Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
BN ..CARILAH MODAL LAIN BIAR NAMPAK BIJAK SIKIT
PH tak takut pun jika PRU nak diadakan segera.
Sekarang ini pun persiapan PH untuk menghadapi PRU15 dah hampir
selesai. Agihan kerusi, pemilihan calon dan persiapan jentera sedang berjalan
dalam keadaan yang baik.
Jadi BN tak perlulah nak mainkan sentimen kononnya PH takut nak
hadap PRU segera kerana takut kalah sebab PH dah biasa jadi pembangkang.
Yang tak biasa jadi pembangkang ni BN. Sebab itu BN sanggup
mengangkat pemimpin Bersatu (yang dikatakan musuh mereka) sebagai PM kerana
mereka tak boleh hidup sebagai pembangkang.
Rakyat semua tahu sebab utama BN nak cepatkan PRU adalah kerana
mereka takut lagi lama ia diadakan, lagi bertambah kemarahan rakyat pada
mereka.
Rakyat Malaysia dah cerdik. Mereka dah boleh baca tindakan BN
nak cepatkan PRU adalah kerana nak selamatkan pemimpin mereka daripada tindakan
undang-undang.
Harap BN carilah modal lain yang lebih nampak bijak.
JOM LA AZAM KE PARLIMEN....
Pemimpin DAP desak Azam Baki tampil ke Parlimen
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak Azam Baki untuk tampil ke Parlimen bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dapat dipantau Parlimen.
Khoo yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ketika dihubungi berkata, Azam tidak perlu berdalih mengatakan SPRM akan kehilangan kebebasan yang dimiliki sekiranya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.
“Peranan Parlimen bukan memberi arahan kepada SPRM, sepertimana yang dibayangkan oleh Azam. Itu isu operasi, iaitu di bawah bidang kuasa SPRM,” katanya ketika dihubungi.
Khoo berkata, satu jawatankuasa melibatkan tujuh hingga 10 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti memantau urusan pentadbiran melibatkan tugas membanteras rasuah yang dijalankan SPRM.
Kenyataan Khoo itu menyusul selepas Azam sebelum ini mengatakan ‘SPRM sudah ada enam badan “bebas” untuk memantau mereka, termasuklah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
“Kenyataan ini amat kelakar dan kurang tepat, kerana sehingga hari ini, Azam enggan hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Khoo.
Terdahulu, Azam dalam laporan media menyatakan kebimbangannya sekiranya SPRM diletakkan di bawah Parlimen kerana mendakwa agensi itu tidak akan bebas daripada tekanan politik.
Katanya, SPRM dalam bentuknya ketika ini harus dipertahankan kerana boleh menyiasat sesiapa yang dikehendakinya, tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa.
BERUNDING BERKALI KALI MEMBUANG MASA.BIARLAH MUDA BERJUANG DAHULU MENANGI HATI RAKYAT. BUKTIKAN DASAR DAN KEKUATAN PARTI DAHULU.
KENYATAAN BERSAMA
JAWATANKUASA RUNDINGAN PAKATAN HARAPAN
DAN PIMPINAN PARTI IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MUDA)
Pakatan Harapan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
telah mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan penyertaan MUDA sebagai
parti komponen Pakatan Harapan.
Ahli Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan – MUDA yang hadir
adalah:
i. YB Steven Sim Chee Keong - Setiausaha Organisasi Kebangsaan,
Democratic Action Party (DAP)
ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Naib Presiden, Parti Keadilan
Rakyat (Keadilan)
iii. Tn Hasbie Muda - Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara
(Amanah)
iv. YB Datuk Ewon Benedick - Naib Presiden, United Progressive
Kinabalu Organisation (UPKO)
Pimpinan MUDA yang hadir adalah:
i. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Presiden
ii. YB Amira Aisya Abd Aziz – Timbalan Presiden
iii. Tn Zaidel Baharuddin – Naib Presiden
iv. Tn Luqman Long – Ketua Penerangan
Ini adalah satu usaha serius antara Pakatan Harapan dan MUDA
bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang
Pilihan Raya Umum ke 15. Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik
dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat Pimpinan dalam
mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui
kenyataan bersama kepada pihak media.
Terima kasih.
30 September 2022
VETERAN UMNO RAMAL UMNO/BN KALAH PRU15
Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang
SESUDAH SUBUH
DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan
menekan Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum
(pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan
negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin
dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.
Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden
Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah
masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN)
boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.
Paling mengejutkan mereka berpendapat parti lawan (pembangkang)
lebih kuat dan berpengaruh.
Musa Hitam dilaporkan memberi pengikhtiraf kepada konsep politik
multiracialisme yang dianjurkan oleh PKR (PH), sementara Tengku Razaleigh pula
berpendapat Umno kini dalam keadaan tidak aman seperti sebelum ini.
Kata Musa yang dianggap sebagai radikal Melayu, kekuatan PKR
(PH) dengan konsep itu nyata dan menyakinkan sehingga beliau berpendapat kalau
tiga buah parti Melayu, Umno, Pas dan Bersatu bergabung dalam khemah besar
sekali pun belum tentu ia mampu mengatasi kekuatan dan pengaruh PKR.
Musa berpendapat konseop atau idealogi politik PKR jelas dan
relevan berbanding dengan konsep tiga buah parti tersebut yang tidak jelas dan
bercampur aduk dan saling dakwa mendakwa kononnya akulah yang
terbaik
.
“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam
Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula
seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam
sama," sebut Musa seperti dilaporkan.
Lantaran itu beliau memberi cadangan ketiga-tiga buah parti itu
perlu mencantumkan idealogi mereka yang bercampur aduk itu dengan menggabungkan
untuk jadi "simple solid gorup" menggelarkan mereka mempromosikan
kepentingan Melayu dan Islam, dan ujarnya dalam masa sama kumpulan itu kena
memberi jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai
kumpulan Malaysia dilindung.
Memahami apa disebut Musa itu menunjukkan konsep dan idealogi
ketiga-tiga parti itu tidak menjamin bangsa lain dan lebih fokus kepada Melayu
sahaja dimana pegangan itu sudah tidak relevan.
Pandapat dan pandangan Musa itu menunjukkan beliau lebih percaya
konsep dan prinsip yang dipraktikan dalam PKR lebih relevan dengan tuntutan
masa waktu ini. Tambah beliau lagi konsep politik berasaskan bangsa seperti
diperjuangkan Umno, Pas dan Bersatu itu sudah tidak sesuai lagi selepas negara
merdeka sebab hari ini Malaysia sudah menjadi hak semua kaum.
Sementara Tengku Razaleigh pula berpandangan keadaan Umno kini
berbeza dengan keadaan dulu kerana pada zaman sebelum ini Umno didokong oleh 13
buat parti dalam BN. Hari ini keanggotaan BN sudah tinggal empat buah parti
sahaja dan hilang kerajaan ketika dibawah pimpinan Najib Razak dan Zahid
Hamidi.
Keadaan atau nasib diterima BN itu menurut ahli parlimen Gua
Musang itu ditambah dengan berlaku perpecahan dalam Umno diperingkat negeri dan
juga pusat menjadikan Umno sudah tidak aman lagi.
Apa dinyatakan Tengku Razaleigh ini jelas apabila dalam kerajaan
hari ini dimana Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan, wujud
percanggahan pendapat dan kepentingan menyebabkan keberadaan Ismail Sabri
sebagai perdana menteri tidak didokong oleh orang Umno sepenuhnya.
Berdasarkan pendapat dan ulasan kedua pemimpin veteran Umno itu,
sukar untuk merealitikan kehendak pemuda BN dan sebahagian daripada ahli Umno
khasnya daripada golongan kluster mahkamah untuk menyaksikan UBN menang jika
diadakan pilihan raya. [wm.kl. 8:07 am 18/09/2022].
KESIANNYA PRESIDEN UMNO NI, TAK HABIS2 MERENGEK NAK PRU15 SEGERA…
Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh, Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut pengerusi BN itu, ia merupakan kelebihan yang tidak dimiliki pembangkang dan menjadi kebimbangan mereka.
