1. Saya menulis ' Biography ' Anwar Ibrahim sejak tahun 2009
untuk pengetahuan UMUM bukan PROVOKASI, PROPAGANDA, MENGAGONG, BERBANGGA atau
TAKSUB kepadanya.
2. Masyarakat selama ini mendapat maklumat tentang Anwar Ibrahim
dari musuh-musuh politiknya yang bersikap ' Diktator ' yang menggunakan fitnah
diulang-ulang dan tuduhan yang direkayasa.
3. Penulisan biography seorang tokoh politik adalah dibenarakan
dalam kitaran politik.
4. Setakat ini ada dua penulis yang telah menulis biography
Anwar Ibrahim.
1. Charles Alles seorang Profesor di Georgetown University
Washington DC,USA.Menulis biography Anwar Ibrahim secara ' ILMIAH ' dalam buku
bertajuk The Evolution of a Muslim Democrat.
2. Mark Trowell ( QC ) seorang peguam dan pengamal undang-undang
dari Australia menulis tentang Anwar Ibrahim dalam buku bertajuk Anwar
Returns,and the final twist.
5. Tulisan mengenai Anwar Ibrahim juga adalah bertujuan memberi
' KEADILAN ' kepada Anwar Ibrahim sendiri yang telah di fitnah oleh musuh-musuh
politiknya sejak bertahun-tahun lamanya.
Masih ada dan ramai yang percaya kepada ' Fitnah dan tuduhan
yang direkayasa ' ke atas Anwar Ibrahim walau pun pemimpin-pemimpin politik
yang memfitnah Anwar Ibrahim itu telah menjilat ludah dan menelan kahaknya dan
sanggup melutut kepada Anwar Ibrahim atas nama kepentingan negara.
Seorang pemimpin diktator sinonim dengan falsafah ' Matlamat
menghalalkan cara.'
6. Mereka yang tidak mahu saya menulis biography Anwar Ibrahim
adalah mereka yang tidak ' Suka dan Membenci ' Anwar Ibrahim kerana mereka
menelan bulat-bulat ' Fitnah dan tuduhan yang direkayasa ' oleh musuh-musuh
politik Anwar Ibrahim yang berfahaman diktator.
7. Mereka yang membenci dan tidak suka kepada Anwar Ibrahim
bukan sekadar menelan bulat-bulat fitnah dan tuduhan yang direkayasa ke atas
Anwar Ibrahim tetapi mereka juga tidak mempunyai pengatahuan asas mengenai
Sains Politik.
8. Selama saya menulis biography Anwar Ibrahim saya berhadapan
dengan tiga kelompok pembaca.
1. Kelompok pertama ialah mereka yang mahukan saya terus menulis
biography Anwar Ibrahim kerana selama ini mereka tidak mengatahui latar
belakang Anwar Ibrahim,perjuangannya dalam gerakan dakwah Islam dan
politik,baik di Malaysia atau diperingkat antarabangsa.
Kelompok ini mengucapkan terima kasih kepada saya kerana selama
ini mereka hanya mendapat maklumat tentang Anwar Ibrahim dari lorong fitnah.
Kelompok pertama ini adalah kelompok yang paling ramai.
Kelompok kedua adalah penyokong Anwar Ibrahim sendiri dan setia
mengikuti tulisan saya dan mereka ini juga adalah kelompok yang paling ramai.
Kelompok ketiga, mereka ini menganggap saya ' Taksub ' kepada
Anwar Ibrahim dan kelompok ini terbahagi kepada tiga penyokong Tun M,Dato Najib
dan Pas.
8. Saya akan terus menulis tentang biography Anwar Ibrahim untuk
pengatahuan ' Umum ' kerana ia sebahagian dari politik dan tidak terpisah dari
prinsip asas demokrasi.
9. Saya juga tetap berpegang kepada ' TEORI MEMBUAT PILIHAN '
bila mana kita memberi maklumat yang benar dan berfakta kepada rakyat dan
masyarakat,maka rakyat dan masyarakat akan dapat membuat pilihan yang adil dan
tepat.
10. Sebaliknya apabila kita memberi maklumat yang tidak benar
dan salah maka rakyat dan masyarakat juga akan membuat pilihan yang tidak betul
dan salah.
Hadis Nabi Muhammad SAW.
' Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu
daya,dimana pendusta dipercaya dan yang jujur didustakan,pengkhianat diberi
amanah dan orang yang amanah dikhianati.'
( HR: Al-HAKIM )
11. Saya tidak gentar mempertahankan apa yang saya ' YAKINI '
kerana saya berpegang kepada prinsip asas Sains Politik.