ZUNAR
Rakyat Malaysia di Indonesia 4 bulan dinafikan hak vaksin...
KEDUTAAN TAK BERFUNGSI, KJ TAK PEDULI!
Sebagai catatan, rakyat Malaysia di negara itu harus melalui
kedutaan jika ingin mengambil vaksin.
Article dari Indonesia cara untuk orang asing mendapatkan vaksin
di Indonesia :
https://www.google.com/.../berikut-cara-wna-akses...
Ramai rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia belum menerima
vaksin kerana sikap acuh tak acuh kedutaan Malaysia dan juga Menteri Kesihatan
Malaysia. Seorang suri rumah, Pn Aida memaklumkan kepada Zunar Kartunis Fan
Club bahawa dia sampai sekarang belum divaksinasi dan kecewa dengan sikap
pegawai2 kedutaan yang tidak memperdulikan rayuannya walaupun empat bulan
berterusan mencuba. Menurut Aida, berbagai-bagai alasan diberi oleh pegawai2
kedutaan, walau dia berulang kali menghubungi mereka melalui whatsapp,
panggilan telefon dan juga Facebook chatting. "Apa government buat? aku
email ke KKM, ke covid task, kementerian luar negeri, aduan ke Jabatan perdana
menteri, email ke 3 orang penasihat menteri kesihatan, pejabat timb menteri
kesihatan, sampai DM ig syed saddiq, KJ.. Yang ada balasan hanya dri JPM auto
reply = kami akan membawa masalah ini ke pihak berwajib.. Sampai aku tak tau nk
mengadu kemana semua tak function, kata Aida. Hasilnya dia bersama ramai lagi
rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia dinafikan hak untuk mendapat vaksin.
Di bawah adalah catatan Aida.
+++++++++++
Hye, di sini saya ceritakan secara ringkas perihal saya dan
ramai lagi rakyat Malaysia di Indonesia yang sampai sekarang belum dapat
vaksin.. Menteri kesihatan kita da sampai booster ke 4, rakyat dia kat luar
negara ni terdampar tak dapat vaksin. Selama berhubung dengan pihak kedutaan
dalam masa 4 bulan untuk menanyakan info vaksin, jawapan mereka adalah seperti
berikut:
1. Aida: "Saya nak tanya pasal vaksin."
Kedutaan: "Di kedutaan tidak ada, silakan tanya di
kejiranan anda."
2. Minggu kedua, tanya lagi Saya nak tanya pasal vaksin.
Jawapan: "Di kedutaan tidak ada sebarang program vaksin
untuk rakyat."
3. Minggu berikutnya tanya lagi
Jawapan: "Belum ada sebarang arahan dari Putrajaya, masih
menunggu arahan."
4. Di hari lain, tanya lagi: "Dekat hospital yang boleh
saya vaksin berbayar?"
Jawapan: Kedutaan ada tak info hospital yang menyediakan vaksin
berbayar untuk orang asing. Maaf tidak ada. Mohon berhubung langsung dengan
pihak hospital.
5. Tanya lagi: "Kenapa di Malaysia, orang asing dapat
vaksin free? Saya mau bayar tapi info mengenai vaksin pun tak ada??
Jawapan: "Itu kerana Dasar kerajaan Malaysia memperuntukkan
semua vaksin untuk orang di Malaysia."
6. Lepas saya tekan lagi, dia bagi form FB kedutaan.
Jawapan: "Sila isi borang, di dalamnya ada persetujuan
untuk membayar 800 ribu (230 ringgit) rupiah untuk dua dose vaksin sinopharm.
7. Tunggu agak2 dua minngu, tak ada jawapan. Saya whatsapp
balik:
Setelah diisi rupanya hanya untuk semakan.. Hahaha
8. Setelah di tanya berulang kali melalui panggilan dan
wahatsaap tanpa henti..akhirnya jawab: .
"Kami telah menghantar nama anda ke KADIN - (Kamar Dagang
dan Industri Indonesia, seperti MITI di Malaysia) untuk vaksin."
9. Sebulan berlalu sepi... tanya lagi, dijawab "Kami masih
menunggu maklum balas dari pihak KADIN."
10. Di hari lain, selepas ditanya lagi dan lagi dengan agak
keras... Dijawab: "Kami dah "TANYA" tapi KADIN beritahu buat
masa ni belum ada lagi vaksin untuk foreigner (padahal hari itu kau cakap dah
bagi nama tinggal tunggu maklum balas).. Macam mana kau bagi nama sebelum tahu
status?
11. Aku check dengan KADIN. Jawapan pegawai-pegawainya bahawa
mereka tak pernah menerima sebarang permohonan rasmi dari kedutaan.
KOMEN PN AIDA.
Ini jawapan dari pihak kedutaan sangat tidak profesional,
seharusnya kau ada segala info supaya kalau rakyat tanya tak malu nak jawap..
Sekali ketuk sekali jalan.. Kalau aku diam tak tanya memang tak buat apa2.. Aku
bising2 nnti bergerak la kejap lepas tu senyap.