“Perdana menteri sementara ini melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musim tengkujuh perdana menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Antara kritikan utama terhadap desakan BN agar PRU15 diadakan pada tahun ini adalah ia berisiko diadakan ketika musim banjir, apatah lagi dengan banjir besar yang melanda semenanjung pada hujung tahun lalu.
Bagaimanapun BN dilihat bertegas dengan desakan itu, seperti yang disuarakan Zahid beberapa kali kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, Zahid hari ini berkata seandainya PRU15 diadakan ketika musim banjir, tidak bermakna ia berlangsung ketika banjir melanda seluruh negara.
“Insya-Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi,” katanya.
Terdahulu, Zahid berkata rakyat sudah boleh membaca apa yang disifatkannya sebagai muslihat pembangkang yang membantah PRU15 dalam masa terdekat kerana mereka memerlukan lebih masa.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut membidas kepimpinan PH apabila mendakwa Umno dan BN mahu mengadakan PRU semasa banjir.
Katanya, dakwaan itu untuk menunjukkan BN seolah-olah tidak prihatin terhadap nasib rakyat.
CERAMAH DERITA RAKYAT
Ceramah Derita Rakyat bertempat di: Pejabat AMANAH Negeri Johor,
Bandar Baru Kangkar Pulai. (https://maps.app.goo.gl/66e3ip3KdYdy4pGi8)
Tarikh : 30 September 2022 (Jumaat)
Masa : 8:30pm - 11:30pm
Penceramah:
YB DS
Salahuddin Ayob
YB Adly Zahari
YB Syed
Ibrahim
Hj Aminolhuda
YB Sany Hamzan
Sdra Sheikh
Omar
Siaran langsung di page FB Amanah Negeri Johor dan FB page bersekutu
yang lain.
#AmanahProgresifPeduli
#AmanahUntukMalaysia
#PakatanHarapan
RINGGIT MERUDUM, BUKTI BN TAK FAHAM EKONOMI
Ringgit merudum, bukti BN tak faham ekonomi
on:
Nilai ringgit yang jatuh daripada RM4.50 satu dollar Amerika Syarikat kepada RM4.64 untuk sedollar dalam masa 10 hari amat mencemaskan rakyat.
Menurut KEADILAN cabang Kemaman, Kerajaan BN – PN sewajarnya menangani segera kejatuhan nilai matawang ini untuk memastikan barang keperluan harian termasuk makanan yang diimport tidak melambung dan mencekik harganya.
“KEADILAN Kemaman mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan kerajaan supaya bertindak segera melindungi nilai ringgit yang semakin menjunam
“Nilai ringgit telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun. Kali terakhir ringgit mengalami kejatuhan nilai yang teruk adalah pada krisis ekonomi 1997.
“Ketidakpedulian kerajaan mengenai krisis kejatuhan matawang negara ini amat dikesali. Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan dan suara hati mereka berhubung dengan situasi ini tetapi tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Bahkan kerajaan hanya memberi reaksi yang tidak serius,” kata kenyataan yang dikeluarkan Cabang Kemaman.
Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan itu, kejatuhan nilai matawang juga akan menyebabkan kelembapan ekonomi Malaysia menjadi lebih parah dan pembayaran hutang luar dalam dollar meningkat secara tiba tiba.
“Kejatuhan berterusan matawang menjerumuskan negara dalam krisis ekonomi yang parah. Lebih-lebih lagi dengan kadar import makanan yang melebihi 50% pada ketika ini. Ini akan menyaksikan kenaikan harga bahan makanan seterusnya meningkatkan lagi inflasi yang sudah memburuk.
“Perlu diingat dengan kejatuhan nilai matawang nilai hutang 1MDB akan bertambah daripada kadar sekarang dan ini akan menambahkan lagi tekanan terhadap ekonomi negara,” kata kenyataan itu.
Justeru, KEADILAN Kemaman bimbang dengan keupayaan kerajaan BN – PN mentadbir negara. Isu kejatuhan ringgit ini membuktikan kerajaan sekarang tidak tahu apa apa mengenai ekonomi biar pun mempunyai Menteri Kewangan bekas seorang CEO bank.
JELAJAH TRAK | BALIK PULAU- 1 OKTOBER
JELAJAH TRAK | BALIK PULAU
1 Oktober 2022 (Sabtu), 9 malam-
Taman Jajar, Sungai Ara
Kemenangan PH dalam 2018 hanya berlaku kerana KEADILAN menang di
kerusi-kerusi tradisi UMNO seperti Balik Pulau. Kerusi ini dirampas oleh
Saudara Bakhtiar dari UMNO sehingga UMNO tiada Ahli Parlimen di bahagian pulau.
Insya Allah saya akan terus membantu Saudara Bakhtiar untuk
mempertahankan kerusi ini.
Jika anda ingin mendengar sendiri kupasan kedudukan semasa negara
yang membawa kesan kepada kehidupan seharian sebagai rakyat, jumpa saya dan Nurul Izzah Anwar
Sabtu ini.
Mohon sebarkan.
HAK MEMBUAT RAYUAN KES- MACAI PERLU FAHAM
ADA JUGA yang mempersoalkan kenapa AG file rayuan kes Zahid
Hamid yang diputuskan oleh Hakim Yazid (kes di Shah Alam- VPN).
Come on lah. Appeal ini hak bukan keistimewaan. Semua rakyat
mendapat hak yang sama. Walaupun ada yang tidak mampu kerana kos nya tinggi,
itu soal lain.
Dalam kes Zahid ini, rayuan di Mahkamah Rayuan nanti hanya
terjurus kepada 2 keputusan. Samada Mahkamah Rayuan kata Hakim Yazid betul atau
pun salah. Kalau betul, Zahid terus lah dibebaskan tanpa memanggil pembelaan.
Kalau tak betul, Zahid terpaksa lah mengemukakan pembelaan. (Mungkin depan
hakim lain kerana Hakim Yazid sudah nak pencen)
Kalau tak puas hati lagi atas apa juga keputusan, boleh lagi
merayu ke Mahkamah Persekutuan pula. (Sama lah macam kes Najib).
Ada juga mengatakan apa hendak dirayu lagi sebab Hakim Yazid
sudah buat penilaian tentang fakta kes dan fakta kes tidak boleh dirayu.
Kita tengok lah apa fakta kes betul itu dan apa yang tak betul. Untuk tahu tepat atau tidak biar lah 3 orang hakim di Mahkamah Rayuan tentukan. Baru lah soheh.
POLITIK CACAMARBA
W.FAUDZIN
Dalam politik tiada
istilah paksa, wahai lebai. Dalam politik ni, setiakawan dan kejujuran itu
penting. Kalau pelacur politik, dia tak boleh dipaksa untuk terima mana-mana
pelanggan yang dia nak. Janji dia dapat fulusss.....paham, lebai? Sesiapa yang
berkawan dengan parti lebai takkan lama kerana tak larat na layan selera lebai
yang tidak tentu hala....
SUFFERING
Fuh... Suffering kata dia. Menderita di bawah PH dulu. Apa agaknya yang derita tu?
Yang kenalkan GST sampai hampir semua barang naik harga tu BN.
Bila PH naik, GST dihapuskan. Derita ke begitu?
Masa BN memerintah, tol naik saban tahun. Bila PH naik, ada
turun 18%. Memang janji akan dihapuskan tapi bukan serta merta.
Baru sekali turun 18%, dah kena rampas kerajaan. Ada lagi 3
tahun untuk PH memerintah tapi BN dan PN dah curi mandat
Bayangkan kalau PH masih memerintah sekarang ini. Mungkin dah
kurang sampai 50% dah. Jadi BN punca janji tak tertunai.
Tapi kalau turun 18% saja pun, mana lebih derita, naik saban
tahun atau turun walaupun cuma 18%? Takkan itu pun tak reti?
Malah harga barangan pun naik mendadak. Masa PH memerintah,
harga barangan stabil. Di musim perayaan pun harga ayam, minyak, telur dan
semua barangan keperluan tetap rendah.
Sekarang bukan setakat mahal, nak nampak telur di pasaraya pun
payah. Siapa yang memerintah? PM dari UMNO kan? Majoriti menteri pun orang
UMNO. Rakyat lebih menderita ketika BN memerintah.
Paling jangan lupa, negara berhutang begitu banyak disebabkan
oleh 1MDB. Siapa punya projek? Najib Razak. Orang parti mana? UMNO la...
Rakyat menderita masa PH? Tak banyak fakta nak kata begitu. Tapi
kalau nak kata rakyat tersiksa masa BN, buktinya banyak.
Mat Maslan ni... Sebab tu orang kata. Baik senyap je. Kalau
senyap orang tak tau bodoh. Tapi bila buka mulut, confirm bodoh. Guane boh?
BERI ANWAR 1 PELUANG!
BERI ANWAR 1 PELUANG!
NORMAN RADZUAN
Siapa pilihan anda?
IMPIAN UTK MELIHAT PENGURUSAN TANPA RASUAH
Mahu tidak mahu hanya tiga pemimpin ini yg bakal menjadi PM.
Siapa pilihan anda? Adakah kita mahu pemimpin yg hanya menyebut Melayu Melayu
Melayu? Anda nilaikan sendiri siapa yg anda pilih.
MUHYIDDIN
Muhyiddin telah menjadi PM melalui pengkhianatan kpd rakyat yg
memilih. Beliau istihar darurat utk menutup Parlimen tanpa sebab munasabah
malah melakukan PRN di beberapa negeri utk kuasa. Beliau juga dikenali sebagai
PM Perutusan. Adakah kita masih mahu memilih PM yg gagal? Pulangkan 'kegagalan'
kpd Muhyiddin.
ZAHID HAMIDI
Beliau mempunyai 40 kes lagi di Mahkamah. Mahukan segera
pilihanraya di musim tengkujuh dan sanggup meredah banjir. Beliau byk dibayangi
Najib Razak. Sentiasa menggunakan nama Najib sebagai tarikan kpd partinya.
Tiada apa yg boleh dibanggakan pencapaian beliau sepanjang menjadi TPM dan
menjaga beberapa kementerian.
ANWAR IBRAHIM
Nama yg cukup ditakuti oleh perasuah. Waktu Anwar dijatuhkan
beliau diaibkan begitu teruk dlm sejarah dunia. Sejarah perjuangannya terkenal
membela nasib org miskin dan memerangi rasuah.
Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992 berjaya
mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dgn mendapat untung iaitu ‘ Pendapatan
Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget.
Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro
Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yg terbaik di dunia.
Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia
Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia. Anwar Ibrahim adalah
Menteri Kewangan Malaysia pertama yg terbaik di Asia.
Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia
Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yg
mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year. Anwar Ibrahim adalah
Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian
pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.
PILIHAN SAYA…
Saya memilih Anwar demi masa depan anak2 saya. Tak dapat saya
bayangkan anak2 terpaksa survival dgn rasuah. Ini bukan soal dunia semata mata
tetapi akhirat.
Jadi berilah peluang Anwar Ibrahim menjadi PM. Negara yg
diuruskan tanpa rasuah pasti akn cemerlang. Cukup2 lah kita mengkayakan
pemimpin dan sudah tiba masanya kita memilih pemimpin yg sanggup menjadi hamba
rakyat hingga sanggup dipenjarakan atas dasar prinsip.
Berilah ANWAR IBRAHIM 1 PELUANG walau 5 tahun sahaja. 8 tahun
beliau menjadi Menteri Kewangan tiada seekar tanah rakyat dicuri. Tiada sesen
duit rakyat dirompak. Beliau dibenci dan ditakuti hanya kerana benci rasuah.
Bak kata Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim adalah calon PM terbaik
yg Malaysia ada. Cukup2 lah sebelum ini kita ditipu dan harta rakyat dirompak
atas nama bangsa dan agama. Kita mahu Malaysia baru yg cemerlang dan gemilang.
Ayuh sama2 kita memilih Anwar….Jika dia gagal melakukan
perubahan kita jatuhkan dia sebagai PM. Jika dia rasuah kita campakkan di
penjara… apa yg penting kita beri Anwar 1 Peluang!
Kita mahu pemimpin yg mampu menguruskan wang rakyat bukan
merompak wang rakyat….