Dua laporan polis telah dibuat petang tadi oleh Mohd Ashraf Mustaqim dan Mohamad Shafiq Abdul Halim ke atas Rosmah Mansor yang menghina perintah mahkamah dan membisunya peguam negara.
Pada 2 Disember media melaporkan kegagalan Rosmah Mansor untuk hadir ke Mahkamah. Kehadiran Rosmah wajib tetapi malangnya walaupun tidak hadir dan sengaja berada di luar negara tapi mahkamah tidak keluarkan waran tangkap atau sebarang tindakan malah pendakwa raya tidak mendesak tindakan diambil. Nampak seperti sesuatu yang tidak kena dengan pendakwa raya.
Rosmah yang sedang hadapi tuduhan rasuah melibatkan projek 369 buah sekolah di Sarawak bernilai Rm1.25 billion.
Jelas jika dirujuk https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/10/876310/mahkamah-pulangkan-pasport-rosmah-untuk-ke-singapura Berita Harian 15 Oktober melaporkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan semasa membenarkan permohonan pemulangan sementara pasport Rosmaj secara tegas menetapkan syarat bahawa pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.
Mohamed Zaini, berkata pemohon (Rosmah) hanya boleh keluar Singapura dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021. Itu direkodkan di mahkamah malangnya Rosmah buat keputusan sendiri tidak pulang.
Jelas tindakan Rosmah sengaja tidak balik dan tinggal lebih masa dibenarkan di luar negara serta tidak hadir mahkamah itu menghina mahkamah.
Laporan polis ini mendesak pasport Rosmah dibatalkan segera dan dia perlu diekstradisi pulang ke Malaysia dan hadapi kesnya sehingga selesai. Kedua perlu siasat pejabat peguam negara kenapa tidak ada desakan seolah Rosmah punya keistimewaan.
Jika orang lain pasti bukan sahaja pasport dibatal, waran tangkap dikeluarkan malah wang jaminan juga akan dirampas. Laporan polis mendesak Rosmah dilayan sama seperti tertuduh lain.
Mahkamah Malaysia tidak boleh double standard.
Kerajaan hari ini juga harus menjawab adakah wujud campur tangan dalam kes mahkamah ini. Dengan senyap tanpa bantahan oleh Pejabat Peguam Negara jelas ada sesuatu yang tidak kena.
"BERSATU dan UMNO sudah memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRN-12 Sarawak dan bersetuju membantu GPS memenangi 82 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN).
"Secara peribadi saya menyarankan PAS tidak meletakkan calon," katanya, seperti dipetik Berita Harian.
Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, kerajaan pimpinannya tidak akan berkompromi dalam hal pendidikan terutama bagi memberi keselesaan kepada pelajar.
“Apabila saya mendengar taklimat pembangunan Sarawak, saya dimaklumkan tentang rumah guru dan sekolah daif di Sarawak. Saya memanggil Menteri Kewangan untuk memastikan isu itu diselesaikan segera.
“Kita (kerajaan) akan sediakan peruntukan besar untuk pastikan sekolah daif itu dapat kita naik taraf, dibaik pulih atau dibina baru di seluruh Sarawak,” katanya, dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam ini.
Sementara itu, mengenai pembangunan di Sarawak, Ismail Sabri berkata Kerajaan Pusat akan sentiasa memberi tumpuan kepada negeri ini.
Tambah beliau, sebagai contoh program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan memastikan semua kawasan luar bandar mendapat capaian internet tanpa gangguan.
“Kita tidak mahu seperti berlaku di Sabah sebelum ini yang mana ada yang kena naik pokok untuk dapat Internet. Jadi kita bagi peruntukan besar supaya capaian 5G dapat dicapai di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Sibuk dok bergadoh pasal skolah cina nak dijadikan 1 aliran
Sibuk nak martabat tulisan jawi walhal anak bini pemimpin diekor xyah sembang nak baca jawi, cakap Melayu pun ada slang omputeh
Hoi UMNO tu pun perkataan dalam omputeh, bukan Melayu
Bila Melayu bodoh, senang nak digula-gulakan dengan isu bangsa & agama
Pastu nanti dok rasuah ngan BSH bagai
Pastu ada la si perompak konon nk tunjuk prihatin pd rakyat, perjuangkan la 10k KWSP, walhal terang2 dah tu mmg duit rakyat
Duit gov dia dah rembat, sibuk pulak dia nk perjuangkan rakyat utk ambik duit sendiri
Jenis2 kat akhirat nnt menyusahkan org lain terpaksa tunggu perbicaraan dia anak beranak lama2
Bg la kesedaran camne pun pd Melayu bodoh ni, akhirnya mereka tetap jua kekal bodoh hingga ke kubur
Begitulah dengan tanah kampung baru waris tak mau jadi jutawan masa PH. Bila dah kena tapaw dengan Umno haaa...baru sedar ..mana dia ratu cantik Rina Harun tu..mana pula annuar musa tu...pak long Mail kan dah jadi PM...ada la peluang rembat tanak Melayu tengah bandar akibat Melayu bodo...
1. 8 Disember ini, keputusan rayuan Najib Razak akan diketahui umum. Punya lah lama kita tunggu dah lebih 6 bulan. Mengikut laporan dia ada 307 alasan rayuan. Itu mungkin penyebab keputusan perlu masa panjang. Namun, dengan 307 alasan kepada Mahkamah, Najib Razak masih tidak puas hati.
2. Team Media pro Najib seperti telah buat tindakan SUBJUDIS kepada Mahkamah. 2-3 minggu ini tersebar dalam whatsapp, teori konspirasi bekas Gabenor Bank Negara nak mengenakan dia. Dituduh suami Zeti pun terbabit sama.
3. Pada saya, kalau betul suami Zeti salah, dakwalah. Kalau betul pun ada kesalahan, tidaklah boleh menyucikan Najib yang telah buat korupsi dan salah guna kuasa. Duit SRC masuk akaun peribadi dia dan dibelanjakan jua. Takkan lah salah orang lain pula?
4. Tambah yang menghairankan, ketika peringkat pembelaan, Najib ditawarkan untuk panggil Zeti dan suami sebagai saksi, peguam dia tak berani panggil pula. Kenapa? Nak dijadikan hal, dengan segala macam penyiasatan dibuat, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu konspirasi? Padahal isu ni katanya dah tahu sejak 2019.
5. Kes SRC Najib ni senang je sebenarnya. Hakim Mahkamah Tinggi telah dapati dia bersalah kerana salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Guna kuasa yang dia ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk pengaruhi kelulusan KWAP untuk beri dana kepada SRC. RM4 bilion kesemuanya.
6. Dan bila disemak melalui money trail, sebahagian duit tersebut iaitu RM42 juta masuk terus ke dalam akaun NR. Bukan itu sahaja, ia juga dibelanjakan untuk diri sendiri dan keluarga. Siap ada bukti dia guna duit tu untuk belanja mewah di Hawaii. Dalam bahasa orang politik, NR seolah2 dapat “kickback” daripada kuasa yang dia ada.
7. Pembelaan dia ada tiga. (1) Dia ingat duit yang masuk tu derma Raja Arab (2) Dia tak tahu dia ditipu Jho Low (3) Dia belanja duit bukan saja untuk diri sendiri tapi untuk parti dan kebajikan.
8. Mahkamah Tinggi tolak semua alasan tersebut. Tiada bukti kukuh yang Raja Arab yang sudah meninggal masukkan duit tersebut. Kerana tak pernah dibuat orang, sumbangan masuk terus ke akaun peribadi. Lari dari tradisi keluarga Diraja Saudi. Dan surat photostat yang dikemukakan kepada mahkamah pun tiada kredibiliti. Malah tiada wakil Kerajaan Arab yang boleh jadi saksi.
9. Lebih penting, lepas dapat duit derma, tiada bukti tunjukkan Najib Razak ucap terima kasih. Sebagaimana yang lazimnya dalam protokol diplomasi antarabangsa. Makanya, Mahkamah tidak boleh terima.
10. Lagi satu alasan yang diberi, dia kata dia ditipu Jho Low. Dia tak tahu apa yang terjadi dalam akaun sendiri. Maka, Mahkamah tak boleh salahkan dia. Bayangkan seorang Perdana Menteri berkata begitu? Tak ke haru? Kalau diikutkan alasan ni, semua kita boleh belanja duit suka hati, walaupun hasil duit menyamun. Nak lepas, cuma perlu cakap kita tak tahu. Of coz, ini tidak diterima Hakim pada masa itu.
11. Alasan ketiga, dia kata duit itu digunakan untuk tujuan CSR dan kebajikan. Apapun kegunaannya, dana Kerajaan yang diambil dari KWAP tidak boleh masuk ke akaun peribadi untuk dibelanjakan. Kena ingat, duit KWAP bagi pada SRC sampai RM4 bilion. Sebahagian daripadanya masuk akuan najib untuk dia berjoli. Buktinya ada melalui money trail, tak langsung dibangkang oleh Najib dalam Mahkamah.
12. Sekarang pinjaman RM4bilion itu telah naik hingga RM9.6billion termasuk bunga. Kerajaan kena bayar pula. Ni nescaya kena ditanggung oleh cucu cicit kita. Tak ke bahana?
13. Saya telah ceritakan fakta kes penghakiman NR sebagaimana yang dilaporkan dalam dada akhbar dan dalam penghakiman Mahkamah Tinggi. Sudah diputuskan, Najib Razak dijatuhkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun. Lusa, Mahkamah Rayuan akan buat keputusan pula. Kita tengokkan saja…
14. Akhir sekali yang peliknya, satu Malaysia tahu kita ditipu hidup2 oleh Jho Low dan kuncu2. Dia lepas bebas dan Najib perlu “take the fall”. Tetapi, hairan bin ajaib, tidak pernah sekali pun NR dan team media bantai Jho Low. Tuan puan tak heran ke kenapa begitu?
PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, mendedahkan apa yang didakwanya sebagai butiran daripada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung deposit RM2.6 bilion dalam akaun Najib Razak.
Raja Petra berkata, Gabenor Bank Negara ketika itu, Zeti Akhtar Aziz, mengizinkan pegawai tertinggi sebuah bank menerima wang dari luar negara itu.
Beliau menulis, Zeti tahu dan mengizinkan wang berjumlah RM2.6 bilion itu dibawa masuk ke negara iniRaja Petra turut menerbitkan satu dokumen yang didakwanya salinan laporan SPRM yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, bertajuk “Laporan Kes Ambank”.
Penulis blog itu dikatakan berpangkalan di UK.
Dalam artikel sama, Raja Petra mendakwa nama Nor Mohamed Yakcop d dalam laporan itu. Beliau adalah bekas Menteri Kewangan II semasa pentadbiran Najib, dari 2008 hingga 2009.
Beliau menulis, Zeti tahu dan mengizinkan wang berjumlah RM2.6 bilion itu dibawa masuk ke negara ini.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilihat menyelar Abdul Hadi Awang apabila menyifatkan tindakan Presiden PAS itu mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan Muafakat Nasional (MN) sebagai “alasan politik ibarat menukar fatwa mengikut selera politik”.
“Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih, bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah,” kata Zahid di Facebooknya.
“Mencipta pelbagai alasan baharu untuk menjustifikasikan kononnya Umno tidak mematuhi piagam merupakan alasan politik ibarat menukar fatwa mengikut selera politik,” tambah Zahid.
Hadi sebelum ini dipetik berkata, PAS menolak MN yang diasaskan bersama Umno pada 2019 kerana parti tunjang Barisan Nasional itu tidak mahu menerima Bersatu, yang menjadi sekutu PAS dalam Perikatan Nasional.
Hadi membayangkan Umno sudah “lari” daripada piagam MN apabila “mahu PAS dan parti mereka sahaja dalam MN”.
Zahid berkata, apa juga muafakat harus membawa kebaikan kepada semua, “bukan untuk dimanipulasi oleh yang berdendam kesumat ke atas Umno.”
“Muafakat harus membawa berkat dan tidak sesekali mengundang padah terhadap mana-mana pemegang taruh kemuafakatan. Tiada keberkatan dalam istilah muafakat apabila sebilangannya diselubungi agenda keegoan, kebencian dan kepura-puraan,” katanya.
Beliau berkata, Umno perlu bijaksana mentafsir antara muafakat yang jujur berbanding sebuah muafakat yang terselindung tipu daya.
“Sebab itu Umno mempercayai MN yang asal adalah sebenar-benar muafakat yang terbina atas keikhlasan.
Beliau seterusnya mempersoalkan keikhlasan PAS sendiri untuk menjayakan kerjasama dengan Umno menerusi MN, khususnya pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka lalu.
Zahid berkata, Umno “bertepuk sebelah tangan” sahaja apabila berusaha mengekalkan kemuafakatan itu termasuk dalam PRN Melaka.
“Pimpinan PAS sering menyatakan menyokong MN, tetapi di Melaka menolak pelawaan Umno untuk berpadu atas nama MN…(dan) membuat keputusan untuk bergandingan dan bersama Bersatu yang diketahui tujuannya menjatuhkan Umno,” katanya.
Zahid turut menolak tanggapan pemimpin PAS bahawa Umno “mengarahkan” parti itu berhubung hala tuju politiknya atas semangat kemuafakatan MN yang dimeterai.
Panas! Ulamak Pas dedah Pas dah banyak bersabar dengan sikap Umno yang suka membuli
December 6, 2021
Seorang tokoh terkenal PAS mengakui parti itu memang “terasa hati” dengan sikap Umno ke atas mereka namun tetap bersabar demi “menjaga persaudaraan” serta menganggapnya “nikmat Allah”.
Menurut Mokhtar Senik ada tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak bermaruah kerana beberapa pemimpin tertinggi Umno “membuli” partinya.
Dalam keadaan begitu pun, katanya, PAS tidak mengisytiharkan hubungan mereka dengan Umno melalui Muafakat Nasional sudah putus.
“PAS bukan tak dengar dan tak terasa hati dengan serangan Umno dan perbuatan Umno terhadap PAS, namun PAS melihat suruhan Allah agar menjaga persaudaraan dan ianya adalah sebahagian daripada nikmat Allah lebih utama daripada serangan Umno itu,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.
Hubungan PAS-Umno dan keberadaan Muafakat Nasional yang ditandatangani kedua-dua parti semasa mereka menjadi pembangkang dulu kini menjadi tanda tanya ramai.
Hal itu berpunca daripada sikap PAS terus kekal dengan Bersatu dan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) di sebalik persefahaman yang dimeterai dengan Umno terlebih dulu.
Pada 4 Dis lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka menolak gagasan MN kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Di bawah masih cintakan MN
Kata Abdul Hadi berdasarkan piagam MN, PAS dan Umno sedia menerima parti-parti lain Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila tiba di peringkat pelaksanaan.
Dakwa duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu, Umno hanya mahu parti itu dan PAS berada dalam MN.
Mengulas dakwaan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata anggapan mereka memungkiri piagam MN adalah tidak benar.
Mohamad kemudian mengingatkan PAS bahawa MN bukannya ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripada persefahaman tersebut.
“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.
Menurut Mokhtar PAS juga bersabar dengan sikap Umno kerana serangan yang ditujukan kepada mereka bukanlah daripada seluruh ahli sebaliknya hanya “beberapa individu saja”.
Bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang gagal mendapat undi mencukupi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pemilihan baru-baru ini menambah, di sebalik sikap pemimpin tertentu, ada tokoh lain yang cenderung kepada MN.
“Mengapa melihat Umno itu hanya Ahmad Zahid Hamidi ,Tok Mat (Mohamad) Hassan dan (Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad) Mat Said?.
“Lihatlah sama Annuar Musa, Ismail (Sabri Yaakob) dan Shahidan Kassim.
“Juga lihat sama ahli Umno di bawah yang masih cintakan MN.
“Lalu sebagai harakah dakwah PAS terus bergerak dengan semangat dakwahnya bukan hanya semangat politik,” katanya.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Umno memungkiri piagam Muafakat Nasional (MN) sebagai tersasar.
Ini selepas Abdul Hadi mendakwa punca PAS enggan bersama Umno adalah kerana ia telah melanggar piagam MN apabila enggan menerima Bersatu bersama dalam gabungan itu.
Mohamad dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan PAS bahawa MN tidak ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripadanya.
“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.
“Justeru untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya.
Abdul Hadi semalam berkata ketika MN ditubuhkan, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima parti-parti lain termasuk Bersatu.
Namun, kata Abdul Hadi, apabila sampai peringkat pelaksanaan terdapat dalam kalangan pimpinan Umno yang mahu PAS dengan Umno sahaja.
“Itu sudah lari daripada perjanjian. Kita berpegang pada perjanjian. Dia tak boleh menyalahkan PAS, nak suruh PAS dengan Umno sahaja tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain,” kata Abdul Hadi seperti dilapor Malaysiakini..
Sementara itu, meskipun mengakui bahawa MN harus memayungi semua orang Melayu, Mohamad berkata, sesiapa jua yang ingin menyertai MN mestilah serasi dengan kepentingan Umno dan PAS.
“Piagam MN pula mestilah ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa Umno dan PAS. Kerana itu Umno tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana Umno tidak mahu menyinggung PAS.
“PAS dan seluruh Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong Umno memutuskan bahawa Umno tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan Bersatu. Umno terikat dengan pendirian ini.
“Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” kata Mohamad.
Selain itu, kata Adun Rantau itu lagi, piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat dan MN tidak didaftarkan kerana Umno mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua, dan bukan instrumen politik Umno dan PAS semata-mata.
“Jadi janganlah dek kerana Umno tidak mahu menerima Bersatu, MN itu PAS tinggalkan.
“Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan Bersatu menyertai MN.
“Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.
“Semoga presiden PAS akan terus bersama Umno dalam meneroka pelbagai dimensi baru dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, insya-Allah,” katanya.
Piagam MN dimaterai antara PAS dan Umno di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Disember 2019 ketika Bersatu masih sebahagian kerajaan dalam PH.
Bersatu kemudian meninggalkan PH dan memainkan peranan penting dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan itu pada Feb 2020.
Bersatu seterusnya bersama pembangkang dan wakil rakyat yang lompat parti ketika itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin.
Meskipun masih bersama MN yang dianggotai Umno, PAS kini dilihat lebih cenderung kepada PN, seperti yang dapat dilihat pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama Umno dan PAS dalam MN akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.
KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, sekali lagi melakukan bantahan terhadap projek pembangunan semula kawasan tersebut yang dianggap berat sebelah dan ‘menindas’ mereka.
Sebahagian penduduk yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tawaran perjanjian itu mula berkumpul di Jalan Sungai Baru kira-kira pukul 10 pagi untuk meluahkan tanda protes.Bagaimanapun setelah berkumpul kira-kira 15 minit, penduduk terbabit dihampiri anggota polis yang meminta mereka bersurai dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.
Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Baru, Syed Salehuddin Syed Abdullah berkata, terdapat kira-kira 30 peratus penduduk yang masih belum menurunkan tanda tangan dan menolak tawaran yang dirasakan tidak setimpal dengan nilai semasa tanah
“Pemaju telah datang lima tahun yang lepas dan tawarkan penduduk berpindah ke tempat lain dengan menyediakan rumah tetapi perjanjian mereka berat sebelah. Kalau mereka (pemaju) bankrap kami tidak boleh berbuat apa-apa jadi kami takut.
“Segelintir kami dalam 30 peratus masih belum tanda tangan dan mereka (pemaju) menggunakan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk buat pengambilan, sehari selepas Seksyen 4 dikeluarkan.
“Sebab itu kami minta YB Rina (Datuk Seri Rina Mohd Harun) berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Shahidan Kassim) untuk turun dan menolong kami semua,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Kampung Sungai Baru melibatkan penduduk yang menetap di dua jenis kediaman iaitu Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rumah di tanah persendirian.
Difahamkan, kira-kira 70 peratus pemilik di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu dan telah menurunkan tanda tangan.
Sementara itu, penduduk, Saiful Azhar Ibrahim, 49, mendakwa nilai pampasan yang ditawarkan seolah-olah tidak masuk akal dan dianggap menindas penduduk kawasan berkenaan.
Jelasnya, penduduk yang tinggal di Flat Sungai Baru hanya ditawarkan antara RM200,000 sehingga RM250,000 sebagai balasan.
“Jika dengan nilai pampasan sedemikian mana nak cari rumah baru di kawasan Kuala Lumpur ini? Rumah mereka memang rumah lama tapi nilai kawasan perlu diambil kira.
“Kerisauan kami terutama penduduk rumah teres adalah berapa nilai pampasan yang bakal kami terima? Ada kemungkinan (pampasan) kami dinilai dengan rendah juga.
“Walhal berdasarkan penilai hartanah swasta yang menilai tanah dan rumah saya yang sudah diubah suai menjadi tiga unit rumah itu dianggarkan sekitar RM3.1 juta,” ujarnya yang merupakan generasi ketiga di kawasan tersebut.
Mengulas lanjut, Saiful Azhar berkata, sekiranya Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan menilai kawasan rumah teres yang mereka diami antara RM400,000 sehingga RM500,000, ia sama sekali dianggap tidak munasabah.
Ini kerana katanya, pelbagai kemudahan boleh dinikmati oleh penduduk yang menetap di kawasan sekitar seperti pengangkutan awam, pasar, pusat bandar, sekolah serta hospital.
Difahamkan, Ketua Pengarah Jabatan Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) memberi tempoh masa selama 42 hari kepada pemilik untuk membuat bantahan selepas mereka menghadiri sesi perbicaraan yang bermula pada 15 sehingga 25 November lalu.
Namun, malang bagi pasangan warga emas yang menetap di Blok N Flat Sungai Baru apabila terdapat ahli keluarga yang didapati telah menurunkan tanda tangan sebagai persetujuan kepada projek pembangunan semula kawasan berkenaan.
Bagi Mohd Yusop Suli, 72, dia merasa amat sedih dan kecewa dengan situasi yang berlaku kerana flat berkenaan merupakan satu-satunya tempat untuk berteduh.
“Ada surat yang sampai ke rumah untuk pengosongan unit kerana tanpa disedari adik saya telah menandatangani perjanjian itu kerana rumah ini memang atas nama dia tetapi saya yang bayar,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi.
Berdasarkan surat yang ditunjukkan kepada pemberita, ia merujuk kepada Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru – Pengosongan Unit bertarikh 15 November lalu.
Antara lain yang tercatat adalah maklum balas yang perlu dibuat oleh pemilik dalam tempoh 14 hari dengan memilih balasan yang tertakluk di dalam klausa yang dinyatakan.
Pilihan pertama adalah ganti rugi kehilangan punca pendapatan dari hasil sewa hartanah kepada pemilik hartanah manakala pilihan kedua membabitkan rumah kediaman sementara kepada pemilik hartanah di kawasan Pantai Dalam. – MalaysiaGazette