‘Rakyat derita, mana rasa bersalah’, Putrajaya digesa minta maaf kepada ...
Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menangani bencana banjir baru-baru ini.
6 Kolam Takungan Banjir Lulus Jadi Tapak Pembangunan? TAK SERIK KE?! SEC...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak ke atas penyalahgunaan kuasa dengan menukarkan tapak 6 kolam takungan banjir kepada tapak pembangunan.
Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh susulan Laporan Ketua Audit Negara 2019 ke atas Pelaksanaan Pembangunan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
BONGKAR LAGI! KAKAK INI HERAN PASTINYA RAKYAT AKAN TERKEJUT!
SEKALI SEORANG RAKYAT MEMBONGKARKAN SESUATU YANG JARANG2 BERLAKU TETAPI AKHIRNYA BERLAKU DI DEPAN MATA APAKAH SEMUA NI?
MANGSA BANJIR PERLU DIBERI REBAT UTILITI – WANITA PKR
Mangsa banjir perlu diberi rebat utiliti – Wanita PKR
Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada mangsa mangsa banjir yang mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit dalam bencana berkenaan.
Katanya, amat tidak sesuai mangsa mangsa tersebut terpaksa membawa bil utiliti pada waktu mereka terpaksa menyediakan wang untuk membeli peralatan asas rumahtangga atau perniagaan.
“Mengambil kira impak kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara, rebat utiliti atau pengecualian bayaran di bawah Program CSR wajar dipertimbangkan oleh pembekal pembekal perkhidmatan
“Saya mencadangkan agar rebat bil air dan elektrik sebanyak RM200 diberikan kepada mangsa banjir yang memiliki rumah, RM500 kepada mangsa banjir yang memiliki lot kedai atau rumah kedai dan RM1500 kepada pemilik-pemilik kilang.
“Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan kepada mangsa banjir selama tiga bulan. Saya juga mencadang Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengecualikan cukai pintu premis mangsa banjir selama 6 bulan,” katanya.
Menurut beliau, berbanding bantuan kewangan RM1,000 yang tidak seberapa oleh Kerajaan Persekutuan dan kerosakan harta benda yang dialami, pemberian rebat dianggap memberi sedikit kelegaan kepada mangsa.
“Rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan kecil berbanding kerugian besar yang dialami oleh orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.
“Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa agar membantu untuk meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’,” katanya lagi.
WUJUDKAN PELAN INDUK MITIGASI BANJIR – AMK
Wujudkan pelan induk mitigasi banjir – AMK
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Malaysia perlu menerima realiti bahawa negara ini menghadapi dampak perubahan iklim atau climate change yang memungkinkan negara menghadapi bencana lebih ekstrim pada masa hadapan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dan Pengerusi Biro Profesional AMK Malaysia, Jhen Pei Seah, bencana pada skala luar biasa tersebut sudah tentu tidak boleh ditanggapi oleh Kerajaan Persekutuan dengan cara biasa yang begitu lembab sebagaimana pada 18 – 20 Disember lalu, sehingga menjadikan situasi bertambah buruk dan membahayakan nyawa ribuan rakyat.
Kata mereka, kerajaan harus mengakui keperluan untuk mengutamakan sebarang bentuk usaha pencegahan dan mewujudkan pelan mitigasi bencana banjir secara besar besaran.
“AMK mencadangkan kerajaan mengadaptasi polisi perubahan iklim atau Climate Change Adaptation (CCA)
“Dasar CCA yang komprehensif menggunakan “Pathways Approach” perlu dimulakan untuk menilai dan mengukur semula keupayaan kita menangani kesan perubahan iklim.
“Ini bagi memastikan negara mempunyai daya tahan optimum dari segi tenaga kerja, sumber dan infrastruktur apabila dilanda bencana akibat perubahan iklim,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.
AMK juga mencadangkan penilaian semula infrastruktur sedia ada oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagai sebahagian daripada usaha bedah siasat dan laporannya didedahkan kepada umum.
