AZAM BAKI BEBAS TANPA SIASATAN, LEMAH PM SEMAKIN TERSERLAH

 

Di samping deretan kelemahan sedia ada pada Ismail Sabri Yaakob kekal terpahat menjadikannya Perdana Menteri paling gagal, malah lebih gagal berbanding pendahulunya, Mahiaddin Md Yasin, kegagalan beliau berbuat sesuatu yang meyakinkan dalam kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki hanya menambah-terukkan lagi kedudukan dirinya di mata rakyat.

Rakyat kini ternanti-nanti apa proses siasatan seterusnya terhadap Azam Baki, meskipun sudah banyak masa berlalu.

Yang dihebohkan bahawa polis, Suruhanjaya Sekuriti dan pihak dalaman SPRM sendiri akan melakukan siasatan terhadap Azam Baki, tapi masih tidak ternampak apa-apa perkembangan pun mengenainya hingga ke hari ini.

Sebaliknya yang terserlah ialah Azam Baki masih terus bebas bercakap mempertahankan dirinya, malah sampai ke peringkat mendabik dada mengatakan hanya Agong seorang saja yang layak memecatnya.

Tak rasa diperlekeh dan dihinakah Ismail Sabri dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri melalui kenyataan Azam Baki itu, walhal beliau hanya seorang penjawat awam yang mengetuai SPRM?

SPRM adalah sebuah agensi kerajaan dan ia pula terletak di bawah dagu Perdana Menteri, tetapi Azam Baki nampaknya senang-senang melekehkan Ismail Sabri sebagai orang atasannya.

Malah keangkuhannya bercakap mengaitkan nama Agong di ketika dirinya perlu disiasat untuk menentukan kebersihannya adalah suatu pukulan paling malang kepada ketidakmampuan Ismail Sabri sendiri.

Puncanya tidak lain ialah kerana Ismail Sabri gagal bertindak dalam bentuk yang meyakinkan atau memperlihatkan dirinya adalah Perdana Menteri yang ada kuasa dalam kontroversi ini.

Kagagalan ini bukan saja memperlihatkan Ismail Sabri tiada kepimpinan dan kawalan kepada orang bawahannya, malah langsung tiada keberanian sebagai ketua kerajaan.

Sebagai Perdana Menteri, beliau bukan saja harus memastikan semua jentera kerajaan di bawah kepimpinannya berjalan dengan baik dan meyakinkan rakyat, bahkan seharusnya berani menanganinya jika ada masalah yang timbul, apa lagi jika memerlukan tindakan atau siasatan.

Lebih-lebih lagi jika agensi tersebut terletak di bawah dagunya sendiri, tindakannya menangani seharusnya lebih pantas lagi.

Sampai bila keadaan tidak menentu ini akan berterusan?

Tiada penubuhan badan bebas sebagaimana diharapkan rakyat, tiada arahan bercuti, lebih malang lagi, siasatan yang kononnya sedang dijalankan pun seperti tiada ketahuan dan perkembangan.

Apa nak jadi dengan negara kita ini?

Tahu-tahu Azam Baki pula yang lebih berani mendabik dada mengatakan hanya Agong seorang saja yang layak memecat atau memintanya berhenti dan ini seolah-olah Perdana Menteri bukan ketua yang ada kuasa kepadanya.

Lantaran sehingga ke hari ini Azam Baki seperti masih bebas daripada sebarang siasatan, sedangkan potensi kesalahannya adalah pelbagai dan rakyat amat berharap ada suatu penyelesaian, yang paling terkesan dan dilihat paling tidak berguna dalam hal ini tentunya ialah Perdana Menteri itu sendiri.

Satu-satunya siasatan yang ternampak berjalan setakat ini hanyalah oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengeluarkan sapina terhadap Azam Baki untuk hadir mengadap mereka pada 19 Januari ini.

Tetapi, jawatankuasa ini terhad peranannya dan hanya boleh menyoal saja tanpa kuasa undang-undang yang dimilikinya, bahkan tidak juga terletak di bawah ketiak Perdana Menteri.

