GEMPAR! Takiyuddin CABAR Khairuddin ATAS PEMECATANNYA!!



Timbul tanda tanya kini mengapa Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat daripada jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Di sebalik tanggapan umum bahawa dia digugurkan kerana pendiriannya terhadap Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), hari ini seorang pemimpin kanan PAS menegaskan sebaliknya.

Calon KEADILAN PRU15 Kena Test Kesetiaan Dia Betul-Betul, Baru Boleh Jad...



Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, YB Fahmi Fadzil menegaskan bahawa calon KEADILAN untuk PRU15 perlu di uji kesetiannya terlebih dahulu baru layak untuk menjadi calon.

DONGENG RASUAH

 

Dulu Latheefa koya jadi ayam tambatan Mahathir kemudian ganti Azam Baki jadi ayam tambatan Najib sekarang Azam Baki jadi ayam tambatan Ismail Sabri pula jadi perlindung kes rasuah ahli politik kerajaan berprofil tinggi.



View sekitar Lebuhraya Bukit Kukus Penang yang bakal di buka hujung bulan ini










😊
Lebuhraya berkembar Bukit Kukus yang telah siap 100% bakal dibuka pada 13 Januari ini.Dengan pembukaan lebuhraya ini bakal mengurangkan 30% kesesakan di Pulau Pinang.
Lebuhraya yang berketinggian 60 meter dan akan menjadi lebuhraya tertinggi di Malaysia melebihi dari Jambatan Rawang bypass iaitu 58.2 meter.
Projek bersepadu ini menghubungkan 3 laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul (5.5 KM) dan Balik Pulau - Jalan Tun Sardon (600 meter) dan lebuhraya ini akan menjadi ikonik kepada Negeri Pulau Pinang.
Kredit 📷 : Muhamad Sofi Hamid

KAH..KAH...AWAT HANG KERIAU DERIS ?



HAMZAH RIE NA
 

Bai sagon dan para walaun dulu bukan main galak menghentam Yb Mujahid. Sekarang korang rasa la pula hasil perbuatan korang dahulu kena atas batang hidung kalian.
Mulut dah penuh sagon ker bai? Tak baik marah2 ketika makan sagon nanti tercekik bai.

PANAS!! - AHLI PANEL LPPR LETAK JAWATAN - Terence Gomez | SPRM Azam Baki



Kesemua ahli Lembaga penasihat pencegahan Rasuah, LPPR, suruhan raya pencegahan rasuah malaysia, perlu meletakkan jawatan dan dipertanggung jawabkan, berhubung isu melibatkan pemilikan jutaan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki. Itu lah seruan teren gomez, salah seorang ahli LPPR yang meletakan jawatan sebelum ini, kerana tidak bersetuju dengan cara LPPR, dalam menguruskan isu skandal azam baki!

[TERKINI] Politik | Pas nafi pengguguran Khairuddin sebab MN



Pas menafikan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat berkait dengan isu Muafakat Nasional (MN).


JIKA PKR LEMAH, PH AKAN LEMAH



NORMAN RADZUAN

Terima kasih kpd pimpinan parti dan rakan2. Saya ucapkan syabas kpd ahli2 panel dan moderator2 semalam dgn hujah2 mereka yg diterjemahkan secara ilmiah/fakta.
Sebenarnya byk perkara dibincangkan bersama sepanjang di sini. Bagi saya parti ini seperti UMNO di dlm BN. Kuat PKR kuatlah PH. Bagaimanapun parti ini perlu unite terutama di saat ditekan, difitnah hingga ia semakin lemah ketika ini. PKR pernah tinggal 1 kerusi tapi ia kembali bangkit.
Pemimpin2nya perlu agresif dan proaktif. Seolah olah skg ini hanya beberapa kerat yg bekerja walaupun PKR mempunyai begitu byk MP dan ADUN.
Sewajarnya pimpinan fokus bekerja utk Presiden dan bukannya fokus bekerja mencipta pengikut hingga Presiden dilihat seperti bersendirian. Oleh kerana terlalu mencipta pengaruh atau pengikut dpt kita lihat secara ketara sikap berpuak2.
Saban malam hingga 3-4 pagi bertemu dgn begitu ramai pimpinan besar atau kecil mahupun ahli2 biasa dari pelbagai kabilah. Mungkin mereka tahu saya tidak masuk mana2 kabilah sb saya ini tiada cita2 tinggi selain sekadar membantu. Saya mendengar apa yg tersirat... kesimpulannya bagi saya parti ini perlu disatukan.
Kena positif kpd kritikan. Jika ada org membantu jgn dianggap sebagai rival. Sepatunya saling bekerjasama dan bukannya bimbang Presiden beralih arah, bimbang Presiden itu dan ini...
Kesian ahli2 bawahan dan kasihani rakyat yg mengharap perubahan. Mereka tidak tahu apa2 masalah dalaman parti.
Parti ini sudah terlalu byk deritanya. DS Anwar itu dikhinati oleh lawan dan kawan (dalaman parti). Bukan beliau tidak relevan tetapi beliau dikhianati. Ini kerana sikap kita yg saling berlumba sesama kita dan akhir masing2 mencipta pengaruh sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab membela parti.
Sedangkan mereka yg menjadi MP dan ADUN skg ini rakyat pilih mereka bukan kerana batang tubuh mereka yg hebat tetapi ia kerana ideologi parti DS Anwar yg berprinsip berjuang melawan korupsi dan salah guna kuasa.
Secara umum parti ini dikeliling golongan intelektual. Rata2 mempunyai latar belakang akademik yg hebat dari dalam dan luar negara. Bicara masing2 dpt difahami mempunyai pemikiran yg kritis,kreatif dan akademik.
Jadi rumusannya memang sukar utk parti ini menguasai pengundi2 Melayu luar bandar kerana cara kita berfikir. Ia perlu diimbangi dgn rakan2 parti komponen yg ada. Saya tak yakin bicara kita ini mampu diterima oleh mereka di luar bandar sana.
PH akn kuat bila kita saling berperanan. Seperti BN UMNO fokus kpd org Melayu, MCA/Gerakan kpd kaum Cina, MIC kpd kaum India dan parti Sabah/Sarawak fokus kpd pribumi tempatan.
Cukuplah cerita politik pagi Ahad ini... terima kasih semua. Saya doakan PKR kembali bangkit. Saya berkata begini bukan atas dasar kepartian tapi parti ini kena kuat kerana ia adalah kekuatan PH. Kuat PKR kuatlah PH. Kesian dkt rakyat dibuli, dibohongi pemimpin2 mencuri berbillion hak milik mereka.
Tiba masanya pulang ke pangkuan keluarga sehari dua ini. Saya sendiri berpuas hati dpt meluahkan apa yg tersirat dan memberi serba sedikit pandangan dgn pimpinan. Mudahan kita semakin kuat...pesan saya elakkan parti dalam parti.


KAH...KAH...KAH



 GOSSIP POLITIK:

Katanya dia ini salah seorang yang sedang dipertimbangkan sebagai bakal TIMBALAN PERDANA MENTERI!
Apa komen anda?




BUKAN PEJA NI MEMANG PENING KAH ? DIA NAK FAHAM MACAMANA...DIA PUN KHIANAT ....

 

Peja, usah keliru dan pening maksud pengkhianat – Isham



 

BUKAN KERANA AKAR UMBI, TETAPI AKAR UMBI YANG TAK CERDIK YANG SOKONG UMNO..

 

Kekuatan UMNO kerana akar umbi – Zahid




MGF_28032021_PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO_15-1
Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus mendengar suara akar umbi dan suara rakyat seperti mana yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.

Lantaran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, barisan kepimpinan parti itu tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.

”Biarlah resmi UMNO ini cuba ‘didalilkan’ sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah SWT,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid mengakui faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO selepas Pilihan Raya Ke-14 kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.

Malah, katanya, sudah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.

Beliau berkata, selepas PRU-14 berakhir, musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini sehingga ke tahap presidennya diugut dan digertak supaya parti dibubarkan atau akan menanggung akibat.

Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti dan kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.

Muslihat mereka agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri, seterusnya berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.

“Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang. Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.

”Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah. Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat,” ujarnya. 


PM YANG GAGAL LEBIH BAHAYA DARIPADA PM ADA SKANDAL….


 Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan.

Kategori pertama, Perdana Menteri yang terkait dengan skandal dan kategori kedua, Perdana Menteri yang gagal.

Contoh Perdana Menteri yang gagal yang telah dijatuhkan daripada kekuasaannya ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Mahiaddin Md Yassin.

Perdana Menteri terkait skandal yang telah dijatuhkan pula ialah Najib Razak.

Dalam kedua-dua kategori itu, ramai yang melihat Perdana Menteri terkait skandal lebih wajar untuk dijatuhkan berbanding Perdana Menteri yang gagal.

Ini kerana melalui skandal yang terkait dengannya, asas untuk menjatuhkannya lebih mudah dilihat, diperkatakan dan diyakinkan kepada orangramai.

Tambahan lagi, jika skandal yang dilakukan itu berskala besar seperti 1MDB yang terkait dengan Najib sehingga nama negara jadi “popular” di seluruh dunia.

Bagi Perdana Menteri yang gagal, walaupun pemahaman gagal itu sendiri agak abstrak dan rencam serta lain orang mungkin lain pemahamannya, mereka juga sebenarnya perlu dijatuhkan, malah dalam keadaan-keadaan tertentu, keperluan menjatuhkan itu menjadi lebih wajib lagi.

Dalam keadaan tertentu juga, Perdana Menteri yang gagal lebih bahaya dan jauh lebih tidak berguna kepada rakyat serta negara.

Bahkan, Perdana Menteri yang terkait skandal, tetapi mengurus negara dengan baik adalah lebih baik berbanding Perdana Menteri yang gagal, walau tidak dikaitkan dengan sebarang skandal.

Perdana Menteri yang gagal, selain difahami tidak membawa kemajuan kepada rakyat, walau tidak terkait dengan skandal, mereka lebih mungkin mencambahkan lebih banyak skandal di peringkat bawahannya seperti di kalangan menteri, kementerian dan jabatan yang mana mereka itu sentiasa menyokong dan membodek kegagalannya itu.

Oleh kerana kegagalannya terus dipertahankan dan disokong, Perdana Menteri berkenaan hanya mampu berdiam diri terhadap apa dan banyak mana sekali pun skandal yang berlaku di peringkat bawahannya.

Akhirnya, skandal kecil dan banyak itu akan menjadi lebih besar dan merosakkan negara, serta mungkin juga lebih besar daripada jika dia sendiri yang melakukan skandal tersebut.

Dalam hal ini, Perdana Menteri sekarang, Ismail Sabri Yaakob berada di kategori mana?

Sebagaimana kita semua tahu, sedar dan amat maklum bahawa sejak Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri, negara ini seolah-olah tidak ada Perdana Menteri, tanpa keraguan lagi beliau sebetulnya lebih gagal jika dibandingkan dengan Tun Abdullah atau Mahiaddin.

Selain lambat bertindak dan bersuara seperti dalam isu banjir dan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki misalnya, Ismail Sabri juga tidak bersuara langsung dalam isu-isu lain seperti Kertas Pandora, perangai menteri-menterinya yang merimaskan rakyat dan sebagainya.

Kepimpinan beliau dalam membawa negara ke arah hala tuju yang betul dalam pelbagai aspek juga sama sekali tidak kelihatan.

Lantaran gagal bersuara dan menunjukkan kepimpinan yang meyakinkan itu, Ismail Sabri bukan saja gagal, malah boleh dikategorikan sebagai gagal teruk.

Memang Ismail Sabri belum ada apa-apa skandal, tetapi kegagalannya teruknya sebagai Perdana Menteri bukanlah rahsia lagi di mana semua orang sudah bercakap mengenainya, termasuk budak-budak sekolah juga.

Sebelum negara jadi lebih rosak dan mungkin diikuti lebih banyak skandal bercambah di peringkat bawahannya yang diakibatkan kepimpinannya yang gagal itu, menjatuh, menumbang atau menukar beliau adalah pilihan yang tidak harus dikompromi, sementara menjatuhkan Perdana Menteri terkait skandal kekal merupakan kewajipan yang tak berubah, jika rakyat Malaysia mahu kehidupan masa depan yang lebih baik lagi. – ShahbudinHusin 16/01/2022.


MP PKR BETULKAN TENTANG ISMAIL SABRI

 



Oleh HASSAN ABDUL KARIM / January 16, 2022

Pada Sabtu 15 Januari 2022, saya menerima satu kiriman whatsapp yang mengandungi satu screen shot facebook berkenaan Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia kita. Dalam screen shot itu ada satu tulisan ringkas berkenaan latarbelakang Ismail Sabri Yaakob semasa zaman beliau seorang pelajar.Penulis itu bernama Andrew Peris yang mengaku beliau adalah rakan sekolah Ismail Sabri di Kuantan.

Saya dapati beberapa fakta penting dalam tulisan Andrew Peris itu tidak betul. Saya tahu fakta-fakta itu salah kerana saya kenal Ismail Sabri Yaakob dan tahu sedikit sebanyak latarbelakangnya. Mula-mula saya tak ambil peduli. Tetapi apabila saya teliti betul-betul tulisan Andrew Peris itu, saya yang dilatih sebagai seorang peguam nampak ada niat tidak baik si penulis. Dalam bahasa Inggeris dan istilah undang-undang ada niat jahat atau “malice” dalam tulisan Andrew Peris itu.

Si penulis yang saya tidak kenal itu, sama ada nama sebenarnya Andrew Peris atau itu nama palsu, saya lihat ada niat untuk menghina, mencemuh, mempelekehkan Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri kita sekarang.

Kalau saya ambil sikap tidak peduli tentang perbuatan buruk itu terhadap Ismail Sabri, maka saya rasa saya telah melakukan satu “omission” atau satu kegagalan kerana membiarkan fakta palsu yang memburuk-burukkan latarbelakang pencapaian akademik Perdana Menteri kita sekarang.

Saya perlu menjelaskan siapa saya dalam hal ini dan kenapa campur tangan soal seperti ini. Saya seorang ahli politik pembangkang di Parlimen dan Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri Malaysia. Dari segi politik kami adalah bertentangan pihak. Kami bukan bermusuhan tetapi kami bersaing hebat.

Kalau Andrew Peris hendak mengkritik Ismail Sabri Yaakob kerana kegagalan pentadbirannya atau kelemahan beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Itu adalah wajar dan hak Andrew Peris berbuat demikian di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 hak rakyat bersuara.

Malah kritikan saya sebagai seorang ahli Parlimen pembangkang terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri lebih tajam dan lantang, kadang-kadang tanpa belas kasihan. Tetapi itu tidak ada kena mengena dengan peribadi. Bukan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri. Yang saya kritik adalah dasar-dasar kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang saya anggap silap, tidak sesuai dan ternyata gagal, misalnya.

Tetapi apabila ada orang seperti Andrew Peris yang menulis dengan fakta yang silap dan palsu dengan niat jahat untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri lebih 32 juta rakyat Malaysia sekarang, maka saya perlu betulkan fakta-fakta itu.

Saya tidak mahu rakyat Malaysia percaya dengan fakta palsu dan jahat yang diwar-warkan Andrew Peris seolah-olah Perdana menteri kita sekarang ini seorang yang bodoh, pencapaian akademik yang rendah, dapat belajar di universiti kerana dasar kroni atau pilih kasih.

Saya kenal Ismail Sabri Yaakob dan keluarganya. Abang Ismail Sabri iaitu Kamarazaman Yaakob adalah kawan baik saya sejak kami di universiti Malaya. Saya pernah jadi guru dan kemudian Pengetua sebuah kolej bernama Jaya Akademi di Kuala Lumpur yang dimiliki oleh Kamarazaman Yaakob. Ketika itu Ismail Sabri Yaakob adalah pelajar Tingkatan Enam kami di Jaya Akademi yang dimiliki oleh abangnya sendiri. Selain itu, Ismail Sabri Yaakob pernah tinggal serumah dengan saya di Kampung Chubadak, Sentul dan di Kuala Lumpur ketika beliau menjadi mahasiswa Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya.

Di dalam tulisan Andrew Peris beliau menyatakan : “ …His (Ismail Sabri Yaakob) LCE results were poor so he went to a vocational school in Form 4. He flunked his SPVM and went to a private school to resit his exams.”

Fakta yang dinyatakan oleh Andrew Peris itu tidak betul. Ada moleknya saya ceritakan dari awal sejarah persekolahan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau asalnya bersekolah rendah Melayu di Sekolah Kampung Bangau, Temerloh, Pahang. Selepas darjah Enam, Ismail Sabri masuk ke sekolah berasrama, iaitu Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan. Murid yang dipilih bersekolah di sekolah berasrama biasanya murid yang pandai.

Ismail Sabri yang berasal dari sekolah rendah aliran Melayu terpaksa melalui kelas peralihan atau remove class apabila di sekolah menengah. Dari kelas peralihan, Ismail Sabri terus melompat ke Tingkatan Dua. Beliau tidak ke Tingkatan Satu. Murid yang dibenarkan melompat dari Kelas Peralihan terus ke Tingkatan Dua tentunya bukan murid yang lembam dan bodoh.

Ismail Sabri lulus peperiksaan LCE (Lower Certificate Examination atau Sijil Rendah Pelajaran) aliran sekolah Inggeris. Beliau naik ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan. Bukannya ke “vocational school” seperti yang ditulis oleh Andrew Peris. Ada perbezaan antara sekolah vocational dengan Sekolah Menengah Teknik.

Selepas Tingkatan 5, Ismail Sabri terus menyambung pelajarannya ke Tingkatan Enam di Jaya Akademi, Kuala Lumpur, iaitu sebuah kolej swasta yang dipunyai oleh abangnya sendiri. Kemudian Ismail Sabri menduduki peperiksaan STPM di Jaya Akademi dan lulus peperiksaan tersebut dengan cemerlang. Perkara ini berlaku di hadapan mata saya kerana saya Pengetua Jaya Akademi ketika itu.

Andrew Peris memfitnah Ismail Sabri Yaakob apabila menyatakan dalam tulisannya bahawa Ismail Sabri dapat biasiswa untuk belajar undang-undang melalui ayahnya seorang kuat Umno di Pahang. Ini adalah fitnah dan palsu dan berniat jahat.

Saya kenal ayah dan Ibu Ismail Sabri Yaakob. Saya pernah bertemu Yaakob yang saya panggil Pak Cik Yaakob. Saya pernah makan minum di rumahnya. Pak Cik Yaakob ayah Ismail Sabri bukan orang kuat Umno. Dia rakyat biasa, mungkin bekas seorang penoreh getah. Keluarga Ismail Sabri bukan orang senang. Mereka tidak miskin. Mereka ada kedai kecil di pekan Temerloh. Ibu Ismail Sabri berjualan keperluan harian dan buah-buah di kedai itu. Saya pernah ke kedai itu. Apabila Pak Chik Yaakob meninggal dunia di Temerloh, saya pinjam kereta seorang kawan untuk membawa Ismail Sabri pulang ke Temerloh di hari ayahnya meninggal dunia. Saya sempat ke tanah perkuburan di mana Pak Chik Yaakob ayah Ismail Sabri dikebumikan. Saya boleh menjadi saksi ayah Ismail Sabri bukanlah seorang orang kuat Umno Pahang.

Ismail Sabri dapat masuk ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya adalah atas meritnya kerana keputusan STPM yang baik, bukannya kerana dasar kroni atau ada “cable”. Adalah satu tuduhan jahat Andrew Peris yang menuduh kemasukan ke Universiti Malaya berdasarkan kroni atau “pintu belakang” kerana si ayah orang kuat Umno.

Saya bekas pelajar Universiti Malaya boleh menyatakan sepanjang yang saya tahu pengambilan pelajar undang-undang di Universiti Malaya adalah terhad. Bermula dengan 50 orang pelajar pada tahun 1972 kemudian ketika zaman Ismail Sabri Yaakob jumlah pelajar Fakulti Undang-Undang adalah sekitar 100 orang.

Andrew Peris perlu sedar bahawa Universiti Malaya adaalah universiti ulung di Malaysia. Universiti Malaya ada nama di Malaysia dan di dunia. Kita tidak boleh masuk belajar di Universiti Malaya jika kita tidak layak, apatah lagi ke Fakulti Undang-Undang.

Memang benar Ismail Sabri pernah menerima biasiswa. Semasa beliau di sekolah menengah, Ismail Sabri Yaakob mendapat biasiswa RM25 sebulan atas dua sebab. Pertama dia pelajar yang pandai dan sebab kedua kerana dia dari keluarga susah, keluarga penoreh getah. Ayah dia bukan orang kuat Umno Pahang.

Ketika belajar di Universiti Malaya, Ismail Sabri Yaakob mendapat pinjaman MARA.

Beliau lulus dengan cemerlang sebagai pelajar Undang-Undang di Universiti Malaya dan kemudian ditauliahkan menjadi seorang peguambela dan peguamcara. Saya pernah pergi ke pejabat guaman Ismail Sabri di Kuala Lumpur dan berasa bangga seorang kawan saya, sahabat se rumah dengan saya dan bekas murid saya telah berjaya menjadi seorang peguam.

Dengan tulisan ini saya harap saya telah dapat membetulkan fakta salah yang ditulis oleh Andrew Peris.

Sekian.

——–
Penulis adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang dcari PKR.  Pada 15 Januari 2022 (Sabtu)

 

JOM SAKSIKAN ERSEMBAHAN LIVES SAJAK KEPALA AIR...

 



Sensasi! Ha ha ha, jom semua.

Persembahan sajak. BANJIR BALAK KEPALA AIR.

Hari ini, 16 Jan, 3 petang, Kg Baru Sg Perdak, Karak




KES YANG DI KAITKAN DENGAN HISHAMUDDIN HUSSEIN INI DIANGGAP SELESAI

 

Selepas beberapa tahun tertangguh, Malaysia bakal terima helikopter MD 530G, pada Mac



Angkatan Tentera Malaysia menempah enam helikopter peninjau dan tempur ringan, MD 530G.

PETALING JAYA: Malaysia akan menerima enam helikopter peninjau dan tempur ringan, MD 530G, selepas beberapa tahun perolehan aset terbabit mengalami penangguhan.

Pembuat pesawat berkenaan, MD Helicopters Inc., berkata semua helikopter berkenaan diserahkan di Texas, Amerika Syarikat, pada Khamis, kepada ejen Kementerian Pertahanan.








“Semua pesawat itu dalam perjalanan ke Malaysia, dan dijangka tiba pada Mac,” kata syarikat terbabit.

Helikopter itu ditempah pada 2016 dan menimbulkan kontroversi selepas pesawat itu tidak diterima, dalam jangkaan pada 2017 dan 2018. Tarikh akhir penghantaran menjelang penghujung 2020, juga tidak dapat dipenuhi, susulan masalah teknikal.

Keenam-enam helikopter MD 530G ditempah Malaysia di fasiliti latihan, di Texas, Amerika Syarikat.

Dilengkapi 50 kaliber pod mesingan buatan Belgium dan tujuh tembakan pod roket 70mm, helikopter itu akan ditempatkan di Sabah.

MD Helicopters berkata, lapan juruterbang dan sembilan juruteknik daripada Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, sudah menamatkan latihan dalam operasi persenjataan dan pengisian bahan api di barat Texas.

Penghantaran semua helikopter terbabit juga diumumkan dalam akaun Twitter Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tahun lalu, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang, berkata enam helikopter itu dijadual dihantar pada penghujung 2021. MD Helicopters memenangi kontrak membekalkan helikopter berkenaan pada 2016, menjadikan Malaysia negara pertama menjadi pemilik MD 350G, yang turut dikenali sebagai “Little Bird”.

Perolehan helikopter itu dilaporkan bernilai RM321.9 juta, dijangka menjadi sebahagian rancangan ATM untuk tiga skuadron penerbangan membabitkan tugasan tinjauan ringan, berat dan serangan.

DSAI DI LANGKAWI ESOK

 Saya akan ke Langkawi bertemu pimpinan dan anggota di sana.

Dijemput semua anggota dan jentera KEADILAN di Langkawi untuk turut sama hadir ke majlis yang akan berlangsung pada 5 petang Isnin, 17 Januari 2022 ini di Dewan Ho Peng, Kuah.




Jangan peralat institusi Agong, Azam mesti bercuti sepanjang siasatan



Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Mencegah Rasuah (JKMR) yang juga Presiden Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bercuti sepanjang siasatan dijalankan ke atas beliau dialu alukan oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH)

Menurut mereka, kenyataan itu mengukuhkan lagi gesaan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), NGO-NGO dan hampir kesemua parti politik agar siasatan penuh dan bebas dijalankan terhadap Azam dan beliau direhatkan selama siasatan tersebut berjalan.

"Kenyataan itu sekaligus mematahkan hujah Azam untuk ‘membersihkan’ nama dengan cuba memperalat institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila beliau berkata perkhidmatannya hanya boleh ditamatkan oleh Tuanku.

"Perbuatan Azam amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengheret institusi Yang di-Pertuan Agong ke dalam masalah dan kemungkinan kesalahan yang dilakukannya. Azam patut tahu lantikan oleh Tuanku tidak memberikan sebarang kekebalan undang-undang daripada kesalahan yang dilakukan.

"Oleh itu, Majlis Setiausaha berpandangan Azam kini tiada pilihan kecuali untuk bercuti sehingga selesai siasatan. Sekiranya beliau enggan, kami menggesa Perdana Menteri mendengar pandangan semua pihak yang telah menyuarakan pandangan tentang isu ini, termasuk dari kalangan pemimpin kerajaan, dan mengambil tindakan tegas merehatkan Azam," kata mereka.

Tegas Majlis Setiausaha itu lagi, isu utama SPRM adalah tatakelola, akauntabiliti dan kewibawaan. Dalam hal ini, kata mereka, bukan sahaja skandal Azam perlu disiasat tetapi juga semua pesuruhjaya sebelum ini.

"Kami mengingatkan bahawa isu utama di sini ialah tatakelola dan urustadbir SPRM, dan siasatan penuh wajar dilakukan bukan sahaja terhadap Azam tetapi semua Ketua Pesuruhjaya yang pernah berkhidmat.

"Oleh itu, Perdana Menteri harus berhenti daripada melindungi atau membela Azam secara langsung atau tidak, kerana Azam berkemungkinan telah bertukar dari penguatkuasa undang-undang anti-rasuah kepada seorang pelanggar undang undang.

"Kami juga menerima baik gesaan pelbagai pihak agar reformasi dan rombakan menyeluruh dibuat terhadap SPRM bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi penting ini, termasuk dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen dan bukan di bawah Perdana Menteri sebagaimana sekarang, agar ia boleh menjalankan tugasnya dengan bebas, berperlembagaan dan profesional," kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung UPKO Nelson Anggang.