((LIVE)) ANWAR IBRAHIM: ISU HARGA BARANG- SUMBANGAN KEBAJIKAN RAKYAT BAG...
RENTASAN 1158 | GEMPAR!! KINI SAH WUJUDNYA PAKATAN SULIT ZAHID-ANWAR?
Najib sokong saya jadi PM jika kes mahkamah tidak diteruskan, kata Anwar
Akuan Bersumpah | Saya tak dipilih jadi PM sebab enggan lindungi Najib -...
ZAMAN ATOK SAKA ADA BAIK SIKIT-KERAJAAN KAPITALIS
KERAJAAN KAPITALIS
Zaman Atok, untuk tambah pendapatan negara, ini
yang dibuat:
Menteri Kabinet potong Gaji dan Elaun bulan pertama memerintah
PH kenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kayangan T20 hingga ke 30%
PH kenakan cukai durian runtuh kepada Kapitalis yang buat untung
besaran2
PH rendahkan kadar cukai untuk PKS/SME
PH juga kenakan cukai hartanah CKHT lebih tinggi (target kepada T20)
PH juga menerima tamparan hebat apabila GST ditiadakan. Hilang RM45
billion cukai yang dikutip daripada rakyat pada zaman Najib. Mereka hanya boleh
kutip RM28 billion saja melalui SST.
PH juga turunkan bilangan cabutan judi dari 22 kali ke 8 kali. Sebabnya
taknak rakyat jadi tahi judi. Makanya, cukai daripada judi juga turun sebanyak
RM3 bilion ringgit.
Punya banyak polisi yang mendahului Rakyat, bukan
kapitalis. Tapi yang dipropagandakan Zaman PH Rakyat merana
Datang seorang ex-PM, lagaknya pandai, nak
diajarnya PM sekarang.
Takde pulak dia mintak PM potong gaji Menteri. Yang
dia mintak:
Naikkan harga petrol untuk golongan marhein, sebab dia taknak T20 salah
guna. Yang ni lawak
Mintak rakyat keluar duit KWSP sendiri untuk tampung belanja ketika
pandemik.
Tarik subsidi minyak dan buat apungan harga, harga barang2 naik tu
belakang cerita.
Buatlah GST sekarang, nanti rakyat senang
Dia tak sedar diri, masa zaman GST dialah inflasi
paling tinggi.
Nanti macai dia jawab, zaman dia, dia bagi BRIM. Ok
what?!
Cai oiii, setakat BRIM RM100 sebulan, apa yang nak
dibuat makan?
Zaman sekarang RM100 bukan setakat tak cukup satu
troli, nak beli minyak masak 2 botol pun tak cukup la….
Nota kaki: Minyak masak sekarang dah nak sampai
RM50 sebotol berbanding RM20 dulu. Cai suka la, ada peningkatan “30 henggek” di
situ
Pengajaran dari Kisah & Filem Mat Kilau
Melaka pun empayar yang luas, ada senjata yang
canggih dan armada yang kuat tapi jatuh juga pada Portugis sebab ada pembesar
yang belot. Pembelotan Melaka ni tak kira bangsa, pembesar Melayu belot,
pedagang Cina dan India pun ada yang belot sebab bekalkan tongkang pada
Portugis. Orang Jawa di Melaka ketika itu pun ada yang belot.
Sewaktu Tunku Kudin tawan balik Kota Kuala Kedah,
Siam serang di darat, British serang dari laut. Siapa yang jadi askar British
pada waktu tu? Orang Melayu dari Negeri Selat juga yang jadi askar british.
Tunku kudin dan ramai rakyat Kedah syahid waktu tu.
Mat Kilau pernah ditembak oleh British. Mat Kilau
lemah dengan emas. Siapa yang bocorkan cerita yang yang Mat Kilau lemah dengan
emas kalau bukan orang melayu sendiri.
Tapi ada Melayu yang tak belot. Waktu Hugh Clifford
jumpa Sultan Terengganu minta Sultan Terengganu bantu tangkap mat kilau yang
bersembunyi di Hulu Terengganu. Sultan Terengganu enggan kerjasama dan arahkan
pembesar dia lindung Mat Kilau. Sultan Kelantan sendiri pun lindung Mat Kilau
dengan reka kematian Mat Kilau.