Jika negara ini mempunyai Perdana Menteri yang berwibawa, ada kawalan dan keberanian, ketidaktentuan dan keadaan negara seperti tiada kerajaan dan tiada Perdana Menteri dalam kes Azam Baki ini pasti tidak berlaku. – ShahbudinHusin 13/01/2022.



Penyelidik ini terkejut temui tembok yakjuj makjuj

 

Penyelidik ini terkejut temui tembok yakjuj makjuj

Sebuah pasukan melakukan ekspedisi di kawasan pergunungan Azerbaijan dan Armenia untuk mencari tembok Yajuj Majuj yang dibina oleh Zulkarnain.

Berdasarkan manuskrip dan peta lama, mereka tiba di lokasi. Serpihan-serpihan besi yang kelihatan disadur dengan tembaga didapati bersepah di kawasan sekitar gunung tersebut.

Mereka mendarat di puncak gunung dengan menggunakan helikopter. Tembok yang didakwa sebagai tembok Yajuj Majuj itu telah diliputi oleh ais tebal, menjadikan dua gunung di situ kelihatan seperti gunung biasa apabila dilihat dari jauh.

Mereka menggunakan gergasi untuk melakukan kerja penggalian. Setelah itu, alat pengesan diletakkan tepat pada objek di sebalik ais tebal tersebut.

Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya kamu akan sentiasa berperang dengan musuh kamu sehingga datang Yajuj Majuj yang mempunyai wajah yang lebar, mata yang kecil, rambut kemerah-merahan, wajah yang melucukan dan mereka akan turun daripada setiap tempat-tempat yang tinggi.”

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Belum terjadi kiamat sebelum kamu memerangi Ghuran dan Kirman (nama kampung) di luar Arab. Penduduknya mempunyai wajah yang merah, hidung yang penyet, mempunyai terompah daripada rambut rambut dan wajah mereka melucukan.”


Hadith-hadith ‘Yajuj Majuj’


Disampaikan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya Yajuj Majuj bertungkus lumus menggali benteng (yang dibina Zulkarnain) setiap hari. Apabila mereka sudah melihat cahaya matahari kerana sudah hampir dapat menembusinya, sebahagian daripada mereka berkata, ‘Mari kita pulang ke rumah, esok kita pasti sudah dapat menembusi benteng ini.’ Esoknya mereka datang lagi ke tempat itu tetapi mendapati kerja-kerja menembusinya masih susah. Tetapi nanti jika sudah sampai masa yang dikehendaki Allah untuk mengirim mereka kepada manusia, ketika melihat kerja-kerja sudah hampir selesai dan sudah melihat cahaya matahari, mereka akan berkata, ‘Marilah kita pulang ke rumah, esok kita sudah dapat menembusi tembok ini.’ Selepas Yajuj dan Majuj berjaya melepasi benteng itu dan masuk ke dunia ini, mereka akan memakan segala jenis makanan yang ada dan meminum air sungai dan perigi sehingga kering. Mereka juga akan memerangi manusia sehingga ramai manusia bersembunyi. Melihat manusia sudah tidak kelihatan lagi di permukaan bumi, mereka melepaskan anak panahnya ke langit. Anak panah yang ditembak ke langit itu jatuh ke bumi dalam keadaan berdarah. Melihat keadaan itu, mereka berkata, “Kita sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk di langit.’ Mereka berasa bangga kerana sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk langit. Dalam keadaan sombong seperti itu, tiba-tiba Allah SWt mengirim ulat kepada mereka. Ulat-ulat merbahaya itu menyerang mereka sehingga mereka semua mati.”

Tembok Yajuj Majuj pernah ditemui sebelum ini

Sementara itu Ibnu Katsir (meninggal 774H) menyebut dalam tafsir;

“Ada seorang raja yang cukup berpengaruh dan baik menyuruh tenteranya mencari tembok yang dibangunkan oleh Zulkarnain itu. Rombongan tentera itu lengkap membawa bekalan bersama alatan yang diperlukan untuk membuat kajian. Mereka berjalan daripada satu kampung ke kampung lain, daripada satu kerajaan ke kerajaan lain. Akhirnya mereka tiba di satu tempat yang mempunyai binaan daripada besi dan tembaga. Menurut mereka tempat itu juga mempunyai pintu besar yang dikunci dengan kunci yang besar. Mereka juga melihat sisa-sisa batu bata berdekatan tembok itu. Mereka menggembara selama dua tahun bagi mencari tembok itu dan membuat kajian. Akhirnya mereka menemui banyak keajaiban.”

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

 

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang 4.5 meter dan berat kira-kira 100kg dikhuatiri mengancam penduduk berhampiran di sebuah Chalet di Kampung Raja Dagang di negeri Kelantan.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tok Bali, Ibrahim Mohd Rohni, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi memaklumkan kehadiran ular sawa dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang.

Ular sawa itu mula-mula ditemui oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di sekitar kawasan tersebut.

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Sebanyak 8 orang anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi dan menemui ular sawa batik itu yang bersembunyi di sebuah tayar lori terpakai.

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dan berat lebih kurang 100 kg yang berada di dalam tayar lori buruk.”

Kehadiran ular sawa itu dikhuatiri akan mengancam dan mengganggu ketenteraman penduduk dan pekerja di tempat tersebut.

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Walaubagaimanapun, pasukan Bomba Dan Penyelamat kemudiannya berjaya menangkap ular sawa batik tersebut dalam masa lebih kurang 20 minit.

Menurut Tuan Ibrahim Mohd Rohni , ular sawa berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

RAKAMAN [LIVE] SIDANG MEDIA #RASUAHBUSTERS: SOLUSI TRANSFORMASI SPRM



[LIVE] SIDANG MEDIA #RASUAHBUSTERS: SOLUSI TRANSFORMASI SPRM Krisis integriti negara yang semakin meruncing mendesak kepada sebuah penyelesaian yang pantas dan praktikal bagi mememulihkan integriti dan nama baik negara. Sebagai satu usaha daripada rakyat demi rakyat #RasuahBusters bersama rakan gabungan dengan berbesar hati akan mengadakan; SIDANG MEDIA #RASUAHBUSTERS: SOLUSI TRANSFORMASI SPRM Tarikh: Khamis, 13 Januari 2022 Masa: 10.30 pagi – 11.30 tengah hari Tempat: Studio F, Kumpulan Media Karangkraf, No.3, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Boleh juga saksikan secara LIVE di Platform #RasuahBusters, Sinar Harian,Saluran 501 Astro Awani, BERNAMA dan Rakan Gabungan #RasuahBusters. Program ini juga dibawakan oleh rakan sinergi media #RasuahBustersTV Al Hijrah,Sin Chew, The STAR & Vanakkam Malaysia. Panelis: Dato' Hussamuddin Yaacub & Nurhayati Nordin (#RasuahBusters) Tricia Yeoh (IDEAS), Dr Badlishah Sham Baharin (GBM), Cynthia Gabriel (C4), Dr. Muhammad Mohan (Transparency International Malaysia), Thomas Fann (BERSIH 2.0), Tharma Pillai (U18).

RAKAMAN [LIVE] Balak yang membawa bala



Sebelum ini kewujudan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) yang memperjuangkan isu alam sekitar seakan-akan tidak dipedulikan. Namun selepas musibah banjir besar yang melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang Disember tahun lalu, ramai tersedar dari lena dan mula memberi perhatian. Presidennya juga pernah menangis, merayu, malah 'disumbat' ke dalam lokap demi mempertahankan nasib hutan-hutan di Malaysia, namun semangat beliau tetap membara. Saksikan perkongsian eksklusif Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam program BERSAMA JOHAN JAAFFAR di semua platform media sosial Sinar Harian. #BersamaJohanJaaffar #SinarHarian

1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun






1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun.Selepas satu demi satu varian COVID-19 dikenalpasti, kini tular pula tentang para saintis di Cyprus yang dikatakan telah menemui varian terbaharu gabungan Delta dan Omicron yang dikenali sebagai Deltacron.

Sebelum ini dikatakan sebanyak 25 kes telah dikesan berkaitan varian ini dan menurut pakar varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

Walau bagaimanapun, menurut portal Newsweek, beberapa pakar virologi telah pun menolak laporan tentang varian COVID-19 baharu yang digelar sebagai Deltacron itu atas dasar kesilapan yang berlaku ketika melakukan ujian makmal.

