RMS
PENDIDIKAN BUAT SEMUA !!!
MAIL SENDIRI KENA HENTAM
Tengok sendiri pendedahan lemah tak lemah teruk tak teruknya
kerajaan BN UMNO,PPBM,GPS pimpinan ISMAIL SABRI MP BN UMNO BERA,PAHANG urus
bencana banjir https://twitter.com/zunarkartunis/status/1473297725798031362
MAEL jadi MENTERI PERTAHANAN,KANAN,SOP lingkup,jadi PM9 pun
hancur lebur.Letak jawatan je terus semua jemaah kabinet.Ramai terkorban banjir
ni akibat kabinet yg gagal teruk serba serbi.Syok sendiri markah 90%.MP TANJUNG
KARANG BN UMNO mampu nganga jelah dengar leteran mangsa banjir dia yg ketua MKN
SELANGOR bukannya AMIRUDIN SHARI
NADMA di bawah tanggungjawab :
@IsmailSabri60 UMNO
ATM di bawah tanggungjawab :
@HishammuddinH2O UMNO
Pengerusi Majlis Pemulihan Nasional :
@MahiaddinYassin PPBM
Menteri Alam Sekitar :
@titm_official PAS
Kau nak salahkan siapa lagi?
ORANG UMNO KEKAL BODOH RUPANYA...YB MUDA MUDA BUAT KERJA DIA PULAK MELALAK DENGAN MEMFITNAH ADOIIII POKCIK..KELAUT RUPENYA
Ada sahabat camp UMNO tak senang saya posting gambar pemimpin
muda berkhidmat ketika banjir. Rasanya yang tak senang tu sebab gambar yang
disiar semua blok pembangkang.
Masa saya promote geng UMNO, Dira Abu Zahar jadi YB di Melaka,
mereka ok ja. Itulah namanya politaik, tuan puan
Mereka kata gambar2 banjir yang saya siar semuanya YB2 muda ni
propa. Hanya wayang untuk tangkap gambar. Bila minta bagi gambar geng UMNO,
diaorg kona baring suruh cari sendiri pula.
Takkan la saya nak post video Ahmad Maslan cuci rumah start
depan gate rumah? Tu lagi tak boleh pakai kan?
Yang tak best geng diaorg ni. Dah takde modal, attack
personaliti. Digelar YB Young Syefura Othman
janda padahal dah kahwin. Sekali suami dia datang terjah di wall. Agar tak
dijadikan fitnah lanjut.
Tu sebab saya kata, politician dinosaur kita kena flush out.
Cara politik dinosaur yang serang peribadi pun kita kena elakkan.
Harap tuan puan pilih yang muda, bijak dan ikhlas berkhidmat
untuk PRU15. Jangan lagi pangkah pemimpin hampeh tangkap muat.
ABDUL LATIF ELOK LETAK JAWATAN
RAJA AHMAD ADRIENNE
Mangsa banjir tengah struggle SEKARANG dengan bantuan-bantuan kemanusian sedangkan ko sibuk dengan jawatan makan gaji buta ko..
ko cuma hantar si zaprul dengan penjilat
dy je atas boat buat
wayang..
PH TAK PERLU PUN AMBIL JOHOR.
Kematian Osman Sapian menjadikan kerajaan negeri Johor tidak stabil. Sekarang gabungan PN dan BN cuma ada kelebihan satu kerusi.
KHEMAH BESAR - PH JANGAN TERHEGEH-HEGEH
BERSUKUR SANGAT SANGAT
Banjir- 37 terkorban, 10 lagi tak dapat dikesan. Mesti AJK Pas pusat, Dr Halimah Ali kata "bersyukur tidak ramai yg mati". Maklumlah, lebai dah jadi kerajaan...
W.FAUDZIN
KESIAPSIAGAAN NEGARA HADAPI BENCANA LEMAH
Noh tempelak Amiruddin, dakwa dirinya masih Pengerusi MKN Selangor
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.
Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.
Malah Noh juga mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab yang sebenarnya.
“Saya nak bagitahu, saya terpaksa ‘sekolahkan’ Menteri Besar Selangor sebab apa yang viral semalam, nampaknya dia tidak faham sebenarnya.
“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor seperti yang viral semalam, harap Amirudin boleh faham.
“Menteri Besar jangan lepas tangan, jangan tunding jari salahkan sesiapa. Kalau dia nak lepas tangan lebih baik dia lepaskan jawatan,” katanya pada sidang media pada Rabu.
Noh menjelaskan, sekiranya Amirudin memahami bidang tugasnya tidak akan timbul cakap-cakap kononnya tidak boleh mempengerusikan mesyuarat seperti yang didakwa.
Beliau juga menjelaskan terpaksa mengadakan sidang media bagi membetulkan salah faham yang timbul akibat berita yang tular pada Selasa.
“Menteri Besar mungkin dia tidak faham ada dua arahan berbeza dibawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara.
“Yang kedua ialah Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, ini dua yang berbeza.
“Ini menunjukkan bila ada dua arahan ini maknanya ada dua jawatankuasa. Saya dilantik dibawah arahan nombor 1 iaitu isu keselamatan negara.
“Yang sepatutnya menteri besar tengok ialah arahan nombor 20 iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya lagi.
Dalam sidang media itu, Noh memaklumkan Amirudin telah memohon maaf ekoran salah faham yang timbul berkenaan isu Pengerusi MKN Selangor.
“Saya pun nak mohon maaf juga sebab terpaksa buat sidang media ini untuk jelaskan kekeliruan yang timbul dan saya telah maafkan beliau,” katanya, memetik Astro Awani.
Dalam sidang media itu, Noh juga menyenaraikan apa yang telah beliau lakukan sejak banjir melanda beberapa kawasan di Selangor.
Pada Selasa, Amirudin berkata beliau telah mendapat panggilan daripada MKN untuk mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan.
PM Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, belliau telah memaklumkan dalam mesyuarat MKN semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri Perumahan serta Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terlibat dengan Majlis Daerah dan sebagainya, supaya Menteri Besar boleh mengeluarkan arahan, juga kepada Pegawai Daerah (DO).
Ekoran itu, beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan FriendsofSelangor melaporkan Amirudin telah dilantik selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi Selasa, berkuat kuasa hari ini (Rabu).
‘MELAWAT’ DENGAN ‘MEMBANTU’ MANGSA BANJIR TAK SAMA
RAKYAT TENGAH MENDERITA BENCANA BANJIR- SEMPAT LAGI BUAT PERLANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA
Oi! Rakyat tengah menderita oi! Korang tak abis lagi kejar pangkat & harta. Apa jenis haram jadah ni? Tak boleh tunggu lepas habis bencana ni ke? Perlantikan ni boleh selesaikan masalah rakyat ke?
INI LEBIH KERANG AJAR
Ini lebih super kurang ajar.
Ada menteri bongok yang tak buat kerja sebagai menteri tapi
sibuk nak cuci rumah orang. Yang itu pun dah cukup huduh.
Yang ini lagi jahanam. Orang lain yang buat, dia tak terlibat
langsung pun, tau tau main bubuh nama je. Apa jenis manusia ni?
Ini zaman media sosial. Tak semudah itu untuk menipu. Sekarang
orang dalam gambar sendiri pecah lobang.
Eh... Tak reti malu ke korang ni?
PERMUDAHKAN
Hari itu, saya dan ramai lagi di kalangan kita cadangkan
penggunaan drones untuk tinjau kawasan banjir dan selamatkan mangsa. Lepas 4
hari, keluar dalam paper Kerajaan akan guna drones. Ok lah, better late than
never. Yang baik kita puji.
Sekarang era pasca banjir, lagi banyak kerja yang perlu dibuat.
Pohon Kerajaan boleh juga pertimbangkan cadangan berikut untuk mudahkan rakyat:
1. Boleh buka kaunter polis, BSN dan agensi Kerajaan di semua
PPS untuk terus proses bantuan tunai Kerajaan.
Mereka ni dah kehilangan kereta dan harta benda. Nak ke Balai
Polis pun satu hal. Kalau Kerajaan boleh bantu senang kan proses mendapatkan
bantuan tunai, ni dapat meringankan beban.
2. Claim insurans kereta yang total loss. Ramai yang keliru dan
tidak tahu. MOF atau BNM yang menyelia syarikat insurans boleh tolong keluarkan
kenyataan dan penjelasan. Apa yang nak dibuat.
3. Kalau tak layak dapat insurans, harap Kerajaan boleh
pertimbangkan untuk arahkan pihak Bank bagi interest rendah atau syarikat
kereta bagi diskaun tertentu bagi mangsa banjir untuk dapatkan kenderaan baru.
4. Kontraktor tempatan dan persatuannya mungkin boleh promosikan
perkhidmatan dengan diskaun tertentu bagi mangsa banjir bina kembali rumah.
Atau perbaiki kerosakan. Boleh senaraikan khidmat di PPS. Senang orang kampung
nak hubungi.
5. Kerajaan perlu lebih rapat dengan NGO. Jadi kan mereka kawan
rapat. Jangan disisihkan. Ramai yang nak membantu tapi tiada penyelarasan.
Kalau tiada lagi, boleh tubuh suatu Jawatankuasa Penyelaras
Bantuan Kerajaan-Swasta-NGO. Ini bagi mengelak oversupply dan wastage barangan
sumbangan.
Ini 5 dulu. Harap dapat membantu
RENTASAN 1034 | GEMPAR!!! INI SEBABNYA ATM TERPAKSA BERTINDAK SENDIRI SE...
WELCOME BACK SRIKANDI PKR... SITI AISHAH
SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP. SENI POLITIK UMNO BUAT KITA TEWAS
Seni politik UMNO buat kita tewas
Duit masa depan... saat ini sudah di depan
SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP
Semalam dan kali ini dah masuk kali kedua Zahid minta i-Citra RM
10k. Sains Politik atau seni politik pemimpin UMNO saya tabik. Nampak remeh
tapi ia berikan impak yg sgt besar.
Ada org berkata mengapa kita perlu ikut cara Najib gula2 kan
rakyat ? Saya kata kita bukan ikut cara rasuah Najib tapi kita ikut kemahuan
popular org Melayu. Ia sesuatu yg berbeza walaupun ia masih kaitan dgn RM.
Ada org kata kita kena berprinsip. Prinsip apa? Apa salahnya
izinkan mereka yg perlukan wang mengeluarkan wang KWSP mereka. Kita kena
belajar kejayaan BN selepas tewas kerana apa. Mereka berjaya sb mereka tahu
kelemahan dan kemahuan org Melayu.
Kita kena belajar kenapa rakyat menolak PKR hingga dua kali PRN
dapat telur ayam dan hilang wang deposit. Semua itu kerana prinsip. Semua itu
kerana kita mahu rakyat2 di kampung memahami tentang ekonomi secara akademik.
Reverse psychology adalah yg utama dlm Sains Politik atau seni
politik. Kita kena belajar seni politik Erdogan hingga bukan sahaja berjaya
meletakkan Turki seperti ala pemerintahan Uthamniah tetapi berjaya meningkatkan
ekonomi rakyat negara tersebut.
Selepas partinya gagal Recep Tayyip Erdogan mengubah pendekatan
parti AK dgn membuat janji kpd para Jeneral dan rakyat Turki yg masih hidup
kebaratan penangan pemerintahan Kamal Artatuk iaitu dia akn mempertahankan
sistem sekular. Formulanya berjaya sehingga kini sejak tahun 2002 partinya
terus menangi hati rakyat Turki.
Begitulah juga negara sosialis dan komunis meletakkan perkataan
demokrasi pada jenama negaranya tetapi mereka tetap melaksanakan pendekatan
dictatorship yg memaksa rakyat lebih kejam daripada demokrasi Barat yg liberal.
Itu semua utk melahirkan persepsi kpd rakyat dan pelabur2 asing.
Saya pernah menulis bagaimana tektikal atau bahasa kampung
penipuan peperangan tentera Parsi menawan Mesir dgn menggunakan kucing kerana
Raja Parsi tahu org Mesir menganggap kucing adalah binatang yg mulia.
Dlm buku Art Of War ada menceritakan Jeneral Sun Bin Qi berjaya
menggunakan tipu daya dlm operasi ketenteraan kerajaannya. Kedua org Mongol
termasuk Chinggis Khan sering melakukan penipuan dlm penaklukan tentera mereka.
Art Of War kita boleh kaitkan dgn dunia politik dan perniagaan kerana ketiga2
tiga berkait rapat.
Pemimpin2 BN juga tidak kurang hebatnya. PH semakin lemah apabila
rakyat terutama org Melayu hilang kepercayaan kerana 'perang politik' (penipuan
dgn melahirkan persepsi).
Bukan kerana PH itu parti korup tetapi BN telah berjaya
menyakinkan org Melayu PH ini menipu, dikuasai Cina DAP, menolak RU355. UMNO
main sentimen bangsa dan PAS main sentimen agama.
Formula mereka berjaya. UMNO akn sentiasa mencari bola2 tanggung
seperti isu KWSP ink utk mereka dilihat sebagai hero Melayu. Dulu digula
gulakan dgn BRIM dan kali ini mereka gula2kan dgn KWSP.
Zahid itu Presiden, Tok Mat itu Timbalan, Najib itu bekas
Presiden... mereka semua ini boleh ajak PM Mail duduk dkt Coffee House dan
arahkan saja. Tapi mereka menggunakan media kerana jika i-Citra 10 ribu
dibenarkan... org2 Melayu akn melihat UMNO lah memperjuangkan nasib Melayu.