PNgkhianatan ni tak kira bangsa tetapi selagi ada
PNgkhianat selagi itu lar kita akan lemah. Kita menang pada pru lepas dan hanya
selangkah untuk Anwar jadi PM tetapi disebabkan PNgkhianat lar kerajaan kita
tumbang dan beberapa kerajaan negeri juga tumbang bukan disebabkan pengkhianat
melayu tetapi PNgkhianat yang terdiri dari pelbagai bangsa. PNgkhianat dalam
langkah Sheraton tak kira bangsa Melayu ada, India ada, Cina ada, Sabah dan
Sarawak pun ada sebab diorg lebih memilih keuntungan individu dari keuntungan
bersama.
Dalam filem Mat Kilau ditegaskan jangan salahkan
penjajah tetapi salahkan bangsa kita yang bagi peluang dan ruang untuk penjajah
jajah negara kita ni. Sama juga dalam pru, rakyat kita yang bagi ruang dan
peluang untuk pemimpin yang korup ini berkuasa.
Dalam filem Mat Kilau diceritakan tentang sifat penduduk
kampung yang ambil jalan untuk berdiam diri sebab kurang yakin boleh menang
lawan British yang akhirnya gerai diorg dibom, dikenakan cukai yang tak masuk
akal dan dibunuh. Sama juga dengan kita, kita ada rakyat yang memilih untuk
buat undi rosak dan tak mahu keluar mengundi tapi bila harga barang naik
bising, bila pemimpin korup bising tapi tiap kali pilihanraya ambil sikap
taknak undi sebab tak yakin yang kita boleh menang dan tak yakin perubahan akan
berlaku. Bila mengundi ada yang buat undi rosak dan post dekat media sosial
demi untuk like tapi di media sosial bersuara macam dia mengundi.
Selagi mana parti politik bagi ruang pada
PNgkhianat untuk bertanding dan Selagimana kita bagi ruang dan peluang untuk
pemimpin korup ni diangkat dan kita sendiri tak cuba untuk menjalankan
tanggungjawab kita sebagai pengundi ni dengan baik, selagi mana rakyat kita
rasa biar lar pemimpin korup tapi dia bagi kita duit, kepimpinan negara ni
takkan berubah.
Kalau kita ni pengundi yang undi pemimpin korup
sebab dia bagi duit, sebab takut kena gertak, pengundi begini yang digambar
sebagai watak Pak Derus. Kalau kita pengundi yang ambil keputusan berdiam diri
dengan tak keluar mengundi, pengundi ni lar seperti penduduk kampung yang ambil
keputusan diam diri dan taknak bantu mat kilau. Tapi kalau kita semua bersatu
kita boleh menang sebab itu di akhir cerita Mat Kilau mampu menang bukan sebab
Mat Kilau kuat tapi sebab bantuan daripada Pak Derus dan penduduk kampung yang
bersama-sama Mat Kilau melawan penjajah.
OWHHH INGAT DI PENANG MELAYU MISKIN
Johor kubu kuat UMNO katanya tapi kenapa jumlah Melayu yang miskin makin bertambah sejak UMNO berkuasa?
Ada yang bertanya kenapa Mat Kilau tidak keluar dari persembunyian selepas Tanah Melayu merdeka? -Dr Hafidzi Mohd Noor
Ada yang bertanya kenapa Mat Kilau tidak keluar
dari persembunyian selepas Tanah Melayu merdeka.
Ramai pahlawan yg bersembunyi sebenarnya. Bila
sudah merdekapun Mat kilau tdk yakin kerana British masih memegang kendali
politik, ekonomi bahkan keselamatan (military). Apa jaminan Kerajaan
Persekutuan selepas baru merdeka akan melindungi Mat Kiĺau yg dicop penderhaka
bersama Datuk Bahaman dan Tok Gajah?