1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun
Menurut pengarah genomik di Louisiana State University Health Shreveport, Krista Queen menjelaskan bahawa kemungkinan sumber ralat boleh dikesan daripada teknik penjujukan yang digunakan untuk mengenal pasti sampel COVID-19 yang telah dikumpulkan oleh para saintis di Cyprus.

Apabila penyelidik ingin mengenal pasti varian COVID-19, mereka perlu menyusun maklumat genetik sampel virus kerana maklumat ini berbeza antara varian. Untuk menjadikannya lebih efisien, teknologi penjujukan menggunakan primer yang menguatkan bahagian tertentu genom.

1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun
Satu protokol penjujukan tertentu, dikenali sebagai ARTIC V3, diketahui tidak dapat mengesan bahagian tertentu genom Delta. Kawasan keciciran ini dipanggil amplicon #72. Terutamanya, di lokasi inilah ciri-ciri seperti Omicron bagi varian “Deltacron” muncul.

Dr. Kostrikis dan pasukan Cyprus telah menghubungi GISAID dan meminta agar penjujukan genod yang dihantar oleh mereka ke pangkalan data GISAID ditarik semula.

Haih, nampaknya varian Deltacron yang digembar-gemburkan itu sebenarnya adalah tidak wujud dan hanya berlaku kesilapan data. Semoga dengan pencerahan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan kegusaran masyarakat tentang varian terbaharu ini. Namun begitu, orang ramai dinasihati supaya tetap berhati-hati dengan virus COVID-19 yang masih lagi kian menular.

BERITA TERKINI: WHO Beri Amaran Jangkitan Serentak Covid-19, Penyakit Pernafasan Lain

 

 BERITA TERKINI: WHO Beri Amaran Jangkitan Serentak Covid-19, Penyakit Pernafasan Lain
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.
Menurut Xinhua, Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO, berkata pada sesi taklimat media bahawa keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga.
Lebih 15 juta kes baharu jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu lepas, bilangan terbanyak kes dilaporkan dalam tempoh seminggu.
Peningkatan kes didorong oleh “varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Sementara itu, jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Oktober tahun lalu, dengan purata 48,000.
Meskipun bilangan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat di kebanyakan negara, ia tidak berada pada tahap seperti gelombang sebelum ini.
“Kemungkinan varian Omicron tidak terlalu serius serta imuniti daripada vaksinasi yang semakin meluas atau jangkitan sebelum itu,” katanya.
Advertisement
“Mari kita jelaskan: Omicron menyebabkan simptom kurang serius berbanding Delta, tetapi kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi,” kata ketua WHO itu.
Organisasi itu sentiasa memberi amaran bahawa jumlah kes yang tinggi bakal membebankan sistem kesihatan.
— BERNAMA

HUKUMAN 2 DARJAT...GAMBARAN INI JELAS



UPDATE:

Remaja curi tabung masjid & ‘dimandikan jenazah’, hari ini dipenjara 10 hari & denda RM4,000.

Ditanya kenapa mencuri: “Anak guam saya mohon maaf. Dia mencuri kerana perlukan duit untuk beli ubat kencing manis datuknya”. - Peguam

Anak sulung dari 3 beradik itu tinggal dengan datuknya sejak berusia 8 tahun sejak ibu bapa bercerai.

Keluarga itu bukan senang. Makan minum pun dari jiran. Dia mengaku curi duit sebab tiada orang ingin tolong mereka.”

“Meskipun tindakan mencuri itu salah, tindakan rakam ‘mandi jenazah’ itu tidak wajar kerana ia memberi tekanan kepada tertuduh & keluarga.

Ini kesalahan kali pertama & dia telah insaf”.

#dalamkamar

 

 

Badan pemikir, NGO cadang Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah selia SPRM


PETALING JAYA: Badan pemikir dan NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (IACC) bagi menyelia agensi antirasuah negara serta melantik ketuanya.

nstitut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) percaya perkara itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada pembaharuan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap pada forum mengenai “Solusi Transformasi SPRM” anjuran Rasuah Busters, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, suruhanjaya itu akan menjadi sebuah institusi bebas dan tidak dipengaruhi oleh kuasa politik dan eksekutif.

“Sebagai sebahagian daripada reformasi SPRM, kami mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah untuk menyelia mana-mana agensi pencegahan rasuah di negara ini. IACC juga akan ditugaskan untuk melantik ketua agensi itu,” katanya.

Yeoh berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah akan bertanggungjawab mencalonkan dan memantau pesuruhjaya IACC, “selepas itu, Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan mengundi pesuruhjaya IACC melalui majoriti mudah”.

Beliau berkata, bawah cadangan itu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Semakan Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah akan menjadi kumpulan kerja di bawah IACC.

Pengarah C4, Cynthia Gabriel, bersetuju bahawa cadangan itu yang akan menjadikan SPRM lebih efektif.

“Persediaan, undang-undang dan peraturan semasa cacat. Tidak jelas siapa semak dan imbang untuk SPRM,” katanya.

“Masalahnya, nampaknya ada pengaruh eksekutif dan politik terhadap SPRM.”

Beliau berkata, kontroversi pemilikan saham yang menyelubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bukan satu-satunya kes membabitkan pegawai SPRM, sambil memetik kes seorang pegawai agensi itu yang dipercayai mencuri barang rampasan bernilai RM25 juta.

“Pembaharuan sistemik diperlukan untuk mengelakkan kes-kes sebegini daripada terus berlaku,” katanya.

Perbincangan panel Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu turut dihadiri wakil Transparency International Malaysia, Bersih dan Gabungan Bertindak Malaysia.

Maszlee dipanggil polis berhubung konvoi protes PKR


Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik (berbaju biru) di Putrajaya pada Isnin untuk menyaksikan penyerahan memorandum oleh Pemuda PKR kepada SPRM. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dipanggil polis untuk disoal siasat esok mengenai kehadirannya pada majlis penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Menurut Maszlee dalam ciapan di Twitter, beliau akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 10 pagi.

“Sehubungan kehadiran saya menyaksikan penyerahan memo oleh @AMKMalaysia (Pemuda PKR) kepada @SPRMMalaysia pada Isnin 10/1/22, saya telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak @PDRMsia esok,” katanya.

Beliau kemudian menambah: “(Adakah) Azam Baki dan adik beliau dah disoal siasat?”

Azam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebelum ini mengaku beliau membenarkan adiknya membeli saham menggunakan akaun dagangannya.

Dilaporkan sekumpulan ahli Pemuda PKR mengadakan protes aman pada 11 Jan untuk mendesak Azam berundur daripada jawatannya.

Kumpulan itu bergerak dalam konvoi 50 kenderaan dari Dataran Putrajaya ke ibu pejabat SPRM.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir kemudian berkata, beliau, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban dan setiausahanya, Syukri Razab, dipanggil polis untuk disoal siasat.

MUNGKIN RUMAH BEKAS MB KHIR TOYO UNTUK DIJUAL 17 JUTA ?

 


Banglo mewah milik bekas MB Selangor di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta?

Banglo mewah milik bekas MB Selangor di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta?

Jika anda adalah orang yang berasal dari Shah Alam, anda pasti tahu bahawa terdapat beberapa koleksi rumah mewah yang terbina di Shah Alam. Kebanyakan rumah di sana dimiliki oleh ahli perniagaan, orang politik dan mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi di dalam kerajaan.

Terbaharu, sebuah rumah banglo yang terletak di atas bukit di Shah Alam tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen. Ini disebabkan harganya yang tinggi dan terletak di atas bukit dengan panorama yang mengagumkan.

FACEBOOK – KOE OMC

FACEBOOK – KOE OMC

FACEBOOK – KOE OMC

FACEBOOK – KOE OMC

Menerusi sebuah hantaran iklan yang dimuat naik di dalam Group Shah Alam Business & Services oleh seorang lelaki bernama Koe Omc, rumah terbabit difahamkan bernama Cendana Sejahtera yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Memetik portal Vocket, ia dibuka untuk dijual pada harga RM17,000,000, rumah itu memiliki semua kemudahan yang diinginkan oleh orang ramai. Antaranya adalah tempat letak kereta bawah tanah untuk 12 buah kereta, surau, jakuzi, sauna, kolam renang dan perkhidmatan keselamatan selama 24 jam.

Menerusi hantaran terbabit, dijelaskan bahawa rumah terbabit adalah, “Banglo bergaya resort tropika moden yang menakjubkan dengan konsep terbuka. Terletak di kawasan peribadi eksklusif yang dibina di bukit Seksyen 7. Dilengkapi dengan pengawal keselamatan, kolam renang dan lif.

“Banglo ini adalah reka bentuk seperti sebuah resort tetapi berfungsi untuk semua gaya hidup. Ia memberi pemilik persekitaran peribadi dan ruang selesa untuk tetamu. Ia dibina berkonsepkan resort tropika terbuka, di mana pemilik dan tetamu boleh menikmati udara segar dan kehijauan yang subur secara peribadi dengan pemandangan sekitar.”

 

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen di Facebook dengan kebanyakan daripada mereka terkejut dengan harga yang ditetapkan, manakala sebahagian pula takjub dengan pemandangan yang ditawarkan.

Bukan sahaja tular di Facebook, rumah itu juga mendapat perhatian warga TikTok  sejak ia dimuat naik oleh Joseph Chan. Menerusi beberapa komen, netizen berspekulasi bahawa rumah terbabit adalah milik seorang bekas menteri yang kini sudah pun bersara. Manakala sebahagian lagi pula menyatakan bahawa ia adalah milik seorang ahli perniagaan dari sektor perkhidmatan dan teknologi.

Abu Syafiq dedah Tuan Ibrahim juga buat umrah tapi tidak divaksin

 


Abu Syafiq dedah Tuan Ibrahim juga buat umrah tapi tidak divaksin


Pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq hari ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.

Abu Syafiq dalam satu hantaran video di laman media sosialnya berkata ahli Dewan Negara itu juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Hal itu kerana, katanya, selain dia, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin terbabit.


PH GESA TIGA SERANGKAI DIREHATKAN



“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu bahawa kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. “Oleh itu, pegawai-pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan pihak Polis Diraja Malaysia siasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau.”

Junaidi, jangan menyibuk kes Azam; gerakkan sesi pendengaran jawatankuasa terpilih segera

 


Kenyataan Ketua Pesuruhanjaya Azam Baki menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan

 
Probe Azam Baki's alleged shareholdings

Ia cukup membingungkan saat Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Jaafar pula yang memberikan alasan bagi pihak ketua pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki sebelum penyiasatan penuh dilakukan.

Junaidi mendakwa jumlah RM330,000 yang dilaburkan oleh Azam sesuatu yang “mampu milik”

Sama ada jumlah tersebut mampu diperolehi atau tidak bukanlah isu utama.

Daripada menjustifikasi tindakan Azam yang kontroversi itu, Junaidi sebaliknya perlu meminta Azam untuk hadir berhadapan dengan jawatankuasa terpilih khas parlimen serta inkuiri tahap tertinggi yang bebas.

Kita juga terkejut dengan sokongan membuta tuli tiga timbalan pesuruhanjaya SPRM, yang menyangkal tuduhan terhadap Azam sebagai “dimotivasikan oleh politik dendam bagi memburukkan imej dan kredibiliti SPRM”.

Perkara yang memburukkan imej SPRM kini hanyalah kerana melambatkan penubuhan sebuah inkuiri peringkat tertinggi yang bebas.

Keengganan untuk mengadakan sesi pendengaran khas melibatkan Jawatankuasa Terpilih Khas terhadap Agensi di Jabatan Perdana Menteri juga cukup mengecewakan. Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dari Pas mempengerusikan jawatankuasa melibatkan sembilan anggota iaitu dua Ahli Parlimen Umno, dua dari Pas (termasuk Abdul Latiff), seorang dari Gabungan Parti Sarawak, tiga dari Pakatan Harapan dan seorang dari Warisan.

Setiausaha Dewan Rakyat sepatutnya menetapkan tarikh agar pendengaran ahli jawatankuasa terpilih dapat dilakukan segera.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
9 Januari 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman