WAHAI ASRI...LEBIH BAIK MASUK POLITIK. JANGAN HANYA PANDAI KOMEN SAHAJA.





Mufti kena terjun, berenang dalam kolam politik

Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN / February 22, 2022

Fikir saya, Mufti Perlis perlu terjun ke dalam kolam politik. Suaranya sebagai mufti sebuah negeri terkecil dengan taraf jawatan Jusa C (?) tidak membawanya ke mana-mana. Laungnya tenggelam timbul dalam pelbagai keriuhan di sana-sini.

Hal ini penting supaya dia benar-benar berada pada posisi yang suaranya bukan sekadar didengar tetapi dilaksana.

Dalam posisinya sekarang, hanya kelihatan peminat setianya yang begitu ghairah menzahirkan sokongan untuknya dalam apa jua isu yang dia ketengahkan.

Pihak-pihak lain yang lebih berautoriti kelihatan biasa-biasa saja. Sokongan pengikut setianya tidak membawanya ke mana-mana kecuali mendapat isyarat suka yang banyak di media sosial.

Mungkin di Perlis suaranya didengar dalam banyak hal, tetapi kedudukan itu tidak menjadikan suaranya didengar pada tahap tertinggi di peringkat Persekutuan.

Dia perlu berada pada posisi yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya menteri untuk membolehkan harapannya tercapai. Jika tidak, banyak lagi pihak yang akan menjadi mangsa kebencian pengikut setianya kerana suaranya tidak disokong atau tidak didengar.

Ada beberapa pilihan untuk beliau terjun ke dalam kolam politik:

1) Masuk Pas dan saya percaya Pas akan memberinya kerusi Parlimen boleh menang di Kelantan.

2) Masuk BN. Ini agak sukar kerana ramai pemimpin BN yang kurang selesa dengannya.

3) Masuk Bersatu. Ini lebih serasi dan mudah hasil hubungan akrabnya dengan Mahiaddin.

Kenapa saya tak sebut masuk Keadilan atau AMANAH? Saya fikir saya tidak perlu sebut sebab, pada tahap ini, hal itu mustahil boleh berlaku.

Tapi kalau dia mahu mencuba, tiada mana-mana pihak yang menghalang. Namun, jika semuanya tidak mungkin, dia boleh tubuh parti sendiri. Dalam tempoh singkat, pengikut setianya akan menyertai parti pimpinannya di seluruh negara. Percayailah saya.

Ini penting. Saya bukan main-main atau cuba mempersendanya. Ini lontaran fikir yang jujur. Dia perlu mencontohi dua sahabat karibnya yang berjaya di dalam kolam politik iaitu Maszlee Malik dan Juanda Jaya.



Dr Azri bersama rombongan Pondok Darul Ulum Jerteh diketuai mudir, Abd Hadi Yaakob baru-baru ini.

Mereka berjaya berada pada posisi yang menjadikan suara mereka didengar dan dilaksana meskipun dalam ruang yang terbatas, namun lebih baik daripada sekadar ruang yang dimiliki oleh seorang mufti.

Ya, ada ruang lain selain terjun dalam kolam politik seperti menjadi Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara.

Tapi saya yakin posisi itu memerlukan keajaiban tahap mega untuk boleh dicapainya. Satu-satunya pilihan yang relevan, boleh dicapai dan sesuai untuk orang sepertinya ialah terjun dan berenang di dalam kolam politik.

Saya harap dia melihat cadangan ini secara serius. Sebab, selagi mana suaranya tidak didengar dan diterima sepenuhnya, saya bukan risaukan dirinya, tetapi saya risaukan para pengikut setianya.

Ribuan pengikutnya atau dalam istilah yang lebih kasar pentaksubnya sudah melangkau batas-batas rasional dalam berbeza pandangan.

Saya terbaca satu kiriman, orang yang tidak menyetujui mufti dihukum “kafir” oleh “pengikutnya”. Ya, saya tahu itu bukan kehendak mufti dan saya tahu beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu, tetapi secara realitinya, hal itu berlaku.

