ISMAIL SABRI BERI ISYARAT MAHU JADI PRESIDEN UMNO DULU SEBELUM PARLIMEN BOLEH DIBUBARKAN?

 

Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak bersabar dan terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan yang dihadapi rakyat sebelum Parlimen boleh dibubarkan.

Walaupun kes Covid19 semakin menurun berbanding di awal pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, namun katanya, tugas itu belum lagi lunas sepenuhnya.

“Saya perlu sokongan dari parti untuk naikkan semangat saya dalam perjuangan ini. Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan ‘politiking’ yang tak habis-habis.

Ismail Sabri adalah Ketua UMNO bahagian tersebut.

Naib Presiden UMNO itu seterusnya berkata, kemenangan pada PRN Melaka tidak boleh dijadikan penanda aras untuk BN memenangi PRU15 kerana undi popular UMNO di negeri itu hanya meningkat sebanyak 1%.

“Kita beruntung kerana orang parti lain tak keluar, pengundi Cina hanya 50% dan keseluruhan keluar 65% sahaja, itu kelebihan kita di Melaka.

“Sebab itu saya kata Melaka tak boleh jadi model, kalau PRU15 kita jaga kita.

“Orang Bera akan jaga Bera, kita tak akan turun untuk bantu tempat lain sebagaimana PRN Melaka.

“Sebab itu saya lihat perkara ini (bubar Parlimen) perlu dilihat dengan lebih teliti, sebelum umum sesuatu kita kaji dulu, buat kajian terperinci,” tegasnya.

Ada dua perkara yang paling mudah boleh difahami daripada ucapan Perdana Menteri ini:-

Pertama, Ismail Sabri secara halusnya telah menolak gesaan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang sebelum ini mendesaknya agar menyegerakan pembubaran Parlimen supaya PRU15 dapat diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Mohamad Hasan sebelum ini membuat gesaan itu berikutan kejayaan BN dalam PRN Melaka dan merasakan peluang UMNO memenangi PRU15 adalah cerah jika ia diadakan dalam waktu terdekat ini berdasarkan mood rakyat itu.

Melalui hujah-hujah yang dilontarkannya, adalah jelas Ismail Sabri menolak tanggapan Mohamad Hasan bahawa UMNO berpeluang cerah memenangi PRU15 hanya bersandarkan keputusan PRN Melaka.

Sebagai “pukulan maut” kepada Mohamad Hasan, Ismal Sabri berkata, undi popular UMNO di Melaka hanya meningkat 1% saja.

Kedua, bukan sesuatu yang sukar juga memahami bahawa Ismail Sabri ketika ini benar-benar memerlukan UMNO berada dalam kawalannya sebelum beliau bersedia untuk membubarkan Parlimen.

Sehubungan itu, dengan mengatakan, “saya perlu sokongan parti saya untuk naikkan semangat saya”, ini tidak lain bermaksud Ismail Sabri mahu diberikan sokongan sebagai Presiden UMNO terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Bila beliau berkata, sabar dulu, itu maknanya Ismail Sabri sedang memberi isyarat yang Parlimen tidak akan dibubarkan selagi dirinya tidak memegang jawatan Presiden UMNO.

Minggu ini semua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian-bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, manakala minggu depan, bahagian-bahagian pula akan mengadakan mesyuarat perwakilan mereka.

Tidak mengejutkan kiranya dalam mesyuarat perwakilan minggu depan nanti banyak desakan muncul mendesak agar pemilihan UMNO disegerakan dan mesti dilangsungkan sebelum PRU15 diadakan, walaupun tempoh akhir yang dibenarkan oleh RoS ialah Disember 2022.

Logiknya Ismail Sabri tidak mungkin sedia mengadakan PRU15 di ketika UMNO masih dipimpin oleh orang lain yang bermakna dalam keadaan itu, bukan saja beliau tiada kuasa menentukan calon-calon pilihanraya atau untuk membentuk pasukannya sendiri, malah belum tentu juga akan terus dikekalkan lagi sebagai calon Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 11/12/2021

KENAPA ORANG MELAYU TAKUT BABI /ANJING DAN BUKAN RASUAH

 

NORMAN RADZUAN

Kenapa org Melayu hanya takut babi/anjing bkn rasuah?

ORG KITA TIDAK DIDIDIK PERKARA BETUL DARI KECIL
Pelikan org Melayu hanya takut babi dan anjing dari rasuah. Sebab apa ia berlaku? Ia semua kerana budaya bangsa itu sendiri dan malah seolah olah tiada niat dari pimpinan atau kerajaan mengubahnya.
Selalu tak dgr kes buli di sekolah? Tentu selalu mendengarnya hingga ada anak yg terlantar di hospital dan trauma takut ke sekolah. Kenapa kes buli berterusan hingga kini?
Ini kerana waktu perhimpunan sekolah (pengalaman peribadi) tidak pernah sekalipun saya mendengar guru besar atau guru disiplin bercerita mengenai buli dan amaran keras mengenainya. Ia dipandang remeh tetapi kesan kpd pelajar2 yg dibuli membuatkan mereka hilang keyakinan dan minat utk belajar.
Yg Ustaz asyik ajar jgn makan sembelihan org Cina dan mandi hadas. Akhirnya ramai org Melayu minum arak tapi hanya takut makan ayam tak sembelih😂
Jika saya Menteri Pelajaran setiap sesi bermula persekolahan, pihak sekolah wajib memohon jasa PDRM utk berkempen mengenai 'buli' sebagai strategi reverse psychology kpd pelajar2. Tapi rasanya ia tidak pernah berlaku kerana style kita hanya menghukum bukan mencegah.
Isu utama di sini kenapa org kita dari remaja lagi sudah berminat dgn rasuah. Ini kerana didikan samada di rumah atau di sekolah. Pernah ibu bapa cerita bab bahaya makan duit rasuah? Yg ditekan jgn makan asam sebab ia tahi hidung Cina😂😂😂
Pernah guru2 di sekolah ceritakan betapa jijik makan duit rasuah atau pernah Ustaz di sekolah ceritakan mengenai hukum dari pandangan agama.??? Tidak pernah kan.
Di Jepun anak2 dididik dari umur 7 tahun lagi utk melakukan tugasan mencuci bilik kelas, mencuci bilik air dan membersihkan meja makan di kantin. Malah adab melintas jalan pun ditekankan. Sebab itu mereka pembersih.
Jadi rasuah atau korupsi ini hanya boleh dihapuskan jika ibu bapa, guru dan org2 beragama menekankan isu ini sebagai perbualan dan subjek yg diperlu diambil serius di rumah, sekolah dan masjid.
Ibu bapa stop takutkan cerita hantu dgn anak2... bykkan cerita pasal jgn makan duit rasuah. Jgn asyik cerita pasal anjing dan babi sahaja...Begitulah guru2 dan Ustaz2.
Bila cerita bab anjing babi sampai dah tua org Melayu takut benar dgn anjing. Pernah dahulu rombongan dua buah kereta (kenalan dari Semenanjung) ketika bercuti di Kundansang, saya jemput ke satu majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. Sampai di rumah pengantin mereka tidak mahu turun kereta.
Saya bertanya kpd kenalan tersebut kenapa family tidak mahu turun kereta... katanya mereka tidak selesa bila melihat beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan kampung tersebut.
Lalu saya sindir, di sini (Sabah) anjing lebih byk dari kucing. Lagipun ia bukan anjing peliharaan dan menu perkahwinan ini tak ada pun masak rendang anjing. Org Islam Sabah pun sembahyang bah. Persoalannya kenapa mereka begitu takut sekali? Ia kerana didikan anjing perlu ditakuti dari kecil lagi.
Sdgkan jika mereka pergi perkampungan negara2 Arab pun akan terjumpa anjing2 berkeliaran. Moralnya segala galanya bermula dari didikan awal. Kena ada satu naratif dilakukan ditanam ke minda org Melayu bagaimana rasuah ini dibenci, ada perasaan malu dan takut dilakukan.
May be an image of 1 person, money and text


KES NAJIB - JAWAPAN KEPADA TUAN IBRAHIM



Bukan main lagi Tuan Ibrahim cuba untuk sucikan Najib. Sampai kaitkan mahkamah dunia dengan akhirat.

Beri laluan kepada calon muda KEADILAN Sarawak

 


Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Dominique Ng menyeru pengundi supaya memberikan peluang kepada calon muda dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) kali ini.

Katanya, perkara itu turut dipersetujui oleh masyarakat di kerusi Batu Lintang yang akan ditandingi calon KEADILAN termuda, Cherishe Ng.

"Kebanyakan penjaja kenal saya. Mereka selalu tanya saya mengapa sekarang tidak bertanding, saya kata saya sudah bersara.

"Saya mahu memberi peluang kepada orang muda dan mereka bersetuju," katanya.

Katanya, beliau tidak berhenti berkempen walaupun seminit untuk memastikan Cherishe meraih undi di Batu Lintang.

"Berilah peluang kepada calon muda, Cherishe. Beliau calon yang termuda sekali. Ini supaya mereka boleh mara ke depan, menjadi ADUN.

"Yang tua, orang lama sudah umur 80 ke 90 tahun sudah boleh berehat, undurlah. Beri peluang yang muda untuk ke depan, menjadi seorang wakil rakyat," katanya.

 

DUN Sadong Jaya perlu bina banyak pasar, program pertingkat pertanian

 




Calon KEADILAN DUN Sadong Jaya, Piee bin Ling atau Cikgu Piee berkata, kawasan itu perlukan lebih banyak program dan insentif pertanian bagi memajukan sektor berkenaan.

Beliau juga berkata, KEADILAN berjanji akan membina lebih banyak pasar borong bagi memudahkan petani menjual sayur sayuran yang ditanam.

"Sadong Jaya merupakan kawasan pertanian pisang, sayur-sayuran, jagung dan perikanan. Yang amat mengecewakan, ketiadaan pusat pemasaran yang sempurna sedikit sebanyak membantutkan usaha para petani dan nelayan mendapat hasil jualan yang lebih baik.

"Jika sektor pertanian dibangunkan dengan mantap dan pasar borong dimajukan untuk memasarkan hasil pertanian tempatan, petani-petani kecil akan dapat memasarkan hasil mereka dengan mudah dan pada harga yang berpatutan. Maka petani Sadong Jaya mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik.

"Para nelayan di DUN ini juga perlu sokongan khas termasuk bantuan dana melalui Skim Mikro-kredit sebanyak RM10,000 untuk menaikkan taraf bot dan barang keperluan untuk penangkapan ikan. Kilang pemproses produk hasil laut tempatan juga harus didirikan bagi menggalakkan pemasaran produk berkualiti tinggi untuk diekspot," katanya dalam sidang media atas talian, pagi tadi.

Selain itu, kata Cikgu Piee, beliau juga berjanji untuk menyediakan sistem perparitan yang lebih baik bagi mengelakkan kejadian banjir yang kerap berlaku.

"Keadaan sistem perparitan yang tidak sempurna telah menyebabkan kekerapan banjir kilat di beberapa kawasan kampung dan sekitarnya. Penyelenggaraan oleh pihak berwajib perlu dipertingkatkan agar kejadian banjir ketika musim hujan dapat dielak terutamanya di Kampung Semera Ulu dan Jemukan Ulu," katanya.

Selain itu, beliau juga berjanji akan memperbaiki capaian internet yang lemah bagi memudahkan pembelajaran anak anak sekolah. Juga petani dan nelayan perlu digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti usahawan dan “e-commerce” sekiranya capain internet lebih baik.

Di samping itu Cikgu Piee turut mengkritik sikap kerajaan GPS yang memberi bantuan secara pilih kasih dan berjanji sekiranya Pakatan harpaan menubuhkan kerajaan maka pemberian bantuan akan dilakukan kepada semua yang layak.