GEMPAR!! - 3 MENTERI BAKAL DIGUGURKAN? | Rombakan Kabinet Ismail Sabri


Desas desus pengguguran 3 orang menteri ini, adakah sekadar spekulasi politik atau berita palsu? Atau, berita yang akan menjadi benar, sedikit masa lagi! Menurut laporan itu, PM Ismail Sabri tidak berpuas hati dengan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Tugas-Tugas Khas, Abdul Latiff Ahmad, berhubung peranannya, dalam bencana banjir yang melanda! Agensi pengurusan bencana negara, atau Nadma, yang terletak di bawah potfolio Abdul Latiff telah dikritik hebat oleh rakyat, yang dilihat gagal memainkan peranan berkesan, dalam koordinasi operasi menyelamat mangsa! Menteri pembangunan wanita, keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, yang juga daripada Bersatu, turut dikaitkan dengan spekulasi pengguguran itu!

MALAYSIA DI BAWAH ISMAIL SABRI SEDANG ALAMI KEHANCURAN EKONOMI

 

Syarikat gergasi Korea Selatan bernama Hyundai telah menutup ibupejabat wilayah bagi rantau Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia. Sebanyak RM6.26 bilion telah dibelanjakan oleh Hyundai bagi membangunkan kilang barunya di Indonesia.

Malaysia melepas. Hilang pelaburan langsung asing (FDI).

Tak cukup itu, IBM satu lagi syarikat gergai dunia telah menutup Pusat Penyampaian Global (Global Delivery Centre) miliknya di Cyberjaya dan berpindah ke Singapura. Malaysia melepas lagi FDI.

Kemudian Syarikat minyak global bernama Shell pun buat hal yang sama. Shell sudah hilang percaya pada Malaysia. Ia telah memindahkan operasinya dari Cyberjaya ke India. Cyberjaya dah tidak menjadi jaya lagi. Dah jadi Cybergagal nampaknya.

Syarikat-syarikat pelaburan asing hilang kepercayaan terhadap sistem politik, masa depan ekonomi dan taraf korupsi yang tidak terkawal di Malaysia. Citigroup kumpulan perbankan telah keluar urusan retail banking miliknya yang telah beroperasi di Malaysia selama 60 tahun untuk berhijrah ke Singapura.

Untuk tambah buruk Syarikat IT Jerman iaitu T-System telah menjual businessnya di Malaysia dan cabut lari dari Malaysia.

Apa kata Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam hal-hal ini. Ambil sikap membisu dan berdiam diri sahaja.

Dalam dunia kereta motor menuju ke industri membina kereta elektrik, Malaysia terlepas lagi. Toyota Motor Corp melabur US$2 bilion untuk membangunkan kenderaan elektrik EVs, bukan di Malaysia tetapi di Indonesia.Malaysia tidak lagi ada daya tarikan FDI.Malaysia hilang dari radar business antarabangsa.

Menjadi parah lagi, Zoom Video Communications memilih Singapura bukannya Malaysia sebagai tempat Pusar R&D dan Pusat Data Baru bagi rantau Asia Tenggara. Malang sunggu Malaysia dibawah kerajaan sekarang ini.

Malaysia hilang dalam peta dunia niaga. Lihat saja Facebook, Lazada, Tencent, ByteDance, Alibaba tergamak tidak hiraukan Malaysia tetapi memilih Singapura lagi menjadi hub serantau bagi pusat strategik dan pusat datanya.

Di mana silapnya Malaysia. Langsung tidak dipedulikan oleh syarikat-syarikat pelaburan asing. Apa yang MITI dan Azmin Ali lakukan selama ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga pulak. Yang terbaru Google dan Facebook bypassed Malaysia atau pintas lalu Malaysia untuk projek berbilion ringgit Apricot iaitu kabel internet dasar laut sepanjang 12,000 kilometer kerana dasar cabotage Malaysia di bawah kerajaan sekarang yang gagal membuat keputusan tepat dengan cepat. Melepas lagi.

Aduhai Malaysia. Apa malang nasibmu di bawah Kerajaan yang gagal sekarang ini.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isnin 3 Januari 2022

LEKEHNYA NEGARAKU DIKETAWAKAN JIRAN TETANGGA

 

Selepas Rina, kes rombongan PM sekat ambulan juga masuk TV Thailand

Ambulans yang diberhentikan di persimpangan di Hulu Langat ketika konvoi yang membawa rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjadi bahan laporan di televisyen Thailand selepas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Laporan berita di TV Thailand itu turut menyiarkan sedutan video rombongan perdana menteri yang menyekat pergerakan ambulan.

Rombongan Perdana Menteri dalam perjalanan bagi melihat sendiri kerja pembersihan dilaksanakan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat ke lokasi lain di Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16, Hulu Langat dengan diiringi polis trafik.

Ekoran itu, tular video berdurasi 29 saat dipercayai dirakam oleh orang awam yang memaparkan kenderaan dinaiki Perdana Menteri melintasi laluan berkenaan dengan diiringi beberapa kenderaan lain.

Sebelum ini, Rina Harun menjadi sangat popular di Thailand ekoran ‘penggambaran’ di Pusat Perpindahan Sementara di Salak Tinggi.

Stesen TV Thailand menyiarkan video beliau itu yang menunjukkan beliau sedang membersihkan tahi cicak di sekolah berkenaan dengan menggunakan water jet.


BERCAKAP LA SOAL RAKYAT..NI DOK KIRA NAK MAIN DUA KOLAM...BAGI JADI DUTA BUKAN SURUH MAKAN GAJI BUTA.

 

Naikkan bantuan banjir jika tak benarkan pengeluaran KWSP, kata Anwar




Anwar Ibrahim meminta kerajaan tidak membebankan rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses penyaluran bantuan

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menaikkan bantuan buat mangsa banjir kepada RM5,000 hingga RM10,000, susulan keputusan Putrajaya tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Katanya, semua mangsa banjir dalam keadaan derita dan terdesak kerana menanggung kerugian besar.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menaikkan bantuan buat mangsa banjir kepada RM5,000 hingga RM10,000, susulan keputusan Putrajaya tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Katanya, semua mangsa banjir dalam keadaan derita dan terdesak kerana menanggung kerugian besar.

“Apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP, maka mereka dengan ini harus berikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap orang mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana ini.

“Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar turut menggesa kerajaan membuat perancangan dan kaedah baharu dalam mengemudi negara ketika berlaku krisis serta penyaluran bantuan kepada rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pengeluaran simpanan KWSP berjumlah RM10,000 kerana dana dan bantuan mencukupi sudah diberikan untuk membantu mangsa banjir.

Katanya, kerajaan juga bimbang dengan baki simpanan KWSP rakyat selepas membenarkan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

Balak di Pahang: Khalid mohon nama baik Yang di-Pertuan Agong dibersihkan

 


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegur tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti pembalakan susulan banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Lebih parah, tular sebuah video yang menyaksikan seorang lelaki yang didakwa sebagai ‘usahawan’ cuba mempertahankan tindakannya meneruskan aktiviti balak dengan mendakwa dia seolah-olah mendapat perlindungan dari pihak istana.

Justeru, Khalid memohon agar pihak istana dapat membersihkan nama baik baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan membuat penjelasan tentang dakwaan pembalakan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tersebut.

“Patik dengan suci hati memohon agar tuanku membersihkan nama baik tuanku dengan membuat penjelasan serta menjauhkan diri tuanku dari pihak yang menggunakan nama tuanku untuk kepentingan diri mereka sendiri.

“Patik memohon agar tuanku turut mengarahkan tindakan dikenakan ke atas mereka yang membalak atas nama tuanku dan segala kegiatan pembalakan yang memusnahkan alam sekitar dihentikan segera.

“Satu kaedah pembalakan yang lestari dan tidak merosakkan alam sekitar perlu dikuatkuasakan seterusnya,” cadangnya dalam satu kenyataan terbaru hari ini.

Ekoran dari banjir yang melanda Pahang, banyak khabar angin tersebar yang melibatkan nama baik Yang di-Pertuan Agong dan kerabat Diraja Pahang berhubung dengan pembalakan di negeri itu.

Bahkan tular video di mana seorang lelaki dengan bangga mendakwa dia akan mengadu kepada baginda Al Sultan mengenai bantahan seorang puan seri terhadap kegiatan pembalakan yang dilakukannya di Pahang.

Khalid berkata, individu berkenaan seolah-olah mendakwa mendapat perlindungan istana dan ‘setakat Tan Sri atau Datuk Sri, semuanya kecil’ dan tidak dikhuatirinya kerana dia bersama istana.

Mengulas lanjut Khalid berkata, beliau meyakini bahawa baginda Al Sultan tiada kaitan dengan dakwaan yang tersebar kini, sebaliknya, nama baginda serta Istana Pahang telah dipergunakan untuk kerja-kerja tidak amanah.

“Nama baik baginda dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang menggondolkan bukit bukau negeri Pahang secara rakus dan tanpa berperikemanusiaan.

“Patik yakin tuanku mengambil berat kesengsaraan rakyat Pahang akibat kegiatan terkutuk ini sekiranya diteruskan. Oleh itu tuanku wajar bersuara dan menghentikan kedurjanaan ini dari berterusan,” mohonnya lagi.

TANDATANGAN PETITION RASUAH KETUA SPRM

 

Siasat hubungan perniagaan melibatkan ketua SPRM/Probe MACC chief's business ties

3,617 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!

