANGKAH AMBIL BALIK KUASA.
BAGAIMANA? TUNGGU PRU LAMBAT LAGI. HAL INI DIBINCANG DLM PH. KEADILAN ITU
SEBAHAGIAN PH. BAHKAN MEMIMPIN PH. BERUSAHA DAPAT BALIK KERAJAAN ITU SATU
IKHTIAR. BOLEH JADI BERJAYA, BOLEH JADI GAGAL. DIAM TAK BUAT APA-APA SUDAH
TENTU GAGAL. GAGAL SELEPAS USAHA JAUH LEBIH MULIA BERBANDING DIAM TAK BUAT APA.
MPP DAN BIROPOL BINCANG LANGKAH INI. RAFIZI KETIKA INI TIDAK PERNAH HADIR WALAU
SATU KALI PUN SEMUA MEETING MPP DAN BIROPOL. DI SINILAH KEPUTUSAN DIBUAT.
BERUSAHA DAPATKAN SOKONGAN MP DI LUAR PH. UMNO DAN LAIN-LAIN PARTI. BUKAN
KEPUTUSAN SEORANG DUA PIMPINAN. KEPUTUSAN KOLEKTIF. BAIK DALAM KEADILAN
LEBIH-LEBIH LAGI PH. ADAB DAN DISIPLIN ORGANISASI ITU MESYUAWARAH. SEBELUM BUAT
KEPUTUSAN BINCANG BERI PANDANGAN. SELEPAS KEPUTUSAN DIBUAT TAK SETUJU SEKALIPUN
PATUH. BUKAN BERUNDUR JAUH SEKALI BEREHAT. JIKA PANDANGAN KITA DITERIMA …
ISTIGHFAR. JIKA DITOLAK SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU YANG DIAJAR RASUL SAW.
3. Betulkah Rafizi "Berehat" Tatkala Parti Dalam
Kesusahan?
Ini salah sama sekali.
Rafizi tidak berehat ketika parti dalam kesusahan. Rafizi
meletakkan jawatan selaku Naib Presiden (yang dilantik) pada bulan Oktober 2019
tatkala KEADILAN sedang menjadi Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan
Negeri bersama PH Plus.
Maknanya Rafizi letak jawatan sewaktu KEADILAN berada di puncak
kegemilangan sebagai parti terbesar di dalam koalasi PH Plus dengan ramai Ahli
Parlimen menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Malah dua orang ADUN KEADILAN
diangkat menjadi Menteri Besar (Selangor & Negeri Sembilan). Ramai juga
ADUN KEADILAN yang diangkat menjadi EXCO Negeri waktu itu.
Perletakkan jawatan sewaktu KEADILAN gemilang berada di puncak
kuasa menunjukkan Rafizi seorang yang tidak tamak kepada jawatan dan pangkat.
Beliau berusaha keras siang dan malam selama 3 tahun sebelum
PRU14 untuk memenangkan KEADILAN dan PH. Daripada sejumlah 44 Parlimen yang
dipertanggungjawabkan penuh kepadanya, KEADILAN & PH menang 42 kerusi dan
hanya tewas 2 kerusi.
Siang dan malam beliau membongkar kejahatan Umno, BN, Najib dan
Rosmah sehingga dirinya di hadap ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.
Ini menghalang beliau daripada bertanding dalam PRU14.
JAWAPAN:
PARA INI MENJULANG SEORANG TOKOH TANPA SEDIKITPUN MENYEBUT DAN
MENGHARGAI SETIAP ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN YANG IKUT MENYUMBANG
KEMENANGAN KEADILAN.
DALAM SEJARAH PANJANG KEADILAN KALAH MENANG ITU TANGGUNGJAWAB
DAN USAHA BERSAMA. BEGITULAH INDAHNYA SEBUAH PERJUANGAN.
MEMPOSISIKAN SEORANG TOKOH SEBAGAI PENYUMBANG MUTLAK KEMENANGAN
PRU14 AMAT KETERLALUAN.
PRU 2004 KEADILAN KALAH TERUK TINGGAL SATU KERUSI PERMATANG
PAUH. PRU 2008 KEADILAN MELONJAK MENANG 32 KERUSI PARLIMEN DAN MENJADI KERAJAAN
DI KEDAH, PENANG DAN SELANGOR. JASA RAFIZI JUGA? KENAPA HANYA DISEBUT JASA
BESAR RAFIZI PRU2018? MAKSUDNYA 2004-2008 ITU KEADILAN CEMERLANG DENGAN USAHA
KERAS SETIAP PENYOKONG, ANGGOTA DAN PIMPINAN PARTI. BUKAN SEORANG INDIVIDU!
