Oleh FAZLI RADZI / January 18, 2022
PANAS!! ISU AZAM BAKI: PAS TERUS KRIK-KRIK?
TAJUK : BICARA YB. KHALID ABDUL SAMAD (SIRI 139)
"AGENSI ANTI RASUAH PUN RASUAH?! APA MASA DEPAN NEGARA?"
Detik-detik Tsunami Terjang Tonga karena Letusan Gunung Api Bawah Laut, ...
Letusan Gunung Berapi Tonga 15Jan2022
Salah satu letusan gunung berapi paling ganas pernah direkodkan, gunung berapi Tonga Tonga di Tonga.
Kepulan besar dilihat naik ke atmosfera pada pukul 5.30 petang waktu tempatan. Letusan itu berlaku sehari selepas video hebat sebelum ini dirakam. Ia adalah salah satu letusan gunung berapi terbesar pada Abad ke-21 setakat ini.
Letusan Hunga Tonga pada 15 Januari 2022, gunung berapi yang kebanyakannya di bawah air menjana gelombang tsunami yang besar, membanjiri pulau-pulau di rantau ini. Kepulauan Pasifik lain, termasuk Vanuatu dan Kepulauan di luar Australia mengalami ombak. Gelombang kejutan itu dirasai dan didengari sejauh 2,500 km di New Zealand dan direkodkan sejauh 7,000 km di pantai barat Australia.
Amaran tsunami disediakan untuk pantai timur Australia, dari Brisbane, menyusuri pantai NSW ke Victoria dan ke bahagian bawah Tasmania.
‘Peserta’ Thaipusam bantu wanita Melayu bersalin dalam pikap di Batu Caves
Seorang wanita Melayu selamat melahirkan bayinya dalam sebuah trak pikap dibantu oleh sekumpulan penganut agama Hindu berdekatan Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pagi tadi.
BANTU HANYA SEMENTARA, TAPI KERJA KERAJAAN IALAH MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG
Bagus juga Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ni. Aku agak, barangan dijual pada harga yang lebih murah kerana pemborong dapat menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.
Aku tak bantah. Tapi kalau ini nak dianggap sebagai kejayaan oleh kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang, bagi aku itu adalah dakwaan yang terlalu dangkal.
Itu hanya bantu rakyat untuk tempoh sekejap. Sama seperti jualan murah di pasaraya. Apa yang rakyat perlukan sekarang ini adalah harga barangan turun secara berkekalan, bukannya macam jualan murah.
Kalau PJKM mahu dianggap sebagai kejayaan, maka kerajaan sebenarnya hanya cuba menutup kegagalan mereka sambil memperbodohkan rakyat.
Hakikatnya harga barangan kekal mahal. Kerajaan sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah ini daripada akar. Kena lihat dari pengeluar, petani, penternak dan seterusnya, apakah punca mereka terpaksa naikkan harga jualan. Kalau sebab desak, sebab harga baja, maka kerajaan kena usahakan agar harga barangan ini dapat diturunkan.
Atau lihat masalah pada pemborong. Jika ianya sebab kos logistik, maka kerajaan kena selesaikan masalah logistik. Supaya kos mereka lebih murah dan berpatutan. Itu baru namanya selesaikan masalah.
Bukan ambil jalan pintas seperti ini. Akibatnya nanti ada pula syarikat yang melingkup dan ramai pula rakyat yang jadi penganggur. Kemudian usaha pula nak bantu penganggur ni. Berputar begitu saja. Tak jadi pening ke nanti?
Risaunya aku kerana kerajaan yang ada sekarang bukan setakat tak pandai buat kerja, malah mereka juga tak tahu nak measure kejayaan. Mereka bukan mahu selesaikan masalah. Tapi sekadar mahu kaburkan mata rakyat sahaja.
Kalau beginilah berterusan, negara ini tak mungkin akan jadi lebih baik. Tiba masa generasi baru ambil negara ini, ianya sudah roboh. Sudah jadi negara gagal, kalau mereka ini mereka ini terus dipilih.
AHLI PARLIMEN LANGKAWI TAK BUAT KERJA KA TAK TURUN AMBIK TAU HAL RAKYAT LANGKAWI..KHIANAT ..KHIANAT JUGA RAKYAT KENA JAGA
RINTIHAN NELAYAN DI LANGKAWI
Semalam saya menerima memorandum serta rayuan daripada seramai 600 orang nelayan di Kuah, Langkawi yang mengadu tentang projek penambakan laut dari Pokok Asam hingga ke Pengkalan Kuala Tepa yang mampu mengesankan punca pendapatan mereka serta merosakkan alam sekitar.
Saya jamin akan perjuangkan nasib mereka.
PEMUDA AMANAH AKAN MOBILASI DEMONTRASI DESAK AZAM BAKI LETAK JAWATAN
Pemuda AMANAH Nasional dan Peguam Muda AMANAH bukan sahaja akan memobilisasi seramai mungkin pemuda untuk demonstrasi aman Tangkap Azam Baki di ibu negara, 22 Januari ini bahkan akan menyediakan khidmat guaman.
Seterusnya..
Anwar Ibrahim Tidak terlibat Selama 22 Bulan, Kenapa Semua Salahkan Dia?
Senator Datuk Ismail Yusop atau lebih dikenali sebagai Tok Abah berasa kesal dengan 'suara-suara sumbang' yang seringkali menunding jari menyalahkan Dato Seri Anwar Ibrahim di atas semua kesalahan yang berlaku semasa pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Siti Aishah: BN Atau PN Adalah Kerajaan Yang Sama, Duduk Dalam Waktu Yan...
14/01/2022 Bicara Kritis Isu-Isu Semasa
Anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) & Studio Keadilan
18.01.2022 - FOKUS 4.45 | TULAR JUAL TISU DI BUKIT BINTANG, LEE PENG GER...
Bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng yang tular di media sosial baru-baru ini kerana menjual barangan secara kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di sekitar Bukit Bintang, mengakui bahawa isunya tidak perlu diperbesarkan.
AZAM BAKI TERLEPAS PELUANG KEEMASAN BERSIHKAN DIRINYA
Sejak awal lagi, sebagaimana kita semua sedia maklum, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memang sentiasa mempertahankan dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kontroversi saham yang dikaitkan dengannya.
Beliau bukan saja telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pemberi maklumat, malah pernah mengatakan memiliki semua dokumen untuk mengesahkan dirinya tidak bersalah itu.
Beliau juga menolak untuk mengambil cuti sementara siasatan dijalankan terhadapnya.
“Saya ada semua dokumen, saya akan lawan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Oleh itu, keenganan Azam untuk hadir apabila dipanggil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen Rabu ini adalah suatu tindakan menghairankan dan bertentangan dengan apa yang disebutnya itu.
Menggunakan alasan undang-undang dan sub judice sebagai faktor keengganannya hadir itu, malah sama sekali tidak mampu membersihkan dirinya pada tanggapan umum daripada kesalahan yang dikaitkan dengannya.
Berikutan keengganannya hadir itu, Jawatankuasa Parlimen sendiri menangguhkan mesyuaratnya pada Rabu ini untuk mereka mendapatkan nasihat perundangan terlebih dahulu berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Azam.
Isunya, kenapa Azam menolak untuk hadir berdepan dengan Jawatankuasa Parlimen?
Sepatutnya beliau menggunakan peluang memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen itu untuk membersihkan dirinya dan menjawab segala soalan yang ditanya dengan penuh keyakinan.
Daripada sudut positif, Azam seharusnya melihat panggilan hadir oleh Jawatankuasa Parlimen itu sebagai peluang keemasan untuknya mengesahkan dirinya memang betul-betul tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kontroversi saham itu.
Sekurang-kurangnya juga dengan tindakan demikian dapat sama memperlihatkan kepada umum bahawa dirinya sendiri tidak takut berdepan kebenaran.
Tetapi, belum apa-apa lagi Azam nampaknya sudah seperti ada ketakutan dalam dirinya.
Kenapa mesti takut jika tidak salah?
Bukankah pepatah Zimbabwe ada menyebut – berani kerana benar, takut kerana salah? – ShahbudinHusin 18/01/2021.
ALA DULU EWALLET RM 30 WALAUNCAI KOMEN KEMAIN..SEKALI FRID HENTAM RM35...KAH..KAH...
ZUNAR
Isu RFID, PLUS terpaksa tutup ruangan komen kerana bantahan pengguna. Lapor Kosmo.
APA KOMEN ANDA?
WALAUNS...MANA AKAN LAWAN....TELAN AYAQ KAKI HADI...
Tuan Ibrahim gesa ahli Pas akur tindakan Hadi pecat Khairuddin
January 17, 2022
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu tiada kaitan dengan soal Muafakat Nasional (MN).
Menurutnya, hubungan Pas bersama UMNO dan parti-parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) masih berjalan baik.
“Saya mempengerusikan MN bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, jadi isu ini tiada kena mengena dengan MN.
“Walaupun mesyuarat secara rasmi ditangguhkan tapi realitinya hubungan itu masih ada,” katanya lagi selepas lawatan kerja projek Wakaf Air di sini pada Ahad.
Beliau yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar dan Air memberitahu, penyokong parti di peringkat akar umbi perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Jelasnya, Mohd Khairuddin bukan calon yang menang dalam pemilihan Pas dan dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatankuasa tambahan yang dilantik.
“Dalam mesyuarat kedua mendapati kita ada beberapa nama lain, namanya digugurkan dan ia hanya hal dalaman parti,” jelasnya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui prestasi yang cemerlang Mohd Khairuddin ketika menjawat portfolio Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tetapi disiplin menjadi kepentingan parti.
“Beliau (Mohd Khairuddin) akan diberi tugas lain yang sesuai dalam parti selain masih dalam portfolio ekonomi,” katanya.
HA..HA...ANA TAHU CIA DAH MULA PERSOAL TAKIRI. INI ADALAH TANDA PAS SEDANG BEREBUT SOKONGAN ANTARA MN DAN PN DEMI KUASA...KAH..KAH....
Gugurkan Khairuddin mesti bersebab, jelaskan kepada umum
KUALA LUMPUR – Pas perlu memberikan penjelasan kepada umum dengan segera berkaitan penguguran Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas jika ianya berkaitan masalah disiplin parti.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penjelasan tidak harus diberikan kepada ahli parti sahaja kerana pengguguran itu telah diumumkan secara rasmi oleh pemimpin parti.
”Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Menurut Nik Abduh, masalah disiplin mungkin menjadi faktor pengguguran Mohd. Khairuddin selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menolak alasan pengguguran itu disebabkan perselisihan antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
“YB Datuk Dr. Mohd Khairuddin at Takiri adalah antara figura utama pemimpin Pas. Beliau seorang bekas menteri daripada Parti Pas. Beliau juga adalah Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas.
“Maka menjadi hak publik, bukan hanya ahli Pas untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut. Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjamaah,” Nik Abduh.
Tambah Ahli Parlimen Bachok itu, tiga pihak akan terjejas atau rasa terhiris dengan ‘pencalaran’ tersebut.
Selain Mohd Khairuddin dan penyokong Ahli Parlimen Kuala Nerus turut terkesan adalah Majlis Syura Ulamak Pas.
“Justeru saya kira penjelasan rasmi harus diberikan segera. Ia boleh membina persepsi yang baik kepada Parti Pas. Pas sekarang memerintah negara.
“Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus.
“Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk. Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk ‘bekeng’,” jelas Nik Abduh.
Menurut Nik Abduh, Mohd Khairuddin adalah pemimpin Pas yang amat kuat menyokong usaha memulihkan hubungan parti itu dan UMNO dalam Muafakat Nasional.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lepas mengesahkan pengguguran Mohd Khairuddin sebagai AJK Pas tidak sampai dua bulan dilantik ke jawatan tersebut.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu disingkirkan.
Sementara Takiyuddin dalam reaksinya, bagaimanapun menafikan penarikan kembali jawatan Mohd Khairuddin berkait dengan Muafakat Nasional.
Katanya, Pas tidak pernah menggugurkan seseorang daripada jawatan hanya disebabkan berbeza pendapat kecuali kerana bercanggah dengan perlembagaan parti.
Takiyuddin bagaimanapun tidak menjelaskan sebab-sebab pengguguran Mohd. Khairuddin sebaliknya menyatakan tindakan itu diambil kerana membabitkan masalah pentadbiran dan pengurusan parti.
CAKAP BESARNYA BEKAS MB YANG DITOLAK INI
PH tolak PRN Johor kerana takut kalah – Khaled Nordin
KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Seri Salahuddin Ayub mengancam untuk menarik balik sokongannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di Johor menarik minat Datuk Seri Khaled Nordin.
Naib Presiden UMNO itu berkata, pembangkang seperti takut untuk menghadapi PRN Johor bersandarkan kepada kekalahan teruk di PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini.
“Ugutan YB (Salahuddin Ayub) sebenarnya bukan demi kepentingan rakyat. Tetapi kerana PAN takut menghadapi pilihan raya dan menerima kekalahan. Kekalahan PH (Pakatan Harapan) dalam PRN Melaka dan Sarawak telah sangat menghantui PH.
“Sama ada perlu atau tidak PRN Johor, terpulang kepada budi bicara Kerajaan Negeri Johor dan Istana Johor. Segala ugutan dan ancaman dari PH bukan faktor penentu untuk membubar PRN.
“Dan jika PH menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, BN akan bersedia untuk menghadapi PRU dan membentuk Kerajaan baru tanpa perlu sokongan PH insyallah,” katanya dalam satu kenyataan.
Spekulasi PRN akan diadakan di Johor rancak diperkatakan selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas daripada Parti Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Osman Sapian bulan lepas.
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Johor ketika ini menguasai negeri itu dengan majoriti satu kerusi, hanya 28 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, ugutan yang dilemparkan Salahuddin maka PRN Johor perlu diadakan segera.
Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi memastikan kerajaan yang dipilih kelak adalah kerajaan yang kukuh dan stabil.
“Inilah sebenarnya tanggungjawab. Kita mesti mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kerajaan berada dalam kedudukan yang terlalu rapuh dan tidak stabil. Bukannya terus menerus berkeras bahawa kita mempunyai kuasa apa lagi bila terpaksa meminta sokongan pembangkang.
“Beranggapan bahawa tanggungjawab dan fokus terhadap kebajikan rakyat akan terabai hanya kerana berlakunya PRN juga sangat salah,” katanya lagi.
Untuk rekod, ketika ini kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalah terdiri daripada UMNO (14), MIC (dua), Pas (satu) dan PPBM (11) manakala pembangkang terdiri daripada DAP (14), PAN (enam) dan PKR (tujuh).
Shamsul persoal bagaimana UPM hasilkan hampir 400 graduan PhD
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal bagaimana Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh menghasilkan hampir 400 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tahun ini.
Walhal, kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, universiti terbaik dunia pun hanya kurang 20 penerima PhD yang dianugerahkan.
Sehubungan itu, pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenaan meminta pihak UPM menjelaskan isu tersebut.
“Saya tertanya tanya mengapakah begitu ramai yang dianugerahi PhD di UPM sedangkan universiti universiti di luar negara yang lebih tinggi rankingnya dalam senarai Times Higher Education misalnya, tidak menganugerahkan ijazah PhD sebanyak itu dalam setahun.
“Timbul tanda tanya bagaimanakah pelajar PhD ini dinilai sekiranya seorang pelajar memerlukan seorang profesor sebagai penyelia bagi tujuan memantau, menyemak dan meluluskan tesis yang mereka hasilkan?
“Adakah UPM mempunyai tenaga pengajar sebanyak itu atau mereka diselia oleh pensyarah yang lebih rendah taraf akademiknya?
“Sedangkan 10 universiti terbaik dunia, jika diteliti graduan PhD yang dihasilkan tidak lebih 20 orang setahun. Misalnya universiti terulung dunia seperti Universiti Cambridge hanya melahirkan di bawah sepuluh oleh pelajar PhD setahun dalam 5 tahun terakhir ini,” katanya hari ini.
Majlis Konvokesyen ke-44 UPM pada 8 hingga 13 Januari lalu menyaksikan seramai 398 penerima dianugerahi PhD.
Mengulas lanjut, Shamsul bertanyakan sama ada PhD yang dihasilkan oleh UPM itu setaraf dengan universiti utama dunia atau mempunyai taraf berlainan.
“Jika PhD yang dihasilkan di bawah standard (substandard) universiti ulung dunia, dan kaedah penyediaan tesisnya lebih mudah maka apakah standard ini diakui dunia akademik di luar Malaysia?” soalnya.
Beliau menegaskan penganugerahan PhD bukan perkara kecil memandangkan individu yang memiliki PhD dianggap layak dan kompeten untuk melakukan kerja-kerja yang sesuai dengan kepakarannya.
“Sekiranya kualiti PhD itu dikompromi maka kerja yang dilakukan kelak merisikokan organisasi yang mengupah mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Shamsul mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar memantau universiti universiti tempatan yang mengeluarkan begitu banyak graduan PhD dalam tempoh setahun.
KPT, jelasnya, perlu meneliti kaedah penghasilan PhD mereka sebelum penarafan universiti Malaysia merosot di peringkat antarabangsa yang tentunya meletakkan kepentingan kepada kualiti penyelidikan.
Buaya gergasi berusia 75 tahun akhirnya tumpas selepas baham 80 orang
January 18, 2022
Seekor buaya gergasi sepanjang 16 kaki yang menghantui penduduk kampung di Luganga, Uganda selama bertahun-tahun akhirnya tumpas. Buaya yang diberikan nama Osama itu sangat ditakuti selama ini kerana menjadikan penduduk kampung dan kanak-kanak sebagai mangsanya dah sehingga kini telah mengambil nyawa 80 orang.
Buaya ‘Osama’ itu tumpas selepas berjaya ditangkap menggunakan umpan paru-paru lembu. Menurut penduduk tempatan, keganasan buaya ini sangat ditakuti sehingga penduduk tempatan percaya buaya ini mempunyai ‘kuasa’ tersendiri.
Buaya ‘Osama’ itu dianggarkan berusia 75 tahun dan telah mengganas di kawasan kampung sejak 14 tahun yang lepas.
Menurut laporan The Mirror, buaya itu sering dilihat muncul di Sungai Victoria untuk mencari mangsa. Apa yang menakutkan ialah buaya ini pandai menterbalikkannya perahu nelayan tempatan.
Buaya ‘Osama’ ini berenang di bawah perahu-perahu nelayan sebelum bertindak menterbalikkannya dan membaham mangsa yang jatuh ke sungai.
Buaya ‘Osama’ dihantar ke Uganda Crocs dan akan digunakan untuk ‘breeding programme’ untuk ‘menghasilkan’ lebih ramai buaya.
Namun ada satu berita kurang enak didengar apabila menurut laporan Mirror, dikatakan buaya-buaya yang dibiakkan oleh Uganda Crocs akan digunakan untuk memperoleh kulit-kulit buaya yang kemudian dijadikan produk untuk industri fesyen seperti bag tangan, dompet dan sebagainya.
PAS DAN PERPECAHAN DALAMAN YANG TERSEMBUNYI
1. Kenyataan SUA PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa tindakan pemecatan Khairudin Aman Razali @ Khairuddin Takiri semata mata sebab disiplin adalah tidak tepat tetapi sebaliknya ia berpunca dari perpecahan politik dalaman.
2. Khairuddin pernah melanggar SOP ketika menjadi Menteri sebelum ini apabila tidak kuarantin setelah pulang dari Istanbul tetapi PAS tidak komen sepatah pun dan ada pihak yg cuba membela insiden tersebut walaupun ini insiden menjadi tumpuan negara dan juga media antarabangsa. Imej Pas juga turut tercalar kerana tindakan itu. Jika benar PAS meletak disiplin didepan, ketika itu lagi Khairuddin dipecat.
3. Kalau disiplin juga menjadi pertimbangan utama PAS kenapa isu rasuah berleluasa dan masalah besar SPRM tidak pernah disentuh PAS? Adakah kepentingan tertentu perlu dijaga ?
4. Bukankah sebagai sebuah parti pemerintah kerajaan hari ini, PAS juga perlu ambil berat isu disipilin membendung rasuah juga?
5. Di Terengganu, begitu banyak poster di gantung untuk JAUHI ZINA tetapi kenapa tidak pernah kelihatan poster “JAUHI RASUAH” yang juga masalah amat besar?
6. PAS bercakap tentang disiplin secara “terpilih” dan bukan menyeluruh secara serius.
7. Tetapi kerana perbezaan politik dalaman PAS Khairuddin Takiri telah digugurkan dari AJK PAS Pusat kerana menyatakan sesuatu yg berbeza dari pandangan pimpinan utama PAS.
8. Ini jelas menunjukkan budaya wala’ yang tebal wujud dan dikuatkuasakan dalam PAS. Pandangan dan pendapat berbeza tidak digalakkan malahan dikawal dengan ketat.
9. Semasa (bekas) ahli PAS yg kini bersama AMANAH hari ini memberi pandangan berbeza sedikit mereka dilabel puak liberal, pro LBGT dan Anwarinas.
10. Kemudiannya berlaku gerakan besar besaran secara cai untuk menyingkir mereka di muktamar 2015.
11. Bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw, perbezaan pendapat bukan suatu yang diraikan dalam PAS, malahan dibendung dan dihukum.
12. Kerana itu istilah wala’ sangat sinonim dengan PAS dan tidak dalam parti parti lain.
13. Sedang wujud hari ini beberapa kumpulan dalam PAS yang berbeza pendapat dan PAS menghadapi bibik perpecahan dalaman yang sukar dibaiki kerana dengan konsep wala’ dalam PAS hari ini, perbezaan pendapat dan kompromi tidak diamalkan dengan sihat.
14. Saya sendiri mengalami kejutan semasa masih menjadi ahli PAS dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu apabila saya menulis rencana tentang jasa dan ketokohan almarhum Tuan Guru Nik Aziz seminggu selepas Tok Guru meninggal.
15. Saya dipanggil oleh ketua kawasan Pas Kuala Terengganu di rumah seorang AJK kawasan selepas solat Jumaat dan “di soal” kenapa saya menulis artikel tersebut tentang jasa dan pendekatan almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang semua orang tahu begitu lembut dan bijaksana penuh berhemah.
16. Pendekatan almarhum Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi “cara” atau budaya PAS dan hanya cara pimpinan sekarang sahaja boleh dipakai .
17. Inilah buktinya perbezaan pendapat tidak diraikan atau diterima dalam PAS hari ini.
18. Isu “disiplin” disebut oleh SUA PAS sebenarnya adalah kerana pihak lain memilih untuk memiliki pandangan berbeza. Sedangkan wala’ adalah satu satunya cara yang dibenarkan dalam PAS hari ini.
19. Bukan hanya pimpinan tinggi seperti Khairuddin Takiri menjadi mangsa, ahli ahli dibawah juga terpaksa “menelan” apa saja budaya tidak sihat PAS hari ini dan mereka tidak berani bersuara.
20. Ramai ahli dan penyokong PAS hari ini amat kecewa dengan perubahan besar sikap serta budaya “Tuan Besar” pimpinan atasan PAS hari ini tetapi mereka terpaksa menelan pahitnya dengan tangisan di belakang tabir.
21. Perpecahan dalaman PAS memang berlaku dengan cara tersembunyi hari ini.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Terengganu
17 Januari 2022.
RFID - KERAJAAN ROMPAK DUIT RAKYAT DI SIANG HARI
1. Ramai pihak telah menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bermula 15 Januari 2022.
2. Selain isu membabitkan kualiti pelekat RFID yang teruk, harga yang membebankan untuk sebuah kenderaan, isu kegagalan RFID untuk berfungsi di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan teruk pengguna jalan raya dan beberapa isu lain kecoh di media sosial setelah dua hari sistem ini dilaksanakan tambahan hari ini bermula kerja selepas burhujung minggu.
3. Walaupun sistem RFID ini secara umumnya bagus namun ia seharusnya dilaksanakan dengan persediaan yang cukup baik sehingga menyebabkan rakyat menderita.
4. Kerajaan tidak seharusnya lepas tangan terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat sebaliknya kerajaan perlu mengambil tanggungjawab penuh akan hal ini
5. Sekiranya kerajaan mahu sistem ini terus dilaksanakan, kerajaan perlu memastikan kualiti RFID yang dibeli oleh rakyat cukup berkualiti dengan harga yang berpatutan.
6. Gantian terhadap RFID yang rosak dalam tempoh awal adalah perlu dilakukan secara percuma supaya tidak membebankan rakyat.
Asmaaliff Abdul Adam
- Pengarah Strategi Pemuda AMANAH Nasional
#AmanahProgresifPeduli
DIA DAH JAWAB.WALAU NAMPAK BODO. TAPI DIA JAWAB JUGA
Dia dah jawab dah. Tapi bila jawab tanpa berfikir, memang kelakarlah jawapannya.
Katanya, jarak antara tempat yang terdapat dalam imej dron itu adalah jauh, lebih kurang lima ke enam kilometer daripada habitat harimau.
Untuk makluman, harimau bukan macam manusia. Lima ke enam kilometer itu, bagi slowrunner, sejam dah boleh sampai. Apa lagi harimau!
Harimau ni tuan tuan, dia bukan duduk rumah macam manusia. Nak bangun alih siaran tv pun malas, sampai tercipta remote.
Harimau memang roaming mencari makan. Jangan harimau, kucing kampung yang malas tu pun bila jalan entah berapa kilometer entah.
Keduanya, harimau bukan jenis tunggu sampai habitatnya diceroboh baru dia nak lari. Dia tak macam kerajaan, rakyat mati akibat banjir baru nak turun berikan bantuan.
Bila pembalak dah berada di dalam radius dia buru makanan, harimau akan tinggalkan tempat itu kerana bagi mereka sudah tak selamat.
Ketiga, harimau hanya serang manusia kalau rasa terancam. Manusia bukan makanan harimau secara semula jadi. Melainkan kalau harimau itu terlalu lapar.
Jadi mungkin pembalakan belum masuk habitat harimau. Tapi haiwan yang jadi makanan harimau sudah habis lari kesan pembalakan sehingga sang harimau tak dapat lagi mencari makanan di situ.
Kalau dah salah, mengaku sajalah. Tak guna buat dalih sampai nampak diri tu bodoh. Rakyat dah pandai sekarang ni.
Kita lebih berminat dengan pelan jangka panjang. Nak tahu apa rancangan kerajaan untuk elakkan perkara ini berulang. Bukan nak dengar alasan.
Tapi nampaknya tak ada ciri-ciri pembalakan akan dihentikan. Kalau sampai sanggup buat alasan begini, kita ucap RIP kepada hutan kita.
Raja Gelap
RENTASAN 1052 | PANAS!!! INI MOTIFNYA PH TERUS PERTAHAN PRINSIP MOU BERS...
MENARIK DALAM RENTASAN 1052
1. KENAPA PERLU AKTA ANTI LOMPAT?
2. MOU BANTU RAKYAT, BUKAN TONGKAT BN
3. ANTARA KUIL DI GUA DAN NELAYAN PANTAI SEGARI
4. BEGINIKAH PENGAKHIRAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU?
Siti Aishah: Yang Jual Aset Negara, Yang Rompak Duit Negara, Orang Yang ...
Bicara Kritis Isu-Isu Semasa
Anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) & Studio Keadilan
Aduan Ada 27 RIBU, Tapi Tangkapan Hanya 2 RIBU Lebih. Azam Baki Tak Patu...
Pelbagai kontroversi yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kebelakangan ini telah mencarik integritinya sebagai sebuah badan yang sepatutnya telus dalam melakukan siasatan jenayah terkutuk itu.
Justeru untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap SPRM, pelbagai bentuk transformasi perlu dilakukan, begitu menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Dewan Negara, Senator Fadhlina Datuk Sidek.
Beliau turut menyentuh isu menimpa Tan Sri Azam Baki, tentang 'whistleblower' dan usaha mendidik masyarakat membenci rasuah.
KREDIT VIDEO: SINAR HARIAN
RAKYAT MALAYSIA ...MENTERI DAH BUAT KERJA ...
Ok menteri dah buat kerja.
Saksikanlah wahai rakyat, menteri dah buat kerja dia. Bila suruh PLUS cari penyelesaian tu kira dah siaplah kerja menteri. Bayangkan berapa banyak tenaga digunakan dan kalori yang dibakar untuk arahkan PLUS cari penyelesaian seperti ini. Inilah hebatnya menteri BN/PN.
Senang kan jadi menteri? Gaji besar pulak tu.
JANGANLAH JUAL NAMA ALLAH HADI.
BILA DAH TAK BOLEH KENCING ATAS KEPALA WALAUN, ALLAH JUGA HADI NAK TIPU.
Untuk tutup malu pekongnya dah terburai kerana kalah dan terlondeh dalam Perbicaraan Kes diLondon, Hadi Mereng nak tipu walaun dengan menjaja nama Allah.
Rujukan Perkara Yang Berkaitan:
1 .https://www.facebook.com/groups/2822870124696338/posts/2836556486661035/
2. https://www.facebook.com/groups/2822870124696338/posts/2836557689994248/
3. https://www.facebook.com/groups/2822870124696338/posts/2836558553327495/