UMNO sentiasa mengambil peluang sensitiviti dan suatu yg popular
di kalangan org Melayu. Kita pula masih bercerita soal projek 5G. UMNO tahu
kini mata tertumpu kpd mangsa banjir dan kawasan yg berlaku banjir 80%
melibatkan org Melayu.
Kita masih bicara soal akademik. Mengharap kerajaan hulurkan
bantuan dan bercerita duit KWSP duit hari tua...Cara
berfikir begini macam berpolitik minggu lepas. Bukan mereka tak kenal BN... utk
rakyat RM 1k utk kroni berjuta juta. Ada antara kita pula bercerita itu wang
masa depan hari tua.
Bagi saya skg ini pun ramai yg sudah tidak melihat masa depan.
Skg ini... ini lah yg paling ke depan. Ada dibuang kerja kerana pandemik, kini
hilang harta benda dan sedikit masa lagi anak mahu ke sekolah. Saat ini duit
sgt diperlukan.
Cuba kita tanya kpd mangsa2 banjir adakah saat ini mereka perlukan
wang sebanyak RM 10k? Saya jamin 90% akn berkata ya. Saya kenal bangsa saya dan
saya tahu sgt kesusahan mereka ketika ini.
Dgn RM 10k mereka mampu menggunakan wang tersebut membaiki
kenderaan, membeli pakaian sekolah anak dan membeli keperluan atau barangan
dapur yg rosak. Ia sgt besar maknanya kpd mereka.
Saya masih hairan susah sgt ke pemimpin2 PH bersuara utk bantu
mereka yg terdesak. Esok bila kalah PRU dan hilang jawatan sebagai Ahli
Parlimen barulah mereka kambing hitam org2 tertentu dan kata org Melayu
termakan fitnah. Sejak bila pembangkang tak difitnah dan diberi keadilan???
“NOH OMAR JUGA PATUT DIPECAT SEBAGAI MENTERI, BAGAIMANA DIA BOLEH DAPAT MARKAH 90%?”
Noh Omar bukan sahaja perlu disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, beliau juga perlu dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana prestasi buruknya dalam
mengendalikan bencana banjir besar di Selangor.Bagaimana Noh boleh mendapat markah 90% untuk prestasi 100 hari pertamanya sebagai Menteri sedangkan apa yang beliau layak terima hanyalah -90% untuk prestasinya sebagai Pengerusi MKN Selangor dengan pengurusan buruknya dalam bencana banjir besar di Selangor.
Memang layaklah beliau dihentam teruk semasa melawat pusat pemindahan di Selangor oleh seorang mangsa banjir mengenai pengalaman mengerikan beliau dalam berhadapan dengan bencana banjir ini dengan respons dari pihak kerajaan yang lambat dalam menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Sikap tidak bertanggungjawab dan kecuaian Noh ditonjolkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkata jika beliau menjadi ketua MKN Selangor, beliau akan memanggil tentera dan tentera untuk membantu menguruskan banjir besar itu.
Majlis Keselamatan Negara berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pada November jawatan Pengerusi MKN Selangor diserahkan kepada menteri persekutuan – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.
Adakah Noh Omar mengadakan sebarang mesyuarat MKN Selangor sebelum banjir besar di Selangor hujung minggu lalu?
Amirudin hanya dilantik semula sebagai pengerusi MKN Selangor semalam.
Satu lagi cabang kerajaan yang sangat lalai ialah Dewan Rakyat sendiri yang enggan mengadakan perbahasan khas mengenai banjir besar di Selangor dan Pahang yang setakat ini telah meragut 27 nyawa dengan lebih banyak kematian dijangkakan.
Walaupun ahli parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng, meminta seorang Menteri memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang diambil dalam isu itu, tiada Menteri yang menjawab dan Speaker, Azhar Azizan Harun, enggan membenarkan perbahasan atas alasan ia bertentangan dengan Aturan Urusan Mesyuarat.
Akibatnya, kita bukan sahaja mempunyai Menteri “Kelas D”, kita mempunyai Kabinet “Kelas D” dan Parlimen “Kelas D”.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan gesaan ketua pembangkang parlimen, Anwar Ibrahim, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengurusan bencana banjir besar di Selangor dan Pahang, sebelum dan selepas banjir diadakan, berserta dengan jawatankuasa khas parlimen mengenai tindak balas lambat kerajaan terhadap bencana banjir besar ini.
LIM KIT SIANG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.