Penilaian kapasiti menyeluruh sistem mitigasi banjir yang sedia ada juga, kata mereka, mesti dijalankan untuk menambah baik protokol pengurusan banjir yang kemudiannya akan meningkatkan lagi ketepatan ramalan banjir.
“Pelan Induk Mitigasi Banjir yang komprehensif dan bersepadu mesti diwujudkan bagi mengelakkan bencana banjir daripada berulang
“Data yang dikumpul juga mesti didesentralisasikan dan dikongsi bersama Kerajaan-kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bagi memastikan konsistensi dalam proses pelaksanaan pelan induk tersebut di setiap peringkat.
“Kerajaan juga diseru melibatkan ahli-ahli profesional seperti Institusi Jurutera (IEM) dan universiti tempatan yang telah menerbitkan cadangan yang sangat membina berkaitan langkah pencegahan dan mitigasi banjir.
“Oleh itu, kerajaan mesti melibatkan kumpulan profesional teknikal ini dengan ikhlas untuk membina satu pelan induk yang benar-benar berkesan,” ujar mereka lagi.
Selain itu, AMK juga menegaskan pemimpin yang gagal melaksanakan tugas semasa kejadian bencana tempoh hari mesti dipertanggungjawabkan.
Insiden berkenaan, kata mereka, harus diambil sebagai pengajaran kepada semua pemimpin bahawa mereka memikul tanggungjawab dan amanah yang besar terhadap rakyat Malaysia.
KEH..KEH KEH....JANGAN JADI WATAK KATAK BAWAH TEMPURUNG......
MERLIAKU
Rakyat Pahang..sudah-sudah lah sokong kerajaan BN 2.0 dan
sekutu-sekutunya nya.Habis hasil hutan dan akhir Allah tunjukkan segala perbuatan mereka
yang tak bertanggungjawap.
Ada perhutanan pon ...memang mereka tak boleh buat apa-apa,sebab
"bossss ku" dah arahkan kelulusan dibenarkan...
Akhirnya rakyat merana,rumah mereka musnah dan susah bertambah
susah!!!
astroawani.com
Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lentang - JPNP
Sisa kayu itu merupakan sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul pada 18 Dis lalu.
DULUNYA MAHYIADDIN PM PENGUMUMAN-KERJA DIA UMUM SAHAJA TAPI PENAKUT JUMPA WARTAWAN. ISMAIL SABRI PULA PM BISU-MAMPOIH LA MALAYSIA
Menjadi Perdana Menteri atau ketua kerajaan, seseorang itu bukan saja harus memiliki wibawa dan ciri-ciri tertentu sebagai pemimpin, tetapi juga mesti mempunyai suara.
Dengan adanya suara itulah pemimpin berkenaan boleh menyampaikan ucapan, mempengerusikan mesyuarat, berkomunikasi, mengeluarkan arahan, memberi kata-kata perangsang atau menaikkan semangat, memberi reaksi terhadap sesuatu isu, mengherdik lawan politik jika perlu dan paling penting melalui kemampuan bersuara itulah juga dapat memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuannya memimpin atau mengawal negara ini.
Dengan itu, kemampuan bersuara, bercakap atau berucap adalah syarat wajib untuk menjadi pemimpin, bahkan bersuara juga adalah kerja utama seorang pemimpin.
Pemimpin yang diam adalah pemimpin yang tidak bekerja.
Sementara kita biasa menyaksikan orang buta mengetuai kerajaan, misalnya Gus Dur di Indonesia, tetapi kita tidak pernah mendengar ada orang bisu menjadi pemimpin, jauh sekali mengetuai kerajaan.
Hakikatnya, orang bisu memang tidak sesuai diletakkan sebagai pemimpin kerana akan timbul banyak kesukaran daripada ketidakupayaannya mengeluarkan suara itu.
Dalam konteks mengetuai kerajaan, kemampuan seorang pemimpin dalam mengeluarkan suara adalah sangat penting, bahkan wajib.
Perdana Menteri yang tidak bercakap atau gagal memberi reaksi dalam sekian banyak isu adalah pemimpin paling gagal dan tidak berguna sama sekali.
Sebab itu, sementara satu demi satu isu timbul dalam negara, kegagalan Ismail Sabri Yaakob memberi reaksi kepada isu-isu yang timbul itu adalah cerminan nyata tentang ketidakmampuannya.
Dalam isu 5G yang dikendalikan melalui pengwujudan syarikat baru, DNB atau Digital Nasional Berhad, meski banyak pihak sudah bercakap tentang ketidaksetujuan mengenainya, malangnya Ismail Sabri masih tidak kedengaran memberi ulasan mengenainya, malah suaranya menyebut perkataan 5G atau DNB saja pun belum pernah didengari lagi.
Begitu juga dengan isu panas sekarang berkaitan kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang dipertikai dan dikritik merata tentang pemilihan saham miliknya, belum juga kita dengar lagi suara Perdana Menteri mengenainya.
Malah, sebelum ini dalam beberapa isu yang timbul dalam negara ini, Ismail Sabri selaku Perdana Menteri lebih memilih untuk mendiamkan diri daripada bersuara.
Ehhh…Malaysia ini ada Perdana Menteri atau tidak sebenarnya?
Oleh kerana orang bisu tidak pernah dijadikan pemimpin, sikap Ismail Sabri yang membisu dan sengaja bisu dalam banyak perkara ini sebetulnya menyebabkan beliau telah hilang kelayakan sama sekali sebagai Perdana Menteri dengan sendirinya.
Semua pemimpin yang hebat dalam dunia dikenali kerana kemampuannya mengeluarkan suara, bahkan ada di antaranya sehingga bergegar seluruh urat-urat rakyat mendengar ucapan mereka.
Mungkin tidak perlu untuk Ismail Sabri belajar berucap atau mengambil kelas tambahan “public speaking”, tetapi sebagai Perdana Menteri atau ketua kerajaan, adalah wajib baginya menunjukkan keberanian memunculkan suara dalam isu-isu besar dalam negara seperti DNB, SPRM dan kedudukan Azam Baki dan seumpamanya.
Ketidakmampuan memberi ulasan dalam isu-isu besar seperti itu hanya akan menyerlahkan lagi ketidakmampuan dan ketidaklayakannya, di samping akan menambah-besarkan rasa meluat dan menyampah rakyat terhadapnya.
Apabila rakyat sedang berdepan pelbagai kesusahan atau kesukaran, apa yang diperlukan ialah kata-kata perangsang daripada pemimpin dan ianya tidak banyak berbeza dengan tindakan seorang suami atau datuk ketika menyejukkan hati pasangan atau cucunya.
Cuba Ismail Sabri bayangkan, ketika cucunya merajuk atau dalam susah hati, tetapi beliau hanya diam dan tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan pun terhadapnya?
Selain itu, semua Perdana Menteri sebelum ini juga hampir tidak pernah bersembunyi atau gagal mengeluarkan suara dalam pelbagai isu yang timbul ketika era kepimpinan mereka.
Kecuali Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri ada sedikit-sebanyak berdiam diri atau mengelak daripada bercakap mengenai sesuatu isu, 1MDB misalnya dan kemudian Mahiaddin Md Yasin yang lebih banyak bisu dalam kebanyakan isu serta hanya berani muncul dalam perutusan khasnya saja, tetapi lihatlah apa nasib buruk menimpa mereka itu.
Terutamanya Mahiadddin yang mungkin ketika itu merasakan berdiam diri adalah pilihan terbaik buatnya, nanun sebab utama beliau ditolak dan dibenci ialah disebabkan kegemarannya menyimpan suara dalam isu-isu yang membuatkan rakyat sesak nafas dibuatnya.
Hari ini, makin hari makin ramai yang menolak dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ismail Sabri, paling buruk dan utama kerana kegagalannya bersuara dalam pelbagai isu yang sedang melanda negara ini.
Dengannya, beliau dikata tidak tahu buat kerja, tak lama lagi, pasti ada mengatanya hanya makan gaji buta saja. – ShahbudinHusin 30/12/2021.
WARISAN : BELUM SEMPAT NAK KACAU LINE DI SEMENANJUNG, DI SABAH AHLI SENDIRI SUDAH BELAH...APA MACAM ???
Panas! Shafie dedah punca Peter keluar Warisan
December 30, 2021
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal menyifatkan keputusan Adun Melalap, Peter Anthony yang meninggalkan parti itu, semalam, sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, tindakan Peter sudah dijangkakan tetapi kesal kerana hasratnya untuk menubuhkan parti tempatan pelbagai kaum bakal memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah.
“Saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.
“Keputusan Peter untuk menubuhkan sebuah lagi parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memecah-belahkan lagi rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, naib presiden Warisan itu mendakwa tindakannya adalah demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah, selepas dia melihat parti Warisan telah jauh tersasar dalam perjuangan itu apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
Kata bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, rakyat Sabah ini perlukan satu parti yang betul-betul memperjuangkan hak orang Sabah.
Menurut laporan Malaysiakini, pengumuman itu dibuatnya kira-kira dua minggu selepas Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.
Bagaimanpun, Peter pada sidang media semalam juga menolak dakwaan kononnya tindakannya keluar parti adalah disebabkan kes mahkamah berkenaan tetapi menegaskan keputusannya adalah kerana suara dari akar umbi rakyat Sabah.
Mengulas lanjut, Shafie menyifatkan hasrat Peter untuk menubuhkan parti baru tempatan pelbagai kaum bercanggah dengan tindakannya ingin menyertai kerajaan negeri yang terdiri daripada parti nasional.
“Dalam sidang media, Peter berkata sesebuah negeri patut ditadbir oleh parti politik setempat menurut negeri masing-masing.
“Bagaimanapun ini bercanggah dengan tindakannya untuk menyertai GRS yang terdiri daripada parti nasional dan parti tempatan.
“Alasan untuk keluar parti kerana Warisan tersasar dari perjuangan asal hanya kerana melebarkan sayap ke Semenanjung, adalah tidak benar,” kata Shafie.
Presiden Warisan itu juga melahirkan kekesalannya dengan tindakan Adun Limbahau, Juil Nuatim, yang meninggalkan parti itu semalam bersama Peter.
“Tindakan Juil Nuatim juga mendukacitakan kerana terpengaruh dengan Peter yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.
Dia menang atas tiket Warisan dengan majoriti 1,719 undi dalam saingan enam penjuru.
Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan kini hanya memiliki 18 kerusi di DUN Sabah, apabila sebelum ini tiga Adun yang terdiri daripada Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohammadin Ketapi (Segama) juga Ahli Parlimen Lahad Datu, bertindak keluar parti, manakala Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia tahun lalu.
MUDAHNYA SIASATAN...KITA KENA SEWA HELI
NORMAN RADZUAN
Banjir baru berlaku dan ada ribuan pokok balak dihanyutkan air
banjir tiba2 kita dpt jawapan tiada aktiviti pembalakan dikesan. Ada beberapa
persoalan?
1. Fuh mudah siasatan semudah kenapa pokok belakang rumah
tumbang. Ini bukan zaman 70an apa yg dicakap semua org nak percaya. Bagi lah
hujah atau berhujah dgn wakil2 rakyat pelbagai pihak.
2. Mereka ini kesan guna apa? Kalau guna anjing pengesahan
memang tak jumpa.