[Nota tambahan: seorang tokoh Tuangku Tambusai yg
melawan Belanda dlm Perang Paderi (1821 - 35) di Sumatera Barat berhijrah ke
Paroi, Seremban NS. Bila pecah perang dgn British di Ampangan 1874 beliau
mendiamkan diri dan terlibat membina institusi pendidikan bersama datuk kpd Ust
Dr Mohd Farid (mantan Presiden Ikram). Jika British tahu keberadaan beliau
pasti akan diekstradisi ke Sumatera kerana British dan Belanda sudah terikat
dgn Perjanjian London 1824 dan Sumatera Tektrat 1870)]
British masih mengekalkan pengkalan tenteranya
(antaranya pengkalan udara di Minden, pengkalan tentera lautnya di Woodlands).
British yg meminpin pasukan keselamatan dalam menghadapi komunis insurgency
(darurat) meskipun sudah merdeka pada tahun 1957 (hingga 1960). Bahkan bila
berlaku konfrantasi British menggerakkan tentera Komanwel utk menghadapi
pencerobohan tentera Indonesia di Sarawak khususnya. Tahun 1965 baru berlaku
sedikit peningkatan kepada keselamatan negara. Singapura keluar dari Malaysia
dan hubungan antara Indonesia-Malaysia dipulihkan. Aspek keselamatan serantau
berpindah ke Indo China. Britain pada waktu ini lebih banyak memberikan
sokongan logistik kepada US bahkan melibatkan Australia dalam operasi
ketenteraan.
Ketika era 60an yang sangat panas, pelbagai pihak
akan dicop sebagai anasir subversif. Sekiranya Mat Kilau muncul pada saat itu
beliau boleh sahaja di'amankan' kerana dikhuatiri boleh menjadi inspirasi
kepada sesiapa yang melawan walaupun bukan dari kalangan PKM dan agen agen
mereka.
Akhirnya beliau muncul pada tahun 1969 pada usia
122 tahun. Itupun satu pasukan penyiasat dibentuk dengan pelbagai pertemuan
eksklusif. Satu laporan dikeluarkan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk
waris-waris, ketua kampung, peg daerah, arkib, jab muzeum, Jab Sejarah Univ
Malaya dan tokoh-tokoh sebanyak 88 halaman. Akhirnya individu yang muncul dgn
nama Muhammad bin Ibrahim (No KP 2044778) disahkan sebagai Mat Kilau yang di
istihar 'terbunuh' pada tahun 1895.
Dr Hafidzi Mohd Noor
HANYA PEMILIHAN JAWAPAN UNTUK SELESAI KEMELUT UMNO – PRESIDEN JAGA PARTI, PM JAGA KERAJAAN LEBIH MENYUMBANG KETIDAKSTABILAN
Melihat kemelut dalam UMNO yang terus berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga sekarang, mahu tidak mahu harus diakui bahawa hanya ada satu jawapan sebagai jalan penyelesaiannya.
Ia tidak lain ialah dengan membenarkan pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum Parlimen mahu dibubarkan dan PRU15 ingin dilangsungkan.
Setidak-tidaknya, dengan pemilihan parti diadakan terlebih dahulu, pemimpin yang menerajui parti nanti sudah beroleh mandat daripada ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum mengharapkan mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan.
Mandat pemilihan 2018 sudah dikira tidak laku lagi untuk mendepani PRU15 kerana ketika itu UMNO adalah pembangkang, selain kluster mahkamah juga belum timbul lagi ketika itu.
Tetapi, dengan banyak perubahan telah berlaku sejak 2018, baik dalam UMNO atau kerajaan, UMNO perlukan wajah baru bagi menghadapi PRU15 akan datang ini.
Membenarkan PRU15 diadakan terlebih dahulu dan selepas itu baru diadakan pemilihan parti sebagaimana keinginan pimpinan UMNO sedia ada, ia sama sekali bukan langkah yang munasabah kerana ia bererti membiarkan krisis dalam parti tidak diberi jalan penyelesaian.
Krisis itu telah berlaku sekarang, akan berlaku sebelum PRU iaitu ketika pemilihan calon, sewaktu kempen dan selepas keputusan PRU15 diketahui, tidak kira sama BN kalah atau beroleh kemenangan.
Mampukah UMNO dan BN beroleh kemenangan dan menarik hati pengundi dalam semua keadaan seperti itu, apatah lagi serang-menyerang sesama sendiri makin galak berlaku secara terbuka?