Saya juga tahu mufti tidak mampu nak kawal seluruh pengikutnya kerana dia tidak ada bidang kuasa untuk itu, namun wajarkah hal itu dibiar berlarutan?

Ini fikir saya yang pernah saya lontar suatu masa lalu. Jika Mufti Perlis mahu melihat buah fikir dan usahanya beroleh hasil maksimum, hanya terjun kolam politik sebagai langkah paling relevan untuk masa ini.

Dia tidak boleh marah mana-mana pemimpin parti politik yang dilihat tidak menyokongnya atau tidak bersama-sama dengannya dalam beberapa isu kritikal negara. Hal itu biasa kerana, itulah orang politik.

Sekian, luahan jujur Zola.

 

Mereka Ingat Boleh Menang Di Johor? Kali Ini Kita Masuk Berperang Dengan...



Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh, PRN Johor akan berbeza dengan PRN Melaka atau Sarawak dari segi persediaan dan kemantapan jentera. "Saya telah berjumpa pimpinan dan jentera akar umbi 20 DUN (KEADILAN bertanding) dan saya yakin kali ini kita masuk PRN Johor berbeza dengan kita masuk perang sebelumnya "Pimpinan sudah pun turun padang. Kita berjaya runding kerusi dan umum calon dengan cepat. Itu beri kita masa susun jentera dan meleraikan masalah akar umbi. #SuaraKEADILAN #KEADILAN #FuziahSalleh

Najib akhirnya dedah kenapa Dr Mahathir tekan dan serang dirinya. Tu la Najib. lain kali bahagi sama rata..

 Najib akhirnya dedah kenapa Dr Mahathir tekan dan serang dirinya


Bekas perdana menteri, Najib Razak menjawab surat kedua Dr Mahathir Mohamad kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa pengerusi parti Pejuang itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika dia menjadi perdana menteri.

“Ada penyokong sebelah sana yang tidak percaya dan suruh saya beri bukti. Okay, maka saya ulangkan bukti bagi kali terakhir Mahathir tekan saya sebelum dia tarik sokongan dan mula berkomplot dan menyerang saya.

“Bagi menunjukkan dia marah, pada hari pertama Perhimpun Agung Umno (PAU) 2013, Dr Mahathir dengan mengejut mengumumkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan dia sudah terlalu tua.

“Pada 2 Disember 2013, Dr Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas, tapi tak sampai tiga bulan kemudian, dia tiba-tiba dilantik sebagai pengerusi eksekutif Proton yang sudah diswastakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Catatan di Facebook itu sebagai menjawab surat kedua Dr Mahathir kepada pengundi Johor.

Dalam surat keduanya kepada pengundi Johor pada 20 Feb lalu, Dr Mahathir mengakui dia malu untuk “meratib” nama seteru politiknya Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara.

Namun, kata Dr Mahathir dia berbuat demikian bagi memastikan Najib tidak kembali berkuasa.

“Sebenarnya, saya amat malu meratib nama Najib, dia memalukan negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniaya termasuk oleh saya.

“Dia perlu disekat kerana jika dia kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptorat dan kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak,” kata Dr Mahathir dalam suratnya itu.

Dalam pada itu Najib berkata, komplot bagi menjatuhkannya bermula apabila anaknya Mukhriz kalah dalam pemilihan Umno pada Okt 2013.

Kata Najib, selain kekalahan Mukhriz, keengganannya memenuhi permintaan Dr Mahathir menimbulkan kemarahan ahli Parlimen Langkawi itu yang merancang menjatuhkannya bersama Muhyiddin Yassin pada 2014.

“Masa Dr Mahathir tarik sokongan, tak ada pun dia pernah sebut SRC atau 1MDB tetapi lebih kepada dasar-dasar saya seperti BR1M dan gaji minimum merugikan negara dan industri tempatan.

“Itu pun alasan, sebab saya tahu sebab utama ialah dia amat marah pada saya masa itu sebab dia tuduh saya tak sokong anak dia dalam pemilihan parti Umno serta menjatuhkan air muka menolak permintaan memberi geran percuma sebanyak RM1.7 bilion hingga RM3 bilion kepada Proton.

“Dan tahun 2014 inilah yang Muhyiddin melihat ada kesempatan dan mula berkomplot dengan Mahathir/Muhkriz untuk tumbangkan saya seperti didedahkan Mukhriz dalam mahkamah,” katanya lagi.

MESTI ADA MASAALAH DALAM RUU355




Ratusan ribu bani Melayu berbaju ungu berkumpul di Padang Merbuk, yang tua dan muda, lelaki dan wanita, ada yang OKU, ada yang berkerusi roda, ada yang mengayuh basikal beratus kilometer, beratus bas disediakan kerana Hadi Awang mahu mereka berkumpul bagi mendengar Amanat RUU 355...

Kini, 18 Feb 2021..Padang Merbuk jadi kenangan..

Jangan ditanya bila nak buat RUU 355, nanti dilabel terpengaruh bisikan Syaitan...

 

 

KISAH NYATA KEHIDUPAN MARHAEN

 

NORZIHAN BAHAROM


Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RN30.00.

- Duit rumah RM700.00.

- Duit kereta RM700.00.

- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

- Bil elektrik RM170.00.

- Ansuran motor kapcai RM150.00.

- Yuran Tuisyen anak RM150.00.

- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

 

MANA PEJUANG LGBT BAGAI- MULUT DAH PENUH SAGON GAMAKNYA...








MMMS

Mereka semakin baryani!

Semalam kalah, hari ini kalah tapi tak ada pun bunyi Islam terancam, masing-masing bisu mulut penuh Sagon.

Demikianlah penunggang agama.

 


 

Pemilihan parti KEADILAN ditangguh ke Mei 2022

 



Pemilihan parti bagi pemegang jawatan KEADILAN sesi 2022 hingga 2025 ditangguh ke tarikh baharu dari 13 Mei sampai 18 Mei 2022.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.

Katanya, KEADILAN telah mengeluarkan notis pekeliling perubahan tarikh bagi kesemua jawatan termasuk sayap wanita dan pemuda di peringkat Cabang yang akan diadakan selama lima hari pada bulan Mei ini.

"Pemilihan diadakan pada tarikh yang sama bagi jawatan presiden, timbalan presiden serta empat naib presiden dan jawatan yang sama di sayap wanita serta pemuda bagi peringkat pusat.

"Mesyuarat semalam juga menetapkan 8 April hingga 10 April sebagai hari pencalonan bagi peringkat Cabang. Sementara 11 April ditetapkan untuk pencalonan untuk jawatan MPP," katanya.

Menurut Saifuddin lagi, kelayakan memilih tertakluk kepada anggota KEADILAN yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022. Hanya anggota yang memenuhi syarat berkenaan sah memilih barisan calon pimpinan di peringkat pusat atau cabang.

"Daftar anggota parti untuk kegunaan pemilihan 2022 akan dikeluarkan kepada cabang-cabang mulai 24 Februari ini. Manakala calon-calon yang bertanding dalam apa jua peringkat jawatan akan dibekalkan dengan daftar pemilih parti selepas pencalonan mereka disahkan oleh JPP," katanya.

Manakala kelayakan bertanding, sambung Saifuddin, adalah kepada anggota-anggota KEADILAN yang mendapat pencalonan daripada dua orang anggota yang telah menjelaskan yuran keanggotaan serta layak mengundi dan menjadi anggota parti tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh kelulusan anggota 31 Jan 2022

Tambah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, penangguhan pemilihan selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan KEADILAN.

Sebelum ini, pemilihan parti dijadualkan pada 22 hingga 29 April dan Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

Pencalonan pula bermula 11 hingga 19 Mac, namun tarikh itu bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Johor yang jatuh pada 12 Mac ini.

 

ANWAR : PENYERAHAN WATIKAH CALON-CALON KEADILAN




Menyampaikan watikah kepada semua calon KEADILAN yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor sebentar tadi.

Saya gesa calon-calon untuk memahami isu setempat tanpa menyisihkan isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat.

Mendengar, memahami dan bertindak pada kehendak rakyat adalah antara ciri yang mesti digarap dengan baik oleh calon-calon.

Semoga iltizam terus diperkukuh dan mara demi rakyat!

#JohorBangkit

#LawanTetapLawan

 

EEERRKKKK PAS NI DESAK KERAJAAN MANA? KAH..KAH..KAH

 


HAMDAN TAHA


Alamak Pas desak Kerajaan Mana ni yang dia sebut ni...

Menteri Agama adalah Naib Presiden Pas dan Timbalan Menteri Pun dari Pas...timbalan menteri hal ehwal wanita pun dari Pas....

Siapa yang di maksudkan kerajaan tu...Yadim pun dari Pas

 

PASTIKAN ORANG MUDA KELUAR MENGUNDI

 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai sedikit kelebihan kepada calon calon KEADILAN kerana terdapat pertambahan pengundi muda yang baharu pertama kali mengundi, dan boleh dibentuk sikap politik mereka.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata demikian dalam ucapan pelancaran jentera KEADILAN dari negeri tersebut membantu kempen di DUN Bukit Naning, semalam.

"Kita nak menangkan Johor. Menangkan calon Ysahrudin. Kita sekarang mesti bekerja dengan penuh dedikasi, penuh taktikal, tidak boleh lagi macam PRN yang lalu.

"Orang sini kena mark anak muda, kena pastikan berapa ramai boleh bawa. Pengundi Cina, India kita tidak boleh ambil mudah. Kita juga anggap undi Melayu tak lari. Tempoh hari kita dapat 2,000 undi sekarang ada tambahan pengundi, jadi 2,500 wajib kita dapat.

"Kita kena jumpa semua, Pas, Umno siapa pun kita jumpa. Saya bawa jentera AMK, juga KEADILAN Seremban," katanya.

Beliau mengharapkan jentera tempatan akan berkerja keras lebih daripada biasa manakala jentera dari Negeri Sembilan sebagai pembantu.

"Kita bantu dari segi tugas dan program. Saya harap jentera tempatan terutamanya.

"Pengalaman kita di Melaka dan Sarawak adalah jentera. Sarawak ada jentera tetapi tak cukup banyak. Di Melaka jentera tempatan merajuk. Sekarang apabila kita umum awal (calon) kita boleh selesai isu, jangan kita bakar kelambu lagi," katanya.

Selain itu, beliau juga menyarankan jentera yang berkempen agar menerangkan kepada pengundi supaya tidak takut untuk membuang undi.

Katanya, Covid 19 tidak memberi gejala teruk seperti dahulu kepada yang telah divaksin. Hanya berada pada tahap 1 dan 2, demam ringan dan selsema.

"Mereka takut keluar mengundi. Walaupun kes Covid 30,000 ke 40,000, kita kena faham. Sekarang ini hanya kategori 1 dan 2. Kategori 1 demam, ada orang tak rasa apa apa, selsema pun tak keluar. Kategori 3, 4, 5 baru ke hospital

"Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan) pun dah umum kalau di hospital (petugas) kategori 1 dan 2 wajib berkerja. Kita kena sampaikan ini kepada masyarakat Melayu dan bukan Melayu," katanya lagi.

 

MASA UNTUK UMNO DAH BERAKHIR

 




ROTIKAYA


Din oi… masa Umno sebenarnya dah berakhir pada Mei 2018 lagi… bukan hanya di Johor tetapi di seluruh Malaysia…

tapi hang yang kembalikan Umno sejak Februari 2022 apabila hang khianat keputusan pengundi…

Orang macam hang ni Din… elok balik rumah duduk diam-diam la… lagi hang cakap lagi bebal bunyinya…

 

APABILA TINDAKAN POPULIS MENGUNTUNGKAN KAUM DAN INDIVIDU


NORMAN RADZUAN



May be a cartoon

Mereka berkata, before election kamu merayu undilah kami tapi after election u punish us. Itulah kelemahan atau kebodohan cara pemimpin PH berpolitik. Macam tak faham2 pengundi Melayu ini mahu yg populis.

Begitulah juga saya berbicara rakan berbangsa Cina kenapa mereka akhir2 ini menolak DAP. Kata mereka pengundi Cina ini bijak menggunakan peti undi. Mereka tidak taksub dgn MCA, Gerakan mahupun DAP. Mereka hanya bertanya apa yg mereka dpt.

Tg Piai adalah bukti bangsa Cina menghukum PH apabila kata mereka LGE menyekat bajet utk UNITAR. Soal pendidikan bagi bangsa Cina adalah isu populis atau sensitiviti bangsa Cina yg sgt mementingkan pendidikan. Mereka hukum mana2 parti yg gagal membela nasih mereka.

Apa isu populis PH menang dulu? Yg akademik tentulah 1MDB dan GST. Tapi ramai yg tidak tahu ketika itu tak kira Melayu, Cina atau India mereka sgt marah dgn sikap isteri PM, Rosmah Mansur ketika itu yg dilihat boros berbelanja.

Ia seperti tidak akademik kerana Rosmah Mansur hanyalah isteri PM ketika itu. Tapi itulah pengundi di negara ini yg melihat ia isu populis apatah lagi kes 1MDB dikaitkan dgn perbelanjaan boros isteri PM itu.

Najib bijak kemunculan semulanya secara solo. Formula barunya berjaya walaupun dia sudah didapati bersalah oleh 2 mahkamah. Itulah fakta sikap pengundi2 Malaysia atau Melayu khasnya.

Kadang2 tak perlu terlalu akademik atau dgn data utk kita hadapi pilihanraya. Cukup mencari isu populis. Bagaimana hebat kita bermain dgn data tetapi tidak memahami kemahuan pengundi tidak berguna juga.

Selagi kau kenal bangsa kau yg masih suka menonton filem Sembilu, yg marahkan Dr sikat rambut belah tepi, yg menanti program Kilaun Emas jgn fokus sgt isu akademik. Layan je apa yg mereka mahu asal jgn kau jual agama ni.

Ibarat kau nak berniaga… ada duit, pelan pemasaran belanja ratusan ribu, staff kesemuanya graduan tiba2 kau nak buka perniagaan Pizza Hut di Telok Bakong Bota KananDescription: 😂

Begitulah pengundi… mereka ibarat pelanggan. Mereka mahu ikut selera mereka bukannya kita yakinkan Pizza ini makanan Itali yg diminati seluruh dunia… tak jalan beb. Kau buka perniagaan jual Ikan keli dgn sambal tempoyak tak perlu modal besar dan team pemasaran… habis dikerumun pelanggan. Bior le kedai macam nak roboh asal ikut selera depe.

PRN Johor | MUDA bertanding kerusi dimenangi UMNO, BERSATU


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan pendirian tidak akan bertanding di kerusi dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU). Meskipun rundingan agihan kerusi bersama PKR gagal mencapai kata sepakat, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau kekal dengan komitmen untuk tidak ada pertindihan kerusi dengan parti pembangkang.

RENTASAN 1075 | PANAS!!! ZAHID BAKAL BERSUMPAH LAKNAT DEMI BUKTIKAN KEBE...







MENARIK DALAM RENTASAN 1075
1. SUDAHKAH PAS JUMPA DALIL AMANAH CIPTAAN DAP? 2. SOP PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR TIDAK ADIL? 3. PEMERDAGANGAN ORANG - TAHAN BILIS, TAKKAN SELESAI! 4. NAFI BAWA FAIL, ZAHID SANGGUP SUMPAH LAKNAT



KENAPA BOMOH DAN AJARAN SESAT MASIH SUBUR DIZAMAN MAKLUMAT DIHUJUNG JARI?

 

ABDULLAH MAT ISA


Pernah tak anda fikir camane org yg diberi ajaran sempurna sejak kanak2 leh je terpengaruh ngan ajaran sesat dan terpesong percaya Khurafat bila berubat ngan bomoh?

Actually bukan salah kita..Kita hanya mudah terkeliru dan merasakan kita seorg Islam sempurna hanya jika sokong dan ikut segala tindakan org2 Agama bulat2 tanpa soal.

Apa saja yg depa buat dan tahankan kita wajib ikut atau kita takan kelihatan spt org Islam.Begitu kuat ketakutan kita sebenarnya dan merasakan selamat ikut bulat2 tanpa fikirkan kenapa.

PENUNGGANG AGAMA KELIHATAN BIJAK BILA PENGIKUT MENJADI SEMAKIN BODO

Bukan apa,kita dilatih begitu rupa.Krn tu senang2 je ada yg terpengaruh kpd bomoh yg bijak yakinkan kita bila dia selitkan ayat2 Al Quran ketika mengubat kita..

Krn tu gak wujud lagi banyak ajaran sesat bila depa campur2 amalan yg baru dan kita yakin dia expert dan tahu segalanya hanya krn dia belajar agama di negara Arab..Ni kelemahan manusia yg rasakan dirinya belum cukup ilmu Agama dan serah bulat2 kepada tok guru tuk ajar mereka..

Klu zaman dulu lehlah kita terima alasan begitu,dimana nak dapatkan Al Quran pun payah kerana mmg takde pun cetakan begitu banyak spt sekarang.

Zaman tu kita belajar agama ikut Pelajar lepasan Tahfiz yg hafal Al Quran tuk disampaikan serata tempat.Jika mrk silap atau selit2 benda baru ,maka mudah je org yg baru kenali Islam percaya..

Maka tak hairan jika dizaman tu ada pelbagai Mahzab akibat kengkangan dapatkan rujukan sahih..Hadis pun cam2 dan ada yg sahih dan ada yg tak sahih..Terjemahan pun banyak dan ada yg logik dan ada yg tak logik..Kita ada masalah camtu ke sekarang?

MANUSIA MAKIN MALAS DEK PENANGAN TEKNOLOGI.

Tapi dizaman ni camane plak?Kan ada pelbagai rujukan..Apa susah luangkan masa dan tambah ilmu dirumah sendiri dari dok layan segala yg kita baca dan dengar di FB ,Youtube dan ruang2 komen?Nampak tak..Manusia dah malas baca lepas segalanya leh dibaca dgn click2..Baca pun kerat2 je..Takde menyeluruh..

So its simple nak paham kenapa ramai menyokong ibu dan anak dipisahkan dgn alasan nak tahankan akidah walaupun si ibu ada hak mutlak keatas anaknya oleh Mahkamah..Mrk lupa yg hidayah milik Allah SWT..

Mrk lupa dosa jadi batu api putuskan silaturahim anak2 ni ngan ibu.Mrk juga lupa yg tugas kita hanya sampaikan Agama dan kita dah selesaikan tugas hakiki ini dan bukannya mampu pastikan Hidayah betul2 mencengkam jiwa seseorg.

HIDAYAH MILIK ALLAH SWT

Jika diizinkan pasti anak2 ni takan hilang keimanan depa walau membesar dimana2 pun..Anda jika prihatin,leh je lawat anak2 ni kerap dan malah leh tawarkan asrama tuk terus bimbing mereka memandangkan ibunya pun tengah susah payah seorg diri..Rasanya leh je bincang ngan elok, jika kita tunjuk rasa prihatin dan kasihan kat ibu tu.Mana tau ibunya pun

peluk

Islam?

Namun bila kita keras dan kejam halang dia setakat jumpa anak,maka beginilah terjadi.

Lupakah kita camane Ah Soh tua mampu besarkan anak Pendatang sbg seorg Muslimah sekian lama?

Bukankah Allah SWT yg izinkan ia berlaku?Kenapa plak anak ni tak perpengaruh ngan agama penjaganya?

Ni yg dikatakan hidayah dan bila Allah SWT dah izinkan ,manusia tetap kekal beriman dan bertaqwa kepadaNya dlm apa keadaan pun.Sama spt bagaimana rakyat Malaysia kekal ikut Islam walaupun dan berabad2 dibawah jajahan Mat Salleh..

Jika anda buka hati dan lihat lebih kedalam tanpa ketaksuban keatas manusia,maka pasti anda leh lihat sejauh ni dgn mudah..Buka hati anda dan lihatlah dgn betul..InsyaAllah ,banyak pekara yg kita tak paham akan muncul didepan mata.