3. Jika pokok2 dihanyutkan sekali dgn akar lojik akal la air
deras hanyut pokok... ini elok je mcm putung rokok.
Sebenarnya saya sendiri mengatakan siasatan ini tak akan ke
mana... kalau rakyat tak puas hati pakat2 derma duit sewa heli pergi siasat
sendiri
Bukan apa kesian rakyat kena tanggung puluhan ribu kerugian dan
kepenatan saban tahun bila tiba musim hujan. Mereka org luar bandar dan telah
didoktrin utk redha sahaja
Please jgn bodoh atau buli rakyat terutama org2 Melayu di luar
bandar. Kan mereka tu bangsa kita juga, saudara seagama kita so jgn la ambil
kesempatan atas kekurangan mereka. Jgn la buat mereka begitu.
DOK MAIN ISU AGAMA TUNGGANG AGAMA MAKSIAT- BAB TEBANG BALAK SAMPAI LICIN HANGPA TAK KALUT PULAK...???? AYAM BERTELUR SEBIJI....
Banjir besar: Antara kelemahan sistem pengairan dan kerakusan pembalakan, bukan soal maksiat atau akidah
December 30, 2021
Islam mengajar Ummatnya memandu Ummatnya berfikir. Menjadi kelompok Ulul Albab. Islam tidak memimpin Ummatnya berserah dengan taqdir, membicarakan perkara mistik dan ghaib yang menjadi urusan Allah. Itu sebabnya lebih 100 ayat dalam firman Allah membicarakan antara dua konsep utama adalah tafakkur (memikirkan) dan ta’akul (mengguna akal).
1- NABI YUSUF DI SAAT PERUBAHAN IKLIM KEMARAU
Itu dilakukan Nabi Yusuf yang diperlihatkan tanda/ramalan melalui mimpi sang Raja dengan gambaran 7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor kurus. 7 tangkai gandum hijau dan kering.
قَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ
“Raja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya.”
(Surah Yusuf: 43)
Apakah Nabi Yusuf lari dari bumi Mesir? Tidak. Apakah Nabi Yusuf mengatakan inilah akibat dan azab dari Allah atas perbuatan maksiat? Tidak. Atau Nabi Yusuf mengatakan ini adalah sihir atau agenda dajjal sebagaimana teori dajjal dan teori HARRP dari Alaska sambil bergoyang kaki menunggukan kedatangan Imam Mahdi? Tidak.
Nabi Yusuf AS mempersediakan Mesir menghadapi 7 tahun kemarau dengan kebijaksanaannya. Apa jawab Nabi Yusuf?
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
“Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa. Maka apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit sahaja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu agar kamu habiskan simpanan terdahulu, melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup. Di saat itu, mereka memerah anggur.”
(Surah Yusuf: 47-49)
Bukan kah Nabi Yusuf, Quran mengajar kita bagaimana menghadapi ramalan dan perubahan iklim jauh lebih awal. Perubahan iklim, Security Food ini telah berlaku di zaman pemerintahan Nabi Yusuf. Begitu juga soal saliran dan pengairan.
Perkara yang sama diperlihatkan kepada Nabi Nuh AS akan datangnya banjir Besar oleh Allah SAW ke atas kaumnya. Nabi Nuh mempersediakan kapal nakhoda dan bahtera yang besar di atas gunung. Bukan mengharapkan kuasa tok wali untuk terbang di awangan.
2- KHALIFAH UMAR KETIKA WABAK AMWAS DAN TAHUN RAMADAH (KEMARAU)
Begitu jugalah ketika zaman Kekhalifahan Umar, pemerintahan Khalifah Umar diuji dengan wabak Amwas di wilayah Syam dan kemarau di Madinah yang dikenal (Ar ramadah). Bila berlaku wabak ini di zaman Khalifah Umar apakah perbicaraan masa itu berkisar soal bala ujian, mahupun Azab dari Allah disebabkan maksiat? Tidak.
Khalifah Umar sendiri berbeza Ijtihad dengan Gabenor Syam Abu Ubaidah Al jarrah. Manakala, pengganti Abu Ubaidah Muaz bin Jabbal dan Amr Al Ash berbeza pendekatan, akhirnya wabak itu hilang di zaman Amru Al ‘Ash. Ini menyentuh soal kebijaksaanaan Ijtihad.
Amru Al ‘Ash membawa kebijaksanaan baru di bumi Syam dalam menghadapi wabak Thaun Amwas. Saranan Amr bin A’ash sebagaimana nasihat dan surat yang diutuskan Khalifah Umar kepada Abu Ubdaidah Al Jarrah. ‘Amr bin al’ Ash berkhutbah kepada rakyat syam di zaman pemerintahannya dengan berkata:
” أيها الناس، إن هذا الوجع إذا وقع فإنما يشتعل اشتعال النار فتجبلوا منه في الجبال..”
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya wabak ini bila ianya berlaku, ia (wabak) itu merebak seperti merebaknya bagai api yang marak, maka pergilah ke gunung-gunung (kuarantin dan menjarakkan diri dari perkumpulan)”
(Musnad Imam Ahmad)
Gambaran ” اشتعال النار ” merebakkan Api itulah menepati dengan konsep pemutus litar atau pemutus rantaian (Circuit Breaker) atau ‘social distancing’ hari ini. Bukan menyalahkan maksiat dan perbuatan syirik. Jika Abu Ubaidah lebih kepada perawatan (Backseen), Amu Al Ash soal pemutusan rantaian.
3- IKTIBAR DAN PELAJARAN KITA DI MALAYSIA
Menariknya banjir besar di Selangor dan Kuala Lumpur, antara yang menjadi isu perbahasan adalah sistem pengairan. Perparitan hatta pembangunan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan banjir besar. Bagi aku perbahasan ini baik. Ini gambaran Islam sebenar mengajak kita bertindak dengan bijaksana.
Memang benar, taburan hujan itu sudah awal diramal tinggi. Soalnya bagaimana persediaan kita? Allah jadikan air itu sebagai sumber minuman. Ianya adalah proses dari turunnya hujan. Itulah sumber alam yang dimanfaatkan manusia. Ia cukup untuk dimanfaatkan seluruh manusia. Bukankah Nabi mengajarkan kita berdoa supaya Allah turunkan hujan yang bermanfaat dengan lafaz. اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“..Ya Allah, curahkanlah air hujan yang bermanfaat..”
Jika ada orang agama, dan menteri besar bicara untuk belat air sungai yang sumbernya datang dari kurniaan Allah maka ini peringatan Allah.
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ…
“..Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya…”
(Surah Al-Mu’minun Ayat 18)
Maksudnya jika Allah berkuasa menurunkan hujan dan membiarkan airnya menetap di bumi, Allah jugalah berkuasa menghilangnya dengan musim kemarau dari terit matahari. Jadi jangan terlalu sombong dengan kurniaan Allah.
Bayangkan tidak ada satu batang balak singgah di rumah rumah di Sri Muda, maka sebab perparitan dan pengairan itu adalah satu hujjah yang baik untuk kita berfikir. Berbeza di Pahang dan Kelantan. Kerosakan itu jelas dibuktikan sains dan data.
Lihat saja bukti terbentang jelas batang batang balak bertebaran di kawasan perubahan dan sepanjang kawasan dilanda banjir. Malah dibuktikan dengan gambar satelite bagaimana hutan dan bukit ditarah semahunya. Boleh dikatakan sebab maksiat? Tidak, tetapi sains dan data ini disokong oleh Firman Allah..
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ..
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut di sebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Surah Ar-Rum 41)
Jadi ajarlah Ummat Islam berfikir dan bertindak bijaksana, bukan mengajak Ummat Islam menangis melihat bagaimana Quran tidak basah biarpun Masjid dipenuhi selut. Dan berhenti mengajar Ummat Islam berteori konspirasi dengan Teknologi HARRP dan menantikan kemunculan Dajjal dan Imam Mahdi. Allah memberikan akal.
Bukan hak kita mengambil kuasa Tuhan menentukan bencana itu sebab maksiat ini, itu adalah urusan ghaib yg menjadi urusan Allah. Sebagaimana sebab maksiat itu dikhabarkan di dalam Quran menimpa kaum Luth, dan yang lainnya Kaum Nabi Nuh, Aad’ dan tsamud.
Boleh jadi ada dari penularan wabak dan perubahan iklim atas kerja jahat manusia sebagaimana senjata biologi. Ia boleh berlaku dengan izin Allah. Hakikatnya apa yang berlaku hari ini, adalah apa yang telah dientukan oleh Allah.
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ..
Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal..
(Surah At-Taubah -51)
Ipohmali
Tazkirah Zohor
29 Disember 2021
Gebeng tidak sesuai sebagai tapak perlupusan sisa radioaktif
Kelulusan tapak pembinaan PDF Pelupusan Sisa Radioaktif Lynas di
kawasan Perindustrian Gebeng yang diberi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)
kelmarin menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Gebeng.
Menurut Penyelaras KEADILAN DUN Semambu, Chan Chun Kuang dan
Pengurus KEADILAN Hal Ehwal Parlimen Indera Mahkota Zuraidi Ismail, kawasan
perindustrian Gebeng selama ini diwartakan sebagai tempat perindustrian
petrokimia, bukan tempat pelupusan sampah apatah lagi dijadikan tempat
pelupusan sisa-sisa radioaktif mega.
Kata mereka, dengan keputusan membenarkan pembinaan PDF di kawasan
Perindustrian Gebeng akan menyebabkan lebih daripada 10,000 pekerja di kawasan
itu dan penduduk yang berdekatan akan terdedah kepada risiko sisa radioaktif.
"Kawasan perindustrian ini berada di kawasan yang rendah dan
mempunyai ‘Water Table’ (air bawah tanah) yang tinggi.
"Kami sangat khuatir perubahan iklim dunia pada masa hadapan
akan menyebabkan kawasan ini kerap berlaku banjir dan tenggelam. Ini boleh
menyebabkan risiko terjadinya bencana akibat pencemaran sisa-sisa radioaktif
yang berada di situ.
"Di luar negara, sisa-sisa radioaktif dibuang ke kawasan yang
jauh daripada penempatan manusia dan tempat yang kering.
"Sebaliknya, tapak yang diluluskan untuk pembinaan PDF di
Pahang adalah di atas tanah gambut, berdekatan dengan penempatan manusia dan
mempunyai ‘Water Table’ tinggi. Ini menggambarkan negara kita tidak menggunakan
piawaian yang tinggi dalam pelupusan sisa radioaktif," kata mereka dalam
satu kenyataan.
Mereka juga musykil terhadap keupayaan pihak syarikat Gading
Senggara Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus sisa tersebut kerana
didakwa tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal menguruskan
sisa-sisa radioaktif.
"Kami berasa amat kecewa dengan kelulusan membina PDF di
Gebeng oleh Jabatan Alam Sekitar.
"Kami meminta supaya keputusan tersebut dikaji semula dan
ditarik balik kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kesihatan yang sangat
serius kepada warga Kuantan," kata mereka lagi.
RAKYAT 5 NEGERI INI PERLU MENOLAK KERAJAAN YANG ADA. JIKA TIDAK MUSIBAH BANJIR BERLAKU SETIAP TAHUN DAN RAKYAT MISKIN
ZUWAIRI MOHD YUSOF
Kerajaan mana yang buat 32 juta rakyat merana,sengsara,derita berpanjangan?PAKATAN HARAPAN?BARISAN NASIONAL,PERIKATAN NASIONAL atau GABUNGAN PARTI SARAWAK?JAKIM kata RAJA,SULTAN adelah bayangan tuhan.Kamu percaya semua itu?House Of Pahang bukan tapi #HouseOfBalak #HouseOfBanjir .Anda masih mahu biarkan terus di tipu di tindas sampai bila2?Tukar ubah kerajaan di KELANTAN,TERENGGANU,PAHANG,SABAH,SARAWAK di peti undi PRU15.
5 negeri ni masih tegar BN,PN,GPS ini mesti di hentikan terus dari sekarang.Negeri2 yg majoriti penduduknya adelah MELAYU,ISLAM,BUMIPUTERA lebih dari 60% peratus dari jumlah penduduknya.Negeri2 yg kaya hasil bumi tetapi antara termiskin dan mundur di Malaysia.Thailand lepas banjir 1988 terus hentikan pembalakan mengapa Kayangan di Malaysia tak mahu buat benda sama?
Anda semua kene mainkan peranan bagi tekanan kuat supaya semua pembalakan mesti di hentikan serta merta dan pemulihan di buat untuk puluhan tahun berikutnya.ALLAH SWT tidak akan ubah nasib anda melainkan anda sendiri berusaha untuk ubah nasib masing2 sekian.#HouseOfPahang NO / BUKAN #HouseOfBalak YESS / YA
Nikmat apa lagi yg mahu di dustakan?
YDPA dari Pahang
PM9 dari Pahang
Bekas PM6 pun dari Pahang
Kerajaan Pahang pun UMNO
Kerajaan Malaysia pun UMNO
Sesungguhnya, UMNO memang TAK BOLEH DIHARAP.
Malu ape bossmu?
#HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBalak #HouseOfBalak #HouseOfBanjir
#HouseOfBanjir
#KerajaanBNPNGPSGagal
#KabinetBNPNGPSBangsat
#KabinetBNPNGPSPembunuh
YB SAIFUDDIN NASUTION SESUAI SEBAGAITIMBALAN PRESIDEN PKR
Room Club House KGK (Kerajaan Gagal Kembali) sokong YB Saifuddin
Nasution sebagai calon Timbalan Presiden Parti KEADILAN Rakyat
1. Pada malam 29/12 perbincangan santai tentang tokoh yg sesuai
sebagai Timbalan Presiden untuk KEADILAN selepas ini telah bermula di Room KGK.
2. Ini kerana terdapat ura-ura Pemilihan KEADILAN akan
berlangsung dalam Suku Pertama tahun 2022, ada kekosongan pada jawatan Timbalan
Presiden dalam parti KEADILAN dan kebetulan 2 moderator menggunakan DP yg sama
iaitu DSAI & DSSN.
3. Usul awal telah dibawa iaitu DS Saifuddin Nasution sebagai
calon Timbalan Presiden untuk dibincangkan.
4. Semua yang bersuara menyatakan DS Saifuddin memang sesuai
sebagai Timbalan Presiden KEADILAN selepas ini.
5. Cadangan tersebut adalah berdasarkan beberapa hujah:
- Adab berjemaah/disiplin organisasi yang tinggi
- Penerangan & pidato yg sangat baik, berfakta, tersusun dan
mudah difahami
- Prestasi kerja yang bagus sebagai Menteri Pengguna contohnya
kos harga barangan harian yang lebih stabil
- Disebut sebagai sahabat oleh DSAI
- Tiada kontroversi dan setia kepada parti serta tidak mudah
merajuk dalam perjuangan.
Rumusannya, semua individu yang bersuara menyokong usul bahawa
DS Saifuddin Nasution adalah calon yang sesuai sebagai Timbalan Presiden Parti
KEADILAN Rakyat dalam pemilihan parti yang akan datang.
*Pencatit Minit Room CH KGK*