Banjir besar: PM perlu jawab di Parlimen, tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja
Pakatan Harapan (PH) amat prihatin terhadap suara rakyat yang
lantang mengkritik kelembapan Jemaah Menteri Kerajaan BN - PN dalam menghadapi
malapetaka banjir luar biasa pada pertengahan Disember lalu.
Bahaya penduduk Gebeng berjiran dengan 'radioaktif' - Lee Chean Chung
Kelulusan membina Pelupusan
Sisa Radioaktif (PDF) di Gebeng dianggap luar biasa kerana kawasan tersebut
mempunyai manusia, aktiviti harian dan merupakan kawasan industri, bukannya
kawasan terpencil tidak berpenghuni.
Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, kelulusan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membina tapak pelupusan sisa radioaktif kilang Lynas tersebut perlu dikaji semula dari semua aspek.
"Ini merupakan satu kelulusan paling “luar biasa” pada tahun 2021. Sekiranya PDF dibina di tapak Gebeng, lebih 10,000 pekerja di sana dan beribu-ribu penduduk di 5 Kampung, 9 buah institusi pelajaran dan 12 taman perumahan akan “berjiran” dengan sisa radioaktif.
"Tapak Pelupusan Kekal (PDF) tersebut akan disimpan dengan sisa yang berunsur Thorium dan Uranium. Adakah sesuai untuk menyimpan sisa-sisa radioaktif ini di kawasan yang pesat dengan kegiatan manusia? Dalam jangka masa panjang, siapa yang akan mengurus dan menyelenggara kemudahan tersebut?
"Laporan Agensi Alam Sekitar (EIA) turut menyentuh hujan lebat akan mengakibatkan air dalam PDF melimpah keluar, dan mungkin mencemarkan Sungai Balok. Bukankah risiko ini bakal menjejaskan mutu hasil tangkapan ikan dan keselamatan air? Adakah keputusan kelulusan ini bertanggungjawab tanpa mengambil kira aspek tersebut?" tanyanya dalam satu kenyataan.
Bantahan kilang Lynas sejak sedekad tidak
diendahkan
Selain berdekatan dengan kawasan dipenuhi penduduk, menurut Chean Chung lagi, Gebeng mungkin tidak terkecuali daripada dilanda banjir besar pada masa hadapan, memandangkan perubahan iklim telah menyebabkan kawasan Karak dan Bentong yang tidak pernah dilanda banjir bandang mengalami kerosakan yang teruk dalam banjir pertengahan Disember lalu.
Katanya, jika tapak perlupusan sisa berkenaan ditenggelami banjir maka kesannya akan menjadi lebih buruk.
"Banjir yang berlaku kelmarin telahpun mencecah rekod paras air yang tinggi dalam tempoh 50 tahun. Kebanyakan tempat yang tidak pernah banjir telah tenggelam. Adakah EIA mengambil kira risiko perubahan iklim?
"Laporan turut menyatakan bahawa air bawah tanah tidak akan tercemar melainkan berlakunya kejadian luar biasa. Adakah kerajaan yang gagal mengesan banjir yang melanda minggu lepas, dapat memantau pencemaran air bawah tanah? Siapakah yang bertanggungjawab dan memberikan amaran awal?" katanya lagi.
Oleh itu, Chean Chung mahu pihak berkuasa mengkaji semula kelulusan yang diberi kerana di negara yang mempunyai industri berkaitan radioaktif, PDF biasanya dibina di kawasan gurun atau rizab Persekutuan yang tidak mempunyai penghuni, bukannya di tapak kawasan perindustrian.
Pelbagai pihak mula meragukan
kenyataan pihak berkuasa bahawa banjir besar di Pahang pertengahan Disember
lalu tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan.
Katanya, beliau keliru dengan kenyataanJabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung banjir lumpur berserta sisa kayu itu kerana hanya merujuk Hutan Simpan Lentang yang dikatakan tidak berlaku pembalakan.
BOLEH PERCAYA KAH HARGA BARANG INI BOLEH TURUN ?
4 barang keperluan turun harga mulai esok, kata KPDNHEP
BUKIT MERTAJAM: Ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang akan mengalami penurunan harga di seluruh negara bermula esok dalam usaha membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga munasabah.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, keempat-empat barangan itu terlibat dalam pelarasan semula harga sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan.
“Empat harga barang baharu berkenaan adalah di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang terlibat dalam pelarasan semula harga yang dibuat dengan mengambil kira situasi serta lokaliti sehingga 4 Feb nanti.
“Antara contoh penurunan bermula esok adalah harga ayam, iaitu daripada RM9.30 kepada RM9.10. Sama juga seperti tiga lagi barang keperluan makanan termasuk dua jenis sayur-sayuran berkenaan, turun lima hingga 10%,” katanya selepas program ‘walkabout’ operasi ‘Back To School’ (BTS) dan SHMMP di Pasar Raya Mydin di sini, hari ini.
Sementara itu katanya, menerusi SHMKM pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 25,897 premis perniagaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu mengesan 85 kes pelbagai kesalahan perniagaan yang membabitkan nilai kompaun RM20,000 setakat semalam.
Beliau berkata, kompaun itu antaranya membabitkan kesalahan berkaitan perbuatan menjual barangan keperluan melebihi harga maksimum ditetapkan serta tidak meletakkan tanda harga.
Sementara itu merujuk kepada BTS Azman berkata, operasi itu bertujuan memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang keperluan sekolah sewenang-wenangnya dan mematuhi peraturan kawalan harga ditetapkan.
“Operasi ini dilaksanakan bermula 13 Dis lepas hingga 20 Mac tahun depan membabitkan sembilan jenis barangan keperluan sekolah yang terdiri daripada pakaian sekolah, beg sekolah, kasut sekolah dan peralatan pembelajaran. Setakat ini kami telah periksa 437 premis membabitkan 1,858 jumlah barangan,” katanya.
BUKA PONDOK PUN BOLEH SAJA USTAZ...
Panas! Pemimpin Pas tempelak tindakan MAIS tarik balik tauliah mengajar agama kepada orang politik
Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik serta menamatkan tauliah mengajar kepada aktivis politik hanya melebarkan lagi jurang di kalangan umat Islam.
Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.
“Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan.
“Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin.
“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,” katanya kepada Malaysiakini.
Dusuki, yang pernah mendapat tauliah mengajar daripada Mais, mengulas langkah Selangor menarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik.
Semalam, Mais mengumumkan, tauliah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis.
Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.
Bagaimanapun, exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal berkaitan politik.
Mengulas kesan penamatan tauliah itu kepada kepimpinan PAS yang dilihat paling terkesan, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata apa yang berlaku itu hanyalah ujian dari-Nya.
Namun, Ahmad Dusuki berkata dalam dunia serba canggih hari ini pelbagai cara dapat dibuat bagi menyampaikan dakwah.
“Setiap ujian dan mehnah ada pahala yang Allah sediakan.
“Kerja-kerja dakwah tetap jalan dengan banyak cara yang ada di zaman teknologi ini. Semuanya di nilai di sisi Allah SWT,” katanya.
Politik Islam lwn politik sekular
Mengulas lanjut langkah penamatan tauliah itu, Ahmad Dusuki berkata Mais seharusnya memberikan fokus ke arah mengimarahkan rumah-rumah Allah agar umat Islam tidak terus menjauh.
“Bagi kami, fokuskan ke arah pengimarahan masjid di musim pendemik yang melengangkan masjid semenjak dari dua tahun kebelakangan ini dari menjauhkan masyarakat dekat kepada Allah.
Dia juga menjelaskan terdapat perbezaan antara politik islam dan politik sekular.
“Kena ada perbezaan antara politik Islam dan politik sekular, (kena ada perbezaan antara) politik yang diajar oleh Rasulullah SAW dan politik yang diajar oleh musuh.
“Politik Islam ajarlah kepada masyarakat,” katanya.
APA SALAHNYA SALING BANTU MEMBANTU?
Saya tidak bersetuju kenyataan Azhar Idrus
APA SALAHNYA SALING BANTU MEMBANTU?
Sebelum isu ini... kita dpt melihat pemuda2 India dtg membantu
umat Islam membersihkan masjid yg teruk dilanda banjir. Jadi kenapa UAI
melarang pelajar2 Islam bantu membersihkan rumah ibadat mereka?
Selepas pemuda2 India berbuat demikian, pelajar2
Universiti Islam Antarabangsa ini menunjukkan tolenrasi dan
keindahan akhlak Islam dgn membalas budi baik mereka dgn dtg membantu
membersihkan kuil pula. Jadi apa masalahnya?
Islam ajar bertolenrasi dan membantu mereka yg dlm kesusahan.
Bukannya mereka hadir setiap hari berbuat demikian tanpa sebab. Bukannya mereka
dtg sembah objek2 di situ dan mereka lakukan dgn batas2nya. Musibah banjir ini
sebenarnya antara hikmahnya menyatukan kita pelbagai bangsa yg teruk dipisahkan
oleh org2 politik.
Utk saya yg cetek ilmu agama ini tak salah utk kita berbuat baik
dan saling membantu. Bagi saya yg salah kita golongan agama saling bantu
membantu pemimpin2 korup, salah guna kuasa, bersuhabat merampas kuasa rakyat
dan mengapi apikan isu perkauman.
Di luar negara Gereja siap benarkan azan di tempat mereka. Di NZ
org Kristian menjaga luar masjid takut umat Islam diserang ketika solat dan byk
lagi tolenrasi mereka kpd Islam. Begitu tolenrasi Islam kpd mereka.
Kita tunggulah Dr Rozaimi utk ulas selanjutnya kerana ia dlm
bidang ilmunya terutama bab isu Ta'awun. Saya sekadar berikan pandangan,
mungkin saya betul mungkin saya salah... Wallahuallam.
DIZAMAN SERBA BERINTERNET PUN ADA LAGI YANG MENYANGKA RAKYAT TAK CELIK MATA
HAMDAN TAHA
Kita sekarang berada penghujung tahun 2021 besok adalah 31 Dec
bermakna tamat lah tahun 2021 dan muncul lah tahun 2022. Kita telah berada di
tahun serba maju dan bermaklumat sehinggakan sekarang anak anak yang baru dua
tahun pun dah pandai mengunakan HP dan Komputer begitu lah berilmu dan bermaklumatnya
insan di dunia sekarang tak kira kita berada di mana dengan syarat ada
internet...
Walaupun pun rakyat bermaklumat dan telah bijak berfikir
berasaskan maklumat tapi pimpinan politik dan pentakbir kerajaan masih berada
di tahap tahun 70 an. Pemikiran mereka tidak berkembang ikutnya kemajuan dunia
mereka masih lagi bekerja dengan sindrom penafian dalam semua hal untuk menutup
kesalahan kelompok mereka...mereka fikir rakyat malaysia ini masih lagi membaca
utusan malaysia,harakah dan melihat tv 1 dan tv 3 sebagai rujukan
harian....cuba kita lihat kenyataan
1. Pengarah hutan Pahang dalam kenyataannya menyebut banjir di
janda baik dan mentakab tidak ada kena mengena dengan pembalakan. Kayu kayu
yang hanyut di bentong dan di janda baik adalah kayu atau pokok yang di bawa
arus kepala air....
2. Tasik cini di sekelingnya adalah kawasan tadahan hujan dan
tidak pernah ada pembalakan atau melombong di sana
3. Exco kerajaan selangor cuba menafikan bahawa berlakunya
banjir ini melibatkan salah urus kerajaan negeri sebaliknya kerana laluan air
yang di buat di KL antara puncanya selangor banjir
4. Kerajaan pusat pula meletakkan kesalahan kepada kerajaan
negeri apabila berlaku banjir. Menteri Besar hentam PM dan Tan Sri Noh Omar
begitu lah sebaliknya saling tuduh menuduh dan tidak mahu tunduk dan mengakui
kedua duanya bersalah dalam banyak hal walaupun bukan di zaman mereka menjadi
PM dan MB
5. Penyokong parti mengambil kesempatan saling salah menyalah
antara mereka supaya mereka boleh jadikan modal pru ke 15 nanti
Semua ini berlaku dalam negara kita...banjir berterusan dan
rakyat terkesan tapi parti parti politik bertelagah mencari kesalahan pihak
lawan
Pegawai kerajaan pula terpaksa buat kenyataan media tidak berani
berdepan pemberita dalam isu pembalakan dan isu isu lainnya. Mereka sedaya
untuk menyelamat pihak tertentu terutama pihak istana. Sebenarnya dari zaman
ujudnya sultan lagi rakyat telah di peralat dan di perguna oleh mereka...Sultan
dari ujudnya Sultan telah ada dalam fikiran mereka harta negara adalah harta
Raja,hasil hutan,lombong dan hasil bumi semuanya di katakan hak mereka...
Hancurnya negara bila Sultan menjadi ahli perniagaan. Menteri
Kewangan juga berniaga seperti Tun D,Menteri Besar juga berniaga dan berlumba
lumba membeli rumah di london,Menteri juga berniaga dan lebih parah Perdana
Menteri juga adalah ahli Perniagaan maka di sebabkan semua berniaga bila ada
isu besar mereka kelam kabut menuduh dan mencari kesalahan musuh musuh politik
mereka...
Lebih teruk lagi IGP,Peguam Negara,Hakim Hakim,Ksu dan Ksn juga
adalah merangkap ahli perniagaan....
Kalau dah mereka semua berniaga tersepit lah rakyat....susah lah
rakyat ....dan sebenarnya kita telah memanggil kemurkaan Allah.swt....ini yang
terjadi pada kita....
Selamat menyambut tahun baru...semoga ada sinar di hadapan buat
semua...
Ampunkan lah dosa dosa kami Ya Allah
BANJIR dan KAYU BALAK.
SAMSUDIN NAWAWI
Gambar dan video boleh edit, tapi apa yang kita nampak di mata
sendiri terutama oleh orang yang berada ditempat kejadian atau yang menjadi
mangsa kejadian tidak boleh edit.
Keadaan sebelum, semasa dan selepas kejadian juga kalau
direkodkan melalui gambar dan video juga boleh di edit.
Itu lah dunia media baru atau media sosial.
Di sini lah letaknya pertembungan dua pihak. Satu pihak yang
menuduh dan satu pihak lagi yang mempertahan.
Yang menuduh ada hujahnya dan kalau yang mempertahan tersalah
hujah balasnya, maka persepsi awam akan berpihak kepada yang menuduh.
Kita sebagai orang yang di luar gelanggang hanya boleh
memerhati, mendengar dan membaca jawapan terutamanya oleh pihak berkuasa
negeri.
Kini penafian ialah apa yang hanyut itu balak. Kata mereka itu
kayu2 yang tercabut yang dihanyutkan oleh kepala air yang deras. Tapi ada pula
gambar kayu itu dipotong mcm kerja gergaji. Ada juga yang kata kayu kecil2 itu
bukan balak. Itu debris. Kalau debris, datang mana debris itu? Dari kawasan
pembalakan atau dari kawasan pembersihan (clearing) hutan? Kedua2 itu perlu
kelulusan kerajaan. Kalau tiada kelulusan, itu haram. Kalau haram kenapa selama
ini dibiarkan?
Jawapan mengatakan pemantauan drone telah menunjukkan tiada
penebangan hutan. Berapa jauh drone itu boleh dikendalikan dari tempat
beradanya remote monitor? Adakah laporan melalui drone itu conclusive sehingga
tidak menunggu lagi untuk mengeluarkan statement?
Sudahnya kita dihidangkan dengan laporan drone yang berbeza dari
pihak lain terutamanya pihak yang pergi sendiri ke tempat kejadian.
Tapi apa yang dibentangkan dibawah ini, secara tersurat dan
tersiratnya ada lah pengakuan bahawa yang hanyut itu adalah kayu balak.
Kredit : https://m.facebook.com/story.php...
Notis Awam Mengenai Kayu Tak Dituntut telah ditampal di kawasan
berhampiran Jambatan Sri Telemong pada hari ini. Mana-mana pihak yang ingin
menuntut hak keempunyaan ke atas kayu-kayu balak tersebut bolehlah berbuat
demikian sebelum atau pada 11 Januari 2022.
Manakala notis di dua lokasi iaitu di Sungai Perdak dan Sungai
Temeriak akan ditampal pada esok, 31 Disember 2021.
Kerajaan Negeri dan pihak penuntut adalah tertakluk kepada
Seksyen 77 Akta Perhutanan Negara 1984.
Tiada lagi pengeluaran KWSP, tegas Menteri Kewangan
PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertegas menolak pengeluaran tambahan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan berkata ia hanya akan membebankan generasi akan datang yang perlu menjaga warga emas tanpa simpanan persaraan.
Kerajaan membenarkan pencarum menggunakan simpanan KWSP sebagai langkah kecemasan untuk menghadapi kesan wabak Covid-19.
Dengan banjir teruk yang baru-baru ini melanda sebahagian negara, selain wabak yang berterusan, timbul seruan agar satu lagi pusingan pengeluaran dibenarkan.
Ini adalah program luar biasa yang “telah mencapai tujuannya dan mesti berakhir dengan muktamad”, kata Tengku Zafrul dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail.
Beliau berkata, kerajaan akan terus membantu mangsa banjir untuk bangkit, tetapi pengeluaran KWSP tidak akan menjadi sebahagian daripada bantuan berkenaan.
“Dalam kes KWSP, kita tidak boleh terus bersikap populis dengan mencari jalan mudah membenarkan pengeluaran tambahan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah menyediakan pakej bantuan banjir terbesar dalam sejarah.
“Pertimbangkan akibat jangka panjangnya, khususnya kepada anak cucu kita yang bakal mewarisi bebanan menyara kehidupan warga emas di negara ini yang tidak mampu menanggung persaraan sendiri,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, bencana banjir bukan tidak pernah berlaku.
Pada 2014, apabila banjir teruk melanda beberapa negeri, termasuk Pahang dan Kelantan, kerajaan bertegas tidak membenarkan sesiapa menyentuh “satu sen sekalipun” daripada simpanan persaraan mereka.
Beliau juga menegur pihak yang menyeru agar pengeluaran tambahan dibenarkan dan cuba mendorong orang ramai untuk berbuat perkara yang sama.
“Biar saya jelaskan, kerajaan yang pertama sekali mengutarakan idea ini pada 2020, dan ia dibolehkan setelah dipertimbangkan secara berhati-hati dan melalui penilaian kewangan dan ekonomi yang teliti.
“Suara-suara yang kini mendorong rakyat dalam isu ini tidak pernah terlibat dalam keputusan itu, maka mereka tidak maklum mengenai pelbagai analisis komplikasi dan impak.
“Namun, pihak-pihak yang memprovokasi ini tekad mengeksploitasi situasi ini, dan ‘mengepung’ KWSP dan kerajaan.”
Menerusi pelbagai pusingan pengeluaran, RM101 bilion telah disalurkan kepada tujuh juta pencarum KWSP.
Ini mengakibatkan hampir separuh daripada pencarum, kira-kira enam juta, kini hanya ada kurang RM10,000 bagi persaraan mereka.
Selangor gagal tangani banjir, kumpulan pro Anwar gesa buat pendengaran awam SELCAT
PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana banjir.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, sebagai negeri termaju, Selangor tidak wajar hanya bergantung kepada bantuan Putrajaya dalam memberikan bantuan mengurus bencana banjir.
“Otai mengusulkan agar pendengaran awam SELCAT disegerakan untuk rakyat tahu di mana silapnya koordinasi bilik gerakan Unit Bencana Selangor di bawah seliaan Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) gagal berfungsi dengan baik apabila ‘siren’ kecemasan di war-warkan oleh Jabatan Meteorologi di media arus perdana dan dilapangan air mula menenggelamkan kenderaan di Shah Alam dan Klang ketika itu.
“Sebagai negeri termaju di Malaysia adalah tidak wajar bergantung kepada Putrajaya untuk bantuan aset membantu pemindahan mangsa banjir. Sewajarnya Selangor sudah siap siaga dengan aset tersebut kerana seringkali berlakunya banjir kilat sebelum ini,” katanya kepada FMT.
Kumpulan itu juga mempertikaikan peranan Setiausaha Kerajaan, Haris Kasim semasa dan sebelum berlaku banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
“Dato’ SUK gagal ‘mengaktifkan’ untuk menggerakkan aset-aset agensi kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat.
“Otai mempertikaikan kenapa bot-bot milik Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) contohnya tidak digerakkan ke kawasan yang teruk terjejas di Sri Muda, sedangkan Sri Muda hanya terletak kurang 4.5km dari ibu pejabat MBSA,” katanya sambil menggesa SUK membuat penjelasan berhubung isu terbabit.
Katanya, Selangor juga tidak wajar menuding jari kepada Putrajaya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab membantu mangsa banjir.
“Sebagai ketua pentadbir negeri maka Menteri Besar juga patut pikul tanggungjawab ekoran bencana ini,” katanya.
ISMAIL SABRI DAN PEMANDU KERETA YANG MASUK LONGKANG
Ramai kini bertanya, bolehkah urusan negara berjalan seperti biasa tanpa ada Perdana Menteri mengetuai kerajaan?
Apa sebenarnya keperluan Perdana Menteri kalau keberadaannya pun seperti tidak terasa apa-apa?
Selain hanya Ismail Sabri Yaakob sendiri yang hidupnya kini berbeza kerana diringi kereta dan motorsikal peronda polis untuk ke mana-mana, manakala kita sebagai rakyat sekadar merasai kehadirannya bila mendengar bunyi siren polis yang mengiringinya kebetulan lalu sejalan atau berselisih dengan kita, apakah kelebihan lain yang boleh kita nikmati?
Akan mati tiba-tiba atau pendek umurkah kita jika tiada Perdana Menteri mengetuai negara ini?
Secara umumnya, negara kita ini diurus dan dipastikan ia berjalan dengan baik ialah melalui kewujudan jabatan-jabatan kerajaan dan peranan kakitangan awamnya.
Di situlah ada pelbagai jentera untuk menjaga rakyat, penguatkuasa undang-undang bagi memastikan kehidupan teratur dan pelbagai keperluan lain dalam kehidupan.
Kalau diumpamakan negara ini ibarat sebuah kereta, jabatan dan kakitangan awam adalah umpama enjinnya, sementara Perdana Menteri melalui kabinet dan parti yang mengetuai kerajaan pula memegang sterengnya bagi mementukan ke mana hala tuju kereta itu hendak dibawa.
Kita sebagai rakyat adalah penumpang kereta tersebut yang akan dibawa ke mana saja kehidupan kita oleh sesiapa yang memegang sterengnya.
Sebab itu, ke mana halu tuju negara akan kelihatan berbeza apabila Perdana Menteri atau parti yang berlainan memegang kuasa.
Melalui kuasa memegang stereng, walaupun enjin adalah penting, pemandu yang cekap dan berwibawa jauh lebih penting sebenarnya untuk sesebuah kereta.
Kereta yang mahal boleh jadi akan masuk ke longkang atau kemalangan jika pemandunya tidak cekap, apa lagi jika langsung tiada kemahiran pemanduan.
Dengan peranan sebagai pemegang stereng, seseorang Perdana Menteri juga harus bersuara, bercakap, memberi arahan dan menenangkan fikiran penumpang yang kadangkala pelbagai karenahnya.
Tetapi, selagi pemegang stereng itu seorang yang diyakini kemampuannya dalam memandu serta jelas ke mana kereta hendak dibawa, arahan atau cakapnya pasti akan sentiasa didengar dan dipatuhi oleh penumpangnya.
Dalam konteks Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekarang ini, adakah kita merasai peranannya sebagai pemandu dan pemegang stereng yang berwibawa?
Dapatkah kita merasa ke mana kereta yang sedang dipandunya kini hendak dibawa?
Adakah kita juga selesa menaiki kereta yang sedang dipandunya?
Atau kereta yang sedang berjalan sekarang hanya menggunakan pemanduan automatik yang semata-mata ia dapat bergerak disebabnya enjinnya masih berfungsi dengan baik, walhal pemandunya sekadar bersenang-lenang, tidak berbuat apa-apa dan kereta cuma berpusing-pusing tanpa arah?
Sampai bila kita mahu ada pemandu yang menyusahkan jiwa dan hidup kita itu? ShahbudinHusin 31/12/2021.
MASJID PERLU BEBAS PENGARUH POLITIK, TITAH SULTAN HARUS DIJUNJUNG
Alhamdulillah dasar Masjid semasa pemerintahan PH adalah berlandaskan kepada konsep Ramah Aman Harmoni Mesra Aman dan Hormat atau singkatannya RAHMAH.
Kami telah melancarkan program Masjid RAHMAH di peringkat Persekutuan dan telah meyakinkan negeri-negeri betapa perlunya konsep ini dilaksanakan segera.
Sedari awal, Parti Amanah memahami bahawa Masjid perlu bebas politik kepartian dan menjangkau sebarang kepentingan kelompok dan puak.
Sebarang keterikatan puak atau kumpulan perlu ditinggalkalkan di luar pintu masjid.
Rumah Allah adalah tempat kita menyebut nama Allah dan sebarang aktiviti adalah untuk menyemai ketaqwaan serta kasih sayang sesama umat dan sesama insan.
Kebencian sesama umat Islam dan antara agama serta kaum dalam banyak hal disemai oleh sesetengah pihak melalui kuliah dan mimbar khutbah atas dorongan kepentingan politik.
Fitnah terhadap kebaikan yang diusahakan dicanang melalui kuliah-kuliah yang memakai wajah tokoh ‘ulamak’ dan para ustaz untuk meyakini pendengar.
Parti politik yang membolot nama Islam pada dirinya sahaja mendapati masjid dan surau tanah yang subur mengglakkan agenda politik mereka sekaligus menyebarkan kebencian sesama umat Islam dan rakyat secara umum.
Mereka adalah para penunggang agama yang jijik.
Pihak MAIS juga perlu mengambil tindakan tegas kepada Masjid dan Surau mahupun kenyataan individu yang tidak menghormati keputusan ini.
Golongan tegar ini seolah memekakkan diri kepada perlunya masjid menjadi tempat kesatuan umah khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.
Saya juga ingin menggesa Menteri Agama hari ini supaya terus memperjuangkan Masjid RAHMAH yang telah kami mulakan sejak 2018 bagi membersihkan masjid dari unsur politik kepartian.
Saya turut menggesa Menteri Agama dan Menteri-Menteri lain tidak menggunakan mimbar kuliah dan khutbah Jumaat atas kapasiti mereka kerana ia akan menjejaskan nama baik institusi
Masjid yang perlu dilihat bebas politik. Menteri Agama sepatutnya menyediakan dasar bukan berkhutbah mahupun berkuliah untuk platform politik.
Junjung Kasih ke hadapan DYMM Tuanku Sultan Selangor atas ketegasan ini dan patik mendoakan atas hikmah dan bijaksana Tuanku Masjid-masjid kekal memenuhi kehendak Syariat Islam supaya menjadi lambang Ketaqwaan dan Kesatuan Umat Islam sekaligus memakmurkan negara tercinta, Amin.
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
Pengerusi PH Perak
30 Dis 2021.