4. Mengapa Rafizi Tidak Membantu Parti Dalam PRN Sabah, Melaka,
Sarawak dan Johor?
Jawapannya berkait dengan persoalan pertama iaitu beliau telah
meletakkan jawatan.
Semasa Rafizi "berehat" wajarlah pemimpin-pemimpin
lain yang selama ini mengaku sangat setia dan sentiasa membantu Presiden tampil
menonjolkan kewibawaan masing-masing.
Pemimpin-pemimpin ini sewajibnya mengemukakan idea-idea bernas
untuk memenangi keempat-empat PRN tersebut. Turun ke seluruh pelusuk
negeri-negeri tersebut mengetuai kempen. Menyusun jentera dan gerak kerja.
Ketiadaan sosok Rafizi di dalam PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan
Johor harus membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin yang ada bangkit membantu
Presiden.
Namun apa yang nyata hanya Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah
yang tampil dan bekerja keras.
Di mana pemimpin-pemimpin lain? Hanya tampil sekali sekala
sambil bertanya soalan "di mana tempat makan yang sedap". Paling
ramai ialah "membontoti" ke mana Presiden, Kak Wan dan Nurul Izzah
pergi berkempen sambil cuba menyelit mencari ruang untuk berucap.
Inilah realiti yang berlaku.
PARA INI LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI USAHA TENAGA ANGGOTA2 PARTI
DARI SELURUH NEGARA YANG IKUT BERKAMPUNG MEMBANTU DI JOHOR. BILIK GERAKAN, CERAMAH
KELOMPOK, EDAR RISALAH, PHONE BANKING, WASAP BLASTING, PACA DLL.
HANYA UNTUK JUSTIFY KETIDAKHADIRAN RAFIZI MEMBANTU DI JOHOR,
PENULIS MALAH MEMPERLEKEH USAHA DAN SUMBANGAN ANGGOTA PARTI DAN PIMPINAN LAIN
YANG TURUN MEMBANTU. SEDIHNYA SIKAP BEGINI
5. Rafizi Kembali Ke Gelanggang Politik.
Keputusan Rafizi untuk kembali ke gelanggang politik diambil
ketika KEADILAN dan PH berada di tahap yang kritikal. Kalah 4 PRN dengan Melaka
dan Sarawak tidak menang walau satu kerusi pun. Manakala Johor hanya menang 1
kerusi daripada 20 yang ditandingi.
Ini menunjukkan bahawa Rafizi bukan "pergi ketika susah
datang ketika senang"
Sebaliknya Rafizi "pergi ketika parti dalam kesenangan dan
datang kembali ketika parti dalam kesusahan".
Keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Rafizi
sepatutnya diraikan. Ini proses demokrasi di dalam parti. Tiada yang menyalahi
dan perlu dibimbangkan.
Sesiapa yang layak silalah tampil mengemukakan pencalonan.
Bertandinglah dengan profesional dan semangat persaudaraan. Tegurlah dengan
berhemah. Jauhkan menghina dengan tujuan membunuh karektor.
Raikan perbedaan. Berhujahlah dengan fakta.
Selamat bertanding pemilihan parti.
SEBAGAI ANGGOTA KEADILAN RAFIZI BERHAK MASUK BERTANDING. AHLAN
WA SAHLAN. INI SUATU NILAI TAMBAH KEPADA PARTI. IDEA DAN REKOD KERJANYA
CEMERLANG. SELAMA INIPUN PARTI TIDAK PERNAH TUTUP PINTU UNTUK RAFIZI. BELIAU
SENDIRI PILIH BERCUTI. DALAM TEMPOH ITU TERUS MEMBINA EMPAYAR POLITIK SENDIRI.
TANGGUNGJAWAB PARTI DIABAI. KEPUTUSAN PARTI DIPERLEKEH DAN DIPERTIKAI DI DADA
MEDIA. KEMUDIAN BUAT LANGKAH KEMBALI SEBAGAI SANG PENYELAMAT!
SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN.