TENGOK..DAH MULA MENIPU

 

ABDULLAH MAT ISA


13 Feb 2022:

KPM tak benarkan sekolah menengah di Johor jadi pusat mengundi.

18 Feb 2022:

151 sekolah menengah jadi pusat mengundi PRN Johor.

Akhirnya pelajar SPM jadi mangsa kerakusan politik UMNO/PN.








Pancing udang terpancing sekali masalah rakyat- Janji calon untuk buka pusat peranginan




Semalam Arthur berkesempatan makan tengahari bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama Bukit Batu. Terharu, dapat makan tengahari bersama insan kesayangan ramai.

Dalam mengejar masa, Arthur sempat mencuri sedikit masa Dr Wan Azizah kita untuk pancing udang. Itulah yang saya sebutkan "Pancing udang terpancing sekali masalah rakyat".

Sedih dan risau mengenangkan nasib rakyat Malaysia dan nasib anak muda. Terutamanya buat pengundi-pengundi athur di dun Bukit Batu.

Sempat arthur meluahkan hasrat anak muda kepada kak wan — Apalah nasib anak muda sebaya athur nanti kak wan.. ramai yang keluar dari Johor untuk mencari rezeki di Singapura..

Sayang Description: 🥲anak muda kita ramai yang berbakat.. dek kerana mata wang kita yang semakin merosot telah membuatkan mereka semua bekerja di luar Malaysia berbanding di negara sendiri..

Kak wan juga setuju akan pendapat Arthur bahawa perkara ini berlaku disebabkan kekurangan peluang pekerjaan dan permasalahan gaji yang minimum di Malaysia.

Arthur menyatakan hajat saya pada kak wan kita — fokus saya adalah untuk membuka peluang pekerjaan buat pengundi-pengundi saya di Dun Bukit Batu. Tidak kira buat yang tua mahupun yang muda. Harapan saya adalah ingin membuka sektor pelancongan di kawasan ini memandangkan athur juga mempunyai "travel agency company".

Membuka 'peluang pekerjaan' adalah salah satu janji athur di Dun Bukit Batu. Terima kasih juga, kepada Dato Dr Wan Azizah atau lebih mesra kami panggil kak wan kerana sudi memberi pandangan, peluang dan semangat kepada Arthur.

Akhir sekali, dalam pancing udang terpancing masalah.. saya agak memandang serius dalam pemasalahan peluang pekerjaan ini. Hal ini kerana, "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

 

Suri rumah cemas ular tedung selar bergayut atas kepala

 

Suri rumah cemas ular tedung selar bergayut atas kepala


Kejadian berlaku awal pagi tadi semasa wanita berkenaan baharu memasuki dapur untuk memasak.

Sofiah Ismail, 53 tahun, dari Kampung Kenangan Jeneri di sini menceritakan, semasa kejadian dia ingin menyediakan sarapan untuk keluarganya.

Pada mulanya, dia terdengar bunyi kuat seperti ayam hendak bertelur tetapi tidak menyangka ia datang dari ular tedung selar terbabit.

Dia yang panik terus memaklumkan kepada suaminya sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aisyah Mohd Napiah berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 7.30 pagi, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, anggotanya mendapati ular tedung selar sepanjang 2.5 meter itu cuba menyembunyikan diri di belakang almari dapur di dalam rumah.

Anggotanya berhempas-pulas mengumpan ular itu yang berada hujung almari dapur untuk keluar dari tempat sempit kerana ia sentiasa mengembangkan kepalanya dan mahu menyerang anggota APM.

Bimbang dengan keadaan reptilia yang semakin agresif, anggota APM cuba mengalihkan perhatian ular berkenaan dan ia kemudiannya berjaya ditangkap menggunakan pencakuk.

Ular itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Sik untuk tindakan lanjut.

Haisul Aishah berkata, ketika ini musim reptilia berbisa ini mengawan dan bertelur sudah bermula, jadi ia akan mencari lokasi panas untuk mengeram telurnya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan terus menghubungi talian 999 jika berdepan reptilia berbisa agar tidak mengancam nyawa.


MUDA tak akan tanding kerusi PKR di Johor, kata Syed Saddiq

 


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerusi yang ditandingi MUDA
 adalah kerusi Umno dan Bersatu kerana mahu memastikan parti itu
 membawa perubahan jangka masa panjang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: MUDA mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi ditandingi pembangkang termasuk PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan bagi membawa perubahan jangka masa panjang kepada rakyat.

“Saya lihat kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, dengan beliau umumkan 20 calon. Komitmen saya sebagai Presiden MUDA memastikan MUDA tak akan bertanding di kerusi yang ditandingi PKR dan pembangkang lain.

“Kalau lihat kerusi yang MUDA tandingi adalah di kerusi Umno dan Bersatu kerana nak pastikan kita bawa perubahan jangka masa panjang bukan sekadar PRN,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan tiga calon MUDA bagi PRN Johor hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya berkaitan rundingan bersama PKR selepas parti itu mengumumkan semua 20 calon akan bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, calon MUDA akan sedaya upaya membantu calon pembangkang lain serta terbuka kepada bekerjasama dengan parti pembangkang yang mempunyai aspirasi sama, iaitu mengangkat martabat negara.

“Kita mahukan pembangkang menang, mahu perubahan Johor untuk berhentikan politik domino, iaitu satu persatu kerajaan (negeri) dibubarkan. Tak ada kestabilan politik langsung, kucar kacir, rakyat diheret ke ‘hyper politicianship’ tak habis-habis.

“Ada kata lepas ni (bubar) Kedah, Perak dan Sabah. Bila nak berhenti. Sebab itu MUDA akan cuba sebaik mungkin bawa tawaran baharu kepada rakyat dan akan kerjasama dengan sesiapa yang ada aspirasi yang sama untuk angkat martabat Malaysia yang berbilang bangsa, fokus politik, dasar, nilai dan politik baharu,” katanya.

Syed Saddiq turut mengesahkan parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRN itu kerana ia merupakan pilihan raya pertama yang ditandingi MUDA.

“MUDA buat ketetapan akan guna logo sendiri dan keluar tawaran kepada anak Johor dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pengumuman yang turut disiarkan di Facebook hari ini, MUDA mengumumkan tiga calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong dan Bukit Permai.

Dua ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA, Lim Wei Jiet dan Nurafiqah M Zulkifli, masing-masing akan bertanding di DUN Tenang dan Bukit Kepong manakala Pengerusi MUDA Johor Azrol Rahani di DUN Bukit Permai.

MUDA sebelum ini mengumumkan calonnya yang akan bertanding di DUN Puteri Wangsa menjadikan jumlah calon sudah diumumkan setakat ini empat orang.

Sabri Yunus dedah lawaknya berjaya selamatkan rumah tangga yang retak dan hampir musnah

 

Sabri Yunus dedah lawaknya berjaya selamatkan rumah tangga yang retak dan hampir musnah


Dahulu sebuah sitkom komedi di televisyen sangat-sangat terkenal sebelum wujudnya dunia internet seperti hari ini.

Antara sitkom komedi yang paling diingati oleh majoriti seluruh rakyat Malaysia adalah “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”

Sitkom k0medi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah menjadi fen0mena sekitar tahun 80-an sehingga mel0njakkan watak-watá¼€k seperti Pak Uda, Mak Ngah, Ana, Lucy, Budin, Mat Deris, Mat Over dan Rá¼€vi.

Watak itu bɛgitu sin0nim dengan sitkom tersebut dan masih diingἀti sehingga hari ini.

Mɛngangkat kisah hidup masyarakat Flat Seri Wangi, sitkom itu lahir daripada idea pengἀrah Dr Hatta Azad Khan dan pɛrnah di pɛntaskan di Istana Budἀya sekitar tahun 2006.

Namun siapa sangka ada kisah mená¼€rik di sebalik sitkom k0men ‘lejeng’ itu selepas berpuluh tahun ia disiá¼€rkan.

Menyelamatkan Rumah Tangga Yang Hampir Musná¼€h

Tɛraju utama sitk0m Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu saudara Sabri Yunus pɛrnah berk0ngsi sebuah kisah sangat mɛnarik yang mana kerana kelɛtahnya dalam sitkom p0pular itu telah mɛnyelamatkan rumah tangga yang retἀk dan hampir bɛrantakan.

Kata Sabri begini sekitar awἀl 2000. setelah lebih kurang 3 tahun siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak lagi di siἀrkan, satu hari beliau didἀtangi oleh sɛpasang suami isteri sewaktu berada diluar sebuah pasar rἀya di Kuala Lumpur.

Isterinya mɛmbahasakan dirinya kakak dan beliau sudah lama berniat mahu bɛrtemu dengan Sabri. Beliau bersyukur kerana akhirnya hajat bɛliau untuk berjumpa sabri mɛnjadi kenyataan.

Suaminya hanya tersɛnyum dan menghṳlur tangan untuk berjἀbat tangan. Sabri mɛnyambutnya dan turut tersenyṳm.

Lalu si isteri menyambung perbuἀlannya dan berkata bahawa sabri telah menyɛlamatkan rumah tangga mereka yang hampir mṳsnah.

Kisahnya pada suatu malam itu pasangan suami isteri itu bɛrgaduh bɛsar dan si suami keluar men0nton telɛvisyen manakala si istɛri di dalam bilik dan beliau nɛkad mahu meminta cɛrai kepada suaminya.

” Katanya saya telah menyÉ›lamatkan rumah tngga dia dan suami.

” Cerita wanita itu, pada suatu malam mereka bergadá¹³h besar dan hampir bercÉ›rai.

” Suaminya lari keluar bilik dan dia sÉ›ndiri nÉ›kad ‘biar habis malam ini’. Tiba-tiba dia mÉ›lihat suaminya tengah gÉ›lak ketika menont0n sitkom itu.

” Wanita itu tÉ›rdiam dan teng0k lawak jÉ›naka saya, ikut sama tergelak dan akhirnya duduk di sofa bersama suami gÉ›lak bersama sampai habis cerita,” k0ngsi Sabri.

Mereka berdua kɛtawa bersama lalu hubungan mereka kɛmbali pulih.

Di dalam sitk0m ini juga pɛminat mula mɛngenal Lucy lak0nan Angelina tan dan Ravi di lak0nkan oleh Sathiya.

Selain watak penting yang lain, watak Ravi dan Lucy banyak mɛnghiburkan pen0nton ketika itu hasil tɛlatah mereka dan gaya bahasa mereka yang tidak fasih bɛrbahasa Melayu.

Lucy mɛmbuka sal0on dan sering di ganggu oleh pɛmuda flat seperti Budin, Wan Ismail G0lok dan Mat Deris lak0nan Imud, Sabri Yunus dan Ahmad Busu.

Watak Pak Uda juga sering menghiburkan pen0nton dengan pÉ›nampilannya yang berkÉ›meja senget sebelah, dan tÉ›latah manjanya bersama ‘anje’nya mak ngah lak0nan Khatijah Tan.

Pak uda juga sering disakat oleh Budin, W.Ismail dan Dɛris. Dan sɛtiap kali disakat Pak Uda selalunya akan mɛngadu kepada istɛrinya Mak Ngah.

Sitkom k0medi popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu mɛrupakan idea asal Hatta Azad Khan dan diarahkan oleh Othman Hafsham sɛkitar tahun 1985 hingga 2004.

Ia telah dibarisi oleh nama-nama bɛsar dalam industri seperti Allahyarham Zami Ismail, Allahyarham Ahmad Busu, Imuda, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Sulaiman Yassin, Marlia Musa, Angɛline Tan, Sathiya dan mɛndiang Accapan.

Sitk0m ini juga pernah dipɛntaskan di Istana Budaya (IB) sekitar tahun 2006.

Jika nak dicɛrita satu per satu memang tidak akan pɛrnah habis kɛrana sitk0m ini pernah menjadi fen0mena satu ketika dahulu dan mɛnghiburkan para penont0n.

Walau kebanyakkan barisan pelak0n ini sudah tiada lagi namun lawak mɛreka yang pernah mɛnghibur pen0nton tidak akan pernah hilang. Mɛreka layak digɛlar lagɛnda k0medi negara.

Peminat setia sitk0m pastinya teruja apabila sitkom ‘lejÉ›ng’ itu mula dapat ditonton ramai mÉ›nerusi platform penstriman, NÉ›tflix pada 30 Okt0ber 2021.

Ramai tidak sangka walaupun Pi Mai Pi Mai Tang Tu hanya sebuah sitkom tetapi ianya telah memberikan kesan yang cukup baik kepada segelintir orang yang menontonnya. Siapa sangka, dengan sitkom ini berjaya menyelamatkan rumah tangga yang sudah retak. Apa-apapun, barisan pelakon sitkom ini sememangnya layak digelar sebagai “lagenda” pelawak tanah air. Setuju?

Kestabilan BN untuk ambil tanah, saham, bukan bela rakyat - Anwar


 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagaimana dikatakan pemimpin BN, terpaksa dibuat untuk menjamin kestabilan politik.


Namun Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya, untuk apa kestabilan tersebut bagi BN atau PN. Adakah untuk membantu atau membela rakyat.


"Apa yang nak dibanggakan oleh BN dan PN. Yang riuh rendah kestabilan ini apa? Stabil untuk apa? Senang ambil tanah? Atau dapat saham? Stabil ini (sebenarnya) untuk memastikan nasib rakyat terbela. 60 tahun stabil tetapi tidak pun menjamin keselesaan hidup rakyat. Stabil ini jangan mengelirukan.


"Bicara soal perpaduan, kesatuan umat, perpaduan rakyat, mesti bersatu tetapi untuk apa? Bersatu untuk keselesaan rakyat. Bukan turun temurun punggah kekayaan.


"Pandoara Papers senarainya macam mana? Waktu itu (politik) stabil tetapi digunakan untuk punggah kekayaan, bukan sedikit berbilion," katanya dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya KEADILAN, malam tadi.


Justeru Anwar berkata, BN dan PN sangat takut sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang. Kebusukan mereka akan terdedah tanpa memilih bulu dan akan dihadapkan ke mahkamah.


"Mereka takut kepada kita kerana (jika menang) Pandora Papers akan dibuka. Kerosakan sistem (didedahkan).


"Sebut perbankan, kalau bank diurus dengan baik dan Bank Negara ada integriti tak mungkin (skandal) 1MDB boleh berlaku.


"Kalau siasatan polis atau SPRM telus dan bebas tak mungkin skandal 1MDB terjadi. Badan kehakiman sampai hari ini pun ada masalah," katanya mengambil contoh percubaan Presiden Umno yang mahu menyelesaikan kes pecah amanahnya sebagaimana diceritakan oleh bekas PM Mahiaddin Yassin baru baru ini.


Mengenai isu kempen KEADILAN pula, Anwar menegaskan hal hal pembelaan rakyat harus diutamakan.


Katanya, tiada perbandingan yang menunjukkan era pemerintahan BN dan PN lebih baik berbanding PH.


"Apakah sejak kamu perintah boleh kawal harga barang, apakah kawal rasuah tidak merebak? Apakah kamu perintah peluang pekerjaan bertambah, mutu pendidikan, kesihatan lebih baik? Tak ada.


"Isu dalam kempen saya nak tegaskan tidak boleh lari dari isu rakyat. Sebut stabil dan bersatu, kita mahu kestabilan dan bersatu untuk bela rakyat," katanya.


Sementara itu, Pengerusi PH itu turut menegaskan hubungan antara sesama parti komponen adalah baik, malah hubungan dengan rakan baharu, Muda juga akan menjadi baik sekiranya mengikut disiplin PH.



"KEADILAN perlu balik kepada asas perjuangan, kembali ke landasan untuk merobah masyarakat. Dengan logo KEADILAN tidak sedikit pun menjejas hubungan baik kita dengan DAP dan Amanah.


"Memang ada rundingan awal pembahagian kerusi, dan inilah kali pertama, kenyataan saya, belum pernah kita capai persetujuan dengan tiga parti (begitu mudah) seperti mana berlaku di Johor.


"Hubungan baik kita dengan DAP dan Amanah perlu dikekalkan dan kita bantu rakan rakan kita untuk mencatat kemenangan.


"Sekiranya Muda ikut semangat yang sama, dan selesaikan masalah perundingan seperti sebelum ini, saya tidak ada masalah untuk bersama sama dalam pilihan raya," katanya lagi.