Persatuan Aliran Kesedaran Negara started this petition to Ismail Sabri Yaakob (PRIME MINISTER OF MALAYSIA)

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami terkejut apabila mendapat tahu sarjana terkemuka, Dr Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai salah seorang panel perundingan dan pencegahan rasuah ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

  • Berikutan ini serta pendedahan percanggahan kepentingan melibatkan kepimpinan SPRM, ia memerlukan tindakan segera dari semua pihak yang terlibat
  • Mereka juga memerlukan siasatan terbuka dan bebas diketuai oleh jawatankuasa parlimen yang bipartisan. Sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan
  • Kami juga mendesak agar SPRM dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan secara langsung di bawah seliaan jawatankuasa terpilih parlimen yang bipartisan

Ini semua merupakan langkah asas supaya SPRM dapat meraih semula kepercayaan umum sebagai sebuah badan bebas dalam usaha melawan rasuah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran

Pautan: Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi

English version

We are shocked to hear about respected scholar Dr Edmund Terence Gomez's resignation from the Malaysian Anti-Corruption Commission's consultation and corruption prevention panel.

  • This and the revelations about possible conflicts of interest in the leadership of MACC require an immediate response from the parties concerned
  • They also require an open and independent investigation led by a bipartisan parliamentary committee. There must be no cover-up
  • We also demand that the MACC be moved out of the Prime Minister's Department and placed directly under the supervision of a bipartisan parliamentary select committee

All this is essential for the MACC to gain public trust as an independent body capable of fighting corruption.

Aliran executive committee

Updates

3,000 supporters
19 hours ago
Persatuan Aliran Kesedaran Negara

Dikait dakwaan rogol: ADUN saman peguam hak asasi manusia

 

ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (kiri) menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada peguam hak asasi manusia, Asheeq Ali Sethi Alivi.

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham memfailkan saman fitnah terhadap peguam hak asasi manusia, Asheeq Ali Sethi Alivi di Mahkamah Sesyen di sini kerana mengaitkannya dengan kes rogol.

Pemimpin Bersatu itu mendakwa Asheeq membuat kenyataan berbaur fitnah apabila mengaitkannya dengan kes rogol berkenaan dalam sidang media pada 11 Ogos 2021.Katanya, kenyataan itu membawa maksud plaintif (Hilman) terbabit dalam dakwaan rogol terhadap seorang wanita.

“Defendan dengan sengaja dan/atau berniat jahat cuba memfitnah dan/atau mencemarkan, menjatuhkan dan merendahkan imej dan reputasi plaintif…,” kata Hilman dalam pernyataan tuntutannya, dengan menambah kata-kata fitnah itu dilaporkan beberapa portal berita seperti FMT, Malaysiakini, Sinar Harian dan The Malaysian Insight.

Hilman berkata, pasukan peguamnya daripada Hafiz Ruzaini & Co telah menghantar surat tuntutan kepada Asheeq pada 13 Ogos supaya menarik balik kenyataan itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan aku janji. Bagaimanapun katanya, ia tidak diendahkan Asheeq.

Hilman menuntut ganti rugi dan perintah supaya Asheeq diarahkan membuat permohonan maaf.

Terdahulu, Asheeq dilaporkan berkata, seorang wanita yang mendakwa dirogol rakan Hilman, sedang mempertimbangkan memfailkan kes sivil terhadap pelakunya.

Wanita itu turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka.

Seorang lelaki, Mohd Zulfahimin Mahdzir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 3 Sept lalu atas tuduhan merogol wanita itu pada Disember 2020.


Jangan 'diamkan' isu saham pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM - Fahmi




 

Isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak wajar didiamkan begitu sahaja oleh suruhanjaya berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, sekiranya hal itu tidak disiasat maka ia akan menjadi barah dan nanah kepada integriti SPRM yang akan terus dipertikaikan oleh rakyat Malaysia.

"Kita tidak mahu isu ini menjadi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai cara digunakan pihak tertentu untuk mendiamkan mereka yang cuba membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dan luar Parlimen," katanya dipetik.

Tambah Fahmi, pada 14 Disember tahun lalu, Ahli-ahli Parlimen telah mengutarakan satu usul tergempar untuk membahaskan dakwaan itu tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Oleh itu, beliau berharap satu siasatan akan segera diadakan dan Azam direhatkan pada sepanjang tempoh tersebut.

"Parlimen merupakan tempat terbaik untuk isu ini dijelaskan tetapi memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Februari, terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara siasatan dilakukan.

“Timbalan beliau memangku dan siasatan dilakukan oleh polis membabitkan beberapa aspek dalam konteks jenayah atau jenayah komersil," katanya lagi.

Baru baru ini, ahli panel perundingan SPRM, Edmund Terence Gomez meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Beliau juga mendakwa telah memberi bukti bukti berkenaan dakwaannya kepada panel perundingan SPRM namun tiada tindakan lanjut dilakukan.