Namun, dengan pemilihan parti diadakan terlebih dahulu, kalau pun semua masalah di atas tidak mampu diatasi, sekurang-kurangnya ia dapat diminimakan.
Ini kerana melalui pemilihan parti yang diadakan terlebih dahulu dan Perdana Menteri diberi sokongan untuk mengetuai UMNO, isu dua nakhoda antara pemimpin yang mengetuai parti dan kerajaan tidak lagi berbangkit.
Sebagainana sering kita dengar kebelakangan ini, antara hujah puak pro kluster mahkamah dalam menyokong keperluan PRU15 diadakan segera ialah kerana kononnya untuk mewujudkan pembahagian tugas yang mampu membentuk kestabilan – Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menjaga parti dan Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri pula mengurus kerajaan atau negara.
Soalnya, adakah keadaan yang sedia terbahagi dalam mengurus parti dan kerajaan seperti sekarang ini telah melahirkan kestabilan?
Hakikatnya, kewujudan dua nakhoda itu lebih mewujudkan ketidakstabilan dan huru-hara, bukan saja dalam parti, tetapi juga dalam kerajaan.
Konsep seorang menjaga parti dan seorang yang lain mengurus negara bukanlah amalan politik yang baik dalam erti kata untuk mewujudkan kestabilan yang sebenar.
Lagi pula, ia tidak pernah berlaku dalam sistem politik negara kita sejak merdeka lagi kerana kita sejak dulu menekankan konsep parti menguasai kerajaan.
Di negara lain, seperti Indonesia misalnya, memang berlaku keadaan seperti itu di mana ketua parti tidak semestinya merupakan Presiden negaranya, namun amalan itu sudah lama diterima dan mereka telah dapat memahaminya.
Berbeza dengan negara kita, kalau tiba-tiba mahu dipraktikkan amalan tersebut, itu pun semata-mata kerana Presiden UMNO ada kes mahkamah, tetapi masih bernafsu untuk mengetuai parti, sudah pasti banyak masalah akan timbul.
Apakah jika Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri, beliau mahu melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada pemimpin lain sebagai memenuhi pembahagian tugas itu?
Semua Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini adalah juga Presiden UMNO, malah ketika era PH pun, Tun Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri adalah merupakan pengerusi gabungan tersebut.
Tetapi, apa jawatan politik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekarang?
Presiden UMNO bukan, Pengerusi BN juga bukan dan inilah antara punca ketidakstabilan, kekacauan dan huru-hara terus berlaku tanpa ada kesudahannya.
Ketika saya berbual-bual dengan beberapa pemimpin veteran UMNO baru-baru ini, semua mereka dengan penuh pengharapan berdoa agar pindaan perlembagaan parti yang dibuat baru-baru ini yang boleh ditafsirkan hanya untuk memenuhi nafsu kluster mahkamah, akan ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS.
Itu saja harapan dan jalan penyelesaian yang tinggal, kata mereka. – ShahbudinHusin 30/06/2022.
SIAPA KATA. PENJAJAH BAWA MASUK PENDATANG ?
Siapa kata penjajah yang bawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu? Sebenarnya Sultan, Raja dan Pembesar Melayu yang membawa mereka-mereka ini masuk. Ini fakta la...
1848 - Long Jaafar usahakan lombong bijih timah di Klian Pauh dengan mengupah 20 orang pekerja Cina (puak Cheng Seng Hakka @ Hai San dari Kwangtung), 1000 lagi dibawa masuk untuk melombong.
1857 - Long Jaafar meninggal dunia
1861 hingga 1862 - Perang Larut Pertama
1862 - Ngah Ibrahim bayar RM17 ribu sebagai denda ganti rugi perang kepada Sultan Muazzam Shah
1864 - Ngah Ibrahim (anak Long Jaafar) dapat title Orang Kaya Menteri dari Sultan Perak (Sultan Jaafar)
1871 - Dianggarkan ada 40 ribu pekerja Cina yang dibawa masuk dan bekerja di Larut Matang dan Klian Pauh termasuk dua kongsi gelap (Gee Hin dan Hai San)
24 Feb 1872 - Pergaduhan besar Gee Hin dan Hai San (Perang Larut Ke 3)
Feb 1872 - Gee Hin menang dan 10 ribu orang Cina (Hai San) lari tinggalkan Larut dan pergi ke Pulau Pinang, Ngah Ibrahim tak dapat kawal keadaan
Mei 1872 - Ngah Ibrahim dapatkan bantuan dari Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang (George WR Campbell) dan dari Singapura (Sir Henry Ord)
1873 - Kerajan Inggeris di Pulau Pinang telah beri kebenaran kepada Ngah Ibrahim untuk import senjata. Capt Speedy diarahkan bantu Ngah Ibrahim redakan kekacauan di Larut
17 Jan 1874 - Perjanjian Pangkor
4 Nov 1874 - Raja Abdullah beri kebenaran untuk JWW Birch jadi Residen di Perak dalam Perjanjian Pangkor
2 Nov 1875 - JWW Birch dibunuh di Pasir Salak oleh hamba abdi Dato’ Maharaja Lela (Orang Besar Empat) iaitu Si Puntum dari bangsa Orang Asli. Ketua operasi bunuh ini adalah Pandak Indut (bapa mertua Dato Maharaja Lela)
1877 - Semua suspek dan rakan subahat kes pembunuhan JWW Birch digantung manakala Ngah Ibrahim, Mohd Amin dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles
Sebab utama pembunuhan JWW Birch adalah disebabkan oleh semua cukai hanya boleh dikendalikan oleh Residen Inggeris. Sultan, Raja dan Pembesar Melayu sudah tidak dibenarkan mengutip cukai. Semua sebab duit ja.
1877 - Industri Getah dimulakan di Kuala Kangsar Perak dengan 9 pokok sahaja
1902 - Estet Getah Pertama di Malaysia dibuka di Melaka
1903 - Pekerja dari India dibawa masuk oleh syarikat estet untuk bekerja sebagai penoreh getah.
PELUANG KEDUA BAGI PAKATAN HARAPAN
Selepas kemenangan besar dalam Pilihanraya Negeri Melaka pada Oktober 2021 dan Pilihanraya Negeri Johor, Mac 2022 keyakinan begitu tinggi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno untuk meraih kemenangan mutlak dalam Pilihanraya Umum ke-15.
Tetapi di hujung bulan Jun 2022, Umno mula mengalami retak yang menanti pecah. Ia bermula dengan pemecatan Tajuddin Abdul Rahman dari jawatan Majlis Tertinggi Umno. Pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu menghancurkan reputasi Zahid Hamidi, Presiden Umno sama sekali. Terlalu banyak rahsia di dalam kelambu Umno diburaikan oleh bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu.
Mengikut hukum fizik Newton, universe ataupun alam jagat mempunyai satu pusat graviti sahaja. Jika ada dua pusat graviti semua planet di universe ini akan berantukan, berlanggar sesama sendiri. Kemusnahan akan terjadi selepas itu. Tetapi kini Umno mempunyai dua pusat graviti. Satu di PWTC dan satu lagi di Putrajaya.
Umno sudah pecah sekarang. Umno bukan lagi satu kekuatan politik yang padu dan ampuh. Presiden Umno, Zahid Hamidi sudah hilang apa jua integriti yang ada sebagai seorang pemimpin politik akibat daripada pendedahan demi pendedahan dari rakan politik Perak yang berkubu di Pasir Salak bersejarah.
Najib Razak pula bekas Perdana Menteri dan “de facto” pemimpin Umno yang ingin membuat “coming back” menjadi bos di Putrajaya sekali lagi sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Najib mungkin berjaya melengah-lengahkan perbicaraan kesnya di mahkamah dengan pelbagai permohonan interlokutori tetapi Najib sudah gagal untuk mendapatkan kercayaan rakyat lagi. Tiada rakyat di sesebuah negara yang berdaulat dan bermaruah mahukan pemimpin yang boleh disifatkan “seperti tikus untuk memperbaiki labu”.
Jadi kini Umno hanya tinggal Ismail Sabri Yaakob saja lagi. Hanya Ismail Sabri yang boleh diharap untuk menjadi “poster boy” bagi Umno dan Barisan Nasional dalam PRU-15 akan datang. Tetapi Tajuddin Abdul Rahman juga yang telah mendedahkan bahawa Ismail Sabri tak termakan dengan “gula-gula” poster boy yang ditawar oleh Ahli Parlimen Bagan Datok kepada Ahli Parlimen Bera. Lebih-lebih lagi ada precedent atau duluan di mana pernah berlaku “lain di order, lain pula yang diterima” dalam babak lucu pemilihan Menteri Besar Johor Mac 2022 yang lalu.
Setakat hari ini, esok lusa belum tahu, tetapi demi bersangka baik bahawa masih ada orang baik-baik dalam Umno, maka kelihatannya, imej Ismail Sabri Yaakob masih kelihatan bersih jika dibandingkan dengan “watak-watak dalam kluster mahkamah”. Mungkin sebab itu Pakatan Harapan sudi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menteri YB dari Bera itu. Satu lagi yang orang ramai nampaknya merestui bahawa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak mahu “kacau” dan tidak mahu “campur tangan” dalam urusan mahkamah terhadap tokoh-tokoh berprofail tinggi dalam “kluster mahkamah” dari Umno itu.
Hal itu terjadi bukan secara kebetulan walaupun Ismail Sabri Yaakob profesyen awalnya sebelum terjun ke dunia politik adalah seorang peguambela dan peguamcara yang bertauliah. Benar beliau mempunyai tradisi menghormati kebebasan badan kehakiman tetapi realiti kini ialah wujud syarat nyata bertulis di dalam MoU bahawa Kerajaan pimpinan Ismail Sabri mesti menjamin kebebasan kehakiman. Demikian antara syarat yang dikenakan oleh Pakatan Harapan terhadap kerajaan sekarang. Patut kita tabik dan salute kepada PH dalam pendiriannya yang berprinsip ini.
Ramai yang masih sayang dengan Perdana Menteri “Keluarga Malaysia” yang suka pakai baju fesyen-fesyen modern sewaktu harga siling ayam naik dari RM8.90 sekilo menjadi RM9.40 dan subsidi minyak botol dihapuskan mulai esok 1 Julai 2022. Mungkin Perdana Menteri anak rakyat biasa dari Lubuk Kawah Temerloh yang kaya dengan tradisi revolusioner kembali kepada jiwa marhaennya dengan menjenguk ke tingkap di Tingkat 5 Putrajaya, melihat ke bawah kalau-kalau esok rakyat sudah turun protes di jalan-jalan raya.
Ismail Sabri Yaakob bukannya seorang Perdana Menteri yang kuat, stabil dan popular.Beliau adalah Perdana Menteri “itik patah kaki”. Tempoh hayat politiknya sudah tertulis di dinding Putrajaya dan di PWTC. Dia nombor tiga dalam hiraki Umno. Nombor satu ada kes mahkamah. Orang nombor dua hanya seorang Adun bukannya ahli parlimen. Sedangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas dan nyata bertulis hitam putih, bahawa seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Kerajaan Ismail Sabri ini adalah kerajaan “Rojak Asma”. Di dalamnya ada tahu, ada timun, ada tempeh dan ada mee kuning, sekadar menyebut beberapa ramuannya. Umno bukan dominan di dalam Kerajaan di Putrajaya sekarang. Musuh ketat Umno iaitu Bersatu ada ramai menteri di dalam Kabinet Ismail Sabri. Jika menteri-menteri Umno tarik sokongan dan meletak jawatan, berdentum kerajaan YB Bera ini tumbang.Begitu juga jika Parti Persatu tarikh sokongan, Ismail Sabri juga akan mencatatkan dalam “Guiness’s World of Record” menjadi Perdana Menteri terpendek usia pentadbiran kerajaan “Keluarga Malaysia”nya. Lebih singkat berbanding YB Pagoh menjadi Perdana Menteri.
Sekarang ruang terbuka kepada parti-parti politik pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) untuk mengatur langkah, antaranya seperti berikut:-
Pertama, PH jadi penonton sahaja, bersorak-sorai ketawa terbahak-bahak melihat “circus dalam Umno”;
Kedua, mengambil inisiatif mengembleng kekuatan positif yang masih ada di kalangan parti-parti pembangkang dengan menyaring dan menyisih elemen-elemen negatif di kalangan mereka, demi membina kerjasama pilihanraya (electoral understanding); dan
Ketiga, PH kembali kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan mereka. Kemukakan buah fikiran, idea, cadangan dan agenda perubahan yang tulen, bukan retorik.
Percayalah kepada rakyat. Mereka mahukan perubahan dan harapan yang menjamin nasib masa depan mereka, anak-cucu mereka. Mungkin sekarang ini terbuka peluang kedua bagi Pakatan Harapan untuk mendapatkan semula mandat untuk menyelamatkan rakyat dan Malaysia tercinta.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Khamis 30 Jun 2022
TAHNIAH PUAD KERANA ANDA PUNYA KEBERANIAN....JANGAN JADI PARTI SATU TU....DIAM MEMBISU BILA BAB REGA BARANG NAIK
Puad tawar diri saman Dr M isu Batu Puteh
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menawarkan diri untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menjadi individu bertanggungjawab ke atas kehilangan pulau Batu Puteh.
“Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, Tun M mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai. Baru padan.
“Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun M. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara,” katanya di Facebook.
Puad berkata, tindakan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 menarik balik rayuan tuntutan ke atas pulau Batu Puteh adalah tarikh hitam negara dan bekas perdana menteri itu wajar disaman sebagai pengajaran.
Beliau berkata demikian susulan tindakan Mahathir meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara tidak sampai 15 minit selepas tiba untuk ditemu bual oleh Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Bekas perdana menteri itu berbuat demikian kerana membantah kedudukan Apandi sebagai pengerusi panel terbabit dan bertegas tidak akan memberikan kerjasama sehingga beliau digantikan.
Pada 3 Feb 2017, Putrajaya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau Batu Puteh.
Apandi, yang juga peguam negara pada 2017, berkata, beliau akan mengetuai sepasukan pakar semakan ke atas keputusan ICJ itu. Bagaimanapun pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan itu sebelum kes berkenaan dibicarakan pada 11 Jun tahun sama.
JANGAN BIARKAN UMNO MENIPU BANGSA MELAYU TURUN TEMURUN- ITU BODOH NAMANYA
TRAGEDI
Orang Melayu bukan
tidak tahu betapa teruk rasuah pemimpin2 UMNO. Bukan mereka tidak nampak betapa
kaya pemipin2 UMNO dan kerakusan sesama mereka kpd kuasa.
Tapi kebencian
melampau mereka kpd DAP hasil ditanamkan sikap perkauman berpuluh tahun… mereka
menghalalkan berbillion wang rakyat dirompak. Mereka korbankan diri biar mereka
susah atau papa kedana asalkan bukan DAP.
Mudah sahaja
berkempen utk org Melayu, sebut sahaja nama DAP… rompaklah berbillon wang
rakyat, naiklah harga barang, kenakanlah pelbagai cukai mereka tak kisah
asalkan Melayu dan bukan Cina DAP.
Tragedi kpd Malaysia
yg dikatakan sebagai antara negara paling korup di dunia hingga trillion negara
yg kaya raya ini berhutang. Mentaliti dunia ketiga buat anak cucu kita suatu
hari nanti akn merana…
Org Melayu dia
merungut barang naik. Org Melayu dia merungut cukai yg tinggi. Org dia Melayu
merungut kehadiran berbillion warga asing… org Melayu hanya tahu merungut tapi
mereka tidak tahu semuanya itu adalah hasil tangannya sendiri… tragedi.
Org Melayu bertanjak
ke panggung kerana semangat Mat Kilau. Org Melayu hanya nampak Mat Kilau lawan
penjajah. Tapi mereka lupa kekecewaan Mat Kilau hingga dia menjadi pelarian
apabila org Melayu ramai yg tidak menyokong perjuangannya. Malah menjadi tali
barut penjajah hingga Mat Kilau menjadi Mat Siam. Sejarah tidak pernah menipu
dan sejarah sikap org Melayu tak pernah berubah.